|
| 101. |
Sesungguhnya
orang-orang yang telah tetap dari dahulu lagi memperoleh kebaikan dari
Kami, mereka dijauhkan dari neraka itu.
|
| 102. |
Mereka
tidak mendengar suara (julangan) api neraka itu, dan mereka akan kekal
selama-lamanya di dalam (nikmat-nikmat Syurga) yang diingini oleh jiwa
mereka.
|
| 103. |
Huru-hara
besar yang amat mengerikan (pada hari kiamat) itu tidak merunsingkan mereka,
dan (sebaliknya) mereka disambut oleh malaikat-malaikat dengan berkata:
"Inilah hari kamu (beroleh kebahagiaan), yang telah dijanjikan kepada kamu
(di dunia) dahulu".
|
| 104. |
(Ingatlah)
hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catitan;
sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya
lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap
melaksanakannya.
|
| 105. |
Dan demi
sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan
sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi
oleh hamba-hambaKu yang soleh".
|
| 106. |
Sesungguhnya
Al-Quran ini mengandungi keterangan-keterangan yang cukup bagi orang-orang
yang (cita-citanya) mengerjakan ibadat (kepada Allah dengan berilmu).
|
| 107. |
Dan tiadalah
Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat
bagi sekalian alam.
|
| 108. |
Katakanlah:
"Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa
Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut
apa yang diwahyukan kepadaku?"
|
| 109. |
Sekiranya
mereka berpaling ingkar maka katakanlah: "Aku telah memberitahu kepada
kamu (apa yang diwahyukan kepadaku) dengan keterangan yang jelas untuk
kita bersama; dan aku tidak mengetahui sama ada (balasan buruk) yang dijanjikan
kerana keingkaran kamu itu, sudah dekat atau masih jauh.
|
| 110. |
Sesungguhnya
Allah mengetahui akan perkataan yang kamu sebutkan dengan terus terang,
dan juga Ia mengetahui apa yang kamu sembunyikan (di dalam hati).
|
| 111. |
"Dan aku
tidak mengetahui (mengapa dilambatkan balasan buruk yang dijanjikan kepada
kamu itu) jangan-jangan lambatnya menjadi satu sebab yang menambahkan azab
kamu, dan di samping itu memberi kamu kesenangan hidup hingga ke suatu
masa yang tertentu".
|
| 112. |
(Nabi Muhammad
merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku, hukumkanlah (di antara kami dengan
mereka) dengan yang benar; dan Tuhan kami ialah Yang Melimpah-limpah rahmatNya
yang dipohonkan pertolonganNya terhadap apa yang kamu sifatkan itu".
|