|
| 51. |
Dan khabarkanlah
kepada mereka perihal tetamu Nabi Ibrahim.
|
| 52. |
Ketika
mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat
sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada
kamu".
|
| 53. |
Mereka
menjawab: "Janganlah engkau takut, sebenarnya kami hendak mengembirakanmu
dengan berita bahawa engkau akan beroleh seorang anak lelaki yang bakal
menjadi seorang yang berilmu".
|
| 54. |
Nabi Ibrahim
berkata: "Betulkah kamu mengembirakan daku (dengan berita yang demikian),
padahal aku telah tua; maka dengan jalan apakah kamu mengembirakan daku?"
|
| 55. |
Mereka
menjawab: "Kami mengembirakanmu dengan jalan yang sungguh benar; oleh itu
janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang berputus asa".
|
| 56. |
Nabi Ibrahim
berkata: "Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan
orang-orang yang sesat".
|
| 57. |
Nabi Ibrahim
bertanya pula: "Apa hal kamu wahai Utusan Tuhan?"
|
| 58. |
Mereka
menjawab: "Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa (untuk membinasakan
mereka)".
|
| 59. |
"Melainkan
keluarga Nabi Lut; sesungguhnya kami akan menyelamatkan mereka semuanya,
-
|
| 60. |
"Kecuali
isterinya; kami telah tentukan (menurut keputusan Tuhan) sesungguhnya ia
dari orang-orang yang tinggal (menerima kebinasaan)".
|
| 61. |
Maka apabila
(malaikat-malaikat) utusan itu datang kepada kaum Nabi Lut,
|
| 62. |
Nabi Lut
berkata: "Sesungguhnya kamu suatu kaum yang tidak dikenali (serta tidak
diketahui baiknya kedatangan kamu)".
|
| 63. |
Mereka
menjawab: "(Kedatangan kami bukan untuk mendukacitakanmu) bahkan kami datang
kepadamu untuk membawa azab yang mereka ragu-ragukan kebenarannya.
|
| 64. |
"Juga membawa
kepadamu perkara yang benar (tentang kebinasaan mereka); dan sesungguhnya
kami adalah orang-orang yang benar ".
|
| 65. |
"Oleh itu,
bawalah pergi keluargamu pada waktu malam serta ikutlah di belakang mereka;
dan janganlah seseorang pun di antara kamu berpaling (ke belakang); serta
pergilah terus ke arah yang diperintahkan kamu menujunya".
|
| 66. |
Dan Kami
wahyukan kepadanya tentang kesudahan perkara itu; iaitu mereka akan dibinasakan
pada waktu pagi, sehingga mereka punah ranah dan terputus keturunannya.
|
| 67. |
Dan (semasa
kedatangan mereka) datanglah penduduk bandar itu dengan gembira.
|
| 68. |
Nabi Lut
berkata: "Sesungguhnya mereka ini tetamuku, maka janganlah kamu memberi
malu kepadaku".
|
| 69. |
"Dan takutlah
kamu kepada Allah serta janganlah kamu menghinakan daku".
|
| 70. |
Mereka
menjawab: "Bukankah kami telah melarangmu jangan menerima sebarang tetamu
dari orang ramai (atau memberi perlindungan kepada mereka)?"
|
| 71. |
Nabi Lut
berkata: "Di sini ada anak-anak perempuanku, kalaulah kamu mahu melakukan
(secara halal).
|
| 72. |
Demi umurmu
(wahai Muhammad), sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan maksiat
mereka.
|
| 73. |
Akhirnya
merekapun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika
matahari terbit.
|
| 74. |
Maka Kami
jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di
muka buminya), dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.
|
| 75. |
Sesungguhnya
balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang
yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya.
|