|
| 26. |
(Mereka
pada ketika itu tidak dapat berbuat apa-apa) bahkan mereka pada hari itu
menyerah diri dengan hina (untuk diadili);
|
| 27. |
Dan masing-masing
pun mengadap satu sama lain, sambil kata mengata dan cela mencela.
|
| 28. |
Pengikut-pengikut
berkata (kepada ketuanya):" Sesungguhnya kamu dahulu selalu datang menyekat
kami (daripada beriman) dengan menggunakan kuasa kamu".
|
| 29. |
Ketua-ketuanya
menjawab: " (Tidak!) Bahkan kamulah sendiri tidak mahu menjadi orang-orang
yang beriman!
|
| 30. |
"Dan kami
(selain daripada mengajak kamu (tidak mempunyai sebarang kuasa memerintah
kamu, bahkan kamu sememangnya kaum yang melampaui batas.
|
| 31. |
(Dengan
keadaan diri kita yang sedemikian) maka tetaplah di atas kita janji seksa
(yang dijanjikan) oleh Tuhan kita, bahawa kita semua tentu akan merasai
(azab itu).
|
| 32. |
"(Dengan
sebab ketentuan yang tersebut) maka kami pun mengajak kamu menjadi sesat,
kerana sebenarnya kami adalah orang-orang sesat"
|
| 33. |
Maka sesungguhnya
mereka semua pada hari itu, menderita azab bersama.
|
| 34. |
Sesungguhnya
demikianlah Kami melakukan kepada orang-orang yang berdosa.
|
| 35. |
Sebenarnya
mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya;" (ketahuilah, bahawa) tiada
Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah" - mereka bersikap takbur mengingkarinya,
-
|
| 36. |
Serta mereka
berkata: " Patutkah kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah,
kerana mendengar ajakan seorang penyair gila?"
|
| 37. |
(Tidak!
Nabi Muhammad bukan penyair dan bukan pula seorang gila) bahkan ia telah
membawa kebenaran (tauhid), dan mengesahkan kebenaran (tauhid) yang dibawa
oleh Rasul-rasul (yang terdahulu daripadanya).
|
| 38. |
Sesungguhnya
kamu (wahai orang-orang musyrik) akan merasai azab seksa yang tidak terperi
sakitnya.
|
| 39. |
Dan kamu
tidak dibalas melainkan (dengan balasan yang sepadan) dengan apa yang kamu
telah kerjakan;
|
| 40. |
Kecuali
hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik,
|
| 41. |
Mereka
itu beroleh limpah kurnia yang termaklum,
|
| 42. |
Iaitu buah-buahan
(yang lazat), serta mereka mendapat penghormatan,
|
| 43. |
Di dalam
syurga-syurga yang penuh melimpah dengan berjenis-jenis nikmat.
|
| 44. |
Mereka
duduk berhadap-hadapan di atas pelamin-pelamin kebesaran;
|
| 45. |
Diedarkan
kepada mereka piala yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang
mengalir,
|
| 46. |
Minuman
itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya,
|
| 47. |
Ia tidak
mengandungi sesuatu yang membahayakan, dan tidak pula mereka mabuk kerana
menikmatinya.
|
| 48. |
Sedang
di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya
melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya;
|
| 49. |
(Putih
kekuning-kuningan) seolah-olah mereka telur (burung kasuari) yang tersimpan
dengan sebaik-baiknya.
|
| 50. |
(Tinggalah
penduduk Syurga itu menikmati kesenangan), lalu setengahnya mengadap yang
lain, sambil berbincang dan bertanya-tanyaan.
|