|
| 101. |
Kemudian,
apabila ditiup sangkakala, maka pada hari itu tidak ada lagi manfaat pertalian
kerabat di antara mereka, dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan.
|
| 102. |
Maka sesiapa
yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang
berjaya.
|
| 103. |
Dan sesiapa
yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan
dirinya sendiri; mereka kekal di dalam neraka Jahannam -
|
| 104. |
Api neraka
itu membakar muka mereka, dan tinggalah mereka di situ dengan muka yang
hodoh cacat.
|
| 105. |
(Sambil
dikatakan kepada mereka): "Bukankah ayat-ayatKu selalu dibacakan kepada
kamu, lalu kamu terus-menerus mendustakannya?"
|
| 106. |
Mereka
menjawab: "Wahai Tuhan kami, kami telah dikalahkan oleh sebab-sebab kecelakaan
kami, dan dengan itu menjadilah kami kaum yang sesat.
|
| 107. |
"Wahai
Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembalikanlah kami
ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat),
maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim."
|
| 108. |
(Allah)
berfirman: "Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam neraka, dan janganlah
kamu berkata-kata (memohon sesuatupun) kepadaKu!
|
| 109. |
"Sesungguhnya
ada sepuak diri hamba-hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan
berkata: ` Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa
kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik
Pemberi rahmat '.
|
| 110. |
"Maka kamu
jadikan mereka ejek-ejekan sehingga ejek-ejekan kamu kepada mereka menyebabkan
kamu lupa mengingati balasanKu, dan kamu pula sentiasa tertawakan mereka.
|
| 111. |
"Sesungguhnya
Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan
kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya".
|
| 112. |
Allah bertanya
lagi (kepada mereka yang kafir itu): "Berapa tahun lamanya kamu tinggal
di bumi?"
|
| 113. |
Mereka
menjawab: "Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari;
maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung
|
| 114. |
Allah berfirman:
"Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu
dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).
|
| 115. |
"Maka adakah
patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada
ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka
pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
|
| 116. |
Maka (dengan
yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang
Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang
mulia.
|
| 117. |
Dan sesiapa
yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan
sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan
amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang
yang kafir tidak akan berjaya.
|
| 118. |
Dan berdoalah
(wahai Muhammad dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan
rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!"
|