|
| 126. |
"Iaitu
Allah Tuhan kamu, dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu!"
|
| 127. |
Maka mereka
mendustakannya; akibatnya mereka tetap akan dibawa hadir (untuk diseksa),
|
| 128. |
Kecuali
hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan
terselamat, dan mendapat sebaik-baik balasan).
|
| 129. |
Dan Kami
kekalkan bagi Nabi Ilyas (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang
datang kemudian:
|
| 130. |
"Salam
sejahtera kepada Nabi Ilyas!"
|
| 131. |
Demikianlah
sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
|
| 132. |
Sesungguhnya
Nabi Ilyas itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
|
| 133. |
Dan sesungguhnya
Nabi Lut adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.
|
| 134. |
(ingatkanlah
peristiwa) ketika kami selamatkan dia dan keluarga serta pengikut-pengikutnya
semuanya,
|
| 135. |
Kecuali
seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang dibinasakan.
|
| 136. |
Kemudian
Kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Lut).
|
| 137. |
Dan sesungguhnya
kamu (yang menentang Nabi Muhammad): berulang-alik (melalui bekas-bekas
tempat tinggal) mereka, semasa kamu berada pada waktu pagi.
|
| 138. |
Dan juga
pada waktu malam; maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya?.
|
| 139. |
Dan sesungguhnya
Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.
|
| 140. |
(Ingatkanlah
peristiwa) ketika ia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat.
|
| 141. |
(Dengan
satu keadaan yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah
ia dari orang-orang yang kalah yang digelunsurkan (ke laut).
|
| 142. |
Setelah
itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak.
|
| 143. |
Maka kalaulah
ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir
dan tasbih),
|
| 144. |
Tentulah
ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan
keluar dari kubur.
|
| 145. |
Oleh itu
Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi
pantai), sedang ia berkeadaan sakit.
|
| 146. |
Dan Kami
tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar.
|
| 147. |
Dan (Nabi
Yunus yang tersebut kisahnya itu) Kami utuskan kepada (kaumnya yang seramai)
seratus ribu atau lebih.
|
| 148. |
(Setelah
berlaku apa yang berlaku) maka mereka pun beriman, lalu Kami biarkan mereka
menikmati kesenangan hidup hingga ke suatu masa (yang ditetapkan bagi masing-masing).
|
| 149. |
(Oleh sebab
ada di antara kaum musyrik Arab yang mendakwa bahawa malaikat itu anak-anak
perempuan Allah) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka itu: Adilkah
mereka membahagi untuk Tuhanmu anak-anak perempuan, dan untuk mereka anak-anak
lelaki?
|
| 150. |
Atau adakah
mereka hadir sendiri menyaksikan Kami mencipta malaikat-malaikat itu -
perempuan?
|