|
| 26. |
Kemudian
Aku timpakan orang-orang kafir itu dengan azab yang membinasakan, maka
perhatikanlah bagaimana buruknya akibat kemurkaanKu (menimpa mereka).
|
| 27. |
Tidakkah
engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan
dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan
di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong
putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang
hitam legam;
|
| 28. |
Dan demikian
pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang
ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh
bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya
hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi
Maha Pengampun.
|
| 29. |
Sesungguhnya
orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang
serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi
atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan
sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;
|
| 30. |
Supaya
Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya
(akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).
|
| 31. |
Dan Al-Quran
yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) ialah yang benar (segala-galanya)
yang tetap mengesahkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hambaNya,
lagi Maha Melihat dan memerhatikan.
|
| 32. |
Kemudian
Kami jadikan Al- Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari
kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim
kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan
di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang
mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang
demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).
|
| 33. |
(Balasan
mereka ialah) Syurga - syurga " Adn ", yang mereka akan masukinya; mereka
dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara;
dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera.
|
| 34. |
Dan (sebagai
bersyukur) berkatalah mereka: "Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah
menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami Maha
Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang
yang taat);
|
| 35. |
Tuhan yang
telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal, dengan limpah kurniaNya
semata-mata. Kami tidak akan merasa penat lelah di situ, dan Kami juga
di situ tidak akan merasa letih lesu".
|
| 36. |
Dan orang-orang
yang kafir, bagi mereka neraka Jahannam; mereka tidak dijatuhkan hukuman
bunuh supaya mereka mati (dan terlepas dari seksa), dan tidak pula diringankan
azab neraka itu dari mereka; dan demikianlah Kami membalas tiap-tiap orang
yang melampau kufurnya.
|
| 37. |
Dan mereka
menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami,
keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang
soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak
mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa
yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir
dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi
amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak
akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan".
|
| 38. |
Sesungguhnya
Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya Ia mengetahui
akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
|
| 39. |
Dia lah
yang menjadikan kamu orang-orang yang berkuasa di muka bumi silih berganti;
oleh itu sesiapa yang kufur ingkar maka balasan kufurnya itu akan menimpa
dirinya sendiri; dan orang-orang yang kafir, kufurnya tidak menambahkan
mereka di sisi Tuhan mereka melainkan kemurkaan dan kehinaan; dan juga
orang-orang yang kafir itu, kufurnya tidak menambahkan mereka melainkan
kerugian jua.
|
| 40. |
Katakanlah
(wahai Muhammad): "Sudahkah kamu mengetahui kekuasaan dan kelayakan makhluk-makhluk
yang kamu jadikan sekutu-sekutu, yang kamu seru dan sembah selain Allah?
Tunjukkanlah kepadaku apa yang mereka telah ciptakan dari bahagian bumi
ini?. Atau adakah mereka mempunyai sebarang perkongsian (dengan Allah)
dalam mencipta dan menguruskan langit? Atau pernahkah Kami memberi mereka
sebuah Kitab (mengakui mereka menjadi kongsi Kami), maka (dengan itu menjadilah)
perkongsian mereka berdasarkan keterangan yang terdapat dari Kitab itu?
"(Tidak ada sesuatu alasan pun) bahkan orang-orang yang zalim itu, terpedaya
dengan kata-kata yang disebutkan oleh setengahnya kepada yang lain, kata-kata
yang hanya menjanjikan perkara yang tidak benar.
|
| 41. |
Sesungguhnya
Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari
peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya; dan jika keduanya (ditakdirkan)
berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku
demikian selain dari Allah. Sesungguhnya Ia Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.
|
| 42. |
Dan mereka
bersumpah dengan nama Allah dengan sebebar-benar sumpahnya: demi sesungguhnya
jika datang kepada mereka seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, sudah
tentu mereka akan menjadi orang-orang yang lebih betul jalan ugamanya dari
sebarang umat yang lain. Setelah datang kepada mereka seorang Rasul pemberi
ingatan dan amaran, (maka kedatangannya itu) hanya menyebabkan mereka bertambah
liar dari kebenaran,
|
| 43. |
Sambil bersikap
sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan
jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa
melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka)
tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa
mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu.
Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi
" Sunnatullah " (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali
akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan " Sunnatullah " itu. |
| 44. |
(Dan sebagai
buktinya): tidakkah orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu telah mengembara
di muka bumi, lalu mereka menyaksikan bagaimana kesudahan orang-orang kafir
yang terdahulu dari mereka, sedang orang-orang itu lebih kekuatannya dari
mereka? Dan (sudah tetap) bahawa kekuasaan Allah tidak dapat dilemahkan
atau dihalangi oleh sesuatupun sama ada di langit atau di bumi; sesungguhnya
Ia adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
|
| 45. |
Dan kalaulah
Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan
amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak membiarkan
tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (dia tidak
bertindak dengan serta merta, bahkan) Ia memberi tempoh kepada mereka hingga
ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka
Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya
Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hambaNya.
|