|
| 201. |
Mereka
tidak beriman kepada Al-Quran sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi
sakitnya,
|
| 202. |
Lalu azab itu
datang menimpa mereka secara mengejut, dengan tidak mereka menyedarinya. |
| 203. |
Maka (pada
saat itu) mereka akan berkata (dengan menyesal): "Dapatkah kiranya kami
diberi tempoh?"
|
| 204. |
(Kalaulah
demikian keadaan mereka) maka patutkah mereka meminta disegerakan azab
Kami?
|
| 205. |
Bagaimana
fikiranmu (wahai Muhammad)? Jika Kami berikan mereka menikmati kesenangan
bertahun-tahun,
|
| 206. |
Kemudian
mereka didatangi azab seksa yang dijanjikan kepada mereka,
|
| 207. |
(Tentulah)
kesenangan yang mereka nikmati bertahun-tahun itu tidak dapat memberikan
mereka sebarang pertolongan.
|
| 208. |
Dan tiadalah
Kami membinasakan mana-mana negeri (yang telah dibinasakan itu), melainkan
setelah diutus kepadanya lebih dahulu, Rasul-rasul pemberi amaran.
|
| 209. |
Memperingatkan
mereka; dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim.
|
| 210. |
Dan Al-Quran
itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan.
|
| 211. |
Dan tidak
layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak
akan dapat melakukannya.
|
| 212. |
Sesungguhnya
mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh Malaikat.
|
| 213. |
Maka janganlah
engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya
engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa.
|
| 214. |
Dan berilah
peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.
|
| 215. |
Dan hendaklah
engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.
|
| 216. |
Kemudian
jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: "Sesungguhnya aku
berlepas diri dari apa yang kamu lakukan!"
|
| 217. |
Dan berserahlah
kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,
|
| 218. |
Yang melihatmu
semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang),
|
| 219. |
Dan (melihat)
gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud.
|
| 220. |
Sesungguhnya
Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
|
| 221. |
Mahukah,
Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?
|
| 222. |
Mereka
selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,
|
| 223. |
Yang mendengar
bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang
kebanyakan beritanya adalah dusta.
|
| 224. |
Dan Ahli-ahli
syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.
|
| 225. |
Tidakkah
engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala
dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?
|