|
| 126. |
"Oleh itu,
takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
|
| 127. |
"Dan aku
tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan
(dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian
alam.
|
| 128. |
"Patutkah
kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang
tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik.
|
| 129. |
"Dan kamu
pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng yang kukuh
dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya?
|
| 130. |
"Dan apabila
kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis?
|
| 131. |
"So fear Allâh, keep your duty to Him, and obey me.
"Oleh itu,
takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku. |
| 132. |
"Dan berbaktilah
kamu kepada Allah yang telah menolong kamu dengan pemberian nikmat-nikmatNya
yang kamu sedia mengetahuinya.
|
| 133. |
"Diberinya
kamu binatang-binatang ternak (yang biak) serta anak-pinak (yang ramai),
|
| 134. |
"Dan taman-taman
(yang indah permai) serta matair-matair (yang mengalir).
|
| 135. |
"Sesungguhnya
aku takut, (bahawa) kamu akan ditimpa azab seksa hari yang besar (huru-haranya)".
|
| 136. |
Mereka
menjawab: "Sama sahaja bagi kami, sama ada engkau beri nasihat pengajaran,
atau engkau tidak menjadi dari orang-orang yang memberi nasihat pengajaran.
|
| 137. |
"Segala
apa (yang engkau katakan) ini, hanyalah adat kebiasaan orang-orang dahulu-kala,
|
| 138. |
"Dan kami
pula tidak akan diseksa".
|
| 139. |
Akhirnya
mereka mendustakan Rasul itu, lalu Kami binasakan mereka. Sesungguhnya
pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan
Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
|
| 140. |
Dan sesungguhnya
Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
|
| 141. |
(Demikian
juga) kaum Thamud telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka),
|
| 142. |
Ketika
saudara mereka - Nabi Soleh, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi
perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
|
| 143. |
"Sesungguhnya
aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
|
| 144. |
"Oleh itu,
takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
|
| 145. |
"Dan aku
tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan
(dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian
alam.
|
| 146. |
"Adakah
(kamu fikir), bahawa kamu akan dibiarkan sentiasa bersenang-senang dalam
nikmat-nikmat yang ada di dunia ini? -
|
| 147. |
"Di dalam
taman-taman (yang indah permai), dan matair-matair (yang mengalir),
|
| 148. |
"Dan kebun-kebun
tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang buah mayangnya halus lembut?
|
| 149. |
"Dan kamu
memahat sebahagian dari gunung-ganang sebagai tempat tinggal - dengan bijak
dan bersungguh-sungguh?
|
| 150. |
"Oleh itu,
takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku;
|