|
| 101. |
Mereka
kekal di dalam (azab) dosa itu; dan amatlah buruknya tanggungan itu bagi
mereka pada hari kiamat,
|
| 102. |
(Iaitu)
hari ditiup Sangkakala, dan Kami akan himpunkan pada hari itu orang-orang
yang bersalah dalam keadaan kelabu matanya.
|
| 103. |
Mereka
berbisik-bisik sesama sendiri: "Kamu telah tinggal hanya sepuluh sahaja".
|
| 104. |
(Allah
berfirman): Kami lebih mengetahui akan kadar masa yang mereka katakan itu,
manakala orang yang lebih tepat pendapatnya di antara mereka berkata pula:
"Tiadalah kamu tinggal melainkan satu masa yang amat singkat".
|
| 105. |
Dan mereka
(yang kafir) bertanya kepadamu (wahai Muhammad) dari hal gunung-ganang;
maka jawablah: "Tuhanku akan menghancurkannya menjadi debu ditiup angin.
|
| 106. |
"Lalu Ia
membiarkan tapak gunung-gunung itu (di bumi) rata lagi licin".
|
| 107. |
Engkau
tidak akan melihat pada tapaknya itu tempat yang rendah atau yang tinggi.
|
| 108. |
Pada hari
itu mereka menurut seruan panggilan yang menyeru mereka dengan tidak dapat
melencong dari menurutnya; dan diam khusyuklah segala suara kepada Allah
yang melimpah-limpah rahmatNya sehingga engkau tidak mendengar melainkan
bunyi yang amat perlahan.
|
| 109. |
Pada hari
itu, tidak berfaedah syafaat (dari dan kepada sesiapapun) kecuali dari
orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmatNya, dan kepada
orang yang diredai perkataannya.
|
| 110. |
Allah mengetahui
apa yang di hadapan mereka (dari hal-hal dunia), dan apa yang di belakang
mereka (dari perkara akhirat); sedang mereka tidak mengetahuinya secara
meliputi.
|
| 111. |
Dan segala
muka akan tunduk dengan berupa hina kepada Allah Yang Tetap Hidup, lagi
Yang Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya; dan sesungguhnya telah
rugi dan hampalah orang yang menanggung dosa kezaliman.
|
| 112. |
Dan sesiapa
yang mengerjakan sebarang apa dari amal-amal yang soleh, sedang ia beriman,
maka tidaklah (seharusnya) ia merasa takut dianiaya atau dikurangkan sedikitpun
dari pahalanya.
|
| 113. |
Dan demikianlah
Kami telah menurunkan Al-Quran sebagai bacaan dalam bahasa Arab, dan kami
telah terangkan di dalamnya berbagai-bagai amaran supaya mereka (umat manusia
seluruhnya) bertaqwa, atau mereka mendapat daripadanya sesuatu peringatan
dari faedah mereka.
|
| 114. |
Maka Maha
Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya).
Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum
selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: "Wahai
Tuhanku, tambahilah ilmuku".
|
| 115. |
Dan demi
sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi
ia lupa; dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh.
|
| 116. |
Dan (ingatkanlah
peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada
Adam", lalu mereka sujud, melainkan Iblis, ia enggan sujud.
|
| 117. |
Maka, Kami
berfirman: "Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu;
oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana
dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.
|
| 118. |
"Sesungguhnya
telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar
dalam Syurga itu dan tidak akan bertelanjang.
|
| 119. |
"Dan sesungguhnya
engkau juga tidak akan dahaga dalam Syurga itu, dan tidak akan merasa panas
matahari".
|
| 120. |
Setelah
itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: "Wahai
Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya,
dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?"
|
| 121. |
Kemudian
mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat
masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga;
dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari
mencapai hajatnya).
|
| 122. |
Kemudian
Tuhannya memilihnya (dengan diberi taufiq untuk bertaubat), lalu Allah
menerima taubatnya serta diberi petunjuk.
|
| 123. |
Allah berfirman:
"Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah
kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada
kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya
ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.
|
| 124. |
"Dan sesiapa
yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah
baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat
dalam keadaan buta".
|
| 125. |
Ia berkata:
"Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal
aku dahulu melihat?"
|