|
| 26. |
Dan sesungguhnya
Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang
berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
|
| 27. |
Dan jin
pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap
ke liang bulu roma.
|
| 28. |
Dan (ingatkanlah
peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku
hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari
tanah kental yang berubah warna dan baunya.
|
| 29. |
"Kemudian
apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari
(ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.
|
| 30. |
(Setelah
selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali,
-
|
| 31. |
Melainkan
Iblis; ia enggan turut bersama mereka yang sujud.
|
| 32. |
Allah berfirman:
Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?".
|
| 33. |
Iblis menjawab:
"Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah
liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan
baunya".
|
| 34. |
Allah berfirman:
"Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau
dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir.
|
| 35. |
"Dan sesungguhnya
engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat".
|
| 36. |
Iblis berkata:"
Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka
dibangitkan (hari kiamat)".
|
| 37. |
Allah berfirman:
"Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi
tempoh.
|
| 38. |
"Hingga
ke hari - masa yang termaklum".
|
| 39. |
Iblis berkata:
" Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi
sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan
zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
|
| 40. |
"Kecuali
di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang
syirik".
|
| 41. |
Allah berfirman:
"Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
|
| 42. |
"Sesungguhnya
hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka,
kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya
sendiri).
|
| 43. |
"Dan sesungguhnya
neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang
menurutmu).
|
| 44. |
"Ia mempunyai
tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari
mereka (yang sesat dan menyesatkan itu)".
|
| 45. |
Sesungguhnya
orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga,
dengan matair-matair terpancar padanya.
|
| 46. |
(Mereka
dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalamnya
dengan selamat sejahtera serta beroleh aman".
|
| 47. |
Dan Kami
cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga
menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka
duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.
|
| 48. |
Mereka
tidak akan disentuh susah payah dalam Syurga itu, dan mereka pula tidak
sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya.
|
| 49. |
Khabarkanlah
kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun
lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh).
|
| 50. |
Dan bahawa
azabKu, ialah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap
dalam kederhakaannya).
|