|
| 101. |
"Wahai
Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan
(pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai
Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku
di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan
Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".
|
| 102. |
(Kisah
nabi Yusuf) yang demikian ialah dari berita-berita yang ghaib yang kami
wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama
mereka semasa mereka sekata mengambil keputusan (hendak membuang Yusuf
ke dalam perigi) dan semasa mereka menjalankan rancangan jahat (terhadapnya
untuk membinasakannya).
|
| 103. |
Dan kebanyakan
manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka
beriman).
|
| 104. |
Padahal
engkau tidak meminta kepada mereka sebarang upah tentang ajaran Al-Quran,
sedang Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan dan pengajaran dari
Allah bagi umat manusia seluruhnya.
|
| 105. |
Dan berapa
banyak tanda-tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi yang mereka menyaksikannya
berulang-ulang semasa mereka pagi dan datang, sedang mereka tidak juga
menghiraukan dan memikirkannya.
|
| 106. |
Dan (orang-orang
yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah
melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.
|
| 107. |
(Mengapa
mereka bersikap demikian?) Adakah mereka merasa aman dari didatangi azab
Allah yang meliputi mereka, atau didatangi hari kiamat secara mengejut,
sedang mereka tidak menyedarinya?
|
| 108. |
Katakanlah
(wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku,
menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan
dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala
iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan
Allah dengan sesuatu yang lain."
|
| 109. |
Dan tiadalah
Kami mengutus Rasul - sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang
lelaki dari penduduk bandar, yang kami wahyukan kepada mereka. Maka mengapa
orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi,
supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari
mereka? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang
yang bertaqwa. Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?
|
| 110. |
(Orang-orang
yang mendustakan ugama Allah itu telah diberi tempoh yang lanjut sebelum
ditimpakan dengan azab) hingga apabila Rasul-rasul berputus asa terhadap
kaumnya yang ingkar dan menyangka bahawa mereka telah disifatkan oleh kaumnya
sebagai orang-orang yang berdusta, datanglah pertolongan Kami kepada mereka,
lalu diselamatkanlah sesiapa yang Kami kehendaki. Dan (ingatlah bahawa)
azab Kami tidak akan dapat ditolak oleh sesiapapun daripada menimpa kaum
yang berdosa.
|
| 111. |
Demi sesungguhnya,
kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi
orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung
dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia
mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu
daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu,
serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
|