|
| 1. |
Taa' Haa.
|
| 2. |
Kami tidak
menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung
kesusahan.
|
| 3. |
Hanya untuk
menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah
|
| 4. |
(Al-Quran)
diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
|
| 5. |
Iaitu (Allah)
Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
|
| 6. |
Dia lah
jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta
yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut
bumi.
|
| 7. |
Dan jika
engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian
tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan
segala yang tersembunyi.
|
| 8. |
Allah!
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama
yang baik.
|
| 9. |
Dan sudahkah
sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?
|
| 10. |
Ketika
ia melihat api, lalu berkatalah ia kepada isterinya: "Berhentilah! Sesungguhnya
aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya,
atau aku dapat di tempat api itu: penunjuk jalan.
|
| 11. |
Maka apabila
ia sampai ke tempat api itu (kedengaran) ia diseru: "Wahai Musa! " -
|
| 12. |
"Sesungguhnya
Aku Tuhanmu! Maka bukalah kasutmu, kerana engkau sekarang berada di Wadi
Tuwa yang suci.
|
| 13. |
"Dan Aku
telah memilihmu menjadi Rasul maka dengarlah apa yang akan diwahyukan kepadamu.
|
| 14. |
"Sesungguhnya
Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku,
dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
|
| 15. |
"Sesungguhnya
hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya
- supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan.
|
| 16. |
"Maka janganlah
engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman
kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan
binasa.
|
| 17. |
"Dan apa
(bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?"
|
| 18. |
Nabi Musa
menjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan,
dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku,
dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu".
|
| 19. |
Allah Taala
berfirman: "Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!"
|
| 20. |
Lalu ia
mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang
bergerak menjalar.
|
| 21. |
Allah berfirman:
"Tangkaplah akan dia, dan janganlah engkau takut, Kami akan mengembalikannya
kepada keadaannya yang asal.
|
| 22. |
"Dan kepitlah
tanganmu di celah lambungmu; nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar
dengan tidak ada cacat; sebagai satu mukjizat yang lain.
|
| 23. |
"(Berlakunya
yang demikian itu) kerana Kami hendak memperlihatkan kepadamu sebahagian
dari tanda-tanda kekuasaan Kami yang besar.
|
| 24. |
"Pergilah
kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas".
|
| 25. |
Nabi Musa
berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;
|