|
| 51. |
Aku tidak
memanggil mereka menyaksi atau membantuKu menciptakan langit dan bumi,
dan tidak juga meminta bantuan setengahnya untuk menciptakan setengahnya
yang lain; dan tidak sepatutnya Aku mengambil makhluk-makhluk yang menyesatkan
itu sebagai pembantu.
|
| 52. |
Dan (ingatkanlah)
masa Allah berfirman: "Panggilah sekutu-sekutuKu yang kamu katakan itu
(untuk menolong kamu); lalu mereka memanggilnya, tetapi sia-sia sahaja,
kerana makhluk-makhluk itu tidak menyahut seruan mereka: dan kami jadikan
untuk mereka bersama sebuah tempat azab yang membinasakan.
|
| 53. |
Dan orang-orang
yang berdosa itu tetap akan melihat neraka, maka yakinlah mereka, bahawa
mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak akan mendapati sebarang
jalan untuk mengelakkan diri daripadanya.
|
| 54. |
Dan demi
sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran
ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya
manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.
|
| 55. |
Dan tiada
yang menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al-Quran
kepada mereka, dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan
(kerana kedegilan mereka dan kerana mereka) menunggu didatangi azab yang
memusnahkan yang telah menimpa orang-orang dahulu, atau di datangi azab
yang dilihat dan dihadapi.
|
| 56. |
Dan tidak
Kami mengutus Rasul-rasul, melainkan sebagai pemberi berita gembira dan
pemberi amaran; dan orang-orang yang kafir membantah dengan alasan yang
salah untuk menghapuskan kebenaran dengan bantahan itu; dan mereka jadikan
ayat-ayatku, dan amaran yang diberikan kepada mereka sebagai ejek-ejekan.
|
| 57. |
Dan tidaklah
ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat
Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan
oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk
itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka
daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat
(yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada
petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan
beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.
|
| 58. |
Dan Tuhanmu
Maha Pengampun, lagi melimpah-limpah rahmatnya. Jika Ia mahu menyeksa mereka
(di dunia) disebabkan apa yang mereka telah usahakan, tentulah Ia akan
menyegerakan azab itu menimpa mereka; (tetapi Ia tidak berbuat demikian)
bahkan ditentukan bagi mereka satu masa yang mereka tidak sekali-kali akan
dapat sebarang tempat perlindungan, yang ialah daripadanya.
|
| 59. |
Dan penduduk
negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan
kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan
mereka.
|
| 60. |
Dan (ingatkanlah
peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: "Aku tidak akan berhenti
berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku
berjalan terus bertahun-tahun".
|
| 61. |
Maka apabila
mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan
hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelunsur menempuh jalannya di laut,
yang merupakan lorong di bawah tanah.
|
| 62. |
Setelah
mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya: "Bawalah
makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam
perjalanan kita ini".
|
| 63. |
Temannya
berkata: "Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar
itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan
aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan
itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan".
|
| 64. |
Nabi Musa
berkata: "Itulah yang kita kehendaki "; merekapun balik semula ke situ,
dengan menurut jejak mereka.
|
| 65. |
Lalu mereka
dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya
rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.
|
| 66. |
Nabi Musa
berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku
dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk
bagiku?"
|
| 67. |
Ia menjawab:
"Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar
bersamaku.
|
| 68. |
Dan bagaimana
engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara
meliputi?
|
| 69. |
Nabi Musa
berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku
tidak akan membantah sebarang perintahmu".
|
| 70. |
Ia menjawab:
"Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan
sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu".
|
| 71. |
Lalu berjalanlah
keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya.
Nabi Musa berkata: "Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan
itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan
satu perkara yang besar".
|
| 72. |
Ia menjawab:
"Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat
bersabar bersamaku?"
|
| 73. |
Nabi Musa
berkata: "Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu);
dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku
(menuntut ilmu)".
|
| 74. |
Kemudian
keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda
lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata "Patutkah engkau membunuh satu jiwa
yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah
melakukan satu perbuatan yang mungkar!"
|
| 75. |
Ia menjawab: "Bukankah,
aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat
bersabar bersamaku?" |