|
| 26. |
"Dan mudahkanlah
bagiku, tugasku;
|
| 27. |
"Dan lepaskanlah
simpulan dari lidahku,
|
| 28. |
"Supaya
mereka faham perkataanku;
|
| 29. |
"Dan jadikanlah
bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.
|
| 30. |
"Iaitu
Harun saudaraku;
|
| 31. |
"Kuatkanlah
dengan sokongannya, pendirianku,
|
| 32. |
"Dan jadikanlah
dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku,
|
| 33. |
"Supaya
kami sentiasa beribadat dan memujiMu,
|
| 34. |
"Dan (supaya)
kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu;
|
| 35. |
"Sesungguhnya
Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami".
|
| 36. |
Allah berfirman:
"Sesungguhnya telah diberikan kepadamu apa yang engkau pohonkan itu, wahai
Musa!
|
| 37. |
"Dan demi
sesungguhnya! Kami telahpun mengurniakan kepadamu berbagai nikmat pada
satu masa yang lain sebelum ini.
|
| 38. |
"Ketika
Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya:
|
| 39. |
"Letakkanlah
anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah
laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan
musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang
orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.
|
| 40. |
"Ketika
saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata kepada orang-orang yang
memungutmu:" Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya?"
Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang hatinya
dan supaya ia tidak berdukacita kerana bercerai denganmu; dan semasa engkau
membunuh seorang lelaki, lalu Kami selamatkan engkau dari kesusahan pembunuhan
itu; dan Kami telah melepaskan engkau berkali-kali dari berbagai-bagai
cubaan; kemudian engkau tinggal dengan selamat beberapa tahun dalam kalangan
penduduk negeri Madyan; setelah itu engkau sekarang datang dari sana pada
masa yang telah ditentukan, wahai Musa!
|
| 41. |
"Dan Aku
telah memilihmu untuk menjadi RasulKu.
|
| 42. |
"Pergilah,
engkau dan saudaramu, membawa mukjizat-mukjizat pengurniaanKu dan janganlah
kamu berdua lemah dan cuai dalam menyebut serta mengingati Daku.
|
| 43. |
"Pergilah
kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam
kekufurannya.
|
| 44. |
"Kemudian
hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga
ia beringat atau takut".
|
| 45. |
Mereka
berdua berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami takut bahawa ia akan
segera menyeksa kami, atau ia akan melampau batas".
|
| 46. |
Allah berfirman:
"Janganlah kamu takut, sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu; Aku mendengar
dan melihat segala-galanya.
|
| 47. |
"Oleh itu,
pergilah kamu berdua kepadanya, kemudian katakanlah: "Bahawa sesungguhnya
kami ini Rasul-rasul dari Tuhanmu, maka bebaskanlah kaum Bani lsrail mengikut
kami, dan janganlah engkau menyeksakan mereka. Sesungguhnya kami telah
datang kepadamu membawa satu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu! Dan selamat
sejahtera itu adalah untuk orang-orang yang menurut petunjuk ugama Allah.
|
| 48. |
"Sesungguhnya
telah diwahyukan kepada kami bahawa azab seksa di dunia dan di akhirat
ditimpakan kepada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling
daripadanya".
|
| 49. |
(Setelah
mereka menyampaikan perintah Allah itu), Firaun berkata: "Jika demikian,
siapakah Tuhan kamu berdua, hai Musa?"
|
| 50. |
Nabi Musa
menjawab: "Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu:
kejadian semulajadinya yang sesuai dengannya, kemudian Ia memberi petunjuk
kepadanya akan cara menggunakannya".
|