|
| 1. |
Wahai umat
manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat
itu suatu perkara yang amat besar.
|
| 2. |
Pada hari
kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu
akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung
akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk,
padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat,
mengerikan.
|
| 3. |
Dan ada
di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan
Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap
syaitan yang telah sebati dengan kejahatan.
|
| 4. |
Yang telah
ditetapkan kepada (tiap-tiap) syaitan itu, bahawa sesiapa yang berketuakan
dia, maka sesungguhnya ia akan menyesatkannya dan memimpinnya kepada azab
neraka.
|
| 5. |

Wahai umat
manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk
(hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian
manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian
dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari
seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan;
(Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada
kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu
yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang
ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak;
kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan
(dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa
dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk
sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya
dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering,
kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya
(dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia,
serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.
|
| 6. |
(Kedua-dua
kenyataan) yang tersebut membuktikan bahawa sesungguhnya Allah jualah Tuhan
Yang Sebenar-benarnya (yang berhak disembah), dan sesungguhnya Dia lah
yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati, dan Dia lah jua Yang Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
|
| 7. |
Dan bahawa
sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak
padanya, dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan
semula) orang-orang yang di dalam kubur.
|
| 8. |
Dan ada
di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan
Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan
sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang
menerangi kebenaran;
|
| 9. |
Ia membantah
sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong angkuh sehingga menghalang
dirinya dan orang lain dari jalan ugama Allah; ia akan beroleh kehinaan
di dunia, dan Kami akan merasakannya azab yang membakar pada hari kiamat
kelak;
|
| 10. |
(Dengan
dikatakan kepadanya): "Azab yang demikian ini ialah disebabkan perbuatan
tanganmu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim
kepada hamba-hambaNya".
|
| 11. |
Dan ada
di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang
tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan
keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia
semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia
dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.
|
| 12. |
Ia menyeru
dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya
dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang
jauh terpesong.
|
| 13. |
Ia menyeru
dan menyembah makhluk yang - dengan perbuatan demikian - mudaratnya lebih
dekat dari manfaat yang diharapkannya; demi sesungguhnya seburuk-buruk
penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan
disembahnya itu.
|
| 14. |
Sesungguhnya
Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam
Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; sesungguhnya Allah melakukan
apa yang ditentukanNya.
|
| 15. |
Sesiapa
yang menyangka bahawa Allah tidak sekali-kali akan menolong Nabi Muhammad
dalam dunia ini dan di akhirat kelak, maka hendaklah ia menghulurkan tali
(serta mengikatnya) di bumbong rumahnya, kemudian hendaklah ia menjerut
lehernya (supaya ia mati tercekek); dalam pada itu hendaklah ia memikirkan
lebih dahulu, adakah tipu dayanya itu dapat menghapuskan sebab-sebab yang
menimbulkan kemarahannya?
|
| 16. |
Dan demikianlah
pula Kami menurunkan Al-Quran itu sebagai ayat-ayat keterangan yang jelas
nyata; dan sesungguhnya Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut peraturan dan undang-undangNya).
|
| 17. |
Bahawasanya
orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Saabiein,
dan orang-orang Nasrani, dan orang-orang Majusi, serta orang-orang Musyrik,
sesungguhnya Allah akan memutuskan hukumNya di antara mereka pada hari
kiamat, kerana sesungguhnya Allah sentiasa Memerhati dan Menyaksikan tiap-tiap
sesuatu.
|
| 18. |
Tidakkah
engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud
kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang,
dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian
besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa
azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang
dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya.
Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.
|
| 19. |
Inilah
dua golongan (mukmin dan kafir) yang berbantah-bantahan tentang Tuhan mereka.
Maka orang-orang yang kafir akan disediakan untuk mereka pakaian dari api
neraka, serta dicurahkan atas kepala mereka air panas yang menggelegak,
|
| 20. |
Yang dengannya
dihancurkan apa yang ada dalam perut mereka, dan juga kulit badan mereka.
|
| 21. |
Dan mereka
pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka.
|
| 22. |
Tiap-tiap
kali mereka hendak keluar dari neraka itu, disebabkan mereka menderita
azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: "Rasalah kamu azab
seksa yang membakar!"
|
| 23. |
Sesungguhnya
Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam
Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ
dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari
sutera.
|
| 24. |
Dan mereka
diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik, serta diberi petunjuk
ke jalan Allah Yang Amat Terpuji.
|
| 25. |
Sesungguhnya
(amatlah zalim) orang-orang yang kafir serta menghalangi manusia dari jalan
Allah (ugama Islam), dan dari memasuki Masjid Al-Haraam (Makkah) yang Kami
jadikan dia tempat beribadat untuk seluruh umat manusia (yang beriman)
- sama ada yang tinggal menetap di situ atau yang datang berziarah; dan
sesiapa yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan yang di larang
dengan cara yang zalim, Kami akan merasakannya azab yang tidak terperi
sakitnya.
|