|
| 176. |
Dan janganlah
engkau berdukacita (wahai Muhammad), disebabkan orang-orang yang segera
menceburkan diri dalam kekufuran; kerana sesungguhnya mereka tidak sekali-kali
akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun. Allah menetapkan
tidak memberi kepada mereka (balasan baik syurga) pada hari akhirat kelak,
dan mereka pula beroleh azab seksa yang amat besar.
|
| 177. |
Sesungguhnya
orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak
sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun,
dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
|
| 178. |
Dan jangan
sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka
hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan
mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia), dan mereka pula
beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak).
|
| 179. |
Allah tidak
sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang
kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Ia tetap menguji
kamu) sehingga Ia memisahkan yang buruk (manufik) daripada yang baik (beriman).
Dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara
yang Ghaib akan tetapi Allah memilih dari RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya
(untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib). Oleh itu berimanlah
kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya; dan kamu beriman dan bertaqwa, maka
kamu akan beroleh pahala yang besar.
|
| 180. |
Dan jangan
sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan
Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya
itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan
(diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak.
Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan
(ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu
kerjakan. (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang katakan, maka
membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam apa yang kamu
dakwakan itu)?"
|
| 181. |
Sesungguhnya
Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) yang mengatakan: Bahawasanya
Allah miskin dan kami ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan
perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak
ada alasan yang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada mereka: "Rasalah
kamu azab seksa yang sentiasa membakar -
|
| 182. |
(Azab seksa)
yang demikian itu ialah disebabkan perbuatan yang - telah dilakukan oleh
tangan kamu sendiri. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah tidak sekali-kali
berlaku zalim kepada hamba-hambanya."
|
| 183. |
Orang-orang (Yahudi
itulah) yang berkata: "Sebenarnya Allah telah perintahkan kami, supaya
kami jangan beriman kepada seseorang Rasul sehingga ia membawa kepada kami
korban yang dimakan api. "Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya telah
datang kepada kamu beberapa Rasul dahulu daripadaku dengan membawa keterangan-keterangan
(mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang kamu membunuh mereka, jika
kamu orang-orang yang benar (dalam yang kamu dakwakan itu)? |
| 184. |
Oleh itu, jika
mereka mendustakanmu (wahai Muhammad, maka janganlah engkau berdukacita),
kerana sesungguhnya Rasul-rasul yang terdahulu daripadamu telah didustakan
juga; mereka telah membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata
dan Kitab-kitab (nasihat pengajaran), serta Kitab (Syariat) yang terang
jelas. |
| 185. |
Tiap-tiap
yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah
akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari
neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan
(ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya
dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang
yang terpedaya.
|
| 186. |
Demi sesungguhnya,
kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya,
kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu
daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan
cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa
maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki
diambil berat (melakukannya).
|
| 187. |
Dan (ingatlah)
ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan
Kitab (iaitu): "Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab
itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya".
Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta
mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah
buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya)
itu.
|
| 188. |
Jangan
sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad, bahawa) orang-orang yang
bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji
dengan apa yang mereka tidak lakukan - jangan sekali-kali engkau menyangka
mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang
tidak terperi sakitnya.
|
| 189. |
Dan bagi
Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu.
|
| 190. |
Sesungguhnya
pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada
tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi
orang-orang yang berakal;
|
| 191. |
(Iaitu)
orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan
duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan
tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah
Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka
peliharalah kami dari azab neraka.
|
| 192. |
Wahai Tuhan
kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya
Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh
seorang penolong pun;
|
| 193. |
Wahai Tuhan
kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru
kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami
pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah
daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang
yang berbakti;
|
| 194. |
Wahai Tuhan
kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami
melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat;
sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".
|
| 195. |
Maka Tuhan
mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak
akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama
ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari
setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan
ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang
disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan
yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid
dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan
mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan
di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal
soleh)".
|
| 196. |
Jangan
sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang
yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka).
|
| 197. |
(Semuanya)
itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian
tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat
ketetapan.
|
| 198. |
Tetapi
orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga
yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai
tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari Allah.
Dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang
yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan).
|
| 199. |
Dan sesungguhnya
di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada)
apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa yang diturunkan
kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak menukarkan
ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu
beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah Amat segera
hitungan hisabNya.
|
| 200. |
Wahai orang-orang
yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan
perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih
daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada
Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
|