|
| 76. |
Dan sesungguhnya
Kami telah menimpakan mereka dengan azab (di dunia), maka mereka tidak
juga tunduk patuh kepada Tuhan mereka dan tidak pula berdoa kepadaNya dengan
merendah diri (serta insaf dan bertaubat);
|
| 77. |
Sehingga
apabila Kami bukakan kepada mereka sebuah pintu yang menyebabkan azab yang
berat, maka mereka serta-merta berputus asa dengan sebabnya - dari mendapat
sebarang kebaikan.
|
| 78. |
Dan Dia
lah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati
(untuk kamu bersyukur; tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
|
| 79. |
Dan Dia
lah yang menciptakan serta mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah
kamu akan dihimpunkan.
|
| 80. |
Dan Dia
lah yang menghidupkan dan mematikan; dan Dia lah yang menentukan pertukaran
malam dan siang. Maka tidakkah kamu mahu berfikir?
|
| 81. |
(Mereka
tidak juga mahu berfikir) bahkan mereka berkata seperti yang dikatakan
oleh orang-orang dahulu (yang ingkar);
|
| 82. |
Mereka
berkata: "Adakah apabila kami telah mati dan kami menjadi tanah dan tulang,
adakah kami akan dibangkitkan (hidup semula)?
|
| 83. |
"Demi sesungguhnya,
kami telah dijanjikan perkara ini - kami dan datuk nenek kami - dari dahulu
lagi; perkara ini hanyalah cerita dongeng orang-orang dahulu-kala."
|
| 84. |
Tanyakanlah
(wahai Muhammad): "Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya,
kalau kamu mengetahui?"
|
| 85. |
Mereka
akan menjawab: "Kepunyaan Allah". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu
ingat (dan insaf)?"
|
| 86. |
Tanyakanlah
lagi: "Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh,
dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar?"
|
| 87. |
Mereka
akan menjawab: "(Semuanya) kepunyaan Allah". Katakanlah: "Mengapa kamu
tidak mahu bertaqwa?"
|
| 88. |
Tanyakanlah
lagi: Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta
ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat
disembunyi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!"
|
| 89. |
Mereka
akan menjawab: "(Segala-galanya) dikuasai Allah". Katakanlah: "Jika demikian,
bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar?"
|
| 90. |
(Bukanlah
sebagaimana tuduhan mereka) bahkan Kami telah membawa kepada mereka keterangan
yang benar, dan sesungguhnya mereka adalah berdusta.
|
| 91. |
Allah tidak
sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang tuhan bersamaNya;
(kalaulah ada banyak tuhan) tentulah tiap-tiap tuhan itu akan menguasai
dan menguruskan segala yang diciptakannya dengan bersendirian, dan tentulah
setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya yang lain. Maha Suci
Allah dari apa yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu.
|
| 92. |
(Allah)
Yang mengetahui segala yang tersembunyi dan yang nyata; maka (dengan yang
demikian) Maha Tinggilah keadaanNya dari segala yang mereka sekutukan.
|
| 93. |
Katakanlah
(wahai Muhammad): "Wahai Tuhanku, kiranya Engkau hendak memperlihatkan
kepadaku (azab) yang dijanjikan kepada mereka (di dunia), -
|
| 94. |
"Maka wahai
Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku tinggal dalam kalangan kaum yang
zalim itu".
|
| 95. |
Dan sesungguhnya
Kami berkuasa memperlihatkan kepadamu azab yang Kami janjikan kepada mereka.
|
| 96. |
Tolaklah
kejahatan yang dilakukan kepadamu dengan cara yang sebaik-baiknya, Kami
Maha Mengetahui apa yang mereka katakan itu.
|
| 97. |
Dan katakanlah:
"Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan
|
| 98. |
"Dan aku
berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku".
|
| 99. |
Kesudahan
golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang
di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup
semula di dunia) -
|
| 100. |
"Supaya
aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku
tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah
kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada
alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan
semula (pada hari kiamat).
|