| 77. |
Wahai orang-orang
yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah
kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal
kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
|
| 78. |
Dan berjihadlah
kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih
kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu
menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama
bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu
dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi
yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi
orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar
dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta
berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah
yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik
Pemberi pertolongan.
|