|
| 1. |
Kaaf, Haa,
Yaa, Ain, Saad
|
| 2. |
(Ini ialah)
perihal limpahan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria.
|
| 3. |
(Ingatkanlah
peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan
secara perlahan.
|
| 4. |
Ia merayu
dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku,
dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku - tidak
pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu.
|
| 5. |
Dan sesungguhnya
aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas
ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh
itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki.
|
| 6. |
Yang layak
mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia -
wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai". |
| 7. |
(Nabi Zakaria
diseru setelah dikabulkan doanya):"Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan
khabar yang mengembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama
Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama
dengannya".
|
| 8. |
Nabi Zakaria
bertanya: "Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang
anak, sedang isteriku adalah seorang yang mandul dan aku sendiri pula telah
sampai had umur yang setua-tuanya?"
|
| 9. |
Penyeru
itu menjawab: Demikian keadaannya - janganlah dihairankan; Tuhanmu berfirman;
"Hal itu mudah bagiKu kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu,
sedang engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun."
|
| 10. |
Nabi Zakaria
merayu lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah satu tanda bagiku (yang menunjukkan
isteriku mengandung)", Allah Taala berfirman: " Tandamu itu ialah engkau
tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga malam, sedang
engkau dalam keadaan sihat".
|
| 11. |
Maka dia
pun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab (tempat sembahyangnya), lalu
ia memberi isyarat kepada mereka: "Hendaklah kamu bertasbih (mengerjakan
ibadat kepada Allah) pagi dan petang".
|
| 12. |
"Wahai
Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh!
Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak.
|
| 13. |
dan (Kami
mengurniakannya) rahmat dari sisi Kami, serta kelebihan yang kembang manfaatnya;
dan ia seorang yang bertaqwa.
|
| 14. |
Dan ia
taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, dan ia pula tidak sombong angkuh
atau derhaka.
|
| 15. |
Dan (Kami
limpahkan) kepadanya selamat sejahtera pada hari ia diperanakkan, dan pada
hari ia mati, serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat).
|
| 16. |
Dan bacakanlah
(wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika dia
memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur.
|
| 17. |
Kemudian
Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan
kepadanya: Roh dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang
lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.
|
| 18. |
Maryam
berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada
(gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa.
|
| 19. |
Ia berkata:
"Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang
anak yang suci".
|
| 20. |
Maryam
bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki,
padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula
bukan perempuan jahat?"
|
| 21. |
Ia menjawab:
"Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal
itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai
satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai
satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan
berlakunya.
|
| 22. |
Maka Maryam
hamilah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya itu
ke sebuah tempat yang jauh.
|
| 23. |
(Ketika
ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar)
ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau
aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan
tidak dikenang-kenang!
|
| 24. |
Lalu ia
diseru dari sebelah bawahnya:" Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam),
sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.
|
| 25. |
Dan gegarlah
ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang
masak.
|