|
| 1. |
Saad; demi
Al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran.
|
| 2. |
(Orang-orang
yang mengingkari kerasulanmu - wahai Muhammad - tidak berdasarkan kebenaran)
bahkan mereka yang kafir itu bersifat sombong angkuh dan suka menentang
kebenaran.
|
| 3. |
(Tidakkah
mereka menyedari) berapa banyak umat-umat (yang ingkar) yang terdahulu
dari mereka, Kami binasakan? Lalu mereka meminta pertolongan, padahal saat
itu bukanlah saat meminta pertolongan melepaskan diri dari azab.
|
| 4. |
Dan mereka
(yang mengingkari kerasulan Nabi Muhammad itu) merasa hairan, bahawa mereka
didatangi oleh seorang Rasul pemberi amaran, dari kalangan mereka sendiri.
Dan mereka yang kafir itu berkata: "Orang ini adalah seorang ahli sihir,
lagi pendusta.
|
| 5. |
" Patutkah
ia menafikan tuhan-tuhan yang berbilang itu dengan mengatakan: Tuhan hanya
Satu? Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang menakjubkan!"
|
| 6. |
Dan (ketika
itu) keluarlah ketua-ketua dari kalangan mereka (memberi peransang dengan
berkata): "Jalan terus (menurut cara penyembahan datuk nenek kamu) dan
tetap tekunlah menyembah tuhan-tuhan kamu. Sebenarnya sikap ini adalah
satu perkara yang amat dikehendaki.
|
| 7. |
" Kami
tidak pernah mendengar tentang (soal mengesakan Tuhan) itu dalam ugama
yang terakhir; perkara ini tidak lain hanyalah rekaan dan dusta semata-mata".
|
| 8. |
(Mereka
berkata lagi): Patutkah wahyu peringatan itu diturunkan kepada Muhammad
(padahal orang-orang yang lebih layak ada) di antara kita?" (Mereka bukan
sahaja ingkarkan kelayakan Nabi Muhammad menerima wahyu) bahkan mereka
berada dalam keraguan tentang peringatan yang Aku wahyukan (kepada Nabi
Muhammad) itu, bahkan mereka belum lagi merasai azab.
|
| 9. |
Adakah
di sisi mereka perbendaharaan rahmat Tuhanmu Yang Maha Kuasa, lagi Yang
Maha Melimpah pemberianNya?.
|
| 10. |
Atau adakah
mereka menguasai langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya?.
(Kalau ada kekuasaan yang demikian) maka biarlah mereka naik mendaki langit
menurut jalan-jalan yang membawa mereka ke situ (untuk mentadbirkan seluruh
alam).
|
| 11. |
(Sebenarnya
mereka hanyalah) satu pasukan tentera dari kumpulan-kumpulan (yang menentang
kebenaran), yang pada suatu masa kelak tetap akan dikalahkan.
|
| 12. |
Sebelum
mereka itu, kaum Nabi Nuh, dan Aad (kaum Nabi Hud), serta Firaun yang mempunyai
kerajaan yang kuat, telah juga mendustakan Rasul masing-masing.
|
| 13. |
Dan juga
Thamud (kaum Nabi Soleh), dan kaum Nabi Lut, serta penduduk Aikah; merekalah
kumpulan-kumpulan (yang menentang kebenaran).
|
| 14. |
Tidak ada
satupun dari kaum-kaum yang tersebut, melainkan telah mendustakan Rasul-rasul;
maka berhaklah mereka ditimpa azab.
|
| 15. |
Dan orang-orang
ini (yang menentang Nabi Muhammad), tidak menunggu melainkan satu jeritan
suara yang tidak akan berulang lagi.
|
| 16. |
Dan mereka
pula berkata (secara mengejek-ejek): " Wahai Tuhan kami! Segerakanlah azab
yang ditetapkan untuk kami, sebelum datangnya hari hitungan amal (yang
dikatakan oleh Muhammad itu)".
|
| 17. |
Bersabarlah
(wahai Muhammad) terhadap apa sahaja yang mereka katakan, dan ingatlah
akan hamba Kami Nabi Daud, yang mempunyai kekuatan (dalam pegangan ugamanya);
sesungguhnya ia adalah sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan bersabar
mematuhi perintah Kami).
|
| 18. |
Sesungguhnya
Kami telah mudahkan gunung-ganang turut bertasbih memuji Kami bersama-sama
dengannya; pada waktu petang dan ketika terbit matahari.
|
| 19. |
Dan (Kami
mudahkan juga) unggas turut berhimpun (untuk bertasbih memuji Kami bersama-sama
dengannya); tiap-tiap satunya mengulangi tasbih masing-masing menurutnya.
|
| 20. |
Dan Kami
kuatkan kerajaannya, serta Kami kurniakan kepadanya hikmah kebijaksanaan
dan kepitahan berkata-kata (dalam menjalankan hukum dan menjatuhkan hukuman).
|
| 21. |
Dan sudahkah
sampai kepadamu (wahai Muhammad) berita (perbicaraan dua) orang yang berselisihan?
Ketika mereka memanjat tembok tempat ibadat;
|
| 22. |
Iaitu ketika
mereka masuk kepada Nabi Daud, lalu ia terkejut melihat mereka; mereka
berkata kepadanya: " Janganlah takut, (kami ini) adalah dua orang yang
berselisihan, salah seorang dari kami telah berlaku zalim kepada yang lain;
oleh itu hukumkanlah di antara kami dengan adil, dan janganlah melampaui
(batas keadilan), serta pimpinlah kami ke jalan yang lurus.
|
| 23. |
" Sebenarnya
orang ini ialah (seorang sahabat sebagai) saudaraku; ia mempunyai sembilan
puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja; dalam
pada itu ia (mendesakku dengan) berkata: ' Serahkanlah yang seekor itu
kepadaku ', dan dia telah mengalahkan daku dalam merundingkan perkara itu".
|
| 24. |
Nabi Daud
berkata: " Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta
kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya
kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai
lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain,
kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah
sedikit!" Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya
Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada
Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).
|
| 25. |
Maka Kami
ampunkan kesalahannya itu; dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang
dekat di sisi Kami serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari
akhirat kelak).
|