|
| 1. |
Taa, Siin,
Miim. |
| 2. |
Ini ialah ayat-ayat
Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata. |
| 3. |
Jangan-jangan
pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita,
kerana mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman.
|
| 4. |
Kalau Kami
mahu, tentulah Kami akan turunkan kepada mereka satu mukjizat dari langit,
yang menjadikan mereka tunduk kepadanya.
|
| 5. |
Dan tidak
datang kepada mereka peringatan serta pengajaran yang baharu dari (Allah)
Ar-Rahman, melainkan mereka tetap berpaling mengingkarinya.
|
| 6. |
Oleh kerana
mereka telah mendustakan Al-Quran, maka sudah tentu akan datang kepada
mereka berita-berita (azab) mengenai perkara yang mereka ejek-ejek itu.
|
| 7. |
Masihkah
mereka berdegil dan tidak memperhatikan bumi, berapa banyak kami tumbuhkan
padanya dari berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat?
|
| 8. |
Sesungguhnya
pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan
dan rahmat pengurniaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakan mereka
tidak juga beriman.
|
| 9. |
Dan sesungguhnya
Tuhanmu (wahai Muhammad) Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
|
| 10. |
Dan (ingatkanlah
peristiwa) ketika Tuhanmu menyeru Nabi Musa: "Hendaklah engkau mendatangi
kaum yang zalim, -
|
| 11. |
"Iaitu
kaum Firaun; tidakkah mereka mahu mengawal diri dari kemurkaanKu?"
|
| 12. |
Nabi Musa
merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka
akan mendustakan daku.
|
| 13. |
"Dan akan
sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku; oleh itu utuskanlah perintahMu
kepada Harun (supaya ia membantuku).
|
| 14. |
"Dan lagi
mereka ada mengemukakan satu tuduhan jenayah terhadapku; oleh itu aku takut
mereka akan membunuhku".
|
| 15. |
Allah berfirman:
"Jangan! Jangan fikir (akan berlaku apa yang engkau bimbangkan itu)! Oleh
itu pergilah kamu berdua membawa mukjizat-mukjizat Kami (yang membuktikan
kebenaran kamu); sesungguhnya Kami ada bersama-sama kamu: mendengar.
|
| 16. |
"Maka pergilah
kamu kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: sesungguhnya kami adalah
utusan Tuhan sekalian alam.
|
| 17. |
"Menyuruhmu
membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami".
|
| 18. |
Firaun
menjawab: "Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa
engkau kanak-kanak yang baharu lahir, serta engkau telah tinggal dalam
kalangan kami beberapa tahun dari umurmu?
|
| 19. |
"Dan (bukankah)
engkau telah melakukan satu perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan
dan (dengan itu) engkau dari orang-orang yang tidak mengenang budi?"
|
| 20. |
Nabi Musa
berkata: "Aku melakukan perbuatan yang demikian sedang aku ketika itu dari
orang-orang yang belum mendapat petunjuk.
|
| 21. |
"Lalu aku
melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian
Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan ugama, dan menjadikan daku seorang
RasulNya.
|
| 22. |
"Dan budimu
memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah
bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.
|
| 23. |
Firaun
berkata (dengan sombongnya): "Dan apa dia Tuhan sekalian alam itu?"
|
| 24. |
Nabi Musa
menjawab. "Dia lah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta
segala yang ada di antara keduanya, - kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan
dengan berdalil maka inilah jalannya".
|
| 25. |
Firaun
berkata kepada orang-orang yang ada di sekelilingnya: "Tidakkah kamu dengar
(apa yang dikatakan olehnya)?"
|