|
| 26. |
Dan
bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang
tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada
tapak baginya untuk tetap hidup.
|
| 27. |
Allah
menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap
teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang
yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan
apa yang dikehendakiNya.
|
| 28. |
Tidakkah
engkau melihat (dan merasa ajaib) terhadap orang-orang kafir yang telah
menukar kesyukuran nikmat Allah dengan kekufuran, dan yang telah menempatkan
kaum mereka dalam kebinasaan?
|
| 29. |
(Iaitu)
neraka Jahannam yang mereka akan menderita bakarannya; dan (ingatlah),
seburuk-buruk tempat tetap ialah neraka Jahannam.
|
| 30. |
Dan
mereka mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan manusia dari
jalanNya. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bersenang-senanglah kamu (bagi
sementara di dunia), kerana sesungguhnya kesudahan kamu ke neraka".
|
| 31. |
Katakanlah
kepada hamba-hambaKu yang beriman hendaklah mereka mendirikan sembahyang
dan mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, sama ada dengan
merahsiakan pemberiannya itu atau dengan terbuka; sebelum datangnya hari
yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada sahabat handai (yang dapat
memberikan pertolongan).
|
| 32. |
Allah
jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit
lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan
bagi kamu; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal
untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai
untuk kamu (mengambil manfaat darinya).
|
| 33. |
Dan
Ia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan
kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.
|
| 34. |
Dan
Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu
hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan
bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan
sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.
|
| 35. |
Dan
(ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! jadikanlah
negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku
dari perbuatan menyembah berhala.
|
| 36. |
Wahai
Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat
manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku)
maka ia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan
menyalahi ugamaku), maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat).
|
| 37. |
"Wahai
Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku
di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi
rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan
di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan
ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar
kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah
rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman,
semoga mereka bersyukur.
|
| 38. |
"Wahai
Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan
dan apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi,
yang tersembunyi kepada Allah!
|
| 39. |
"Segala
puji tertentu bagi Allah Yang telah mengurniakan kepadaku semasa aku tua:
Ismail dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar dan Memperkenan doa
permohonan.
|
| 40. |
"Wahai
Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah
juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
|
| 41. |
"Wahai
Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang
yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"
|
| 42. |
Dan
janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan
oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan
mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka,
(kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).
|
| 43. |
(Dalam
pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil
mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka
tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).
|
| 44. |
Dan
berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka
lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada
saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai
Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami
hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu
dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan
oleh Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan
kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian,
dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa
keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?
|
| 45. |
"Padahal
kamu telah mendiami tempat-tempat tinggal orang-orang yang berlaku zalim
kepada diri mereka sendiri, serta telah ternyata kepada kamu dengan bukti-buKti
yang jelas bagaimana Kami telah mengubah keadaan mereka (dengan menimpakan
mereka berbagai bencana), dan Kami pula telah nyatakan kepada kamu berbagai
contoh perbandingan (di dalam Al-Quran dan melalui sabda Rasul)".
|
| 46. |
Dan
sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang
Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau
rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun.
|
| 47. |
Oleh
itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkiri janjiNya kepada Rasul-rasulNya;
sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Sedia Membalas (orang-orang yang menderhaka
kepadaNya).
|
| 48. |
(Ingatlah)
masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan
manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha
Kuasa.
|
| 49. |
Dan
engkau akan melihat orang-orang yang berdosa pada ketika itu diberkas dengan
belenggu.
|
| 50. |
Pakaian
mereka dari belangkin (minyak tar), dan muka (serta seluruh badan) mereka
diliputi oleh jilatan api neraka.
|