|
| 51. |
Wahai Rasul-rasul,
makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal
soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
|
| 52. |
Dan sesungguhnya
ugama Islam ini ialah ugama kamu - ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah
Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu.
|
| 53. |
Kemudian
umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan ugama mereka kepada beberapa
pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.
|
| 54. |
Maka biarkanlah
mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa.
|
| 55. |
Adakah
mereka menyangka bahawa apa yang Kami berikan kepada mereka dari harta
benda dan anak-pinak itu.
|
| 56. |
(Bermakna
bahawa dengan yang demikian) Kami menyegerakan untuk mereka pemberian kebaikan?
(Tidak!) Bahkan mereka tidak menyedari (hakikatnya yang sebenar).
|
| 57. |
Sesungguhnya
orang-orang yang sentiasa bimbang disebabkan takut kepada (kemurkaan) Tuhan
mereka;
|
| 58. |
Dan orang-orang
yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka;
|
| 59. |
Dan orang-orang
yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka;
|
| 60. |
Dan orang-orang
yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana
mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka;
|
| 61. |
Mereka
itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang
yang mendahului pada mencapainya.
|
| 62. |
Dan Kami
tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya; dan di sisi
Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan
benar, sedang mereka tidak dianiaya.
|
| 63. |
(Sekalipun
demikian, orang-orang yang ingkar tidak juga berfikir) bahkan hati mereka
tenggelam di dalam kejahilan, lalai daripada (memahami ajaran Al-Quran)
ini; dan mereka pula mempunyai lagi amal-amal (yang jahat) selain dari
itu, yang mereka terus-menerus mengerjakannya;
|
| 64. |
Hingga
apabila Kami timpakan azab kepada orang-orang yang mewah di antara mereka
maka dengan serta-merta mereka menjerit-jerit meminta tolong.
|
| 65. |
(Lalu dikatakan
kepada mereka): "Janganlah kamu menjerit-jerit meminta tolong pada hari
ini, sesungguhnya kamu tidak akan beroleh sebarang pertolongan dari Kami.
|
| 66. |
"(Kerana)
sesungguhnya ayat-ayatKu telah berkali-kali dibacakan kepada kamu, dalam
pada itu kamu berpaling undur ke belakang -
|
| 67. |
"Dengan
keadaan sombong angkuh mendustakannya, serta mencacinya dalam perbualan
kamu pada malam hari".
|
| 68. |
Maka adakah
mereka melakukan yang demikian kerana mereka tidak dapat memahami kata-kata
ajaran (yang disampaikan kepada mereka)? Atau kerana telah datang kepada
mereka sesuatu yang tidak pernah datang kepada datuk nenek mereka yang
telah lalu?
|
| 69. |
Atau kerana
mereka tidak kenal rasul mereka, lalu mereka mengingkarinya?
|
| 70. |
Atau kerana
mereka mengatakan: "Dia kena penyakit gila?" (Sebenarnya bukan kerana sesuatu
pun dari yang tersebut itu) bahkan kerana Rasul mereka datang kepada mereka
membawa ugama yang tetap benar, dan tabiat kebanyakan mereka tidak suka
kepada sebarang kebenaran.
|
| 71. |
Dan kalaulah
kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah
langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan
ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang
menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran
yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya;
|
| 72. |
Atau adakah
(mereka menolak seruanmu itu kerana) engkau meminta kepada mereka suatu
pemberian (sebagai hasil pendapatan seruanmu)? (Ini pun tidak!) Kerana
engkau percaya pemberian Tuhanmu lebih baik, dan Dia lah jua sebaik-baik
Pemberi rezeki.
|
| 73. |
Dan sesungguhnya
engkau (wahai Muhammad) hanya menyeru mereka ke jalan yang lurus;
|
| 74. |
Dan sesungguhnya
orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, sudah tentu tidak mengikuti
jalan yang lurus itu.
|
| 75. |
Dan sekiranya
Kami menaruh belas kasihan kepada mereka serta Kami hapuskan kesusahan
yang menimpa mereka, nescaya mereka akan tetap terus meraba-raba dalam
kesesatan mereka yang melampaui batas itu.
|