|
| 176. |
Maka tidaklah
patut mereka meminta disegerakan azab (yang telah ditetapkan oleh) Kami!
|
| 177. |
Kerana
apabila azab itu turun dalam daerah dan kawasan mereka, sudah tentu buruklah
hari orang-orang yang tidak mengindahkan amaran yang telah diberikan.
|
| 178. |
Dan berpalinglah
(wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah)
hingga ke suatu masa. |
| 179. |
Dan lihatlah
(apa yang akan jadi); tidak lama kemudian, mereka pun akan melihat juga.
|
| 180. |
Akuilah
kesucian Tuhanmu, - Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, - dari
apa yang mereka katakan!
|
| 181. |
Dan (ucaplah)
salam sejahtera kepada sekalian Rasul.
|
| 182. |
Serta (ingatlah
bahawa) segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan
seluruh alam.
|