|
| 101. |
Dan sesungguhnya
Kami telah memberi kepada Nabi Musa sembilan mukjizat yang jelas nyata
(membuktikan kebenarannya); maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada Bani
Israil (tentang itu): Ketika Nabi Musa datang kepada Firaun dan kaumnya
(serta menunjukkan mukjizatnya), lalu berkatalah Firaun kepadanya: "Sesungguhnya
aku fikir, engkau ini wahai Musa, seorang yang terkena sihir"
|
| 102. |
Nabi Musa
menjawab: "Sebenarnya engkau (hai Firaun) telah pun mengetahui: tiadalah
yang menurunkan mukjizat-mukjizat ini melainkan Tuhan yang mencipta dan
mentadbirkan langit dan bumi, sebagai bukti-bukti yang menerangkan kebenaran;
dan sebenarnya aku fikir, engkau hai Firaun, akan binasa".
|
| 103. |
Maka Firaun
pun berkira hendak mengusir mereka dari bumi (Mesir) lalu Kami tenggelamkan
dia bersama-sama pengikut-pengikutnya seluruhnya.
|
| 104. |
Dan Kami
katakan kepada Bani Israil, sesudah Firaun (dibinasakan): "Tinggalah kamu
di negeri itu kemudian apabila datang tempoh hari akhirat, Kami datangkan
kamu (ke Padang Mahsyar) dengan bercampur-aduk.
|
| 105. |
Dan dengan
cara yang sungguh layak serta berhikmat Kami turunkan Al-Quran, dan dengan
meliputi segala kebenaran ia diturunkan; dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai
Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (bagi orang-orang yang
beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar).
|
| 106. |
Dan Al-Quran
itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan
lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.
|
| 107. |
Katakanlah
(wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): "Sama ada kamu beriman
kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana
sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan
Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba
dan khusyuk);
|
| 108. |
Serta mereka
menegaskan (dalam sujudnya): "Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji
Tuhan kami tetap terlaksana. "
|
| 109. |
Dan mereka
segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka
khusyuk.
|
| 110. |
Katakanlah
(wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana
sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana
Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah
engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya,
dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
|
| 111. |
Dan katakanlah:
"Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya
sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan
sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya
dengan bersungguh-sungguh!"
|