|
| 1. |
Demi (hamba-hambaKu)
yang berbaris dengan berderet-deret -
|
| 2. |
(Hamba-hambaKu)
yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya -
|
| 3. |
(Hamba-hambaKu)
yang membaca kandungan Kitab Suci;
|
| 4. |
(Sumpah
demi sumpah) sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Satu -
|
| 5. |
Tuhan (yang
mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara
keduanya, dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari.
|
| 6. |
Sesungguhnya
Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi)
dengan hiasan bintang-bintang.
|
| 7. |
Dan (Kami
pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur)
tiap-tiap Syaitan yang derhaka;
|
| 8. |
(Dengan
itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat)
penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah
dan penjuru,
|
| 9. |
Untuk mengusir
mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus.
|
| 10. |
Kecuali
sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan
(malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang
lagi menembusi.
|
| 11. |
(Setelah
nyata kekuasaan Kami) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka (yang
ingkarkan hidupnya semula orang-orang mati): Adakah diri mereka lebih sukar
hendak diciptakan, atau makhluk-makhluk lain yang Kami telah ciptakan?
Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka dari tanah liat (yang senang diubah
dan diciptakan semula).
|
| 12. |
(Pertanyaan
itu tidak juga berfaedah kepada mereka) bahkan engkau merasa hairan (terhadap
keingkaran mereka), dan sebaliknya mereka mengejek-ejek (peneranganmu).
|
| 13. |
Dan apabila
diperingatkan, mereka tetap tidak mahu menerima peringatan itu.
|
| 14. |
Dan apabila
mereka melihat sesuatu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami dan kebenaranmu),
mereka mencari-cari jalan memperolok-olokkannya, -
|
| 15. |
Serta mereka
berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata.
|
| 16. |
"Adakah
sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan dibangkitkan
hidup semula?
|
| 17. |
"Dan adakah
juga datuk nenek kita yang telah lalu (akan dibangkitkan hidup semula)?"
|
| 18. |
Jawablah
(wahai Muhammad): "Ya, benar !(Kamu semua akan dibangkitkan) dengan keadaan
hina-dina ".
|
| 19. |
(Kebangkitan
ini mudah) kerana sesungguhnya ia boleh berlaku hanyalah dengan suara sahaja,
maka dengan serta mereka semuanya (bangkit) melihat (apa yang akan jadi).
|
| 20. |
Dan (pada
saat itu) mereka berkata:" Wahai celakanya kami, ini ialah hari balasan!"
|
| 21. |
(Lalu malaikat
berkata kepada mereka): " Ini ialah hari memutuskan hukum untuk memberi
balasan yang dahulu kamu mendustakannya ".
|
| 22. |
(Allah
berfirman kepada malaikat):" Himpunkanlah orang-orang yang zalim itu, dan
orang-orang yang berkeadaan seperti mereka, serta benda-benda yang mereka
sembah -
|
| 23. |
"Yang lain
dari Allah serta hadapkanlah mereka ke jalan yang membawa ke neraka.
|
| 24. |
"Dan hentikanlah
mereka (menunggu), kerana sesungguhnya mereka akan disoal:
|
| 25. |
"Mengapa
kamu tidak bertolong-tolongan (sebagaimana yang kamu dakwakan dahulu?"
|