|
| 101. |
(Iaitu)
orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang
membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama
sekali.
|
| 102. |
Maka adakah
orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai
makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka?
Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir
itu sebagai tempat tetamu.
|
| 103. |
Katakanlah
(wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang
yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
|
| 104. |
(Iaitu)
orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini,
sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa
sahaja yang mereka lakukan".
|
| 105. |
Merekalah
orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan
denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak
akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat
kelak.
|
| 106. |
(Mereka
yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka
kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu
sebagai ejek-ejekan.
|
| 107. |
Sesungguhnya
orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga
Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).
|
| 108. |
Mereka
kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.
|
| 109. |
Katakanlah
(wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis
Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum
habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan
yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
|
| 110. |
Katakanlah
(wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu,
diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu,
sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah
ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun
dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
|