|
| 51. |
Dan sudah
tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati;
apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari
kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.
|
| 52. |
(Pada ketika
itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya
kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,,
(Lalu dikatakan kepada mereka): " Inilah dia yang telah dijanjikan oleh
Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,
|
| 53. |
Hanyalah
dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta mereka dihimpunkan
ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).
|
| 54. |
Maka pada
hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula
tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.
|
| 55. |
Sesungguhnya
penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati
kesenangan;
|
| 56. |
Mereka
dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil
duduk berbaring di atas pelamin;
|
| 57. |
Mereka
beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh
apa sahaja yang mereka kehendaki;
|
| 58. |
(Mereka
juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
|
| 59. |
Dan (sebaliknya
dikatakan kepada orang-orang yang kafir): "Berpisahlah kamu pada hari ini,
hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang
beriman).
|
| 60. |
"Bukankah
Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah
Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
|
| 61. |
"Dan (Aku
perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.
|
| 62. |
"Dan sesungguhnya
Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah
kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan
insaf?
|
| 63. |
"Yang kamu
saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya
(kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).
|
| 64. |
"Rasalah
kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah
lakukan!"
|
| 65. |
Pada waktu
itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada)
tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki
mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
|
| 66. |
(Matahati
orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa
menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga
masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya
dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya?
|
| 67. |
(Kekuatan
akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa
mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka
berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan
juga tidak dapat undur ke belakang.
|
| 68. |
Dan (hendaklah
diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali
kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka
mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?
|
| 69. |
(Nabi Muhammad
bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian
bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu
tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;
|
| 70. |
Supaya
ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya
nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar.
|
| 71. |
Tidakkah
mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah menciptakan untuk mereka
binatang-binatang ternak, di antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami
ciptakan dengan kekuasaan Kami lalu mereka memilikinya?
|
| 72. |
Dan Kami
jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi
kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan.
|
| 73. |
Dan mereka
beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga
beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?
|
| 74. |
Dan tergamak
mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah, (dengan harapan semoga
mereka mendapat pertolongan (dari makhluk-makhluk itu).
|
| 75. |
Benda-benda
yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali menolong mereka, sedang
benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadir (pada hari
kiamat, untuk memberi azab seksa) kepada mereka.
|