|
| 151. |
Ketahuilah!
Bahawa sesungguhnya, dengan sebab terpesongnya dari kebenaran, mereka berkata:
|
| 152. |
"Allah
beranak"; sedang mereka, sesungguhnya adalah orang-orang yang berdusta!
|
| 153. |
(Patutkah
kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak, dan anak itu pula ialah anak-anak
perempuan yang kamu tidak sukai?) Adakah Tuhan memilih serta mengutamakan
anak-anak perempuan dari anak-anak lelaki (sedang kedua-dua jenis itu Dia
lah yang menciptakannya)?
|
| 154. |
Apa sudah
jadi kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya
itu)?
|
| 155. |
Setelah
ditegur, maka tidakkah kamu mahu berusaha mengingatkan (bahawa Allah mustahil
bagiNya anak-pinak)?
|
| 156. |
Atau adakah
kamu mempunyai sebarang bukti yang nyata (menerangkan bahawa malaikat itu
anak-anak perempuan Allah)?
|
| 157. |
(Kiranya
ada) maka bawalah kitab kamu (yang menerangkan demikian), jika betul kamu
orang-orang yang benar.
|
| 158. |
(Mereka
telah mengatakan perkara yang mustahil) serta mengadakan pertalian kerabat
di antara Allah dan malaikat, padahal demi sesungguhnya malaikat itu sedia
mengetahui bahawa sebenarnya orang-orang yang melakukan demikian akan dibawa
hadir (ke dalam azab pada hari akhirat).
|
| 159. |
Maha Suci
Allah dari apa yang mereka katakan itu!
|
| 160. |
Kecuali
hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik, (maka mereka akan
terselamat, dan akan mendapat sebaik-baik balasan).
|
| 161. |
Maka sebenarnya
kamu (wahai orang-orang musyrik), dan apa yang kamu sembah itu.
|
| 162. |
Tidak akan
dapat merosakkan perhubungan seseorang dengan Tuhannya,
|
| 163. |
kecuali
orang-orang yang telah ditetapkan bahawa dia akan dibakar di dalam neraka
yang menjulang-julang.
|
| 164. |
(Malaikat
pula menegaskan pendirian mereka dengan berkata): "Dan tiada sesiapapun
dari kalangan kami melainkan ada baginya darjat kedudukan yang tertentu
(dalam menyempurnakan tugasnya);
|
| 165. |
"Dan sesungguhnya
kamilah yang sentiasa berbaris (menjunjung perintah dan beribadat),
|
| 166. |
"Dan sesungguhnya
kamilah yang sentiasa bertasbih (mensucikan Allah dari sebarang sifat kekurangan)!"
|
| 167. |
Dan sebenarnya
mereka (yang musyrik) itu dahulu pernah berkata:
|
| 168. |
"Kalaulah
ada di sisi kami Kitab Suci dari (bawaan Rasul-rasul) yang telah lalu
|
| 169. |
"Tentulah
kami akan menjadi hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik!"
|
| 170. |
(Setelah
Al-Quran diturunkan kepada mereka) mereka mengingkarinya; oleh itu mereka
akan mengetahui kelak (akibat kekufurannya).
|
| 171. |
Dan demi
sesungguhnya! Telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan Kami, bagi hamba-hamba
Kami yang diutus menjadi Rasul -
|
| 172. |
Bahawa
sesungguhnya merekalah orang-orang yang diberikan pertolongan mencapai
kemenangan
|
| 173. |
Dan bahawasanya
tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang yang mengalahkan
(golongan yang menentang kebenaran).
|
| 174. |
Oleh itu
berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka
serta bersabarlah) hingga ke suatu masa.
|
| 175. |
Dan lihat
(apa yang akan menimpa) mereka; tidak lama kemudian mereka akan melihat
(kemenangan yang telah Kami tetapkan untukmu).
|