|
| 26. |
Dan belumkah
lagi ternyata kepada mereka (yang kafir itu): bahawa Kami telah binasakan
berapa banyak dari kaum-kaum yang kufur ingkar dahulu daripada mereka,
padahal mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum
itu? Sesungguhnya kebinasaan kaum-kaum itu mengandungi keterangan-keterangan
(untuk mengambil iktibar); oleh itu tidakkah mereka mahu mendengar (dan
insaf)?
|
| 27. |
Dan tidakkah
mereka (yang tidak mahu taat dan bersyukur) itu melihat bahawasanya Kami
mengarahkan turunnya hujan ke bumi yang kering kontang, lalu Kami tumbuhkan
dengan air hujan itu tanaman-tanaman, yang daripadanya dimakan oleh binatang-binatang
ternak mereka dan mereka sendiri? Maka mengapa mereka tidak mahu memerhati
(semuanya itu supaya taat dan bersyukur)?
|
| 28. |
Dan mereka
bertanya: "Bilakah datangnya hari pembukaan bicara yang dikatakan itu jika
betul kamu orang-orang yang benar?"
|
| 29. |
Katakanlah
(wahai Muhammad): "(Tidak perlu diketahui masa datangnya tetapi mesti dipercayai
bahawa) pada hari pembukaan bicara itu, tidak ada gunanya lagi kepada orang-orang
kafir kiranya mereka hendak beriman, dan mereka pula tidak akan diberi
tempoh (berbuat demikian)".
|
| 30. |
Oleh itu,
janganlah engkau hiraukan mereka, dan tunggulah (kesudahan mereka), sesungguhnya
mereka pun menunggu (kesudahanmu).
|