|
|
|
| 1. |
Segala
puji tertentu bagi Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di
langit dan yang ada di bumi, dan bagiNyalah juga segala puji di akhirat;
dan Dia lah sahaja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.
|
| 2. |
Ia mengetahui
apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya, dan apa yang
turun dari langit serta apa yang naik kepadanya; dan Dia lah jua yang Maha
Mengasihani, lagi Maha Pengampun.
|
| 3. |
Dan orang-orang
yang kafir berkata:" Hari kiamat itu tidak akan datang kepada kami". Katakanlah
(wahai Muhammad): "Bahkan (tetap datang). Demi Tuhanku yang mengetahui
segala perkara yang ghaib, hari kiamat itu sesungguhnya akan datang kepada
kamu". Tiada tersembunyi dari pengetahuanNya barang seberat debu yang ada
di langit atau di bumi, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu atau yang
lebih besar melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata.
|
| 4. |
(Kedatangan
hari kiamat itu) supaya Tuhan membalas orang-orang yang beriman dan beramal
soleh; mereka itu akan beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.
|
| 5. |
Dan (sebaliknya)
orang-orang yang berusaha menentang dan membatalkan ayat-ayat keterangan
Kami sambil menyangka dapat melepaskan diri (dari hukuman Kami), - mereka
itu akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
|
| 6. |
Dan orang-orang
yang diberi ilmu pengetahuan, mengetahui (dengan yakin, bahawa keterangan-keterangan)
yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu (mengenai hari kiamat dan lain-lainnya)
itulah yang benar serta yang memimpin ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, lagi
Maha Terpuji. |
| 7. |
Dan orang-orang
yang kafir pula berkata (sesama sendiri secara mengejek-ejek): "Mahukah,
kami tunjukkan kepada kamu seorang lelaki yang memberitakan kepada kamu:
` (Bahawa apabila kamu dihancurkan sehancur-hanurnya sesudah mati), sesungguhnya
kamu akan dihidupkan semula dalam bentuk kejadian yang baru? '
|
| 8. |
"Adakah
ia berdusta terhadap Allah, atau ia kena penyakit gila?" (Tidak ada satupun)
bahkan orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat tetap beroleh
(di sana) azab seksa yang seburuk-buruknya dan (di sini) tetap berada dalam
kesesatan yang jauh terpesong.
|
| 9. |
(Setelah
mereka mengejek-ejek dan membuat tuduhan-tuduhan itu) tidakkah mereka melihat
apa yang ada di hadapan mereka dan yang ada di belakang mereka dari langit
dan bumi (dapatkah mereka melarikan diri)? Jika Kami kehendaki nescaya
Kami timbuskan mereka di bumi, atau Kami gugurkan atas mereka ketul-ketul
dan serpihan-serpihan dari langit (yang akan membinasakan mereka). Sesungguhnya
yang demikian mengandungi satu tanda (yang memberi keinsafan) bagi tiap-tiap
hamba Allah yang mahu kembali kepadanya (dengan taat dan berbakti).
|
| 10. |
Dan demi
sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari
Kami (sambil Kami berfirman): "Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap
tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud, dan wahai burung-burung (bertasbihlah
bersama-sama dengannya)!" Dan juga telah melembutkan besi baginya;
|
| 11. |
(Serta
Kami wahyukan kepadanya): "Buatlah baju-baju besi yang luas labuh, dan
sempurnakanlah jalinannya sekadar yang dikehendaki; dan kerjakanlah kamu
(wahai Daud dan umatmu) amal-amal yang soleh, sesungguhnya Aku Maha Melihat
akan segala yang kamu kerjakan".
|
| 12. |
Dan Kami
kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya:
sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang
perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan
baginya matair dari tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk
bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa dari jin itu yang
menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab
api neraka.
|
| 13. |
Golongan
jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan
yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar
seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah
itu Kami perintahkan): "Beramalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!"
Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.
|
| 14. |
Setelah
Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan
kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang
telah memakan tongkatnya. Maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan
jin itu, bahawa kalaulah mereka sedia, mengetahui perkara yang ghaib nescaya
mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang
menghina.
|
| 15. |
Demi sesungguhnya,
adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan
Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun
(yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri
(kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki
pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah)
negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang
Maha Pengampun!.
|
| 16. |
Maka mereka
berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan,
dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua
kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon
yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara.
|
| 17. |
Demikianlah
Kami membalas mereka disebabkan kekufuran mereka; dan sebenarnya Kami tidak
menimpakan balasan yang demikian melainkan kepada orang-orang yang amat
kufur.
|
| 18. |
Dan - di
antara tempat tinggal mereka (di negeri Yaman) dengan bandar-bandar (di
daerah negeri Syam) yang Kami limpahkan berkat kepadanya (dengan kemakmuran),
- Kami adakan beberapa buah bandar yang jelas kelihatan (kepada orang-orang
yang melalui jalan itu), dan Kami tentukan jarak perjalanan di antaranya
(sekadar yang dapat dijadikan tempat-tempat persinggahan), (serta dikatakan
kepada mereka): " Berjalanlah kamu di bandar-bandar itu pada bila-bila
masa yang kamu suka, malam dan siang, dalam keadaan yang aman".
|
| 19. |
(Maka kamakmuran
dan kemudahan itu menjadikan mereka sombong dan kufur) lalu berkata: "Wahai
Tuhan kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami (di antara sebuah bandar dengan
yang lain)", dan mereka berlaku zalim kepada diri mereka sendiri; lalu
Kami jadikan (kisah perbuatan derhaka) mereka: buah mulut orang ramai,
serta kami pecah belahkan mereka berkecai-kecai. Sesungguhnya kisah mereka
yang tersebut mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya bagi tiap-tiap
seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur.
|
| 20. |
Dan sesungguhnya
Iblis telah dapati sangkaannya tepat terhadap mereka, iaitu mereka menurutnya,
kecuali sebahagian dari orang-orang yang beriman (yang tidak terpedaya
kepada hasutannya).
|
| 21. |
Dan sememangnya
tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan
untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang
benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya.
Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu.
|
| 22. |
Katakanlah
(wahai Muhammad kepada kaum musyrik): "Serukanlah makhluk-makhluk yang
kamu dakwakan sebagai tuhan selain dari Allah; mereka tidak memiliki kuasa
seberat debu pun di langit dan di bumi, dan mereka tiada sebarang bahagian
perkongsian (dengan Allah) dalam (mencipta dan mentadbirkan) langit dan
bumi, dan Allah pula tidak mendapat sebarang pertolongan dari mereka".
|
| 23. |
Dan tidak
berfaedah syafaat di sisi Allah kecuali bagi orang yang telah diizinkan
Allah, (maka orang-orang yang hendak memohon syafaat terpaksa menunggu
izin itu dengan penuh perasaan takut dan bimbang) sehingga apabila dihapuskan
Allah perasaan takut dari hati mereka (dengan pemberian izin itu) bersukarialah
mereka dengan bertanya-tanyaan sesama sendiri: "Apakah yang telah dititahkan
oleh Tuhan kamu?" Sebahagian di antara mereka menjawab: "Tuhan telah menitahkan
kebenaran"; dan Dia lah jua Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar
kekuasaanNya.
|
| 24. |
Bertanyalah
(wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi
rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya: "Ialah
Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami
ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah
satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau
tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata ".
|
| 25. |
(Oleh itu)
katakanlah (wahyu Muhammad): "Kamu tidak akan bertanggungjawab tentang
kesalahan yang kami lakukan, dan kami pula tidak akan bertanggungjawab
tentang apa yang kamu kerjakan".
|