|
| 76. |
Dan Allah
akan menambahi hidayah petunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk;
dan amal-amal yang baik yang tetap kekal faedah-faedahnya itu, lebih baik
balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya.
|
| 77. |
Maka tidakkah
engkau merasa hairan memikirkan (wahai Muhammad), akan orang yang kufur
ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami serta ia berkata: "Demi sesungguhnya
aku akan diberikan harta kekayaan dan anak-pinak pada hari akhirat?"
|
| 78. |
Adakah
ia telah mengetahui akan perkara yang ghaib, atau adakah ia telah membuat
perjanjian dengan (Allah) Ar-Rahman mengenainya?
|
| 79. |
Tidak sekali-kali!
Kami akan menulis apa yang dikatakannya, dan Kami akan tambahi baginya
dari azab seksa, berganda-ganda.
|
| 80. |
Dan Kami
akan warisi (harta benda dan anak-pinak) yang dikatakannya itu, dan ia
akan datang kepada kami dengan seorang diri.
|
| 81. |
Dan mereka
yang kafir menyembah benda-benda yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan,
supaya benda-benda yang mereka sembah itu menjadi penolong-penolong yang
memberi kemuliaan dan pengaruh kepada mereka.
|
| 82. |
Tidak sekali-kali!
Bahkan benda-benda yang mereka pertuhankan itu mengingkari perbuatan mereka
menyembahnya, dan akan menjadi musuh yang membawa kehinaan kepada mereka.
|
| 83. |
Tidakkah
engkau mengetahui (Wahai Muhammad) bahawa Kami telah menghantarkan Syaitan-syaitan
kepada orang-orang kafir, untuk menggalakkan mereka mengerjakan perbuatan
kufur dan maksiat dengan bersungguh-sungguh?
|
| 84. |
Oleh itu,
janganlah engkau segera marah terhadap mereka yang ingkar itu, kerana sesungguhnya
kami hanya menghitung hari yang sedikit sahaja bilangannya untuk mereka.
|
| 85. |
(Ingatlah)
hari Kami himpunkan orang-orang yang bertaqwa untuk mengadap (Allah) Ar-Rahman,
dengan berpasuk-pasukan.
|
| 86. |
Dan Kami
akan menghalau orang-orang yang bersalah ke neraka Jahannam, dalam keadaan
dahaga.
|
| 87. |
Mereka
tidak berhak mendapat dan memberi syafaat, kecuali orang yang telah mengikat
perjanjian (dengan iman dan amal yang soleh) di sisi Allah yang melimpah-limpah
rahmatNya!.
|
| 88. |
Dan mereka
yang kafir berkata: "(Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak."
|
| 89. |
Demi sesungguhnya,
kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!
|
| 90. |
Langit
nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi
pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh
ranap, -
|
| 91. |
Kerana
mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak.
|
| 92. |
Padahal
tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Ia mempunyai anak.
|
| 93. |
Tidak ada
sesiapapun di langit dan di bumi melainkan ia akan datang kepada (Allah)
Ar-Rahman, sebagai hamba.
|
| 94. |
Demi sesungguhnya!
Allah telah mengira mereka (dengan pengetahuanNya) serta menghitung mereka
satu persatu.
|
| 95. |
Dan mereka
masing-masing akan datang mengadapNya pada hari kiamat dengan seorang diri.
|
| 96. |
Sesungguhnya
orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah
rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih
sayang.
|
| 97. |
Maka sesungguhnya
Kami memudahkan turunnya Al-Quran ini dengan bahasamu (wahai Muhammad),
ialah supaya engkau memberi khabar gembira dengannya kepada orang-orang
yang bertaqwa, dan supaya engkau memberi amaran dengannya kepada kaum yang
degil dalam kekufurannya.
|
| 98. |
Dan amatlah
banyaknya kaum-kaum kafir yang Kami telah binasakan sebelum mereka; engkau
tidak menyedari ataupun mendengar suara yang sayup bagi seseorangpun dari
orang-orang yang telah dibinasakan itu.
|