|
| 76. |
"(Yang
sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu?
|
| 77. |
"(Aku bertanya
demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak
menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam;
|
| 78. |
"Tuhan
yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin
dan memberi petunjuk kepadaku;
|
| 79. |
"Dan Tuhan
yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum,
|
| 80. |
"Dan apabila
aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;
|
| 81. |
"Dan (Dia
lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku;
|
| 82. |
"Dan (Dia
lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;
|
| 83. |
"Wahai
Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku
dengan orang-orang yang soleh;
|
| 84. |
"Dan jadikanlah
bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang
datang kemudian;
|
| 85. |
"Dan jadikanlah
daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim;
|
| 86. |
"Dan ampunkanlah
bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat;
|
| 87. |
"Dan janganlah
engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula
-
|
| 88. |
"Hari yang
padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu
apapun,
|
| 89. |
"Kecuali
(harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan
hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);
|
| 90. |
"Dan (pada
hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa,
|
| 91. |
"Dan diperlihatkan
neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat;
|
| 92. |
"Serta
dikatakan kepada mereka: ` Mana dia benda-benda yang kamu sembah dahulu
-
|
| 93. |
` Selain
dari Allah? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong dirinya sendiri
? '
|
| 94. |
"Lalu mereka
dihumbankan ke dalam neraka dengan tertiarap, jatuh bangun berulang-ulang,
- mereka dan orang-orang yang sesat bersama,
|
| 95. |
"Termasuk
juga bala tentera iblis semuanya.
|
| 96. |
"Mereka
berkata, sambil bertengkar sesama sendiri dalam neraka:
|
| 97. |
" ` Demi
Allah! Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) adalah di dalam kesesatan
yang jelas nyata,
|
| 98. |
" ` Kerana
kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam;
|
| 99. |
" ` Dan
tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa.
|
| 100. |
" ` Dengan
sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang memberi pertolongan,
|