|
| 51. |
Maka lihatlah
bagaimana akibat rancangan jahat mereka, iaitu Kami telah hancurkan mereka
dan kaum mereka semuanya.
|
| 52. |
Kesudahannya
rumah-rumah mereka itu telah runtuh ranap, dengan sebab mereka berlaku
zalim; sesungguhnya kejadian yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan
iktibar bagi orang-orang yang mahu mengetahui (akan sebab dan musababnya).
|
| 53. |
Dan Kami
selamatkan orang-orang yang beriman, serta yang selalu bertaqwa.
|
| 54. |
Dan Nabi
Lut juga (Kami utuskan); (ingatlah peristiwanya) ketika ia berkata kepada
kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak
kejinya?
|
| 55. |
"Sesungguhnya
kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat
kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang
tidak mengetahui akan akibatnya)".
|
| 56. |
Maka kaumnya
tidak menjawab selain dari berkata: usirlah Lut dan pengikut-pengikutnya
dari bandar kamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mendakwakan
dirinya bersih suci ".
|
| 57. |
Lalu Kami
selamatkan Nabi Lut dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya, kecuali
isterinya, Kami takdirkan dia menjadi dari golongan yang tertinggal dalam
azab.
|
| 58. |
Dan Kami
hujani mereka dengan hujan yang membinasakan, maka amatlah buruknya hujan
azab yang menimpa orang-orang yang telah diberi amaran.
|
| 59. |
Katakanlah
(wahai Muhammad): "Segala puji tertentu bagi Allah dan selamat sejahtera
kepada hamba-hambaNya (Nabi-nabi) yang dipilihNya. Manakah yang lebih baik?
- Allah (yang demikian kekuasaanNya) atau benda-benda yang mereka jadikan
sekutu-sekutu bagiNya?
|
| 60. |
Bahkan
siapakah yang telah mencipta langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari
langit untuk kamu? Lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun
(yang menghijau subur) dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan tidak
berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya. Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama
Allah? (Tidak!) bahkan mereka (yang musyrik itu) adalah kaum yang menyeleweng
dari kebenaran (tauhid).
|
| 61. |
Atau siapakah
yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai
di antara bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang
yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin
dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang
tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang
musyrik itu) tidak mengetahui.
|
| 62. |
Atau siapakah
yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya,
dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat
yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang
lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat
Allah itu).
|
| 63. |
Atau siapakah
yang menunjukkan jalan kepada kamu dalam gelap-gelita darat dan laut, dan
yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum
kedatangan rahmatNya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah?
Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang mereka sekutukan denganNya.
|
| 64. |
Atau siapakah
yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian dia mengembalikannya
(hidup semula sesudah matinya). dan siapakah yang memberi rezeki kepada
kamu dari langit dan bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama
Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan
kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar ".
|
| 65. |
Katakanlah
lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang
ghaib melainkan Allah!" Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing
akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).
|
| 66. |
Bahkan
mereka (yang kafir) telah berkali-kali mengetahui tentang hari akhirat
(tetapi mereka tidak meyakininya), bahkan mereka berada dalam syak mengenainya;
bahkan matahati mereka buta langsung daripada memikirkannya.
|
| 67. |
Dan orang-orang
yang kafir berkata: "Adakah sesudah kami menjadi tanah, dan juga datuk
nenek kami, adakah kami semua akan dikeluarkan dari kubur (hidup semula)?
|
| 68. |
"Demi sesungguhnya,
kami telah dijanjikan dengan perkara ini, kami dan juga datuk nenek kami
dahulu; ini hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala".
|
| 69. |
Katakanlah
(wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah
bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa itu".
|
| 70. |
Dan janganlah
engkau berdukacita terhadap (keingkaran) mereka (yang kafir itu,) dan janganlah
engkau resah-gelisah disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.
|
| 71. |
Dan mereka
bertanya: "Bilakah berlakunya azab yang telah dijanjikan itu, jika betul
kamu orang-orang yang benar?"
|
| 72. |
Katakanlah
(wahai Muhammad): "Dipercayai tidak lama lagi akan datang kepada kamu sebahagian
dari azab yang kamu minta disegerakan itu".
|
| 73. |
Dan sesungguhnya
Tuhanmu (wahai Muhammad) sentiasa melimpah-ruah kurniaNya kepada umat manusia
seluruhnya tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur.
|
| 74. |
Dan sesungguhnya
Tuhanmu sedia mengetahui apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang
mereka nyatakan (dengan tutur kata dan perbuatan).
|
| 75. |
Dan tiada
sesuatu perkara yang ghaib di langit dan di bumi, melainkan tertulis dalam
Kitab yang terang nyata.
|