|
| 26. |
Dan berikanlah
kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing;
dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.
|
| 27. |
Sesungguhnya
orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan
itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
|
| 28. |
Dan jika
engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki
dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata
yang menyenangkan hati.
|
| 29. |
Dan janganlah
engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau
menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggalah
engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan.
|
| 30. |
Sesungguhnya
Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut
undang-undang peraturanNya), dan Ia juga yang menyempitkannya (menurut
yang demikian). Sesungguhnya Ia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha
Melihat akan hamba-hambaNya.
|
| 31. |
Dan janganlah
kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi
rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka
adalah satu kesalahan yang besar.
|
| 32. |
Dan janganlah
kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang
keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
|
| 33. |
Dan janganlah
kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya
kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim,
maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas.
Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana
sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum
Syarak).
|
| 34. |
Dan janganlah
kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk
mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak
mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah perjanjian (dengan
Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.
|
| 35. |
Dan sempurnakanlah
sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil.
Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan
(yang mendatangkan pahala di akhirat kelak).
|
| 36. |
Dan janganlah
engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya;
sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota
itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
|
| 37. |
Dan janganlah
engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau
tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi
gunung-ganang.
|
| 38. |
Tiap-tiap
satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.
|
| 39. |
Perintah
yang demikian itu ialah sebahagian dari hikmat yang telah diwahyukan kepadamu
(wahai Muhammad) oleh Tuhanmu. Dan (ingatlah) janganlah engkau jadikan
bersama-sama Allah sesuatu yang lain yang disembah, kerana akibatnya engkau
akan dicampakkan ke dalam neraka Jahannam dengan keadaan tercela dan tersingkir
(dari rahmat Allah).
|
| 40. |
(Jika demikian
wajibnya mengesakan Allah, maka patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai
anak, dan anak itu pula dari jenis yang kamu tidak sukai?). Adakah Tuhan
kamu telah memilih anak-anak lelaki untuk kamu dan Ia mengambil untuk diriNya
anak-anak perempuan dari kalangan malaikat? Sesungguhnya kamu adalah memperkatakan
dusta yang amat besar.
|
| 41. |
Dan sesungguhnya
Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan
berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan
mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu
tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
|
| 42. |
Katakanlah
(wahai Muhammad): "Kalaulah ada tuhan-tuhan yang lain bersama-sama Allah,
sebagaimana yang mereka katakan itu, tentulah tuhan-tuhan itu akan mencari
jalan kepada Allah yang mempunyai Arasy (dan kekuasaan yang mutlak).
|
| 43. |
Maha Sucilah
Allah dan tertinggilah Ia setinggi-tingginya, jauh dari apa yang mereka
katakan itu.
|
| 44. |
Langit
yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap
tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya;
akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah
Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.
|
| 45. |
Dan apabila
engkau membaca Al-Quran (wahai Muhammad), Kami jadikan perasaan ingkar
dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu
sebagai dinding yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada
memahami bacaanmu.
|
| 46. |
Dan Kami
jadikan (perasaan itu sebagai) tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka,
juga sebagai penyumbat pada telinga mereka, yang menghalang mereka dari
memahami dan mendengar kebenaran Al- Quran; dan sebab itulah apabila engkau
menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam Al-Quran, mereka berpaling undur
melarikan diri.
|
| 47. |
Kami lebih
mengetahui akan tujuan mereka mendengar Al-Quran semasa mereka mendengar
bacaanmu (wahai Muhammad), dan semasa mereka berbisik-bisik iaitu ketika
orang-orang yang zalim itu berkata (sesama sendiri): "Kamu tidak menurut
melainkan seorang yang kena sihir".
|
| 48. |
Lihatlah
(wahai Muhammad) bagaimana mereka menyifatkan engkau dengan yang bukan-bukan,
maka dengan sebab itu mereka sesat, sehingga mereka tidak dapat mencari
jalan kebenaran.
|
| 49. |
Dan mereka
berkata: "Adakah sesudah kita menjadi tulang dan benda yang reput, adakah
kita akan dibangkitkan semula dengan kejadian yang baharu?"
|
| 50. |
Katakanlah
(wahai Muhammad):" Jadilah kamu batu atau besi -
|