Bicarasufi.com-Portal Pilihan Kita. Forum Index Bicarasufi.com-Portal Pilihan Kita.
BSc Muzakarah Sufi Terkini::Mulai Online 14 Okt 2001
 
 FAQFAQ   SearchSearch   MemberlistMemberlist   UsergroupsUsergroups   RegisterRegister 
 ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 

Kes Kalimah ALLAH di Makhamah Tinggi Jln Duta
Goto page Previous  1, 2, 3, 4  Next
 
Post new topic   Reply to topic    Bicarasufi.com-Portal Pilihan Kita. Forum Index -> Pengumuman, Berita dan Pertanyaan
View previous topic :: View next topic  
Author Message
Awang Selamat
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 13 Feb 2007
Posts: 516
Location: Dimana langit diJunjung

PostPosted: Wed Jan 13, 2010 4:55 pm    Post subject: Reply with quote

aryna wrote:
ala... dulu2 kan ada sorang bekas Mufti tu kata ok...

ni, lagi dia ulas masih pendirian yg sama..

http://drmaza.com/home/?p=566



tak payah berurusan lagi dgn Yahudi ni....memang Yahudi totok cara dia tu..

bukan nak kafir mengkafir......tapi....


kita kena letak satu benteng bagi menyatakan pendirian kita melalui ilmu yang Haq (keyakinan yang jitu) yang kita wajib pegang dgn gigi geraham....

teringat pesan Habib Muhammad anak Habib Ali batu pahat....beliau juga memang terkenal dgn cara hidup sufinya....

" yang kafir tetap kita kena kata kafir "

ALLAHUAKBAR...!!!

kalau orang kafir nak pakai nama ALLAH mesti dia kena mengucap dua kalimah syahadah....masuk islam....kemudian pakailah nama ALLAH tak siapa nak marah....

jadi kalau diaorang betul nak pakai juga nama ALLAH seru dia orang semua masuk islam.....

guna lah kuasa politik , kuasa pemerintahan, kuasa media dan macam2...kuasa lagi kalau betul duduk di landasan yang benar....x payah nak berperang....

wahai orang2 yang berkuasa gunalah kuasa dijalan yang betul dan benar...

jgn guna kuasa politik nak membesarkan politik...jgn guna kuasa pemerintahan untuk mengambil kesempatan dan mencari kekayaan...inilah masanya nak guna kuasa dgn jalan yang betul....

inilah kesempatan.....seru..mereka..seru..seru...!

wahai ke'Raja'an...cakaplah ! seru lah!...apa yang masalah nak sebut.....

masuk islam...masuk islam...gunalah nama ALLAH tu....
Back to top
View user's profile Send private message
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Thu Jan 14, 2010 3:52 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

dipetik dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Penggunaan kalimah ALLAH

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

SEMINGGU dua ini, negara amnya dan masyarakat Islam khasnya hangat membicarakan tentang penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut agama selain Islam. Ruangan ini turut terpanggil untuk cuba menjernihkan fahaman dalam isu ini.

Terutama apabila ada juga tokoh dan individu Islam yang mengeluarkan pandangan mempertahankan keputusan mahkamah tinggi baru-baru ini yang membenarkan satu penerbitan Kristian Katholik untuk menggunakan kalimah ALLAH.

Apabila menimbangkan boleh atau tidak sesuatu itu dilakukan di sisi Islam, kaedah syarak menuntut kita mengenal-pasti hukum asal perkara tersebut serta turut memahami realiti sebenar atau situasi yang melatari sesuatu perbuatan atau isu.

Dalam ruang yang terbatas ini, kami akan membentangkan beberapa hujah di sebalik pandangan yang mengharamkan penggunaan kalimah ALLAH oleh agama-agama selain Islam.

Di dalam al-Quran sendiri terdapat beberapa ayat yang membawa larangan dan peringatan tentang menyalah-gunakan nama ALLAH.

ALLAH SWT berfirman yang maksud-Nya: Tuhan yang mencipta dan mentadbir langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadanya. Adakah engkau mengetahui sesiapa pun yang senama dan sebanding dengan-Nya? (Maryam: 65)

Ayat ini ditafsirkan oleh para ulama dengan beberapa tafsiran:

lDi dalam kitab Tafsir Hadaiq al Rauh wa al Raihan H: 187 ayat ini ditafsirkan dengan maksud: Adakah kamu mengetahui, wahai Muhammad! Bagi Tuhan Yang Maha Suci ada perkongsian pada namaNya (pada menamakan-Nya dengan lafaz al Jalalah atau dengan Tuhan tujuh petala langit dan bumi. Ayat istifham (soalan) ini didatangkan dengan tujuan ingkar, iaitu maknanya: Sesungguhnya ALLAH itu tidak ada baginya misal atau bandingan sehingga Dia boleh disekutukan dalam ibadah dan dari sini akan melazimkan nama ini tidak khusus bagi ALLAH. Apabila ternafinya sekutu bagi ALLAH, maka layaklah ALLAH itu di-Esakan dalam ibadah dan dikhususkan baginya.

lPendapat kedua mengatakan maknanya: Adakah kamu mengetahui seseorang yang dinamakan dengan ALLAH selain ALLAH. Atau, nama yang lain dari nama yang ALLAH sendiri namakan bagi diri-Nya.

lPendapat ketiga mengatakan maknanya: Adakah kamu mengetahui seseorang yang layak dengan kesempurnaan nama-nama dan sifat-sifat yang layak bagi ALLAH.

lPendapat keempat mengatakan maknanya: Adakah kamu mengetahui nama yang lebih agung daripada nama yang unggul ini. Atau, nama-Nya diterbitkan dari sesuatu seperti nama-nama makhluk-Nya.

Sesungguhnya ALLAH itu tiada satu pun yang menyerupai-Nya. Ia adalah nama yang hanya menunjukkan kepada Zat Tuhan yang tertegak pada-Nya sifat-sifat.

Sama seperti isim alam yang lain yang menunjukkan kepada apa yang dinamakan tanpa diambil daripada mana-mana nama. Ia adalah nama yang diungguli oleh ALLAH, yang dikhususkan bagi diri-Nya dan disifatkan bagi Zat-Nya.

Ia didahulukan dari nama-nama-Nya yang lain dan nama-nama-Nya yang lain bersandar kepada nama ini dan semua nama yang datang selepasnya adalah sifat bagi-Nya dan bersangkutan dengannya.

Nama-nama ALLAH

Nama-nama ALLAH SWT yang lain disifatkan sebagai nama-nama ALLAH SWT yang lain dan kebiasaannya hanya dikenali dengan disandarkan kepadanya (ALLAH).

Oleh itu disebut, ia adalah nama-nama ALLAH dan tidak disebut ia adalah nama-nama al Sabur, al Ghafur, al Jabbar dan sebagainya.

Demikian juga keIslaman seseorang itu tidak akan sempurna melainkan dengan menyebut nama yang satu ini. Ia tidak menerima sebarang gantian dan tidak disebut nama gantiannya yang lain.

Misalnya dengan mengucapkan dalam syahadah dengan kalimah, "Tiada Tuhan melainkan al Ghaffar, atau al Rahim atau al Jabbar dan sebagainya.

Hanya yang digunakan dan disebut adalah, "Tiada Tuhan melainkan ALLAH". Inilah juga yang disebut oleh al-Quran dan hadis kerana ia adalah nama yang paling menunjukkan kepada hakikat makna Ilahiyyah dan dikhususkan baginya.

Ia juga adalah nama yang tidak memerlukan kepada nama-nama yang lain untuk diperkenalkan tetapi nama-nama yang lain itu dikenali dengan disandarkan kepadanya.

Perkataan ALLAH itu sudah mencukupi bagi pertuturan dan zikir (sebutan) tanpa perlu disifatkan dan di takhalluq (disifatkan manusia dengan sifat-Nya).

ALLAH telah menegaskan di dalam Kitabnya yang mulia: Dan ALLAH mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-nama-Nya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan. (al-A'raaf: 180)

Berdasarkan ayat di atas, terdapat beberapa pendapat ulama tentang maksud mulhid:

Berkata Mujahid: Mulhid ialah orang yang menamakan ALLAH sebagai bapa dan berhala-berhala mereka sebagai tuhan-tuhan dan seumpamanya.

Berkata Ibnu Abbas makna (Yulhidun) ialah mendustai.

Berkata Qatadah: Maknanya mensyirikkan ALLAH.

Berkata al Khattabi: Salah dalam menamakan ALLAH dan menyimpang dari nama-Nya yang sebenar adalah Mulhid. (Al Bahr al Muhit fi al Tafsir jld 5 H: 232)

Maksud ayat ini, ALLAH Yang Maha Suci, bukan yang lain-Nya, mempunyai nama-nama yang sebaik-baiknya dan seagung-agungnya bagi menunjukkan kepada sebaik-baik dan semulia-mulia nama-Nya.

Merujuk kepada ayat-ayat di atas, kita boleh menyimpulkan bahawa nama-nama ALLAH, apatah lagi kalimah ALLAH itu sendiri sebagai nama yang khusus bagi ALLAH SWT bukanlah boleh digunakan sewenang-wenangnya dan tanpa batasan.

Pelbagai hujah lain yang mendokong larangan penggunaan kalimah ALLAH ini datangnya dari pelbagai sudut termasuk bahasa, falsafah dan seumpamanya.

Oleh kerana kesuntukan ruang, kami mengesyorkan dua tulisan yang memuatkan hujah-hujah ini secara lebih panjang.

Ia boleh didapati dengan mudah di Internet iaitu makalah bertajuk 'Antara Nama dan Hakikat' oleh Md. Asham Ahmad serta makalah 'Hujah Menolak Penggunaan Kalimah ALLAH oleh Kristian' oleh Mohd. Aizam Mas'od.

'Bermain'

'Bermain' hujah dan dalil berkaitan isu ini sebenarnya bukanlah urusan orang awam dan mereka yang bukan berkeahlian.

Oleh itu kita harus bersyukur kerana sebenarnya sudah ada suatu keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam isu ini yang bertarikh 7 Mei 2008.

Keputusan fatwa ini jelas mengkhususkan penggunaan kalimah ALLAH bagi orang Islam. Kami dimaklumkan bahawa hanya empat negeri sahaja yang belum mewartakan keputusan fatwa ini sebagai fatwa rasmi negeri.

Perlu juga diingat bahawa terdapat beberapa keputusan Kabinet mengenai larangan yang sama.

Dari segi undang-undang perlembagaan dan sivil pula, Perkara 11(4) telah membolehkan negeri-negeri di Malaysia meluluskan Enakmen Kawalan Pengembangan Agama di kalangan orang Islam.

Undang-undang yang telah diluluskan di 10 negeri ini jelas melarang penggunaan kalimah ALLAH dan beberapa kalimah lain oleh agama selain Islam.

Kita tidak menafikan bahawa mungkin masih ada perbezaan pandangan di kalangan segelintir para ulama dan ilmuwan Islam tentang hal ini.

Namun bukankah hujah-hujah yang melarangnya seperti yang sebahagiannya kami nukilkan di sini menuntut kita lebih berhati-hati dan berwaspada dalam isu ini?

Apatah lagi jika diinsafi bahawa kita sekarang bukannya membicarakan isu-isu cabangan dalam agama yang lebih rendah kedudukannya.

Isu yang kita bahaskan ini melibatkan adab kita dengan ALLAH Rabbul Jalil.

Jika kita tidak berhati-hati kita boleh tergelincir hingga berlaku kurang beradab dan hormat kepada ALLAH, Tuhan sekelian alam.

Rasulullah SAW ada berpesan dalam suatu hadis yang dianggap antara hadis-hadis induk dalam Islam bahawa, Perkara yang Halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas. Dan di antara kedua-duanya ada perkara-perkara yang Syubhah yang tidak diketahui hakikatnya oleh kebanyakan manusia. Dan sesiapa yang menjauhi perkara Syubhah maka dia telah benar-benar menjaga kesucian agamanya dan maruahnya. Seumpama pengembala yang membawa ternaknya ke sempadan kawasan larangan. Sangat dibimbangi akan termasuk ke dalamnya. (riwayat Imam Bukhari dan selainnya serta termasuk dalam himpunan Hadis 40 oleh Imam al-Nawawi)

Lalu kita ingin tanyakan, bukankah dalam isu ini yang melibatkan hak dan adab dengan ALLAH SWT kita lebih-lebih wajar menjauhi batas-batas syubhat kalaupun ada di kalangan kita tidak meyakini pengharamannya secara pasti?

Berasaskan semangat ini dan berbekalkan fatwa, undang-undang dan keputusan yang sedia ada marilah kita sekalian umat Islam di Malaysia mempersatukan saf dalam mengambil pendirian dalam hal ini.

Maslahah ummah amat jelas memerlukan sikap ini sedangkan maslahah untuk membenarkan penggunaan kalimah ALLAH bagi agama yang lain dalam konteks Malaysia sangatlah kabur dan rapuh.

Umat Islam yang cintakan kesepaduan dan kekuatan ummah seharusnya mengenepikan perbezaan pandangan yang terlalu akademik dalam isu ini dan mengutamakan perkiraan maslahah ini.

Semoga ALLAH SWT membuka jalan penyelesaian dan keselamatan bagi kita semua dalam menghadapi persoalan ini. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Thu Jan 14, 2010 3:55 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

dipetik dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Mantapkan penghujahan isu kalimah ALLAH

Oleh MOHD. Radzi Mohd. Zin
Gambar Asmaruddin Jamaluddin


serius... ahli panel menyampaikan hujah masing-masing di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, baru-baru ini.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitannya atas alasan ia ada hak dalam Perlembagaan pada 31 Disember 2009 mencetuskan kemarahan masyarakat Islam.

Sebabnya, keputusan itu dilihat akan mengelirukan masyarakat majmuk seperti Malaysia. Apatah lagi, kalimah ALLAH itu telah sekian lama hanya digunakan oleh umat Islam.

Antara alasan paling kuat mengapa keputusan itu ditentang adalah para penganut agama lain perlu menghormati penggunaan kalimah ALLAH yang merupakan lafaz jalalah iaitu gelaran tertinggi dan paling mulia yang digunakan umat Islam untuk merujuk kepada ALLAH.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang kali ke 82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 turut memutuskan bahawa lafaz ALLAH merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

Sememangnya umat Islam membantah keputusan itu tetapi bantahan sahaja tidak menyelesaikan masalah. Ia perlu disusuli dengan tindakan perundangan supaya isu ini diselesaikan sekali dan selama-lamanya.

Namun, dalam undang-undang hujah dari segi agama tidak mendapat perhatian hakim kerana keputusan penghakiman dibuat tertumpu kepada alasan-alasan perundangan.

Demikian ditegaskan oleh Fellow Kanan Jabatan Syariah dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam (API), Universiti Malaya (UM), Datuk Dr. Abdul Monir Yaacob.

Katanya, walaupun keputusan hakim itu menimbulkan rasa kurang senang dan bantahan majoriti umat Islam, Mahkamah Sivil tidak terikat dengan apa-apa fatwa.

Menurut beliau, mahkamah juga tidak menimbangkan apa dukacita akibat keputusan penghakimannya yang dibuat.

"Ia hanya terikat dengan penghakiman mahkamah yang lebih tinggi daripadanya. Dalam kes sivil ini pula, Mahkamah Syariah tidak ada bidang kuasa menafsirkan Perlembagaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Wacana Ilmiah 'Isu Kalimah ALLAH' di Galeri Ilmu API, UM, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dua lagi ahli panel ialah pensyarah Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan APIUM, Prof. Dr. Ab. Aziz Mohd. Zin dan pensyarah Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam (JSTI) APIUM, Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Ibrahim.

Forum anjuran JSTI APIUM itu mendapat sambutan hangat apabila ramai yang terpaksa berdiri selepas kira-kira 200 ruang kerusi yang disediakan penuh.

Hadir sama ialah Pengarah APIUM, Prof. Dr. Ahmad Hidayat Buang dan Ketua JSTI, Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor.

Menurut Monir, apa yang perlu dilakukan kini adalah mempersiapkan hujah-hujah yang kukuh apabila di Mahkamah Rayuan kelak.

Katanya, para peguam yang berkenaan perlu mengemukakan hujah sejauh mana boleh berlaku kesilapan hakim dalam kes ini.

"Yang penting dalam mahkamah adalah kekuatan hujah bukannya siapa yang menjadi hakim. Sebabnya institusi kehakiman itu perlu adil," jelas beliau.

Sementara itu, Ab. Aziz berkata, memang golongan bukan Islam pernah mengguna kalimah ALLAH sebagai mana dinyatakan dalam al-Quran.

Antaranya dalam ayat 73 surah al-Maaidah yang bermaksud: Demi sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata: Bahawasanya ALLAH adalah salah satu daripada tiga tuhan, padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan tuhan yang Maha Esa.

Demikian juga dalam ayat 18 surah al-Maaidah yang bermaksud: Orang Yahudi dan Nasrani berkata: Kami adalah anak-anak ALLAH dan sangat-sangat disayangi-Nya...

Namun, tegas beliau, penggunaan nama ALLAH oleh golongan kafir itu terbahagi kepada dua tempat.

"Pertama, mengiktiraf dengan sifat ALLAH dan kedua, membuat tuduhan atau salah percaya terhadap ALLAH.

"Kebimbangan kita adalah penggunaan kalimah ALLAH ini hanya untuk tempat kedua iaitu fahaman yang silap terhadap ALLAH," katanya.

Ab. Aziz turut mempersoalkan tujuan akhbar tersebut menggunakan kalimah ALLAH kerana yang nyata ia mudah mengelirukan umat Islam yang baru mengenali agama suci ini.

Katanya, apabila kalimah ALLAH itu sama diguna pakai oleh kristian, jadi ia tidak terasa asing atau pelik.

"Jadi ia mudah diterima dan mungkin juga agenda tersembunyi untuk mengelabui mata umat Islam.

"Kalimah ini disukai kerana ia ada tarikan dan akan memerangkap golongan yang lemah pengetahuan Islam mereka," jelasnya.

Pada masa yang sama, kata Ab. Aziz, apa yang berlaku sekarang memberi peluang kepada para pendakwah berperanan lebih besar memberi penjelasan tentang isu tersebut.

"Masyarakat Islam juga perlu diberi perhatian supaya kelemahan penghayatan boleh diatasi," kata beliau.

Seorang lagi ahli panel, Ahmad Zaki berkata, isu tersebut perlu dilihat daripada sudut negatif dan positifnya.

Katanya, walaupun bukan Islam sudah menggunakan perkataan ALLAH sebelum ini tetapi yang selalu digunakan adalah Rabb (tuhan).

Menurut beliau, penggunaan kalimah ALLAH oleh orang Arab musyrik pula adalah dalam bacaan sembahyang mereka.

"Cuma kalau keputusan Mahkamah Rayuan kelak tidak memihak kepada kita, tindakan balas kita adalah penting.

"Kita perlu membuat persediaan termasuk dalam kurikulum di sekolah supaya anak-anak Muslim tidak mudah terpesong atau dikelirukan dengan penggunaan kalimah ini," tegasnya.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Thu Jan 14, 2010 3:56 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

dipetik dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Pemahaman konsep ALLAH

Oleh NURUL IZZAH SIDEK


Isu penggunaan kalimah ALLAH pada agama lain sememangnya pantas mengundang sensitiviti orang Islam.

PENTINGNYA akidah tauhid bagi remaja adalah kerana al-Quran memberikan sempadan tentang persoalan akidah hasil daripada pelbagai aliran agama dan kepercayaan (al-Kafirun: 6).

Al-Quran telah memberi petunjuk bahawa terdapat perbezaan antara akidah tentang agama Islam dan anutan agama lain. Sebagai remaja yang beragama, isu agama adalah isu yang sangat penting dalam hidupnya kerana ia menunjukkan identiti diri serta kepercayaan terhadap konsep agama dan ketuhanan.

Dalam Islam, akidah tauhid yakni meng-Esakan ALLAH adalah sangat penting. Oleh itu, secara khususnya al-Quran menyatakan dengan jelasnya kalimah ALLAH dalam pengucapan orang beriman. Kalimah-kalimah seperti kalimah syahadah (Tiada Tuhan selain ALLAH, Nabi Muhammad Pesuruh ALLAH), Alhamdulillah (ALLAH Maha Besar), Subhanallah (Maha Suci ALLAH), dan Allahuakbar (ALLAH Maha Besar) memberi makna bahawa kalimah ALLAH adalah asas tauhid dan Tuhan yang Esa.

Kalimah ALLAH diulang-ulang di setiap halaman di dalam al-Quran lebih 20,000 kali. Di dalam solat pula, kalimah ALLAH disebut sebanyak 425 kali bagi 17 rakaat solat fardu sehari semalam, lantas menunjukkan betapa dekatnya kalimah ALLAH dengan umat Islam.

Timbul persoalan mengapa isu penggunaan kalimah ALLAH pada agama lain ini ditimbulkan sedangkan sebelum ini pengamal ajaran Kristian itu menyebut 'Tuhan' dengan bahasa mereka masing-masing.

Malah penganut agama di negara majoriti Kristian juga tidak menukar kalimah Tuhan atau God kepada ALLAH kerana bimbang akan timbulnya kekeliruan pada penganut mereka.

Umat Islam yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan bahasa tetap berlafaz dan menulis dengan perkataan ALLAH dari kitab suci al-Quran. Perkataan ALLAH ini tidak diterjemahkan ke bahasa masing-masing, kerana perkataan ALLAH tidak mampu diterjemahkan ke dalam bahasa lain, dengan berpegang kepada makna asalnya dalam bahasa al-Quran.

Ilmiah dan telus

Justeru, adakah kebebasan beragama dan bersuara memberi ruang untuk manusia menyatakan hak sesuka hati tanpa memikirkan kesan dan implikasinya pada kaum dan agama lain?

Hakikatnya, kebebasan secara saksama seharusnya mempunyai batas sempadan yang tidak menimbulkan masalah sehingga boleh mencetuskan perkara yang boleh merosakkan hubungan sesama manusia.

Perkara ini perlu dijawab secara ilmiah dan telus, kerana umat Islam menyebut dan menulis kalimah ALLAH mengikut maknanya yang sebenar sehingga menjadi akidah yang menjadi asas kepada amalan mereka.

Orang-orang yahudi mendakwa mereka adalah 'orang-orang terpilih' (the chosen people). Orang Kristian percaya kepada Tuhan, tetapi juga percaya kepada konsep triniti (3 dalam 1). Mereka percaya tentang kewujudan tiga entiti membentuk satu Tuhan. Di dalam triniti, ada disebut anak Tuhan (Nabi Isa a.s).

Adapun orang Islam melihat Nabi Isa a.s adalah Rasul yang mulia. Rasul bukanlah anak Tuhan, tetapi juga manusia seperti kita yang terpilih untuk menyampaikan ajaran ALLAH kepada manusia. Maka titik perbezaan ini adalah besar.

Faham ALLAH yang sebenar adalah dalam maksud tauhid. Maka penggunaan kalimah ALLAH adalah serasi dalam Islam, yakni dirujuk pada asas yang satu, dan tidak secocok dengan konsep triniti.

Remaja Islam harus memahami asas ini kerana sekiranya kefahaman tentang ALLAH digunakan sesuka hati, ia akan memberikan implikasi yang kurang jelas bahawa ALLAH dalam konteks umat Islam dan ALLAH dalam pemahaman agama lain adalah sama. Jika ini terjadi, maka kedua-dua agama akan disamakan, padahal kedua-duanya adalah berbeza.

Tidak dinafikan bahawa wujudnya nilai-nilai kebaikan dalam semua agama, iaitu nilai interaktif untuk hubungan sesama manusia.

Nilai-nilai seperti amanah, adil, jujur, menepati masa, telus dan tulus diamalkan kerana kepercayaan kepada Tuhan memberi asas komunikasi berlangsung.

Apa yang menjadi masalah apabila ada segelintir penganut yang menyeleweng daripada ajaran-ajaran sebenar, lantas seluruh penganutnya dilabel sebegitu.

Namun begitu, dalam tradisi Islam ada nilai tertinggi (supreme) yang tidak boleh disamakan dengan nilai agama lain. Nilai itu adalah akidah tauhid yang apabila dimanifestasi dalam keyakinan, ia membawa kepada maksud kesatuan ALLAH, kesatuan ciptaan dan kesatuan rahmah.

Oleh itu, remaja Islam amat beruntung kerana nilai yang tertinggi ini menjadi tunjang, kepercayaan, keyakinan dan nilai tertinggi ini juga memberi pedoman bagi remaja memilih jalan hidup yang baik dan sempurna.

Yang berbeza biarlah berbeza, tetapi nilai-nilai yang baik dan murni harus dimanfaati bersama.

Islam menganjurkan perdamaian dan sentiasa mengamalkan musyawarah dalam menyelesaikan setiap perkara. Sepatutnya rasa perbezaan sudah dimengerti dan difahami oleh orang Islam, apatah lagi tinggal dalam masyarakat berbilang kaum dan agama.

Implikasi di Malaysia

Apabila langkah menggunakan kalimah ALLAH dalam agama lain dilaksanakan, ia menjadi perkara sensitif dalam hubungan agama. Sungguhpun masih wujud lagi perdebatan mengenai keterbukaan dan keharusan menggunakan kalimah ALLAH, tetapi dari konteks Malaysia dan kemaslahatannya, ia tidak wajar ditimbulkan.

Ini penting bagi menghindarkan mudarat yang boleh menimpa orang awam Islam serta api pergaduhan yang amat mudah ternyala di celah-celah ruang konflik antara agama.

Dalam negara kita, kedudukan masyarakat Kristian dan agama-agama yang lain adalah dalam lingkungan kehidupan masyarakat umum yang hidup secara bersama, khususnya masyarakat yang hidup di dalamnya umat Islam. Mahu tidak mahu, ia akan menyentuh perasaan umat Islam, kerana perkataan ALLAH adalah sangat mulia di sisi umat Islam.

Oleh itu, perbincangan secara ilmiah, khusus dan jujur perlu diadakan antara pihak-pihak terlibat terhadap isu ini. Sekiranya ia menjadi isu perundangan, maka dikhuatiri akan timbul tindak balas pihak tertentu, lalu emosi akan lebih berperanan daripada asas ilmu.

Kaedah Islam atau fikah Islam mengambil pendekatan berbeza, iaitu yang berbeza biarlah berbeza kerana memang sifat faham mengenai Tuhan masing-masing adalah berbeza.

Justeru, menimbulkan isu itu adalah tidak harus berlaku kerana selama ini perkataan Tuhan (sama ada Lord atau God) digunakan dalam agama lain. Sekiranya ALLAH digunakan persoalan akan timbul adakah ia dirujuk kepada Tuhan yang satu atau konsep triniti.

Perlu ditegaskan bahawa penggunaan God adalah konotasi Tuhan secara umum, manakala ALLAH adalah khusus baik dari segi makna dan sifatnya. Justeru, hakikat ALLAH adalah bersifat Esa (satu), dan bukannya banyak.

Sekiranya ALLAH itu merujuk kepada Tuhan yang satu, maka ia adalah asas kepada kitab Injil asal yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s serta ajaran samawi yang lain.

Oleh itu, adalah sesuatu yang silap kepada sesiapa yang menyamakan penggunaan kalimah ALLAH dalam Islam dengan agama lain, apatah lagi ia bakal mengelirukan akidah umat Islam.

Ia bakal mengelirukan umat Islam, terutamanya remaja Islam yang tidak mempunyai asas agama yang kukuh dan hanya bergantung kepada rasional pemikiran untuk menilai.

Generasi muda Islam perlu lebih peka dalam isu ini dan perlu berfikir sedalam-dalamnya mengenai implikasi isu ini.

Generasi muda secara umumnya perlu mengerti walaupun sering disebutkan mengenai kebebasan beragama, kebebasan sewajarnya memberikan peluang dan pilihan yang terbaik. Dan percaya kepada ALLAH adalah jawapan terbaik dalam persoalan beragama.

Tuntasnya, remaja perlu meningkatkan pemahaman ilmu tauhid dan memahami dengan jelas tentang kewujudan ALLAH kerana tanpanya asas akidah akan mudah cair dan menganggap bahawa semua agama adalah benar.

Namun demikian, perlu diingatkan bahawa ajaran Islam tidak membenarkan umatnya mencerca dan memaki agama lain tetapi harus menghormati kepercayaan mereka kerana kefahaman mereka terhadap Tuhan mereka dengan faham mengenai ALLAH yang Esa tidak sama.

Ketidaksamaan ini harus diraikan secara ilmiah, jujur dan berhemah agar hubungan antara agama dapat berlangsung dalam suasana aman dan harmoni.

Kesimpulan

Isu penggunaan kalimah ALLAH pada agama lain sememangnya pantas mengundang sensitiviti orang Islam kerana intimnya kalimah ALLAH pada orang Islam.

Kontroversi tentang kalimah ALLAH tidak boleh dicapai secara mutlak di mahkamah kerana undang-undang hanya mengutamakan maksud undang-undang semata-mata.

Bagi remaja Islam, ini adalah masa untuk menginsafi diri sendiri akan kewajipan dan kefahaman kita tentang konsep ALLAH yang Esa.

Barangkali kita masih yakin bahawa kita berpegang teguh pada ajaran Islam, tetapi bagaimana dengan generasi akan datang yang makin dihimpit dengan arus globalisasi dan limpahan maklumat dari pelbagai arah.

Pastinya badai ini tidak mampu ditongkah tanpa adanya ilmu dan iman di dada. Oleh itu amat penting remaja memahami asas tauhid supaya tidak tergelincir dari landasan yang benar.

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah ALLAH Yang Maha Esa. ALLAH Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya. (al-Ikhlas: 1-4)
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Thu Jan 14, 2010 4:12 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

dipetik dari http://bahrusshofa.blogspot.com/2010/01/mukmin-bergak-pertahan-kalimah-ALLAH.html

Mukmin Berhak Pertahan Kalimah "ALLAH".

Oleh Muhammad Uthman El-Muhammady

KITA boleh melihat gagasan Islam liberal seperti dalam laman web 'Jaringan Islam Liberal' (islamlib.com) untuk memerhati implikasi yang mungkin timbul daripadanya jika ia tersebar di kalangan Muslimin di Malaysia. Antaranya ialah seperti berikut:

Dalam laman web JIL kita dapati misalnya (http://islamlib.com/id/c/gagasan/ )(5-12-2004) gagasan yang disebut 'sesuai dengan prinsip persaudaraan ( al-ikhâ), kesetaraan (al-musâwah) dan keadilan (al-'adâlah); sesuai dengan HAM (hak-hak manusia sejagat) dan tidak bertentangan dengan Deklarasi Universal HAM, juga produk hukum lain seperti Perlindungan kanak-kanak dan Perempuan.

CLD-KHI (satu gagasan) juga demokratis, pluralis, inklusif dan mengutamakan keadilan dan kesetaraan gender"- dengan huraian yang terpengaruh dengan konsep Barat mengenai demokrasi, pluralisme (semua agama sama), 'incluvisme' (semua agama boleh diterima oleh orang mukmin), menunjukkan kedudukan utama lelaki, dan persamaan gender (iaitu sama kedudukan dalam semua hal antara lelaki dan perempuan ala Barat) tanpa menghiraukan ketentuan dalam syariat, hidup kerohanian dan akidah Ahli Sunnah.

Kemudian kita bertemu pula dengan gagasan disebutkan: http://islamlib.com/id/c/gagasan/ (26/08/0 'Sejumlah kajian menjelaskan bahawa corak keagamaan masyarakat dapat dipolakan dalam dua kategori: corak yang otoritarian dan humanistik. Agama yang humanistik memandang manusia dengan pandangan positif dan optimis, serta menjadikan manusia sebagai makhluk penting dan memiliki pilihan bebas.

Dengan kemahuan bebasnya, manusia dapat memilih agama yang diyakininya benar. Manusia harus mengembangkan daya nalarnya agar mampu memahami diri sendiri, untuk selanjutnya membangun secara positif dan konstruktif dengan sesama manusia, serta menjaga kelestarian alam semesta."

Dalam konteks gagasan seperti ini maka akan muncul fahaman Islam bukan agama yang benar satu-satunya, pemikiran manusia harus tidak didisiplinkan oleh hukum Tuhan, sebab pada mereka yang berfikiran demikian tidak ada apa disebut 'hukum Tuhan' itu; yang ada hanya tafsiran manusia. Juga tidak ada perkara akidah yang tetap yang mesti kita tunduk patuh kepadanya; perkara benar boleh berubah-ubah mengikut keadaan; yang baik dan yang buruk juga terletak kepada keadaan dan budaya.

Dalam konteks ini kita tidak hairan kalau golongan yang terpengaruh dengan pemikiran sedemikian melakukan penafsiran agama mengikut kehendak sendiri dan tidak dipandu oleh konsep ilmu dan akidah arus perdana tertentu. Jelas bahawa cara pemikiran sedemikian akan menghuru-harakan keadaan orang ramai dalam negara selain daripada ia terpesong daripada kebenaran yang disepakati dalam umat. Bahkan golongan ini tidak menerima ijmak atau persepakatan ulama sebagai panduan dalam memahami ilmu khususnya ilmu agama.

Dalam konteks pemikiran demikian kita tidak hairan ada orang Islam sendiri yang membenarkan penggunaan kalimah atau nama ALLAH, ismu jalalah, digunakan oleh mereka yang mengamalkan kepercayaan syirik seperti triniti dan yang sepertinya. Pada orang Islam membenarkan pihak yang mengamalkan agama syirik menggunakan nama ALLAH adalah kesalahan terbesar sekali sebab ia menyentuh tauhid dan kekudusan Tuhan.

Oleh itu, sedaya mungkin, bila Muslimin ada kewenangan, mereka mesti mencegahnya, kecuali ia sudah menjadi budaya yang lumrah seperti yang berlaku di setengah negara di Asia Barat. Hujah-hujah mengenai ini antaranya seperti berikut.

Pertama: Takrif ALLAH ialah sebagaimana yang ada dalam Surah al-Ikhlas, Ia Tunggal, Tempat Tuju Terakhir sekalian makhluk bagi mendapat hajat mereka, Kekal Abadi, Sempurna, tidak melahirkan dan tidak dilahirkan, serta tidak ada yang seperti-Nya. Kalau nama itu digunakan bagi Tuhan Jesus, atau Bapa Di Langit yang mereka meminta roti setiap hari daripada-Nya, atau triniti, itu tidak benar.

Kedua: Kalau Muslimin membenarkan pihak yang menyembah salib, atau Jesus atas kayu palang menyeru itu semua sebagai 'ALLAH', atau pihak yang menyembah patung Ganesh menyerunya dengan nama ALLAH, maka itu seperti Muslimin membenarkan pihak lain itu 'memaki ALLAH'.

Ini timbul daripada ayat bermaksud: "janganlah kamu memaki apa yang mereka sembah selain daripada ALLAH, lalu mereka memaki ALLAH dalam permusuhan dan dalam ketiadaan ilmu" ; ertinya kita membenarkan mereka menyeru nama 'ALLAH' kepada objek yang bukan ALLAH. Kita wajib menjaga kesucian nama ALLAH sedaya yang mungkin. Kalau tidak kita bersalah.

Ketiga: Kita wajib menjaga takdisnya nama Tuhan sedaya upaya kita. Ulama menyatakan bahawa kita wajib menjaga kesucian rahim wanita dengan memastikan 'tiga kali suci' atau 'tiga kali haid' baru rahim dikira suci, dan perkahwinan baru boleh diakadkan; maka kata ulama kalau dalam menjaga kesucian rahim dimestikan tiga kali suci, walhal kalau sekalipun sudah cukup, alangkah lebih beratnya pula hukum menjaga kesucian nama Tuhan supaya ia sunyi daripada apa-apa yang tidak patut baginya seperti memanggil nama ALLAH walhal yang dituju adalah 'Tuhan Jesus' atau 'Bapa Di Langit'.

Keempat: Kita bukan berada dalam budaya yang nama 'ALLAH' digunakan oleh mereka yang beragama lain, maka kalau kita membenarkan penggunaan itu, ia akan mengelirukan orang beriman yang ramai terdiri daripada orang awam. Itu akan menimbulkan kekacauan rohani dan membinasakan agama dan manusia dari segi hidup rohani mereka. Kita wajib mengelak diri daripada perkara demikian.

Kelima: Dalam Kamus Inggeris Oxford yang terbesar itu dinyatakan bahawa ALLAH adalah tuhan bagi orang Islam. Demikian juga dalam Encyclopedia Brittannica dan Encyclopedia of Religion and Ethics suntingan Hastings. Jadi mengapa pula nama jalalah ini hendak digunakan oleh mereka, dan dalam majalah versi bahasa Melayunya pula? Adakah mereka akan menggunakan nama ini dalam Bible mereka semua dalam semua bahasa dunia?

Keenam: Mengenai kedudukan Islam sebagai agama persekutuan di Malaysia yang wajib diterima semua pihak, dan agama ialah urusan Yang di-Pertuan Agong dan dalam negeri-negeri urusan Sultan, dan fatwa kebangsaan sudah menentukan bahawa ismu jalalah atau nama ALLAH itu adalah untuk agama Islam. Maka dalam konteks ketaatan kepada perlembagaan tidak ada sesiapa yang patut mempersoalkan kedudukan agama Islam dan perkara yang berkaitan dengan pengamalannya. Dengan itu penggunaannya yang tidak wajar, hendaklah dilarang.

Ketujuh: Kepercayaan lain boleh diamalkan dengan 'aman dan damai' dan mempersoalkan penggunaan ALLAH khusus bagi orang Islam dan agama Islam bukanlah perbuatan mengamalkan kepercayaan lain dengan 'aman dan damai' sebab ia menimbulkan keresahan sebagaimana yang jelas dalam laporan media. Dengan itu penggunaan nama ALLAH oleh pihak lain yang mengandungi niat tidak wajar hendaklah dilarang.

Kelapan: Walaupun dalam hubungan dengan hak-hak kebebasan manusia sejagat, artikel 29 memberi kenyataan:

"Artikel 29(2) deklarasi itu memaktubkan, dalam melaksanakan seluruh hak dan kebebasan, setiap individu adalah tertakluk kepada sekatan yang ditentukan oleh undang-undang khusus. Sekatan itu adalah bagi memastikan keperluan saksama terhadap moraliti, ketenteraman awam dan kesejahteraan umum di dalam suatu masyarakat demokratik.

"Artikel 29(3) deklarasi berkenaan menegaskan, seluruh hak dan kebebasan tidak boleh mencanggahi seluruh matlamat dan prinsip Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Berdasarkan Piagam PBB, antara matlamat dan prinsip PBB adalah pengamalan toleransi dan kehidupan bersama secara aman; bersatu memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa; menghapuskan seluruh ancaman kepada keamanan; pemansuhan tindakan ganas; dan bertindak selaras dengan undang-undang antarabangsa untuk meleraikan persengketaan atau lain-lain tindakan menjejaskan keamanan". (Lihat dalam laman web Malaysian Bar: (http://www.malaysianbar.org.my/berita/komen_undang_undang/realiti_kebebasan_media_di_malaysia.html?date=2010-01-01 )


Kesembilan: Kita boleh memahami hal ini dengan menggunakan misalan dan perbandingan. Katakanlah ada seorang raja negeri yang besar; ia sedang berada di Balai Penghadapannya; ramai orang yang berada di Balai Penghadapannya itu. Katakanlah di Balairong Seri, tiba-tiba ada seorang yang datang, dengan diperhatikan oleh raja besar itu, kemudian ia bertemu dengan tukang sapu sampah berhampiran, lalu ia mengadap orang itu. Katanya 'Tuanku Yang Dipertuan! 'tentu sekali orang itu akan mendapat murka raja itu. Demikian kedudukannya. Maka kalaulah muslimin membenarkan pihak lain menggunakan nama ALLAH untuk 'Tuhan Jesus' atau untuk 'Bapa di Langit' maka itu adalah tempelak terbesar terhadap ALLAH Yang maha Esa dan maha Tinggi.

Dengan itu sedaya upaya Muslimin jangan memberi izin pihak lain menggunakan nama ini secara tidak sepatutnya. Manfaatkan kewenangan yang Tuhan kurniakan kepada Muslimin untuk menyuci dan meninggikan nama-Nya agar Ia tidak dicemari sesiapa. Kalau kewenangan itu tidak dimanafaatkan mungkin Tuhan akan mencabutnya, dijauhkan ALLAH. Wallahu a'lam.

INTI PATI: Hujah pertahan penggunaan ALLAH

* Takrif ALLAH ialah sebagaimana yang ada dalam Surah al-Ikhlas, Ia Tunggal, Tempat Tuju Terakhir sekalian makhluk, Kekal Abadi, Sempurna, tidak melahirkan dan tidak dilahirkan, serta tidak ada yang seperti-Nya seperti dalam agama lain.
* Membenarkan pihak agama lain menggunakan nama ALLAH seperti membenarkan pihak lain menghina ALLAH.
* Mukmin wajib menjaga kesucian nama ALLAH daripada disamakan dengan 'Tuhan Jesus' atau 'Bapa Di Langit.
* Membenarkan agama lain turut guna nama ALLAH menyebabkan mukmin lain akan keliru.
* Kedudukan Islam sebagai agama persekutuan di Malaysia wajib diterima, penggunaan ALLAH selain Islam perlu dilarang.
* Penggunaan nama ALLAH oleh pihak lain yang mengandungi niat tidak wajar hendaklah dilarang.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Fri Jan 15, 2010 4:07 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

Hamba copy and paste saja. Baca dan nilailah sendiri.

dipetik dari http://bankwahabi.wordpress.com/

HIMPUNAN PANDANGAN PARA ULAMAK TENTANG PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH KAUM KAFIR KRISTIAN/YAHUDI.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, masih banyak Ummat Nabi Muhammad SAW yg sedar dan tidak terpedaya atas godaan syaitan dan hawa nafsu yg menjerat sesetengah org Islam itu ke arah kekufuran. Terdapat di bawah ini himpunan link-link artikel yang berkisar tentang penggunaan kalimah ALLAH yang mencetukan kontroversi malah menyebabkan sesetengah daripada ummat Islam sanggup mengadaikan Aqidah dan Iman mereka kerana hanya untuk memastikan keharmonian agama atau memenuhi citarasa pengundi@penyokong. Nauzubillahi minzalik. Tidak kira mereka yang menggelarkan diri sebagai sarjana Islam, tuan guru, ustaz dan orang awam, semuanya hilang pertimbangan dalam mempertahankan soal Aqidah. Kerana karier Politik atau kepentingan peribadi atau kepentingan partai politik atau ketaksuban yang membabi buta terhadap seseorang yang menghalalkan agar orang2 kafir kristian mengsyirikkan ALLAH SWT. Jika mengikut hukum dan ijma’ ulama’, Redha dengan kekufuran itu menjatuh diri sesorang itu kepada kekufuran. Nauzubillahi minzalik. Inilah hakikat sebenarnya bagi mereka yang berkeras dan yakin dalam memperjuangkan ALLAH untuk org kristian. Nauzubillahi minzalik. ALLAH SWT yg Maha Esa lagi Maha Berkuasa tidak beribu, tidak berbapa, tidak beranak. Namun, org2 yg menyokong kuat pihak gereja dan kaum kafir kristian, seolah-olah menerima penghinaan dan pengsyirikan yg dilakukan oleh kaum kafir kristian. Nauzubillahi minzalik. Kerana itulah Ust Dato’ Dr. Haron Din sanggup dipecat daripada PAS, kerana mempertahankan Aqidah Islam. Bukan hamba benci akan PAS, tetapi hamba benci akan mereka dlm PAS yg menyalak bahawa mereka shj yg membawa sepanduk Islam dan apa shj dtg drpd mereka adalah benar daripada sisi agama. Nauzubillahi minzalik. Sungguh keji, jika Almarhum Ust Dato’ Fadhil Noor masih hidup, sudah tentu Ust akan menyokong Ust Dato’ Dr. Haron Din. Jika arwah datok saya masih hidup, sudah tentu dia akan malu dan sedih, kerana PAS sudah tersasar jauh drpd penubuhan awal. Bukan UMNO shj sudah tersasar, PAS juga tidak ketinggalan. Nak harapkan PKR, sudah tentu tidak, kerana mereka inilah Musuh ALLAH berani mencabar Agama Islam. Sudah2 politik, kembali kepada ajaran Islam yg sebenarnya…

http://korban-demokrasi.blogspot.com/2010/01/ALLAH-izin-namanya-dipalsukan.html

http://korban-demokrasi.blogspot.com/2010/01/anwar-ibrahim-mesti-bertaubat.html

http://korban-demokrasi.blogspot.com/2010/01/hujjah-kristian-menentang-guna-nama.html

http://korban-demokrasi.blogspot.com/2010/01/pembakaran-gereja-penyembah-iblis-dan.html

http://korban-demokrasi.blogspot.com/2010/01/cabaran-mubahalah-dengan-yb-dzulkifli.html

http://korban-demokrasi.blogspot.com/2010/01/khabar-dari-ALLAH-untuk-pejuang.html

http://korban-demokrasi.blogspot.com/2010/01/mengapa-pas-tak-berfatwa-dengan-jelas.html

http://korban-demokrasi.blogspot.com/2010/01/perang-khaibar-ALLAH-dan-rontaan.html

http://korban-demokrasi.blogspot.com/2010/01/kristian-salibiyyah-tolak-islam.html

http://korban-demokrasi.blogspot.com/2010/01/ybkhalid-samad-salaf-faham-tentang.html

http://korban-demokrasi.blogspot.com/2010/01/boleh-gunakan-ALLAH-asalkan.html

http://korban-demokrasi.blogspot.com/2010/01/ALLAH-dewan-bahasa-dan-pustaka-sasaran.html

http://korban-demokrasi.blogspot.com/2009/12/ALLAH-bahasa-arab-dan-melayu-telah.html

http://korban-demokrasi.blogspot.com/2009/12/kristian-trinitari-wajib-berhenti.html

http://korban-demokrasi.blogspot.com/2009/12/asri-meracun-toleransi-ahl-sunnah-wal.html

http://pondokhabib.wordpress.com/2010/01/12/mengapa-orang-bukan-islam-tidak-berhak-menggunakan-kalimah-ALLAH-tanggapan-terhadap-golongan-yang-membenarkan/

http://pondokhabib.wordpress.com/2010/01/13/henti-segera-polemik-kalimah-ALLAH-mufti-kedah/

http://pondokhabib.wordpress.com/2010/01/11/hujah-menolak-penggunaan-kalimah/

http://bahrusshofa.blogspot.com/2010/01/pengunaan-kalimah-ALLAH-dr-farid.html

http://bahrusshofa.blogspot.com/2010/01/penggunaan-nama-ALLAH.html

http://bahrusshofa.blogspot.com/2010/01/isu-kalimah-ALLAH-dr-siddiq-fadhil.html

http://bahrusshofa.blogspot.com/2010/01/isu-kalimah-ALLAH.html

http://al-ghari.blogspot.com/2010/01/keputusan-muzakarah-fatwa-majlis.html

http://al-ghari.blogspot.com/2010/01/penyelewengan-tauhid-dan-kalimah-ALLAH.html

http://muafakatmalaysia.wordpress.com/2010/01/07/kenyataan-media-pertubuhan-pertubuhan-bukan-kerajaan-ngo-islam-berhubung-keputusan-penghakiman-dalam-kes-kalimah-ALLAH/

http://diniahfalahiah.blogspot.com/2010/01/terima.html

http://diniahfalahiah.blogspot.com/2010/01/siapa-nama-kucing-kurap-itu.html

http://diniahfalahiah.blogspot.com/2010/01/kalimah-ALLAH-perlu-di-pertahankan.html

http://akhienaim.blogspot.com/2010/01/mengapa-orang-bukan-islam-tidak-berhak.html

http://akhienaim.blogspot.com/2010/01/kontroversi-pemakaian-kalimat-ALLAH.html

http://akhienaim.blogspot.com/2010/01/do-you-really-believe-in-ALLAH.html

http://akhienaim.blogspot.com/2010/01/media-statement-by-zainul-rijal-abu.html

http://akhienaim.blogspot.com/2010/01/kemelut-pemikiran-agama.html

http://akhienaim.blogspot.com/2010/01/isu-nama-ALLAH-persoalan-aqidah-bukan.html

http://almukminun.blogspot.com/2010/01/mengapa-orang-bukan-islam-tidak-berhak.html

http://almukminun.blogspot.com/2010/01/why-non-muslim-cant-use-word-ALLAH.html

http://abu-syafiq.blogspot.com/2010/01/bantah-wahhabi-sokong-kristian-kufur.html

http://abu-syafiq.blogspot.com/2010/01/isu-nama-ALLAH.html

http://nazrulnasir.blogspot.com/2010/01/isu-penggunaan-kalimah-ALLAH-kepada.html

http://jomfaham.blogspot.com/2010/01/mengapa-orang-bukan-islam-tidak-berhak.html

http://jomfaham.blogspot.com/2009/06/penggunaan-nama-ALLAH-oleh-agama-agama.html

http://rausyanfikir.com/2010/01/teologi-cetek.html

http://rausyanfikir.com/2010/01/mengapa-orang-bukan-islam-tidak-berhak.html

http://rausyanfikir.com/2010/01/grand-scheme.html

http://rausyanfikir.com/2010/01/real-motive-behind-ALLAH-court-issue.html

http://rausyanfikir.com/2010/01/video-hakikat-pengunaan-kalimah-ALLAH.html

http://rausyanfikir.com/2010/01/jika-kita-gagal.html

http://rausyanfikir.com/2010/01/prof-al-attas-view-on-polemical-usage.html

http://rausyanfikir.com/2010/01/isu-kehilangan-adab-dalam-penggunaan.html

http://hafizhandasah.blogspot.com/2010/01/kufur-jika-sokong-guna-kalimah-ALLAH.html

http://hafizhandasah.blogspot.com/2010/01/gerhana-pertahankan-nama-ALLAH.html

http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/330/Isu_Penggunaan_Kalimah_Allah_bagi_Orang-orang_Kristian

http://albazrah.blogspot.com/2010/01/our-stand.html

http://blogtraditionalislam.wordpress.com/2010/01/11/antara-nama-dan-hakikat/
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
aryna-(Allahyarhamah)
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 21 Oct 2008
Posts: 496
Location: soghomban

PostPosted: Fri Jan 15, 2010 2:34 pm    Post subject: Reply with quote

kayu wrote:
Alhamdullillah

Pn Aryna tolong jemput Ustaz Zamihan Brainstorm dgn kita boleh?..

Apa pandangan Pn Aryna sendiri utk kita balas serangan Kafir Harbi ni?


ust.zamihan kena teruk gak dihentam terutama sekali yg memusuhinya itu kepala ketua diaorg yg menyokong org2 kafir harbi ni.. memang saya setuju ust.zamihan n gang2 dia kat sini brainstorm kita semua biar tambah semangat utk pertahankan ALLAH dan kekasihNYA..

pandangan saya? buat masa ni hati masih menggelegak amarah bila nak bincang hal "ALLAH" ini .. tambah2 saya pernah terlibat dengan orang2 gereja ni waktu saya remaja dulu.. (abang ipar saya (bekas, tapi alhamdulillah, dia masih Islam) mak bapak dia orang penting gereja di alor star...) , jadi sedikit sebanyak saya juga faham tektik mrk yg sangat licik ini..
_________________
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Sat Jan 16, 2010 3:55 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

Menteri UMNO sendiri tak hormat fatwa JAKIM, sebab tu tak boleh nak harap banyak dari UMNO ni yg dah nak tenggelam.

dipetik dari http://www.malaysiakini.com/news/122021

Putrajaya setuju perkataan ALLAH diguna di Sabah, S'wak
Joe Fernandez
Jan 15, 10
3:23pm

Selepas beberapa bulan tercetus isu penggunaan perkataan ALLAH oleh bukan Islam, kerajaan BN nampaknya bersetuju kalimah suci tersebut digunakan di Sabah dan Sarawak.

Penganut Kristian di Malaysia Timur boleh terus menggunakan kalimah tersebut bagi terjemahan 'God' dalam cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.


Kerajaan persekutuan bagaimanapun masih tidak bersetuju penganut Kristian di Semenanjung menggunakan perkataan ALLAH walaupun dalam cetakan bahasa Malaysia.

Rakyat Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung mesti menghormati larangan tersebut.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz (kiri) dalam satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan daripada Borneo Post, Utusan Borneo and Oriental Daily.

Katanya, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu tersebut kerana ia sudah menjadi tradisi mereka di sana.

Nazri berkata, beliau pernah menyaksikan upacara sembahyang di sebuah gereja kaum Iban dan mendengar perkataan ALLAH disebut di situ.

Ditanya mengapa perlunya dua peraturan mengenai penggunaan perkataan ALLAH, beliau berkata ia bukan satu amalan yang unik kerana Malaysia juga mempunyai dua undang-undang bagi perkara yang lain juga, contohnya, mahkamah syariah dan mahkamah sivil.

Menurut Nazri, situasi di Semenanjung berbeza kerana perkataan ALLAH hanya mula diperkenalkan dalam penerbitan dan upacara sembahyang penganut Kristian beberapa tahun yang lalu.

Katanya, umat Islam di Semenanjung Malaysia tidak dapat menerimanya kerana perkataan ALLAH tidak pernah digunakan untuk tujuan penyebaran, sehinggalah baru-baru ini.

Oleh itu, katanya, mereka mempersoalkan motif di sebalik penggantian perkataan Tuhan dengan perkataan ALLAH.

Menurut Nazri lagi, Perlembagaan Persekutuan juga menegaskan bahawa agama lain tidak boleh disebarkan di kalangan masyarakat Melayu-Islam dan ia telah digubal di semua negeri di Malaysia yang mempunyai sultan.

Oleh itu, katanya, ia tidak termasuk Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Katanya, di negeri-negeri tersebut, bagi melarang penggunaan ALLAH dilaksanakan, menteri dalam negeri boleh menggunakan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan untuk menguatkuasakannya.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Tue Jan 19, 2010 4:28 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm

USIA kecewa kenyataan Nazri Aziz

KOTA KINABALU 18 Jan. - Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa penganut Kristian boleh menggunakan kalimah ALLAH di Sabah dan Sarawak sebagai tidak mencerminkan aspirasi umat Islam di negeri ini.

Sambil mengaku kecewa, Setiausaha Agung USIA, Datuk Abdullah Hussin menegaskan, kenyataan menteri itu juga tidak mewakili suara majoriti umat Islam di Sabah

"Lebih menyedihkan, kenyataan itu juga dibuat tanpa berbincang dengan pemimpin Islam di Sabah.

"Kita tidak bersetuju dengan kenyataan (Mohamed Nazri) itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Minggu lalu Mohamed Nazri berkata, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dibenar menggunakan kalimah ALLAH dalam upacara sembahyang dan keagamaan kerana secara tradisinya ia telah diamalkan sejak dahulu lagi.

Langkah itu juga mengambil kira kebiasaan penduduk Islam di kedua-dua negeri berkenaan terhadap amalan penganut Kristian itu.

Mohamed Nazri dilaporkan berkata demikian dalam satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan dari Borneo Post, Utusan Borneo dan Oriental Daily di pejabatnya di Putrajaya minggu lalu.

Abdullah berkata, maklumat yang diterima daripada akar umbi USIA jelas menyatakan kekecewaan dengan kenyataan Mohamed Nazri tersebut.

Kata Abdullah, pertubuhan itu tetap berpegang teguh dengan pendiriannya bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam dan ia khusus untuk orang Islam sahaja.

Sehubungan itu beliau berharap mana-mana pihak yang ingin mengeluarkan kenyataan supaya memahami isu sebenar bagi mengelak kekeliruan.

''Kerajaan telah mempertanggungjawabkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom untuk tujuan itu.

''Justeru kita perlu memberi kepercayaan kepada beliau (Jamil Khir Baharom) untuk menanganinya tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan umat Islam," tegasnya.

Menurut Abdullah, walaupun Sabah dan Sarawak tidak mempunyai enakmen yang melarang agama lain menggunakan kalimah ALLAH tetapi ia bukan alasan untuk menggunakan kalimah suci sewenang-wenangnya.

Beliau menambah, USIA akan menghantar wakil untuk menyertai muzakarah anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 21 Januari ini di Kuala Lumpur bagi menyatakan pandangan dan maklum balas mengenai penggunaan kalimah ALLAH.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Fri Jan 22, 2010 3:51 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

dipetik dari http://www.malaysiakini.com/news/122469

'Enakmen larang kalimah ALLAH ketinggalan zaman'
Jimadie Shah Othman

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berpendapat enakmen agama yang melarang penggunaan kalimah ALLAH dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman.

Justeru, ia perlu dibuka kepada perbincangan semula.

“Bagi pandangan saya, ya (ketinggalan zaman). Dan ia bercanggah sebenarnya dengan semangat di sebalik usaha dakwah Islam. Saya menyeru untuk ia dibincang, untuk dibuka untuk dibincang,” kata Khalid.

“Bukan kata sudah buat, okeylah semua ikut sahaja, lepas itu tidak boleh kaji balik sama sekali. Itu satu kaedah dan pendekatan yang jumud dan tidak harus ada pada umat Islam.

Beliau diminta mengulas sama ada undang-undang itu sudah ketinggalan zaman apabila berkata Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 boleh dikaji kembali sekiranya kefahaman umat Islam semakin mantap.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam, Khalid berkata, pada masa undang-undang itu diluluskan, mungkin tahap kefahaman umat Islam terhadap agama begitu lemah sehingga perlu dilindungi

Adakah beliau melihat bagaimana tahap kefahaman umat Islam hari ini cukup hebat???? hairan hamba. Ini susahnya apabila belajar agama tidak sampai sehingga ke peringkat membuat hukum tapi nak cakap bab agama yg kita tidak arif
.

'Enakmen bukan hukum bersifat qatii'

“Namun, enakmen-enakmen merupakan undang-undang pentadbiran keagamaan dan bukan hukum yang bersifat qatii (putus) yang tidak boleh berubah,” katanya yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri.

Selain melarang penggunaan kalimah ALLAH di kalangan bukan Islam, enakmen yang sudah digubal lebih sepuluh tahun lalu turut melarang penggunaan 24 kalimah lagi.

Antaranya ialah ilahi, wahyu, ulama, imam dan nabi.

Pada 7 Januari lalu, Umno Selangor menghantar memorandum kepada Sultan Selangor meminta campurtangan baginda bagi menangani isu penggunaan kalimah ALLAH di kalangan bukan Islam.

Ketua biro agama parti itu, Datuk ismail Kijo yang mengetuai perhimpunan itu dilaporkan berkata, enakmen berkenaan jelas menyebut penggunaan perkataan tersebut dilarang.

Sultan Selangor pada 11 Januari lalu dilapor menitahkan semua pihak berpegang teguh kepada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah ALLAH oleh agama lain selain Islam.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa memberitahu, titah itu dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan baginda pada 5 Januari lalu.

Mohamad Adzib berkata, Sultan Selangor turut meminta MAIS memaklumkan kepada rakyat tentang wujudnya undang-undang menghalang pengunaan kalimah ALLAH seperti termaktub dalam enakmen itu.

Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH, Engkau lebih mengetahui apa yg bakal berlaku, apa yg termaksud di hati seseorg. Perbaikilah YB Khalid Samad ini untuk kepentingan agama-MU, jika tidak, Engkaulah yg paling adil dlm menghakimi sesuatu.

wassalam.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Fri Jan 22, 2010 4:24 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

dipetik dari http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/50387-kalimah-ALLAH-7-pakar-setuju-terjemahan-god-tak-tepat-

Kalimah ALLAH: 7 pakar setuju terjemahan ‘God’ tak tepat

KUALA LUMPUR, Jan 21 — Muzakarah Pakar yang disertai tujuh ilmuwan Islam, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) hari ini bersetuju penggunaan kalimah ALLAH sebagai terjemahan atau ganti nama kepada “God” adalah tidak tepat.

Pengerusi Ikim Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar) berkata muzakarah itu merumuskan bahawa terjemahan kalimah ALLAH sebagai “God” juga menyalahi hakikat sebenar kerana bercanggah dengan konsep Tuhan yang dianjurkan oleh agama Islam di Malaysia.

“Dalam perbincangan ini, kita semua setuju bahawasanya kita perlu menghormati dan menjunjung Perlembagaan Malaysia yang memberikan kebebasan beragama diteruskan dalam suasana aman dan harmoni,” katanya pada sidang akhbar selepas muzakarah itu.

Tujuh pakar itu ialah Prof Madya Dr Kamar Oniah Kamaruzzaman dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa; Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin; Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang; anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Mohd Nur Manuty; bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin; Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Ikim Dr Mohd Sani Badron dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik Ikim Md Asham Ahmad.

Muzakarah bertajuk “Terjemahan God Sebagai ALLAH: Mengenalpasti Punca Permasalahan dan Penyelesaiannya” berlangsung selama lapan jam dari pukul 8.30 pagi, dipengerusikan Ketua Pengarah Ikim Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.

Abdullah berkata muzakarah itu berjaya mencapai matlamat penganjurannya iaitu mengenal pasti punca dan penjelasan latar belakang permasalahan daripada perspektif agama, bahasa, sosial dan undang-undang. “Muzakarah ini juga dapat menegaskan kefahaman dan konteks penggunaan ALLAH dalam Al-Quran, memurnikan tafsiran ke atas sumber-sumber hukum Islam berkaitan kebenaran penggunaan kalimah ALLAH oleh agama dan budaya selain Islam dan membentuk kesatuan fikiran di kalangan tokoh agama serta pemimpin umat Islam,” katanya.

Abdullah berkata pendirian muzakarah itu akan dibawa kepada perhatian kerajaan dan akan dibincangkan dalam siri muzakarah akan datang bertajuk “Mengurus Krisis Antara Agama” anjuran IKIM pada 25 Jan ini.

Beliau berkata muzakarah yang membabitkan semua pemimpin agama serta Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) bertujuan mengenal pasti krisis, jalan penyelesaian dan mencari persefahaman untuk keharmonian semua kaum di negara ini.

Abdullah berkata Ikim berharap agar semua penganut agama menghormati batas-batas agama masing-masing agar tidak berlaku lagi kekecohan seperti yang berlaku pada masa ini.

Dalam pada itu Abdullah juga berkata perbincangan antara agama perlu diamalkan sebelum melangkah ke mahkamah untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

“Sebenarnya, insya-ALLAH, kita boleh menyelesaikan krisis-krisis agama dengan cepat,” kata beliau.

Salam,

Alhamdulillah org PAS, PKR dan mantan Mufti pun kata tak tepat. Harap2 berita ni betul. Jadi mantan Mufti kena selidik betul2 isu kalimah ALLAH ni sebelum bagi cadangan apa2. Sebelum ni, baru ja mahkamah putuskan, terus kata boleh (sebelum tu pun dah kata boleh) lepas tu bagi garis panduan pulak macam mana puak bukan Islam nak pakai,...patut kaji dan selidik dulu satu2 isu dengan mendalam ...



wassalam.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Fri Jan 22, 2010 5:01 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

utk bacaan dan untuk difikirkan. Sejauhmana kebenarannya, hanya DIA yg maha mengetahui.

dipetik dari http://akhienaim.blogspot.com/2010/01/pemerhatian-diskusi-isu-kalimah-ALLAH.html

Pemerhatian: Diskusi Isu Kalimah ALLAH Bersama Politikus

Malam semalam (18 Januari 2010), saya berkesempatan menghadiri satu sesi perbincangan tertutup berkenaan isu penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam di kediaman Ketua Umum PKR. (Berita di sini) Turut hadir pada malam itu adalah para pemimpin PKR dan PAS. Perbincangan yang berlanjutan hampir tiga jam itu berjalan dengan agak baik, tetapi saya dan rakan-rakan agak kecewa dengan banyak hal, terutamanya yang berkaitan dengan ‘mentaliti’ dan ‘sikap’ orang-orang politik. Saya rumuskan perbincangan yang berlangsung pada malam tersebut dalam beberapa perkara penting yang saya senaraikan di bawah;

1)
Hujah-hujah yang bersifat ilmiah dan intelektual, khususnya yang melihat daripada aspek teologi, falsafah bahasa, serta latar sosio-budaya, ternyata sukar diterima oleh ahli perbincangan pada malam itu yang rata-ratanya sudah membuat keputusan masing-masing. Sikap yang ditunjukkan oleh beberapa pemimpin politik yang memperlekeh pandangan intelektual, menolak pandangan dari sudut falsafah bahasa dan mengenepikannya mentah-mentah ternyata mengecewakan. Malah, lebih mengecewakan kerana majoriti pandangan yang dikemukakan oleh orang-orang parti politik yang terlibat pada malam itu lebih bersifat ‘pandangan’ dan ‘pendapat’ yang seolah-olah dibuat tanpa melakukan penelitian, kajian, serta pembacaan yang lebih meluas dan mendalam. Banyak hujahan yang simplistic dilontarkan, semata-mata untuk mempertahankan pandangan kelompok mereka.

2)
Sikap segelintir kecil orang-orang politik yang terlibat di dalam perbincangan tersebut yang gemar menggunakan hujah daripada nas Al-Qur’an dan Al-Hadith, walaupun mereka bukanlah orang yang berkelayakan dalam bidang agama atau tidak pernah mempelajari agama secara serius melalui sistem pengajian yang serius (bukan melalui bacaan satu-dua buku, bukan melalui kajian Internet, bukan melalui ceramah-ceramah, tetapi melalui kelas-kelas pengajian yang ada gurunya), membayangkan keangkuhan mereka. Ayat-ayat yang digunakan, serta sanggahan terhadap penggunaan ayat itu sebagai dalil membenarkan penggunaan nama ALLAH oleh orang bukan Islam, telah disentuh oleh Mohd. Aizam bin Mas’od di dalam artikel bertajuk “Hujah Menolak Penggunaan Kalimah ‘ALLAH’ Oleh Kristian”.

3)
Pendirian ‘tidak rasmi’ Pakatan Rakyat seperti yang diumumkan oleh DSAI pada permulaan sesi perbincangan, yakni untuk menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam di negara ini, antara lain – menurut DSAI – dikukuhkan dengan pandangan yang diterima daripada Dr. Yusuf Qardhawi dan Dr. Wahbah Zuhaili. Hal ini ternyata mengecewakan dan membayangkan seolah-olah orang-orang politik tersebut ‘miskin’ dengan jaringan para ‘ulama. Mendengar pandangan daripada dua orang tokoh tersebut, dan kemudian terus membuat suatu keputusan (saya katakan keputusan kerana kenyataan telah dikeluarkan dalam media) adalah merupakan perkara yang tidak sihat dan sebenarnya telah menutup pintu untuk menerima pandangan-pandangan lain. Ya, kedua-dua tokoh itu adalah tokoh besar di dalam dunia Islam tetapi dunia Islam mempunyai ribuan ‘ulama. Di Malaysia sahaja kita mempunyai begitu ramai ‘ulama yang hebat dan luas ilmunya. Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki, sebagai contoh, seorang ‘ulama muda tempatan yang kitab-kitab karangan dan terjemahannya sudah mencapai 300 buah, malah ada di antara kitab-kitab beliau yang digunapakai di universiti-universiti dan pusat-pusat pengajian di Mesir.

4)
Sesi perbincangan tersebut dilihat agak ‘tidak adil’ dan bersifat ‘syok sendiri’. Hal ini demikian kerana ahli perbincangan tersebut tidak cukup ‘diverse’. Majoriti ahli perbincangan adalah merupakan orang-orang parti politik masing-masing. Beberapa orang ahli akademik yang menghadiri perbincangan tersebut pula adalah merupakan kenalan lama kepada para pemimpin parti politik tersebut, sehingga menjadikan pandangan dan pendapat mereka agak ‘reserved’ dan terlalu berhati-hati. Agak mengecewakan kerana banyak di kalangan individu-individu yang autoritatif di dalam hal ehwal agama, terutama di kalangan ilmuan yang membantah penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam, tidak dipanggil dan dilibatkan sekali. Seolah-olah, yang mereka iktiraf sebagai ‘ulama dan ilmuan hanyalah daripada circle mereka sahaja. Sedangkan, ada ramai ‘ulama dan ilmuan yang mampu memberikan pandangan secara ilmiah dan bernas – dan jika benar mereka mahu menegakkan semangat muzakarah demi mencari kebenaran, maka seharusnya mereka dilibatkan sekali.

5)
Sikap politik kepartian yang tidak matang ternyata masih menebal. Biarpun sesi perbincangan tersebut – menurut yang difahamkan kepada kami – adalah sesi perbincangan ilmiah yang bertujuan untuk membincangkan isu tersebut secara sihat demi mencari penyelesaian kepada dilema yang sedang berlaku, tetapi ternyata orang-orang politik yang terlibat di dalam perbincangan tersebut – tua atau muda – semuanya masih ‘terperangkap’ dalam kerangka politik kepartian yang tidak matang. Biarpun beberapa kali disebutkan agar isu ini tidak dijadikan sebagai isu politik, tetapi ternyata pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh orang-orang politik pada malam itu majoritinya berdasarkan kepada kacamata ‘politik menang-kalah’; soal populariti parti, soal memenangi undi masih lagi menjadi timbang tara yang melebihi timbang tara ilmiah. Malah, perbincangan yang seharusnya ilmiah itu acapkali menjadi sesi mengutuk UMNO dan kerajaan. Ketua Umum PKR sendiri, pada hemat saya, agak emosional dan sangat terikat dengan pertimbangan politik dalam menilai pandangan-pandangan yang dikemukakan. Keadaan ini ternyata mengecewakan kerana sikap sebegini merugikan umat, kerana sikap ini menjadikan seolah-olah segala yang datangnya daripada UMNO itu dilihat oleh PAS-PKR sebagai ‘najis’ dan begitulah sebaliknya.

6)
Apa yang agak mengecewakan dan merisaukan juga adalah apabila DSAI mengeluarkan kenyataan supaya isu penggunaan nama ALLAH ini tidak dipanjangkan kerana banyak isu lain yang ‘lebih penting’ seperti isu kezaliman pemerintah, rasuah dan sebagainya yang perlu diberikan penumpuan serius. Saya agak terkesima dengan kenyataan tersebut, yang membayangkan satu kecelaruan dalam pandangan alamnya. Isu nama ALLAH ini berkait rapat (jika pun tidak berkait secara langsung) dengan usuluddin, dengan asas agama – kerana yang dibincangkan di sini adalah nama Tuhan kita! – justeru persoalan yang berkaitan dengan ‘aqidah umat Islam (walaupun mungkin tidak berkaitan secara langsung) haruslah diberikan keutamaan. Kenyataan DSAI itu membayangkan seolah-olah untuk ‘bertarung’ dengan orang Islam (kerajaan UMNO) itu lebih penting daripada bersatu bersama umat untuk ‘bertarung’ menentang orang bukan Islam (gereja Katolik).

Agaknya, memang sukar untuk merubah masyarakat menjadi masyarakat yang benar-benar berbudaya ilmu. Agaknya juga, masih ramai yang tidak memahami bahawa politik bukanlah penyelesaian terbaik kepada segala permasalahan umat yang wujud pada hari ini. Mungkin juga, ramai yang masih belum memahami bahawa asas kepada penyelesaian permasalahan umat, dan seterusnya untuk membina tamadun umat Islam yang terbaik, adalah pada persoalan ‘aqidah – soal pembentukan pandangan alam Islam yang benar dan jelas.

Saya pasti ulasan ini tidak popular. Mohon maaf jika ada sesiapa yang terasa. Semoga ALLAH mengurniakan hidayah-Nya kepada kita semua dan melimpahi Rahmat-Nya kepada kita tanpa putus.


Posted by Akhie Naim at 11:06 PM
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Fri Jan 22, 2010 5:51 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

dipetik dari http://zul4kulim.blogspot.com/2010/01/penghinaan-oleh-yb-khalid.html

KENYATAAN AKHBAR
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU

Salam 2 all.
Saya merujuk kepada kenyataan YB Khalid Samad yang disiarkan oleh media MalaysiaKini hari ini Khamis 05 Safar 1431/21 Januari 2010 (versi Bahasa Melayu) dimana beliau menyatakan bahawa larangan penggunaan kalimah ALLAH yang terkandung didalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 "sudah ketinggalan zaman" dan perlu dikaji semula untuk tujuan dimansuhkan.

Saya berpendapat kenyataan YB Khalid ini adalah tindakan melampau dan kemuncak kepada penghinaan besar beliau terhadap agama Islam dan institusi Islam dinegara ini khususnya bagi negeri Selangor. Pada saya ianya satu kenyataan yang melambangkan sikap angkuh dan sombong dan berasa diri hebat tanpa mengambil kira pandangan orang lain.

YB Khalid sepatutnya sedar bahawa dalam pertemuan di rumah Dato' Seri Anwar Ibrahim pada hari Isnin 02 Safar 1431/ 18 Januari 2010 isu kalimah ALLAH ini telah dibincangkan dengan panjang lebar, dan ternyata kebanyakan 'ulama' dan ilmuan muktabar Islam yang hadir saperti Dr. Kamal Hassan (bekas rektor UIA), Ustadz Abd Ghani Shamsuddin, Sdr Cikgu Azmi (Teras) dan lain-lain ternyata tidak bersetuju kalimah ALLAH boleh digunakan oleh umat Kristian yang berfahaman ketuhanan triniti, sebaliknya kalimah ALLAH hanya boleh digunapakai oleh mereka yang mentauhidkan dan mengesakan ALLAH. Malahan pendapat ini juga dikongsi oleh 'ulama' dan ilmuan lain (yang tidak hadir) saperti Dr. Syed Naquib Al Attas (bekas Rektor Istac), Datuk Dr. Siddiq Fadhil (Pengerusi Wadah), termasuk pakar perlembagaan Datuk Dr. Professor Shad Faruqi (UiTM). Memang ada agamawan dan mereka yang menyokong saperti Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, YB Salahudin Ayub, Hanipa Maidin (yang kesemuanya daripada PAS), termasuk Dr. Mohd. Nor Manutty (PKR) dan beberapa orang lain.

Sebagaimana kata Dato Seri Anwar sendiri, ternyata ada perbezaan pendapat yang sangat ketara, dan perbezaan itu menyebabkan rumusan kesepakatan tidak dapat dicapai pada malam itu sebagaimana yang diharapkan beliau.

Saya berpendapat kenyataan YB Khalid Samad tersebut adalah suatu penghinaan terhadap Yang DiPertuan Agong yang telah menitahkan supaya agama Islam dan peruntukkan Perlembagaan berkaitan Islam hendaklah dihormati. Ianya juga satu penghinaan besar dan penderhakaan terhadap Paduka Tuanku Sultan Selangor yang telah bertitah dengan jelas bahawa penggunaan nama ALLAH oleh bukan Islam dilarang dan diharamkan sama sekali dalam negeri Selangor.

Malahan saya berpendapat kenyataan beliau itu satu penghinaan terhadap fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah memfatwakan pelarangan penggunaan nama ALLAH dikalangan bukan Islam.

YB Khalid Samad perlu faham bahawa pelarangan penggunaan kalimah ALLAH didalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 adalah dibuat secara sah menurut undang-undang berdasarkan peruntukkan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. Ianya dibuat setelah perundingan, perbincangan, muzakarah, kajian dan perbahasan mendalam oleh para ulama' dan ilmuan Islam dan para cendikiawan. Ianya terkandung bukan sahaja di Selangor, tetapi juga di 9 negeri lain kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Ianya adalah undang-undang yang sah dan berkuatkuasa. Ianya bukan undang-undang yang dibuat daripada atas pokok oleh golongan bodoh dan jahil. Dan umat Islam tidaklah sebodoh dan selemah yang beliau nyatakan. Sebaliknya kejahilan itu adalah pada beliau sendiri akibat daripada sikap sombong dan fanatik beliau mahu memaksa orang lain menerima pandangan beliau yang terlalu jumud dan sempit.

Pada pendapat saya, kenyataan dan tindak-tanduk beliau adalah memudharatkan dan/atau boleh memudharatkan keadaan harmoni atau perpaduan dikalangan umat Islam, malahan boleh mencetuskan ketegangan diantara umat Islam dan bukan Islam. Pada saya, ianya suatu kesalahan yang boleh disiasat dan diambil bukan sahaja dibawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Selangor, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988; malahan tindakan boleh diambil dibawah Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan.

Saya dengan ini mendesak supaya:

1. YB Khalid Samad segera menarik balik kenyataan beliau yang menghina Islam, Yang DiPertuan Agong dan Sultan Selangor tersebut dalam tempoh 24 jam;

2. YB Khalid hendaklah meminta ma'af kepada Yang DiPertuan Agong dan Paduka Tuanku Sultan Selangor khasnya kerana pada saya kenyataan beliau adalah satu sikap derhaka yang terbuka terhadap paduka Tuanku Yang DiPertuan Agong dan Tuanku Sultan Selangor, dan beliau hendaklah meminta ma'af kepada umat Islam khususnya di Selangor atas kenyataan biadap dan menghina tersebut;

3. Jabatan Agama Islam dan pihak berkuasa negeri Selangor perlu menyiasat kenyataan tersebut menurut peruntukkan undang-undang negeri Selangor yang ada, dan jika didapati ada kesalahan yang dilakukan, hendaklah mengambil tindakan pendakwaan jenayah syarie terhadap beliau di mana-mana Mahkamah yang berbidang kuasa;

4. Pihak Polis DiRaja Malaysia dan pihak berkuasa yang berkaitan hendaklah menyiasat kenyataan ini menurut Akta Hasutan ataupun Seksyen 298A Kanun Kesiksaan, dan sekiranya ada kes hendaklah suatu pertuduhan jenayah dikenakan terhadap YB Khalid Samad;

5. Kepimpinan PAS perlu menyiasat tindak-tanduk YB Khalid Samad ini terutama kenyataan terbaru beliau ini dan saya syorkan supaya tindakan disiplin diambil dengan memecat beliau daripada PAS kerana ternyata sikap dan tindak-tanduk beliau kebelakangan ini adalah sangat memudharatkan PAS dan memberi tanggapan yang sangat negatif kepada perjuangan PAS untuk mendaulatkan dan memartabatkan Islam.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
05 Safar 1431
21 Januari 2010

Salam,

Org2 penting PAS (yg diboldkan) pun sokong org2 Kristian guna kalimah 'ALLAH'.....Tuan Ibrahim dan Salahudin Ayub tu Naib Presiden PAS kan....Tuan Ibrahim tu mantan pensyarah UiTM..... hamba mmg tak terkata apa2.... ...Moga2 ALLAH Taala membuka lagi hati dan minda hamba dan tuan hamba sekalian untuk menghalusi dan menemui perkara2 penting, natijah drp isu ini.

Hamba mendoakan agar para ahli BSC tidak terikat dgn sentimen parti politik (jika anda ahli parti politik) dlm isu yg amat penting ini. Jangan politik memusnahkan kita sepertimana politik menjauhkan, merenggangkan kita (umat Islam) dlm iklim politik di Malaysia. Walau apa parti politik anda, bersatulah dlm satu keputusan bahawa dlm isu yg berlaku sekarang, 'tidak boleh' Kristian dan org bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH....baca, fahamkan, lengkapkan kefahaman anda dan terangkan, huraikan pd rakan2 Muslim yg lain. Jangan masukkan unsur2 politik dlm isu ini dan jgn politikkan isu ini. Isu Kalimah 'ALLAH' ini isu aqidah, tiada kompromi. Kita harus berjuang sebaik mungkin dlm mempertahankan keputusan ini.

Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH, hamba memohon pertolongan-MU dan bantuan-MU agar nama-Mu yg agong itu dapat kami pertahankan. Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH, berilah petunjuk-MU kepada umat Islam yg masih terkeliru dengan isu ini Ya ALLAH. Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH, berikanlah pembalasan ke atas mereka yg bertujuan tidak baik dalam isu yg penting ini. Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH, teguhkanlah dan mantapkanlah iman kami sebagaimana iman para Rasul-Mu, para Nabi-Mu dan para Wali-Mu...

wallahu'alam. wassalam.

Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
aryna-(Allahyarhamah)
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 21 Oct 2008
Posts: 496
Location: soghomban

PostPosted: Fri Jan 22, 2010 8:44 am    Post subject: Reply with quote

QulAmirulHakim wrote:
Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH, hamba memohon pertolongan-MU dan bantuan-MU agar nama-Mu yg agong itu dapat kami pertahankan. Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH, berilah petunjuk-MU kepada umat Islam yg masih terkeliru dengan isu ini Ya ALLAH. Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH, berikanlah pembalasan ke atas mereka yg bertujuan tidak baik dalam isu yg penting ini. Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH, teguhkanlah dan mantapkanlah iman kami sebagaimana iman para Rasul-Mu, para Nabi-Mu dan para Wali-Mu...[/b]


amiiinnn ya rabbal alamin.........


p/s: ada yg akan terima balasan lebih cepat dr yg dsangka akibat kejahilan mereka yang "tau segalanya" sehingga mau mengatasi pengetahuan ALLAH Taala".. tapi, telah dijanjikanNYA, hanya sedikit dari umat Muhammad akhir zaman ini akan mengambil iktibar darinya melainkan selebihnya menyalahkan Yang Maha Pencipta.
wallahualam bissawab..

Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh ALLAH, maka janganlah kamu minta disegerakan. Maha suci ALLAH dan Maha tinggilah Ia dari perbuatan syirik yang mereka lakukan. (Surah Al-Nahl:1)
_________________
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
Malas
Ahli Setia
Ahli Setia


Joined: 06 Aug 2002
Posts: 1646

PostPosted: Fri Jan 22, 2010 5:50 pm    Post subject: Reply with quote

PAS kabornya pejuangkan Islam..bukan nakkan kuasa dan pangkat.

Dulu2 macam leh prcaya..tapi kini, PAS tak lebih hanya lah parti politik je semata2..
Back to top
View user's profile Send private message
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Fri Jan 22, 2010 10:44 pm    Post subject: Reply with quote

Salam,

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24427:ustaz-hadi-nafi-laporan-god-bukan-ALLAH&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=125

Ustaz Hadi nafi laporan 'God bukan ALLAH'
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 22 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) semalam sebenarnya tidak membuat apa-apa resolusi.

Penjelasan tersebut sekaligus dilihat berbeza dengan berita 'God bukan ALLAH -Ikim' seperti yang dilaporkan akhbar harian bahawa ahli muzakarah sebulat suara bersepakat penggunaan kalimah ALLAH sebagai terjemahan bagi ganti nama 'God' atau 'Tuhan' adalah tidak tepat.

"Ya, muzakarah itu tidak mempunyai apa-apa resolusi, laporan itu tidak betul," jelasnya ketika dihubungi petang ini.

Pun begitu, beliau menegaskan bahawa kalimah ALLAH tidak boleh disalah guna untuk mengelirukan umat Islam.

"Penggunaan kalimah ALLAH oleh umat Islam secara dalaman jelas mengEsakan ALLAH, penggunaan yang boleh mengelirukan orang Islam tidak dibenarkan sama sekali," jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut mengulangi ketetapan PAS seperti yang diputuskan oleh Lajnah Politik dan tulisannya sebelum ini.

"Pandangan kita (PAS) seperti yang saya tulis sebelum ini, seperti yang diputuskan (dalam Lajnah Politik) sebelum ini," jelasnya.

"Kita tidak boleh melarang mereka (penganut agama samawi) menggunakan perkataan ALLAH di kalangan mereka sendiri walaupun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita," dipetik dari kenyataan rasmi Ustaz Abdul Hadi pada 7 Januari lalu.


Dua hari sebelum itu, Lajnah Politik PAS Pusat mengingatkan semua pihak supaya tidak menyalahgunakan nama ALLAH untuk mengelirukan atau meraih sokongan politik murahan daripada rakyat.

Selain Ustaz Abdul Hadi, muzakarah semalam disertai Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Dr Mohd Nur Manuty, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Ikim Dr Mohd Sani Badron dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik Ikim, Md Asham Ahmad.

Muzakarah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Ikim, Nik Mustapha Nik Hassan itu turut disertai oleh Pengerusi Ikim yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, pensyarah dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Kamar Ainiah Kamaruzzaman, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Dr Abdullah Md. Zain.


Salam,

Pendirian PAS jelas seperti diboldkan...Adakah PAS bermaksud mahkamah perlu mengizinkan gereja Katolik menggunakan kalimah ALLAH dlm penerbitan mereka (lihat yg diboldkan)....kalau itulah maksud PAS, hamba bersyukur ke hadrat ALLAH kerana PAS masih belum memerintah kerajaan pusat.

wassalam.

Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Sat Jan 23, 2010 3:14 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/50508-selain-hadi-pkr-dan-asri-juga-nafi-laporan-god-bukan-ALLAH

Selain Hadi, PKR dan Asri juga nafi laporan ‘God bukan ALLAH’

Oleh G. Manimaran

PETALING JAYA, Jan 22 — Tiga daripada tujuh peserta muzakarah pakar termasuk dua ahli politik pembangkang dan bekas mufti Perlis menegaskan pertemuan semalam anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu sebenarnya tidak membuat apa-apa resolusi sebagaimana dilaporkan media tertentu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat petang ini, ketiga-tiga mereka — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Mohd Nur Manuty dan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata “apa yang tidak dinyatakan dalam laporan berkenaan (semalam) ialah pendirian konsisten kami” menyentuh tiga perkara.

Salah satu pendirian itu ialah penggunaan kalimah “ALLAH” untuk tujuan amalan agama sesama penganut agama Kristian dan Yahudi adalah dibenarkan oleh Islam dengan bersumberkan dalil al-Quran dan As-Sunnah serta pandangan ulama muktabar.

“Demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara, polemik ini hendaklah diselesaikan dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana,” kata mereka dalam kenyataan itu.

Pendirian ketiga ialah berasaskan semangat musyawarah dan saling memahami dalam konteks masyarakat Malaysia, maka suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira dalam menentukan penggunaan kalimah “ALLAH” itu.

“Penggunaan kalimah “ALLAH” secara tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

“Oleh itu, satu garis panduan penggunaannya perlulah diwujudkan,” tambah mereka menerusi kenyataan itu.

Mereka juga menambah, sebagaimana telah dipersetujui oleh pihak penganjur dan para panel muzakarah dan berdasarkan kepada tradisi keilmuan dan semangat perbezaan pandangan, maka tiada sebarang ketetapan rasmi telah dikeluarkan di akhir sesi muzakarah berkenaan.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika Harakah Daily memetik Hadi melaporkan, muzakarah pakar anjuran IKIM semalam sebenarnya tidak membuat apa-apa resolusi.

Penjelasan tersebut sekali gus dilihat berbeza dengan berita ‘God bukan ALLAH — IKIM’ seperti yang dilaporkan oleh media bahawa ahli muzakarah sebulat suara bersepakat penggunaan kalimah “ALLAH” sebagai terjemahan bagi ganti nama ‘God’ atau ‘Tuhan’ adalah tidak tepat.

“Ya, muzakarah itu tidak mempunyai apa-apa resolusi, laporan itu tidak betul,” jelas beliau ketika dihubungi Harakah Daily.

Pun begitu, beliau menegaskan bahawa kalimah “ALLAH” tidak boleh disalah guna untuk mengelirukan umat Islam.

“Penggunaan kalimah ALLAH oleh umat Islam secara dalaman jelas mengEsakan ALLAH, penggunaan yang boleh mengelirukan orang Islam tidak dibenarkan sama sekali,” jelas beliau.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut mengulangi ketetapan PAS seperti yang diputuskan oleh Lajnah Politik dan tulisannya sebelum ini.

“Pandangan kita (PAS) seperti yang saya tulis sebelum ini, seperti yang diputuskan (dalam Lajnah Politik) sebelum ini,” jelasnya.

“Kita tidak boleh melarang mereka (penganut agama samawi) menggunakan perkataan ALLAH di kalangan mereka sendiri walaupun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita,” kata beliau dalam kenyataannya bertarikh 7 Jan lalu.

Selain Hadi, Mohd Nur dan Asri turut hadir ialah Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan IKIM, Dr Mohd Sani Badron dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik IKIM, Md Asham Ahmad.

Muzakarah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah IKIM Nik Mustapha Nik Hassan itu turut disertai oleh pengerusinya yang juga bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; pensyarah dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Madya Dr Kamar Ainiah Kamaruzzaman, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md. Zain.

Laporan Bernama semalam menyebut, muzakarah pakar yang disertai tujuh ilmuwan Islam, anjuran IKIM semalam bersetuju penggunaan kalimah “ALLAH” sebagai terjemahan atau ganti nama kepada “God” adalah tidak tepat.

Abdullah berkata muzakarah itu merumuskan bahawa terjemahan kalimah ALLAH sebagai “God” juga menyalahi hakikat sebenar kerana bercanggah dengan konsep Tuhan yang dianjurkan oleh agama Islam di Malaysia.

“Dalam perbincangan ini, kita semua setuju bahawasanya kita perlu menghormati dan menjunjung Perlembagaan Malaysia yang memberikan kebebasan beragama diteruskan dalam suasana aman dan harmoni,” kata Abdullah.

Muzakarah bertajuk “Terjemahan God Sebagai ALLAH: Mengenal Pasti Punca Permasalahan dan Penyelesaiannya” berlangsung selama lapan jam dari pukul 8.30 pagi, dipengerusikan Nik Mustapha.

Abdullah berkata muzakarah itu berjaya mencapai matlamat penganjurannya iaitu mengenal pasti punca dan penjelasan latar belakang permasalahan daripada perspektif agama, bahasa, sosial dan undang-undang.

“Muzakarah ini juga dapat menegaskan kefahaman dan konteks penggunaan ALLAH dalam al-Quran, memurnikan tafsiran ke atas sumber-sumber hukum Islam berkaitan kebenaran penggunaan kalimah ALLAH oleh agama dan budaya selain Islam dan membentuk kesatuan fikiran di kalangan tokoh agama serta pemimpin umat Islam,” katanya.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Sat Jan 23, 2010 3:19 am    Post subject: Reply with quote

aryna wrote:
QulAmirulHakim wrote:
Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH, hamba memohon pertolongan-MU dan bantuan-MU agar nama-Mu yg agong itu dapat kami pertahankan. Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH, berilah petunjuk-MU kepada umat Islam yg masih terkeliru dengan isu ini Ya ALLAH. Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH, berikanlah pembalasan ke atas mereka yg bertujuan tidak baik dalam isu yg penting ini. Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH, teguhkanlah dan mantapkanlah iman kami sebagaimana iman para Rasul-Mu, para Nabi-Mu dan para Wali-Mu...[/b]


amiiinnn ya rabbal alamin.........


p/s: ada yg akan terima balasan lebih cepat dr yg dsangka akibat kejahilan mereka yang "tau segalanya" sehingga mau mengatasi pengetahuan ALLAH Taala".. tapi, telah dijanjikanNYA, hanya sedikit dari umat Muhammad akhir zaman ini akan mengambil iktibar darinya melainkan selebihnya menyalahkan Yang Maha Pencipta.
wallahualam bissawab..

Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh ALLAH, maka janganlah kamu minta disegerakan. Maha suci ALLAH dan Maha tinggilah Ia dari perbuatan syirik yang mereka lakukan. (Surah Al-Nahl:1)


Salam,

Tiada siapa yg mampu dapat menahan kehendak-NYA drp berlaku. Hamba memang menunggu2 dan berpesan juga kepada saudara-mara terdekat agar jelas dalam isu ini dan 'jangan terkena 'apa yg datang' kpd mereka yg dihukum itu'...

wassalam.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Sat Jan 23, 2010 4:50 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

http://pena-yusri.blogspot.com/2010/01/jadi-tetamu-al-jazeera-isu-kalimah.html

Jadi Tetamu Al-Jazeera - Isu Kalimah ALLAH
Published by Yusri Mohamad on Wednesday, January 13, 2010 at 11:50 PM.

Assalamualaikum,
Teman2 Facebook dan pengunjung blog yang dimuliakan,
Sekadar ingin berkongsi makluman bahawa pagi tadi saya telah dijemput oleh AlJazeera (Channel 503) sebagai salah seorang tetamu dalam rakaman program 101 East berkenaan Isu Kalimah ALLAH. Dua tetamu lain adalah DP Marina Mahathir dan YB Khalid Samad daripada PAS.
Programnya hanya 30 minit dan ruang untuk kami hanya kurang daripada 20 minit setelah ditolak segmen2 lain. Bayangkanlah nak bincang topik sebegitu dalam ruang yang sebegitu kecil tapi itulah tabiat TV dan banyak media massa yang lain... (lesson : not the best place to search for the truth!)

Komen ringkas saya di sini :

DP Marina selalu kata as 'Confident Muslims' kita tak perlu takut yang akan terpengaruh dengan mudah dengan penggunaan kalimah ALLAH ini.
Saya kata :

1. The use of this term is not a first time and not the last effort of its kind. It is part of a bigger agenda of undermining and eroding the position of Islam in Malaysia. It is the most recent episode in an ongoing series of attempts to use the courts to challenge Islam in Malaysia.

2. Kalau nak harap dengan confident sahaja, semua fahaman dan bacaan yang tak betul yang ada kat luar sana pun confident. Being confident does not mean that you are actually right on a particular matter. And on matters of faith, a person can still be confidently living his or her life without realising that his/her faith is being eroded or misguided. When dealing with something non-physical as faith you do not necessarily feel that something is wrong with you. It's certainly not like a throbbing headache. But those who have the know - intellectually and spiritually - will be able to clearly recoqnise a sickness of faith and religious understanding when they see it.

When I said on the show that one can be confident but still be wrong, Marina interjected saying, "like you!" Well, my confidence on this issue is based on my reliance on so many reliable scholars including the Fatwa of the National Fatwa council of Mei 2008. When it comes to faith and religion I would rather put my bet on the majority of the qualified and reliable scholars of the Ummah than fringe voices.

As for YB Khalid Samad, I am just very sad that PAS, especially in this issue, due to the role of the likes of him is currently dancing to the tune of the extreme liberals and those whose 'religion' is Human Rights. I hope and pray that PAS recovers from this and finds back its footing.

These are the details of the program :
The show is for 101 East and will be first broadcast at 8.30pm tomorrow and repeated 11 times over 7 days. It will be shown on Astro's channel 513.
The show will be up on Youtube fromFriday. Linknya : http://www.youtube.com/watch?v=zDac5GXjLMo
The broadcast times are:
Jan 14 -Thursday - 8.30pm
Jan 15 - Friday - 11am
Jan 16 - Saturday - 1.30pm
Jan 17 Sunday - 1.30am, 11.30am, 7.30pm
jan 18 Monday - none
Jan 19 Tuesday - 12.30am, 10.30pm
Jan 20 Wednesday- 4.30pm
Jan 21 Thursday - 2.30pm
May ALLAH SWT accept our humble efforts to uphold His message and forgive us our shortcomings.
Wassalamualaikum
p.s. Di UIA bahasa di atas di gelar "Campurisation" !! Mohon maaf bagi yang tak selesa...
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Sun Jan 24, 2010 7:29 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/zulkifli-sulong/50534-pas-dan-nama-ALLAH

PAS dan nama ALLAH-Zulkifi Sulong

JAN 23 — “75 peratus orang Melayu menolak pandangan PAS yang mengizinkan Kristian menggunakan nama ALLAH. Hanya 25 pertaus sahaja menyokongnya. Di kalangan bukan Melayu pula, 90 peratus menyokong PAS manakala 10 peratus sahaja menentangnya.”

Inilah kenyataan yang saya temui hari ini. Ia berdasarkan analisa rambang yang dibuat oleh beberapa pihak ekoran isu nama ALLAH.

“Jika begitu kedudukannya, PAS akan kalah di semua kerusi yang ditandinginya,” kata saya kepada pihak yang memberikan maklumat itu kepada saya. Analisa saya kepada maklumat itu adalah:

75 peratus dari 60 peratus orang Melayu akan mengundi Umno. Hanya 25 peratus sahaja akan mengundi PAS. Ini bermakna, PAS hanya akan mendapat 15 peratus pengundi kelompok ini.

PAS akan mendapat 36 peratus dari 40 peratus pengundi bukan Melayu di Malaysia. Ini bermakna, jumlah undi yang diperolehi PAS adalah 51 peratus berbanding dengan Umno 49 peratus dari seluruh kelompok masyarakat negara ini.

Jika begitu kedudukannya, walaupun PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Malaysia tetapi PAS akan kalah di kesemua kerusinya kerana PAS hanya bertanding di kawasan Melayu majoriti melebih 70 peratus.

Inilah dilema PAS... kalau dilihat kepada senario hari ini.

Namun, saya melihat dari perspektif berbeza. Benar inilah senario hari ini tetapi bukannya senario hari esok dan hari-hari seterusnya. Ini kerana, senario hari ini berlaku berdasarkan emosi orang Melayu dan bukan berdasar fakta sebenar kenapa PAS bertindak sedemikian dalam isu nama ALLAH ini.

Secara ringkasnya, pendirian PAS dalam isu nama ALLAH adalah:-

1) PAS setuju tidak salah agama Kristian menggunakan nama ALLAH kerana semua agama Samawi sememangnya menggunakan nama ALLAH untuk Tuhan mereka.

2) PAS tidak mahu nama ALLAH disalahgunakan untuk tempat-tempat yang tidak sewajarnya.

Mengizinkan kalimah ALLAH digunakan oleh bukan Islam adalah salah. Walaupun kalimah ALLAH ini dikatakan digunakan oleh agama Samawi, kedatangan Islam melalui RSAW adalah antara lain 'untuk membersihkan, menyucikan, meletakkan tempat yg sebenar kalimah ALLAH ini' yg telah disesatkan, diselewengkan oleh agama2 Samawi itu. Al-Quran sendiri menjelaskan bagaimana agama2 Samawi itu telah disesatkan oleh pengikut2 mereka. Kalimah ALLAH adalah nama khas dan hanya layak digunakan oleh org Islam.


Jelas apa yang diputuskan oleh PAS adalah berdasarkan Islam yang menjadi dasar PAS selama ini.

Hamba sarankan ahli2 PAS memohon petunjuk ALLAH dengan sejelas2nya dlm isu ini. 'Jangan menyesal di kemudian hari'


Keputusan itu tidak dibuat PAS kerana kepentingan politik atau kerana emosi para pemimpinnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam itu. Ia pula dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS selepas berbincang dan bermesyuarat.

Dan buat pertama kalinya selepas isu unity government, para pemimpin utama PAS bersatu hati dalam tindakan mereka. Kalau selama ini kelihatan semacam ada kumpulan-kumpulan dalam PAS, isu nama ALLAH telah menyatukan mereka kembali.

Pemimpin yang membuat kenyataan berbeza dari keputusan 12 Jan itu juga bertegas, pandangan mereka sebelum itu adalah pandangan pribadi. Kini pandangan mereka adalah sama dengan pandangan parti yang diputuskan 12 Jan itu.

Terbukti kini secara perlahan-lahan, PAS telah membuat keputusan yang tepat dengan keperluan parti dan keperluan negara sebenarnya. PAS bukan lagi parti kampung atau parti keagamaan sempit tetapi parti yang meletak kepentingan negara didepannya.

Adakah kepentingan negara melebihi kepentingan aqidah umat Islam wahai pemimpin PAS??? Tunjukkan kaedah fiqh mana/dalil mana yg digunakan oleh PAS yg mengharuskan kepentingan negara melebihi kepentingan aqidah umat Islam.

Bayangkan jika PAS berpendirian menentang keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Kristian menggunakan nama ALLAH itu. Saya yakin, kalaulah PAS mengambil keputusan itu, bukan lapan gereja yang menjadi mangsa “vandalism”. Bahkan, berpuluh-puluh gereja yang bakal menjadi mangsa. Ia bukan lagi dinamakan “vandalism” tetapi serangan berdasarkan “jihad agama”.

Hamba tidak merasakan kalau PAS bersetuju maka berpuluh2 gereja akan menjadi mangsa. Tinjauan di atas sendiri menunjukkan 90% org Melayu tidak bersetuju (majoriti besar tu) dengan pendirian PAS dan "tahap vandalism" setakat itu saja. Penulis juga tidak seharusnya mengaitkan isu ini dengan vandalisme ke atas gereja kerana tiada bukti jelas kaitan kes kalimah ALLAH dgn vandalisme itu, malah boleh jadi sabotaj oleh mereka2 yg punya niat tertentu. Ulasan penulis secara jelas seperti mengaitkan Islam dengan pengganas. Hamba melihat sbhgn dr 'kita apabila terikat dengan parti politik', maka sempadan benar/batil, betul/salah, hitam/putih menjadi seperti berkeliru.

Saya katakan semua ini kerana sememangnya perasaan curiga di dalam masyarakat antara Islam dan Kristian ini sudah lama ditanam. Siapa yang menanamnya tidak diketahui. Yang pasti, ia umpama “fitnah” yang sedang tidur. Jika ia digerakkan, maka akan bangunlah ia.

Oleh itu, sesiapa yang masih tidak bersetuju dengan keputusan PAS ini perlu berfikir sekali lagi. Fikiran itu hendaklah dibuat dengan rasional dan berdasarkan sikap terbuka, bukannya emosi. Apakah yang PAS buat itu betul atau salah.

Hamba mmg terbuka. Di peringkat awal, hamba meneliti kedua2 hujah dan dalil dan melihat ada hujah2 dan dalil2 dr kedua2 pihak. Di peringkat keputusan, hamba 'merujuk kepada ALLAH', kerana DIAlah sebaik2 petunjuk. Jadi keputusannya adalah PAS salah dan ini bukan emosi. Dan keputusan bukan semata2 dibuat dengan rasional dan bersikap terbuka, tetapi perlu mendapat petunjuk yg jelas dr ALLAH, 'yg menurunkan Al-Quran' yg digunakan sbg dalil2 itu. Apa ruginya, apa salahnya, apa silapnya, apa kurangnya kalau pemimpin2/ahli2 PAS mohon petunjuk ALLAH atas perkara yg penting ini???

Benar, Umno menggunakan segala organ dan jentera yang dikawalnya untuk mempengaruhi masyarakat agar memihak kepada pemikiran sempitnya iaitu menentang permohonan Kristian itu. Ia bertujuan untuk memberitahu rakyat Umnolah pejuang agama sebenar. PAS hanya memperalatkan agama bukannya pejuang agama.

Antaranya Umno menggunakan platform yang paling ampuh di kalangan orang Melayu iaitu mimbar Jumaat dan Istana untuk mempengaruhi emosi dan pemikiran orang Melayu.

Minggu lepas, sekurang-kurang hampir semua mimbar Jumaat di semua masjid dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membaca teks khutbah yang dibekalkan oleh pihak berkuasa agama yang dikawal kerajaan. Dalam khutbah itu, dibahaskan betapa tidak wajarnya Kristian dibenarkan menggunakan perkataan ALLAH. Ini kerana Kristian tidak percaya kepada ALLAH yang satu tetapi trinity.

Di Selangor, pihak berkuasa agama negeri mengeluarkan titah Sultan Selangor melarang nama ALLAH digunakan oleh agama Kristian.

Itu persepsi org politik. Hamba sendiri tidak tahu sama ada mmg betul atau tidak UMNO menggunakan mimbar Jumaat dan istana utk mempengaruhi emosi dan pemikiran org Melayu. Sebab itu, hamba mendoakan sesiapa sahaja yg mempolitikkan isu ini diberikan pembalasan yg setimpal oleh ALLAH. Bagi hamba yg penting adalah mimbar masjid dan istana (sbg ketua agama Islam negeri) mmg wajib menjelaskan isu kalimah ini dalam kalangan umat Islam yakni menjelaskan bahawa 'tidak boleh' org bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH ini.

Namun, ia tidak membawa kesan yang besar. Ini kerana, kewibawaan ulama PAS dalam hal agama ini jauh lebih baik. Bayangkan jika PAS juga bersama mereka... hancurlah negara.

Hamba tidak merasakan negara akan hancur jika PAS bersama2 JAKIM, Mufti2 dan NGO2 Islam membuat keputusan bahawa 'tidak boleh' bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH ini. Sebaliknya hamba merasakan umat Islam akan dilihat bersatu dlm isu sepenting ini dan akan menggerunkan musuh2 Islam. Isu ini sebenarnya boleh menyatukan umat Islam di Malaysia, malangnya pendekatan dan keputusan PAS tidak menjadikannya begitu. Malangnya dlm isu2 politik lain, PAS boleh bersama parti bukan Islam, tapi dlm isu kalimah shahadat, PAS membuat keputusan tidak bersama org Islam yg lain.

*The views expressed here are the personal opinion of the columnist.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Sun Jan 24, 2010 7:32 am    Post subject: Reply with quote

QulAmirulHakim wrote:
Salam,

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/zulkifli-sulong/50534-pas-dan-nama-ALLAH

PAS dan nama ALLAH-Zulkifi Sulong

JAN 23 — “75 peratus orang Melayu menolak pandangan PAS yang mengizinkan Kristian menggunakan nama ALLAH. Hanya 25 pertaus sahaja menyokongnya. Di kalangan bukan Melayu pula, 90 peratus menyokong PAS manakala 10 peratus sahaja menentangnya.”

Inilah kenyataan yang saya temui hari ini. Ia berdasarkan analisa rambang yang dibuat oleh beberapa pihak ekoran isu nama ALLAH.

“Jika begitu kedudukannya, PAS akan kalah di semua kerusi yang ditandinginya,” kata saya kepada pihak yang memberikan maklumat itu kepada saya. Analisa saya kepada maklumat itu adalah:

75 peratus dari 60 peratus orang Melayu akan mengundi Umno. Hanya 25 peratus sahaja akan mengundi PAS. Ini bermakna, PAS hanya akan mendapat 15 peratus pengundi kelompok ini.

PAS akan mendapat 36 peratus dari 40 peratus pengundi bukan Melayu di Malaysia. Ini bermakna, jumlah undi yang diperolehi PAS adalah 51 peratus berbanding dengan Umno 49 peratus dari seluruh kelompok masyarakat negara ini.

Jika begitu kedudukannya, walaupun PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Malaysia tetapi PAS akan kalah di kesemua kerusinya kerana PAS hanya bertanding di kawasan Melayu majoriti melebih 70 peratus.

Inilah dilema PAS... kalau dilihat kepada senario hari ini.

Namun, saya melihat dari perspektif berbeza. Benar inilah senario hari ini tetapi bukannya senario hari esok dan hari-hari seterusnya. Ini kerana, senario hari ini berlaku berdasarkan emosi orang Melayu dan bukan berdasar fakta sebenar kenapa PAS bertindak sedemikian dalam isu nama ALLAH ini.

Secara ringkasnya, pendirian PAS dalam isu nama ALLAH adalah:-

1) PAS setuju tidak salah agama Kristian menggunakan nama ALLAH kerana semua agama Samawi sememangnya menggunakan nama ALLAH untuk Tuhan mereka.

2) PAS tidak mahu nama ALLAH disalahgunakan untuk tempat-tempat yang tidak sewajarnya.

Mengizinkan kalimah ALLAH digunakan oleh bukan Islam adalah salah. Walaupun kalimah ALLAH ini dikatakan digunakan oleh agama Samawi, kedatangan Islam melalui RSAW adalah antara lain 'untuk membersihkan, menyucikan, meletakkan tempat yg sebenar kalimah ALLAH ini' yg telah disesatkan, diselewengkan oleh agama2 Samawi itu. Al-Quran sendiri menjelaskan bagaimana agama2 Samawi itu telah disesatkan oleh pengikut2 mereka. Kalimah ALLAH adalah nama khas dan hanya layak digunakan oleh org Islam.


Jelas apa yang diputuskan oleh PAS adalah berdasarkan Islam yang menjadi dasar PAS selama ini.

Hamba sarankan ahli2 PAS memohon petunjuk ALLAH dengan sejelas2nya dlm isu ini. 'Jangan menyesal di kemudian hari'


Keputusan itu tidak dibuat PAS kerana kepentingan politik atau kerana emosi para pemimpinnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam itu. Ia pula dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS selepas berbincang dan bermesyuarat.

Dan buat pertama kalinya selepas isu unity government, para pemimpin utama PAS bersatu hati dalam tindakan mereka. Kalau selama ini kelihatan semacam ada kumpulan-kumpulan dalam PAS, isu nama ALLAH telah menyatukan mereka kembali.

Pemimpin yang membuat kenyataan berbeza dari keputusan 12 Jan itu juga bertegas, pandangan mereka sebelum itu adalah pandangan pribadi. Kini pandangan mereka adalah sama dengan pandangan parti yang diputuskan 12 Jan itu.

Terbukti kini secara perlahan-lahan, PAS telah membuat keputusan yang tepat dengan keperluan parti dan keperluan negara sebenarnya. PAS bukan lagi parti kampung atau parti keagamaan sempit tetapi parti yang meletak kepentingan negara didepannya.

Adakah kepentingan negara melebihi kepentingan aqidah umat Islam wahai pemimpin PAS??? Tunjukkan kaedah fiqh mana/dalil mana yg digunakan oleh PAS yg mengharuskan kepentingan negara melebihi kepentingan aqidah umat Islam.

Bayangkan jika PAS berpendirian menentang keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Kristian menggunakan nama ALLAH itu. Saya yakin, kalaulah PAS mengambil keputusan itu, bukan lapan gereja yang menjadi mangsa “vandalism”. Bahkan, berpuluh-puluh gereja yang bakal menjadi mangsa. Ia bukan lagi dinamakan “vandalism” tetapi serangan berdasarkan “jihad agama”.

Hamba tidak merasakan kalau PAS bersetuju maka berpuluh2 gereja akan menjadi mangsa. Tinjauan di atas sendiri menunjukkan 90% org Melayu tidak bersetuju (majoriti besar tu) dengan pendirian PAS dan "tahap vandalism" setakat itu saja. Penulis juga tidak seharusnya mengaitkan isu ini dengan vandalisme ke atas gereja kerana tiada bukti jelas kaitan kes kalimah ALLAH dgn vandalisme itu, malah boleh jadi sabotaj oleh mereka2 yg punya niat tertentu. Mengapa ulasan penulis secara jelas seperti mengaitkan Islam dengan keganasan. Hamba melihat sbhgn dr 'kita apabila terikat dengan parti politik', maka sempadan benar/batil, betul/salah, hitam/putih menjadi seperti berkeliru.

Saya katakan semua ini kerana sememangnya perasaan curiga di dalam masyarakat antara Islam dan Kristian ini sudah lama ditanam. Siapa yang menanamnya tidak diketahui. Yang pasti, ia umpama “fitnah” yang sedang tidur. Jika ia digerakkan, maka akan bangunlah ia.

Oleh itu, sesiapa yang masih tidak bersetuju dengan keputusan PAS ini perlu berfikir sekali lagi. Fikiran itu hendaklah dibuat dengan rasional dan berdasarkan sikap terbuka, bukannya emosi. Apakah yang PAS buat itu betul atau salah.

Hamba mmg terbuka. Di peringkat awal, hamba meneliti kedua2 hujah dan dalil dan melihat ada hujah2 dan dalil2 dr kedua2 pihak. Di peringkat keputusan, hamba 'merujuk kepada ALLAH', kerana DIAlah sebaik2 petunjuk. Jadi keputusannya adalah PAS salah dan ini bukan emosi. Dan keputusan bukan semata2 dibuat dengan rasional dan bersikap terbuka, tetapi perlu mendapat petunjuk yg jelas dr ALLAH, 'yg menurunkan Al-Quran' yg digunakan sbg dalil2 itu. Apa ruginya, apa salahnya, apa silapnya, apa kurangnya kalau pemimpin2/ahli2 PAS mohon petunjuk ALLAH atas perkara yg penting ini???[/b]

Benar, Umno menggunakan segala organ dan jentera yang dikawalnya untuk mempengaruhi masyarakat agar memihak kepada pemikiran sempitnya iaitu menentang permohonan Kristian itu. Ia bertujuan untuk memberitahu rakyat Umnolah pejuang agama sebenar. PAS hanya memperalatkan agama bukannya pejuang agama.

Antaranya Umno menggunakan platform yang paling ampuh di kalangan orang Melayu iaitu mimbar Jumaat dan Istana untuk mempengaruhi emosi dan pemikiran orang Melayu.

Minggu lepas, sekurang-kurang hampir semua mimbar Jumaat di semua masjid dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membaca teks khutbah yang dibekalkan oleh pihak berkuasa agama yang dikawal kerajaan. Dalam khutbah itu, dibahaskan betapa tidak wajarnya Kristian dibenarkan menggunakan perkataan ALLAH. Ini kerana Kristian tidak percaya kepada ALLAH yang satu tetapi trinity.

Di Selangor, pihak berkuasa agama negeri mengeluarkan titah Sultan Selangor melarang nama ALLAH digunakan oleh agama Kristian.

[b]Itu persepsi org politik. Hamba sendiri tidak tahu sama ada mmg betul atau tidak UMNO menggunakan mimbar Jumaat dan istana utk mempengaruhi emosi dan pemikiran org Melayu. Sebab itu, hamba mendoakan sesiapa sahaja yg mempolitikkan isu ini diberikan pembalasan yg setimpal oleh ALLAH. Bagi hamba yg penting adalah mimbar masjid dan istana (sbg ketua agama Islam negeri) mmg wajib menjelaskan isu kalimah ini dalam kalangan umat Islam yakni menjelaskan bahawa 'tidak boleh' org bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH ini.


Namun, ia tidak membawa kesan yang besar. Ini kerana, kewibawaan ulama PAS dalam hal agama ini jauh lebih baik. Bayangkan jika PAS juga bersama mereka... hancurlah negara.

Hamba tidak merasakan negara akan hancur jika PAS bersama2 JAKIM, Mufti2 dan NGO2 Islam membuat keputusan bahawa 'tidak boleh' bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH ini. Sebaliknya hamba merasakan umat Islam akan dilihat bersatu dlm isu sepenting ini dan akan menggerunkan musuh2 Islam. Isu ini sebenarnya boleh menyatukan umat Islam di Malaysia, malangnya pendekatan dan keputusan PAS tidak menjadikannya begitu. Malangnya dlm isu2 politik lain, PAS boleh bersama parti bukan Islam, tapi dlm isu kalimah shahadat, PAS membuat keputusan tidak bersama org Islam yg lain.

*The views expressed here are the personal opinion of the columnist.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Tue Jan 26, 2010 4:30 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

Kalau PAS menganggap isu kalimah ALLAH sbg isu politik, apatah lagi PKR, mmg tidak boleh diharap.

http://www.malaysiakini.com/news/122766

Isu ALLAH: Tindakan Zulkifli Nordin 'bantu' Umno
Jimadie Shah Othman
Jan 25, 10
12:50pm

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin nampaknya tidak bercadang untuk menyelesaikan masalah berhubung perdebatan isu penggunaan kalimah 'ALLAH', tetapi sebaliknya bertindak seolah-olah "membantu Umno", kata timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali.

"Beliau (dilihat) tidak bercadang hendak selesaikan masalah, sebaliknya menggunakan isu ini untuk kepentingan diri. Dan secara sengaja atau tidak sengaja, telah membantu Umno," kata Dr Syed Husin.

"Tindakan melalui blog atau media yang dilakukan Zulkifli bukanlah kali pertama. Ini perkara yang serius," tambahnya.

Beliau diminta mengulas tindakan Zulkifli yang membuat laporan polis terhadap wakil rakyat PAS, Khalid Samad kerana berkata, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 sudah ketinggalan zaman dan perlu dibuka kepada perbincangan semula.

Dalam aduannya di balai polis Jalan Masjid India Kuala Lumpur kelmarin, Zulkifli percaya kenyataan Khalid berunsur hasutan serta menghina sultan, DUN Selangor dan umat Islam.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Syed Husin mempersoalkan tindakan Zulkifli itu kerana menurutnya, perkara itu tidak pernah disuarakan melalui saluran dalaman apabila berpeluang.

"Bila ada perbincangan dalaman (berhubung isu ALLAH), Khalid (pun) datang, lebih kurang 100 peserta hadir, (tetapi) beliau (Zulkifli) tidak cakap sepatah pun," katanya.

Sehubungan itu, Syed Husin menambah, tindakan terhadap ahli parlimen kontroversi itu akan diputuskan dalam mesyuarat biro politik PKR yang akan bersidang esok.

Ditanya pendirian pembangkang berhubung enakmen yang mencetuskan perbalahan di kalangan pemimpin pembangkang, Dr Syed menjawab ringkas: "Itu dia (Zulkifli) punya alasan saja."

Sementara itu, Khalid ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung laporan polis terbaru terhadapnya itu.

"Saya tidak hendak layan dah isu ini," katanya kepada Malaysiakini.

Selain Syed Husin, tindakan Zulkifli turut dibidas pelbagai pihak dalam PKR, termasuk ketua umumnya sendiri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sebuah ceramah di Hulu Klang semalam.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Tue Jan 26, 2010 5:25 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

dipetik dari http://al-ghari.blogspot.com/

Antara contoh penyelewengan penggunaan Kalimah ALLAH di dalam bible/tempat ibadah. Siapa agaknya yang akan menjawab bila perkara ini berlaku ? Dan anak-anak akandatang terkeliru dan terpengaruh dengan penyelewengan penggunaan kalimah ALLAH ini ?


Antara pernyataan yang telah diberikan oleh pakar seperti Dr Khalif Muammar :

Yang paling penting kita perlu jelas bahawa nama ALLAH telah menjadi nama khas bagi Tuhan umat Islam. Perlu dibezakan antara kalimat ALLAH dari sudut bahasa yang telah wujud sejak zaman Jahiliyyah dengan kalimat ALLAH yang telah diIslamkan setelah menjadi istilah atau nama khas. Jika kita perhatikan kalimat tawhid: la ilaha illa ALLAH. Ia tidak bermakna tiada tuhan melainkan Tuhan, tetapi tiada tuhan melainkan ALLAH. Kerana jika ia bermakna tiada tuhan melainkan Tuhan maka tidak ada maknanya seseorang mengucapkan kalimat tawhid itu. Oleh kerana itu sarjana-sarjana Islam tidak bersetuju untuk menggantikan ALLAH dengan God dalam bahasa Inggeris. Pengislaman nama ALLAH ini juga jelas apabila kita lihat surah al-Ikhlas, antara surah terpenting dalam al-Qur'an, yang menjelaskan siapakah ALLAH dan apakah sifat-sifatnya:

"Katakanlah: "Dia-lah ALLAH, Yang Maha Esa. ALLAH adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia"."(al-Ikhlas: 1-4).

Berdasarkan Surah dia atas, sebagai orang Islam kita mesti yakin bahawa yang bernama ALLAH adalah yang mempunyai sifat-sifat tersebut. Dalam erti kata lain kita tidak mengakui bahawa yang tidak mempunyai sifat-sifat tersebut juga adalah ALLAH.

Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Asri memang masyarakat Jahiliyyah menggunakan nama ALLAH, tetapi nama ALLAH di situ digunakan dari sudut bahasa sahaja dan sebelum perkataan itu diIslamisasikan. Ia kemudian menjadi nama khusus yang merujuk kepada sifat-sifat di atas. Kata-kata solat, contohnya, dari segi bahasa adalah doa dan telah digunakan oleh orang Arab sejak pra-Islam lagi, ia kemudian menjadi istilah yang merujuk khusus kepada apa yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w. Oleh itu kita tidak boleh mengatakan orang Katolik juga melakukan solat hanya kerana mereka berdoa di gereja.

Umat Islam perlu melihat apa yang berlaku di sebalik persoalan nama ALLAH ini. Jika kita lihat dengan teliti isu ini dengan isu-isu yang sebelumnya kita akan dapat melihat hubungannya. Contohnya isu pluralisme agama yang giat dipromosikan oleh orang bukan Islam dan sebahagian orang Islam sendiri iaitu Islam Liberal. Para pendukung pluralisme agama ini berusaha untuk mendangkalkan makna-makna atau kata kunci dalam agama. Mereka mengatakan bahawa Tuhan dalam agama manapun pada peringkat tertinggi (transcendental) adalah sama. Bagi umat Islam, konsep Tuhan kita jauh berbeza dengan konsep Tuhan dalam agama mana pun. Pendukung pluralisme agama juga menekankan wujudnya persamaan antara agama-agama dan perbezaan perlu diketepikan untuk kebaikan bersama. Padahal bagi kita perbezaan fundamental antara Islam dengan agama lain walaupun sedikit adalah sangat penting dan tidak boleh dipinggirkan. Sebahagian orang bukan Islam bahkan mengaku telah Islam tanpa perlu masuk Islam. Kerana mereka merasa telah 'berserah diri' kepada Tuhan. Di sini mereka merujuk perkataan Islam dari sudut bahasa ialah berserah diri. Jika ALLAH hanya bermakna Tuhan maka kini mereka akan mendakwa bahawa mereka juga telah beriman kepada ALLAH. Padahal mereka hanya percaya pada Tuhan.

Contohnya lagi kita tidak boleh menggunakan kata 'liberal' untuk makna terbuka kerana ia memberi konotasi yang dalam. Kita pun tidak akan mengatakan bahawa mereka telah memonopoli perkataan liberal. Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas adalah sarjana Islam yang paling tegas dalam hal pemberian nama atau istilah ini. Bagi beliau banyak kekeliruan berpunca daripada penamaan. Contohnya pelajaran berbeza dengan pendidikan dan ta'dib. Istilah moden dan klasik dalam pembahagian sejarah bagi beliau tidak relevan dengan sejarah Islam dan lain-lain lagi.

Sebenarnya tidak ada nas sorih dan qat'i dalam persoalan ini. Nas dan dalil yang dikemukakan oleh Dr. Asri hanya menunjukkan bahawa masyarakat Jahiliyyah telah menggunakan kalimat ALLAH untuk merujuk kepada Tuhan mereka. Kita perlu melihat ayat-ayat dan hadis-hadis seumpamanya dalam konteks penggunaannya dari sudut bahasa. Dari sudut bahasa ALLAH bermakna Tuhan. Ayat-ayat tersebut turun ketika Islam mula diperkenalkan sebagai proses berdialog dengan kaum musyrikin. Setelah konsep-konsep penting dalam Islam jelas dan worldview Islam terbentuk maka di sini proses Islamisasi berlaku baik terhadap bahasa, budaya dan pemikiran masyarakat Arab. Oleh kerana itu dengan mendangkalkan makna ALLAH maka kita telah menafikan proses Islamisasi tersebut dan kembali seolah-olah Islam belum bertapak. Memang kita boleh membuat kesimpulan tidak menjadi masalah orang bukan Islam menggunakan nama ALLAH kerana hal tersebut "tampak" secara literalnya wujud dalam al-Qur'an. Namun, dalam berijtihad seseorang ilmuwan tidak boleh hanya bersandarkan kepada makna literal teks atau nas tetapi perlu juga melihat kepada maqasid dan falsafah yang mendasarinya sebagaimana telah ditegaskan oleh al-Shatibi.

Persoalan nama ALLAH tidak boleh dilihat dari sudut fiqh sahaja khususnya kerana ia menyangkut aqidah. Ia mesti melibatkan kepakaran dalam bidang falsafah Islam, dan lebih spesifik metafizik Islam dan epistemologi Islam. Dalam perbualan peribadi dengan seorang tokoh pemikiran Islam, Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, beliau memberitahu dan menyambung hujah Prof S.M.N al-Attas bahawa al-Qur'an telah merubah dan memperbaiki kekeliruan dan kerusakan yang telah terjadi kepada hakikat-hakikat penting yang berkisar di sekitar ketuhanan, kemanusiaan dan kejadian. Dalam hal ini yang terjadi ialah proses Islamisasi terutama tentang hakikat ketuhanan yang merupakan tiang seri agama Islam. Menurut beliau lagi sekarang ini yang kelihatan sedang berlaku ialah proses deislamisasi dengan membawa makna-makna yang asing dan berlawanan dengan aqidah dan pandangan alam Islam, samada aliran-aliran sekular atau dari agama-agama lain.

Prof Wan Mohd Nor juga berkata setiap istilah dalam semua bahasa mempunyai batas-batas makna yang sah yang mencerminkan pandangan alam tertentu, dan yang membezakan sesuatu istilah itu dengan yang lain. Persamaan yang banyak pun masih memerlukan istilah atau nama yang berbeza jika terdapat hanya satu perbezaan yang penting.

Sebab itulah semua bahasa-bahasa yang tinggi mempunyai kamus. Keldai, kuda, baghal banyak persamaan tetapi terdapat perbezaan; dua manusia kembar siam juga diberi nama yang berbeza. Orang bukan Islam boleh mempekayakan kamus peristilahan Bahasa Melayu dengan menggunakan nama lain bagi Tuhan mereka. Dalam konteks Kristian, mereka boleh gunakan Tuhan, Dewata, Deus, Theos, atau God. Selama ini gereja, kuil, sami, paderi, uskup dan lain telah memperkayakan Bahasa Melayu dan tidak menimbulkan kekeliruan dan kemarahan masyarakat yang beragama lain. Di sini jelaslah bahawa seseorang yang bercakap tentang persoalan aqidah mesti faham kaitannya dengan worldview, tasawur dan pemikiran Islam. Dalam hal ini, aqidah tidak hanya bermakna kepercayaan dan keimanan dalam ertikata yang sempit seperti biasa difahami oleh masyarakat umum, namun ia adalah satu set keyakinan yang dapat memberi kesan kepada cara berfikir (worldview) dan cara hidup (way of life) seseorang Muslim.

Kita juga perlu berfikir mengapa kaum Katolik ingin menggunakan nama ALLAH? Kita tidak boleh tertipu dengan hujah persamaan nama yang bagi sesetengah orang hanya bersifat luaran. Kita tahu pada hakikatnya nama Tuhan mereka bukan ALLAH. Nama ALLAH mungkin relevan bagi penganut Kristian di negeri-negeri Arab tetapi tidak di selain negeri Arab. Oleh itu jelas terdapat agenda yang tersembunyi yang tidak boleh luput dari perhatian umat Islam. Isu ini juga dibangkitkan dengan memanfaatkan toleransi dan dialog antara agama yang semakin mendesak ketika ini.

Tindakan membiarkan pihak Kristian menggunakan kalimat ALLAH bukan satu toleransi tetapi satu penggadaian hak dan kedaulatan. Ia adalah satu kerugian yang besar dan kelemahan yang nyata apabila umat Islam membiarkan penganut agama lain mendangkalkan konsep dan istilah penting dalam Islam. Perkataan ALLAH, solat, tawhid, rasul, bahkan istilah Islam itu sendiri membawa makna yang tersendiri setelah diislamisasikan. Kalimat-kalimat ini telah menjadi bahagian penting daripada pandangan sarwa Islam (Islamic worldview). Jika ia dikaburkan maka sudah tentu akan memberi kesan kepada pemikiran dan aqidah umat Islam.

Sesiapa pun yang ingin memahami persoalan ini perlu sedar bahawa beberapa istilah keagamaan tertentu telah menjadi 'milik' umat Islam. Sebarang tindakan meng-'import' nya boleh dianggap sebagai penyalahgunaan dan pencabulan terhadap agama Islam. Istilah-istilah keagamaan mesti dihormati, dari agama manapun ia datang, oleh penganut agama lain. Toleransi mungkin berlaku jika wujud penghormatan terhadap agama lain. Nama dan istilah tertentu seperti Pope, Paderi (priest), Sami (Monk) dalam agama-agama tertentu tidak boleh digunakan sewenang-wenang oleh penganut agama lain. Ini bukan sahaja kerana ia telah sinonim dengan agama penggunanya tetapi juga kerana kalimat ini telah diwarnai atau mengandungi pandangan sarwa penggunanya.

Oleh itu tindakan Kementerian Dalam Negeri pada 31 Disember 2007 melarang penggunaan nama ALLAH dalam surat khabar Herald adalah tindakan tepat dan positif yang bermakna bagi umat Islam. Ia perlu disokong dan orang-orang agama tidak sepatutnya mengeruhkan lagi keadaan. Umat Islam mesti mempertahankan nama ALLAH untuk tidak digunakan oleh orang bukan Islam selagi termampu. Masyarakat Islam di negeri-negeri Arab tidak mempunyai kemampuan untuk mempertahankan hal ini kerana ia berlaku secara halus dan di luar kawalan mereka. Kebelakangan ini tampaknya ketidaksepakatan orang Islam dalam hal ini telah membuka ruang kepada Herald Tribune untuk menggugat keputusan Kementerian tersebut.

Maka dapat disimpulkan bahawa jika dilihat dari sudut falsafah dan pemikiran, dan bukan hanya dari sudut fiqh, kita akan melihat bahawa nama memberikan seribu makna. Jauhnya perbezaan antara ALLAH dengan Tuhan ibarat langit dengan bumi. Jelaslah isu ini bukan isu perebutan nama tetapi isu yang menyangkut jantung aqidah. Ia juga berkaitrapat dengan pendangkalan makna ALLAH untuk menjustifikasikan pluralisme agama. Kita tidak boleh membiarkan pendangkalan makna tersebut berlaku tanpa penolakan umat Islam. Adalah menjadi tanggungjawab semua ilmuwan Islam untuk menentang segala usaha mendangkalkan makna dalam Islam.

*Penulis adalah Felo Penyelidik ATMA (Institut Alam dan Tamadun Melayu), UKM.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Tue Jan 26, 2010 5:28 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

http://al-ghari.blogspot.com/

Dr Asmadi juga mengulas dalam isu ini :

Pada saya, ada beberapa perkara yang perlu diteliti dalam memperbahaskan isu penggunaan nama ALLAH.

Pertamanya,

kitab-kitab agama-agama langit terdahulu tidak diturunkan dalam bahasa Arab, justeru tidak timbul langsung penggunaan istilah ‘ALLAH’ untuk agama-agama langit seperti ‘Yahudi’ dan ‘Kristian’. Al-Quran kemudiannya menjelaskan bahawa konsep tauhid agama tersebut yang asal ialah kepercayaan kepada ALLAH SWT walaupun telah diselewengkan oleh para pendeta dan paderi. Hakikat bahawa kitab-kitab Yahudi dan Kristian bukan berbahasa Arab iaitu taurat dan injil (bible), keduanya tidak menggunakan nama ‘ALLAH’ untuk merujuk tuhan mereka. Sebaliknya Islam tidak pernah menggunakan istilah yang mereka gunakan terhadap ALLAH sebagai nama kepada tuhan di dalam ajaran Islam.

Keduanya,

ayat-ayat yang disebutkan di atas adalah berkaitan dengan ayat-ayat sebelumnya. Contohnya, ayat 23 dan 24 Surah Luqman menceritakan orang-orang yang kufur terhadap ALLAH SWT dan mereka ditimpakan dengan azab yang pedih. Justeru, di kalangan mereka yang kufur (menyembah selain dari ALLAH SWT), jauh di sudut hati mereka mengakui adanya tuhan yang esa yang menjadikan langit dan bumi. Ini tidak menandakan orang-orang kafir menggunakan lafaz ALLAH dan menyembah ALLAH sebagai tuhan mereka.

Demikian juga dalam surah al-Ankabut, ayat sebelumnya menceritakan rahmat ALLAH.

Sekiranya ditanya kepada orang-orang kafir siapakah tuhan mereka, nescaya mereka akan mengatakan ALLAH. Namun mereka tetap berpaling. Iaitu mereka masih berpaling dengan tidak meyembah ALLAH SWT

. Justeru, ayat ini tidak boleh digunakan untuk menunjukkan tuhan mereka ialah ALLAH SWT.

Ketiganya,

kemungkinan ada pandangan mengatakan ‘orang-orang Arab Jahiliyah’ menggunakan perkataan ‘ALLAH’ untuk merujuk kepada ‘tuhan’. Benarkah begitu? Sebaliknya orang-orang Arab sebelumnya banyak menggunakan perkataan ‘ilah’ untuk merujuk kepada tuhan, contohnya ilah latta dan ilah al-uzza.

Sebaliknya, al-Quran datang menggunakan perkataan ‘ALLAH’ dan bukan perkataan ‘ilah’ bersama penafian ALLAH itu mempunyai anak, dan penafian Dia mempunya pembantu yang terdiri dari ilah-ilah yang lain sebagaimana firman ALLAH SWT dalam surah al-Mukminun, ayat 91 yang bermaksud:


Dan tidaklah ALLAH mempunyai anak, dan tidaklah bersamanya tuhan yang lain (sebagai pembantu). Oleh itu, sekiranya setiap tuhan memutuskan keputusannya sendiri, nescaya sesetengahnya di atas sesetengah yang lain (menguasai yang lain), mahasuci ALLAH daripada apa yang mereka sifatkan.



Keempatnya, umat Islam perlu mempertahankan penggunaan nama ‘ALLAH’ hanya untuk orang-orang Islam kerana beberapa sebab, antaranya:

i. Antaranya penggunaan perkataan ‘ALLAH’ telah melalui proses penyucian dari segala kesyirikan yang muncul dari zaman selepas nabi-nabi sebelumnya sehingga hari ini sehingga diiktiraf sebagai tuhan orang-orang Islam. Sila lihat kamus-kamus moden bagi membuktikan perkara ini. Justeru itu, membenarkan penggunaan istilah itu kepada bukan Islam adalah satu tindakan ke belakang untuk kembali ke zaman penggunaan nama ALLAH yang dipenuhi kesyirikan. Sekaligus, ia mengenepikan usaha al-Quran yang berulang kali menafikan sifat-sifat kesyirikan (mempunyai anak dan pembantu-pembantu) yang ada pada zat ALLAH SWT.

ii. Berpegang pada pandangan bahawa dalam al-Quran menyebut orang-orang kafir menggunakan penggunaan nama ALLAH, adalah pandangan yang cetek. Tidakkah mereka membaca bersama bahawa al-Quran berulang-kali mensucikan nama ‘ALLAH’ dari bersifat dengan sifat kelemahan.

iii. Kalau benarpun, ada penggunaan ‘ALLAH’ sebelum Islam, ia adalah nama umum, yang kemudiannya menjadi nama khusus untuk tuhan orang-orang Islam setelah melalui proses mensucikan nama ALLAH SWT dari segala sekutu yang tidak layak untuknya.


WaLlahua'lam

p/s : Jangan samakan antara masyarakat Arab yang sudah lama terdedah dengan kalimah ALLAH dan lebih kukuh pegangan aqidahnya berbanding masyarakat Islam di Malaysia. Apatah lagi setelah banyak pula fahaman-fahaman yang menyeleweng. Dan ada juga fahaman ekstrim yang menghukum sesat pada perkara ijtihad yang hanya menimbulkan lebih banyak kekeliruan dan permusuhan.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Tue Jan 26, 2010 5:44 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

dipetik dari http://almukminun.blogspot.com/

Mengisbatkan keagungan akan Lafzul Jalalah


Mengisbatkan keagungan akan Lafzul Jalalah itu, tidak sekadar membincangkannya secara akademik semata-mata, bahkan amat perlu diperindahkan dengan ilmu Ihsan, supaya akhirnya.... walau bagaimanapun polemik ini bakal berakhir, namun Lafzul Jalalah itu tetap terpahat indah dalam hati dan sanubari kita semua.



Ya ALLAH, pasakkanlah di dada-dada kami akan keagungan Lafzul Jalalah itu....supaya bertambah pengabdian kami kepada-Mu zahir dan batin...amin. Bi Barakatil fatihah!



Assalamualaikum,



Dengan nama ALLAH, selawat dan salam ke atas Rasulullah.



Izinkan saya memberikan sedikit ulasan dan pendapat.



1- Pada hemat saya, pendapat yang tepat yang wajib kita ikuti ialah pendapat ahli majlis Fatwa Kebangsaan mengenai permasalahan ini. Atas dasar berpegang dan menyerahkan urusan kepada ahlinya.



2- Adapun pendapat-pendapat tokoh politik tanahair baik dari parti kerajaan mahupun, tidak menunjukkan satu pendapat yang tegas dan tegak atas kebenaran yang hakiki.



3- Mana mungkin tokoh-tokoh politik dapat memberi pendapat yang sewajarnya dalam keadaan pelbagai misi dan visi politik terselit dalam pemikiran mereka. Yang memperjuangkan konsep 1 Malaysia pastilah mahukan rakyat Malaysia bersatu padu, bersatu dalam satu tarian, satu pakaian bercorak melambangkan pelbagai kaum. Ketegasan dalam permasalahan ini juga tidak menguntungkan nasib politik mereka kerana PRU-12 menunjukkan mereka kehilangan sokongan pengundi bukan melayu.



4- Maka yang terungkap di lidah mereka ialah "bersabar".. "Bawak bertenang".. "serahkan kepada mahkamah" ..."bertindaklah dengan bijak".



5- Manakala para pembangkang pula seboleh-bolehnya memberikan fatwa yang tegas tetapi lunak bagi mengambil hati rakan-rakan pakatan rakyat agar undi terus diberikan kepada mereka pada PR-13 nanti.



6- Demikianlah nasib yang melanda apabila pendapat-pendapat mengenai agama didominasi oleh ahli politik seperti yang telah dinyatakan oleh para guru kami. Agama akan hancur binasa, maruah agama dan keagungan ALLAH akan dirobek dalam masa yang sama mulut lantang melaungkan kalimah takbir.



7- Pada hemat saya yang dho'if, ALLAH adalah nama bagi suatu zat yang Maha Agung, Maha Esa, Pencipta dan Pentadbir Alam. Apabila membenarkan dan redha nama ALLAH digunapakai bagi zat yang selainNya, maka kita telah mensyirikkan ALLAH pada nama-Nya yang Agung kerana mengakui bahawa adanya tuhan lain yang bukannya ALLAH dinamakan dengan nama ALLAH.



8- Kita kadangkala begitu bersemangat memperjuangkan nasib 'ketuanan melayu' dan begitu marah jika ia dperkotak-katikkan. Akan tetapi apabila nama ALLAH cuba diperkotak-katikkan , jiwa kita begitu lembut, lunak dan seboleh-bolehnya berfatwa bagi meraikan kemaslahatan semua agama demi PR-13.



9- Andaikata pada hari ini ada yang menyalahgunakan nama Yang Dipertuan Agung atau Sultan2 Melayu sebagai nama pena di siaran akhbar, risalah dan blog, sudah tentulah dia terus sahaja di masukkan ke ISA dan sebagainya. Akan tetapi apabila ada manusia yang mahu mempergunakan nama 'ALLAH' kepada yang selain zatNya, kita hanya berkata: "serahkan pada undang2", bertindak bijak, kita negara majmuk berbilang kaum, hormati mahkamah dan sebagainya.



10- Rata-ratanya pendapat tokoh politik sedikit condong untuk meraih sokongan masyarakat Malaysia berbilang kaum dan tak keterlaluan jika dikatakan demi membantu kemenangan mereka dalam PR-13. Sehingga kadangkala mereka terlupa kepada satu firman ALLAH SWT yang berbunyi:



إِنْ تَنْصُروا اللهَ يَنْصُرُْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ


"Sekiranya kalian membantu ALLAH (agama atau mempertahankan kesucian namaNya) nescaya ALLAH akan membantu kalian dan menetapkan kedudukan kalian."



11- Kami memohon pertolongan dariMu ya ALLAH. Jadikanlah ulama-ulama dan sultan-sultan kami sebagai pembantu dan pendokong agamaMu.



Mana mungkin sorang muslim yang waras BENARKAN kerana membenarkan bererti mengizinkan serta meredhai salah guna Nama ALLAH. Ertinya orang yang membenarkan termasuk orang yang meredhai sebutan dan penulisan yang salah. Redha kepada kekafiran membawa kepada kekafiran. Ini intipati mesej saya seperti penjelasan Syaikhuna Dr Haron Din.



Paling menjelekkan ialah apabila golongan yang membenarkan bermati-matian menjaja kepada semua manusia dengan mengambil dalil al-Quran ayat 25 Surah Luqman sebagi contoh. Ayat-ayat yang hampir sama adalah ayat al-'Ankabut: 61 dan al-Zumar:38.




Bagi saya, secara bahasa mudah, ayat-ayat tersebut adalah statement of facts oleh ALLAH SWT, bukan keizinanNya kerana di dalam banyak ayat-ayat lain, ALLAH menekankan supaya para hambaNya mengenali driNya secara sebenar, bukan secara serkap jarang atau sangka-sangka!



Di dalam persekitaran bangsa Arab, penggunaan kalimah ALLAH telah wujud sebelum lahir Nabi Muhammad SAW. Tugas paling utama Nabi SAW ketika diutuskan adalah untuk membetulkan kefahaman Arab jahiliah mengenai ALLAH yang sebenar yang disalahfahami. Begitu juga kepada Ahlul Kitab yang mensyirikkan ALLAH dengan mengatakan Uzair anak ALLAH atau Isa anak ALLAH.



Maka untuk kes bangsa Arab yang gunakan kalimah ALLAH, umat Islam biarkan kerana ia berlaku berzaman-zaman dan ini maksud saya bahawa tidak ada urgency ulama bincang bab ini pada kurun ke sembilan Hijrah contohnya. Penggunaan kalimah ALLAH di kalangan Kristian Arab dibiarkan kerana realiti zhuruf(persekitaran) dan 'uruf (adat) tidak mengizinkan sesiapun pun menghalang.



Membiarkan tanpa kerelaan hati bukan bererti membenarkan secara mutlak kerana membiarkan tanpa kerelaan hati seperti yang berlaku di dalam persekitaran bangsa Arab termasuk perilaku Muslim yang melihat kemungkaran tetapi dengan hati tidak redha dan membenci kerana tidak berupaya mengubah kemungkaran itu dan ini merupakan manifestasi selemah-lemah iman.



Perlu diingat bahawa tidak mungkin boleh bagi umat Islam meredhai salah guna kalimah ALLAH orang Kristian di dalam apa jua keadaan. Sesiapa yang MEMBENARKAN seseorang Kristian menggunakan ungkapan Anak ALLAH, secara sebutan, bertulis atau dicetak, ertinya dia bersekutu untuk membenarkan ALLAH dicaci dan dimaki.



Ustaz Mujahid

Yayasan Sofa, Negeri Sembilan

http://almukminun.blogspot.com/
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Tue Jan 26, 2010 6:24 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

Org yg tidak berpolitik jelas dlm isu ini. Org yg berpolitik saja yg anggap ini isu politik. Sama2lah kita tunggu...

dari http://zul4kulim.blogspot.com/

PROFESSOR SYED NAQUIB AL ATTAS
25 January 2010 Oleh Zulkifli Noordin pada 12:10 AM 27 komentar
Label: Kalimah ALLAH

Salam 2 all.

Saya melihat dalam isu penyalahgunaan kalimah ALLAH oleh segelintir Kristian di Malaysia ini, ulama'-ulama' dan 'ilmuan-'ilmuan tempatan yang jelas non-partisan memberikan pandangan yang jelas tidak bersetuju dengan penyalahgunaan kalimah ALLAH tersebut.

Yang tersohor diantara mereka adalah Sahibul Fadilah Professor Dato' Dr. Kamal Hassan, Sahibul Fadhilah Datuk Dr. Siddiq Fadhil, Sahibul Fadhilah Dato' Dr. Harun Din, Professor Datuk Dr. Shad Faruqi, pakar perbandingan antara agama Professor Dr. Kamar Oniah dan ramai lagi.

Paling terbaru ialah Professor Dr. Syed Muhammad Naquib Al Attas, bekas Pengerusi ISTAC dan seorang 'ulama yang sangat dihormati dan disegani bukan sahaja di nusantara, malahan seluruh dunia Islam.

Beliau memberi pendapat yang tegas-iaitu dalam negara Malaysia ini kita tidak boleh membenarkan selain mereka yang mentauhidkan ALLAH Maha Esa mengguna pakai kalimah ALLAH ini.

Saya perturunkan dibawah ceramah yang disampaikan oleh Dr. Syed Naquib dalam isu ini. Ceramah ini telah dipadankan dalam bentuk transkrip, jadi ada ditempat-tempat tertentu kelihatan agak janggal. Namun secara keseluruhannya mesej beliau jelas (dalam Bahasa Inggeris).

Saya berdoa semoga kita semua mendapat menafaat daripada ceramah beliau ini.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
09 Safar 1431
24 Januari 2010

#########################
(Petikan ceramah Professor Syed Muhammad Naquib Al-Attas)

Question: The using of kalimah “ALLAH” by other people in this country?".

Answers by Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas:

Well I have been talking about this long time ago. I remember about this in ISTAC, when we first established ourselves (late 80’s and early 90’s), I think the Arcbishop of Penang was asking this question. And I have answered that.

And then we had a meeting with the Archbishop of Kuala Lumpur and about all the representatives of Christianity, including the ministers, we had a meeting at ISTAC.

And I said, “Why you want to use the word ‘ALLAH’ for yourself?”

They said “we are going to pray in Bahasa Malaysia".

That’s the way they put it. So my answers to them, “Why you have to change praying into Bahasa Malaysia. You have been praying in English all the time. Why suddenly change into Bahasa Malaysia?”

Ok, so they said they want to change so that it is more patriotic. Then in that case I’m saying that “why don’t you use Tuhan while praying in Bahasa Malaysia? Because you are talking about God isn’t it?…God is not just a name…”ALLAH” is a name of this Being whom you called God… and in fact a Being whom even higher than what you called to be God”

And then I said, “ …and “ALLAH” is not from Bahasa Malaysia. It is not a national language. It belongs to the language of Muslim all over the world. Therefore your argument using this for the word “ALLAH” does not fit into your idea of God. Because “ALLAH” does not have a son, It is not one of three (Trinity), that is why out of respect to ALLAH we can’t allow you to use this.“

But when we Muslim, when we write in English we say God, or when we talk to people we say God but we mean “ALLAH”…but they cannot say when they speak about God it means “ALLAH” as they don’t mean it.

So in this particular respect, we have to be clear about this, not was-was (hesitate)...whomever responsible in our governing, they have to be clear about this and to explain to others.
We agree you want to use God, then use Tuhan as we also use that…but we understand in the Malay language that Tuhan is not a translation of ALLAH..that is why we say “tiada Tuhan melainkan ALLAH” not “tiada Tuhan melainkan Tuhan”. We don’t say “there is not God but God”..at least the ulama’ among the Muslim Malays, we understand what is the meaning of that (word “ALLAH”).

So “ALLAH” cannot be translated as no language has translated ALLAH. The Arabs themselves they only use that after Islam..although the word existed (before)..the Christians Arab they also did not use ALLAH (in theological, epistemological and ontological sense in the same manner as the Muslim)..if they say that it is just a language..they are talking about language..because they say “ALLAH” like the Muslim when they (melatah)…

So it appears they want to do that in order to confuse the Muslim into thinking that all is the same..that is why I say one of the problems about religion is the nature of God..about who ALLAH is..that is why in Arkanul Iman (The Pillars of Faith), the first thing is “amana billah”.

“Who is this ALLAH?” and that need to be explain at higher institution in a proper way.

So we have answer the question. It is not proper to allow them using this, since they asking us and there is no point bringing this to court since this is not a matter of court to decide it whether they have the freedom to use it or not. It is up to the Muslims.

But then if they used it and said “in Indonesia they have use it, why can’t we?”…but it is because of the Muslims..if Muslims don’t care they will go on and use it..and in Indonesia they are using not only that, other things they even call it “choir” as “selawat”. Choir is not a “selawat”, as “selawat” is for Prophet..it’s not singing hymn.

And they also talk about..in Indonesia they are also confuse..Muslims..that is why this thing happen. Sometimes the language when you come across English words like “Prophet of Doom” in Indonesia they said “Nabi celaka”. How can there be “Nabi celaka”? What is meant by the “Prophet of Doom” is…even the word Prophet in English does not mean “Nabi” only…it means “yang meramalkan malapetaka”..that what it means…so the “Prophet of Doom” means “yang meramalkan malapetaka”, not “Nabi celaka”.

They (the Muslims in Indonesia) seem not to bother about this. What we can say is that ultimately well they say “God is not ALLAH”...well if you want to use the word God, we are saying we also use the word God, we refer to ALLAH as we know and we are not saying that your God ultimately will not refer to ALLAH. You can’t run away from ALLAH. You can only escape Him and so in the Qur’an (surah An-Naas) says: “Qul aAAoothu birabbi annas, Maliki annas, Ilahi annas”. He (ALLAH) is saying “ I am the real Ilah (God) of naas (mankind)”, although mankind (non-Muslim) does not interpret it that way.

(The End)
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
Malas
Ahli Setia
Ahli Setia


Joined: 06 Aug 2002
Posts: 1646

PostPosted: Tue Jan 26, 2010 1:23 pm    Post subject: Reply with quote

mm..dulukan kepentingan politik dari "ALLAH"..

Pasal tu ramai ulamak2 trdahulu tak mau campur sangat urusan2 org awam..maklum ler, sedikit sebanyak terpengaruh gak sampai keliru, mana satu kepentingan agama mana satu kepentingan politik..keliru mana lebih penting ahli parti atau sedara seIslam..mana lebih penting persaudaraan yg diikat ngan keahlian parti atau persaudaraan yg diikat ngan kalimah.
Back to top
View user's profile Send private message
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Tue Jan 26, 2010 6:43 pm    Post subject: Reply with quote

Salam,

http://themalaysianinsider.com/index.php/opinion/breaking-views/50813-muslims-have-no-monopoly-over-ALLAH--anwar-ibrahim

Muslims have no monopoly over ‘ALLAH’ — Anwar Ibrahim
JAN 26 — Malaysia has once again resurfaced in international headlines for the wrong reasons. Over the last two weeks, arsonists and vandals attacked 10 places of worship, including Christian churches and Sikh temples. Though there were no injuries and the material damage is reparable, the same cannot be said about the emotional and psychological scars left behind. After numerous conflicting statements from government officials, the underlying causes of the violence are still unaddressed. Malaysia’s reputation as a nation at peace with its ethnic and religious diversity is at stake.

Malaysia’s poor handling of religious and sectarian issues is not unique. The ill treatment of minority groups in Muslim countries is often worse than the actions Muslims decry in the West. I have called attention to the broader need in the Muslim world for leadership that demonstrates consistency and credibility in our call for justice, fairness and pluralism. These values are embedded in the Islamic tradition as the higher objectives of Syariah expounded by the 12th-century jurist al-Shatibi.

We have seen Muslims around the world protest against discriminatory laws passed in supposedly liberal and progressive countries in the West. Yet just as France and Germany have their issues with the burqa and Switzerland with its minarets, so too does Malaysia frequently fail to offer a safe and secure environment that accommodates its minority communities.

The recent arson attacks exemplify what’s wrong with the way Malaysia regards its non-Muslim citizens. The attacks were provoked by a controversy over the use of the word “ALLAH” by Malaysia’s Christian community, which numbers over two million, or about 10 per cent of the population. In late 2007, the Home Ministry banned the use of the word by the Herald, a Catholic newspaper, and later confiscated 15,000 copies of Malay-language Bibles imported from Indonesia in which the word for God is translated as “ALLAH.” A Dec 31, 2009 ruling by the Kuala Lumpur High Court overruled the earlier ban, asserting constitutional guarantees regarding the freedom of religion in Malaysia. Since then, an already tense situation boiled over, largely due to incitement by a few reckless politicians, the mainstream media and a handful of nongovernmental organisations linked by membership and leadership to the United Malays National Organization (Umno), the ruling party.

For example, Utusan Malaysia, the nation’s largest Malay-language daily — which is also owned by Umno — has inflamed Muslim religious sentiments by accusing non-Muslims of desecrating the name of the “Muslim” God and alleging a Christian conspiracy to overrun this predominantly Muslim nation through conversion. I have seen these incendiary propaganda techniques used before, when politicians and demagogues exploit public sentiment to garner support by fomenting fear. Such tactics are useful diversions from embarrassing scandals ranging from controversial court decisions, to allegations of exorbitant commissions extracted from military procurements, to the theft of two jet engines from the inventory of the Royal Malaysian Air Force. This behaviour has been exacerbated since the ruling party lost its two-thirds majority in parliament last year. Umno is now desperately struggling to regain public support.

Few Muslims around the world would endorse the claim that we have a monopoly on the word “ALLAH.” It is accepted that the word was already in the lexicon of pre-Islamic Arabs. Arabic’s sister Semitic languages also refer to God as “ALLAH”: namely, “Elaha” in Aramaic, and “Elohim” in Hebrew. Historical manuscripts prove that Arabic-speaking Muslims, Christian and Jews have collectively prayed to God, the Creator and Sustainer of the Universe, as “ALLAH” for over 1,400 years. The history of Islam in Southeast Asia is known for its pluralistic and inclusive traditions, and amicable relations between Muslims and non-Muslims have been the norm for generations.

Muslim scholars outside of Malaysia thus find our “ALLAH” issue absurd and cannot fathom why it has sparked protest and outrage. Minority Muslim populations living in the West, particularly in the aftermath of 9/11, have diligently tried to remind the public that Muslims, Christians and Jews share common Abrahamic roots and ultimately worship the same God.

Local sensitivities have been aroused over this issue. They should be handled through dialogue and engagement. Instead of permeating a sense of insecurity or a siege mentality, Muslims must be encouraged to engage and present their concerns to the Christians in a constructive manner. The example of Muslim Spain is a moment in our history to which Malaysian Muslims should aspire. But efforts toward fostering a convivencia are not only found in the past. The ongoing “Common Word” initiative, a global effort launched in 2007 that captured the support of over 130 of the world’s most prominent Muslim scholars, has made historic progress towards building goodwill among Muslims and Christians to find ways to live in sincere peace and harmony. It is ironic that noble efforts such as these are being undone by the actions of Muslims themselves.

Malaysia’s international reputation has taken a beating since Prime Minister Datuk Seri Najib Razak was sworn in last year. Despite his efforts to promote national unity, news about the caning of a young Muslim woman charged with drinking, the mutilation of a cow head in protest of the construction of a Hindu temple, ill treatment of Muslim converts who revert to their earlier faith and even the outlawing of the practice of yoga by Muslims have many at home and abroad wondering which direction Malaysia is headed under Najib’s leadership. There are already misgivings about governance, human rights, the rule of law and rampant corruption; Malaysia dropped 10 spots on Transparency International’s 2009 Corruption Perception Index, our worst showing in over 15 years. The vision of Malaysia as a peaceful and stable location for investment, tourism and migration is now in peril.

This matters most for Malaysians who have to contend with an increasingly polarised social and political landscape. Malaysia cannot afford to be held hostage by the vested interests of a few who manipulate faith and identity as a means to elicit fear for political and economic gain. This is old politics, and it has become clear that those who incite hatred are only doing so to prolong their monopoly on power. The majority of Malaysians reject this approach. They realise that overcoming the challenges we face—a stagnant economy, declining educational standards and rising crime—depends on our ability as a nation to internalise and make real the principles of fairness and justice to all. — Wall Street Journal

* Datuk Seri Anwar Ibrahim is the member of Parliament for Permatang Pauh and federal opposition leader.

* This article is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Tue Jan 26, 2010 7:37 pm    Post subject: Reply with quote

Salam,

Hamba bersetuju dgn banyak ulasan penulis ini mengenai lemahnya UMNO dlm mempertahankan Islam, mengembangkan Islam. Namun, hamba tidak bersetuju ttg sbhgn ulasan yg diboldkan dan diulas oleh hamba. Selagi pemikiran dibelenggu politik, maka hampir semua perkara dilihat dlm perspektif politik. Ini susahnya ulamak berpolitik, org berpolitik..

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24487:-khutbah-masjid-negara-mengelirukan&catid=90:mohd-rashidi-hasan&Itemid=128

Khutbah Masjid Negara mengelirukan | Print | E-mail
Mohd Rashidi Hasan
Mohd Rashidi Hassan


KHUTBAH Masjid Negara hari ini (Jumaat, 22 Jan) amat menarik. Menarik kerana ia mengambarkan seolah-olahnya Malaysia sebuah negara Islam yang unggul dan umat Islam terpelihara akidahnya.

Khutbah yang bertajuk 'Kafir zimmi kafir harbi' itu mempertegaskan pendirian Kabinet Malaysia dalam beberapa mesyuarat yang tegas melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh golongan bukan Islam.

Dalam khutbahnya, khatib mempertahankan tindakan Kabinet dan memberi gambaran bahawa kerajaan yang diterajui orang Islam dari parti Umno, tidak akan bertolak ansur dalam soal memelihara iman dan akidah.

Persoalan yang hendak dibahaskan di sini, bukan setakat kalimah ALLAH. Harus ditanya, apakah benar Umno-BN serius atau genuine dalam memelihara iman dan akidah umat Islam?

Pada aspek mana Umno boleh diyakini sebagai parti yang memelihara kesucian Islam dan menjaga kepentingan umat Islam keseluruhannya?

Jika Umno mahu memelihara kalimah ALLAH dari digunakan orang kafir, kononnya bagi mengelakkan akidah umat Islam terjejas, sedarkah mereka apakah aspek atau sebenar yang boleh merosakkan akidah?

Apakah selama ini Umno sebagai sebuah parti besar dianggotai oleh kaum Melayu-Islam yang begitu komited melaksanakan apa sahaja arahan ALLAH yang terkandung dalam al-Quran?

Tidak payah sebut soal Islam. Tidak perlu bahas soal ketulenan amalan dan perlaksanaan Islam oleh Umno. Lihat sahaja konsep 1Malaysia yang diuar-uarkan. Semua jadi caca merba dan huru hara.

Konsep 1Malaysia yang dipelopori Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, masih belum memberikan impak yang memberangsangkan buat Najib, apatah lagi ia terus gagal menjernihkan imej BN di mata rakyat.

Dalam menanggani isu kalimah ALLAH, Pakatan Rakyat begitu konsisten dengan pendirian mereka, sebaliknya dalam BN, hanya Umno sahaja yang kelihatan 'begitu pantang', apabila mahkamah membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah tersebut.

Umno-BN berbangga dengan konsep 1 Malaysia, dengan 'Salam 1Malaysia', 'Klinik 1Malaysia' dan banyak lagi, kononnya melambangkan betapa majmuknya BN.

Dalam masa yang sama Umno cuba 'menangguk di air yang keruh', mengambil kesempatan politik daripada isu-isu yang membabitkan perkauman dan agama.

Demi kepentingan politiknya yang sempit, dalam satu masa wajah Umno boleh berubah-rubah, bersikap double-standard dan 'talam dua muka' mereka semakin terserlah.

Selepas mahkamah membenarkan buletin The Herald milik penganut Kristian menggunakan kalimah ALLAH, media arus perdana milik Umno-BN memainkan sentimen kebangkitan orang Melayu-Islam yang menentang keputusan tersebut.

Mereka menentang kerana bagi mereka kalimah ALLAH adalah hak ekslusif orang Islam, mereka menentang kerana mereka tidak mahu Kristian menyalahgunakan kalimah tersebut untuk memesongkan atau memurtadkan umat Islam. Dan ada pula kalangan mereka yang berhujah, dari segi bahasa (bahasa Melayu), kalimah ALLAH tidak sesuai digunakan oleh gereja.

Dalam hal ini, PAS melalui Mursyidul Amnya, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempunyai pendirian yang konsisten, selaras dengan Islam, iaitu tiada halangan untuk penganut agama samawi, seperti Kristian (disebut Nasara dalam al-Quran), untuk menggunakan kalimah ALLAH.

Itu kata penulis, Ya ka selaras dgn Islam??? Yakinkah penulis yang ia selaras dgn Islam?

Kalimah ALLAH tidak menjadi hak ekslusif umat Islam semata-mata. ALLAH adalah tuhan bagi seluruh alam. Soal bagaimana tuhan ALLAH ditafsirkan mengikut fahaman agama masing-masing, harus dibahaskan pada platform yang lain. Yang jelas ALLAH pada tafsiran Islam tidak sama dengan agama-agama lain.

PAS apabila berkuasa 20 tahun di Kelantan dan kemudiannya berkawan dgn PKR dan DAP, jarum2 halus Islam liberal, pengaruh2 nakkan kuasa dll telah meresap secara perlahan2 tanpa disedari atau disedari tapi buat tak kisah. Yg paling teruk, isu politik lebih utama dr isu aqidah


Bagaimanapun di dalam keterbukaannya, PAS dengan tegas memberi amaran supaya kalimah itu tidak disalahgunakan untuk memesongkan akidah umat Islam.

Masakan kita boleh percaya puak kuffar sedangkan mereka tidak akan redha dengan kita/umat Islam selagi kita tidak mengikut mereka. Jadi PAS nak bagi guna kalimah ALLAH dulu, kemudian ambil tindakan pembetulan kemudian, 'gadai' aqidah dulu dan betulkan aqidah kemudian. Kaedah fiqh/aqidah/tauhid mana PAS pakai.


Untuk menjawab dakwaan yang menyatakan kebimbangan tentang terpesongnya akidah, harus ditanyakan kembali, akidah umat yang bagaimana bakal dimurtadkan? Atau ciri-ciri umat yang bagaimana, mudah terpengaruh dengan ajaran Kristian. Atau golongan manakah yang menjadi sasaran dakyah Kristian?

Sudah tentulah mereka ini tergolong dari kalangan orang miskin yang melarat, anak-anak muda yang terlalu sosial serta rosak akhlak, sentiasa menjadikan kelab-kelab malam sebagai tempat 'iktikaf' mereka, dan mereka yang menyuburkan kehidupan dengan 'budaya kuning.'

Pokok persoalannya di sini ialah dasar pemerintahan. Bukankah, kemiskinan sengaja dibiarkan oleh Umno-BN? Kemiskinan dijadikan alat. Mengambil kesempatan dan mengumpan golongan yang melarat ini pada setiap kali pilihan raya.

Akibat amalan Umno-BN, yang menjuruskan perjuangannya mengamalkan secara berleluasa dasar korupsi, . dan nepotisme, menyebabkan rakyat kebanyakan terpinggir, melarat dan dibelengu kemiskinan. Apabila dasar sudah rosak, maka rakyat yang terbiar, akan mudah dipesongkan.

Gejala riddah (murtad) mudah berlaku ketika mana anak-anak muda disuburkan dengan budaya Barat. Mengunjungi kelab malam, berpesta siang malam, pergaulan bebas, terlibat dalam gejala arak dan maksiat.

Salahnya ialah apabila kerajaan Umno-BN tidak mahu melaksanakan undang-undang selaras dengan syariat Islam, maka anak-anak remaja Islam, semakin tidak terkawal dan jauh dari agama. Gaya hidup bebas, menyebabkan mereka tidak melakukan solat, tidak berpuasa dan memandang remeh perihal agama.

Malah ada penganalisis mengatakan sejak dahulu lagi, Umno-BN sengaja membiarkan anak-anak muda ini subur dengan budaya kuning supaya mereka tidak peduli dengan politik, malah jauh dengan politik Islam yang dipelopori PAS.

Apabila anak-anak muda berpeleseran ini, tidak peduli tentang politik, maka ia memudahkan kerajaan yang ada, disokong dan terus kekal, kerana mereka menyediakan kemudahan 'hiburan' yang mencukupi bagi memuaskan kehendak anak-anak muda.

Namun strategi ini barangkali tidak boleh bertahan lama. Sejak zaman dunia tanpa sempadan, zaman internet, golongan muda semakin celik politik dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa, walaupun mereka tidak menyertai mana-mana parti politik.

Sejak perubahan iklim politik tahun 1998/1999, ramai golongan muda yang sudah tidak menyokong Umno-BN.

Apa pun kebanyakan golongan yang terjamin ekonomi mereka, golongan yang mendampingi masjid dan menjadikannya sebagai tempat ibadah dan bersosial, serta menjadikan Islam sebagai ad-din, insya ALLAH akan terpelihara dan tidak risau dengan ancaman riddah.

Ada juga kalangan ahli-ahli bahasa menyebutkan bahawa dari segi bahasa Melayu tidak sesuai orang Kristian menggunakan kalimah ALLAH. Mereka berhujah bahawa, dari sudut sejarah dan perlembagaan, Melayu dan Islam dalam konteks Malaysia sangat sinonim. Maka dengan itu golongan bukan Melayu tidak wajar menggunakan kalimah ALLAH.

Hujah ini merupakan hujah yang tidak praktikal. Kepada mereka harus ditanya, dari mana asalnya bahasa persuratan Melayu? Bukankah dari Indonesia yang mempunyai ratusan juta umat Melayu? Indonesia menjadi tempat suburnya karya-karya persuratan dan vocabulary Melayu sejak zaman berzaman.

Sudah ratusan tahun Melayu-Kristian di Indonesia menggunakan kalimah ALLAH. Serupa juga dengan Sabah dan Sarawak.

Malah, yang harus ditanya mengapa kerajaan Umno-BN membenarkan Kristian di Sabah-Sarawak mengunakan kalimah tersebut, tetapi di Semenanjung tidak dibenarkan?

Apakah ada beza (dari segi kependudukan kaum dan agama) Semenanjung Malaysia dengan Malaysia Timur? Mengapa tidak diterimapakai konsep 1Malaysia dalam konteks ini? Ini sudah jadi 2Malaysia!

Maka pada penulis, pokok persoalannya di sini ialah bukan soal kalimah ALLAH. Ia adalah persoalan dasar, persoalan prinsip dan asas kepada sesebuah pemerintahan. Persoalan ini yang sengaja dielakkan oleh penulis-penulis teks khutbah, sehingga memberikan gambaran yang mengelirukan.

Selama lebih 50 tahun Umno-BN memerintah, tidak melaksanakan syariat ALLAH, menjauhkan umat dari agama ALLAH, malah berusaha menyekat dan menganiaya PAS dan berusaha memartabatkan kalimah ALLAH sejak sekian lama, maka bagaimana boleh diharapkan golongan seperti ini untuk melindungi kesucian ALLAH?

JUsteru dalam membuat kesimpulan ini, penulis ingin mengungkapkan SMS dari seorang rakan yang asalnya Melayu-Islam tetapi tidak mempercayai agama. Ketika ditanya kepada beliau, apakah beliau tidak mempunyai apa-apa perasaan dalam isu ALLAH, lalu dijawabnya kepada penulis.

"ALLAH tidak memerlukan insan yang lemah untuk melindungi-Nya."
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Wed Jan 27, 2010 3:12 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

http://drmaza.com/home/?p=975


Print This Post Print This Post Email This Post Email This Post
Izin Bukan Bererti Redha
Disiarkan pada Jan 24, 2010 dalam kategori Akidah |

Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin



Saya tidak suka terlalu berfalsafah dalam bicara. Tujuan ucapan dan ungkapan adalah untuk difahami oleh pendengar atau pembaca, bukan agar mereka bertambah pening. Pun begitu ada juga beberapa istilah yang perlu diperbetulkan, bukan kerana ingin berfalsafah tetapi kerana ia penting untuk difahami untuk mengelakkan salahfaham antara kaum muslimin.



Antara perkara yang penting untuk dibezakan ialah ungkapan ‘izin’ dan ‘redha’. Kedua-dua perkataan ini berasal dari bahasa Arab. Apa yang kita izinkan bukan semestinya kita redha. Juga apa yang kita redha bukan semestinya kita izinkan. Juga mungkin apa yang kita izinkan itu kita redha, atau sebaliknya juga mungkin apa yang kita redha maka kita izinkan. Mengizinkan bermaksud membolehkan sesuatu itu berlaku (lihat: al-Kafawi, al-Kulliyyat, 72, Beirut: Muassasah al-Risalah). Sementara redha bermaksud suka atau kasih kepada sesuatu. Disebut al-Mahabbah wa al-Ridha atau cinta dan redha (ibid 76).



Kita mungkin memberikan kebenaran atau memboleh sesuatu yang di bawah penguasaan kita berlaku dalam keadaan redha ataupun tidak redha. Apa yang kita izinkan bukanlah semestinya kita redha atau suka. Umpamanya jika seseorang pemerintah muslim mengizinkan bukan muslim membina rumah ibadah mereka, bukanlah semestinya bererti pemerintah tersebut meredhai kekufuran atau penyembahan selain daripada ALLAH.

Demikian juga apabila pemerintah tertentu mengizinkan mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti minum arak atau berjudi dalam premis mereka, bukanlah bererti pemerintah tersebut telah menghalalkan arak atau judi. Keizinan itu diberikan disebabkan kerana hak-hak mereka sebagai bukan muslim dalam mengamalkan agama dan cara hidup mereka.

Pemerintah mengatur urusan rakyat dengan adil dan saksama. Keizinan atau kelulusan yang diberikan oleh pemerintah bukan menunjukkan akidahnya telah rosak atau dia telah menghalalkan yang haram. Melainkanlah jika perasaan dia itu memang redha atau dia sendiri melakukan perkara-perkara yang menunjukkan dia redha. Ketika itu barulah datang penilaian di sudut akidah.



Apa yang ingin dijelaskan bukan semestinya setiap yang diizinkan itu diredhai oleh seseorang. Saya misalkan, seorang anak yang mendesak ayahnya memberikannya kunci kereta kerana ingin keluar bersama dengan rakan-rakannya. Si ayah enggan memberi kerana bimbang anaknya tidak tahu mengawal diri apabila keluar bersama rakan.

Namun si anak terus mendesak dan bertegang dengan ayahnya sehingga menyebabkan si ayah akhirnya memberikan kunci kepada si anak. Anak ini pun keluar berjumpa dengan rakan-rakannya sambil berkata: “ayahku izinkan aku pakai keretanya malam ini”. Sementara si ayah apabila ditanya berkata: “memang saya izinkan tapi saya tidak redha, sebab dia mendesak dan saya malas bising-bising”.

Keadaan ini menggambarkan bagaimana kadang-kala keizinan diberikan tanpa keredhaan atau kerelaan. Betapa ramai wanita zaman tahu yang mengizinkan bapa mereka mengahwinkan mereka, sedangkan jantung hati mereka tidak redha.



Di samping ada keadaan di mana kita izinkan sesuatu dengan penuh redha. Juga ada keadaan di mana kita meredhai sesuatu tetapi tidak dapat mengizinkannya. Kita tidak izinkan mungkin disebabkan faktor-faktor tertentu.

Sebab itu dalam al-Quran ALLAH gunakan perkataan masyiah atau kehendak dan dalam masa yang sama ada perkataan redha. Manusia menjadi beriman dan kufur adalah dengan kehendak atau izin ALLAH. Jika ALLAH tidak izin atau kehendak, maka tiada satu perkara pun yang boleh berlaku di alam ini.

Namun bukan semestinya apa yang ALLAH izinkan berlaku itu, ALLAH meredhainya. Firman ALLAH: (maksudnya)

“Maka (fikirkanlah) adakah orang yang dihiaskan kepadanya amalan buruknya (oleh syaitan) lalu dia memandangnya baik, kerana sesungguhnya ALLAH menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan dia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, janganlah kamu membinasakan dirimu (Wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan” ( Surah al-Fatir, ayat .

ALLAH menyesat sesiapa yang Dia Kehendaki kerana mereka memilih kesesatan, demikian memberikan petunjukNya kepada sesiapa yang ingin memilih petunjuk. Itulah peraturan alam yang Dia Maha Pencipta lagi Maha Adil tetapkan. Dia tidak menzalimi hamba-hambaNya.

Apabila kekufuran atau kemaksiatan atau kesesatan itu berlaku bukanlah Dia redha atau sukakan kekufuran sekalipun berlaku dengan izin atau kehendakNya. FirmanNya: (maksudnya) “Kalaulah kamu kufur akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya ALLAH tidak memerlukan kamu; dan Dia tidak redha untuk hamba-hambaNya kekufuran; dan jika kamu bersyukur, Dia meredainya untuk kamu..(Surah al-Umar, ayat 7).

Maha Suci ALLAH untuk dibandingkan dengan makhluk. Namun untuk mendekatkan faham, demikian insan dalam hidup ini mestilah dibezakan antara keizinan dan keredhaan. Dalam perjanjian Hudaibiyyah Nabi s.a.w dan Musyrikin Quraish Mekah, baginda ingin agar kepala perjanjian itu ditulis dengan Bismillah al-Rahman al-Rahim.

Namun wakil Quraish, Suhail bin ‘Amr tidak bersetuju. Dia mahu supaya ditulis seperti kebiasaan Quraish dalam menulis perjanjian iaitu BismikaAllahumma (Dengan NamaMu Ya ALLAH). Nabi s.a.w bersetuju dan mengizinkannya, walaupun hakikatnya baginda tidak redha demikian. Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:

“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama ALLAH), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya ALLAH!)”.

Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut.

Saya jelaskan noktah perbezaan ini untuk mengelakkan tuduh-menuduh sesama umat Islam dalam banyak perkara. Isu nama ALLAH umpamanya, menjadi tegang dalam kalangan umat Islam sendiri sehingga ada yang tuduh menuduh dengan kufur dan sesat. Ada yang menyatakan pihak yang membiarkan penggunaan nama ALLAH dalam kalangan bukan Islam bererti telah redha dengan kekufuran. Maka sesiapa yang redha dengan kufur, maka dia pun turut kufur.

Kesimpulan yang seperti itu tidaklah tepat. Kita mungkin berbeza antara satu sama lain, namun jangan membuat kesimpulan yang tidak berlandaskan fakta. Umat Islam yang membiarkan Kristian menggunakan nama Nabi Isa dan Maryam di tempat ibadah mereka bukan bererti selama ini kita meredhai mereka mensyirikkan ALLAH dan mempergunakan nama Nabi Isa a.s. yang wajib kita imani itu.

Ini bukan soal redha atau tidak, tetapi soalnya apakah kadar hak mereka yang hendak atau boleh kita izinkan. Di situ perbincangannya. Kita mungkin boleh setuju atau tidak setuju mereka guna nama ALLAH. Saya tidak mahu membincang isu tersebut di sini. Namun saya tidak dapat terima untuk kita cepat mengkafirkan sesama sendiri. Kita tangani perbezaan itu dengan harmoni dan matang, bukan dengan kafir-mengkafir sesama muslim.

Hati-hati wahai pembaca, ramai orang di dunia ini yang sering memutar belitkan ayat dan kalimat orang lain, lalu menyalahtafsirkan mengikut kehendaknya supaya dia dapat menghukum orang yang dimusuhinya. Setiap kita akan berdiri di hadapan Mahkamah ALLAH di Hari Kiamat, maka bersikap adillah!

Salam,

Sdr MAZA apa kurangnya dlm 'memutar belitkan ayat dan kalimat orang lain, lalu menyalahtafsirkan mengikut kehendaknya supaya dia dapat menghukum orang yang dimusuhinya'. Dlm Youtube, tulisan sdr di Utusan/Mingguan Malaysia dll bukti mmg ada .Sdr mmg ada semangat nak berdakwah atas niat sdr sendiri tahu tapi sdr harus kotakan dahulu apa yg sdr tulis/katakan. Samakan dan satukan apa yg sdr tulis dgn apa yg sdr lakukan...

Berani dan sanggupkah tuan hamba bertanggungjawab di akhirat atas kesan, implikasi 'jawapan boleh' yg sdr berikan dlm isu Kalimah ALLAH ini???

wassalam.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Wed Jan 27, 2010 3:19 am    Post subject: Reply with quote

QulAmirulHakim wrote:
Salam,

http://themalaysianinsider.com/index.php/opinion/breaking-views/50813-muslims-have-no-monopoly-over-ALLAH--anwar-ibrahim

Muslims have no monopoly over ‘ALLAH’ — Anwar Ibrahim
JAN 26 — Malaysia has once again resurfaced in international headlines for the wrong reasons. Over the last two weeks, arsonists and vandals attacked 10 places of worship, including Christian churches and Sikh temples. Though there were no injuries and the material damage is reparable, the same cannot be said about the emotional and psychological scars left behind. After numerous conflicting statements from government officials, the underlying causes of the violence are still unaddressed. Malaysia’s reputation as a nation at peace with its ethnic and religious diversity is at stake.

Malaysia’s poor handling of religious and sectarian issues is not unique. The ill treatment of minority groups in Muslim countries is often worse than the actions Muslims decry in the West. I have called attention to the broader need in the Muslim world for leadership that demonstrates consistency and credibility in our call for justice, fairness and pluralism. These values are embedded in the Islamic tradition as the higher objectives of Syariah expounded by the 12th-century jurist al-Shatibi.

We have seen Muslims around the world protest against discriminatory laws passed in supposedly liberal and progressive countries in the West. Yet just as France and Germany have their issues with the burqa and Switzerland with its minarets, so too does Malaysia frequently fail to offer a safe and secure environment that accommodates its minority communities.

The recent arson attacks exemplify what’s wrong with the way Malaysia regards its non-Muslim citizens. The attacks were provoked by a controversy over the use of the word “ALLAH” by Malaysia’s Christian community, which numbers over two million, or about 10 per cent of the population. In late 2007, the Home Ministry banned the use of the word by the Herald, a Catholic newspaper, and later confiscated 15,000 copies of Malay-language Bibles imported from Indonesia in which the word for God is translated as “ALLAH.” A Dec 31, 2009 ruling by the Kuala Lumpur High Court overruled the earlier ban, asserting constitutional guarantees regarding the freedom of religion in Malaysia. Since then, an already tense situation boiled over, largely due to incitement by a few reckless politicians, the mainstream media and a handful of nongovernmental organisations linked by membership and leadership to the United Malays National Organization (Umno), the ruling party.

For example, Utusan Malaysia, the nation’s largest Malay-language daily — which is also owned by Umno — has inflamed Muslim religious sentiments by accusing non-Muslims of desecrating the name of the “Muslim” God and alleging a Christian conspiracy to overrun this predominantly Muslim nation through conversion. I have seen these incendiary propaganda techniques used before, when politicians and demagogues exploit public sentiment to garner support by fomenting fear. Such tactics are useful diversions from embarrassing scandals ranging from controversial court decisions, to allegations of exorbitant commissions extracted from military procurements, to the theft of two jet engines from the inventory of the Royal Malaysian Air Force. This behaviour has been exacerbated since the ruling party lost its two-thirds majority in parliament last year. Umno is now desperately struggling to regain public support.

Few Muslims around the world would endorse the claim that we have a monopoly on the word “ALLAH.” It is accepted that the word was already in the lexicon of pre-Islamic Arabs. Arabic’s sister Semitic languages also refer to God as “ALLAH”: namely, “Elaha” in Aramaic, and “Elohim” in Hebrew. Historical manuscripts prove that Arabic-speaking Muslims, Christian and Jews have collectively prayed to God, the Creator and Sustainer of the Universe, as “ALLAH” for over 1,400 years. The history of Islam in Southeast Asia is known for its pluralistic and inclusive traditions, and amicable relations between Muslims and non-Muslims have been the norm for generations.

Muslim scholars outside of Malaysia thus find our “ALLAH” issue absurd and cannot fathom why it has sparked protest and outrage. Minority Muslim populations living in the West, particularly in the aftermath of 9/11, have diligently tried to remind the public that Muslims, Christians and Jews share common Abrahamic roots and ultimately worship the same God.

Local sensitivities have been aroused over this issue. They should be handled through dialogue and engagement. Instead of permeating a sense of insecurity or a siege mentality, Muslims must be encouraged to engage and present their concerns to the Christians in a constructive manner. The example of Muslim Spain is a moment in our history to which Malaysian Muslims should aspire. But efforts toward fostering a convivencia are not only found in the past. The ongoing “Common Word” initiative, a global effort launched in 2007 that captured the support of over 130 of the world’s most prominent Muslim scholars, has made historic progress towards building goodwill among Muslims and Christians to find ways to live in sincere peace and harmony. It is ironic that noble efforts such as these are being undone by the actions of Muslims themselves.

Malaysia’s international reputation has taken a beating since Prime Minister Datuk Seri Najib Razak was sworn in last year. Despite his efforts to promote national unity, news about the caning of a young Muslim woman charged with drinking, the mutilation of a cow head in protest of the construction of a Hindu temple, ill treatment of Muslim converts who revert to their earlier faith and even the outlawing of the practice of yoga by Muslims have many at home and abroad wondering which direction Malaysia is headed under Najib’s leadership. There are already misgivings about governance, human rights, the rule of law and rampant corruption; Malaysia dropped 10 spots on Transparency International’s 2009 Corruption Perception Index, our worst showing in over 15 years. The vision of Malaysia as a peaceful and stable location for investment, tourism and migration is now in peril.

This matters most for Malaysians who have to contend with an increasingly polarised social and political landscape. Malaysia cannot afford to be held hostage by the vested interests of a few who manipulate faith and identity as a means to elicit fear for political and economic gain. This is old politics, and it has become clear that those who incite hatred are only doing so to prolong their monopoly on power. The majority of Malaysians reject this approach. They realise that overcoming the challenges we face—a stagnant economy, declining educational standards and rising crime—depends on our ability as a nation to internalise and make real the principles of fairness and justice to all. — Wall Street Journal

* Datuk Seri Anwar Ibrahim is the member of Parliament for Permatang Pauh and federal opposition leader.

* This article is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.


Salam,

Bertaubatlah DSAI. Hidup di dunia ini bukannya lama mana. Satu yg baik ttg sdr adalah sdr selalu juga merujuk ulamak perkara2 berkaitan agama. Malangnya, mengapa sdr tak merujuk ulamak2 tempatan yg lebih arif ttg isu yg berlaku. Siapakah yg banyak mendoakan dan 'menolong' sdr semasa 'saudara bermasalah' dahulu. Mmg isu rasuah, penyelewengan penting tapi tindakan sdr mengatakan bahawa isu kalimah ALLAH ini tidak penting amat mendukacitakan org Islam. Sdr tahukah implikasi kepada kenyataan sdr bahawa 'boleh' org bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH ini???

wassalam.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Wed Jan 27, 2010 5:33 am    Post subject: Reply with quote

Salam,


petikan dari http://iii.com.my/

Nama Khas "ALLAH": Persoalan dan Penyelesaian
Monday, 25 January 2010 09:11 admin
E-mail Print PDF

oleh Dr. Mohd. Sani Badron

Fellow Kanan / Pengarah Pusat Ekonomi IKIM

Orang-orang Kristian hendak menggunakan istilah "ALLAH" hanya dalam bahasa Melayu sahaja, dan tidak mahu menggunakan istilah yang sama dalam bahasa yang lain, seperti Inggeris, Cina atau Tamil. Dengan itu, mereka mengaku tidak memerlukan istilah "ALLAH" untuk menjelaskan ajaran-ajaran Kristian dalam bahasa-bahasa yang lain, cukup dengan perkataan-perkataan lain sahaja.

Malangnya, apabila ajaran-ajaran Kristian hendak dijelaskan dalam bahasa Melayu, maka istilah "ALLAH" telah digunakan secara paksa. Dikatakan "secara paksa" kerana, istilah "ALLAH" telah disumbat dengan pengertian yang berlainan. Iaitu, pengertian yang benar-benar asing, yang sama sekali tidak pernah dikenal oleh bahasa Melayu dan kamus hidupnya.

Di samping bangsa Melayu, orang-orang Islam dari pelbagai kaum dan keturunan yang lain di Malaysia juga menggunakan istilah "ALLAH" dalam kehidupan mereka. Mereka turut mendapati istilah "ALLAH" yang digunakan oleh orang-orang Kristian telah memaksakan makna yang teramat asing.

Makna asal istilah "ALLAH" ialah nama yang khas untuk Tuhan yang secara mutlak Maha Esa. Tetapi makna yang dipaksakan Kristian ialah, apa-apa sahaja yang disembah secara yang sangat-sangat umum, lantas menodai makna asalnya yang murni.

Oleh kerana dalam agama Kristian tiada mekanisme dalaman (in-built mechanism) untuk mengawal penganutnya menggunakan istilah "ALLAH" khusus hanya kepada Tuhan, akibat ciri akidahnya yang Tiga-bersatu atau Triniti, istilah "ALLAH" akan digunakan oleh masyarakat Kristian sama seperti istilah God, iaitu sebagai gelaran umum.

Penggunaan Kristian yang Umum

Akibatnya sangatlah parah. Tidak semena-mena, istilah ALLAH akan mempunyai jamak yang digunakan kepada ramai, dan digunakan kepada banyak perkara atau benda. Istilah ALLAH juga akan digunakan sebagai sifat atau ciri, sehingga taraf istilah tersebut akan menjadi lebih rendah daripada istilah "Tuhan".

Pertama, ‘ALLAH' digunakan dalam bentuk ramai, iaitu para ALLAH, yang digunakan kepada makhluk-makhluk syurga, seperti dalam ayat berikut, "ALLAH berdiri dalam sidang ilahi, di antara para ALLAH Ia menghakimi" (Mazmur, 82.1).

Kedua, ‘ALLAH' akan digunakan kepada ramai manusia sekaliannya, seperti dalam ayat berikut, "Aku sendiri telah berfirman: Kamu adalah ALLAH, dan anak-anak Yang Mahatinggi kamu sekalian" (Mazmur 82.6).

Ketiga, ‘ALLAH' digunakan dalam bentuk banyak, untuk berhala-berhala: "Sebab segala ALLAH bangsa-bangsa adalah berhala, tetapi TUHANlah yang menjadikan langit" (1 Tawarikh 16.26).

Keempat, istilah yang sama digunakan kepada Tuhan dan bukan Tuhan, seperti dalam ayat-ayat berikut. "TUHAN adalah ALLAH yang besar...mengatasi segala ALLAH" (Mazmur 95.3); "Akulah TUHAN, Allahmu....jangan ada padamu ALLAH lain di hadapan-Ku" (Keluaran 20.2-3); "mereka beribadah kepada ALLAH lain" (Yosua 24.2); "Dan rumah yang hendak kudirikan itu harus besar, sebab ALLAH kami lebih besar dari segala ALLAH" (2 Tawarikh 2.5); "Bersyukurlah kepada ALLAH segala ALLAH!" (Mazmur 136.2).

Kelima, istilah ALLAH disamakan dengan Yesus, yang juga seorang manusia, seperti dalam ayat-ayat berikut "...Yesus Kristus, yaitu ALLAH Mahabesar" (Titus 2:13); "Tomas berkata kepada Yesus: ‘Tuhanku dan Allahku!'" (John 20:2; "Kita hidup bersatu dengan ALLAH yang benar kerana kita hidup bersatu dengan Anak-Nya Yesus Kristus. Inilah ALLAH yang benar..." (1 John 5:20); "Yesus Kristus: pada dasarnya Ia sama dengan ALLAH" (Filipi 2:5-6).

Keenam, "ALLAH" digunakan tidak lebih daripada cuma sekadar sebagai sifat yang mencirikan seseorang, seperti dalam ayat "sebab dalam Dialah [iaitu dalam Kristus] berdiam secara jasmaniah seluruh kepenuhan ke-Allahan" (Collosians 2:9).

Jadi nama teragung ini telah digunakan dengan tunggang-langgang, sebagai istilah yang tarafnya lebih rendah daripada istilah Tuhan. Padahal peraturan bahasa Melayu menetapkan tertib yang sebaliknya: "tuhan" itu sekadar nama gelaran kepada yang disembah (ilah) atau maha pencipta (rabb); "ALLAH" itu nama khas bagi Tuhan Yang Esa sekaligus Pencipta alam semesta.

Ketujuh, ‘ALLAH' digunakan kepada semua benda yang dipuja. Sehubungan ini, seorang Kristian Indonesia boleh menulis seperti berikut, "ALLAH cemburu kepada ALLAH-ALLAH yang bukan ALLAH. Tuhan tidak mau anak-anakNya mengikuti ALLAH-ALLAH yang bukan ALLAH. Zaman ini ada beragam ALLAH yang menguasai manusia, seperti: populariti, harta dunia, jawatan, ideologi, dan sebagainya. (Cari di sabdaspace.org)

Petikan yang terdapat dalam perkara pertama hingga keenam ada terkandung dalam Alkitab Terjemahan Baru 1974 (cetakan ke-65, 2006), iaitu versi yang masih berterusan digunakan di Malaysia, di samping versi semakan bahasa Melayu. Jadi, ini fakta yang benar-benar telah berlaku di alam Melayu.

Bolehlah dibayangkan dalam beberapa contoh mudah, masyarakat Kristian mendakwa kerana ia terdapat dalam Alkitab, maka mereka ada hak kebebasan beragama untuk bertindak seperti berikut.

Pertama, orang Kristian melukis gambar syurga dan menamakan para penghuninya "para ALLAH". Kedua, seorang paderi Kristian berucap, dan memetik Alkitab, melaungkan kepada para hadirin, "Kamu manusia sekaliannya adalah ALLAH". Ketiga, orang Kristian menamakan berhala-berhala itu "ALLAH-ALLAH" dalam percakapan, penulisan, lukisan dan sebagainya. Keempat, di ikon (patung) Yesus, orang Kristian menyatakan secara lisan atau meletakkan label yang dipetik dari Alkitab, Titus 2:13, "Yesus, yaitu ALLAH Mahabesar", atau dari Collosians 2:9, "Yesus, yang dalam jasmaniahNya berdiam ke-Allahan".

Kesan, akibat dan pengaruh dari keadaan ini wajib diambil kira dengan cermat, sebelum kerajaan dan masyarakat Malaysia memperhitungkan langkah-langkah berikutnya.

Pemerkosaan Jiwa Bangsa

Membuka ruang kepada penggunaan istilah ‘ALLAH' pada berhala, manusia, makhluk syurga, Yesus, dan lain-lain perkara dan benda, adalah satu pemerkosaan terhadap bahasa Melayu dan istilah utama Islam. Ini adalah keganasan melampau terhadap batas makna yang sepatutnya, satu kebiadapan yang amat sangat terhadap bahasa, yang merupakan roh atau jiwa bangsa.

Alasan bahawa ada dua ejaan yang berbeza, iaitu ‘ALLAH' dan ‘ALLAH', adalah alasan yang tidak memadai. Ini kerana, dari segi sebutan kedua-duanya sama sahaja tidak mungkin dapat dibezakan yang mana satu mana; begitu juga dalam tulisan Jawi. Istilah yang sangat penting yang sepatutnya berperanan memudahkan penjelasan agama, tidak patut sebaliknya menjadi begitu kabur, menyukarkan kefahaman, dan menyusahkan kita pula.

Apabila masyarakat Kristian Malaysia mendakwa orang-orang Kristian Arab pun menggunakan istilah "ALLAH", umat Islam amat curiga dengan ketulusan alasan tersebut. Ini kerana, Kristian Arab pun tidak pernah menggunakan jamak bagi "ALLAH", kerana sememangnya istilah itu dari dulu, kini dan selama-lamanya tiada dua dan jamak.

Musyrikin Arab primitif yang sangat menentang Islam pun tidak pernah menggelarkan segala berhala ALLAH, tidak pernah berkata kepada manusia "kamu sekalian adalah ALLAH", dan tidak pernah berkata "ALLAH berdiri di antara para ALLAH". Semua orang Arab tahu yang boleh ada istilah jamak hanyalah "Ilah" dan tidak "ALLAH".

Justeru, kegusaran umat Islam Malaysia apabila isu ini tersebar, seharusnya sudah dijangka oleh masyarakat Kristian.

Untuk menggambarkan keberangan masyarakat Islam, bayangkan peribaratan berikut. Kalaulah istilah "ALLAH" itu umpama ibu yang paling dihormati dalam keluarga orang-orang Islam, maka ia bukan sahaja telah diperkosa pengertiannya, tetapi juga telah diliwat, bukan hanya sekali, tetapi secara bersiri, bukan hanya oleh seorang, tetapi oleh pakatan ramai perogol.

Dan apabila orang-orang Kristian memohon semakan mahkamah supaya hakim membenarkan perlakuan mereka sebagai selaras dengan Perlembagaan, maka tindakan ini adalah umpama mengisytiharkan kepada semua ahli keluarga mangsa, akan niat untuk membelenggu ibu tersebut dengan rantai besar dalam kurungan penjara, dengan maksud menjadikannya sebagai hamba seks selama mana yang para pemangsa tersebut mahu.

Mujurlah Islam dengan tegas mengharamkan para penganutnya daripada melakukan jenayah keganasan kepada penganut faham agama yang lain. Dalam keadaan ini, masyarakat Islam amnya, dan Melayu khususnya, hanya bangun bertindak menuntut yang munasabah.

Tuntutan Kaum Muslimin
Tuntutan masyarakat Islam adalah, jika istilah ALLAH hendak digunakan atas alasan bahasa Melayu, maka pengertian istilah "ALLAH" yang hendak digunakan mestilah tidak bercanggah dengan makna yang ada dalam bahasa Melayu.

Yakni, makna yang tidak pernah berubah dalam kamus hidup dan debar denyut nadi Melayu semenjak seribu tahun yang lampau, mulai fasa pertama kedatangan Islam ke Alam Melayu pada abad yang ke-12.

Makna istilah "ALLAH" dalam bahasa kebangsaan adalah khusus untuk Tuhan Yang secara mutlak Maha Tunggal, Yang tidak beranak dan tidak diperanakkan; satu pengertian yang menutup segala kemungkinan untuk nama tersebut digunakan secara umum hingga kepada berhala, manusia, makhluk syurga, Yesus, dan lain-lain perkara serta benda.

Malangnya pengertian tersebut tidak mungkin dapat dicapai oleh masyarakat Kristian, yang Tuhannya tidak mutlak Esa.

Dalam konteks doktrin Triniti Kristian, yang disembah itu umum kepada oknum yang Tiga-bersatu (Thaluth). Ia tidak mengatakan secara langsung God memiliki sekutu; tetapi Kristian percaya kepada persekutuan Godhead yang terdiri daripada tiga perkara co-eternal atau abadi, iaitu Bapa, Putera dan Ruhul Qudus.

Penggunaan istilah yang memberi erti Tunggal atau Esa kepada God adalah pantang-larang besar dalam agama Kristian. St Hilary (m. 367) mengatakan bahawa orang Kristian perlu mengelakkan istilah God the "singular" (Yang Tunggal), kerana ia berlawanan dengan "konsep" God Kristian Yang essence-Nya, walaupun satu, namun God adalah umum bagi tiga hypostasis yang berbeza.

Pada pandangan St Thomas Aquinas pula, orang Kristian perlu mengelakkan istilah the only God (Yang Esa) kerana kata-sifat "only" (Latin unici) berlawanan dengan konsep berbilangnya hypostasis Tuhan. Menurut St Thomas Aquinas "We do not say ‘the only God,' for Deity is common to many", iaitu God umum kepada tiga perkara co-eternal tadi: Bapa, Putera dan Ruhul Qudus.

Tanggungjawab Umat Islam dan Pemimpinnya

Sebaliknya, Islam dan al-Qur'an mengajarkan bahawa, bukan manusia atau mana-mana makhluk yang mencipta nama "ALLAH" itu. Tetapi, ALLAH sendiri menyatakan nama yang khas bagi-Nya ialah "ALLAH", dan mewahyukan mengenainya kepada Nabi dan para hamba-Nya, semenjak dari Adam (al-Baqarah, 2: 109).

Justeru, memelihara "ALLAH" sebagai nama khas dengan sehabis upaya mereka adalah satu daripada ajaran Islam yang tidak diragui oleh seluruh kaum Muslimin yang faham.

Firman-Nya, "Dan Tuhanmu menjadikan apa yang dikehendaki-Nya dan memilih (apa yang dikehendaki-Nya). Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci "ALLAH" dan Maha Tinggi Ia daripada apa yang mereka persekutukan" (al-Qasas, 28: 6.

Apa makna Tuhan memilih apa yang dikehendaki-Nya dan tidak ada pilihan bagi manusia dalam ayat tadi? Contoh pertama, dalam kategori manusia, Tuhan menjadikan Rasullullah sebagai lelaki pilihan, maka mengeji Baginda adalah satu jenayah.

Contoh kedua, dalam kategori generasi manusia, Tuhan menjadikan generasi para Sahabat sebagai generasi pilihan, maka mencaci para Sahabat adalah satu jenayah. Contoh ketiga, dalam kategori undang-undang, Tuhan memilih shari‘ah yang ditanzilkan, maka menghina shari‘ah yang ditanzilkan adalah satu jenayah.

Begitulah juga, di antara nama-nama yang indah, Dia memilih kalimah "ALLAH" sebagai nama khas-Nya. Memaksakan makna lain yang bercanggah adalah satu kesalahan besar, kerana itu bermaksud mempersenda dan mempermainkan maknanya yang khusus untuk Tuhan yang Maha Esa.

"Mereka yang mempersenda dan mempermainkan ajaran Islam" (al-Ma'idah, 5: 57) wajib ditundukkan hinggalah mereka "merendahkan diri dan patuh, terikat kepada ketetapan Islam yang adil" (lihat al-Tawbah, 9: 29). Melaksanakan keadilan itu bermaksud meletakkan tiap sesuatu pada tempatnya yang sebenar, termasuklah mengenai pengertian "ALLAH".

Jadi jangan terkejut kalau orang-orang Islam pun akan menggunakan saluran perundangan supaya kemaslahatan dijaga oleh kepimpinan Negara. Ini termasuklah Majlis Raja-Raja, Yang Di-Pertuan Agong, ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, dan para penggerak institusi-institusi, dari kalangan yang beragama Islam, dan bukan Islam yang memahami. Amanah kuasa yang tersisa tentulah wajib digembling agar penggunaan istilah "ALLAH" yang mengeliru dan memperkosa maknanya boleh dihindari.

Setelah ribuan tahun istilah ALLAH secara konsisten digunakan oleh orang-orang Islam di Malaysia sebagai nama khas Tuhan, orang-orang Kristian tidak boleh kemudiannya memaksakan makna yang bercanggah, iaitu untuk menterjemahkan nama umum tuhan mereka (dan hanya dalam bahasa Melayu!).

Beberapa Kesilapan Fakta

Sebegitu dijaga istilah "ALLAH" itu sebagai nama khas, hingga ia tiada gantinya bagi umat Islam sedunia, dari awal sampai bila-bila. Sama ada dalam dialek-dialek Arab, bahasa Farsi, Turki, Cina, Urdu, Eropah, Melayu atau sebagainya, tiada ditemui perkataan yang setara; mencerminkan tiada Hakikat yang setara. "ALLAH" boleh diperikan sebagai "God" contohnya, tetapi "God" tidak boleh diterjemah sebagai "ALLAH". Ini selaras dengan peraturan, nama khas boleh diperikan dengan nama gelaran dan sifat, tetapi nama am tidak boleh sewenang-wenangnya diterjemah kepada nama khas sebagai kata-ganti setara.

Sebagai nama khas Tuhan Yang Esa, "ALLAH" adalah istilah universal melampaui bangsa, dan bukan bahasa kebangsaan mana-mana bangsa. Sebab itu kamus-kamus yang muktabar mengenai bahasa Qur'ani merakamkan pandangan yang sahih, bahawa istilah "ALLAH" bukan perkataan terbitan daripada bahasa Arab. (Lihat sebagai contoh Kashshaf Istilahat al-Funun, 1: 139.)

Fakta di atas berlawanan dengan anggapan yang silap, bahawa istilah "ALLAH" adalah bahasa Arab, termasuk di kalangan sebahagian orang-orang Islam yang tidak memahami fakta tersebut. Sebaliknya, "ALLAH" ialah nama khas.

Sebagai contohnya Mr. Bush ialah nama khas; kita tidak mengatakan ia bahasa Inggeris maka perlu diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagai Encik Belukar atau Encik Semak.

Terdapat juga anggapan yang silap oleh orang-orang Kristian bahawa perkataan "ALLAH" itu terbit dari bahasa Ibrani El, Elohim, Eloah. Ini anggapan yang berasaskan kepada andaian mereka bahawa, nama ALLAH itu hanyalah rekaan manusia sendiri, nama yang boleh digubah selaras dengan kemahuan diri, kelompok dan masyarakat setempat.

Kesangsian umat Islam semakin bertambah melihat masyarakat Kristian yang mendesak untuk menggunakan istilah "ALLAH" kononnya dalam bahasa Melayu, mengemukakan hujah yang berubah-ubah, sekejap melayang ke bahasa Arab, sekejap yang lain pula terbang ke bahasa Ibrani. Andai dengan hujah tersebut masyarakat Kristian berniat menggolongkan bahasa Melayu itu dalam kategori yang sama dengan bahasa Jahiliyyah Arab dan Ibrani yang bercanggah dengan perutusan Nabi Muhammad, maka itu adalah satu penghinaan yang amat besar kepada kedudukan bahasa dan roh Melayu.

Sebaliknya, umat Islam dari pelbagai kaum mengemukakan hujah yang sama konsisten: "ALLAH" adalah secara ekslusif nama khas yang dipilih oleh ALLAH sendiri. Sesiapa yang berhasrat menggunakan istilah tersebut dengan sewenang-wenangnya sebagai perkataan umum tidak dapat tidak adalah sengaja menjolok sensitiviti orang-orang Islam.

Biang-Bibit Kolonialis

Hakikatnya, kemelut yang membadai ini dimulakan oleh Penjajah yang menyebarkan Kristian dari zaman kolonial. Penjajah yang melakukan pembunuhan besar-besaran terhadap umat Melayu, dan memeras kekayaan alamnya hampir setengah abad, dalam masa yang sama menyebarkan ajaran Kristian dengan menyalah-gunakan istilah "ALLAH". Istilah yang jernih ertinya telah mereka keruhkan dengan tuba maknawi, dengan maksud untuk menangguk kesempatan.

Bermula dengan terjemahan Matius yang dicetak di Belanda dalam tahun 1629 oleh seorang Protestan, Albert Ruyl, diikuti dengan banyak lagi misionaris penjajah yang lain, kolonialis Kristian telah menyeludupkan makna "ALLAH".

Iaitu, penyeludupan makna yang bertentangan dengan penggunaan mantap 500 tahun sebelumnya di Alam Melayu sebagai nama yang khas milik Tuhan Yang secara mutlak Maha Esa. Niat para penterjemah ternyata jelas "bagi tujuan penginjilan [penyebaran Kristian] dalam bahasa bukan Eropah".

Di Malaysia, keputusan mengekalkan nama ALLAH khabarnya diputuskan oleh Ketua-Ketua Gereja 25 tahun yang lalu dalam mesyuarat pada tahun 1985 (tajaan Pertubuhan Alkitab Malaysia), iaitu sebelum Alkitab versi pertama Melayu Malaysia dikeluarkan dalam tahun 1987. Malang sekali mereka gagal untuk membuka lembaran baru, dan mengembalikan hak istilah "ALLAH" kepada maknanya yang murni, sebelum ia dirompak dan dirosakkan oleh tangan berdarah para Penjajah.

Benih yang ditanam oleh para kolonialis, sekarang telah tumbuh sebagai pokok yang bobrok (shajarah khabithah), yang mengancam keharmonian Negara. Seperti peribaratan dalam surah Ibrahim (14), ayat 27, "akarnya terbongkar tanpa sebarang tapak yang teguh". Iaitu, asal-usul istilah "ALLAH" yang sebegitu penting kononnya didakwa dari bahasa Ibrani melompat ke bahasa Arab, lantas meloncat sebegitu jauh ke bahasa Melayu, tetapi tidak pula dari bahasa Ibrani ke bahasa-bahasa yang lain seperti Belanda atau yang turut Kristian gunakan di Malaysia seperti Inggeris, Cina dan Tamil!
Kenapa warisan kolonial yang tidak betul perlu diteruskan? Mentaliti terjajah perlu ditinggalkan, kerana sebagai rakyat Malaysia kita sudah merdeka. Sepertimana tanah-air kita telah diserahkan kembali, begitulah juga pengertian "ALLAH" yang merupakan ibu segala istilah itu seharusnya dibebaskan dari belenggu makna yang dipaksakan oleh orang asing.

Masyarakat Islam dan Kristian Malaysia boleh sama-sama berikhtiyar untuk membuang yang keruh dan mengambil yang jernih. Bagai menarik rambut dari tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak; persaudaraan seMalaysia jangan putus, keserasian kaum jangan retak.

Sinar di Hujung Terowong?

Sebenarnya, masyarakat Kristian tidakpun benar-benar perlu untuk menggunakan istilah "ALLAH". Terjemahan Bible versi Melayu Malaysia (the Bible Society of Malaysia: 2001) telahpun melangkah setapak ke hadapan, dengan mengubah beberapa terjemahan god tanpa perlu menggunakan istilah "ALLAH".

Sekadar beberapa contoh, mereka telah merobah "berdiri dalam sidang ilahi" kepada "mengetuai sidang di syurga", "di antara para ALLAH" kepada "di hadapan makhluk-makhluk syurga", dan " segala ALLAH bangsa-bangsa adalah berhala" kepada "dewa-dewa bangsa lain hanya patung berhala." Pokoknya di sini, istilah "ALLAH" boleh diubah oleh masyarakat Kristian kepada istilah yang lain yang lebih wajar dengan pandangan alam mereka.

Oleh kerana masyarakat Kristian sememangnya mengandaikan bahawa nama dan istilah itu hanyalah ciptaan manusia yang boleh dirobah selaras dengan keperluan semasa, tentulah sekarangpun mereka berkemampuan untuk mengubah penggunaan istilah "ALLAH" yang telah menyalakan kontroversi itu.

Sementelahan pula, dalam bahasa Melayu memang terdapat perkataan-perkataan umum lain yang lebih wajar untuk menterjemah faham Triniti atau Tiga-bersatu. Contohnya, istilah Ilah/ilah dan Ilahi/ilahi serta Ke-Ilahian, atau sebagainya yang lain, yang tentunya boleh difikirkan dengan kreatif.

Jadi, punca kepada masalah ini adalah sekaligus merupakan kunci untuk menyelesaikannya: iaitu pegangan asasi oleh masyarakat Kristian, bahawa sesuatu istilah boleh diguna atau ditolak bergantung kepada kemahuan sendiri.

Andai masyarakat Kristian, atas semangat muhibbah, bersetuju dengan cadangan tersebut, maka dijangkakan keresahan masyarakat Islam pelbagai kaum pun akan reda juga. Mengambil-kira masalah ini turut melibatkan warisan penjajah, tentulah puak Kristian Malaysia boleh diberi tempoh yang munasabah, untuk secara secepat yang boleh tetapi beransur-ansur tidak lagi menyalah-gunakan istilah "ALLAH" dalam sebarang sebaran dan penerbitan.

Pada hakikatnya, tiada siapa pun yang berhak menyalah-gunakan istilah bahasa, apatah lagi kalimah ALLAH. Sebarang alihbahasa yang merosakkan aturan perkataan (sintaksis) dan melanggar nahu akan membawa pengertian yang salah dan mengelirukan kerukunan antara agama.

Sekiranya "Belief in God", iaitu salah satu Rukun Negara diterjemah sebagai "Kepercayaan kepada ALLAH" tentulah kacau masyarakat majmuk kita yang mempunyai pelbagai ragam kepercayaan.

Kalau "church" atau "temple" boleh dipanggil sebagai "baytAllah" atau "masjid" tentulah kalut masyarakat Malaysia yang berbilang rumah peribadatan ini. Kalau "priest" pula boleh digelar sewenang-wenangnya sebagai "imam", maka kita risau dan rakyat akan kacau yang mana satu topekong yang mana satu mufti.

Kristian Berpecah-Belah

Sebenarnya orang Kristian sendiri pun tidak bersatu dan berpecah-belah dalam penggunaan istilah "ALLAH" ini, sama ada di Eropah, di negara-negara Arab, ataupun di Indonesia.

Walaupun kolonialis dan misionaris Belanda yang memulakan salah-guna istilah ALLAH di alam Melayu, satu kaji-selidik masyarakat Kristian Belanda di pertengahan 2007 mendapati 92% daripada lebih 4,000 responden tidak bersetuju menggunakan "ALLAH" sebagai nama Tuhan (God) Kristian.

Ada responden yang menjawab, kalau God orang Kristian boleh dipanggil ALLAH, maka Gereja pun boleh dipanggil Masjid; sedangkan tiap-tiap satunya-ALLAH, God, Masjid, Gereja-ada identiti dan makna tersendiri. Justeru seorang paderi Katolik di Rom, Father Jonathan Morris, menegaskan bahawa ia perlu ditolak kerana ini adalah isu teologi dan bukan isu toleransi. Pertubuhan terbesar Katolik Belanda membantah cadangan tersebut dan menyatakan bahawa hanya orang-orang Katolik yang bengong sahaja ("addlepated Catholics") yang akan melakukan perbuatan yang dianggap cuba mengampu agama lain ini. Apakah Pope Benedict XVI setuju Kristian Katolik memanggil Tuhan menggunakan nama "ALLAH"?

Apabila Dr Labib Mikhail, seorang ahli polemik Kristian Arab sendiri ditanya, "is ALLAH of the Muslims the God of Christians?" Beliau menjawab : I would say it can't be that way...If we compare between the God of the Christians, and ALLAH of the Muslims and of the Qur'an, we will see a lot of differences...in the attributes...in the commandment...in the plan of salvation...the godhead."

Di Indonesia, ramai orang Kristian sendiri mengakui bahawa meminjam istilah ALLAH untuk terjemahan God, dan memaksakan memberinya makna baru yang berbeda dari nama khas, adalah kekacauan bahasa yang sangat-sangat membingungkan mereka.

Rujuk, contohnya, tulisan-tulisan seorang Kristian Indonesia, Petrus Wijayanto "ALLAH hanya milik Islam"; "Nama ALLAH yang diperdebatkan"; "Siapa yang Anda Sembah" dan sebagainya.

Dalam sepuluh tahun terakhir ini juga Indonesia rancak dengan gerakan kelompok Kristian yang ingin menggunakan nama Yahweh dan bukan ALLAH, hingga menerbitkan empat versi lain terjemahan Bible.

Khabarnya terdapat sekitar 200 Gereja dan sangat ramai tokoh Kristian di Indonesia yang tidak mau lagi menggunakan istilah ALLAH kerana mereka sendiri berasa keliru.

Kesimpulan

Kesilapan yang ada di pihak Kristian sememangnya boleh diperbetulkan secara yang sangat muhibbah meskipun bukan dalam tempoh sehari-dua. Lebih cepat ini diakui, lebih pantas kita boleh menyusun langkah wajar yang seterusnya.

Sementara itu, hala-tuju umat Islam cuma ada satu. Iaitu, ke arah penggunaan nama "ALLAH" yang khas hanya milik Tuhan Yang secara mutlak Maha Esa. Istilah "ALLAH" tidak boleh digunakan untuk ramai atau banyak perkara; ia menafikan Triniti. Ini mandat yang diamanahkan daripada Kalam-Nya.

Daftar Rujukan (terpilih)

1. Al-Qur'an al-Karim.

2. Tafsir al-Baydawi, terj. ‘Abd al-Ra'uf Singkel.

3. Rahmah min al-Rahman fi Tafsir wa Isharat al-Qur'an, peny. Mahmud Mahmud al-Ghurab, 4 jil. (Damsyik: Matba‘ah Nadr, 1410/1989), 1: 19, 109.

4. Ibn al-‘Arabi, Ijaz al-Bayan fi al-Tarjamah ‘an al-Qur'an (Damsyik: Matba‘ah Nadr, 1410/1989), 21.

5. Al-Khalil b. Ahmad al-Farahidi (m. 175 A.H.), Tartib Kitab al-‘Ayn, eds. Mahdi al-Makhzumi and Ibrahim al-Samara'i, semakan As‘ad al-Tayyib (t.t.: Intisharat Aswah, 1414), 1: 98.

6. Murtada al-Zabidi (m. 1205/1790), Taj al-‘Arus min Jawahir al-Qamus, 10 jil., cetak-ulang. Kaherah ed. 1306-07 (Beirut: Dar Sadir, s. 1980), 9: 375. Ed. baru 40 jil. peny. Dahi ‘Abd al-Baqi, semakan ‘Abd al-Latif Muhammad al-Khatib (Kuwait: al-Majlis al-Watani li 'l-Thaqafah wa 'l-Funun wa 'l-Adab, 2001/1422), 36: 321-322.

7. Al-Tahanawi, Kashshaf Istilahat al-Funun, dengan catatan penjelasan Ahmad Hasan Basaj, 4 jil. (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1418/1998), 1: 138-139.

8. Al-Fayruzabadi, al-Qamus al-Muhit, 2 jil. (Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-‘Arabi, 1997), 2: 1631.

9. Dr Syed Ali Tawfik al-Attas, "Kemelut Pemikiran Agama," Mingguan Malaysia, 6 Januari 2008.

10. Md. Asham Ahmad, "Kalimah ALLAH: Antara Nama dan Hakikat." Kertas-Kerja Muzakarah Pakar Terjemahan God sebagai ALLAH: Punca Permasalahan dan Penyelesaiannya, 21 Januari 2010.

11. Saint Thomas Aquinas, The Summa Theologica. I Q31 Art. 2.

12. Alkitab Terjemahan Baru, 1974. Cetakan ke-65, 2006.

13. Alkitab Berita Baik, 2001.

14. Daud Soesilo, "Terjemahan Alkitab Melayu dan Indonesia: Dulu dan Sekarang".
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Wed Jan 27, 2010 5:58 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

Isu Kalimah ALLAH - pandangan Ustaz Md Asham Ahmad dlm youtube...

http://www.youtube.com/watch?v=mIaVUfu1gFI

http://www.youtube.com/watch?v=o5sAMyKBd50

http://www.youtube.com/watch?v=4klmJ0KQ6Ss

http://www.youtube.com/watch?v=aabhooSiuas

http://www.youtube.com/watch?v=vTqAInG8b2E

wassalam.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Wed Jan 27, 2010 8:36 pm    Post subject: Reply with quote

Salam,

Hairan sunggu hamba melihat org yg tidak faham isu Kalimah ALLAH ini. Ketidakfahaman ini semakin berleluasa apabila PAS (Parti Islam) dan PKR (yg dipimpin oleh org Islam) lebih menganggap isu ini sbg isu politik. Sastera lebih penting drp aqidah, penulisan org bukan Islam ttg Islam lebih penting drp aqidah Islam. Kalau org bukan Islam nak pakai kalimah ALLAH, senang saja, masuk Islam, belajar, fahami dan hayati kalimah yg mulia ini ....

http://www.malaysiakini.com/columns/122136

'ALLAH' dalam sastera cetusan bukan Islam
Jimadie Shah Othman
Jan 17, 10
5:28pm

Adakah kita bimbang kalimah ALLAH tidak disebut secara benar? Atau kita bimbang ia disebut secara salah?

Reaksi umat Islam ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember lalu yang membenarkan penggunaan nama ALLAH dalam mingguan Katholik Herald merupakan kebimbangan jenis kedua.

Dan kebimbangan tokoh-tokoh seperti bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan anggota majlis syura PAS Ahmad Awang, kebimbangan jenis yang pertama.

Pengalaman sastera Malaysia selepas pascapenjajahan - atau secara nakal boleh disebut "era Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)" - memperlihatkan perkembangan menarik yang mungkin boleh dijadikan iktibar terhadap polemik terbaru kalimah ALLAH di negara ini.

Selepas merdeka, walaupun tidak ramai, tetapi masih terdapat penulis bukan Islam yang menulis karya-karya berunsur Islam, termasuk menggunakan kalimah ALLAH dalam tulisan mereka.

Nama-nama seperti Raja Rajeswati Seetha Raman, Joseph Selvam dan Lim Swee Tim pada suatu masa juga terlibat mewarnai perkembangan sastera berunsur Islam di Malaysia.

Penulis Uthaya Shankar SB pernah menulis karya bernada Islam, mengisahkan kemelut mualaf yang ingin memeluk Islam dan konsep janji menurut Islam.

Selain mendapat tempat di pelbagai penerbitan, karya-karya pernulis bukan Islam ini turut dimuatkan dalam penerbitan Islam seperti majalah Al Islam, Nur dan Dewan Agama dan Falsafah (tidak lagi beroperasi).

Sementara puisi-puisi yang melafazkan kecintaan kepada tuhan seperti buah tangan penyair Kristian Lebanon, Khalil Gibran pula kadangkala diletakkan sebaris dengan puisi-puisi sufi nukilan Hamzah Fansuri, Amir Hamzah dan Muhammad Iqbal.

Namun, mampukah kecurigaan umat Islam menghambat mereka daripada memperkatakan tentang tuhan sekalian alam, memperkatakannya secara benar? Jawapannya, ya.

"Semasa saya menulis, saya anggap diri saya sebagai seorang penulis Islam. Saya fokus seratus peratus. Niat saya ikhlas.

"Tetapi selepas jadi macam ini (polemik penggunaan kalimah ALLAH), mungkin saya tidak akan tulis lagi," kata seorang penulis beragama Hindu yang menulis karya-karya berunsur Islam.

Menurut seorang pengkaji sastera Islam, penulis Cina kelahiran Kelantan, Lim Swee Tim - yang pernah menulis sajak-sajak berunsur Islam pada permulaan penglibatannya dalam dunia sastera sekitar tahun 1970-an - juga telah beralih arah kepada tema-tema lain seperti kemanusiaan.

Walaupun karya-karya tersebut barangkali tidak selari dengan format sastera Islam ala DBP - yang berpaksikan pandangan Sasterawan Negara Shahnon Ahmad - penulis terkenal Faisal Tehrani berpendapat, karya-karya tersebut diterima kerana ia "sangat sederhana dan tidak melibatkan upacara keagamaan."

Pengamat sastera Salleh Rahamad pula berpandangan, perkara tersebut tidak pernah menjadi isu kerana kumpulan terbabit tidak pernah menyifatkan ajaran Islam atau mencemari kesempurnaan sifat-sifat ALLAH.

Tambahnya, tidak pernah misalnya ada penulis yang menyifatkan ALLAH seperti penganut Kristian percaya kepada konsep ketuhanan secara ajaran tritunggal.

Dalam dunia seni budaya, saya percaya, hampir keseluruhan anggotanya tidak melihat penglibatan penulis bukan Islam sebagai ancaman terhadap keharmonian Islam.

Tetapi ramai penulis dan sasterawan yang mungkin berpendirian sebaliknya selepas muncul kontroversi luar biasa kes Herald mencabar larangan Kementerian Dalam Negeri. Mereka dihurung kebimbangan yang sama.

Tetapi bagaimana jika kebimbangan dan kecurigaan kita itu barangkali menyebabkan nama ALLAH tidak lagi disebut - disebut secara benar?

Sekurang-kurangnya, seorang penulis terkenal beragama Hindu - yang menulis sajak secara 'lebih Islam daripada orang Islam' - sudah menzahirkan keengganannya terus berkarya kepada saya.

Siapakah yang akan menanggung dosa ini?
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Thu Jan 28, 2010 7:11 pm    Post subject: Reply with quote

Salam,

Hamba sebenarnya bersetuju ia agenda pihak Kristian untuk 'menguji' umat Islam di Malaysia dan mengelirukan aqidah umat Islam di Malaysia. Anda tidak percaya, 'rujuklah pada ALLAH', jangan dok buat bising2 macam, pertahankan pendirian ulamak2 itu dan ini, dan macam2 hujah sedangkan anda mengaku Tuhan anda ALLAH, kenapa tidak mahu 'dirujuk kepada-NYA dengan sejelas2nya'.... Cadangan2 ulamak2 PAS, MAZA dll ttg garis panduan contohnya tidak praktikal kerana org bukan Islam tidak akan faham/kenal ttg 'ALLAH' sbgmana org Islam. Bagaimana mungkin org bukan Islam hendak menggunakan kalimah 'ALLAH' dgn betul jika 'ALLAH' yg mereka fahami tidak betul/salah disisi Islam. Apatah lagi sesama umat Islam pun, kefahaman ttg ALLAH ada perbezaan antara ASWJ dan Wahabi.

Malang sedikit sbhgn penyokong PAS mengatakan JAKIM bertindak atas kepentingan politik UMNO dlm isu ini sedangkan JAKIM yg banyak mengkaji dan menghalusi ini. Dan semua hujah/dalil ulamak2 PAS/MAZA telah dijawab oleh JAKIM dan pensyarah2 usuludin/aqidah dr pelbagai universiti, kenapa ulamak2 PAS/MAZA tidak menjawab balik. Anda boleh cari ulasan/hujah2 ini di Youtube. Hamba bukanlah penyokong 100% JAKIM, tetapi umumnya mereka benar dlm isu kalimah ALLAH ini, sebab itu perlu disokong.


http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/51140-muslim-overseers-blame-christians-for-ALLAH-row

Muslim overseers blame Christians for ‘ALLAH’ row
By Syed Jaymal Zahiid

The Metro Tabernacle church was firebombed and partially gutted. — file pic
PUTRAJAYA, Jan 28 — Islamic academics and administrators have blamed Christians for provoking Muslim anger by challenging the ban on their use of the word “ALLAH”.

Politicians, particularly those from Umno/Barisan Nasional (BN) were also blamed for failing to defend Islam against perceived threats.

Panellists at a forum organised for civil servants here by the Islamic Development Department (Jakim) suggested that the Barisan Nasional (BN) government was lax in defending Islam, after the High Court ruling allowing a Catholic weekly to use “ALLAH” in its Bahasa Malaysia section.

Zamihan Mat Zin from the Institut Latihan Islam Malaysia blasted politicians for being vocal only on Malay rights but doing little for Islam.

“Some politicians are ever so vocal when it comes to defending Malay rights but when it comes to their religion, they are quiet. What is the use of defending Malay rights if our religion is not protected?” he told about 800 civil servants at a special forum here today.

Zamihan said deliberate attempts were being made to degrade Islam, citing as an example the Catholic Church’s legal challenge against the ban imposed on the Herald weekly for using “ALLAH” to describe the Christian God.

“Extremism can be found in any religion and this challenge is definitely one of them,” he said and stressed that references in Islam that “ALLAH” was exclusive to the Muslims are pervasive.

Mohd Aizam Masod, an officer from Jakim’s research department, said the argument that Arab Christians and Jews also used the word “ALLAH” had no domestic merits given that Malaysia is not an Arabic speaking nation.

“For Christians, this is just a question of translation but for us Muslims, the term ALLAH is integral to our akidah (faith),” he said, arguing that the usage of “ALLAH” by non-Muslims can and does confuse Muslims.

“Imagine if Jesus Christ, which under the Unitarian concept is considered as God to the Christians, be called ‘ALLAH’, wouldn’t it be confusing? ALLAH is by definition a description of a singular Muslim God, but non-Muslims usage will pluralise it,” he said.

Deputy chief of Syariah Research Department of the Attorney-General’s office, Mahamad Nasir Disa, who spoke on the issue from a legal perspective, agreed with his fellow panellists that the issue was an act of provocation by Christians.

“Often the argument given by them is that to deny the usage is to deny their rights to practise their religion but our argument is that the word ‘ALLAH’ is not an integral part of their religion as compared to us.

“If that is the case, then we can talk about rights. If not, don’t talk about rights,” he said.

Mahamad, too, agreed that there is “a lack of real leadership” in dealing with the matter, saying that the government had the power to prevent non-Muslims from using “ALLAH”.

He said that preventing non-Muslims from using the word “ALLAH” would ease ethnic tensions.

Yesterday, four boar heads were found at two mosques, the latest in a series of attacks and acts of vandalism on places of worship, including arson attempts on churches, following the “ALLAH” ruling.

In his remarks, Mohd Aizam also used alleged “historical facts” to say that Christians had tried to convert Muslims in the region since the colonial days by translating their bibles into local languages.

But Zamihan went as far as suggesting that a repeat of the May 13 racial riots was possible if the Christians, which to him practised extremism in the matter, did not back down.

“Who knows, there might be a Feb 13?” said Zamihan.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Fri Jan 29, 2010 5:10 am    Post subject: Reply with quote

Salam,


http://darmawihamdani.blogspot.com/

Soalan:

Kenapa mahu marah-marah Kristian pakai kalimah ALLAH? Kenapa perlu berebut? Yang penting kita tahu ALLAH itu siapa sudahlah.

Jawapan:

Isu ‘ALLAH’ ini bukan isu perebutan nama. Ia adalah isu akidah, isu falsafah, isu maqasid di sebalik nama itu.

Kita tidak marah kalau Kristian mahu menisbahkan ALLAH kepada Tuhan yg sebenar. Tiada masalah. Tapi kita tidak setuju kalau dikatakan ALLAH itu adalah Roh Kudus dan Jesus atau sebaliknya atas sebab Trinity yang mereka pegang. Bukankah di dalam Bible menyebut “Aku dan ‘Bapa’ adalah satu”?

Soalan:

Tetapi musyrikin Makkah dan Arab pada zaman Nabi pun pakai nama ALLAH. Bapa Nabi pun bernama Abdullah. Apa masalahnya?

Jawapan:

Memang musyrikin Arab memakai kalimah ‘ALLAH’ bila mereka merujuk kepada Tuhan. Betul. Tapi menjadikan alasan itu bagi menghalalkan penggunaan ‘ALLAH oleh Kristian Trinity adalah tidak kena. Kerana musyrikin zaman itu memahami ‘ALLAH’ itu sebagai Tuhan yang sebenar. Mereka tidak menisbahkan ‘ALLAH’ itu sebagai Latta dan Uzza dan berhala-berhala yang mereka sembah. Sebab itu mereka digelar ‘musyrikin’.

Soalan:

Tapi ALLAH ada sebut “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “ALLAH”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (al-Ankabut:63).

Kan kita disuruh mengucap Alhamdulillah bila non-muslim mengaku ALLAH itu Tuhan. Jadi, kenapa anda hendak halang?

Jawapan:

Sebab itulah pentingnya sebelum mengambil apa-apa dalil mesti kita faham asbabun nuzul dan tujuan ayat itu turun. Sama seperti ayat ‘La ikraha fiddin’. Ia ditujukan kepada mereka yang memaksa bukan Islam masuk Islam bukan sebaliknya. Sebab itu adanya golongan Islam Liberal yang menggunakan ayat ini secara umum bagi menghalalkan murtad.

Hakikatnya ayat ini ditujukan kepada Musyrikin Arab yang berada di sekitar Nabi saat itu. Bukan kepada seluruh ‘bukan Islam’. Sebab itulah Islam tidak membantah. Sebab itu jugalah Nabi disuruh mengucapkan syukur. Sebab musyrikin itu masih kenal dan tahu siapa ALLAH yang sebenar walaupun disyirikkan dengan menyembah berhala.

Maka bersyukurnya Nabi pada hal itu adalah benar.

Bukannya untuk Kristian yang mengatakan ALLAH dan Jesus itu adalah satu. Yang mengatakan ALLAH itu Jesus dan Jesus itu ALLAH. Yang mengatakan Jesus itu diri ALLAH yang boleh disentuh, didengar, diam bersama, dirasa etc.

Munasabahkah kita bersyukur apabila Kristian mengatakan ALLAH Jesus yg menurunkan hujan dari langit? Maka kesyukuran kita itu adalah pada hal yg batil.

Soalan:

Tapi bukankah ALLAH ada sebut: (maksudnya) “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya ALLAH ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73).

Jadi yang penting konsep. Bukan nama. Setuju?

Jawapan:

Ayat ini secara jelas membantah penggunaan kalimah ‘ALLAH’ untuk dinisbahkan kepada Jesus dan Roh Kudus. Inilah yang mereka mahu buat pada hari ini. Ini yang kita bangun membantah. Inilah isu yang mendasarinya. Ini bukan soal istilah saja.

Kalau mereka menisbahkan ALLAH itu kepada Tuhan yang sebenar dan bukan kepada yang lain seperti yg dibuat musyrikin pada zaman nabi, kita pun tak mahu nak halang. Qulilhamdulillah!

Soalan:

Bukankah Quran mengakui bahawa adanya tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama ALLAH banyak-banyak dalam Surah al-Hajj ayat 40. Jadi apa masalahnya kalau gereja Katolik mahu menggunakan nama ALLAH? Mereka berhak.

Jawapan:

Memanggil ‘nama ALLAH’ dan ‘ALLAH’ adalah 2 hal yg berbeza. Tolong bezakan.

Sudah berzaman penganut agama Tauhid memanggil Tuhan yang sebenar dengan bahasa mereka atau bahasa kitab mereka. Bani Israel mungkin memanggilnya Eloh, orang Nusantara mungkin memanggil-Nya Dewata Mulia Raya, orang Parsi mungkin memanggil-Nya Ahura Mazda. Dan bila mereka sebut nama-nama itu, memang mereka merujuk kepada Tuhan yang sebenar iaitu ALLAH

Sama apabila kita menyebut Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Malik, maka kita merujuk kepada ALLAH, Tuhan yang sebenar. Bukan kepada yang lain.

Jadi andaikata mereka mahu meminta hak sekalipun, yang mereka boleh minta adalah kalimah yang ada dalam kitab mereka. Eloh, Elohim, Yahweh. Bukan ‘ALLAH’.

Soalan:

Tetapi bukankah Kristian Arab juga memakai kalimah ‘ALLAH’ di dalam Bible mereka? Tidak pula kerajaan Arab menghalang.

Jawapan:

Kebanyakan Kristian Arab yang memakai kalimah ‘ALLAH’ dalam terjemahan Bible (dipanggil Kitabul Muqaddas) adalah Kristian Unitarian. Yang percaya ALLAH itu Esa. Katolik Malaysia Unitarian kah? Tentulah tidak. Mereka adalah Kristian Trinitirian. Kristian Trinitirian mengkafirkan Kristian Unitarian

Soalan:

Tetapi Kristian Indonesia juga memakai kalimah ‘ALLAH’ di dalam Bible. Bukankah mereka Trinitirian juga? Dan Indonesia masih lagi kekal sebagai negara Islam terbesar di dunia. Tidak ada masalahpun. Kita ni mahu ditertawakan Indonesiakah?

Jawapan:

Tahukah anda disebabkan liberalnya agama di Indonesia maka ada premis pada hari Jumaat menjadi masjid, pada hari Sabtu menjadi kuil dan pada hari Ahad pula bertukar menjadi gereja?

Mahu Masjid Putrajaya menjadi Gereja St Thomas pada hari Ahad? Mungkin tidak hari ini. Tapi 50 tahun lagi?

Soalan:

Kita mesti menjaga akidah dengan ilmu. Maka didiklah generasi muda kita. Mesti mereka tak akan salah faham kalau Kristian gunakan ‘ALLAH’ sekalipun. Tak perlu larang pun.

Jawapan:

Ini bukan masalah keliru sahaja. Ia juga masalah falsafah dan maqasid yang ada disebalik kalimah ALLAH. Syariat Islam turun dan memurnikan kalimah ‘ALLAH’ itu selama 1400 tahun. Hari ni awak sanggup membiarkan kalimah itu tercemar?

Dakwah dan mendidik satu hal. Preventif satu hal. Dua-dua kena ada. Tuhan tak suruh Iqra’ sahaja. Tuhan suruh laksana Hudud Qisas juga. Tuhan suruh “Az-zaniyatu waz-zaani fadzlidu kulla wahidim-minhuma miata jaldah”. Ini apa? Preventiflah.

Jika tak perlu preventif, rombaklah Kanun jenayah negara. Berikan pendidikan saja, nescaya rasuah, mencuri, rompak, rogol tidak akan berlaku.Berani jamin?

Soalan:

Bukankah dengan penggunaan kalimah ‘ALLAH’ akan menyebabkan mereka akan lebih memahami Islam dan kita boleh mengambil peluang ini untuk berdakwah kepada mereka? Malah mungkin mereka juga akan terkeliru dengan konsep Triniti sebab ‘anak ALLAH adalah ALLAH”. Ini kelebihan kepada umat Islam!

Jawapan:

Bagaimana untuk mereka lebih memahami Islam dengan cara begitu? Mereka bukannya baca kalimah ‘ALLAH’. Sebab kalimah itu cuma ada dalam Bible bahasa Melayu atau akhbar Herald bahasa Melayu. Mereka baca dalam Bible berbahasa Inggeris. Yang ada cuma ‘God’. Jadi, untuk siapa Bible Melayu ini ditujukan?

Kalau mahu ditujukan kepada Kristian Malaysia Timur, kaum Iban dan Kadazan contohnya, maka gunalah bahasa mereka. Kalau mahu standard di dalam bahasa Melayu, maka gunalah ‘Tuhan’. Itukan bahasa Melayu? Kalimah ‘ALLAH’ bukan berasal dari bahasa Melayu, apatah lagi Iban atau Kadazan atau Murut.

Jika anda boleh mengatakan Kristian akan terkeliru maka kenapa anda tidak mengatakan orang Islam juga boleh terkeliru? Maka tak perlulah pakai. Dua-dua tidak akan terkeliru. Akidah orang Kristian terjaga, akidah orang Islam pun terjaga. Cari penyakit buat apa?
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
arnabun
Ahli
Ahli


Joined: 16 Dec 2004
Posts: 100

PostPosted: Fri Jan 29, 2010 8:44 pm    Post subject: Reply with quote

saya di seberang tambak turut rasa kesal dan sedih dengan keputusan mahkamah. implikasinya amat mendukacitakan.... tapi lebih malang anak cucu kita nanti yang terpaksa berdepan dengan serangan2 halus puak pelampau ni untuk mengelirukan dan menghancurkan Islam secara berperingkat...
Back to top
View user's profile Send private message
Kowloon
Ahli Setia
Ahli Setia


Joined: 31 May 2004
Posts: 1259
Location: position indeterminate

PostPosted: Sat Jan 30, 2010 12:30 am    Post subject: Reply with quote

arnabun wrote:
saya di seberang tambak turut rasa kesal dan sedih dengan keputusan mahkamah. implikasinya amat mendukacitakan.... tapi lebih malang anak cucu kita nanti yang terpaksa berdepan dengan serangan2 halus puak pelampau ni untuk mengelirukan dan menghancurkan Islam secara berperingkat...


apa yang hendak dikesalkan ?

seperti yang tertukil pada post-post yang terdahulu di atas, kaum kristian telah merancang selama 25 tahun untuk menciplakkan nama ALLAH. tapi tak seorang ulama politik, menteri, ahli dewan perundangan pihak pembangkang ambil kisah. masa Islam belum tercabar; semasa ketuanan Melayu belum tergoris itu lah masa terbaik untuk mencantas rancangan jahat mereka. It is a lost opportunity.

tapi semuanya dalam ilmu ALLAH

lebih baik berwaspada terhadap ulama politik dan ulama TV
_________________
Siapa salah?
salah siapa?
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Sun Jan 31, 2010 7:40 pm    Post subject: Reply with quote

Salam,

Mahukah kita terjadi apa yg diboldkan itu???

http://zul4kulim.blogspot.com/

ALLAH HU AHAD

Muqaddimah

“Dan mereka (Kristian & Yahudi) berkata Tuhan Yang Maha Pemurah Mempunyai anak. Sesungguhnya mereka telah mendatangkan sesuatu yang sangat mungkar. Hampir-hampir langit pecah kerana ucapan itu, dan bumi terbelah, dan gunung ganang runtuh, kerana mereka mendakwa ALLAH Yang Maha Pemurah mempunyai anak. Dan tidak layak bagi ALLAH Tuhan Yang Maha Pemurah mempunyai anak”. (Surah Maryam:88-92)

Begitulah serius amaran ALLAH kepada manusia yang mendakwa ALLAH mempunyai anak. Dan kita tidak lupa peristiwa tsunami yang berlaku pada hari Krismas 25 Disember 2004, apabila bumi didasar lautan terbelah, dan ombak menggunung sehingga ratusan ribu nyawa terkorban; dihari mereka merayakan perayaan memperingati kelahiran Jesus yang didakwa anak ALLAH.

Bagi pihak Kristian dan penyokong mereka, ini isu istilah, bagi kita ianya adalah isu aqidah. Bagi mereka ini persoalan bahasa, bagi kita ianya isu agama. Bagi mereka ini perbezaan terminologi, bagi kita ianya perkara tauhid.

Apakah kita tidak menyedari bahawa bila pihak Kristian tersebut mahu menggunakan nama ALLAH, mereka menyebutnya dalam bentuk ALLAH itu triniti: Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Roh Suci! Ini adalah fahaman syirik lagi kufur dari sudut aqidah Islam. Semua 25 Rasul dan 124,000 Nabi dihantar kepada manusia hanya dengan satu mesej yang jelas - sembahlah ALLAH yang Satu.

Sudah lama menggunakan nama ALLAH!

Mereka mendakwa kononnya mereka telah menggunakan nama ALLAH sebagai ganti nama God ratusan tahun. Maka mereka berhak menggunakannya sekarang. Semasa Nabi Muhammad di utus sebagai Rasul, nama ALLAH sudahpun digunakan. Nabi bukan pencipta nama ALLAH, sebaliknya ianya sudah ujud sejak azali lagi.

Maka Nabi Muhammad menyeru manusia supaya marilah menyembah ALLAH. Maka Yahudi menyatakan memang kami bertuhankan ALLAH, tetapi Ia punya anak bernama ‘Uzair. Kristian pula berkata, memang kami mempertuhankan ALLAH, tetapi ALLAH punya anak ‘Isa Al Masih (Jesus). Musyrikin Makkah juga berkata memang tuhan mereka ALLAH, tetapi punya sekutu Latta & ‘Uzza.

Maka mereka bertanya kepada Nabi, siapa ALLAH yang engkau seru kami menyembahnya. Nabi tidak menjawab berdasarkan aqal, tetapi ALLAH menjawabnya dengan berfirman “Qul..huwallah hu Ahad”. Tegaskan bahawa yang dikata ALLAH itu Satu.

Kita tidak pernah mendengar dalam sirah Nabawi bahawa Nabi membenarkan ALLAH dipersekutu dan disyirikkan. Sebagaimana Saidina Ja’afar ibni Abi Tolib Attayar menegaskan semasa berdepan dengan Maharaja Najasyi, Raja Habsyah yang beragama Kristian dalam peristiwa hijrah pertama. Walaupun sahabat Nabi datang untuk meminta perlindungan dan bantuan Maharaja Najasyi ini, tetapi bila berdepan dengan persoalan aqidah, bila ditanya oleh Maharaja Najasyi apakah kamu tidak mempercayai Al Masih (Jesus) itu anak ALLAH, Saidina Ja’afar tegas membaca Surah Maryam, dan menyatakan bahawa ‘Isa Al Masih adalah Nabi utusan ALLAH, bukannya anak ALLAH!

Tugas dan tanggungjawab kita umat Islam apabila mendengar bahawa ada segelintir manusia telah menyalahguna nama ALLAH dalam bentuk syirik dan kufur bukan dengan mendorong, menyokong atau meredhai mereka terus mensyirik dan mengkufurkan ALLAH, tetapi perbetulkan kembali aqidah mereka dengan dakwah; sebagaimana yang dibuat oleh Rasulullah saw dan para sahabat Baginda. Dan itulah risalah semua para Rasul dan Nabi, iaitu menyerus manusia kepada menyembah ALLAH yang Satu!

ALLAH bukan milik ekslusif umat Islam

Ada dikalangan mereka mendakwa nama ALLAH bukan milik ekslusif umat Islam, tetapi milik semua manusia kerana ALLAH itu robbul ‘alamin - Tuhan seluruh ‘alam. Maka semua orang berhak menggunakan nama ALLAH.

Saya menegaskan bahawa tiada siapa boleh menuntut hak dan pemilikan nama ALLAH. Kerana nama ALLAH ada pemiliknya, iaitu ALLAH sendiri. Dia yang memiliki nama itu, dan Dia menamakan diriNya dengan nama ALLAH. Dan sebagai pemilik nama itu, Dia telah memberi penegasan apa maksud nama ALLAH saperti yang disebut didalam Surah Al Ikhlas, “Katakan bahawa ALLAH itu Satu, kepadaNyalah bergantung segala sesuatu, Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan, Dia tidak setaraf dengan sesiapa pun”.

Maknanya ALLAH telah pun menjelaskan apa maksud nama ALLAH. Dan itu hak Dia kerana Dia pemilik nama itu. Siapa kita untuk menyatakan tidak, apatah lagi mengubah makna nama itu kepada selain daripada ALLAH Yang Satu!

ALLAH dalam bentuk rububiyah dan uluhiyah

Mereka juga mendakwa ALLAH yang membenarkan kafir menggunakan nama ALLAH. Mereka rujuk kepada surah Al Ankabut: 63 dan surah Az Zukhruf : 67, dimana ALLAH berfriman kepada Nabi, “kalau kamu bertanya keda kafir-kafir itu siapa yang mencipta mereka, siapa yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, maka nescaya mereka menjawab ALLAH”. Berdasarkan ayat-ayat ini, mereka mendakwa ALLAH beri kebenaran untuk mereka menggunakan nama ALLAH.

Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, seorang penganut agama Budha pernah berkata semasa ditanya komen beliau mengapa tanah di Genting boleh runtuh, mendiang Tan Sri menyatakan, “ini Tuhan ALLAH punya kerja!”. Kalau kita tanya mendiang Tan Sri, apakah maksud ALLAH itu tuhan Budhanya, sudah tentu dia akan menjawab bukan, itu Tuhan ALLAH lebih besar daripada patung Budha. Dia mengaku Tuhan lebih besar dari Budha yang berkuasa meruntuhkan tanah di Genting, tetapi dia tetap menyembah Budha.

Pengakuan oleh kafir bahawa ALLAH Maha Pencipta, Maha Peruntuh, Maha Penumbuh, Yang menghidupkan, Yang membinasakan, Yang mematikan dan lain-lain disebut sebagai pengakuan ALLAH dalam bentu rububiyah, iaitu ALLAH dalam bentuk sifat. Tetapi dalam bentuk uluhiyyah, dalam bentuk I’tiqad, kafir-kafir ini masih menyembah berhala, patung dan lain-lain. Itulah maksud ayat tersebut, bukan bermaksud mereka boleh menggunakan nama ALLAH sebagai Tuhan mereka.
Sebab itu kita tidak ambil kisah apabila Tan Sri Lim Goh Tong menggunakan perkataan ALLAH, kerana beliau menggunakannya dalam bentuk rububiyah. Sebab itu kita juga tidak berasa terseinggung apabila kaum punjabi juga menggunakan nama ALLAH, kerana mereka juga menggunakannya dalam bentuk rububiyah. Kalau kaum kristian ini menggunakan nama ALLAH dalam bentuk rububiyah, mengakui bahawa ALLAH Maha Pencipta, Maha Mendengar, Maha Melihat, Yang Menumbuhkan, Yang Meruntuhkan, Yang Menghidupkan, Yang Mematikan dan banyak lagi sifat ALLAH, sudah tentu kita Muslim tidak marah. Tetapi apabila mereka mahu menggunakannya dalam bentuk uluhiyyah, dalam bentuk i'tiqad, bahawa ALLAH punya anak, ALLAH punya sekutu, maka itu menyentuh aqidah kita dan kita akan tentang habis-habisan!! Kita tidak akan berkompromi walau seinci!!

Kristian ‘arab pun mengguna nama ALLAH

Golongan penyokong Kristian ini mendakwa orang Kristian ‘arab pun menggunakan nama ALLAH sebagai nama Tuhan. Saya menegaskan bahawa dalam bahasa ‘arab, memang mereka hanya tahu perkataan Tuhan itu adalah ALLAH. Tidak ada ganti lain bagi perkataan God melainkan ALLAH. Ini kerana memang sejak Nabi Adam hinggalah ke zaman Nabi Muhammad, masyarakat ‘arab hanya tahu nama ALLAH sebagai Tuhan.

Malahan kaum Yahudi dan Kristian memang asal agama mereka pun mempertuhankan ALLAH yang Satu. Itu yang mereka faham. Malahan ada dikalangan Kristian ‘arab yang koptik (orthodox) sehingga kini tidak mengakui ‘Isa anak ALLAH, bagi mereka ‘Isa adalah Nabi. Cuma mereka berbeza dengan Islam kerana menolak kenabian Rasulullah saw.

Tidak semestinya orang ‘arab Kristian menggunakannya maka kristian di Malaysia juga boleh menggunakannya. Dari segi prinsip ‘uruf al balad, pemahaman perkataan itu adalah berbeza menurut masyarakat yang menggunakannya. Contohnya kalau kita ke Jakarta, kita akan dengar orang disana menggunakan perkataan “Buluh kasap” – “Saya membutuhkan bapak!”. Bagi kita orang Melayu disini sudah tentu terkejut, kerana itu perkataan carut bagi kita; tetapi bagi masyarakat sana, perkataan itu bermakna “saya memerlukan bapak”.

Maka tidak bermakna perkataan itu telah digunakan beribu tahun oleh bangsa Indonesia, maka kita disini pun mahu menggunakannya dalam bentuk yang sama. Cuba kita berjumpa seseorang di pasar borong Selayang, dan berkata ‘kakak, saya membutuhkan engkau”; saya pasti pelempang akan naik ke muka kita. Kerana ‘uruf al balad, kefahaman masyarakat setempat bagi perkataan itu berbeza bagi Indonesia dan Malaysia.

Begitulah nama ALLAH, bagi masyarakat ‘arab ianya dari segi istilah bahasa membawa makna tuhan, tetapi bagi kita di Malaysia ia membawa makna Tuhan yang khusus, Tuhan yang Satu yang kita sembah.

Satu agenda halus

Kekadang kalau kita membaca ruangan obituari dalam akhbar (Koran) di Indonesia, akan tercatat disitu “kita mengucapkan takziah atas pemergian Almarhum Paulus yang kembali ke rahmat ALLAH, moga beliau diberi keampunan dan dimasukkan ke dalam syurga. Majlis selawat untuk almarhum akan diadakan di rumah ALLAH Jalan Surabaya jam delapan malam”.

Masalahnya Almarhum Paulus itu adalah kristian!!

Kalau ditanya gadis-gadis Melayu di Indonesia, apa mereka tidak rasa janggal berpacaran dengan jejaka Kristian, mereka akan menjawab, ‘apa-apaan dong, si Paulus itu kan tuhannya ALLAH, dia juga mau masuk surga macam saya, apa bezanya dong!!”. Maka kita tidak kehairanan melihat suaminya kristian, isterinya Islam, dan anaknya hindu. Masyarakat yang sudah cacamerba, habis dirojakkan.

Apakah pernah kita bertanya satu soalan yang sangat asas, tanyalah kepada kristian disini yang beriya-iya mahu mengguna nama ALLAH sebagai nama tuhan mereka, apakah sebenarnya tuhan kamu. Bukankah kepercayaan kamu adalah kepada Jesus, tuhan yang menjelmakan dirinya dalam bentuk anaknya dengan tiupan roh suci. Mengapa nama tuhan kamu Jesus dalam bahasa Inggeris dan lain-lain, tetapi untuk bahasa Melayu, tulisan versi Melayu, dihadapan orang melayu, nama tuhan kamu tiba-tiba bertukar menjadi ALLAH! Tidakkah ini suatu kepelikan?

Sedangkan Reverend Albert Mohler, seorang paderi kanan kristian di Amerika, menolak cadangan oleh Paderi Tiny Muskin dari Belanda yang mencadangkan supaya nama ALLAH diguna sebagai gantinama tuhan. Dan cadangan Paderi Tiny Muskin menerima bantahan besar-besaran oleh masyrakat Euro-Amerika. Tetapi mengapa di Malaysia ini kristian berkeras mahu mengguna nama ALLAH sebagai gantinama tuhan? Sudah tentu ada udang dibalik batu, ada agenda halus yang sedang disusun. Mereka berjaya melakukannya di Indonesia, mereka sedang cuba melakukannya di Malaysia.

Apakah nanti suatu hari mereka akan menuntut, atas nama hak asasi kemanusiaan, supaya Surah Al Ikhlas tidak lagi dibaca, kerana mngguris perasaan kaum kristian yang mempercayai tuhan ada anak, sedangkan surah itu menegaskan Tuah itu Satu!!

Fitnah keimanan yang melanda

Rasulullah saw pernah bersabda, “bersegeralah kamu pada melakukan ‘amalan soleh, kerana akan suatu masa nanti kamu akan didatangi suatu fitnah keimanan, fitnah yang datang saperti kepingan malam, kamu ntidak akan nampak kedatangannya”.

Apakah fitnah itu ya Rasulullah, tanya para sahabat. “Kamu Islam waktu pagi, kamu kafir waktu petang, kamu Islam waktu petang, kamu kafir waktu pagi!”.

Inilah fitnah yang sedang melanda umat Islam hari ini. Didalam masjid, kerana dia berjanggut serban, kerana dia selalu bertakbir kuat, maka dia manjadi imam. Lalu dibacanya surah Al Ikhlas, “Katakanlah ALLAH itu Satu, kepadaNya bergantung segala sesuatu, Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan, Dia tidak setaraf dengan sesiapa pun”.

Namun orang yang sama, sebaik sahaja keluar daripada masjid, berdiri diatas pentas politik, dia petah berpidato, “saudara-saudara, adalah hak rakan Kristian kita untuk menggunakan nama ALLAH, sebagai Tuhan Bapak, Tuhan yang punya Anak, dan Tuhan yang bersekutu dengan Roh Suci. Kita sepatutnya menyokong dan mendokong tuntutan rakan Kristian kita ini, kita wajib memperjuangkan hak perlembagaan mereka! Takbir..takbir..takbir!!”.

Didalam masjid ALLAH itu Satu, diatas pentas politik ALLAH itu punya anak punya sekutu. Mengapa ada dikalangan kita sanggup menjadi ular lidah bercabang dua?

Para sahabat bertanya, “ya Rasulullah, bagaimana mungkin boleh jadi fitnah keimanan sebegitu dahsyat kepada umat islam?”. Jawab Rasulullah, ‘hubbud dunnya, wakarohyatul maut!”. Mereka terlalu sayangkan dunia, mereka takut mati!

Inilah yang terjadi kepada umat Islam hari ini. Mereka terlalu sayangkan jawatan, cintakan kedudukan, gilakan habuan, mereka mengejar ayat-kerusi, bukan Ayatul Kursi (Al Baqarah: 255), tetapi kerusi empuk Yang Berhormat, kerusi empok Ahli Parlimen, kerusi empuk ADUN, kerusi empuk kekuasaan, kemakmuran, kekayaan dan kedudukan. Dan mereka takut sangat kedudukan, jawatan dan habuan itu mati, mereka takut kalah di peti undi. Mereka menjadi penyembah demokrasi, mereka nyahkan keagungan Ilahi.

Semoga ALLAH memberikan kita petunjuk dan hidayahNya, dan memelihara keimanan kita, dan memberikan kita kekuatan dan istiqomah untuk berjuang mempertahankan risalah tauhid yang suci ini, insyallah.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Tue Feb 02, 2010 5:04 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

dipetik dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Isu kalimah ALLAH banyak hikmah

OLEH SITI AINIZA KAMSARI
GAMBAR ABDUL NAZIR MOHAMED



Hadirin mengikuti Wacana Pendidikan Fatwa 'Penggunaan Lafaz ALLAH'
di Putrajaya baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------------------



MUNGKIN jenaka ini tidak sekadar jenaka kerana di sebalik yang tersirat ada yang besar tersurat. Andai mantan Presiden Amerika Syarikat atau lebih tepat yang sering berlagak seperti Ketua Polis Dunia, George W. Bush mengunjungi negara ini, sebagai tuan rumah yang menghormati tetamu,

tentu sekali kita tetap memanggilnya sebagai Mr. Bush.

Tidak mungkin kita akan memanggilnya sebagai 'Mr. Semak' hanya semata-mata kerana semangat 'menterjemah'!

Begitu juga apabila di pertemuan lain, tetamu tersebut bernama Mr. Black, tidak mungkin kita memanggilnya 'Mr. Hitam' walaupun kulitnya putih melepak!

Begitulah antara lelucon Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohammad Sheikh Abdul Aziz yang menarik perhatian hampir 1,200 hadirin di Wacana Pendidikan Fatwa 'Penggunaan Lafaz ALLAH' di Jakim, Putrajaya baru-baru ini.

Tetapi apa yang ingin beliau cuba sampaikan ialah kiasan di sebalik polemik penggunaan lafaz ALLAH yang kononnya bukan hak Islam untuk mendominasikan penggunaan lafaz yang mulia itu. Malah ia mesti dikongsi dengan agama lain terutamanya Kristian.

"Kalau sekadar menuntut supaya perkataan God itu hendak diterjemahkan ke bahasa Melayu, jawapannya tentulah 'tuhan' bukannya 'ALLAH'.

"ALLAH itu merupakan satu nama khas, dari aspek bahasa, bolehkah Nama-nama Khas itu boleh diterjemah untuk dijadikan Nama Am? Jadi apa rasionalnya di sebalik tuntutan yang seperti ini," soal beliau.

Namun sebagaimana di akhir ucapan beliau, bahawa isu yang begitu mewarnai di akhir dekad tahun 2000 ini tidak dinafikan membawa banyak hikmah terutama kepada umat Islam di negara ini.

Iaitu kita semua terpanggil kepada satu perjuangan untuk memperjelaskan konsep tauhid kepada yang bukan Islam bagi mengembalikan keharmonian di negara ini.

Hadirin yang terdiri dari pelbagai latar belakang terutamanya kakitangan kerajaan dan termasuk juga kakitangan swasta, wakil-wakil pelajar dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemudiannya menumpukan perhatian kepada empat pembentangan kertas kerja berhubung isu berkenaan.

Ini sebagai antara usaha Jakim memberi penerangan yang tepat dari sudut agama Islam dan undang-undang negara. Matlamatnya, para peserta diharap dapat berkongsi maklumat dengan pelbagai pihak lain.

Seorang pendakwah bebas yang juga penulis buku agama, Dr. Zulkifli Mohammad al Bakri tanpa banyak menoleh ke belakang tegas berhujah bahawa kalimah ALLAH hanya untuk orang Islam berdasarkan pelbagai dalil yang autentik.

Ia bersumberkan wahyu ALLAH terutama surah al-Ikhlas yang memberikan satu tafsiran jelas bahawa ALLAH itu ahad berbanding wahid, iaitu perkataan yang lebih menafsirkan keesaan ALLAH yang tiada tandingannya di alam ini berbanding sekadar ALLAH itu tuhan yang satu.

"Dengan makna yang jelas bahawa ALLAH itu tidak boleh dijamakkan dengan yang lain iaitu tidak sekadar satu nama yang khusus atau khas.

"Dalam lafaz kalimah syahadah bahawa terdapat penafian (nafi al jins) iaitu segala 'jenis' tuhan yang lain adalah dinafikan (kewujudan) kecuali ALLAH sahaja yang berhak untuk disembah dan tidak boleh disekutukan dengan yang lain," tegasnya.

Hujah beliau disokong kuat oleh Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin yang juga 'menuntut' umat Islam bersatu dalam menangani isu yang diarus perdanakan ini.

Ini supaya isu kalimah ALLAH tidak membuka jalan kepada mana-mana pihak merendah-rendahkan martabat kalimah yang menjadi hak eksklusif umat Islam itu.

"Isu tuntutan kalimah ini tidak boleh dipandang sebagai satu 'cubaan' seperti yang kita lihat dalam filem Pendekar Bujang Lapuk!" katanya.

Menurut Zamihan, umat Islam tidak boleh membiarkan kalimah ALLAH 'diculik', dibawa 'lari', hanya lalu di hadapan mata dan kita terus khayal dengan perkara-perkara dunia yang lain.

"Ini kerana fitnah yang membabitkan soal tauhid dan akidah ini amat besar kesannya terhadap keutuhan ajaran, institusi dan masyarakat Islam itu sendiri," tegasnya.

Beliau yang menyampaikan kertas kerja 'Penyelewengan Tauhid dan Kalimah ALLAH' berkata, jika hendak menterjemahkan perkataan God kepada 'ALLAH' sedangkan kamus Dewan Bahasa sendiri memberi makna bahawa ALLAH itu bermaksud Tuhan Yang Satu, sedangkan sifat Esa ini tidak menjadi oknum atau dogma ajaran Kristian.

Persoalan penterjemahan ini kemudiannya dijelaskan dengan lebih menarik oleh Pegawai Cawangan Akidah Bahagian Penyelidikan Jakim, Mohd. Aizam Masod.

Beliau menyampaikan kertas kerja 'Implikasi Penggunaan Kalimah ALLAH Oleh bukan Islam Terhadap Pemikiran Umat Islam di Malaysia'.

Katanya, walaupun tidak melibatkan soal teologi, tuntutan tujuan penterjemahan God kepada 'ALLAH' ini mempunyai risiko dan implikasi yang sangat besar terhadap keharmonian dan perpaduan di negara ini.

"Ini bukan soal kebebasan beragama semata-mata tetapi yang jelas sejak isu ini berbangkit, negara sudah tidak harmoni lagi," katanya.

Menurut Aizam, apabila ada pihak melihat kalimah ALLAH itu sebahagian dari Bahasa Melayu yang dahulunya diserap dari bahasa Arab namun ini tidak bermakna atas nama semangat Bahasa Kebangsaan ia boleh diguna pakai oleh agama-agama lain selain Islam, yang ada di negara ini.

"Oleh kerana ALLAH adalah istilah yang telah diserap ke dalam Bahasa Melayu maka ia hendaklah difahami mengikut bangsa Melayu yang berasaskan agama Islam.

"Kelak implikasi terhadap Bahasa Melayu itu sendiri sangat besar apabila ALLAH dijadikan terjemahan kepada 'God' seperti yang dituntut," katanya.

Contoh yang beliau maksudkan membabitkan ayat seperti berikut: God presides in heavenly council; in the assembly of the gods he gives his decisions. (PSALM, 82.1)

Kalau diterjemahkan akan jadi: "ALLAH mengetuai dalam majlis syurgawi; dalam sidang ilahi, ALLAH ia menghakimi".

Maka akan jadilah ALLAH itu hanya satu istilah umum, tanpa ada sebarang keistimewaannya lagi. Contoh yang paling ketara juga boleh dilihat dalam ayat-ayat yang berikut:

For all the gods of the people are idols: but the Lord made the heavens. (1Chronicles 16:26)

Maksudnya: "Sebab segala ALLAH bangsa-bangsa adalah berhala, tetapi Tuhanlah yang menjadikan syurga.

"Tuhan adalah ALLAH yang besar…mengatasi segala ALLAH". (Mazmur 95.3)

"Akulah Tuhan, Allahmu…jangan ada padamu ALLAH lain di hadapanKu". (Keluaran 20.2-3)

"…Yesus Kristus, iaitu ALLAH Maha Besar dan Raja Penyelamat kita". (Titus 2:13)

"…sebab dalam Dialah (iaitu Kristus) berdiam secara jasmaniah seluruh kepenuhan ke-Allahan". (Collosians 2:9)

Kata Aizam, lambat laun, kita terpaksa mengubah maksud ALLAH dalam kamus-kamus yang ada kerana kejayaan tuntutan dari pihak Kristian ini akan mempunyai kesan terhadap apa juga aspek, undang-undang adalah yang lebih teruk lagi.

"Dari aspek Kamus, daripada makna ALLAH itu Tuhan Yang Maha Esa akibat tuntutan maka terpaksa ditukar kepada Tuhan Yesus Kristus atau Tuhan Berhala atau tuhan Bapa mahupun juga Tiga Tuhan Bersatu (Triniti).

"Tidakkah ini mencelarukan Bahasa Melayu dan agama Islam itu sendiri kerana kalimah ALLAH itu diberi satu makna secara terbuka, iaitu kononnya terjemahan kepada perkataan 'tuhan' untuk apa juga jenis tuhan sebelum ini.

"Maka sudah tidak ada eksklusifnya lagi kalimah ALLAH sebagaimana yang difahami sebelum ini oleh seluruh umat manusia sama ada mereka Islam atau pun tidak kerana ALLAH itu menjadi satu 'ketuhanan' yang melangkaui sekelian agama," katanya.

Kebimbangan yang sama turut diluahkan oleh Peguam Kanan Persekutuan Jabatan Peguam Negara, Mahammad Naser Disa ketika membentangkan kertas kerja 'Penggunaan Lafaz ALLAH dari Aspek Perundangan'.

Menurut beliau, pada asasnya isu tuntutan kalimah ALLAH oleh pihak Kristian ini perlu dilihat pada skop yang luas.

"Ini kerana isu ini sebenarnya melibatkan soal Perlembagaan Negara seperti yang tertakluk kepada Rukun Negara, iaitu Keluhuran Perlembagaan.

"Iaitu dalam Perkara 3, Agama bagi Persekutuan (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan. Ini bermakna negara tidak sahaja mempunyai satu sahaja nama sebagai identiti utama tetapi turut mempunyai agama, iaitu satu agama yang paling utama, iaitu Islam," katanya.

Dengan kata lain, semua pihak yang mengecam dan melemparkan pelbagai tuduhan berhubung isu ini perlu menyedari bahawa agama bagi negara Malaysia adalah Islam.

"Kita tidak menyebut kedudukan Islam itu adalah agama rasmi semata-mata, sebab kita tidak ada istilah ada agama yang rasmi dan tidak rasmi di negara ini.

"Malah tidak timbul juga apabila Islam tidak disebut sebagai agama rasmi maka ia bermakna negara ini adalah negara yang mendukung fahaman sekular, memisahkan agama dalam apa juga urusan dalam kehidupan.

"Kita tidak akan jumpa pun sebarang perkataan sekular dalam Perlembagaan itu kerana kita mempunyai istilah perundangan yang lebih kuat iaitu, Agama Persekutuan," jelas beliau.

Islam sebagai agama Persekutuan adalah sebahagian manifestasi daripada Kontrak Sosial yang dicapai dan dipersetujui bersama sebelum ini.

"Jika ada pihak menjadikan faktor sejarah kononnya sebagai dalil bahawa ALLAH itu adalah tuhan kepada semua agama langit atau samawi, bagaimana dengan kontrak sosial yang sekian lama menjadi asas pembinaan jambatan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini," tegas Mahammad Naser.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
JebatRebel
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 15 Oct 2001
Posts: 460
Location: KAJANG

PostPosted: Wed Feb 03, 2010 8:36 pm    Post subject: soklan sakit hati...dan jawapan maut Reply with quote

Kalimah ALLAH

Soalan: Kenapa mahu marah-marah Kristian pakai kalimah ALLAH? Kenapa perlu berebut? Yang penting kita tahu ALLAH itu siapa sudahlah.

Jawapan: Isu ‘ALLAH’ ini bukan isu perebutan nama. Ia adalah isu akidah, isu falsafah, isu maqasid di sebalik nama itu.Kita tidak marah kalau Kristian mahu menisbahkan ALLAH kepada Tuhan yg sebenar. Tiada masalah. Tapi kita tidak setuju kalau dikatakan ALLAH itu adalah Roh Kudus dan Jesus atau sebaliknya atas sebab Trinity yang mereka pegang. Bukankah di dalam Bible menyebut “Aku dan ‘Bapa’ adalah satu”?

Soalan: Tetapi musyrikin Makkah dan Arab pada zaman Nabi pun pakai nama ALLAH. Bapa Nabi pun bernama Abdullah. Apa masalahnya?

Jawapan: Memang musyrikin Arab memakai kalimah ‘ALLAH’ bila mereka merujuk kepada Tuhan. Betul. Tapi menjadikan alasan itu bagi menghalalkan penggunaan ‘ALLAH oleh Kristian Trinity adalah tidak kena. Kerana musyrikin zaman itu memahami ‘ALLAH’ itu sebagai Tuhan yang sebenar. Mereka tidak menisbahkan ‘ALLAH’ itu sebagai Latta dan Uzza dan berhala-berhala yang mereka sembah. Sebab itu mereka digelar ‘musyrikin’.

Soalan: Tapi ALLAH ada sebut “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “ALLAH”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (al-Ankabut: 63).Kan kita disuruh mengucap Alhamdulillah bila non-muslim mengaku ALLAH itu Tuhan. Jadi, kenapa anda hendak halang?

Jawapan: Sebab itulah pentingnya sebelum mengambil apa-apa dalil mesti kita faham asbabun nuzul dan tujuan ayat itu turun. Sama seperti ayat ‘La ikraha fiddin’. Ia ditujukan kepada mereka yang memaksa bukan Islam masuk Islam bukan sebaliknya. Sebab itu adanya golongan Islam Liberal yang menggunakan ayat ini secara umum bagi menghalalkan murtad.Hakikatnya ayat ini ditujukan kepada Musyrikin Arab yang berada di sekitar Nabi saat itu. Bukan kepada seluruh ‘bukan Islam’. Sebab itulah Islam tidak membantah. Sebab itu jugalah Nabi disuruh mengucapkan syukur. Sebab musyrikin itu masih kenal dan tahu siapa ALLAH yang sebenar walaupun disyirikkan dengan menyembah berhala.Maka bersyukurnya Nabi pada hal itu adalah benar.Bukannya untuk Kristian yang mengatakan ALLAH dan Jesus itu adalah satu. Yang mengatakan ALLAH itu Jesus dan Jesus itu ALLAH. Yang mengatakan Jesus itu diri ALLAH yang boleh disentuh, didengar, diam bersama, dirasa etc.Munasabahkah kita bersyukur apabila Kristian mengatakan ALLAH Jesus yg menurunkan hujan dari langit? Maka kesyukuran kita itu adalah pada hal yg batil.

Soalan: Tapi bukankah ALLAH ada sebut: (maksudnya) “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya ALLAH ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73).Jadi yang penting konsep. Bukan nama. Setuju?

Jawapan: Ayat ini secara jelas membantah penggunaan kalimah ‘ALLAH’ untuk dinisbahkan kepada Jesus dan Roh Kudus. Inilah yang mereka mahu buat pada hari ini. Ini yang kita bangun membantah. Inilah isu yang mendasarinya. Ini bukan soal istilah saja.Kalau mereka menisbahkan ALLAH itu kepada Tuhan yang sebenar dan bukan kepada yang lain seperti yg dibuat musyrikin pada zaman nabi, kita pun tak mahu nak halang. Qulilhamdulillah!

Soalan: Bukankah Quran mengakui bahawa adanya tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama ALLAH banyak-banyak dalam Surah al-Hajj ayat 40. Jadi apa masalahnya kalau gereja Katolik mahu menggunakan nama ALLAH? Mereka berhak.

Jawapan: Memanggil ‘nama ALLAH’ dan ‘ALLAH’ adalah 2 hal yg berbeza. Tolong bezakan.Sudah berzaman penganut agama Tauhid memanggil Tuhan yang sebenar dengan bahasa mereka atau bahasa kitab mereka. Bani Israel mungkin memanggilnya Eloh, orang Nusantara mungkin memanggil-Nya Dewata Mulia Raya, orang Parsi mungkin memanggil-Nya Ahura Mazda. Dan bila mereka sebut nama-nama itu, memang mereka merujuk kepada Tuhan yang sebenar iaitu AllahSama apabila kita menyebut Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Malik, maka kita merujuk kepada ALLAH, Tuhan yang sebenar. Bukan kepada yang lain.Jadi andaikata mereka mahu meminta hak sekalipun, yang mereka boleh minta adalah kalimah yang ada dalam kitab mereka. Eloh, Elohim, Yahweh. Bukan ‘ALLAH’.Soalan: Tetapi bukankah Kristian Arab juga memakai kalimah ‘ALLAH’ di dalam Bible mereka? Tidak pula kerajaan Arab menghalang.Jawapan: Kebanyakan Kristian Arab yang memakai kalimah ‘ALLAH’ dalam terjemahan Bible (dipanggil Kitabul Muqaddas) adalah Kristian Unitarian. Yang percaya ALLAH itu Esa. Katolik Malaysia Unitarian kah? Tentulah tidak. Mereka adalah Kristian Trinitirian. Kristian Trinitirian mengkafirkan Kristian Unitarian

Soalan: Tetapi Kristian Indonesia juga memakai kalimah ‘ALLAH’ di dalam Bible. Bukankah mereka Trinitirian juga? Dan Indonesia masih lagi kekal sebagai negara Islam terbesar di dunia. Tidak ada masalahpun. Kita ni mahu ditertawakan Indonesiakah?

Jawapan: Tahukah anda disebabkan liberalnya agama di Indonesia maka ada premis pada hari Jumaat menjadi masjid, pada hari Sabtu menjadi kuil dan pada hari Ahad pula bertukar menjadi gereja?Mahu Masjid Putrajaya menjadi Gereja St Thomas pada hari Ahad? Mungkin tidak hari ini. Tapi 50 tahun lagi?
Soalan: Kita mesti menjaga akidah dengan ilmu. Maka didiklah generasi muda kita. Mesti mereka tak akan salah faham kalau Kristian gunakan ‘ALLAH’ sekalipun. Tak perlu larang pun.

Jawapan: Ini bukan masalah keliru sahaja. Ia juga masalah falsafah dan maqasid yang ada disebalik kalimah ALLAH. Syariat Islam turun dan memurnikan kalimah ‘ALLAH’ itu selama 1400 tahun. Hari ni awak sanggup membiarkan kalimah itu tercemar?Dakwah dan mendidik satu hal. Preventif satu hal. Dua-dua kena ada. Tuhan tak suruh Iqra’ sahaja. Tuhan suruh laksana Hudud Qisas juga. Tuhan suruh “Az-zaniyatu waz-zaani fadzlidu kulla wahidim-minhuma miata jaldah”. Ini apa? Preventiflah. Jika tak perlu preventif, rombaklah Kanun jenayah negara. Berikan pendidikan saja, nescaya rasuah, mencuri, rompak, rogol tidak akan berlaku.Berani jamin?

Soalan: Bukankah dengan penggunaan kalimah ‘ALLAH’ akan menyebabkan mereka akan lebih memahami Islam dan kita boleh mengambil peluang ini untuk berdakwah kepada mereka? Malah mungkin mereka juga akan terkeliru dengan konsep Triniti sebab ‘anak ALLAH adalah ALLAH”. Ini kelebihan kepada umat Islam!
Jawapan: Bagaimana untuk mereka lebih memahami Islam dengan cara begitu? Mereka bukannya baca kalimah ‘ALLAH’. Sebab kalimah itu cuma ada dalam Bible bahasa Melayu atau akhbar Herald bahasa Melayu. Mereka baca dalam Bible berbahasa Inggeris. Yang ada cuma ‘God’. Jadi, untuk siapa Bible Melayu ini ditujukan?Kalau mahu ditujukan kepada Kristian Malaysia Timur, kaum Iban dan Kadazan contohnya, maka gunalah bahasa mereka. Kalau mahu standard di dalam bahasa Melayu, maka gunalah ‘Tuhan’. Itukan bahasa Melayu? Kalimah ‘ALLAH’ bukan berasal dari bahasa Melayu, apatah lagi Iban atau Kadazan atau Murut.Jika anda boleh mengatakan Kristian akan terkeliru maka kenapa anda tidak mengatakan orang Islam juga boleh terkeliru? Maka tak perlulah pakai. Dua-dua tidak akan terkeliru. Akidah orang Kristian terjaga, akidah orang Islam pun terjaga. Cari penyakit buat apa?
Back to top
View user's profile Send private message MSN Messenger
zahirah2301
Ahli Setia
Ahli Setia


Joined: 10 Apr 2005
Posts: 1889
Location: Kolumpo

PostPosted: Thu Feb 04, 2010 12:08 pm    Post subject: Reply with quote

Salam... sila rujuk

http://www.cljlaw.com/PUBLIC/EnactmentHlight_B.htm
http://www.cljlaw.com/PUBLIC/EnactmentHlight_J.htm
http://www.cljlaw.com/PUBLIC/EnactmentHlight_A.htm
http://www.cljlaw.com/PUBLIC/EnactmentHlight_C.htm
http://www.cljlaw.com/PUBLIC/EnactmentHlight_M.htm
http://www.cljlaw.com/PUBLIC/EnactmentHlight_T.htm
http://www.cljlaw.com/PUBLIC/EnactmentHlight_D.htm
Back to top
View user's profile Send private message
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Sat Feb 13, 2010 6:58 am    Post subject: Reply with quote

'Atasi segera isu kalimah'


TIMBALAN Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ditemani Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada hari kedua Mesyuarat Ke-220 Majlis Raja-Raja di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam.

Raja-Raja Melayu beri jaminan pertahankan kedaulatan, kesucian Islam sebagai agama rasmi

KUALA LUMPUR: Raja-Raja Melayu memberi jaminan untuk memenuhi tanggungjawab melindungi kesucian dan status agama Islam dan mempertahankan kedaulatan serta kesuciannya Islam sebagai agama rasmi negara tanpa mengetepikan hak dan kebebasan beragama kaum lain.

Raja-Raja Melayu dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-220 selama dua hari di Istana Negara semalam juga menjelaskan isu penggunaan kalimah ALLAH yang dibangkitkan, baru-baru ini perlu ditangani segera bagi memastikan ia tidak menggugat kesucian agama Islam dan berkemungkinan menjejaskan keselamatan serta ketenteraman awam.

Serentak itu, Raja-Raja Melayu mengambil maklum permintaan, surat dan memorandum pelbagai pertubuhan dan individu Islam yang menzahirkan rasa dukacita mereka mengenai penterjemahan perkataan God kepada ALLAH.

Menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semalam, penterjemahan itu banyak menimbulkan kekeliruan dan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia, khususnya yang beragama Islam.

"Isu ini jika tidak ditangani segera akan menggugat kesucian agama Islam dan berkemungkinan menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi negara dan Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam negeri.

"Raja-Raja Melayu bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan dan kesucian agama Islam sebagai agama rasmi negara tanpa mengetepikan hak dan kebebasan beragama kaum lain. Raja-raja Melayu memberi jaminan untuk memenuhi tanggungjawab melindungi kesucian dan status agama Islam," kata kenyataan itu.

Raja-Raja Melayu juga berpandangan sebarang perbuatan yang merosakkan rumah ibadat adalah perbuatan provokatif yang amat membahayakan dan tidak harus dibenarkan berlaku sama sekali.

"Perbuatan khianat yang didorong oleh emosi wajib dihentikan kerana tidak direstui, malah ditegah daripada dilakukan oleh semua agama. Perbuatan itu jenayah yang perlu dibendung secara tegas dan segera," katanya.

Raja-Raja Melayu turut merakamkan penghargaan kepada polis yang bertindak secara profesional bagi mengawal keadaan demi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

Raja-Raja Melayu amat memahami tugas berat yang terpaksa mereka hadapi dan menyeru agar usaha pasukan keselamatan mengawal ketenteraman awam diberikan sokongan sepenuhnya.

Selain itu, Raja-Raja Melayu mengambil maklum isu penggunaan istilah ALLAH oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly sedang di peringkat pertimbangan Mahkamah Rayuan.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ini yang dipengerusikan Sultan Perak Tuanku Azlan Shah turut membincangkan perkara berkaitan agama, pertahanan, keselamatan serta pelantikan hakim Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. - Bernama

Sumber : Berita Harian
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Wed Feb 17, 2010 12:26 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/53337-mp-zul-bantah-syor-enakmen-larangan-guna-kalimah-dikaji-semula

MP Zul bantah syor enakmen larangan guna kalimah dikaji semula
Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Feb 16 — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin tidak bersetuju dengan syor bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang turut berpendapat kerajaan-kerajaan negeri selain Selangor juga wajar mengkaji semula enakmen melarang bukan Islam menggunakan sejumlah perkataan dan ungkapan tertentu.

Zulkifli (gambar) sebelum ini pernah membuat aduan polis terhadap rakan sejawatannya bagi kerusi Shah Alam, Khalid Samad dari PAS, agar disiasat di bawah Akta Hasutan kerana membuat syor yang sama.

“Saya tidak bersetuju, saya membantah secara total bahawa enakmen yang melarang bukan Islam menggunakan sesetengah ungkapan dan perkataan dikaji semula,” kata beliau kepada The Malaysian Insider di sini hari ini.

Walaupun bekas mufti itu pernah mengesyorkan agar disediakan satu garis panduan tentang penggunaan perkataan kalimah “ALLAH”, Zulkifli dari PKR berkata, syor terbaru ini adalah tidak wajar sama sekali.

“Garis panduan tidak perlu. Enakmen-enakmen ini telah diluluskan dengan sah oleh Dewan Undangan Negeri dan diberi perkenan oleh raja-raja Melayu, jadi tidak wajar diminta dikaji semula,” katanya.

Dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider kelmarin, Asri mempertahankan tindakan Khalid sambil berpendapat bahawa kerajaan-kerajaan negeri selain Selangor juga wajar mengkaji semula enakmen melarang bukan Islam menggunakan sejumlah perkataan dan ungkapan tertentu.

Bekas mufti Perlis yang moderat itu berpendapat langkah meminda Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 perlu dilihat dari sudut keperluan dan perkembangan semasa.

“Ya, saya juga rasa cadangan itu perlu dilihat (oleh kesemua 10 kerajaan negeri) dari segi perkembangan semasa... kehendak dahulu dan sekarang yang tidak sama sekali.

“Kalau Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh dikaji, tak akan perkara ini tidak boleh dikaji,” kata beliau sambil menambah, ada banyak perkataan dan ungkapan yang dilarang daripada digunakan oleh bukan Islam dalam konteks seharian.

“Macam mana kita hendak mengembangkan agama kita jika dari awal-awal lagi kita juga menyekat mereka (bukan Islam) daripada menggunakan perkataan-perkataan tertentu.

Oleh itu, kata beliau, kerajaan perlu untuk mengeluarkan garis panduan yang jelas berhubung soal itu.

“Sebagai contoh, perkataan masjid, Rasul tak akan tidak boleh digunakan (oleh bukan Islam) dari konteks yang betul... tak akan kita hendak mengambil tindakan ke atas mereka, hendak menangkap mereka kerana menggunakan perkataan ‘ALLAH’,” katanya.

“Biar kita adakan perbincangan dan buat kajian, mungkin kita akan mendapat kesimpulan untuk menilai semula ataupun mendapat kesimpulan untuk mengekalkan perkataan yang sedia ada,” katanya yang kini menghadapi tuduhan Jais menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah.

Malangnya menurut beliau, syor sedemikian dari awal-awal lagi sudah dibantah tanpa mendengar pandangan pelbagai pihak.

Ekoran membuat aduan polis Zulkifli telah dirujuk kepada lembaga disiplin kerana dikatakan telah membelakangkan semangat Pakatan Rakyat.

Zulkifli berkata beliau telah diberi surat tunjuk sebab pagi tadi untuk menghadap lembaga disiplin sama ada pada 18 atau 23 Feb tetapi tidak akan berbuat demikian kerana perlu menghadiri persidangan antarabangsa di Korea mulai Khamis ini.


Salam,

Inilah masalahnya MAZA, pandai2 sendiri...hamba yakin mana2 kerajaan negeri hatta PAS di Kedah dan Kelantan pun mahukan enakmen ini dan tahu ttg di mana perlunya enakmen ini digunakan dan tidak akan menggunakan enakmen ini dengan semborono.....jadilah spt ulamak dahulukala wahai MAZA, drp berpuluh soalan yg ditanya, yg dijawab sedikit saja dan yg lainnya tidak dijawab/dijawab tidak tahu sedangkan anda 'boleh saja jawab apa2 persoalan'....besar akibatnya pada umat, berat nanti nak berdepan di mahkamah ALLAH Taala...

Malangnya tidak ramai MP yg seberani atau sanggup berjuang spt Zulkifli Nordin dlm memperjuangkan isu kalimah ALLAH ini...Ramai yg dok diam saja, inilah masalahnya apabila kepentingan politik mengatasi kepentingan agama, jumlah undi lebih penting dp aqidah umat Islam..
.

wassalam.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Mon Mar 22, 2010 6:57 pm    Post subject: Reply with quote

Salam,

PAS dah kaji ke baik-buruknya, sedalam-dalamnya sedangkan isu kalimah ALLAH dlm makalah Herald Tribune pun, ulasan Dewan Ulamak PAS dan pemimpin2 PAS tidak seteliti, tidak sehalus Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan dan lain2 ulamak...

Hamba dok terfikir nanti, bila ramai2 org Hindu gi Batu Caves dan panggil dewa yg besaq di depan bukit tu 'ALLAH'...banyak lagi implikasinya......

Hamba tahu ramai ahli BSC ahli/penyokong/simpatisan PAS, tapi bab aqidah bukan isu politik....

Banyak lagi isu yg PAS boleh perjuangkan, terutamanya dlm kerajaan PR yg memerintah 4 negeri tu...

wassalam.



http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/57130-pas-wants-amendments-to-rukunegara-to-include-ALLAH-

PAS wants amendments to Rukunegara to include ‘ALLAH’

By Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, March 22 — PAS wants the Rukunegara to be amended, and to include the use of “ALLAH” instead of “God” following debates over the last few months over “ALLAH” being used by non-Muslims.

PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang told reporters outside Parliament that the government should view the debate on the “ALLAH” issue in a positive light, and make appropriate changes to the Rukunegara to refer to “God” as “ALLAH”, as Christians and non-Muslims also use the word.

“What is wrong with it, it is an achievement in unity following the ‘ALLAH’ issue. We should not only change the Rukunegara, we should make it more proactive, and at the same time work towards unity,” said Hadi.

He affirmed that whatever confusion which may be caused by the usage of the word may be resolved by religious scholars.

“Christians and other religions have realised the glory of the name ‘ALLAH’; Lord, God and other words do not have the same meaning.”

“The government needs to accept things in a positive light in handling the issue,” he said.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
Malas
Ahli Setia
Ahli Setia


Joined: 06 Aug 2002
Posts: 1646

PostPosted: Wed Mar 24, 2010 12:12 pm    Post subject: Reply with quote

Kepercayaan pada ALLAH swt..(jgn lupa swt).
Dan tambahkan lagi..kepercayaan pada Muhammad saw..maklumler, nabi saw pun untuk semua manusia bukan utk org2 melayu dan islam je.
___

Bola lambung ni..nak riuhkan kembali sesuatu yg dah reda..pasal nak redakan sesuatu yg tengah riuh..

strategi brpolitik..
Back to top
View user's profile Send private message
zahirah2301
Ahli Setia
Ahli Setia


Joined: 10 Apr 2005
Posts: 1889
Location: Kolumpo

PostPosted: Fri Apr 09, 2010 4:16 pm    Post subject: Reply with quote

Salam.
Ada kawan forward email.
Cuba tengok perati betul2 logo PDRM & TLDM.
Ada kalimah ALLAH & Muhammad dlm jawi rupanya.
Moga ALLAH ampunkan sesapa anggota polis/tentera laut yg tak perasan kalimah tu kat uniform/topi/talipinggang pi bawak kuar masuk toilet...
ya ALLAH..
kenapa baru sekarang kita nak perasan ?
ya ALLAH..
Back to top
View user's profile Send private message
Malas
Ahli Setia
Ahli Setia


Joined: 06 Aug 2002
Posts: 1646

PostPosted: Fri Apr 09, 2010 6:19 pm    Post subject: Reply with quote

ishh baru perasan ke?

niatnya baik..supaya dalam menjalankan tugas..junjung perintah ALLAH swt ikut cara nabi saw..
..dan ingatkan ALLAH swt..dalam laksanakan undang2 dan menjaga keselamatan...ALLAH swt Maha melihat.
...kabornya ler..

..yg bawa masuk jamban, kelemahan individu, bukannya silap kalimah diletak disitu.
Back to top
View user's profile Send private message
zahirah2301
Ahli Setia
Ahli Setia


Joined: 10 Apr 2005
Posts: 1889
Location: Kolumpo

PostPosted: Fri Apr 09, 2010 10:33 pm    Post subject: Reply with quote

Malas wrote:
ishh baru perasan ke?

niatnya baik..supaya dalam menjalankan tugas..junjung perintah ALLAH swt ikut cara nabi saw..
..dan ingatkan ALLAH swt..dalam laksanakan undang2 dan menjaga keselamatan...ALLAH swt Maha melihat.
...kabornya ler..

..yg bawa masuk jamban, kelemahan individu, bukannya silap kalimah diletak disitu.


bole ke kalimah ALLAH dipakai2, dibasuh2, disidai2 mcm baju biasa?
lagipun bukan semua anggota tentera/polis ialah org Islam yg sepatutnya reti paham menghargai kalimah ALLAH perlu dijaga kesuciannya.
jenuh le kalu dah nak terkencing terberak, terpaksa bukak mana2 pakaian yg ada kalimah ALLAH letak kat luar toilet.. kalu ciritbirit sempat ke ?
niat bole halalkan cara ke ?
Back to top
View user's profile Send private message
zahirah2301
Ahli Setia
Ahli Setia


Joined: 10 Apr 2005
Posts: 1889
Location: Kolumpo

PostPosted: Sun Apr 11, 2010 9:59 am    Post subject: Reply with quote

Bukankah "the powers that be" atau sahabat2 perjuangan mereka atau org2 yg berjuang mati-matian dlm isu kalimah ALLAH seperti yg telah berjela2 di"quote" di atas, perlu juga buat sesuatu atau sekurang2nya bising2 kpd pihak2 yg berkenaan utk mengubah apa yg jelas salah supaya jadi betul lurus. belum terlambat utk ubah apa yg salah walaupun yg salah tu dah bertahun2 diamalkan. kita (atau saya sorang) yg baru perasan akan kesilapan tersebut, tak boleh dgn redha kata "tak boleh ubah sebab dah lama buat." ianya sama spt org islam yg dah biasa berzina atau beli nombor ekor sejak zaman remaja berkata "tak boleh ubah sebab dah lama buat." sesuatu mesti dilakukan dgn segera. takkan tiada sepicing rasa bersalah membiarkan kalimah ALLAH dipakai dibasuh dibawa ke toilet oleh org2 bukan islam/org islam yg lalai yg berkhidmat dlm pasukan berseragam berkenaan? takkan nak kena bawak naik court baru nak bising2 tulis catat dlm blog? takkan bila tak melibatkan kepentingan individu atau parti politik, perkara spt ni disenyapkan ?
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Bicarasufi.com-Portal Pilihan Kita. Forum Index -> Pengumuman, Berita dan Pertanyaan All times are GMT + 8 Hours
Goto page Previous  1, 2, 3, 4  Next
Page 3 of 4

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum



Powered by
phpBB © 2001, 2005 phpBB Group