|
| 51. |
Dan Allah
berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan
itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu
gerun gementar.
|
| 52. |
Dan bagiNyalah
(hak milik) segala yang ada di langit dan di bumi; dan kepadaNya sahaja
tertentu ibadat dan ketaatan selama-lamanya; (sesudah kamu mengetahui yang
demikian) maka tidaklah patut kamu takut kepada yang lain dari Allah.
|
| 53. |
Dan apa-apa
nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila
kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.
|
| 54. |
Then,
when He has removed the harm from you, behold! Some of you associate others
in worship with their Lord (Allâh).
Kemudian, apabila
Ia menghapuskan kesusahan itu daripada kamu, tiba-tiba sepuak di antara
kamu mempersekutukan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka. |
| 55. |
(Mereka
melakukan yang demikian) kerana mereka kufur, tidak bersyukur akan nikmat-nikmat
yang kami berikan kepada mereka. Oleh itu, bersenang-senanglah kamu (dengan
nikmat-nikmat itu bagi sementara di dunia), kemudian kamu akan mengetahui
(balasan buruk yang akan menimpa kamu).
|
| 56. |
Dan mereka
(yang musyrik itu) menentukan untuk keperluan benda-benda yang mereka tidak
mengetahui hal keadaannya, sebahagian dari harta-benda yang kami kurniakan
kepada mereka. Demi Allah! Sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang
apa yang kamu ada-adakan secara dusta itu.
|
| 57. |
Dan mereka
mengatakan Allah mempunyai anak-anak perempuan. Maha Suci Ia. Sedang bagi
mereka pula mereka sediakan apa yang mereka sukai (anak-anak lelaki).
|
| 58. |
Dan apabila
dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan,
muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia
menahan perasaan marahnya dalam hati. |
| 59. |
Ia bersembunyi
dari orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan
kepadanya (tentang ia beroleh anak perempuan; sambil ia berfikir): adakah
ia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina, atau ia akan menanamnya
hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan
itu.
|
| 60. |
Bagi mereka
yang tidak beriman kepada hari akhirat itu, sifat yang buruk, dan bagi
Allah jualah sifat yang tertinggi; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi
Maha Bijaksana.
|
| 61. |
Dan kalaulah
Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Ia tidak membiarkan
tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Ia memberi
tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila
sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan
sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan.
|
| 62. |
Dan mereka
mengadakan bagi Allah apa yang mereka sendiri tidak menyukainya; dalam
pada itu, lidah mereka memperkatakan perkara yang dusta, (kononnya) bahawa
mereka akan beroleh kesudahan yang baik di sisi Allah. Tidak syak lagi,
bahawa bagi merekalah api neraka, dan bahawa merekalah orang-orang yang
disegerakan (masuknya ke dalam neraka).
|
| 63. |
Demi Allah!
Sesungguhnya kami juga telah mengutus Rasul-rasul kepada umat-umat yang
terdahulu daripadamu (wahai Muhammad), lalu Syaitan memperelokkan pada
pandangan mereka yang ingkar akan amal-amal mereka yang jahat itu; maka
dia lah menjadi pemimpin mereka pada hari ini; dan mereka akan beroleh
azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
|
| 64. |
Dan tiadalah
Kami menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) melainkan supaya engkau
menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya; dan
supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.
|
| 65. |
Dan Allah
menurunkan hujan dari langit, lalu Ia menghidupkan dengan air hujan itu
akan bumi sesudah matinya; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat
satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mendengar
(peringatan ini dan memahaminya).
|
| 66. |
Dan sesungguhnya
pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan
iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam
perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu
yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang
meminumnya.
|
| 67. |
Dan dari
buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman haram dan
makanan serta minuman yang halal; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat
satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu
menggunakan akalnya.
|
| 68. |
Dan Tuhanmu
memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang
dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh
manusia.
|
| 69. |
Kemudian
makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai),
serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya
kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu)
yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai
penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan
kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
|
| 70. |
Dan Allah
yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada); kemudian Ia menyempurnakan
tempoh umur kamu; (maka ada di antara kamu yang disegerakan matinya), dan
ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang
lemah (peringkat tua kebudak-budakan), sehingga menjadilah ia tidak ingat
akan sesuatu yang telah diketahuinya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,
lagi Maha Kuasa.
|
| 71. |
Dan Allah
telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki
yang dikurniakanNya; dalam pada itu, orang-orang yang diberi kelebihan
itu tidak mahu memberikan sebahagian dari kelebihan hartanya kepada hamba-hamba
mereka, supaya orang-orang itu dapat sama mempunyai harta. Maka mengapa
mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu dengan perbuatan syirik?
|
| 72. |
Dan Allah
menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri),
dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta
dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah
mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan
berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?
|
| 73. |
Dan mereka
menyembah benda-benda yang lain dari Allah, yang tidak berkuasa memberikan
mereka sebarang rezeki pemberian dari langit dan bumi, dan mereka pula
tidak berdaya sama sekali mendapat kuasa itu.
|
| 74. |
Oleh itu,
janganlah kamu mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah, kerana sesungguhnya
Allah mengetahui (setakat mana buruknya perbuatan syirik kamu) sedang kamu
tidak mengetahuinya.
|
| 75. |
Allah memberikan
satu misal perbandingan: Seorang hamba abdi yang menjadi milik orang, yang
tidak berkuasa melakukan dengan bebasnya sesuatupun; dan seorang lagi (yang
merdeka) yang Kami kurniakan kepadanya pemberian yang baik (harta kekayaan)
dari Kami, maka dia pun membelanjakan hartanya dengan bebasnya, sama ada
secara bersembunyi atau terbuka, adakah kedua orang itu sama? Segala puji
tertentu bagi Allah (dan Allah jualah yang berhak disembah), tetapi kebanyakan
mereka (yang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid itu).
|