|
| 76. |
"(Iaitu)
Syurga-syurga yang kekal, yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka
kekal di dalamnya; dan yang demikian itu ialah balasan orang-orang yang
membersihkan dirinya dari perbuatan kufur dan maksiat".
|
| 77. |
Dan demi
sesungguhnya! Kami telah wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah engkau membawa
hamba-hambaKu (kaummu) keluar memgembara pada waktu malam, kemudian pukulah
air laut dengan tongkatmu, untuk mengadakan jalan yang kering bagi mereka
di laut itu; janganlah engkau menaruh bimbang daripada ditangkap oleh musuh,
dan jangan pula engkau takut tenggelam".
|
| 78. |
Maka Firaun
pun mengejar mereka bersama-sama dengan tenteranya, lalu ia dan orang-orangnya
diliputi oleh air laut yang menenggelamkan mereka semuanya dengan cara
yang sedahsyat-dahsyatnya.
|
| 79. |
Dan dengan
itu Firaun telah menjerumuskan kaumnya ke tempat kebinasaan, dan tidaklah
ia membawa mereka ke jalan yang benar.
|
| 80. |
Wahai Bani
lsrail! Sesungguhnya Kami telah selamatkan kamu dari musuh kamu, dan Kami
telah janjikan kamu (dengan memberi wahyu kepada Nabi Musa) di sebelah
kanan Gunung Tursina itu, dan kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa",
|
| 81. |
Serta Kami
katakan: Makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami kurniakan kepada
kamu, dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan yang demikian
kamu akan ditimpa kemurkaanKu; dan sesiapa yang ditimpa kemurkaanKu, maka
sesungguhnya binasalah ia.
|
| 82. |
Dan sesungguhnya
Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman
dan beramal soleh, kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan
kepadanya.
|
| 83. |
Dan apakah
yang menyebabkan engkau segera datang ke mari lebih dahulu dari kaum engkau
wahai Musa?.
|
| 84. |
Nabi Musa
menjawab: "Mereka itu ada mengiringi daku tidak jauh dari sini; dan aku
segera datang kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Engkau reda akan daku".
|
| 85. |
(Setelah
selesainya urusan itu) maka Allah berfirman kepada Nabi Musa: "Sesungguhnya
Kami telah mengenakan kaummu satu fitnah ujian sepeninggalanmu, dan mereka
telah disesatkan oleh Samiri"
|
| 86. |
Maka kembalilah
Nabi Musa kepada kaumnya dengan perasaan marah dan dukacita; ia berkata:
"Wahai kaumku! Bukankah Tuhan kamu telah menjanjikan kamu dengan satu perjanjian
yang baik? Patutkah kamu merasa panjang masa pemergianku menerima apa yang
dijanjikan itu? Atau kamu sengaja menghendaki supaya kamu ditimpa kemurkaan
dari Tuhan kamu, lalu kamu menyalahi perjanjian kamu denganku?"
|
| 87. |
Mereka
menjawab: "Kami tidak menyalahi janji kami kepadamu itu dengan kuasa dan
ikhtiar kami, tetapi kami telah dibebankan membawa barang-barang perhiasan
orang-orang (Mesir) itu, supaya kami mencampakkannya ke dalam api lalu
kami melakukan yang demikian, maka demikianlah juga "Samiri" mencampakkan
apa yang dibawanya.
|
| 88. |
"Kemudian
Samiri mengeluarkan untuk mereka dari leburan barang-barang itu (patung)
seekor anak lembu yang bertubuh lagi bersuara, lalu mereka berkata: "Ini
ialah tuhan kamu dan tuhan bagi Musa, tetapi Musa telah lupa!"
|
| 89. |
Patutkah
mereka tidak mahu berfikir sehingga mereka tidak nampak bahawa patung itu
tidak dapat menjawab perkataan mereka, dan tidak berkuasa mendatangkan
bahaya atau memberi manfaat kepada mereka?
|
| 90. |
Dan demi
sesungguhnya, Nabi Harun telahpun berkata kepada mereka sebelum itu: "Wahai
kaumku, sesungguhnya kamu hanya diperdayakan dengan patung itu, dan sesungguhnya
Tuhan kamu ialah Allah yang melimpah-limpah rahmatNya; oleh itu, ikutlah
daku dan taatlah akan perintahku".
|
| 91. |
Mereka
menjawab: "Kami tidak sekali-kali akan meninggalkan penyembahan patung
ini, (bahkan) kami akan tetap menyembahnya hingga Nabi Musa kembali kepada
kami".
|
| 92. |
(Sekembalinya),
Nabi Musa berkata: "Wahai Harun, apakah maniknya yang menghalangmu ketika
engkau melihat mereka sesat,
|
| 93. |
"Daripada
menurutku? Adakah engkau ingkar akan suruhanku?"
|
| 94. |
Nabi Harun
menjawab: "Wahai anak ibuku! Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah
menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata
kepadaku: ` Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrail sesama sendiri,
dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku! ' "
|
| 95. |
(Sesudah
itu Nabi Musa hadapkan kemarahannya kepada Samiri lalu) bertanya: "Apa
pula halmu, wahai Samiri?"
|
| 96. |
Ia menjawab:"
Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka, lalu
aku mengambil segenggam dari kesan jejak Rasul itu, kemudian aku mencampakkannya;
dan demikianlah aku dihasut oleh hawa nafsuku".
|
| 97. |
Nabi Musa
berkata kepada Samiri: "Jika demikian, pergilah, (engkau adalah diusir
dan dipulaukan), kerana sesungguhnya telah ditetapkan bagimu akan berkata
dalam kehidupan dunia ini: ` Jangan sentuh daku ', dan sesungguhnya telah
dijanjikan lagi untukmu satu balasan akhirat yang engkau tidak sekali-kali
akan terlepas daripadanya. Dan (sekarang) lihatlah kepada tuhanmu yang
engkau sekian lama menyembahnya, sesungguhnya kami akan membakarnya kemudian
kami akan menghancur dan menaburkan serbuknya di laut sehingga hilang lenyap.
|
| 98. |
"Sesungguhnya
Tuhan kamu hanya Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang meliputi
pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu".
|
| 99. |
Demikianlah
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), sebahagian dari kisah-kisah umat
manusia yang telah lalu; dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu,
dari sisi Kami (sebuah Kitab Al-Quran yang menjadi) peringatan.
|
| 100. |
Sesiapa
yang berpaling ingkar dari peringatan Al-Quran itu, maka sesungguhnya ia
pada hari kiamat menanggung beban (dosa) yang berat.
|