|
| 76. |
Dan Kami
telah selamatkan dia bersama-sama dengan keluarga dan pengikut-pengikutnya,
dari kesusahan yang besar.
|
| 77. |
Dan Kami
jadikan zuriat keturunannya sahaja orang-orang yang tinggal hidup (setelah
Kami binasakan kaumnya yang ingkar).
|
| 78. |
Dan Kami
kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang
kemudian:
|
| 79. |
"Salam
sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! "
|
| 80. |
Demikianlah
sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal
yang baik.
|
| 81. |
Sesungguhnya
Nabi Nuh itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
|
| 82. |
Kemudian
Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mendustakannya).
|
| 83. |
Dan sesungguhnya
di antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh
ialah Nabi Ibrahim.
|
| 84. |
Ketika
ia mematuhi perintah tuhannya dengan hati yang suci murni.
|
| 85. |
Ketika
ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: " Apa yang kamu sembah?
|
| 86. |
"Patutkah
kamu menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah, kerana kamu memutar belitkan
kebenaran semata-mata (bukan kerana benarnya)?
|
| 87. |
"Maka bagaimana
fikiran kamu pula terhadap Allah Tuhan sekalian alam?"
|
| 88. |
Kemudian
ia memandang dengan satu renungan kepada bintang-bintang (yang bertaburan
di langit),
|
| 89. |
Lalu berkata:
"Sesungguhnya aku merasa sakit (tak dapat turut berhari raya sama)".
|
| 90. |
Setelah
(mendengar kata-katanya) itu, mereka berpaling meninggalkan dia.
|
| 91. |
Lalu ia
pergi kepada berhala-berhala mereka secara bersembunyi, serta ia bertanya
(kepada berhala-berhala itu, secara mengejek-ejek): "Mengapa kamu tidak
makan?
|
| 92. |
"Mengapa
kamu tidak menjawab?"
|
| 93. |
Lalu ia
memukul berhala-berhala itu dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul).
|
| 94. |
(Setelah
kaumnya mengetahui hal itu) maka datanglah mereka beramai-ramai kepadanya.
|
| 95. |
(Bagi menjawab
bantahan mereka), ia berkata: "Patutkah kamu menyembah benda-benda yang
kamu pahat?
|
| 96. |
"Padahal
Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"
|
| 97. |
(Setelah
tak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Binalah untuk Ibrahim
sebuah tempat (untuk membakarnya), kemudian campakkan dia ke dalam api
yang menjulang-julang itu".
|
| 98. |
Maka mereka
(dengan perbuatan membakar Nabi Ibrahim itu) hendak melakukan angkara yang
menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang terkebawah (yang
tidak berjaya maksudnya).
|
| 99. |
Dan Nabi
Ibrahim pula berkata: "Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku,
Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar).
|
| 100. |
" Wahai
Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang
soleh!"
|