Bicarasufi.com-Portal Pilihan Kita. Forum Index Bicarasufi.com-Portal Pilihan Kita.
BSc Muzakarah Sufi Terkini::Mulai Online 14 Okt 2001
 
 FAQFAQ   SearchSearch   MemberlistMemberlist   UsergroupsUsergroups   RegisterRegister 
 ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 

BAHAYA FAHAM WAHABI DAN YANG SELARIRAN DENGANNYA

 
Post new topic   Reply to topic    Bicarasufi.com-Portal Pilihan Kita. Forum Index -> Pengumuman, Berita dan Pertanyaan
View previous topic :: View next topic  
Author Message
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Tue Nov 17, 2009 7:57 pm    Post subject: BAHAYA FAHAM WAHABI DAN YANG SELARIRAN DENGANNYA Reply with quote

Assalamu'alaikum warrahmatullahi wabarakatuh,

Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:"Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesunggunya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhmammad SAW!!!"

Atas dasar ini, semoga tuan moderator membenarkan yg seterusnya...

Wassalam.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Tue Nov 17, 2009 8:00 pm    Post subject: Reply with quote

Salam,

Dipetik daripada http://al-ghari.blogspot.com/

SIAPA SEBENARNYA WAHHABIY?


Istilah Wahhabiy begitu sinonim dengan sejarah peradaban Islam. Ia merujuk kepada aliran pemikiran yang dicetuskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang lahir pada tahun 1115H di Wadi Hanifah, daerah Uyainah dalam negeri Najd (kini Riyadh). Ayahnya Abdul Wahhab bin Sulaiman bin Ali bin Musyarraf seorang qadhi dalam mazhab hambali. Sayangnya, MAW tidak menelusuri disiplin ilmu sebagaimana lazimnya.

Buktinya, Imam Ibn Humayd al-Hanbali(mantan Mufti Mazhab Hambali di Makkah) menjelaskan bahawa Muhammad bin Abdul Wahhab (MAW) tidak menguasai disiplin ilmu sebagaimana yang menjadi tradisi alim ulamak dan keluarganya pada waktu itu. Sebaliknya, MAW begitu fanatik dengan fahaman dua ulamak kontroversi dalam mazhab Hanbali iaitu: Syeikh Ibn Taimiyyah al-Harrani dan Syeikh Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Ditambah dengan beberapa pandangan keras Mazhab Hambali dan ijtihadnya sendiri, maka lihirlah fahaman Wahhabiy. Situasi ini menyebabkan ayahnya begitu murka kepada beliau. (Imam Muhammad bin Abdillah bin Ibn Humayd al-Hambali, wafat 1295), t.thn, Maktabah Imam Ahmad, hlm 275)

Perlu diketahui bahawa Muhammad Abdul Wahhab pada mulanya tidak menzahirkan secara terbuka fahamannya itu semasa ayahnya masih hidup kerana dikhuatiri menimbulkan amarah ayahnya. Akan tetapi, setelah kewafatan ayahnya, beliau mula giat menyebarkan fahamannya. Hal ini menyebabkan beberapa tokoh ulamak di zamannya bangkit bersuara dan berfirasat supaya masyarakat berhati-hati dengan dakyah Muhammad Abdul Wahhab. (Ibn Humayd, hlm 275). Walaupun firasat bukan hujjah qat'iyyah. Namun ia cukup dijadikan sandaran dgn Sabda Nabi SAW : "Takutlah kamu firasat dari orang-orang yang beriman (alim-ulamak) kerana dia melihat dengan cahaya dari ALLAH SWT."- riwayat Tirmidzi. Tambahan pula, kisah ini diriwayatkan oleh para alim ulamak muktabar. Dan ia boleh dikategorikan sebagai perawi yang tsiqah.

Malah, setelah kewafatan ayahnya,berlaku penyebaran fahaman Wahhabi yang mendatangkan fitnah kepada masyarakat, abangnya sendiri iaitu Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab telah mengarang dua buah kitab bagi menjelaskan kepincangan fahaman adiknya itu. Iaitu Kitab Fashlu al-Khitab Fi Raddi ala Muhammad Ibn Abdil Wahhab dan Sawa’iq al Ilahiyyah Fi Raddi ala Al-Wahhabiyyah. Dalam penolakan hujjah ilmiyyah ini, abangnya sendiri menjenamakan fahaman pelik adiknya itu dengan fahaman Wahhabiy.

Bagi saya, keterangan kitab ini cukup membuktikan bahawa Syeikh Sulaiman lah antara orang yang TERAWAL menjenamakan fahaman pelik adiknya dengan gelaran "Wahhabiy". Lafaz ini kemudian dipergunakan secara meluas oleh para alim ulamak, sejarahwan (timur & barat) dan awam masyarakat samada secara pro atau kontra. Seterusnya penjenamaan Wahhabiy ini terus digunapakai hingga ke hari ini. Justeru, istilah Wahhabiy sebenarnya telah didefinisikan ulamak dan sejarahwan. Dan ia bukan lagi misteri!. Keterangan ini membuktikan kepada kita bahawa pandangan yang mengatakan ulamak tidak memberi definisi yang jelas terhadap wahhabiy adalah jauh tersasar dari fakta ilmiyyah.

Memandangkan kemunculan fahaman Wahhabiy disanggah para alim ulamak dan rekod hitam yang dimiliki gerakan ini, penjenamaan baru dirasakan perlu bagi menerapkan metodologi Wahhabiy. Jika anda mengkaji sejarah, gerakan ini terlibat dengan rentetan peperangan yang panjang hampir 200 tahun lamanya dengan Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah sebelum mereka menguasai Jazirah Arab. Setelah Makkah dan Madinah dikuasai mereka hasil konspirasi politik dan campurtangan british, mereka mula memperkenalkan diri mereka dengan pelbagai jenama. Antaranya : Salafiy, Salafiyyah, Ikhwan al-Najd dan lain-lain. Fahaman ini kemudiannya dieksport ke serata dunia. Di Malaysia, pada zaman sebelum dan sesudah merdeka, mereka menggelarkan diri mereka dengan fahaman Pan Islamisme, Kaum Muda, Ittiba' al-Sunnah, Ansar al-Sunnah dan lain-lain.

Dan kini, mereka mendakwa mereka adalah golongan Tajdid, al-Sunnah, Protaz, Muslim progresif dan pelbagai istilah yang sedap didengar. Hakikatnya, mereka memperjuangkan metodologi yang sama seperti perjuangan MAW dahulu.Iaitu mengeksploitasi nusus mutsyabihaat, membid'ah dan menyesatkan umat Islam dengan isu furuk, mencetuskan ketegangan masyarakat dan bersifat radikal dalam memahami agama.

Awas! mereka ini akan menggunakan pelbagai sumber dan kekuatan untuk menerapkan fahaman mereka. Malah ramai dari kalangan cerdik pandai tidak memahami status fahaman ini. Sesetengah alim ulamak kita masih diulit mimpi lena tentang isu ini. Sesetengah kita pula hanya tahu mengucapkan perkataan : "..alah, ni soal khilafiyyah." Isu Wahhabiy ni kecil je...Majlis Fatwa memutuskan : Wahhabiy bukan ajaran sesat..tingkap disangka pintu..dan macam-macam lagi kenyataan. Soalnya, kenapa golongan ini suka menyesatkan umat Islam dengan perkara khilaf. Insya ALLAH, saya akan buktikan pada anda semua bahawa isu Wahhabiy bukan sekadar khilafiyyah furu'iyyah. Sebaliknya isu yang berkait rapat dgn soal akidah, syariah, fakta sejarah, akhlak, perpaduan ummah dan keselamatan negara.

Pembaca budiman, anda perlu sedar bahawa terdapat beratus-ratus kitab menjelaskan kekeliruan Wahhabiy. Diantara ulamak terkemuka yang menulis dan menjelaskan tentang Wahhabiy ialah : Imam Ibn ‘Abidin, Imam Ibn Humayd al-Hambali (mantan Mufti Hambali di Makkah), Syeikh Sayyed Ahmad Zaini Dahlan (Mantan Mufti Syafi’iyyah di Makkah), Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab (abang pengasas Wahhabiy), Imam Habib Abdullah Alawi al-Haddad, Syeikh Muhammad hayat al-Sindi, Syeikh Abd Rahman al-Kuzbari, al-Musnid Syeikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi, Syeikh Muhammad Zahid al-Kautsari, Syeikh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari , Syeikh al-Musnid Muhammad Yasin al-Fadani dan ramai lagi.

Antara ulamak besar kontemporari yang menempelak sikap pelampau Wahhabiy ialah : Syeikh Umar Hasyim (mantan Rektor al-Azhar), Syeikh Ali Jumaah (Mufti Mesir- Mufti ini sendiri pernah ditumbuk pelampau Wahhabiy dalam satu masjid selepas beliau mengatakan harus menyambut maulid Nabi SAW) sebahagian besar ulamak al-Azhar al-Syarif, Dr Yusof al-Qardawi (Qatar) Syeikh Yusuf Hasyim al-Rifaie (Kuwait),Syeikh Jamil Halim al-Husaini, Syeikh Ahmad 'Ajour (Lubnan) Syeikh Ahmad Khalili (Mufti Oman), Syeikh Nuh al-Qudah (Mufti Jordan), Syeikh Hassan al-Saqqaf (Jordan) Syeikh Nuh Keller (US) Syeikh Salim Ulwan al-Hasani (AUS), Syeikh Wahbah Mustafa al-Zuhaili, Syeikh Usamah Sayyid (Mesir), Syeikh Mutwalli Sya’rawi (Mesir), Syeikh Mahmud Said Mamduh (UAE),Syeikh Gibril Fuad al-Haddad, Syeikh Ibrahim al-Kattani, Habib Umar al-Hafiz, Habib Anis al-Musawa (Yaman) dan ramai lagi.Di nusantara pula sebahagian besar ulamak yang beraliran tradisi-talaqqi menolak fahaman Wahhabiy.
Antara ulamak nusantara yang mengkritik keras fahaman Wahhabiy ialah :1) Syeikh PaK Da Eil al-Fathani dan sebahagian besar ulamak Fathoni2) Syeikh Abdullah Fahim3) Syeikh Hj Yahya Kupang4) Syeikh Ahmad bin Muhammad Zayn al-Fathoni5) Tok Kenali, Syeikh Abdullah Tahir Bunut Payung,Tok Selehong, Tok Pulau Pisang, Tok Ku Paloh6) Syeikh Abdullah Fahim, Habib Ali al-Jufri, Habib Anis Solo (Indon)7) Syeikh Pak Chu Him Gajah Mati, Tn Guru Hj Lah Lubok Tapah, Tn Guru Hj Hasyim, Pasir Tumboh8) Syeikh Wan Ali Kutan, Syeikh Tengku Mahmud Zuhdi, Syeikh Habib Noh9) Syeikh Alwi binTohir al-Hadd, Kiyai Hj Sirajuddin Abbas, Syeikh Mustafa Suhaimi DLL10) Para Mufti dari Brunei, Singapore, Kemboja, MUI, Mufti Malaysia (kecuali Perlis) semuanya menolak Wahhabiy.

Hakikat ini diketahui semua termasuklah bagi mereka yang bertindak sebagai pendakwah Wahhabiy. Namun, terpulang bagi mereka samada mendustakan hakikat atau terus ingin menggunakan metodologi wahhabiy bagi menyanggah fahaman dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah arus perdana : akidah (Asyairah/maturidiyyah), feqah (mazhab jumhur ulamak) atau tasawwuf (Sufi yang Haq). Atau mereka juga tetap ingin bersikap keras kepala dengan para alim ulamak Sunni di atas.

Semua keterangan ini membuktikan kepada kita bahawa tiada yang misteri dalam fahaman Wahhabiy. Istilah "Misteri" sepatutnya dilabelkan kpd sesiapa yang bersungguh2 memperjuangkan Wahhabiy. Ia merentasi sempadan kaum, masa, tempat dan keadaan. Soalannya, Jika intisari fahaman ini benar, kenapa ada pertentangan dengan mazhab. Jika fahaman ini tidak bermasalah, kenapa para ulamak muktabar mengkritik fahaman ini dengan kritikan yang keras. Kita hairan..dalam negara umat Islam, kenapa golongan ini sanggup menghabiskan duit yang banyak, menggunakan saluran kedutaan dan bermati-matian menyebarkan Wahhabiy di negara ini.

Lebih parah lagi, apabila sebahagian dari mereka yang berfahaman Wahhabiy mempengaruhi orang politik dan kenamaan. Sebahagian pula mengambil tempat strategik dalam jawatan awam. Dalam sesetengah keadaan..mereka bertaqiyyah (menyembunyikan fahaman). Tetapi bila mereka memiliki kekuatan..mereka mula cuba mempengaruhi kita dengan dakyah dan pengaruh politik mereka. Ini satu misteri yang perlu dibongkar. Semoga kita semua sedar akan bahaya fahaman ini. Dan selamatkanlah umat ini dari huru-hara agama.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Tue Nov 17, 2009 8:01 pm    Post subject: Reply with quote

Salam,

Dipetik daripada http://jomfaham.blogspot.com/2009/04/ciri-ciri-ringkas-fahaman-wahhabi.html

Ciri-ciri Ringkas Fahaman Wahhabi
Dimasukkan oleh IbnuNafis Label: Soal Jawab Aqidah

Assalamualaikum Warahmatullah.

PENGENALAN

Fahaman Wahabi ini terlalu kerap ditimbulkan oleh pelbagai pihak samaada dari golongan muda ataupun golongan tua. Sejak sekian lama juga saya sering kali ditanyakan isu-isu berkaitan fahaman Wahabi. Pelbagai persoalan diajukan kepada saya samada melalui Email dan YM ataupun melalui PM di iLuvislam. Di antara mereka ini ada yang meminta saya untuk menyediakan sedikit sebanyak info dan maklumat berkaitan dengan fahaman Wahabi ini. Di samping itu, saya juga tidak terlepas dari menerima kritikan dan cemuhan dari golongan Wahabi setiap kali saya berhujjah dan berbincang dengan mereka.

Di sini saya cuba memberikan beberapa maklumat untuk dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat semua bagi mengenali fahaman Wahabi. Tujuan utama saya menulis dan menyediakan artikel ini bukanlah bertujuan untuk mencari gaduh dengan golongan Wahabi akan tetapi penyediaan artikel ini adalah perbincangan yang sempat ditulis semula. Artikel ini juga saya sediakan secara ringkas dan ia masih memerlukan beberapa penerangan dan penjelasan lebih lanjut lagi. Ini bukanlah suatu tuduhan melulu tanpa periksa namun inilah cerita sebenarnya. Bagi mengukuhkan lagi kepercayaan peribadi, pembaca bolehlah menyemak sendiri kitab-kitab yang telah dikarang oleh para ulama muktabar bagi membincangkan fahaman Wahabi ini.

Antara cara-cara mudah mengenali mereka samada berfahaman Wahabi ataupun tidak ataupun terkena sedikit tempias dari fahaman Wahabi adalah:

Dari Sudut AQIDAH:

01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.

02. Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

03. Kritikal terhadap sisitem pengajian Sifat 20.

04. Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa ALLAH Taala, tangan ALLAH Taala, di mana ALLAH Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mantakwil ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.

05. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab aqidah, seperti tawasul dan istighatsah lantas mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-amalan yang tidak sehaluan dengan mereka. Juga mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui contohnya mambaca salawat syifa dan tafrijiah dll.

06. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan yang mereka tidak persetujui (Khawarij Moden).

07. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama Buddha dan dll.

Dari Sudut FIQH:

01. Kritikal terhadap mazhab-mazhab fiqh dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.

02. Membahagikan manusia kepada tiga golongan iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid dan mencerca golongan muqallid. Bagi mereka hanya menyeru kepada mengikut seorang alim atau imam itu hanyalah dengan dalil walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil tersebut.

03. Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dll.

04. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang pada perbuatan yang mereka tidak setuju. Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjerumuskan pembuatnya ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bidaah akan mereka ulang-ulangi. Menurut fahaman mereka pembahagian ulama lain pada bidaah hanyalah bidaah dari sudut bahasa.

05. Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan para ulama Nusantara.

06. Hanya berpegang kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka dalil yang dijumpai.

Dari Sudut MANHAJ:

01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang.

02. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf yang sebenar.

03. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka yang menentang mereka semuanya lemah atau telah dijawab.

04. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam.

05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-tokoh yang mereka diiktiraf mereka seperti Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin, Soleh Fauzan dll.

06. Mudah mengatakan bahawa ulama terdahulu sebagai silap ataupun sesat dll.

07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi pada urusan aqidah dan fiqh walaupun hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak memahaminya.

08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman mereka lantas menyebabkan perpecahan umat.

09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam.

10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran.

11. Seolah-olah menyamatarafkan hadis dhoif dengan hadis maudhuk lantas mendakwa mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain kritikal terhadap penerimaan riwayat dan taasub dengan penerimaan atau penolakan Nasir al-Albani semata-mata.

12. Membuat khianat ilmiah samada pada penulisan atau pada pantahqiqan kitab-kitab lama terutamanya.

PENUTUP

Hampir keseluruhan artikel ini saya ambil dari kertas kerja yang pernah disediakan dan dibentang sendiri oleh sahabat saya iaitu Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Aljoofre. Cuma beberapa perkara sahaja saya buang dan tambah agar lebih natural untuk dibaca. Semoga penulisan ini menjawab pelbagai persoalan mengenai fahaman Wahabi ini dan ia boleh membawa manfaat kepada umat Islam sejagat. Saya doakan agar semua pihak mendapat hidayah dari ALLAH Taala. Aminnn.

‘Memberi dan Berbakti’

Sekian. Wallahualam.

Penulis : Ustaz Buluh
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Tue Nov 17, 2009 8:02 pm    Post subject: Reply with quote

Salam,

HADIS BERKAITAN WAHABI

Dipetik daripada http://al-ashairah.blogspot.com/search/label/Hadis%20Berkaitan%20Wahhabi

Hadis No. 3: Golongan Yang Mencukur Kepala (al-Tahliq)
Kenapakah para ulama’ begitu menentang golongan Wahhabi?

Jawapannya: Kerana golongan inilah yang banyak dinyatakan di dalam hadis Rasulullah SAW. Kami telah menyatakan dua buah hadis yang berkaitan.

Ini adalah hadis no. 3.

Hadis No. 3: Golongan Yang Mencukur Kepala




Terjemahan:

Daripada Abu Saed al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Akan keluar satu golongan manusia daripada arah Timur (Madinah) dan mereka membaca al-Quran tetapi tidak melebihi pangkal leher mereka. Mereka terpesong/terpancar keluar daripada agama seperti terpancarnya anak panah dari tempat pemanahan kemudian mereka tidak kembali lagi (ke dalam agama) sehingga kembali anak panah ke tempat perlancarannya.

Maka dikatakan: Apakah tanda mereka itu? (Wahai Rasulullah SAW)

Baginda SAW bersabda: “Tanda mereka itu adalah bercukur.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Dalam riwayat Muslim: “Mereka itu keluar ketika manusia berpecah-belah.”

Sedikit Perbincangan

Hadis ini dengan jelas menerangkan sifat golongan yang bakal muncul satu hari nanti. Sifat-sifat mereka ialah:

* Dari arah Timur
* Berslogan dengan al-Quran
* Mereka bercukur
* Keluar ketika manusia (bukan umat Islam sahaja) berpecah-belah


Al-Sheikh Ahmad Zaini Dahlan (Mufti Mazhab Shafie di Mekah) menukilkan di dalam kitabnya al-Durar al-Saniyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah (Mutiara Yang Bersinar Bagi Menolak golongan Wahhabiyyah) (m/s: 53-54):

“al-Sayyid Abdurrahman al-Ahdal, Mufti Zabid (satu kawasan di Yaman berdekatan dengan al-Hudaydah dan Bayt al-Faqih) berkata:

Tidak perlu seseorang itu mengarang kitab untuk menolak (Muhammad) Ibn Abdul Wahhab; bahkan cukuplah untuk menolaknya dengan bersandarkan kepada Sabdaan Rasulullah SAW: (Dan tanda mereka (golongan yang sesat dari arah timur itu) ialah bercukur kepala), kerana al-tahliq (bercukur) ini tidak dilakukan oleh mana-mana ahli bid’ah selain daripada mereka. Dan Ibn Abdul Wahhab itu bahkan memerintahkan orang-orang perempuan yang mengikutnya supaya berbuat demikian sehingga seorang perempuan telah menjadi pengikutnya secara paksa telah mematahkan hujahnya. Ibn Abdul Wahhab menyangka perempuan itu mahu memperbaharui agamanya dan memaksa perempuan itu untuk mencukur rambutnya.

Perempuan itu berkata: “Kamu memerintahkan kaum lelaki supaya mencukur rambut mereka. Sekiranya kamu juga memerintahkan mereka mencukur juga janggut mereka, maka bolehlah kamu menyuruh orang perempuan mencukur rambut mereka kerana rambut bagi perempuan umpama janggut bagi lelaki (sebagai hiasaan). Maka Ibn Abdul Wahhab tidak mampu menjawab soalan itu.”

Tambah beliau lagi: “Dan sesungguhnya perlakuan Ibn Abdul Wahhab yang menyuruh pengikutnya bercukur kepala adalah satu tanda yang dijanjikan untuk membenarkan sabdaan Rasulullah SAW tentangnya dan pengikut2nya.”

Tambahan pula, hadis di atas menyatakan bahawa golongan ini akan keluar ketika manusia berpecah belah. Bukankah golongan Wahhabi keluar ketika umat Islam berpecah belah, bahkan seluruh dunia berpecah belah ketika Perang Dunia Pertama berlaku?

Walaupun sebelum itu golongan Wahhabi telah menguasai Mekah dan Madinah dua kali, tetapi telah diambil semula oleh Kerajaan Islam Turki Othmaniyyah. Dan golongan Wahabi dapat benar-benar menguasai Mekah dan Madinah setelah Perang Dunia Pertama dan kejatuhan Turki Othamniyyah. !!!

Rasulullah SAW telah memberi tanda isyarat yang cukup banyak tentang kemunculan Wahabi. Subhanallah.

Komen:

* Adalah satu perkara yang maklum bahawa Ibn Abdul Wahhab menyuruh pengikutnya yang baru mengikutnya supaya bercukur kerana dakwaannya kononnya rambut yang lama telah tumbuh ketika pengikutnya itu masih dalam keadaan kufur.
* Adalah satu perkara yang maklum golongan Wahhabi berpegang dengan pendapat haram memotong janggut walapun panjang. Maka kita dapat mengenal golongan Wahhabi dengan hanya melihat janggut mereka (walaupun tidak semua yang begitu adalah Wahhabi).
* RENUNG-RENUNGKAN HADIS DAN KATA ULAMA’ DI ATAS



Kesimpulan

Sifat-sifat golongan Wahhabi yang dinyatakan di dalam hadis yang telah kami nyatakan:

* Keluar dari arah timur (Hadis. 1 & 3)
* Keluar daripada Najd (Hadis No. 2)
* Berslogan dengan al-Quran tetapi tidak memahaminya dengan sebenar-benar kefahaman. (Hadis 3)
* Tanda mereka adalah bercukur: (Arahan Muhammad Ibn Abdul Wahhab kepada para pengikutnya) (Hadis No. 3)
* Keluar ketika manusiaberpecah belah (selepas perang Dunia Pertama: Golongan Wahhabi berjaya menjatuhkan Empayar Turki Othmaniyyah) (Hadis No. 3)

Dan banyak lagi…harap-harap golongan Ahli Sunnah amnya dan Wahhabi khasnya dapat pertimbangkan hadis-hadis ini apabila kami selesai mengeluarkan banyak lagi hadis dan kata-kata para ulama’ yang lain berkaitan kemunculan Wahabi..banyak lagi….

Wassalam.
Posted by Al-Ashairah at 12:32 AM 0 comments
Labels: Hadis Berkaitan Wahhabi
Thursday, June 19, 2008
Hadis No. 2: Fitnah Dari Timur

Kenapa ulama’ begitu menentang golongan Wahhabiyyah?

Kerana golongan inilah yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW kemunculannya di akhir zaman dan masih ada sehingga ke hari ini.

Hadis-hadis berkaitan kemunculan Wahhabi

Banyak, memang banyak, namun begitu kita buat satu persatu

Hadis No. 2: Fitnah Dari Timur

Terjemahan hadis:

Daripada Ibnu Umar r.anhuma bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda sedang baginda mengadap ke bahagian timur (Madinah): Ketahuilah sesungguhnya fitnah ada di sana, dari sanalah akan terbit tanduk Syaitan.”

Diriwayatkan oleh Imam Malik, Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Ahmad dan lain-lain. Dan dalam riwayat di sisi Imam Ahmad (Mereka keluar dari arah timur)

Apa kata golongan Wahhabi?

* Dari timur itu bermaksud Iraq dan Iran di mana timbulnya ajaran Syiah dan pelbagai ajaran lagi.

Apa kata ulama’ lain?

* Timur madinah itu Najd, di situlah tempat timbul Musaylamah al-Kazzab di Yamamah. Yamamah itu sebahagian daripada Najd. Dan banyak lagi riwayat yang menyatakan bahawa fitnah-fitnah akan timbul daripada Najd. [Sekarang ini Riyadh]

* Ajaran Wahhabi juga berasal daripada Najd tanpa khilaf lagi.

Apa kata Google Maps ? [Klik pada gambar untuk membesarkannya]

Persoalan

* Antara Riyadh, Iraq dan Iran, manakah satu arah timur Madinah? Tanya lah diri sendiri.

Cuba fikir-fikirkan.
Posted by Al-Ashairah at 11:52 PM 0 comments
Labels: Hadis Berkaitan Wahhabi
Sunday, June 8, 2008
Hadis No. 1: Najd Sebagai Tempat Timbulnya Fitnah
Kenapa ulama’ begitu bersungguh-sungguh menentang golongan Wahhabiyyah?

Jawapannya:
Kerana golongan inilah yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW kemunculannya di akhir zaman dan masih ada sehingga ke hari ini. Hadis-hadis berkaitan kemunculan Wahhabi banyak, memang banyak, namun begitu kita buat satu persatu.

Hadis No. 1

Fitnah Dari Najd

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ ذَكَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَأْمِنَا اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي يَمَنِنَا قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَفِي نَجْدِنَا قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَأْمِنَا اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي يَمَنِنَا قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَفِي نَجْدِنَا فَأَظُنُّهُ قَالَ فِي الثَّالِثَةِ هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَالْفِتَنُ وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ

رواه البخاري، والترمذي، وأحمد وابن حبان في صحيحه.
Maksudnya:

Daripada Abdullah Ibn Umar r.a., beliau berkata: Rasulullah SAW menyebut: Ya ALLAH! Berkatilah kami pada Yaman kami dan berkatilah kami Ya ALLAH! pada Syam kami.

Maka sebahagian sahabat berkata: Dan pada Najd kami Ya Rasulallah!

Rasulullah pun bersabda: Ya ALLAH! Berkatilah kami pada Yaman kami dan berkatilah kami Ya ALLAH! pada Syam kami.

Maka sebahagian sahabat berkata: Dan pada Najd kami Ya Rasulallah!

Dan aku menyangka (seingat aku) pada kali ketiga Rasulullah SAW bersabda: Di sanalah berlakunya gegaran-gegaran, fitnah-fitnah dan di sanalah terbitnya tanduk Syaitan.

Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Imam al-Tirmidzi, Imam Ahmad, Imam Ibnu Hibban dan lain-lain.

Di manakah bumi Najd yang bakal menjadi pusat timbulnya fitnah? J

Kita Rujuk Kitab “Atlas al-Hadith al-Nabawi” oleh Dr. Syauqi Abu Khalil

Terjemahan dan gambar (Klik gambar untuk lebih besar)

Terjemahan: Najd: Di antara bandar-bandarnya pada hari ini ialah Riyadh dan kawasan persekitarannya, Qasim, Sadir, al-Aflaj dan pada waktu dahulu orang ramai mengira bahawa kawasan yang jauhnya lebih kurang 100 km dari timur Madinah adalah Najd.

Kedudukan Najd daripada Madinah

Sedikit Ulasan

* Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa ajaran dan fahaman Wahhabiyyah timbul dari Najd. Ini jelas tercatat dalam sejarah. Perkara ini tidak dapat dinafikan oleh golongan Wahhabi sendiri.

* Banyak lagi yang tidak kami tontonkan di sini untuk tidak menjadikan risalah ini panjang. Jadi, janganlah hairan sekiranya golongan Wahhabi ini ditentang dengan sehebat-hebatnya oleh ulama’ Ahli Sunnah dan Jamaah.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Tue Nov 17, 2009 8:03 pm    Post subject: Reply with quote

Salam,

Penolakan Ulama' Terhadap Tauhid Tiga Serangkai

Dipetik daripada http://al-ashairah.blogspot.com/

Panel Penyelidikan Yayasan Sofa Menjelaskan Penolakan Ulama' Terhadap Tauhid Tiga Serangkai

Mengapa tauhid tiga serangkai?

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

SEJAK kemasukan Islam ke Tanah Melayu, umat Islam di negara ini kuat berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang disusun atau diformulasikan oleh dua tokoh terbesar dalam bidang ilmu tauhid iaitu Imam Abu al Hasan al Asy’ari r.a

dan Imam Abu Mansur al Maturidi r.a. Perkara ini telah ditegaskan oleh ulama ulung Tanah Melayu, al Allamah Sheikh Abdullah Fahim.

Beliau juga menyatakan bahawa ia telah menjadi ijmak ulama di Tanah Melayu.

Antara kenyataannya berbunyi: “Tuan-tuan sedia maklum beratus-ratus tahun bahawa orang bangsa Melayu seMelaya ini dari peringkat ke bawah hingga peringkat ke atas; awam-awam, kadi-kadi, ulama-ulama, menteri-menteri, hingga Raja-raja sekalian mereka itu bermazhab dengan mazhab al Imam al Syafi’e r.a ijma’an (ijmak), tiada seorang pun yang bermazhab lain daripada mazhab Syafi’e. Usuluddin atas perjalanan Abi al Hasan al Asy’ari r.a. Diambilkan dari Syuruh dan Hawasyi Ummu al Barahin dan Jauharah dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu”.

Di dalam kitab ini, pendekatan Sifat 20 digunakan bagi memahami permasalahan ketuhanan. Pendekatan ini juga diguna pakai di kebanyakan negara-negara Islam yang berpegang dengan akidah ASWJ seperti di Mesir, Syria dan Morocco.

Ia juga menjadi silibus di kebanyakan universiti di dunia Islam termasuklah universiti Islam terulung di dunia, Universiti al Azhar al Syarif.

Sejak doktrin ini diguna pakai di negara kita, kita berupaya mengecapi nikmat keamanan beragama dan ketamadunan negara. Tidak seperti negara-negara Islam lain yang memakai acuan yang bercanggah dengannya seperti aliran fahaman Syiah, Muktazilah, Musyabbihah dan sebagainya.

Tidak timbul di dalam doktrin Sifat 20 ini soal-soal kepincangan dan percanggahannya dengan akidah ASWJ yang tulen.

Namun, setelah ratusan tahun pendekatan ini digunakan tanpa sebarang masalah dalam menjaga kemurnian tauhid dan akidah umat Islam, timbul desas-desus yang mengatakan bahawa ia diambil dari Falsafah Greek.

Malah, tidak lagi sesuai dijadikan sebagai pendekatan dalam pembelajaran ilmu Tauhid. Sementelahan itu juga, pendekatan tauhid tiga serangkai yang dirumuskan oleh Ibnu Taimiyyah menjadi pengganti Doktrin Sifat 20.

Usaha-usaha untuk menukar pendekatan tauhid tiga serangkai ini dalam kurikulum pendidikan negara juga nampaknya begitu pantas dilakukan.

Persoalannya, kenapakah tiba-tiba pendekatan ini pula yang perlu dipilih sebagai pengajaran ilmu tauhid di negara kita? Adakah pendekatan Sifat 20 mengandungi unsur-unsur yang mengelirukan atau terseleweng dari iktikad ASWJ?

Adakah pembahagian tauhid tiga serangkai ini telah dinaskan oleh syarak dan terdapat dalil-dalil yang menunjukkan ke atasnya? Apakah kita pasrah sahaja dengan pendapat yang mengatakan doktrin Sifat 20 yang kita pegang dan pakai selama ini bukan tauhid yang benar tetapi diambil dari fahaman falsafah Greek.

Jika begitu, semua orang yang berpegang dengan Tauhid 20 mengikut ajaran yang salah dan sesat. Apakah boleh kita terima penyesatan ini yang melibatkan nenek moyang kita, para ulama kita dan majoriti umat Islam di seluruh dunia?

Dibawa Rasullulah SAW

Kita telah sedia maklum, bahawa akidah ASWJ yang diketahui secara umum ialah akidah yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan diikuti oleh sahabat-sahabat baginda.

Tidak kedapatan langsung, perkataan yang terkeluar daripada Rasulullah SAW dan sahabat baginda yang menyebut tentang tauhid yang digembar-gemburkan oleh pengikut Ibnu Taimiyyah dan Wahhabi ini.

Begitu juga dalam metodologi ASWJ yang telah disusun oleh pelopornya, Imam Abu al Hasan al Asy’ari r.a dan Imam Abu Mansur al Maturidi r.a, tidak pernah menggariskan tauhid ini dalam ruang lingkup akidah ASWJ.

Apa yang kita dapati tauhid ini telah ditimbulkan dan direka oleh Ibnu Taimiyyah dan dikembang biakkan pula oleh anak-anak muridnya sehingga ke generasi Muhammad ibn Abdul Wahhab. Dalam erti kata lain, tauhid inilah yang menjadi pegangan golongan Wahhabi secara khusus.

Sejak dahulu lagi hinggalah ke hari ini, telah terdapat banyak penentangan dan penolakan yang diutarakan oleh ulama terhadap Tauhid 3 Serangkai ini.

Oleh yang demikian, kita melihat di dalam kitab-kitab penulisan ulama ASWJ, terdapat banyak butiran lanjut mengenai penolakan mereka terhadap tauhid yang direka cipta ini.

Jika kita menyoroti dari perspektif ulama tersebut, kita mendapati ulama al Azhar telah bersetuju mengeluarkan kenyataan tentang kesalahan tauhid ini yang sebenarnya telah direka dan dicipta oleh orang-orang yang terkeliru dengan maksud sebenar ayat al-Quran dan hadis.

Justeru, kenapa pula kita perlu memakai pendekatan Tauhid 3 Serangkai yang mengandungi kepincangan dan telah ditolak oleh ulama kecuali Ibnu Taimiyyah dan pengikut-pengikutnya?

Untuk lebih jelas lagi, di bawah ini disenaraikan beberapa cendekiawan dan sarjana Islam dan kitab penulisan mereka yang mengandungi penolakan terhadap ajaran tauhid rekaan ini:

*Al ‘Allamah al Mufassir al Muhaddith Sheikh Yusof al Dijwi RA, Ahli Lembaga Majlis Ulama Besar al Azhar.

Beliau mengeluarkan fatwa penolakan al Azhar terhadap tauhid rububiah dan uluhiah. Kenyataannya ini dipaparkan dalam Majalah Nur al Islam edisi tahun 1933 yang merupakan lidah rasmi al Azhar pada masa itu.

Fatwa yang dikeluarkannya ini, turut dipersetujui oleh ulama al Azhar yang lain tanpa adanya sebarang bangkangan. Sehingga hari ini, fatwa tersebut masih lagi segar. Ini dapat dilihat dalam beberapa majalah yang diiktiraf oleh al Azhar. Antaranya, di dalam majalah al Muslim. Al Muhaddith al ‘Allamah Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim r.a telah mengeluarkan kembali fatwa ini dalam majalah tersebut.

*Al Muhaddith al ‘Allamah Sheikh Salamah al Qudha’i al ‘Azzami al Syafi’i r.a dalam kitabnya al Barahin al Sati’ah fi Raddi b’ad al bida’ al Syai’ah.

Kitab ini telah mendapat pengiktirafan dan pujian daripada muhaddith pada zaman tersebut iaitu al ‘Allamah Sheikh Muhammad Zahid al Kauthari r.a.

*Al Allamah al Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki al Hasani, ulama besar di Mekah al Mukarramah dan bekas tenaga pengajar Masjid al Haram yang diakui ilmunya oleh ulama pada zaman ini.

Beliau telah menulis penolakannya terhadap tauhid ini dalam kitabnya Huwallah. Bahkan beliau menyarankan kerajaan Arab Saudi supaya mengkaji semula pengajaran tauhid ini di institusi pengajian rendah, menengah dan Tinggi di dalam Muktamar Hiwar al Watoni di Mekah yang diadakan pada 5/11/1424 hingga 9/11/1424. Ia disebut di dalam kertas kerja beliau yang bertajuk al Ghuluw.

*Mufti Besar Mesir, Prof. Dr. Ali Jumu’ah.

Beliau turut menyentuh masalah ini di dalam laman web beliau ketika menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya. Iaitu, tentang seorang pemuda yang mengkafirkan seluruh penduduk kampung kerana bertawassul dengan mendakwa orang yang bertawassul tergolong dalam golongan musyrikin yang beriman dengan tauhid rububiah tetapi tidak beriman dengan tauhid uluhiah.

Beliau menolak sekeras-kerasnya pembahagian tauhid ini dengan mengatakan bahawa pembahagian tauhid ini adalah perkara rekaan yang tidak pernah datang dari Salafussoleh tetapi orang pertama yang menciptanya ialah Sheikh Ibnu Taimiyyah.

Beliau juga menyatakan bahawa pendapat yang menyatakan bahawa tauhid rububiah sahaja tidak mencukupi bagi keimanan seseorang adalah pendapat yang diadakan-diadakan dan bercanggah dengan ijmak kaum Muslimin sebelum Ibnu Taimiyyah.

*Prof. Dr. Muhammad Sa’id al Ramadhan Bouti, Ulama Kontemporari Dunia Islam dari Syria.

Beliau menyatakan dengan tegas bahawa pembahagian tauhid ini adalah bidaah dalam Seminar Pengurusan Fatwa Negara-negara Asean anjuran Universiti Sains Islam Malaysia pada pada 16 hingga 17 April 2005 di Hotel Nikko Kuala Lumpur.

*Prof. Dr. Isa ibn Abdullah Mani’ al Himyari - Mantan Pengarah Jabatan Waqaf dan Hal Ehwal Islam Dubai.

Beliau telah menulis mengenai kepincangan pembahagian tauhid ini di dalam kitabnya yang bertajuk ‘al Fath al Mubin fi Bara’at al Muwahhidin min ‘Aqaid al Musyabbihin.

*Al ‘Allamah Abu Abdullah ‘Alawi al Yamani dalam kitabnya Intabih Dinuka fi Khatorin.

Kitab ini telah mendapat pujian dari lima ulama besar Yaman.

*Al ‘Allamah Abu al Hasanain Abdullah ibn Abdur Rahman al Makki al Syafi’i, ulama besar Mekah.

Beliau juga telah membahaskan masalah ini di dalam kitabnya al Qaul al Wajih fi Tanzih ALLAH Taala ‘an al Tasybih.

*Dr. Sheikh Yusof al Bakhur al Hasani salah seorang ahli fatwa di Kanada juga telah menulis risalah mengenainya.

*Sheikh Sirajuddin Abbas seorang ulama unggul Indonesia, juga menghuraikan masalah ini yang ditulis dalam versi Melayu dalam kitabnya Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

Beliau dengan tegas menyatakan bahawa tauhid ini merupakan iktikad rekaan puak Wahhabi dan bukannya iktikad ASWJ.

Dalam satu petikan, beliau menyatakan: Kaum Wahhabi mencipta pengajian baru ini bertujuan untuk menggolongkan orang-orang yang datang menziarahi Makam Nabi SAW di Madinah, orang-orang yang berdoa dengan bertawassul dan orang yang meminta syafaat Nabi SAW serupa dengan orang kafir yang dikatakan bertauhid rububiah itu.

*Al ‘Allamah Muhammad al ‘Arabi ibn al Tabbani al Hasani, Tenaga Pengajar di Masjid al Haram.

Beliau juga turut menulis kepincangan tauhid ini di dalam kitabnya Bara’ah al Asy’ariyyin min ‘Aqaid al Mukhalifin.

*Dr. Umar Abdullah Kamil, sarjana dan pakar ekonomi Arab Saudi serta ahli eksekutif Universiti al Azhar.

Beliau pernah membentangkan kebatilan konsep Tauhid 3 Serangkai ini di dalam Seminar Perpaduan Ummah dan Pemurniaan Akidah anjuran Kerajaan Negeri Pahang pada 25-26 Ogos 2006 dan di Multaqa 3 Ulama Mekah al Mukarramah yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Johor pada 20 Februari 2008.

Kertas kerja tersebut telah diterbitkan oleh Sekretariat Penjelasan Hukum Berkenaan Isu-isu Aqidah dan Syariah Majlis Agama Islam Johor.

Beliau turut membahaskan kepincangan pembahagian tauhid ini di dalam kitabnya yang bertajuk Kalimah Hadi’ah fi Bayan Khata’ al Taqsim al Thulasi li al Tauhid (Perkataan yang tenang dalam menjelaskan kesalahan pembahagian yang tiga bagi ilmu Tauhid).

*Al Allamah Abdur Rahman Hasan Habannakah al Maidani.

Beliau juga telah menulis masalah ini secara khusus di dalam kitabnya yang bertajuk Tauhid al Rububiah wa Tauhid al Ilahiyyah wa Mazahib al nas bi al Nisbah Ilaihima.

Ulama-ulama ini telah lama melakukan pengkajian dan penelitian rapi terhadap tauhid tiga serangkai ini.

Kepada pembaca yang prihatin dan bijaksana sebaik-baiknya mendapatkan keterangan lanjut dari kitab-kitab ini terlebih dahulu sebelum berani membuat kesimpulan dan melontarkan pendapat di khalayak ramai.

Asas sahih

Perkara agama apatah lagi berkaitan dengan akidah tidak boleh dibuat kesimpulan sebarangan tetapi perlu merujuk kepada asas yang sahih.

Untuk mempertahankan agama tidak cukup bermodalkan semangat juang dan sijil menjela-jela semata-mata sehingga kita terpekik dan terlolong tidak kena pada tempatnya tetapi memerlukan kemantapan ilmu, kecemburuan terhadap penodaan yang dilakukan ke atas agama dan umatnya, keikhlasan kepada ALLAH dan hati yang disinari cahaya oleh ALLAH.

Ibnu Taimiyyah dan pengikut-pengikutnya didapati telah menjadikan konsep pembahagian tauhid ini sebagai batu loncatan untuk mengkafirkan umat Islam.

Mereka telah mengkafirkan orang-orang yang bertawassul dengan Rasulullah SAW dan wali-wali, orang-orang yang menziarahi kubur dan sebagainya dengan dakwaan orang yang melakukan pekerjaan tersebut bertauhid dengan tauhid rububiah sahaja tetapi tidak tidak bertauhid dengan tauhid uluhiah.

Mereka menyamakan tauhid yang dimiliki oleh orang-orang yang melakukan pekerjaan ini sama dengan orang musyrikin yang menjadikan berhala sebagai sampingan mereka dengan ALLAH.

Apakah pernah ketika Rasulullah SAW berdakwah, Baginda SAW mengatakan kepada orang yang memeluk Islam kamu telah mempunyai tauhid rububiah tetapi masih belum memiliki tauhid uluhiah?

Apakah boleh kita katakan orang bukan Islam juga mempunyai tauhid seperti orang Islam atau ahli tauhid?

Objektif tauhid Asma’ dan Sifat digembar-gemburkan untuk menyandarkan kepada ALLAH SAW makna perkataan tangan, mata, bersemayam, ketawa, turun dan sifat penyerupaan yang lain kepada makna yang hakiki yang dikenali di sisi makhluk.

Maha Suci ALLAH daripada apa yang mereka sifatkan kerana yang demikian itu menyerupakan ALLAH dengan makhluk-Nya.

Sehubungan dengan ini, umat Islam diseru agar sama-sama berfikir dan meneliti dengan hati yang lapang dan dada yang terbuka rasional perkara ini.

Kita seharusnya berbangga dengan ramainya bilangan umat Islam dan berusaha menambah bilangan umat Islam tetapi sebaliknya kita sendiri yang mengecilkan lagi kuantiti umat Islam yang semakin hilang kualitinya hanya kerana permasalahan uluhiah dan rububiah yang sengaja ditimbulkan.

Tidak ada suatu perkara yang lebih buruk daripada mengkafirkan orang Islam yang menyebut kalimah tauhid Laa ilaaha illallah dan mentasdiqkannya di dalam hati.

Banyak kemusnahan yang berlaku di negara-negara Islam disebabkan oleh perkara ini. Kita sendiri telah menyaksikan dengan mata kepala kita bagaimana persengketaan umat Islam telah mencetuskan kelemahan dan kemusnahan terhadap negara-negara Islam seperti di Afghanistan, Yaman, Lebanon, Syria, Mesir dan sebagainya.

Semoga persengketaan dan kehancuran ini tidak terjadi di negara kita Malaysia yang tercinta ini. Justeru, sewajarnya pembahagian ini dibentangkan di atas meja perbincangan secara ilmiah dan profesional serta berlandaskan kepada usul kitab dan sunnah.

Ini hanyalah lontaran awal dari hasil penelitian kami yang dirujuk kepada sumber-sumber yang sahih dan tokoh-tokoh ulama yang berkeahlian. Insya-ALLAH, penerangan lanjut mengenai tauhid ini akan dikeluarkan pada keluaran akan datang.

Bahan-bahan yang bakal dipersembahkan banyak merujuk kepada kitab penulisan Imam al Haramain al ‘Allamah Ibnu al ‘Arabi al Tabbani bertajuk Bara’ah al Asy’ariyyin. Ia telah diringkaskan oleh al Allamah Prof. Dr. Isa ibn Abdullah Mani’ al Himyari, Mantan Pengarah Jabatan Waqaf dan Hal Ehwal Islam Dubai di dalam kitabnya yang bertajuk ‘al Fath al Mubin fi Bara’at al Muwahhidin min ‘Aqaid al Musyabbihin.

Sumber - Artikel: Utusan 15-11-2009 & Illustrasi oleh al-ashairah.blogspot.com

Semoga ALLAH memelihara Yayasan Sofa di bawah penyeliaan al-Sheikh al-Ustaz Fuad Kamaluddin al-Maliki
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Tue Nov 17, 2009 8:04 pm    Post subject: Reply with quote

Salam,

Mengapa Tauhid Tiga Serangkai ?

Dipetik daripada http://bahrusshofa.blogspot.com/

Mengapa Tauhid Tiga Serangkai ?

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

umat Islam di negara ini kuat berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. – Gambar hiasan

SEJAK kemasukan Islam ke Tanah Melayu, umat Islam di negara ini kuat berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang disusun atau diformulasikan oleh dua tokoh terbesar dalam bidang ilmu tauhid iaitu Imam Abu al Hasan al Asy’ari r.a dan Imam Abu Mansur al Maturidi r.a. Perkara ini telah ditegaskan oleh ulama ulung Tanah Melayu, al Allamah Sheikh Abdullah Fahim. Beliau juga menyatakan bahawa ia telah menjadi ijmak ulama di Tanah Melayu. Antara kenyataannya berbunyi:

“Tuan-tuan sedia maklum beratus-ratus tahun bahawa orang bangsa Melayu seMelaya ini dari peringkat ke bawah hingga peringkat ke atas; awam-awam, kadi-kadi, ulama-ulama, menteri-menteri, hingga Raja-raja sekalian mereka itu bermazhab dengan mazhab al Imam al Syafi’e r.a ijma’an (ijmak), tiada seorang pun yang bermazhab lain daripada mazhab Syafi’e. Usuluddin atas perjalanan Abi al Hasan al Asy’ari r.a. Diambilkan dari Syuruh dan Hawasyi Ummu al Barahin dan Jauharah dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu”.

Di dalam kitab ini, pendekatan Sifat 20 digunakan bagi memahami permasalahan ketuhanan. Pendekatan ini juga diguna pakai di kebanyakan negara-negara Islam yang berpegang dengan akidah ASWJ seperti di Mesir, Syria dan Morocco.

Ia juga menjadi silibus di kebanyakan universiti di dunia Islam termasuklah universiti Islam terulung di dunia, Universiti al Azhar al Syarif.

Sejak doktrin ini digunapakai di negara kita, kita berupaya mengecapi nikmat keamanan beragama dan ketamadunan negara. Tidak seperti negara-negara Islam lain yang memakai acuan yang bercanggah dengannya seperti aliran fahaman Syiah, Muktazilah, Musyabbihah dan sebagainya.

Tidak timbul di dalam doktrin Sifat 20 ini soal-soal kepincangan dan percanggahannya dengan akidah ASWJ yang tulen.

Namun, setelah ratusan tahun pendekatan ini digunakan tanpa sebarang masalah dalam menjaga kemurnian tauhid dan akidah umat Islam, timbul desas-desus yang mengatakan bahawa ia diambil dari Falsafah Greek.

Malah, tidak lagi sesuai dijadikan sebagai pendekatan dalam pembelajaran ilmu Tauhid. Sementelahan itu juga, pendekatan tauhid tiga serangkai yang dirumuskan oleh Ibnu Taimiyyah menjadi pengganti Doktrin Sifat 20.

Usaha-usaha untuk menukar pendekatan tauhid tiga serangkai ini dalam kurikulum pendidikan negara juga nampaknya begitu pantas dilakukan.

Persoalannya, kenapakah tiba-tiba pendekatan ini pula yang perlu dipilih sebagai pengajaran ilmu tauhid di negara kita? Adakah pendekatan Sifat 20 mengandungi unsur-unsur yang mengelirukan atau terseleweng dari iktikad ASWJ?

Adakah pembahagian tauhid tiga serangkai ini telah dinaskan oleh syarak dan terdapat dalil-dalil yang menunjukkan ke atasnya? Apakah kita pasrah sahaja dengan pendapat yang mengatakan doktrin Sifat 20 yang kita pegang dan pakai selama ini bukan tauhid yang benar tetapi diambil dari fahaman falsafah Greek.

Jika begitu, semua orang yang berpegang dengan Tauhid 20 mengikut ajaran yang salah dan sesat. Apakah boleh kita terima penyesatan ini yang melibatkan nenek moyang kita, para ulama kita dan majoriti umat Islam di seluruh dunia?

Dibawa Rasullulah SAW

Kita telah sedia maklum, bahawa akidah ASWJ yang diketahui secara umum ialah akidah yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan diikuti oleh sahabat-sahabat baginda.

Tidak kedapatan langsung, perkataan yang terkeluar daripada Rasulullah SAW dan sahabat baginda yang menyebut tentang tauhid yang digembar-gemburkan oleh pengikut Ibnu Taimiyyah dan Wahhabi ini.

Begitu juga dalam metodologi ASWJ yang telah disusun oleh pelopornya, Imam Abu al Hasan al Asy’ari r.a dan Imam Abu Mansur al Maturidi r.a, tidak pernah menggariskan tauhid ini dalam ruang lingkup akidah ASWJ.

Apa yang kita dapati tauhid ini telah ditimbulkan dan direka oleh Ibnu Taimiyyah dan dikembang biakkan pula oleh anak-anak muridnya sehingga ke generasi Muhammad ibn Abdul Wahhab. Dalam erti kata lain, tauhid inilah yang menjadi pegangan golongan Wahhabi secara khusus.

Sejak dahulu lagi hinggalah ke hari ini, telah terdapat banyak penentangan dan penolakan yang diutarakan oleh ulama terhadap Tauhid 3 Serangkai ini.

Oleh yang demikian, kita melihat di dalam kitab-kitab penulisan ulama ASWJ, terdapat banyak butiran lanjut mengenai penolakan mereka terhadap tauhid yang direka cipta ini.

Jika kita menyoroti dari perspektif ulama tersebut, kita mendapati ulama al Azhar telah bersetuju mengeluarkan kenyataan tentang kesalahan tauhid ini yang sebenarnya telah direka dan dicipta oleh orang-orang yang terkeliru dengan maksud sebenar ayat al-Quran dan hadis.

Justeru, kenapa pula kita perlu memakai pendekatan Tauhid 3 Serangkai yang mengandungi kepincangan dan telah ditolak oleh ulama kecuali Ibnu Taimiyyah dan pengikut-pengikutnya?

Untuk lebih jelas lagi, di bawah ini disenaraikan beberapa cendekiawan dan sarjana Islam dan kitab penulisan mereka yang mengandungi penolakan terhadap ajaran tauhid rekaan ini:

*Al ‘Allamah al Mufassir al Muhaddith Sheikh Yusof al Dijwi RA, Ahli Lembaga Majlis Ulama Besar al Azhar. Beliau mengeluarkan fatwa penolakan al Azhar terhadap tauhid rububiah dan uluhiah. Kenyataannya ini dipaparkan dalam Majalah Nur al Islam edisi tahun 1933 yang merupakan lidah rasmi al Azhar pada masa itu. Fatwa yang dikeluarkannya ini, turut dipersetujui oleh ulama al Azhar yang lain tanpa adanya sebarang bangkangan. Sehingga hari ini, fatwa tersebut masih lagi segar. Ini dapat dilihat dalam beberapa majalah yang diiktiraf oleh al Azhar. Antaranya, di dalam majalah al Muslim. Al Muhaddith al ‘Allamah Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim r.a telah mengeluarkan kembali fatwa ini dalam majalah tersebut.

*Al Muhaddith al ‘Allamah Sheikh Salamah al Qudha’i al ‘Azzami al Syafi’i r.a dalam kitabnya al Barahin al Sati’ah fi Raddi b’ad al bida’ al Syai’ah. Kitab ini telah mendapat pengiktirafan dan pujian daripada muhaddith pada zaman tersebut iaitu al ‘Allamah Sheikh Muhammad Zahid al Kauthari r.a.

*Al Allamah al Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki al Hasani, ulama besar di Mekah al Mukarramah dan bekas tenaga pengajar Masjid al Haram yang diakui ilmunya oleh ulama pada zaman ini. Beliau telah menulis penolakannya terhadap tauhid ini dalam kitabnya Huwallah. Bahkan beliau menyarankan kerajaan Arab Saudi supaya mengkaji semula pengajaran tauhid ini di institusi pengajian rendah, menengah dan Tinggi di dalam Muktamar Hiwar al Watoni di Mekah yang diadakan pada 5/11/1424 hingga 9/11/1424. Ia disebut di dalam kertas kerja beliau yang bertajuk al Ghuluw.

*Mufti Besar Mesir, Prof. Dr. Ali Jumu’ah. Beliau turut menyentuh masalah ini di dalam laman web beliau ketika menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya. Iaitu, tentang seorang pemuda yang mengkafirkan seluruh penduduk kampung kerana bertawassul dengan mendakwa orang yang bertawassul tergolong dalam golongan musyrikin yang beriman dengan tauhid rububiah tetapi tidak beriman dengan tauhid uluhiah. Beliau menolak sekeras-kerasnya pembahagian tauhid ini dengan mengatakan bahawa pembahagian tauhid ini adalah perkara rekaan yang tidak pernah datang dari Salafussoleh tetapi orang pertama yang menciptanya ialah Sheikh Ibnu Taimiyyah. Beliau juga menyatakan bahawa pendapat yang menyatakan bahawa tauhid rububiah sahaja tidak mencukupi bagi keimanan seseorang adalah pendapat yang diadakan-diadakan dan bercanggah dengan ijmak kaum Muslimin sebelum Ibnu Taimiyyah.

*Prof. Dr. Muhammad Sa’id al Ramadhan Bouti, Ulama Kontemporari Dunia Islam dari Syria. Beliau menyatakan dengan tegas bahawa pembahagian tauhid ini adalah bidaah dalam Seminar Pengurusan Fatwa Negara-negara Asean anjuran Universiti Sains Islam Malaysia pada pada 16 hingga 17 April 2005 di Hotel Nikko Kuala Lumpur.

*Prof. Dr. Isa ibn Abdullah Mani’ al Himyari - Mantan Pengarah Jabatan Waqaf dan Hal Ehwal Islam Dubai. Beliau telah menulis mengenai kepincangan pembahagian tauhid ini di dalam kitabnya yang bertajuk al Fath al Mubin fi Bara’at al Muwahhidin min ‘Aqaid al Musyabbihin.

*Al ‘Allamah Abu Abdullah ‘Alawi al Yamani dalam kitabnya Intabih Dinuka fi Khatorin. Kitab ini telah mendapat pujian dari lima ulama besar Yaman.

*Al ‘Allamah Abu al Hasanain Abdullah ibn Abdur Rahman al Makki al Syafi`i, ulama besar Mekah. Beliau juga telah membahaskan masalah ini di dalam kitabnya al Qaul al Wajih fi Tanzih ALLAH Taala ‘an al Tasybih.

*Dr. Sheikh Yusof al Bakhur al Hasani salah seorang ahli fatwa di Kanada juga telah menulis risalah mengenainya.

*Sheikh Sirajuddin Abbas seorang ulama unggul Indonesia, juga menghuraikan masalah ini yang ditulis dalam versi Melayu dalam kitabnya Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Beliau dengan tegas menyatakan bahawa tauhid ini merupakan iktikad rekaan puak Wahhabi dan bukannya iktikad ASWJ. Dalam satu petikan, beliau menyatakan: Kaum Wahhabi mencipta pengajian baru ini bertujuan untuk menggolongkan orang-orang yang datang menziarahi Makam Nabi SAW di Madinah, orang-orang yang berdoa dengan bertawassul dan orang yang meminta syafaat Nabi SAW serupa dengan orang kafir yang dikatakan bertauhid rububiah itu.

*Al ‘Allamah Muhammad al ‘Arabi ibn al Tabbani al Hasani, Tenaga Pengajar di Masjid al Haram. Beliau juga turut menulis kepincangan tauhid ini di dalam kitabnya Bara’ah al Asy’ariyyin min ‘Aqaid al Mukhalifin.

*Dr. Umar Abdullah Kamil, sarjana dan pakar ekonomi Arab Saudi serta ahli eksekutif Universiti al Azhar. Beliau pernah membentangkan kebatilan konsep Tauhid 3 Serangkai ini di dalam Seminar Perpaduan Ummah dan Pemurniaan Akidah anjuran Kerajaan Negeri Pahang pada 25-26 Ogos 2006 dan di Multaqa 3 Ulama Mekah al Mukarramah yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Johor pada 20 Februari 2008. Kertas kerja tersebut telah diterbitkan oleh Sekretariat Penjelasan Hukum Berkenaan Isu-isu Aqidah dan Syariah Majlis Agama Islam Johor. Beliau turut membahaskan kepincangan pembahagian tauhid ini di dalam kitabnya yang bertajuk Kalimah Hadi’ah fi Bayan Khata’ al Taqsim al Thulasi li al Tauhid (Perkataan yang tenang dalam menjelaskan kesalahan pembahagian yang tiga bagi ilmu Tauhid).

*Al Allamah Abdur Rahman Hasan Habannakah al Maidani. Beliau juga telah menulis masalah ini secara khusus di dalam kitabnya yang bertajuk Tauhid al Rububiah wa Tauhid al Ilahiyyah wa Mazahib al nas bi al Nisbah Ilaihima.

Ulama-ulama ini telah lama melakukan pengkajian dan penelitian rapi terhadap tauhid tiga serangkai ini.

Kepada pembaca yang prihatin dan bijaksana sebaik-baiknya mendapatkan keterangan lanjut dari kitab-kitab ini terlebih dahulu sebelum berani membuat kesimpulan dan melontarkan pendapat di khalayak ramai.

Asas sahih

Perkara agama apatah lagi berkaitan dengan akidah tidak boleh dibuat kesimpulan sebarangan tetapi perlu merujuk kepada asas yang sahih.

Untuk mempertahankan agama tidak cukup bermodalkan semangat juang dan sijil menjela-jela semata-mata sehingga kita terpekik dan terlolong tidak kena pada tempatnya tetapi memerlukan kemantapan ilmu, kecemburuan terhadap penodaan yang dilakukan ke atas agama dan umatnya, keikhlasan kepada ALLAH dan hati yang disinari cahaya oleh ALLAH.

Ibnu Taimiyyah dan pengikut-pengikutnya didapati telah menjadikan konsep pembahagian tauhid ini sebagai batu loncatan untuk mengkafirkan umat Islam.

Mereka telah mengkafirkan orang-orang yang bertawassul dengan Rasulullah SAW dan wali-wali, orang-orang yang menziarahi kubur dan sebagainya dengan dakwaan orang yang melakukan pekerjaan tersebut bertauhid dengan tauhid rububiah sahaja tetapi tidak tidak bertauhid dengan tauhid uluhiah.

Mereka menyamakan tauhid yang dimiliki oleh orang-orang yang melakukan pekerjaan ini sama dengan orang musyrikin yang menjadikan berhala sebagai sampingan mereka dengan ALLAH.

Apakah pernah ketika Rasulullah SAW berdakwah, Baginda SAW mengatakan kepada orang yang memeluk Islam kamu telah mempunyai tauhid rububiah tetapi masih belum memiliki tauhid uluhiah?

Apakah boleh kita katakan orang bukan Islam juga mempunyai tauhid seperti orang Islam atau ahli tauhid?

Objektif tauhid Asma’ dan Sifat digembar-gemburkan untuk menyandarkan kepada ALLAH SAW makna perkataan tangan, mata, bersemayam, ketawa, turun dan sifat penyerupaan yang lain kepada makna yang hakiki yang dikenali di sisi makhluk.

Maha Suci ALLAH daripada apa yang mereka sifatkan kerana yang demikian itu menyerupakan ALLAH dengan makhluk-Nya.

Sehubungan dengan ini, umat Islam diseru agar sama-sama berfikir dan meneliti dengan hati yang lapang dan dada yang terbuka rasional perkara ini.

Kita seharusnya berbangga dengan ramainya bilangan umat Islam dan berusaha menambah bilangan umat Islam tetapi sebaliknya kita sendiri yang mengecilkan lagi kuantiti umat Islam yang semakin hilang kualitinya hanya kerana permasalahan uluhiah dan rububiah yang sengaja ditimbulkan.

Tidak ada suatu perkara yang lebih buruk daripada mengkafirkan orang Islam yang menyebut kalimah tauhid Laa ilaaha illallah dan mentasdiqkannya di dalam hati.

Banyak kemusnahan yang berlaku di negara-negara Islam disebabkan oleh perkara ini. Kita sendiri telah menyaksikan dengan mata kepala kita bagaimana persengketaan umat Islam telah mencetuskan kelemahan dan kemusnahan terhadap negara-negara Islam seperti di Afghanistan, Yaman, Lebanon, Syria, Mesir dan sebagainya.

Semoga persengketaan dan kehancuran ini tidak terjadi di negara kita Malaysia yang tercinta ini. Justeru, sewajarnya pembahagian ini dibentangkan di atas meja perbincangan secara ilmiah dan profesional serta berlandaskan kepada usul kitab dan sunnah.

Ini hanyalah lontaran awal dari hasil penelitian kami yang dirujuk kepada sumber-sumber yang sahih dan tokoh-tokoh ulama yang berkeahlian. Insya-ALLAH, penerangan lanjut mengenai tauhid ini akan dikeluarkan pada keluaran akan datang.

Bahan-bahan yang bakal dipersembahkan banyak merujuk kepada kitab penulisan Imam al Haramain al ‘Allamah Ibnu al ‘Arabi al Tabbani bertajuk Bara’ah al Asy’ariyyin. Ia telah diringkaskan oleh al Allamah Prof. Dr. Isa ibn Abdullah Mani’ al Himyari, Mantan Pengarah Jabatan Waqaf dan Hal Ehwal Islam Dubai di dalam kitabnya yang bertajuk ‘al Fath al Mubin fi Bara’at al Muwahhidin min ‘Aqaid al Musyabbihin.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Tue Nov 17, 2009 8:07 pm    Post subject: Reply with quote

Salam,

Baru perasan tersilap taip, sepatutnya 'Sealiran' bukan Selaliran'...

wassalam.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Tue Nov 17, 2009 8:08 pm    Post subject: Reply with quote

Salam,

PUSAT FATWA MESIR MENJELASKAN KESESATAN PEMBAHAGIAN TAUHID ALA TAYMIYYAH DAN WAHHABIYYAH

Dipetik daripada http://al-ashairah.blogspot.com/

PUSAT FATWA MESIR MENJELASKAN KESESATAN PEMBAHAGIAN TAUHID ALA TAYMIYYAH DAN WAHHABIYYAH-PIHAK BERWAJIB WAJIB SEMAK SEMULA SILIBUS AKIDAH DI MALAYSIA

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala puji bagi ALLAH, Tuhan semesta alam,

Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, rahmat ke seluruh alam,

Juga kepada ahli keluarga dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;



1. Adalah menjadi satu kerisauan yang amat besar apabila penulis melihat ajaran Tauhid ala Wahhabi dan Taymiyyah telah diserap masuk ke dalam silibus dan pembelajaran agama di Malaysia.



2. Mengikut ajaran ala Wahhabiyyah dan Taymiyyah, Tauhid dibahagikan kepada tiga bahagian: Pertama: Tauhid Rububiyyah, kedua: Tauhid Uluhiyyah dan ketiga: Tauhid Asma’ dan Sifat. Ramai yang tidak sedar atau tahu tentang hakikat ini.



Tauhid Rububiyyah – menyatakan bahawa orang musyrik itu bertauhid – astaghfirullah.



Tauhid Uluhiyyah – buat mengkafirkan umat Islam yang bertawassul, bertabarruk, beristighathah dengan para Anbiya’ dan awliya’. – Astaghfirullah.



Tauhid Asma’ dan Sifat – menjadikan ayat-ayat mutashabihat sebagai asas tauhid dan meletakkan tashbih dan tajsim sebagai tauhid. Na’uzubillah.



Insya-ALLAH, pihak al-Ashairah akan menerangkan kebathilan setiap satu tauhid versi Taymiyyah dan Wahhabi ini di masa akan datang. Sebenarnya telah banyak penulisan ulama’ mengenai perkara ini. Di Malaysia, tuan-tuang boleh lihat senarai karangan Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki.



3. Namun begitu, apabila ada pihak yang berusaha agar pihak berkuasa agama dan pusat pengajian menyemak semula kemasukan ajaran Tauhid Tiga ini ke dalam silibus pengajian agama di Malaysia, terdapat pihak-pihak yang kurang mengerti membantah dan menolak. Penulis berpendapat penolakan ini bukanlah berdasarkan kefahaman yang nyata.



4. Kalaulah kebenaran itu tidak jelas bagi mana-mana pihak, baiklah dia berdiam dan berkecuali. Kalau tersilap sokong, termasuk dalam golongan ahli bid’ah pula.



5. Dan Alhamdulillah pihak Darul Ifta’ Misriyyah (Pusat Fatwa Republik Mesir) telah menjelaskan bahawa pembahagian Tauhid ala Taymiyyah dan Wahhabiyyah ini adalah TAUHID GOLONGAN KHAWARIJ dan MENYEBABKAN FITNAH TAKFIR (KAFIR MENGKAFIR SESAMA MUSLIM).



6. Diharapkan agar pihak berkuasa agama dan institusi pengajian dapat menyemak semula silibus aqidah yang diajar ditempat masing-masing. Tanggungjawab ini akan dipersoalkan di akhirat nanti.



7. Penulis masih teringat bahawa di satu seminar anjuran INFAD – Pusat Fatwa, USIM (dulu KUIM) pada tahun 2005 yang telah dihadiri oleh Sheikh Muhammad Saed Ramadhan al-Bouthi. Beliau ditanya tentang pembahagian Tauhid Tiga ini, maka beliau menjawab:

هذه بدعة اصطلاحية ابتدعها ابن تيمية

“INILAH BID’AH (ISTILAHIYYAH - SEBENARNYA) YANG DILAKUKAN OLEH IBNU TAYMIYYAH.”


Penulis mendengar kata-kata ini daripada mulut beliau sendiri.



7. Berikut adalah sebahagian daripada terjemahan kami bagi Fatwa yang telah dikeluarkan oleh Pusat Fatwa Mesir berkaitan kesesatan Pembahagian Tauhid ala Taymiyyah dan Wahhabiyyah. Oleh kerana fatwanya agak panjang maka kami pilih yang sesuai dan bagi sesiapa yang boleh berbahasa Arab, silalah merujuk ke:



http://www.dar-alifta.org/ViewFatwa.aspx?ID=6623


TERJEMAHAN:

“Dan pembahagian Tauhid kepada Uluhiyyah dan Rububiyyah adalah daripada pembahagian yang baru yang tidak datang daripada generasi Salafus Soleh. Dan orang pertama yang menciptanya – mengikut pendapat yang masyhur – ialah Sheikh Ibnu Taymiyyah (semoga ALLAH merahmati beliau),…


Melainkan beliau membawanya kepada had yang melampau sehingga menyangkakan bahawa Tauhid Rububiyyah semata-mata tidak cukup untuk beriman, dan bahawa sesungguhnya golongan Musyrikin itu bertauhid dengan Tauhid Rububiyyah dan sesungguhnya ramai daripada golongan umat Islam daripada Mutakallimin (ulama’ tauhid yang menggabungkan naqal dan aqal) dan selain daripada mereka hanyalah bertauhid dengan Tauhid Rububiyyah dan mengabaikan Tauhid Uluhiyyah.


Dan pendapat yang menyatakan bahawa sesungguhnya Tauhid Rububiyyah sahaja tidak mencukupi untuk menentukan keimanan adalah pendapat yang bid’ah dan bertentangan dengan ijma’ umat Islam sebelum Ibnu Taymiyyah…


Dan pemikiran-pemikiran takfir ini sebenarnya bersembunyi dengan pendapat-pendapat yang rosak ini dan menjadikannya sebagai jalan untuk menuduh umat Islam dengan syirik dan kufur dengan menyandarkan setiap kefahaman yang salah ini kepada Sheikh Ibnu Taymiyyah (semoga ALLAH merahmatinya) adalah daripada tipu daya dan usaha menakutkan yang dijalankan oleh pendokong-pendokong pendapat luar (yang bukan daripada Islam ini) untuk mereka memburuk-burukkan kehormatan umat Islam.


Dan inilah sebenarnya hakikat mazhab golongan Khawarij dan telah banyak nas-nas Syariat menyuruh agar kita berhati-hati daripada terjebak ke dalam kebathilannya.”


Kesimpulannya:

* Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah tidak boleh terpisah.
* Pembahagian atau pemisahan ini mula dilakukan oleh Ibnu Taymiyyah.
* Pembahagian tauhid seperti ini bukanlah pembahagian yang bersesuaian dengan tauhid generasi Salafus Soleh.
* Menyatakan bahawa Tauhid Rububiyyah sahaja tidak cukup untuk menentukan keimanan seseorang yang beriman adalah bertentangan dengan ijma’.
* Fitnah takfir (kafir-mengkafir) yang timbul daripada pembahagian tauhid seperti ini adalah hakikat mazhab Khawarij (seperti mengkafirkan orang yang bertawassul).
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Tue Nov 17, 2009 8:09 pm    Post subject: Reply with quote

Salam,

Dipetik daripada http://al-ashairah.blogspot.com/search/label/Mempertahankan%20Rasulullah%20SAW

Menilai Kedudukan Rasulullah SAW Di Dalam Ajaran/Fahaman Wahabi
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan nama ALLAH SWT, Selawat dan salam ke atas Penghulu Kita yang tercinta, Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabat baginda r.anhum,

Pada kali ini, pihak al-Asha'irah bercadang untuk mengemukakan satu aspek yang jarang disebut di Malaysia apabila perbincangan mengenai fahaman Wahhabi dibuat. Namun perkara ini telah pun diketengahkan oleh para ulama' Ahli Sunnah dan Jama'ah dalam sanggahan dan penolakan mereka terhadap fahaman Wahhabi.

Aspek tersebut ialah "FAHAMAN WAHHABIAH" juga membawa satu fahaman yang boleh merapuhkan hubungan umat Islam dengan Nabi Muhammad SAW. Inilah yang telah ditekankan oleh beberapa orang ulama' seperti al-Sayyid Abu al-Hasanayn Abdullah al-Hashimi, al-Sheikh Dr. Subayh Soleh, al-Sheikh Prof. Dr. al-Sayyid Muhammad Ibn al-Sayyid Alawi al-Maliki (Abuya al-Maliki) dan beberapa ulama' lain di dalam kitab-kitab mereka. Apabila hubungan ini telah rapuh, maka umat Islam tidak lagi sensitif apabila Rasulullah SAW disebut sebagai budak kampung atau apabila hari kelahirannya di namakan sebagai sambutan Abu Jahal atau dikatakan bahawa hari kelahirannya itu tidak perlu dibesar2kan. Umat Islam juga tidak menyedari bahawa Rasulullah SAW adalah sebaik-baik wasilah bagi mereka untuk berdoa kepada ALLAH SWT. Maka, mereka tidak lagi ambil peduli apabila ada pihak yang mengharamkan tawassul, tabarruk dan istighthah dengan Rasulullah SAW sedangkan ia adalah perkara yang telah ijma' dikalangan ulama' Islam terdahulu.

Sikap tidak sensitif dan tidak ambil peduli terhadap kemuliaan Rasulullah SAW hakikatnya lahir dari kejahilan dan sedikitnya rasa hormat dan cinta. Mengapa tidak? Sekiranya umat Islam terdahulu sentiasa meletakkan Rasulullah SAW dalam doa mereka, puji-pujian mereka, syair mereka, qasidah mereka....kini ada pihak yang melihat semua itu adalah bid'ah. Menurut Dr. Subayh Soleh, fitnah yang cuba meruntun rasa hormat dan agung terhadap Nabi Muhammad SAW dari hati umat baginda SAW adalah fitnah Iblis. [Semoga ALLAH melindungi kita dengan rahmat-Nya].

Di sini adalah beberapa bukti fahaman Wahhabi yang dapat kami ketengahkan setelah menganalisa kedudukan Nabi Muhammad SAW dalam ajaran Wahhabi. Dan kami mencapai kesimpulan bahawa fahaman-fahaman Wahhabi akan menghakis rasa hormat dan kecintaan serta keagungan kepada Rasulullah SAW di dalam hatinya umat baginda SAW. Fahaman-fahaman tersebut ialah:


* Maqam baginda SAW tidak boleh diziarahi. Kalau sesuatu perjalanan itu dilakukan semata-mata untuk menziarah maqam Nabi SAW maka itu adalah safar maksiat yang tidak boleh diqasarkan solat kerananya.

* Tempat lahir baginda SAW tidak perlu dipelihara. Dahulu dijadikan kandang unta, kemudian dijadikan maktabah setelah dibantah oleh para ulama'. Dengarnya sekarang ini, nak jadi tapak Hotel Hilton, tak tahulah.

* Telaga Aris dan Ghars yang mempunyai hubungan yang rapat dengan baginda SAW dikambus dengan hujah menghindari Syirik.

* Tidak boleh mengagungkan Rasulullah SAW dengan alasan takut jatuh syirik.

* Tidak boleh diraikan hari kelahiran baginda SAW. Semua orang dah maklum mengenai hakikat ini.

* Tidak boleh memuji baginda SAW berlebihan. Mereka mengharamkan segala pujian-pujian termasuk qasidah serta syair para ulama' terhadap baginda dengan alasan melampau dalam memuji baginda SAW.

* Tidak boleh berdiri apabila pujian-pujian dan selawat dibacakan untuk beliau.

* Tidak membenarkan berselawat bagi Rasulullah SAW melainkan dengan selawat yang ma'thur. Pada hakikatnya, umat Islam amat digalakkan mencipta atau menyusun puji-pujian yang indah dan cantik kepada ALLAH SWT dan Rasul-Nya.

* Hadis-hadis beliau yang sampai kepada kita dengan sanad yang dhai'f diketepikan. Maka banyaklah amalan umat Islam yang tercabut dan tertanggal disebabkan kaedah yang mereka pegang ini.

* Tidak boleh mentaswid baginda SAW atau meletakkan lafaz Sayyidina bagi baginda SAW. Tapi kalau untuk tokoh-tokoh mereka, gelaran Sheikh al-Islam, Mujaddid, Qami' al-Bid;ah, dan lain-lain digunakan.

* Ibu bapa baginda SAW dikatakan sebagai tidak berjaya dari azab neraka [Penulis: Daku berlindung dengan ALLAH dan Rasul-Nya daripada kata-kata sebegini yang sering bermain di mulut golongan Wahhabi]. Bahkan lebih teruk lagi, datuk baginda SAW, Abdul Mutallib juga dikatakan dengan tuduhan yang sama.

* Tidak boleh menghadiahkan al-Fatihah kepada baginda SAW.

* Selalu mewar-warkan bahawa baginda hanyalah manusia biasa yang mendapat wahyu. Tidak lebih dari itu.

* Menolak banyak hadis yang berkaitan kemuliaan Rasulullah SAW seperti hadis tawassul Nabi Adam a.s. dengan Nabi Muhammad SAW. Golongan Wahhabi berjuang mati-matian untu menolak perkara ini.

* Tidak boleh bertawassul, bertabarruk atau beristighthah dengan Rasulullah SAW selepas kewafatan baginda. Dengan ini, mereka melihat kedudukan Rasulullah SAW telah menurun dengan kewafatan baginda SAW.

* Menolak hadis tentang kenabian Nabi Muhammad SAW sebelum penciptaan Nabi Adam a.s.

* Mengharamkan Nama Nabi Muhammad SAW dijadikan hiasan di rumah mahupun di masjid.

* Memadam syair-syair pujian kepada Rasulullah SAW yang banyak terdapat di dalam Masjid Nabawi sebelum Masjid Nabawi diambil alih oleh mereka. Maka selepas itu, syair-syair tersebut ditutup dan dipadamkan.

* Istighathah yang berbunyi: Ya ALLAH Ya Muhammad telah diubah menjadi Ya ALLAH Ya Majid [Istighathah ini pada asalnya terdapat di Mihrab Rasulullah SAW, namun diubah setelah dikuasai Wahhabi]

* Mereka ingin mengeluarkan maqam Nabi SAW daripada menjadi sebahagian daripada Masjid nabawi. Maka sebahagian ulama' mereka tidak mahu bersembahyang di Masjid Nabawi selagi maqam Rasulullah SAW tidak dikeluarkan.

* Menolak konsep Nur Muhammad SAW yang diterima oleh banyak ulama' sufi.

*
Mengharamkan umat Islam menziarahi tempat-tempat bersejarah yang ada hubungan rapat dengan Rasulullah SAW seperti Gua Thur dan Gua Hira'. Maka tidak ramai yang dapat menghayati sirah Rasulullah SAW dengan sebaik-baik penghayatan.

Sebenarnya banyak lagi kesimpulan yang boleh dibuat mengenai kedudukan Nabi Muhammad SAW dari kaca mata Wahhabi. Semua kaedah yang diasaskan oleh mereka ini akan menyebabkan hilang rasa cinta dan hormat kepada Rasulullah SAW. Yang hanya ditekankan oleh mereka ialah ittiba' (mengikut). Itu pun dalam makna yang salah dan berpenyakit. Jarang kita melihat golongan Wahhabi mampu menghuraikan tentang cinta dan rasa hormat serta adab yang perlu ada dalam diri umat Islam terhadap Rasulullah SAW.

Kami teringat sebuah kisah di mana seorang tokoh GERAKAN WAHHABI yang membandingkan Rasulullah SAW dengan sebatang tongkat. Pada satu hari, apabila dia berada di hadapan pengikutnya, dia memerintahkan agar untanya bangun dengan berkata: "Dengan Nama Muhammad! Bangunlah." Tetapi unta tersebut tidak mahu bangun. Dia mengulangkan kata-kata yang sama di hadapan pengikutnya, dan unta tersebut tetap tidak mahu bangun. Lalu dia memukul unta itu dengan tongkatnya, lantas unta itu pun bangun. Dia pun berkata kepada pengikutnya: "Lihatlah! Tongkat aku ini lebih mampu memberi manfaat berbanding [Nabi] Muhammad [SAW di dalam maqam/kubur baginda]". Tujuannya ialah untuk menyatakan bahawa Rasulullah SAW itu tidak mampu berbuat apa-apa selepas wafat. [Astaghfirullah].

Dengan kaedah-kaedah dan fahaman di atas, FAHAMAN WAHHABI secara sedar atau tidak sebenarnya merobohkan rasa cinta dan hormat dalam diri umat Islam kepada Rasulullah SAW.

Soalan yang perlu ditanya oleh setiap daripada kita:


* Di manakah kedudukan Rasulullah SAW di dalam hati kita?

* Apakah yang telah kita lakukan apabila Rasulullah SAW direndah-rendahkan oleh orang Islam yang berfahaman berpenyakit atau orang bukan Islam yang sememangnya nyata sikap permusuhan mereka dengan Islam?

* Adakah kita tidak takut dihalau daripada hawd (telaga) baginda SAW di akhirat nanti kerana terpengaruh dengan fahaman yang cuba menjatuhkan martabat baginda SAW di mata umat baginda SAW?

Fikir-fikirkanlah.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Tue Nov 17, 2009 9:43 pm    Post subject: Reply with quote

Salam,

dipetik daripada http://bahrusshofa.blogspot.com/

Membataskan sumber hukum rugikan umat Islam

Oleh Hasliza Hassan
hasliza@bharian.com.my




Perbezaan pendapat hasil kajian, penyelidikan boleh pertingkat ilmu pengetahuan ummah

TINDAKAN mengehadkan sumber hukum hanya akan menyempitkan pandangan terhadap syiar Islam dan membantutkan penyuburan ilmu, sedangkan Islam menggalakkan umatnya meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahya, berkata sikap membataskan pandangan terhadap sumber hukum juga akan merugikan um

TINDAKAN mengehadkan sumber hukum hanya akan menyempitkan pandangan terhadap syiar Islam dan membantutkan penyuburan ilmu, sedangkan Islam menggalakkan umatnya meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahya, berkata sikap membataskan pandangan terhadap sumber hukum juga akan merugikan umat Islam.

Katanya, perbezaan pandangan hasil daripada kajian serta penyelidikan kepada sumber hukum yang pelbagai membolehkan umat Islam mempelajari lebih banyak perkara serta menghasilkan ketetapan memberi manfaat untuk kemajuan ummah.

"Islam sendiri membenarkan perbezaan pandangan atas perkara tertentu dan ia hendaklah dilakukan mengikut caranya. Jangan pula apabila berbeza itu kita mendabik dada mengatakan kita lebih baik dan mencemuh orang lain.

"Dalam bab hukum ini, jika hendak faham belajarlah usul fiqh," katanya pada seminar dakwah Memperkukuhkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah: Isu dan Cabaran Semasa anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di Kolej Dar al Hikmah, Sungai Ramal, Kajang, baru-baru ini.

Beliau berkata, jika semua boleh berlapang dada dan menerima perbezaan pandangan dalam hal membabitkan amalan agama dengan hati terbuka, maka tidak timbul sikap perselisihan hingga boleh memecahbelahkan umat Islam seperti berlaku hari ini.


Hashim berkata, dalam masalah cabang yang menjadi amalan umat Islam ada yang tidak mempunyai dalil khusus tetapi hujah berpandukan kepada dalil umum yang dikembangkan dan disusun dengan sempurna oleh ulama nusantara.

Antaranya, amalan berwirid selepas solat yang dikatakan tidak dibolehkan kerana Rasulullah SAW tidak melakukannya sedangkan Baginda menyuruhnya kerana amalan baik memang digalakkan.

Mengenai susunan zikir pula, Hashim berkata, ia adalah ijtihad ulama yang menyusunnya dengan tujuan memudahkan masyarakat umum yang mungkin tidak tahu apa hendak dibaca untuk meningkatkan amalan serta mendekatkan diri kepada ALLAH.

Begitu juga katanya, dengan amalan lain yang dikatakan tidak dilakukan Rasulullah SAW tetapi ulama melihat akan kebaikannya untuk mengembalikan dan mendekatkan umat Islam kepada ajaran Islam.
"Tidak ada dalil khusus tetapi ada dalil umum, jadi jangan terkeliru kerana ini akan merugikan umat Islam. Perlu faham kenapa ada galakan membaca Yasin yang menjadi amalan sejak dulu, kerana ketika Islam mula datang tidak ramai boleh membaca al-Quran.

"Jadi ulama kata, mari kita berkumpul dan baca ayat al-Quran iaitu surah Yasin. Jika dihalang, apa yang hendak dibaca jika yang dia tahu hanya surah Yasin. Sekurang-kurangnya ada ayat al-Quran yang dia boleh baca dan janganlah kata amalan itu bidaah," katanya.

Beliau berkata, perbezaan pandangan berkaitan perkara cabang dalam amalan agama jika dijadikan bahan untuk diperbahaskan hingga kiamat tidak akan selesai dan sebaiknya tenaga itu sepatutnya ditumpukan ke arah membanteras kemungkaran yang lebih jelas.

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Abdul Halim El-Muhammady, berkata gerakan aliran tidak bermazhab sudah bertapak di negara ini hampir satu abad tetapi tidak nampak sumbangan mereka dari sudut keilmuan dan pembangunan masyarakat.

Katanya, disebabkan tiada hasil karya ilmu berwibawa dan muktabar daripada golongan aliran tidak bermazhab menyebabkan ia tidak dapat diterima dalam arus perdana sama ada pada peringkat pemerintah atau masyarakat.

"Aliran tidak bermazhab ini sebenarnya tidak mempunyai asas kuasa yang kuat dari sudut keilmuan atau tidak cukup wibawa ulamanya jika dibanding dengan ulama beraliran mazhab serta karya mereka.

"Malah, aliran ini juga tidak berlaku dalam pengalaman negara Islam selepas penerimaan mazhab tertentu dalam masyarakat. Arab Saudi masih bermazhab Hambali, Turki dan Pakistan bermazhab Hanafi sementara Libya dan Tunisia bermazhab Maliki," katanya.

Beliau yang membentangkan kertas kerja bertajuk 'Pengaruh Fiqh Mazhab Syafie Dalam Pemikiran Masyarakat Melayu di Malaysia dan Cabaran Masa Kini' menjelaskan cabaran berlaku terhadap mazhab Syafie melalui tiga gelombang.

Gelombang pertama berlaku pada 20-an dan 30-an apabila golongan muda cuba mengemukakan idea baru yang berbeza dengan pegangan sedia ada oleh pelajar yang melanjutkan pengajian di Arab Saudi, Mesir dan India kerana terpengaruh pemikiran gerakan Islam di sana.

Usaha itu kemudian disambung gelombang kedua yang berlaku antara 1940-an dan 1960-an yang banyak menumpukan persoalan khilafiyyah lebih khusus hingga menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat awam tetapi ulama akhirnya sepakat bersetuju dengan pendirian ulama aliran mazhab Syafie.

Gelombang ketiga berlaku dari 70-an hingga kini dipelopori golongan muda menyambung pemikiran dan pendekatan golongan muda sebelumnya yang mempertikai beberapa amalan dalam masyarakat diambil daripada ulama aliran mazhab Syafie.

"Golongan ini tidak mengikat diri mereka dengan mana-mana mazhab muktabar yang diiktiraf dunia Islam dan mazhab Syafie di negara ini. Mereka anggap mereka layak berijtihad mutlak seperti imam muktabar kerana mereka adalah manusia dan tiada bezanya.

"Bagi orang yang mengkaji ilmu mengetahui ulama muktabar yang berijtihad lengkap dari segi ilmu asas syariah. Berijtihad tanpa ilmu yang lengkap dari sudut syariah, bahasa Arab dan kaedah usul fiqh boleh membawa kepada penyelewengan.

"Hal ini dapat dilihat bibitnya kebelakangan ini dengan kemunculan kelompok liberal yang tidak mahu terikat dengan kaedah epistemologi Islam dan kaedah usulnya memahami al-Quran dan sunnah hingga akhirnya membawa kecelaruan tafsiran sumber ajaran Islam," katanya.

Abdul Halim berkata, golongan berkenaan hakikatnya sudah melanggar adab berdakwah kerana tidak menghargai sumbangan ulama aliran mazhab Syafie, malah memperkecil serta memperlekehkan sumbangan mereka dari sudut ilmu dan pembangunan masyarakat.

Katanya, golongan itu juga menganggap ulama aliran mazhab Syafie membawa ilmu yang menjadikan umat Islam tidak tepat memahami Islam dan tidak ada usaha ijtihad dalam ilmu mereka tetapi hanya mengikut mazhab membabi buta atau disebut bertaqlid buta.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Tue Nov 17, 2009 9:48 pm    Post subject: Reply with quote

Salam,

http://al-ashairah.blogspot.com/2009/11/isu-wahhabi-jangan-jadi-seperti-empat.html

Isu Wahhabi: Jangan Jadi Seperti “Empat Orang Buta dengan Seekor Gajah”

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi ALLAH, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

1 Sudah agak lama penulis tidak dapat meluangkan masa untuk menulis di ruangan ini. Alhamdulillah, pengajaran bagi semester ini telah pun tamat dan para pelajar penulis pada waktu ini sibuk mengulangkaji bagi peperiksaan akhir. Pada semester yang lepas, penulis terpaksa memberi fokus kepada “subjek-subjek baru” di peringkat pasca siswazah. Semoga Blog al-Ashairah dapat terus berkongsi manfaat dalam memahami fitnah yang sangat gelap di akhir zaman ini. Fitnah yang memakai pakaian agama, menggunakan slogan agama yang memukau, namun pada hakikatnya ia adalah racun yang sangat berbisa dan sukar untuk diubati.

2 Dalam banyak pengajaran yang penulis kelolakan, penulis sentiasa menyatakan bahawa “Bid’ah” itu seumpama RACUN dan “Maksiat” itu umpama NAJIS. NAJIS adalah sesuatu yang buruk dari segi luaran dan dalaman. Orang ramai mudah mengelaknya. RACUN pula pada kebiasaannya mempunyai rupa zahir yang elok dan seringkali dihidangkan dengan makanan bagi membunuh mangsanya. Mangsa mungkin tidak sedar dia sedang memakan racun tersebut. Hanya golongan ulama’ lah yang mampu mengenalpasti RACUN “Bid’ah” tersebut.

3 Pada waktu ini, umat Islam Malaysia dilanda dengan Isu Wahhabi. Ia bukanlah isu yang baru, ia adalah bid’ah yang dijenamakan semula dengan pakaian dan gaya persembahan yang baru.

4 Di dalam sejarah umat Islam, bid’ah-bid’ah yang timbul pada akhirnya dapat dipadamkan kerana bid’ah-bid’ah tersebut tumbuh di kalangan para ulama’ yang muktabar. Para ulama’ muktabar terdahulu telah menjalankan kewajipan dengan begitu baik [Semoga ALLAH merahmati mereka] dalam menguburkan bid’ah-bid’ah tersebut seumpama bangkai yang tertutup rapat.

5 Namun begitu, di akhir-akhir zaman ini, pada waktu para ulama’ muktabar begitu sedikit dan sukar dikenali, kejahilan agama tersebar luas, keilmuan agama hanya dinilai berdasarkan sijil akademik semata-mata [hakikatnya, ini adalah tanda akhir zaman], maka bangkai-bangkai bid’ah yang digali semula oleh sesetengah manusia dibentangkan sebagai ilmu di tengah-tengah masyarakat. Masyarakat yang kebingungan menjadi keliru, lantas mengambil jalan mudah dalam mempelajari agama ini dengan mengambil apa yang ada di hadapan mata, di TV, Internet, Suratkhabar, dll. Sedangkan disiplin ilmu Islam yang sepatutnya berasaskan “Talaqqi” dan “Suhbah” diabaikan.

6 Penulis ingin berpesan kepada umat Islam di luar sana, khasnya para Bloggers, agar tidak mudah-mudah mengeluarkan kenyataan mengenai Wahhabi jika anda tidak tahu. Ini adalah kerana “saham bid’ah” juga mungkin anda perolehi tanpa anda sedari. Penulis telah melihat banyak penulis dan pelayar internet yang meletakkan komen-komen di website dan blog bagi mempertahankan Wahhabi. Tanpa mereka sedari, mereka sebenarnya mempertahankan bid’ah yang sangat dikeji oleh para ulama’. Imam al-Shafie r.a. pernah berkata: “Aku lebih suka untuk engkau bertemu dengan ALLAH dengan segala maksiat di atas muka bumi ini kecuali syirik, daripada engkau bertemu dengan ALLAH nanti dengan sedikit daripada ahwa’ (mengikut hawa nafsu dalam agama, iaitu bid’ah).” Elok juga kalau penulis mengarang berkenaan “BAHANA BID’AH” di masa akan datang.

7 Ramai juga Bloggers yang mencipta teori berdasarkan pandangan politik mereka yang sangat sempit. Rasa sedih melanda penulis apabila melihat orang awam mula bercakap-cakap isu yang sangat serius di dalam agama tanpa ilmu yang jelas. Janganlah sampai perkataan kita ini membawa malang yang besar di akhirat nanti. Saidatina Aishah r.a. pernah berkata: “Barangsiapa yang memuji ahli bid’ah, maka dia telah menolong memusnahkan agama Islam.” Lihatlah betapa buruknya bid’ah di mata para sahabat r.a. AGAMA KAMU, AGAMA KAMU….peliharalah.

8 Ramai juga ahli agama yang mahu mengulas berkenaan isu Wahhabi, tetapi tak ubah seperti kisah “Empat Orang Buta dengan Gajah”. Melihat Wahhabi hanya daripada satu perspektif dan tidak menyeluruh. Maka, ada yang kata Wahhabi macam “tali” kerana memegang belalainya, ada yang kata Wahhabi macam “dinding” kerana memegang badannya, ada yang kata Wahhabi macam “tiang” kerana memegang kakinya, ada yang kata Wahabi macam “daun” kerana memegang telinganya. Ada juga yang kata Wahhabi ini isu “tingkap” sahaja, ada Wahhabi yang kata tak kenal apa itu Wahhabi dan bermacam-macam lagi ulasan yang dibuat tidak berlandaskan pandangan MAJORITI ULAMA’ MUKTABAR, tetapi hanya berdasarkan pandangan peribadi.

9 Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian penulis berdasarkan kaedah al-istiqra’, Wahhabi boleh dilihat dari lima (5) perspektif, iaitu fiqh, aqidah, tasawwuf & tarikat, sejarah dan keselamatan negara.

10 Mereka yang melihat Wahhabi dari perspektif fiqh (e.g. qunut, air musta’mal, kaifiyyat tayammum, dll) sering menyatakan bahawa Wahhabi isu furu’ (cabang), tak perlu diperbesarkan, isu remeh temeh, dsb. Mereka terlupa bahawa Wahhabi juga banyak menolak hukum-hukum fiqh yang telah menjadi ijma’ (e.g. wajib qadha’ solat yang sengaja ditinggalkan, talak tiga dalam satu majlis jatuh tiga, hukum mengikut mazhab muktabar, dll), mereka juga terlupa bahawa Wahhabi banyak MENGHARAMKAN YANG HALAL di dalam ibadat, bahkan Wahhabi banyak mengkafirkan orang lain dalam isu furu’ dan sehingga mencaci hukum ahkam dan mazhab yang disusun oleh para ulama’ dan awliya, dll. Mereka yang melihat Wahhabi sebagai isu furu’ fiqh biasanya sering berkata: “Tak perlulah kita kecoh-kecoh, ini isu furu’ jer, tak usah gaduh….”. Sebenarnya orang seperti ini tidak mengenal Wahhabi sepenuhnya.

11 Ada juga yang melihat Wahhabi dari perspektif sejarah semata-mata. Mereka mengakui bahawa Wahhabi ada kaitan dengan kerajaan British dalam menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Namun begitu, mereka berkata: “Ini isu lama. Tak guna bincang pada hari ini. Benda dah berlalu.” Orang seperti ini juga memandang isu Wahhabi dengan pandangan sebelah mata. Hakikatnya mereka tidak dapat mengenal perkembangan Wahhabi dan fahamannya. Mereka tidak sedar Wahhabi telah memusnahkan begitu banyak kesan sejarah Islam di semenanjung Arab.

12 Penulis mula mengenali Wahhabi dari perspektif Aqidah, berkaitan dengan sifat-sifat ALLAH dan ayat-ayat mutashabihat. Mereka yang melihat Wahhabi dari perspektif aqidah (e.g. sifat-sifat ALLAH, ayat-ayat mutashabihat, af’al al-ibad, kewajipan menghormati Rasulullah SAW, kaedah takfir, menolak ijma’, mempertikaikan karamah dan konsep barakah, dll) biasanya kurang bertolak ansur dengan isu Wahhabi. Bahkan, ramai para ulama’ yang menentang Wahhabi memberi penekanan kepada aspek ini. Ini sebenarnya adalah “titik-titik” pertelingkahan dan perbezaan yang besar di antara Wahhabi dan Ahli Sunnah wal Jama’ah. Namun begitu, ramai juga para ilmuan agama yang tidak dapat memahami “titik-titik” ini.

13 Keseriusan isu Wahhabi ini juga dapat dilihat daripada perspekti Tasawwuf & Tarikat. Golongan Wahhabi sangat membenci golongan Sufi. Bahkan mereka begitu benci dengan istilah Tasawwuf. Golongan Wahhabi sering mengkafirkan, bahkan ada yang membunuh golongan ahli Sufi dan Tarikat yang muktabar. Banyak amalan-amalan Tasawwuf yang ditentang dan dikafirkan oleh golongan Wahhabi seperti zikir berjemaah, zikir ism al-dhat – ALLAH, ALLAH, penggunaan tasbih, tahlil, hadiah pahala dan banyak isu-isu lain. Golongan Wahhabi terlupa sebenarnya mereka memusuhi ramai para Wali ALLAH yang besar-besar apabila mereka memusuhi ulama’ Tasawwuf dan Tarikat. Mereka yang menilai Wahhabi daripada isu Tasawwuf dan Tarikat dapat memahami keseriusan isu Wahhabi ini.

14 Ada juga yang mula mengenali isu Wahhabi daripada perspektif keselamatan negara. Pihak berkuasa kerajaan pada kebiasaannya mula mengenal fahaman Wahhabi hasil daripada kajian mereka ke atas golongan berfahaman ekstrim yang ditahan. Hampir kesemua yang ditahan mempunyai latar belakang Wahhabi yang kuat. Mereka menyanjung tokoh-tokoh Wahhabi dan membaca buku-buku mereka serta mudah mengkafirkan umat Islam yang lain dan menghalalkan darah mereka kerana berpegang dengan kaedah takfir fahaman Wahhabi. Isu ini pernah diperkatakan di parlimen Indonesia. Oleh sebab itu, ramai pegawai di bahagian keselamatan negara yang memahami keseriusan isu ini.

15 Oleh itu wahai umat Islam, lihatlah isu Wahhabi ini daripada kelima-lima perspektif ini, pasti anda akan dapat memahi keseriusan para ulama’ menilai fahaman dan gerakan Wahhabi ini. Dan janganlah menjadi seperti “Empat Orang Buta dan Seekor Gajah”.
Ya ALLAH! Peliharalah kekuatan Ahli Sunnah wal Jama’ah di dalam umat ini, jauhilah mereka daripada fitnah yang melanda agama mereka, bantulah umat ini menolak dan memerangi golongan ahli bid’ah dan musuh-musuh mereka.

16 Marilah kita bersama-sama bersolat hajat, membaca Yasin, membaca Hizb al-Bahr, solat sunat Tasbih, Hajat & Taubat, atau/dan lain-lain, dan berdoa semoga memelihara pegangan Ahli Sunnah wal Jama’ah di Malaysia ini khususnya, dan seluruh dunia amnya. Amin, Ya Rabbal Alamin.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Tue Nov 17, 2009 9:53 pm    Post subject: Reply with quote

Salam,

dipetik dari http://al-ashairah.blogspot.com/search/label/Ulama%27%20Menolak%20Wahhabi


Al-Allamah Al-Sheikh al-Tabbani Seorang Alim Mekah Yang Mengajar di Masjidil Haram Selama 50 tahun Membongkar Kesesatan al-Wahhabi

Berkenaan al-Allamah Al-Sheikh al-Tabbani – Tak kenal maka tak cinta

1. Al-Allamah Al-Tabbani adalah di antara salah seorang ulama’ terbilang di Mekah pada zamannya dan juga berketurunan Rasulullah SAW. Beliau mengajar di Masjidil Haram (Mekah) dan beberapa madarasah di sekitar Masjidil Haram dari tahun 1338H sehingga 1390H. Iaitu sekitar dari 1919/1920M sehingga 1969/1970, lebih kurang 50 tahun. Beliau juga mengajar di Masjid al-Nabawi di Madinah dalam ziarah-ziarah beliau ke sana. Dalam erti kata lain, beliau adalah pengajar “al-Haramayn” – Mekah dan Madinah. Beliau juga melihat perkembangan Wahhabi di hadapan mata beliau sendiri.


2. Para guru-guru beliau terdiri daripada para ulama’-ulama’ yang besar pada zamannya. Beliau belajar daripada ulama’-ulama’ di Tunisia (Universiti Zaytunah), di Damsyik, Syria, Madinah al-Munawwarah dan Mekah al-Mukarramah, dll, sebelum terus menetap di Mekah al-Mukarramah.


3. Hampir kesemua ulama’-ulama’ Mekah yang terkemuka selepas beliau adalah anak-anak murid beliau seperti:

* Al-Sayyid Muhammad Amin Kutbi
* Al-Sayyid ‘Alawi al-Maliki
* Al-Sayyid Muhammad Ibn Al-Sayyid ‘Alawi al-Maliki
* Al-Sheikh Muhammad Nur Sayf
* Al-Sheikh Ismail al-Zayn, dan banyak lagi.


4. Beliau wafat pada hari Khamis, 22 Rabiul Awwal tahun 1390H dan dikebumikan di perkuburan al-Ma’lah di Shu’bah al-Nur berdekatan dengan maqam Saidatina Asma’ al-Siddiqiyyah Bint Saidina Abu Bakr al-Siddiq r.anhuma [Semoga ALLAH meredhai dan merahmati kita dengan kedudukan mereka di sisi-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin].


Pembongkaran Beliau tentang Kesesatan Wahhabi dan Jenayah Ilmiah yang dilakukan oleh Ulama’ Yang Disanjung oleh Wahhabi di dalam Kitabnya "Bara’ah al-‘Ash’ariyyin"


5. Beliau menggunakan nama pena beliau “Abu Hamid Ibn Marzuq” di dalam mengarang kitab ini bagi memelihara keselamatan beliau yang hidup di bawah pemerintahan Wahhabi. Bahkan, banyak juga penerbit buku di Tanah Arab yang menerbitkan buku menolak fahaman Wahhabi terpaksa menggunakan "nama syarikat yang tidak wujud" bagi mengelakkan konflik yang tegang dengan golongan Wahhabi dan bagi menjamin keselamatan mereka.


6. Di Malaysia, Wahhabi baru sampai ke tahap saman-menyaman, di banyak negara-negara lain, pembunuhan menjadi salah satu kaedah mereka berdepan dengan penolakan dan perbezaan pendapat daripada orang lain. Banyak lagi sebenarnya kekejian perlakuan Wahhabi terhadap orang yang berbeza pendapat dengan mereka.


7. Tanyalah kepada golongan Wahhabi di Malaysia:


“Siapakah yang mula-mula mengambil tindakan konfrontasi yang jijik dan kotor dengan menghantar surat kepada pihak berkuasa yang menfitnah seorang pegawai agama di JAKIM dengan tuduhan beliau membawa ajaran Syi’ah sehingga pegawai tersebut hampir-hampir ditukarkan ke Sabah?!”


“Siapakah yang menghalang tiga ulama’ dan pendakwah dunia Islam: Al-Habib Munzir al-Musawa, al-Habib Abdullah al-Attas dan Sayyid Abdurrahman Al-Junaid daripada memasuki negeri Perlis dalam usaha dakwah mereka dengan pelbagai tuduhan serta ugutan tangkap pada tahun 2007?” Untuk maklumat, sila ke:


http://majelisrasulullah.org/index.php?option=com_content&task=view&id=114&Itemid=29 [Baca tajuk Perlis].


Mungkin wartawan ataupun orang ramai boleh bertanya kepada mantan mufti Perlis berkenaan isu ini.


8. Di sini, penulis nukilkan terjemahan bagi sebahagian kecil daripada buku “Bara’ah al-Ash’ariyyin min ‘Aqaid al-Mukhalifin” yang dicetak pada tahun 1968 yang mungkin cukup untuk menggambar sikap dan watak golongan Wahhabi. Fahamilah.




Maksudnya:


“Dan terkumpul asas-asas akidah Muhammad Ibn Abdul Wahhab dan para pengikutnya pada empat perkara:

* Menyerupakan (tashbih) ALLAH SWT dengan makhluk-Nya; dan
* Tawhid al-Uluhiyyah dan al-Rububiyyah; dan [Tambahan penulis: Tauhid versi inilah yang merupakan asas bagi “Kaedah Takfir” fahaman Wahhabi] [Insya-ALLAH, akan dibincangkan kemudia]
* Tidak menghormati Nabi SAW; dan
* Mengkafirkan umat Islam.


Dan dia sebenarnya adalah pengikut kepada Ahmad Ibn Taymiyyah dalam setiap perkara tersebut, dan dia (Ibnu Taymiyyah);

* adalah pengikut al-Karramiyyah dan Mujassimah al-Hanabilah dalam asas pertama
* serta mengikut kedua golongan tersebut (al-Karramiyyah dan Mujassimah al-Hanabilah) serta golongan al-Haruriyyin [Tambahan penterjemah: salah satu golongan Khawarij] pada asas akidah yang keempat; dan
* adalah pereka kepada Tauhid al-Uluhiyyah dan al-Rububiyyah yang terbit daripada (tauhid) ini juga (asas) tidak mengangungkan/menghormati Rasulullah SAW dan pengkafiran kepada umat Islam.


Dan kepercayaan dalam menukilkan agama di sisi mereka (Wahhabi) hanya terhad padanya (Ibnu Taymiyyah) dan anak muridnya Ibn al-Qayyim serta Muhammad Ibn Abdul Wahhab.


Mereka tidak mempercayai dengan mana-mana orang alim daripada ulama’ umat Islam dan tidak memberi nilai kepadanya (mana-mana orang alim) melainkan apabila mereka mendapati pada kata-katanya keserupaan yang menyokong hawa nafsu mereka.


Sesungguhnya, agama Islam yang luas ini hanya tertumpu para ulama’nya pada tiga orang ini (di sisi Wahhabi).


Dan umat (Nabi) Muhammad SAW yang dirahmati dan yang telah tersebar sejak perluasan pembukaan Islam di era pemerintahan Zun al-Nurayn (Saidina) Uthman r.a. sehingga ke zaman kita ini dan telah sampai ke lebih daripada satu perempat bumi dan umat inilah:

· yang mempunyai ulama’ dan pengarang kitab paling ramai, dan

· umat inilah 2/3 ahli syurga seperti di dalam hadis yang sahih;

(namun begitu, pengertian umat nabi Muhammad SAW yang selamat) hanyalah terhad kepada mereka (Wahhabi) dan ulama’ mereka yang tiga itu sahaja.


Dan setiap seseorang yang mempunyai ketajaman/keluasan ilmu yang membaca karangan-karangan Ibn al-Qayyim dan risalah-risalah Muhammad Ibn Abdul Wahhab tanpa ada kecenderungan tertentu dan bersikap dengan adil akan mendapati bahawa kedua-dua mereka adalah merupakan pengikut kepada Ibn Taymiyyah dalam semua kefahamannya, mempertuhankan hawa nafsunya dan mempunyai keunikan (dengan dua ciri dalam penulisan mereka):


* Pertamanya: Mempertahankan pandangan-pandangannya (Ibnu Taymiyyah yang) pelik dan janggal (shazz) dengan sesungguh-sungguhnya “seakan-akan orang kurang bijak” [Tambahan penterjemah: “…” terjemahan yang sangat lembut digunakan oleh penulis]
* Dan apa yang mereka tulis dengan baik di dalam penyelidikan-penyelidikan mereka sebenarnya mereka ambil daripada hasil tahqiq orang (ulama') terdahulu daripada ulama’ umat Islam dan mereka mengambilnya dengan begitu banyak namun tidak menyandarkannya kepada pentahqiq (asal)nya (seperti mana - berdasarkan prinsip -amanah menukilkan ilmu daripada ulama')"


Sekian terjemahan.


9. Banyak yang boleh diulas daripada petikan di atas. Namun, penulis tidak bercadang untuk mengulas dengan lebih panjang. Bagi para pengkaji di luar sana, carilah kitab yang sangat hebat dan bermanfaat ini.


10. Kepada para Wahhabi, bersangka baiklah dengan Al-Allamah al-Tabbani dan ulama’-ulama’ lain yang menolak Wahhabi sepertimana kamu bersangka baik dengan Ibnu Taymiyyah, Ibnu al-Qayyim dan Muhammad Ibn Abdul Wahhab. Tanpa bersangka baik dengan para ulama’, kamu tidak akan sampai kepada natijah yang benar.


11. Ketika penulis mengkaji isu ini, penulis mengambil sikap bersangka baik dengan semua para ulama’ (termasuk ulama’ wahhabi) dengan tanggapan setiap orang mencari kebenaran. Namun begitu, natijah yang penulis dapat – setelah berdoa, mengkaji dan menghadiri kuliah para ulama’ termasuk ulama’ Wahhabi, dll – ialah KESELAMATAN AGAMA ADALAH BERSAMA DENGAN MAJORITI ULAMA’ dan penilaian bagi sesuatu isu itu mestilah berdasarkan PERSPEKTIF MAJORITI ULAMA’. Dan hasil kajian penulis ini mempunyai dalil yang kuat dan sangat jelas daripada Hadis Rasulullah SAW.


12. Kepada masyarakat umum yang keliru, tak perlulah tuan-tuan dan puan-puan melalui liku-liku perjalanan ilmiah yang cukup “merbahaya” ini, khasnya berkaitan isu aqidah, dan khasnya lagi berkaitan perbahasan sifat bagi Zat Yang Maha Agung. Ada juga yang tidak dapat melepasinya dengan selamat dan tergelincir, lalu akidah bid’ah bersarang di dalam diri.


13. Ingatlah pesanan Imam al-Ghazali r.a., masyarakat awam tidak sesuai (bahkan haram) membahaskan dan mempelajari isu akidah yang rumit kerana perbahasan ini menuntut syarat-syarat yang sangat ketat. Cukuplah berpegang dengan Majoriti Ulama’ (Al-Asha’irah dan Al-Maturidiyyah dalam pengajian akidah) dalam menyelamatkan agama di akhir zaman yang penuh dengan fitnah ini.


14. Berpeganglah dengan Akidah Khamsin/Lima puluh [20 sifat wajib + 20 sifat mustahil + 1 sifat harus bagi ALLAH dan 4 sifat wajib + 4 sifat mustahil + 1 sifat harus bagi Nabi/Rasul = 50 sifat] dan berusahalah menghayatinya melalui pengajian Tasawwuf dan berusahalah menjalaninya dengan Fiqh.


Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Ya ALLAH! Rahmatilah, berkatilah, ampunilah, berilah hidayah kepada umat kekasih-Mu Nabi Muhammad SAW! Amin Ya Rabbal Alamin.
Posted by Al-Ashairah at 10:32 PM 0 comments
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Tue Nov 17, 2009 9:56 pm    Post subject: Reply with quote

Salam,

dipetik dari http://al-ashairah.blogspot.com/search/label/Ulama%27%20Menolak%20Wahhabi

Al-Allamah Al-Mufassir Al-Muhaddith Al-Sheikh Husayn Sami Badawi Al-Shafi’e Menjelaskan Bahaya Tashbih dan Tajsim Yang Muncul Pada Waktu Ini

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala puji bagi ALLAH, Tuhan semesta alam,

Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, rahmat ke seluruh alam,

Juga kepada ahli keluarga dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;





1. Al-Sheikh Husyan Sami Badwi al-Shafie dilahirkan pada 1320H dan wafat pada tahun 1362 H merupakan seorang ahli tafsir dan ahli hadis bermazhab Shafi'e daripada keluaran ulama' Al-Azhar. Melalui buku ini, kita mendapati beliau menolak dengan sangat tegas fahaman Wahabi yang membawa Aqidah Tashbih & Tajsim yang sedang mula bertapak di Mesir pada waktu itu.


2. Buku “al-Hujjah al-Damighah li shubhat al-mujassimah al-za’ighah” [Yang Bermaksud: Hujah Yang Mampu Mematahkan Shubhat-shubhat Golongan Pentajsim Yang Menyeleweng daripada Kebenaran” merupakan salah satu daripada risalah yang telah beliau karang pada zaman beliau di awal kebangkitan fahaman Tashbih dan Tajsim di Mesir yang dibawa oleh puak yang menggelar diri mereka “Ansar al-Sunnah”.


Komen penulis: Kalau tak silap, puak ini masih ada di Mesir dan merekalah yang bertanggungjawab mengumpul semula fatwa-fatwa Ibnu Taymiyyah menjadi satu majmu’ah (kumpulan) fatwa.


Di dalam buku ini, beliau menyatakan bahawa beliau akan terus menumpukan usaha memerangi golongan yang membawa fahaman Tashbih dan Tajsim ini.


3. Yang menarik pada muqaddimah buku kecil ini, pihak penerbit buku ini ada menyatakan rasa kesalnya dengan senario “membisu” di kalangan sebahagian orang berilmu:


“Setiap daripada kami berharap semoga risalah ini – dan yang lain-lain yang kami berazam untuk menerbitkannya/menyebarkannya – diterima baik dan tersebar, pada waktu di mana golongan-golongan yang memiliki kebenaran mendiamkan diri daripada berterus terang, kerana takut, rendah hina dan tunduk demi menjaga pekerjaan dan pangkat, undangan ke seminar-seminar, dan penyertaan di dalam perhimpunan-perhimpunan.”


Komen penulis: Maka hendaklah setiap daripada kita (khasnya para ustaz) menilai diri masing-masing, adakah kita takut menyatakan kebenaran hanya semata-mata takut tidak mendapat tempat di dalam masyarakat untuk berceramah, mengajar? Atau takut tidak mendapat kawan? dan sebagainya?. Pendakyah Wahabi sanggup menerima penolakan daripada masyarakat kerana memperjuangkan aqidah dan fiqh yang menyeleweng, sebaliknya kita yang berada di pihak kebenaran takut untuk bersuara? Fikir-fikirkanlah.


4. Di dalam buku yang kecil ini, al-Sheikh Husayn Sami Badwi dengan terus terang menggunakan tajuk Mushabbihah dan Mujassimah di dalam beberapa bahagiannya dan menceritakan latar belakang fitnah ini, pendapat para ulama’ mengenai golongan Mushabbihah dan Mujassimah, dan kaedah Ahli Sunnah dan Jama’ah memahi ayat al-Quran Muhkam dam Mutashabihat, dan lain-lain. Kemudian beliau menekankan bahawa fitnah Tashbih dan Tajsim telah timbul semula setelah ia terkambus sebelum ini, beliau berkata (ms 30).


“ Dan sesungguhnya telah timbul di zaman kita ini satu golongan yang menjadikan asas pemikiran mereka menyeru kepada mazhab al-Mujassimah yang telah sepakat/ijma’ umat Islam di atas kebathilannya serta penyelewengan para pemikulnya. Dan golongan ini telah memukau masyarakat awam dan seumpama mereka dengan makna-makna zahir ayat-ayat al-Quran dan hadis yang mutashabihat setelah melucutkan mereka daripada kefahaman menyeluruh nas-nas yang muhkam. Hal keadaan mereka itu sebenarnya memesongkan masyarakat awan daripada kaedah yang kukuh dan jalan yang lurus yang telah dipegang secara berterusan oleh umat Islam sejak era Salafus Soleh sehingga ke zaman kita sekarang ini..”.


5. Beliau juga menyatakan empat sebab mengapa golongan seperti ini terpesong dari jalan yang lurus.


Terjemahan:


1. Kejahilan mereka mengenai ALLAH Yang Maha Agung, dan nama-namaNya yang indah dan sifat-sifatNya yang mulia yang menjadi bukti bahawa Maha Suci Dia SWT daripada menyerupai makhluk ciptaanNya.


2. Kehilangan cahaya hati yang dengannya seorang Mukmin itu dapat membezakan di antara kebenaran dan kebathilan, dan di antara petunjuk dan kesesatan.


3. Kejumudan mereka untuk berpegang dengan makna-makna zahir nas-nas Mutashabihat, dan kealpaan mereka daripada qarinah-qarinah yang menunjukkan kepada penyelidik yang bersikap adil tentang makna yang dikehendaki dengan nas-nas tersebut, sama ada daripada ayat-ayat Muhkamat atau daripada konteks ayat.


4. Kejahilan mereka yang melampau berkenaan majaz (kiasan) bahasa dan keluasan makna bahawa arab dan kaedah penerangan yang diturunkan al-Quran al-Karim dengannya dan yang dituturkan oleh sefasih-sefasih bangsa Arab, iaitu, penghulu dan ketua kita, (Nabi) Muhammad SAW.”


Komen penulis: Insya-ALLAH, kami akan bentangkan akan datang kata-kata ulama’ bahawa "Di antara pokok-pokok kekufuran itu ialah berpegang dengan semua makna zahir al-Quran dan al-Sunnah".


Huraian


6. Al-Sheikh telah memberi amaran kepada kita semua tentang FITNAH AQIDAH TASHBIH DAN TAJSIM yang sedang melanda umat Islam masa kini sejak dulu lagi. Apakah kita tidak mengambil manfaat pesanan ini?


7. Masihkan kita beranggapan bahawa kita semua tidak perlu menolak Wahabi kerana takut berlaku perpecahan di dalam masyarakat? Atau sebenarnya di dalam diri kita ada shahwat yang tersembunyi yang ingin mencari kedudukan yang baik di dalam masyarakat walaupun terpaksa membiarkan dan merelakan fitnah aqidah ini tersebar di dalam masyarakat? Muhasabah diri dan fikir-fikirkanlah.


Wassalam.


"Hanyasanya yang mengambil peringatan itu adalah golongan ulul-albab".
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
Awang Selamat
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 13 Feb 2007
Posts: 516
Location: Dimana langit diJunjung

PostPosted: Wed Nov 18, 2009 9:47 am    Post subject: Reply with quote

ih..ih..ih.....

hamba baca posting Tuan Qah ni terasa panjang, ni kan nak menaip macam beliau.......

......justeru itu hamba mengambil kesempatan ini ingin memperkenalkan ulama nusantara yg telah diterbitkan Oleh PENGKAJI KHAZANAH FATHANIYYAH.

Di dalam nya ada menceritakan perihal kisah perjuangan Ulama Nusantara
dalam menyebarkan agama di Nusantara khasnya.....

dalam buku berjilid tersebut ada sedikit sebanyak bagaimana menceritakan penentangan Kaum Tua Terhadap kaum muda ni.....

ada macam2 kisah...ada tu guru nya tergolong dalam gol. kaum Tua, anak muridnya jadi pejuang golongan kaum muda.....dan macam2 lagi....

bukan tujuan hamba hendak menolak ulama dari timur tengah....bahkan ada juga hamba ambil pengajian dari aliran mereka ni......

cuma ulama nusantara ni lebih SINONIM DENGAN DIRI KITA, KERANA MEREKA DALAM BUDAYA KITA, ADAT KITA DAN SAMA DGN KULIT DGN KULIT KITA....JADI MEREKA LEBIH HALUS DARI SUDUT KUPASANNYA SESUAI DGN BANGSA KITA IAITU BANGSA MEREKA SENDIRI......

Bagi sesiapa yang hendak memiliki buku ini boleh menghubungi saudara Azrul di Talian 0163520094

atau bolehlah menghubungi nickname "miftahulsudur"....

Bukunya berharga RM 30 sahaja...

sekian wassalam....
Back to top
View user's profile Send private message
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Wed Nov 18, 2009 5:28 pm    Post subject: Reply with quote

Salam Tuan Awang Selamat,

mana ada taip2, copy and paste sahaja. ilmu yg bermanfaat harus disebarkan.

wassalam.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
JebatRebel
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 15 Oct 2001
Posts: 460
Location: KAJANG

PostPosted: Wed Nov 18, 2009 10:29 pm    Post subject: saya baca... Reply with quote

salam...tak per ...paste pong ok gak...memang ler panjang...jebat x kisah...rasa2 panjang x yah baca....TnQulAmirulHakim teruih kan ajer paste2 tu...bermanfaat ...InsyaALLAH...
Back to top
View user's profile Send private message MSN Messenger
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Wed Nov 18, 2009 10:34 pm    Post subject: Reply with quote

Salam,

Jangan hamba saja copy and paste, yg lain kena turut serta utk menambah ilmu dan memperkayakan pengetahuan tth Bahaya Wahabi ni...cuma artikel yg nak copy and paste tu kenalah ada unsur2 ilmiah, jgnlah artikel hentam semberono saja, kerana puak Wahabi dok perhati tu...kita kena bagi contoh yg baik pada mereka kalau nak menjinakkan hati mereka.

wassalam.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Wed Nov 18, 2009 10:36 pm    Post subject: Reply with quote

Salam,

Kegembiraan RSAW adalah kegembiraan kita,
Kesedihan RSAW adalah kesedihan kita,
Kerisauan/peringatan RSAW patut juga menjadi kerisauan/peringatan kita.

wassalam.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Thu Nov 19, 2009 4:34 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

dipetik dari http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/210

Perkataan Ulama Nusantara tentang Wahhabi oleh Ust Abdullah (al-fanshuri) May 20, '08 12:28 AM
for everyone

Al-Marhum Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Abdullah Fahim. Tokoh ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Seorang ulama tersohor. Perhatikan apa yang beliau katakan.


بسم الله الرحمن الرحيم. الحمدلله والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه . اما بعد

Tuan-tuan sedia maklum, beratus-ratus tahun bahawa orang bangsa Melayu se Malaya ini dari peringkat ke bawah hingga peringkat ke atas, awam-awam, qadhi-qadhi, ulama-ulama, menteri-menteri, hingga raja-raja, sekalian mereka itu bermazhab dengan Mazhab al-Imam asy-Syafie ijma'an. Tiada seorangpun yang bermazhab lain daripada mazhab Syafie (يحرم خرق الاجماع).





Ambil mereka itu hukum-hukum feqah Syafie daripada kitab Tuhfah, dan kitab Nihayah hingga kitab al-Umm dan mukhtasharatnya dan terjemahnya kepada bahasa Melayu seperti Sabil al-Muhtadin, Bughyah al-Tullab, dan Matla’ al-Badrain dan lainnya. Usuluddin atas perjalanan Abi al-Hasan al-Asy'ari. Diambil dari syuruh dan hawasyi Umm al-Barahin, dan Jauharah dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu. Ilmu tasawuf atas perjalanan al-Imam al-Ghazali diambilkan daripada Minhaj al-Abidin, Ihya' Ulumiddin dan terjemahnya kepada bahasa Melayu, seperti Sair as-Salikin. Maka ini kitab-kitab dan seumpamanya, segala hukum dalamnya kesemuanya mengistinbat daripada al-Quran dan hadits yang dihalusi dan ditapis oleh ulama-ulama ajilla', diamal dengan dia sudah lebih daripada seribu tahun dan diterjemah kepada bahasa Melayu beratus-ratus tahun.'



[Dirumikan dari tulisan tangan Tuan Guru Hj Abdullah Fahim yang disiarkan di dalam buku Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (2); Terbitan Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan; Cetakan Tahun 1996; Halaman 39]


Antara pesanan al-Marhum Tuan Guru lagi:

“(Nasihat) supaya jangan berpecah belah oleh bangsa Melayu sendiri. Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab empat mazhab ahli al-Sunnah wal Jamaah [yang beliau maksudkan adalah golongan kaum muda @ Wahabi][1]. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang sejati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu……. hukum-hukum mereka itu diambil dari kitab Huda al-Rasul yang mukhasar daripada kitab Huda al-‘Ibad dikarang akan dia oleh Ibnu Qayyim al-Khariji, maka Ibnu al-Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama' ahl as-Sunnah wa al-Jamaah

Tuan-tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum-hukum yang tiada terpakai dalam mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu masalah yang buruk-buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri ……





Bahkan pesanan beliau lebih keras lagi:



“Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu, maka bunuhlah akan dia …….”



[Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (2); Terbitan Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan; Cetakan Tahun 1996; Halaman 37 dan 38]



Notakaki:

Menurut Sayyid Muhammad Amin ibn Sayyid Umar ibn Sayyid ‘Abdul al-‘Aziz ibn Sayyid Ahmad ibn Sayyid ‘Abdurrahim ibn Sayyid Najmuddīn ibn Sayyid Muhammad Shalahuddīn atau lebih dikenali sebagai ‘ Imam Ibn ‘Abidin asy-Syami [wafat 1252H/1836M] menyebut didalam kitabnya Raddul Muhtar ‘ala ad-Durrul Mukhtar:



Bab: Berkenaan Pengikut-pengikut [Muhammad] Ibn Abdul Wahhab, Golongan Khawarij Dalam Zaman Kita.


…sepertimana yang berlaku pada masa kita ini pada pengikut [Muhammad] Ibn Abdul Wahhab yang keluar dari Najd dan menakluki al-Haramayn (Mekah dan Madinah) dan mereka bermazhab dengan mazhab al-Hanbali tetapi mereka ber’iktikad bahawa hanya mereka sahajalah orang Islam dan orang-orang yang bertentangan akidah dengan mereka adalah kaum Musyrik. Dengan ini mereka pun menghalalkan pembunuhan Ahli Sunnah dan pembunuhan ulama’-ulama’ mereka sehingga ALLAH SWT mematahkan kekuatan mereka dan memusnahkan negeri mereka dan askar Muslim berjaya menawan mereka pada tahun 1233 H.



[Terjemahan ini dan gambar kitab dan helaiannya berkenaan diambil dari blog al-ashairah]



Al-Marhum Tuan Guru Haji Muhammad bin Haji Wan Idris Bermin al-Fathani atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Bermin (1290H/1873M - Khamis 29 Zulkaedah 1376H/27 Jun 1957M). Beliau merupakan shahabat kepada Tok Kenali dan Tok Kelaba.

Di dalam sebuah manuskrip tulisan tangan Tok Bermin yang dimiliki oleh al-Marhum Tuan Guru Haji Wan Muhammad Shaghir, dimana didalam kitab tersebut Tok Bermin meriwayatkan peristiwa kedatangan dua orang dari Minangkabau ke Legor menyebarkan ajaran Kaum Muda [Wahabi]. Mukadimah tulisan Tok Bermin adalah sebagai berikut:

Dan adalah pada hari Sabtu, 26 Syawal, dan hari Isnin, 28 Syawal juga, pada tahun [atau] sanah 1347 [Hijrah], perhamba al-Haji Wan Muhammad Bermin, Jambu, periksa dan tanya akan ‘Abdullah dan Burhan orang Minangkabau. Yang keduanya [itu adalah] setengah daripada Kaum Muda [Wahabi] yang duduk berjalan menyesatkan orang-orang. Di dalam negeri Legor diperiksa di dalam Masjid al-Haji Mat, Kampung Baru. Dan di dalam Masjid al-Haji Mahmud di hadapan Imam Shiddiq, dan Penghulu Hamzah, dan al-Haji Mat sendiri dan al-Haji Mahmud, dan beberapa banyak daripada manusia.


[Tarikh kejadian yang disebut oleh Tok Bermin iaitu 26 dan 28 Syawal 1347H itu adalah bersamaan dengan 6 dan 8 April 1929M. Memperhatikan tarikh ini bererti masih dalam lingkungan tahun-tahun yang sama dengan pertentangan Kaum Tua dan Kaum Muda di Sumatera. Tok Bermin lahir pada tahun 1290H/1873M, bererti dia lebih tua sekitar enam tahun daripada Syeikh Abdul Karim Amrullah, pelopor Kaum Muda di Minangkabau yang lahir pada 1296H/ 1879M. Kemungkinan Abdullah dan Burhan yang berasal dari Minangkabau yang disebut oleh Tok Bermin pada petikan di atas adalah termasuk murid Syeikh Abdul Karim Amrullah. Tidak dapat dinafikan bahawa Tok Bermin dan Syeikh Abdul Karim Amrullah telah kenal sejak di Mekah kerana kedua-duanya adalah belajar dengan para ulama Mekah yang sama.]

Selanjutnya Tok Bermin menulis:

Maka telah nyata bahawasanya ‘Abdullah dan Burhan bukan daripada orang yang mengikut Imam Syafie. Bahkan bukan daripada mazhab yang empat. Dan keduanya bawa bercakap dengan kitab bagi Imam Syafie itu kerana menipu dan supaya menyangka orang yang mendengar akan kedua-duanya itu orang yang mengikut Syafie, padahal bukan Syafie.Dan jika tiada keduanya bawa bercakap-cakap dengan ‘Kitab Umm’ itu, nescaya tiada seorang pun mengikut akan keduanya daripada permulaan masuk Abdullah dan Burhan ke dalam negeri Legor.


Tulis Tok Bermin selanjutnya:

Dan sebab keluar keduanya dari mazhab itu, kerana menafi oleh keduanya akan ijmak dan qiyas. Dan keduanya ikut nas al-Quran dan hadits sahaja. Dan padahal ijmak dan qias itu, keduanya adalah setengah daripada dalil-dalil yang buat menghukum ‘ulama’ dengan dia.



Tok Bermin membahaskan perkara tersebut dengan panjang lebar dan mendalam menggunakan hujah-hujah yang mantap ditinjau daripada pelbagai ilmu sebagaimana yang digunakan oleh jumhur ulama. Oleh sebab Tok Bermin memang pakar dalam banyak bidang ilmu, terutama ilmu alat, iaitu nahu dan sharaf. Abdullah dan Burhan kurang mengetahui tentang kedua-dua ilmu itu terpaksa diam saja.

[Tulisan ini adalah merupakan petikan dari tulisan al-Marhum Tuan Guru Haji Wan Muhammad Shaghir Wan Abdullah didalam akhbar Utusan Malaysia, ruangan Ulama Nusantara, Tok Bermin al-Fathani. Semoga ALLAH melimpahkan rahmatNYA kepada kedua orang ulama' ini.]

Jelas Tok Burmin menolak fahaman kaum muda atau Wahabi ini. Jika kita terima ajaran Wahhabi, maknanya kita tolak fatwa ulama-ulama kita yang dahulu-dahulu yang terkenal dengan ke’aliman dan ketaqwaannya.



Haji Abu Bakar bin Haji Hasan al-Muari bin Haji Ahmad bin Anggak bin Datuk Sijo Bukit Moh, Muar Bandar Maharani, Johor. Beliau dilahirkan pada tahun 1292 Hijrah/1875 Masihi, dan meninggal pada tahun 1357 Hijrah/1938 Masihi. Selama 34 tahun beliau berada di Mekah untuk menuntut ilmu, iaitu ketika usianya enam tahun (1881M/1299H.) dan pulang ke tanah air pada tahun 1915 Masihi.

Antara guru-guru beliau di Mekah ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Yunus Lingga. [kepada ulama ini, beliau mendalami kitab hadits Bukhari], Syeikh Abdullah bin Qasim as-Sanquri, iaitu ulama yang berasal dari dunia Melayu yang menjadi ketua qiraat tujuh di Hijaz pada zaman itu. Syeikh Muhammad Nur al-Fathani [mendalami ilmu falak], Syeikh Muhammad Mukhtar bin Atharid Bogor dan Syeikh Umar bin Abdur Rasyid as-Sumbawi.

Dalam mempertahankan kaum tua [yang berpegang kepada ‘asya’irah dalami ilmu tauhid dan bermazhab Syafie dalam fiqih] Haji Abu Bakar Qadhi mengarang beberapa risalah menolak pendapat Hasan Bandung dan Shaikh Thahir Jalaluddin, yang merupakan ulama kaum muda dan sebuah karya di dalam bahasa Arab untuk menolak beberapa pendapat Sayid Rasyid Ridha, ulama Mesir yang merupakan, tokoh reformis yang sangat terkenal. Antara kitabnya itu bertajuk Taman Persuraian Membatalkan Perkataan asy-Syaikh MuhammadThahir Jalaluddin al-Minankabawi …, Mustika ‘Ajaaib Pada Menyatakan Hukum dan Kelebihan Membaca Maulid Nabi Kita صلى الله عليه وسلم, Cogan Perikatan Pada Menyatakan Sunat Berlafadz Usolli, Taufan Yang Memalui Atas Huraian Haji Thahir Al-Minankabawi dan lain-lain.

Tuan Guru Haji Abdul Qadir Sekam atau Ayah Dir Sekam atau nama penuhnya ialah Syaikh 'Abdul Qadir bin Haji Wangah bin 'Abdul Lathif bin Utsman. Tokoh mutakhir Fathani Darussalam [sehingga penghujung abad 20] yang paling banyak menulis. Lahir pada 1340H/1921M di Kampung Sekam. Di dalam kitab beliau Irsyadul Jawiyyin ila Sabilil Ulama-il ‘Amilin mengandungi bahasan mengenai kesesatan dan kesilapan Wahhabi dan Muhammad Abdul Wahab.

Tuan Guru Syaikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib al-Indonisi al-Mandili. Seorang ulama yang terkenal mengajar di Masjidil Haram di Mekah. Merupakan mahaguru ulama seNusantara disekitar tahun 50an.

Beliau menulis beberapa kitab untuk menolak fahaman kaum Muda [Wahabi] antaranya kitab bertajuk Sinar Matahari Buat Penyuluh Kesilapan Abu Bakar al-‘Asy’ari [pelopor fahaman kaum muda @ wahabi di negeri Perlis Indera Kayangan]. Kitab tersebut ditulis di Makkah al-Mukarramah dan selesai penulisannya pada hari Sabtu 4 Syawal 1378H.

Sebuah lagi kitab yang beliau tulis, bertajuk al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab. Kitab ini beliau tulis untuk memenuhi permintaan Tuan Guru Haji Hasan Ahmad al-Fathani bagi menjawab sebuah kitab tulisan seorang pemuka kaum muda @ Wahabi bernama Hasan Ahmad Bandung bertajuk al-Mazhab, Wajibkan atau Haramkah Bermazhab? Selain itu beliau juga mentahqiqkan kitab karangan murid beliau, Ismail bin Ahmad bin Muhammad Salleh at-Fathani al-Langgoori bertajuk Minhaaj al-Saalimin fi Thoriqah al-Mutaqaddimin Maka jelas menunjukkan beliau menolak akan fahaman Wahabi yang mengeliru dan menyesatkan itu.

Jelas bahawa ulama-ulama diatas menolak fahaman/ajaran yang dibawa oleh kaum muda atau Wahabi. Jika kita terima ajaran Wahhabi, maknanya kita tolak fatwa ulama-ulama kita yang dahulu-dahulu yang terkenal dengan ke’aliman dan ketaqwaannya.

Syaikh Ahmad Khatib bin Abdul Lathif bin Abdullah al-Minankabawi lahir pada hari Isnin, 6 Zulhijjah 1276H/26 Jun 1860M di Sumatera dan pada wafat 9 Jumadilawwal 1334H/13 Mac 1916M di Mekah. Salah seorang ulama melayu yang telah mengangkat martabat ulama melayu kerana beliau pernah menjadi imam dan khatib dalam Mazhab Syafie di Masjidilharam Mekah. Antara guru-guru beliau adalah Sayid Bakri Syatha, Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan, Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki. Antara muridnya pula adalah Syaikh Hasan Ma’sum dan Syaikh Abdul Karim Amrullah [ayahanda kepada Buya HAMKA]. Seketika berlaku polemik diantara kedua murid beliau iaitu Syaikh Hassan Ma’sum yang beraliran ‘kaum tua’ dan Syaikh Abdul Karim Amrullah [ dikenali juga dengan Haji Rasul Amrullah, wafat 2 Jun 1945 - gambar sebelah] yang beraliran ‘kaum muda’, Syaikh Ahmad Khatib telah menyebelahi muridnya Syaikh Hassan Ma’sum dan dengan tegas menulis Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim dan Wahabiyah yang diikuti oleh anak murid beliau [Syaikh Abdul Karim Amrullah] adalah sesat. Menurut Syaikh Ahmad Khatib Minangkabau, golongan tersebut sesat kerana keluar daripada fahaman Ahl as-Sunnah wa al-Jamaah dan menyalahi pegangan mazhab yang empat. Antara tulisannya ialah al-Khiththah al-Mardhiyah fi Raddi fi Syubhati man qala Bid’ah at-Talaffuzh bian-Niyah, Nur al-Syam’at fi Ahkam al-Jum’ah dan lain-lain.

Diantara nasihatnya: “Maka betapakah akan batal dengan fikiran orang yang muqallid yang semata-mata dengan faham yang salah dengan taqlid kepada Ibnu al-Qaiyim yang tiada terpakai qaulnya pada Mazhab Syafie. ……………Maka wajiblah atas orang yang hendak selamat pada agamanya bahawa ia berpegang dengan segala hukum yang telah tetap pada mazhab kita. Dan janganlah ia membenarkan akan yang menyalahi demikian itu daripada fatwa yang palsu.”



Datuk Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad lahir di Bandar Qaidun, Hadhramaut, Yaman pada 14 Syawal 1301H/7 Ogos 1884M dan beliau wafat pada pada 17 Jumadilakhir 1382H bersamaan14 November 1962M. Dilantik menjadi Mufti Johor sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1934 – 1941 dan 1947 - 1961. Antara guru-guru beliau ialah Habib Ahmad bin al-Hasan al-Attas, Habib Thahir bin Umar al-Haddad, Habib Muhammad bin Thahir al-Haddad, Habib Abdullah bin Thaha al-Haddad, Habib Thahir bin Abi Bakri al-Haddad dan al-Mu'ammar Sirajuddin Umar bin Utsman bin Muhammad Ba Utsman al-Amudi ash-Shiddiqi al-Bakari.




Saiyid Alwi al-Haddad ialah seorang ulama yang berpendirian keras dan tegas mempertahankan hukum syarak menurut aliran ‘kaum tua’. Beliau sangat menyanggah pendapat dan pegangan Syaikh Ahmad bin Muhammad as-Surkati dan yang lebih keras dibantahnya ialah A. Hassan bin Ahmad Bandung, bahkan Saiyid Alwi al-Haddad yang mengharamkan karya-karya A. Hassan Bandung di Johor demi untuk membendung menularnya fahaman kaum muda @ wahabi. [Syaikh Ahmad bin Muhammad as-Surkati dan A. Hassan Bandung – wafat pada 10 November 1958 - adalah merupakan ulama ‘kaum muda’]




Didalam Fatwa Mufti Kerajaan Johor yang telah difatwakan oleh Allahyarham al-‘Allamah Dato’ Sayyid Alwi bin Thahir al-Haddad, Mufti Kerajaan Johor 1936 – 1961M = 1356 – 1381H, dikumpul dan diterbitkan oleh Bahagian Penerbitan Jabatan Agama Johor, halaman 397 – 399:

PERKARA: MENGENAL KAUM MUDA –WAHHABI-DAN MUSUH-MUSUH ISLAM.

Soalan: Bagaimanakah dapat kenal atau ketahui alamat-alamat kaum muda (wahhabi) itu? Adakah kaum muda itu terjumlah dalam golongan Islam?

Jawab: Jawab Soalan Pertama:Yang dikatakan Kaum Muda (Wahhabi) pada pertuturan orang-orang zaman ini (zaman beliau) ialah suatu kumpulan orang-orang yang tiada mengerti dan faham tentang Islam, mereka bersungguh-sungguh hendak menghampir dan menyatukan agama Islam kepada agama lain. Apa jua perkara yang terbit daripada agama Kristian atau Majusi, mana yang dipandang mereka molek dan elok pada zhohirnya berkehendaklah mereka memalingkan hukum-hukum Islam kepadanya seperti berkata setengah mereka itu (wahhabi): Babi itu suatu binatang yang suci, dan berkata setengah yang lain pula; Tiada sah ruju’ dengan tiada redha perempuan, dan berkata yang lain pula; Nabi ALLAH ‘Isa عليه السلام berbapa seperti perkataan orang-orang Yahudi.”

Setengah dari alamat (ciri-ciri) mereka itu (wahhabi):

Mereka marahkan Imam-Imam Mazhab yang empat dan ulama’ fiqh, mereka mengaku mengetahui al-Quran dan al-Hadits Nabawi.

Mereka membangkang ijma’, menyebarkan masalah khilaf di antara umat-umat Islam supaya menambah porak peranda umat-umat Islam sebagai mana disukai oleh seteru-seteru Islam.

Apabila mereka melihat orang-orang Islam tiada menyentuh al-Quran melainkan kemudian daripada mengambil air sembahyang, mereka (wahhabi) berkata; Harus menyentuh al-Quran dengan tiada air sembahyang.

Apabila mereka melihat orang Islam tiada membaca al-Quran melainkan kemudian daripada bersuci daripada hadats besar, mereka (wahhabi) berkata; Harus membaca al-Quran kalau ada hadats besar sekalipun.

Apabila mereka melihat orang-orang Islam menjauhkan diri daripada najis seperti arak dan babi, mereka berkata ; Kedua-dua perkara itu suci. Mereka mencita-cita (bercita-cita) supaya orang Islam menjadi seperti orang Majusi. Mereka berlumur dengan lemak babi dan mencurahkan arak kepada bajunya kemudian sembahyang.

Setengah mereka itu sepanjang hari memain (bermain) kemaluannya atau menyentuh kemaluan isterinya beberapa kali kemudian boleh dia sembahyang (‘la za’mihim) dengan tiada mengambil air sembahyang.

Lagi demikian jua kalau ia membuat rantai leher daripada daging babi atau memakai kulit babi yang basah kemudian pergi sembahyang, nescaya sah sembahyang disisi mereka.

Kalau mereka bergelumbang dalam reban ayam atau kandang kambing atau lembu dan jadi baunya sebusuk-busuk manusia, kemudian ia sembahyang sah juga sembahyang disisi mereka.

Dan setengah dari ‘alamat mereka itu (wahhabi), mereka bersungguh mengamat-amati dan mengambil susah dalam perkara yang kecil-kecil seperti talqin, tahlil dan seumpamanya dan tiada menghiraukan perkara-perkara yang besar-besar seperti dosa-dosa besar yang telah membiak setengah daripadanya berzina, riba, was-was sangka pada ALLAH dan mengajar kanak-kanak Islam agama yang bukan Agama Islam. Perkara ini semua tiada disebut (dititik beratkan oleh wahhabi)dan tiada dihiraukannya.

Dan setengah daripada ‘alamat mereka itu, mereka berseteru dan merekakan masalah-masalah fiqh yang tiada padanya khilaf, barangsiapa menyalahi akan mereka itu pada satu daripada masalah-masalah fiqah seperti suatu hukum daripada hukum-hukum sembahyang atau sujud sahwi atau tayammum atau sunnah talqin, nescaya mereka jadikan orang itu seteru, terus diingkarkannya.

Semuanya ini ialah adat orang-orang khawarij (orang-orang yang benci akan Sayyidina ‘Ali karramahu wajhah) dan ‘adat ahlul bid’ah yang menyalahi puak-puak Islam kerana sahabat-sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم, al-Tabi’in, mereka yang kemudian daripada Imam-imam mazhab yang empat dan sekalian ‘ulama’ mazhab, mereka bersalah-salahan (berselisihan pendapat) pada beberapa masalah dalam masalah fiqah (furu’ fiqhiyyah) tetapi mereka tiada berseteru diantara setengah dengan setengahnya dengan sebab bersalah-salahan ambilnya itu kerana bukannya bersalahan itu pada usul (asal masalah) bahkan pada furu’ (cawangan-cawangan) sahaja. …….


Syaikh Hasan Ma’shum Mufti Kerajaan Deli yang nama lengkapnya ialah Hasanuddin bin Muhammad Ma’shum bin Abi Bakar ad-Dali (Deli). Namun lebih dikenali dengan Syaikh Hasan Ma’shum. Asal keturunan dari Acheh kemudian berpindah ke Deli. Lahir di Labuhan Deli, Sumatera Utara pada tahun 1300H/1882M dan wafat di Medan pada 24 Syawal 1355H/7 Januari 1937M. Ayah dan datuknya juga merupakan ulama. Seorang pembela kamu tua ketika berlaku pertembungan pendapat antara kaum tua dan kaum muda. Antara kitab yang beliau tulis untuk menyanggah pendapat kaum muda adalah Al-Quthufat as-Saniyah fi Raddi Ba’dhi Kalam al-Fawaid al-‘Aliyah [kitab ini mendapat pujian dari gurunya Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau dan Syeikh Abdul Qadir Shabir al-Mandaili], Beberapa Masail [untuk menangkis 19 perkara yang dilemparkan oleh Kaum Muda @ Wahabi yang dianggap bidaah oleh mereka iaitu antaranya tentang melafazkan ‘Usalli’, membaca talkin, mengaji (membaca al-Quran) di kubur,berdiri ketika marhaban, mempercayai ulama, lafaz ‘Saidina’ dalam shalawat, qadha sembahyang, mengangkat tangan ketika qunut, ziarah makam Nabi صلى الله عليه وسلم , membaca al-Quran untuk orang mati, fidyah sembahyang, ziarah kubur dan lain-lain lagi. Kitab ini dicetak pada tahun 1929 (cetakan kedua)]

Jelas bahawa ulama-ulama diatas menolak fahaman/ajaran yang dibawa oleh kaum muda atau Wahabi. Jika kita terima ajaran Wahhabi, maknanya kita tolak fatwa ulama-ulama kita yang dahulu-dahulu yang terkenal mereka itu dengan ke’aliman dalam pelbagai cabang ilmu, kewarakan dan ketaqwaannya.

Kata al-Marhum Tuan Guru Syaikh Wan Muhammad Shaghir bin Wan Abdullah:

“Ada orang jadi masyhur namanya kerana mempertahankan sesuatu pegangan yang diamalkan oleh orang ramai. Tidak dinafikan juga bahawa seseorang jadi masyhur kerana membantah amalan orang lain. Seseorang yang mempertahankan pegangan, sama ada yang betul ataupun yang salah, ada yang terikat dengan adab-adab yang tertentu, tetapi tidak sedikit yang tiada beradab. - Walau bagaimana hebat pun seseorang memperoleh kemasyhuran sanjungan manusia, tetapi jika pemikiran, pekerjaan dan perbuatannya tiada diredhai ALLAH, dia bukanlah seorang yang bijak. Hakikatnya dialah orang yang paling bodoh”
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Thu Nov 19, 2009 4:42 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

Dipetik dari http://lautanahlisunnah.blogspot.com/



WAHABI @ SALAFI @ MUHAMMADIAH ( di Indonesia ) @ KAUM MUDA (nama lama) !!!


Hari ini kita tak perlu gentar untuk menyelar fahaman sesat ini. Semudah mudah dalil untuk menunjukkan KESESATAN mereka ialah penolakan mereka terhadap taqlid mazhab yang empat dan penolakan mereka kepada ijma’ ulama.

Adakah wajar kita berdiam diri tunduk takut dan seolah-olah redha terhadap orang yang telah menghina dan merendah-rendahkan institusi ulama’ silam yang terkenal dengan gedung-gedung ilmunya?
Adakah dengan berbekalkan segulung ijazah kedoktoran mereka layak untuk mengkritik dan meletakkan nama-nama tuan-tuan guru kita di tempat yang tidak selayaknya? Apakah terdapat doktor-doktor dan cerdik pandai yang mampu melakukan seperti mana yang dilakukan oleh Syeikh al Islam Ibnu Hajar al Asqalani dan al Imam Nawawi dalam khidmat mereka terhadap Sunnah Rasulullah? (1)

Mungkin inilah zaman yang diminta Rasulullah agar dijauhkan daripada berlakunya:
Dari Sahl bin Saad al Sai’di berkata Rasulullah bersabda: ya ALLAH jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu zaman di mana para ulama sudah tidak diikuti lagi dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi . Hati mereka seperti hati orang ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya). Hadith riwayat Ahmad. (2)

Rasanya tak perlu aku memanjangkan bicara kerana waktu itu amat berharga. Disini biarlah Syeikh Muhammad Syafie ibn Abdullah Rengkol Lengkih Fatani pensyarah kitab Ta’lim al Mutaa’llim yang masyhur sendiri memjawab fenomena yang telah pun berlaku sejak zaman beliau sendiri.

Tulisan asal adalah dengan tulisan jawi lama dan dengan bahasa melayu lama, tetapi saya akan cuba untuk memudahkan bahasa untuk kemudahan kita semua. Jika perlu, sila rujuk semula kitab asal ‘Pelita Penuntut’ ms 11-14, cetakan al Maarif Snd Bhd.

………………………………


Kata Syeikh Muhammad Syafie al Fathani رحمه الله :

Demikian lagi (terdapat sebuah kumpulan) yang sangat-sangat karut dan sangat-sangat sesat lagi menyesatkan orang awam ialah satu puak yang banyak timbul pada zaman sekarang yang bergelar KAUM MUDA (WAHABI).

Sifat-sifat.

Antara sifat-sifatnya ialah memegang zahir (makna luaran) Hadith dan ayat al Quran semata-mata, tanpa takwil dan tanpa dikerjakan muqayyad mutlaqnya, khas dan a’m dan nasikh dan mansukhnya. Mereka hanya mengambil mana-mana ayat atau hadith lalu menjadikannya dalil tanpa berfikir dengan lebih dalam dan tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya.
Selain itu mereka menafikan apa-apa hukum yang tidak terdapat pada zahir Al Quran dan Sunnah, dengan itu mereka menafikan ijma’ ulama’ dan qias dan taqlid mazhab yang empat. Oleh itu mereka membatalkan kaedah-kaedah semua ulama’ mazhab tersebut, dan mereka membatalkan hukum yang tsabit dengan ijtihad dan qias.
Dengan cara ini mereka telah mencerca talqin mayat, fidyah puasa, fidyah sembahyang, lafaz berniat solat dan lain-lain lagi. (3)

Panah beracun

Mereka menghafaz pelbagai hadis dan ayat al Quran supaya ia menjadi hujjah terhadap orang awam, menipu daya orang ramai untuk meyakinkan bahawa mereka adalah dijalan yang benar. Mereka juga mengakui diri mereka sebagai mujtahid yang mampu mengeluarkan hukum dari ayat dan hadith dengan sendiri, serta mengaku bahawa perjalanannya seharian mengikuti sunnah Rasulullah.
Malang sekali kebanyakan mereka tak pernah dilihat dalam pengajian (4) (ilmu-ilmu agama hingga melayakkan mereka untuk berijtihad seperti ) Usul Fiqh dan Mustolah Hadith dan majaz istia’rah dan lain-lain ilmu alat. Lebih memalukan, ilmu alat paling asas iaitu Nahu dan Sorof serta perbendaharaan Bahasa Arab juga masih belum dikuasai (maka bagaimanakah mereka berkata dengan mudahnya mampu memahami lantas mengeluarkan hukum terus dari al Quran dan Hadith?!). Selain itu mereka juga tidak menjaga maruah dan kedudukan sebagai penuntut ilmu (yang melayakkan mereka digelar mujtahid) seperti makan di kedai-kedai, menjauhi serban (5) ; maka beginikah orang yang mengaku diri sebagai mujtahid dan mengikut sunnah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ?!

Adakah ini kelakuan seorang mujtahid?!

Berkata Syeikh Abdul Rahman Mufti Hadramaut di dalam Bughyah al Mustarsyidin:
‘Masalah pertama: (pada zaman ini terdapat) golongan yang banyak menuntut ilmu, dan mentelaah serta mengkaji kitab-kitab samada tafsir, hadith dan feqah. Dengan sedikit kecerdikan mereka berangapan bahawa mereka telah memahami dan menguasai apa yang dibacanya malah mereka mempunyai tanggapan yang keras (fanatik) terhadap pandangan mereka.

Kebanyakan mereka itu amat sesat dan menyesatkan usul-usul agama dan jalan Sunnah Penghulu Segala Rasul صلى الله عليه وآله وسلم . Maka jalan mereka adalah dengan menolak karangan-karangan ahli ilmu ,tidak terikat pada mazhab tertentu malah cenderung kearah berijtihad. Mereka menyangka mampu mengistinbatkan hukum dari Al Quran dan Hadith walhal tidak mempunyai syarat-syarat ijtihad yang mu’tabar disisi ahli ilmu (ulama’).


Tidak cukup dengan itu, mereka menyuruh orang awam untuk mengikuti suruhan-suruhannya dan berpegang dengan idea-ideanya serta mengikutinya kerana beranggapan dirinya sudah menjadi seorang mujtahid.

Maka orang yang mengaku ‘mujtahid’ ini wajib bertaubat dan kembali kepada jalan yang benar, dan meninggalkan dakwaan-dakwaan salahnya itu.

Sudah terang lagi bersuluh, apabila mereka melontarkan (menolak pendapat) karangan-karangan ulama’ muktabar, maka dengan apakah mereka berpegang, sedangkan mereka tidak sekali-kali pernah berjumpa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dan juga tidak pernah bertemu dengan walau seorang dari para sahabat Baginda رضوان الله عليهم .

Kalau ada pada ilmu walau sebesar kuku sekalipun maka itu semuanya dicedok dari karangan-karangan ulama malah dari kata-kata ulama’ itu sendiri. Jika ulama’-ulama’ ini sesat dan buku-bukunya menyeleweng, maka dari manakah mereka bertemu dengan hak (kebenaran) yang betul? Maka katakanlah!.’

Hal ini amat dipersetujui oleh Syeikh Muhammad Syafie dan menambah perbahasan dengan katanya :
Tidak harus bagi orang yang berakal menyalahi para ulama terutama Imam Mazhab yang empat رضوان الله عليهم kerana kebanyakan kata-kata mereka diambil dari Al Quran dan Hadith, maka bagaimanakah mereka boleh menyalahinya?!

Permasalahan Ijtihad.

Adapun mengenai ijtihad dizaman ini, maka ia amat jauh dari realiti kehidupan zaman kini. Berkata Syaikhan begitu juga Fakhru al Razi : seolah-olah telah ijma’ ulama’ bahawa tidak akan ada mujtahid (mutlak seperti zaman ulama’ dahulu kala.)

Dinaqalkan oleh Ibn Hajar daripada sebahagian ulama Usul Fiqh bahawa; selepas zaman Imam kita al Syafi’e, tidak ada lagi mujtahid (mustaqil). Selesai kata Imam Ibn Hajar.

Dengan (masalah-masalah yang telah diutarakan) ini maka nyatalah bahawasanya puak yang digelar Kaum Muda (wahabi/salafi dizaman moden ini), sesat lagi menyesatkan dan amat jauh dari kebenaran. Mereka itu bukanlah bertujuan mencari jalan untuk mendirikan agama atau beramal dengan amalan akhirat, tetapi semua itu dilakukan untuk menunjukkan seolah-olah mempunyai kelebihan daripada ulama’ yang alim lagi mu’tabar. Malah mereka mahu dianggap lebih mulia, betul dan alim dari para ulama’ dahulu termasuk Imam Syafie dan Imam Abu Hanifah رضي الله عنهما dan lain-lain .

Sebab mereka tidak lain tidak adalah supaya disanjung oleh masyarakat, dimuliakan kaumnya, disamping kemewahan duniawi berbentuk pakaian, makanan dan tempat tinggal, bukan untuk keredhaan Maha Pencipta. Semua ini hakikatnya meruntuhkan institusi amalan dan agama itu sendiri.

Merekalah insan-insan yang telah tertipu dengan tipu daya syaitan musuh kita, musuh ALLAH dan RasulNya selama-lamanya.

Taqlid Mazhab Ulama’

Bagaimanakah kita boleh membetulkan I’tiqad mereka sedangkan mereka sejak awal lagi
1) Tidak membenarkan qawaid Ulama’
2) Menegah taqlid Ulama’
3) Menghina mazhab-mazhab dan ijtihad para Ulama’nya termasuk Imam Syafie?!

Oleh itu wajib kita mengingkari mereka dan mendustakan fahaman mereka, kerana terlalu banyak dalil-dalil yang menyuruh kita mengikut dan bertaqlid dengan ulama’.

Antaranya Sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم yang ertinya :
Belajarlah ilmu kerana ia (membawa kepada) takut ALLAH dan menuntut ilmu itu ibadah…hingga sabdanya: ALLAH telah mengangkat kemuliaan sebahagian kaum dengan ilmu yang dimilikinya, dan dengan ilmu ini mereka menjadi ikutan, penyampai dan imam dalam melakukan kebaikan, justeru kesan-kesan sejarah mereka diceritakan dan perbuatan-perbuatan hingga pemikiran serta pandangan mereka itu diikuti (lihat perkataan kesan-kesan sejarah mereka diceritakan dan perbuatan hingga pemikiran serta pandangan mereka diikuti.)

Hadith ini diriwayatkan daripada Muaz oleh Ibn Abdul Bar, katanya: hadith ini Hasan.


Dalil yang lain ialah sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم :

أفضل الناس المؤمن العالم الذي ٳن احتيج ٳليه نفع وٳن استغن عنه أغنى نفسه.

Ertinya: seafdhal-afdhal manusia ialah mukmin yang alim; jika dihajatkan maka dia akan memberi manfaat, jika tidak maka dia terus dengan pekerjaan hariannya dan tidak menyusahkan orang lain.
Riwayat oleh al Baihaqi.

Kedua-dua hadith ini terang menunjukkan suruhan mengikut ulama’-ulama’ mazhab, ia soreh (nyata) pada hadith yang pertama dan secara mafhum bagi hadis kedua, kerana tiada manfaat bagi orang alim melainkan untuk diikuti dan ditaqlid. Oleh itu bagaimanakan puak yang menyimpang ini mengharamkan taqlid, maka sudah tentu tidak sah dakwaan tersebut.

Maka jika mereka berdalih dan berkata: ‘‘bukan yang kami maksudkan dengan tak boleh ikut ulama dan taqlid itu secara mutlak (total), hanya tidak boleh mengikut mereka pada hal-hal yang menyalahi al Quran dan Hadith. Jika ia muafakat (bertepatan) dengan Al Quran dan Sunnah maka dibolehkan taqlid.’’

Maka dalam kata-kata mereka ini ada duri dalam daging, iaitu kesalahan yang perlu dikupas perlahan-lahan, kesalahannya ialah:

1) Menyalahi zahir hadith yang pertama
2) Tidak dinamakan taqlid jika sudah tahu akan dalil-dalilnya.
3) Kenyataan ulama’ itu adalah pendapat dan ijtihad mereka yang tidak bersalahan dan tidak bertentangan dengan al Quran dan Hadith. Hukum-hukum ini didapati dengan kemampuan mereka mengistinbatkan hukum dari kefahaman secara umum terhadap al Quran, yang mana hukum-hukum ini tidak terdapat dalam nas al Quran dan hadith yang soreh (jelas). Hal ini terjadi kerana mereka lebih memahami makna ayat tersebut lebih mendalam, sedangkan akal KAUM MUDA itu terlalu senteng untuk memahaminya dan apatah lagi untuk menyelaminya.


Gesaan Mengikut Imam al Syafie رضي الله عنه dan mazhabnya.

Selain itu telah tsabit (tetap) hadith suruhan mengikut taqlid ini, dan tak pernah pula sekali-kali wujud hadith yang melarangnya, terutama suruhan mengikut Imam kita al Syafie.

Hal ini kerana telah tsabit bahawa beliau adalah berbangsa Quraisy, kerana beliau anak Idris bin al Abbas bin Uthman bin Syani’ bin al Saib bin Abdullah bin Abd Yazid bin Hasyim bin al Muttalib bin Abd al Manaf bin Qusai hingga akhirnya. Nabi kita Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم pula anak Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abd al Manaf bin Qusai hingga akhirnya. Maka nasab keturunan imam kita bertemu dengan nasab keturunan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pada nenda kedua-duanya Abd al Manaf.

Oleh sebab Imam Syafie itu pasti dari kaum Quraisy maka termasuklah beliau dalam golongan aimmah (imam-imam) yang disabdakan Rasulullah:

الأئمة من قريش

Ertinya: imam-imam itu dari bangsa Quraisy. Riwayat Bukhari dan Muslim.
Maksud imam-imam ialah orang-orang yang menjadi ikutan.

Tersebut pada Sohih Muslim daripada Jabir berkata: sabda Nabi

الناس تبع لقريش في الخير والشر

Ertinya : manusia itu mengikut Quraisy dalam kebaikan dan kejahatannya.

Sada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم lagi:

ٳن عالم قريش يملأ طباق الأرض علما

Ertinya: bahawasanya ada seorang alim Quraisy akan memenuhi muka bumi dengan ilmunya.
Maksud yang alim yang ditentukan di dalam hadith tadi ialah Imam kita al Syafie.

Penentuan ini jatuh ke atas Imam Syafie. Ini kerana pada zaman sahabat fatwa dan hukum hakam tidak terlalu banyak dan terhad pada yang telah jatuh hukumnya. Para ulama yang mengikuti zaman selepas itu daripada pengarang kitab-kitab pula tidak berbangsa Quraisy sehingga kelahiran Imam Syafie. Dan tidak ada seorangpun dulu dan masa yang terkemudian yang bersifat dengan sifat-sifat ini, maka tsabitlah dan tetaplah bahawa yang dikehendaki dengan yang alim itu ialah Imam al Syafie.

Sesungguhnya dalil yang amat kuat tentang suruhan mengikut Imam Syafie dan pujian tehadapnya amatlah jelas, maka bagaimanakah taqlid ini dapat diingkarkan?!. Jika benar tidak boleh ikut ulama’ dan haram taqlid, sudah tentu Nabi kita tidak bersabda sedemikian rupa, kerana Nabi itu penghulu sekelian Rasul-rasul dan Anbiya’ serta sekelian makhluk; yang amat suci daripada jahil kekurangan pada akal dan syara’. Tiada seorang pun yang mengingkarkannya melainkan orang yang jahil atau zalim yang a’suf (membuta tuli)!

Tahlil Arwah(6)

Antara lain yang menjadi medan perbahasan kaum muda adalah pengingkaran mereka terhadap sampainya pahala kenduri tahlil kepada si mati. Termasuk dalam skop ini, niat bersedekah untuk diniatkan pahalanya bagi arwah.

Mereka berpendapat amalan ini tidak sampai kepada si mati dan tidak bermanfaat. Tetapi kata-kata yang rapuh ini mudah sahaj dihancurkan dengan dalil-dali. Antaranya:

Setengah dari khabar Saad bin Ubadah, katanya: ya Rasulallah bahawasanya ibuku sudah mati, maka adakah boleh aku bersedekah daripadanya (untuk dihadiahkan pahalanya kepada ibuku?). Sabda Baginda صلى الله عليه وآله وسلم : bahkan. Berkata Saad lagi: apakah sedekah yang terafdhal? Sabda Baginda lagi صلى الله عليه وآله وسلم : memberi minum air.
Diriwayatkan oleh Muslim dan lain-lain.

Dalil yang lain ialah sabda Rasulullah :

ٳن الله تعالى يرفع درجة العبد في الجنة باستغفار ولده

Ertinya : sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم : sesungguhnya ALLAH Taala mengangkat kedudukan hamba di dalam syurga dengan istighfar anaknya.
Hadith riwayat Muslim.

Sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم :

ٳذا مات ابن آدم انقطع عمله ٳلا من ثلاث صدقة جارية وعلم ينتفع به وولد صالح يدعو له.
Ertinya: apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya melainkan 3 perkara: sedeqah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.

Kesemua dalil-dali ini mununjukkan sampai pahala dan manfaat amalan orang hidup terhadap orang yang sudah mati.(7)

Dalil golongan kiri.

Mereka bersandar pada ayat:
وأن ليس للٳنسان ٳلا ما سعى
Ertinya: dan bahawa sesungguhnya tiada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.
Al Najm: 39

Kata Syeikh Muhammad Syafie رضي الله عنه;
Ayat ini umum dan ia telah ditakhsiskan dengan hadith-hadith tadi. (Ertinya semua manusia mendapat belasan nikmat mahupun sebaliknya bergantung dengan amalan yang dilakukannya sendiri didunia, tetapi dalam waktu yang sama juga mendapat balasan dengan bacaan doa kepadanya atau amalan-amalan soleh yang dihadiahkan pahalanya kepadanya.) Pendapat yang lemah (qil) pula menyatakan; ia mansukhah atau ditanggungkan atas perkara maksiat.

Penutup

Selain ini ada banyak lagi perkara-perkara yang diingkari oleh kaum muda dengan pelbagai dakwaan batil dan tohmahan ke atas amalan tersebut. Serta banyak lagi perkara-perkara yang menunjukkan kesesatan mereka ini. Tetapi memadailah sekadar ini bagi orang yang berakal fikiran, moga-moga kita tidak tumpang sekaki sesat bersama dengan orang-orang yang sesat ini dan terlepas dari kesesatan dan tipu daya mereka (Wahabi.) Wallahu A’lam.

Rujukan bahas ini saya (Syeikh Muhammad Syafie al Fathani رضي الله عنه ) ambil dari kitab Ihya’ Ulum al Din oleh Imam al Ghazali dan kitab al Majmu’ oleh Imam al Nawawi serta beberapa kitab-kitab fekah yang muktabar.
…………………………………….

Harapanku...

Moga ALLAH merahmati penulis Syeikh Muhammad Syafie ibn Abdullah al Fathani serta menjaga iman kita, keluarga dan para pemimpin diikuti seluruh muslimin dan muslimat, yang seterusnya menjanjikan tertegaknya akidah yang benar ini di Malaysia khususnya dan diseluruh dunia amnya, sampai bila-bila.

Sesungguhnya kepadaNya sahaja aku berserah dan hanya Dialah tempat terhadap pergantunganku pada segenap urusanku.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم


والحمد لله رب العالمين



.......................................................................................................................................................


End Note

(1) Imam Abu Hasan al Asya’ri, oleh Syeikh Muhammad Fuad al Maliki ms: 29

(2) 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman oleh Syeikh Fahmi Zam Zam ms : 73

(3) Sangat banyak propaganda yang dicanangkan mazhab ini, tiada lain melainkan untuk mendapat populariti dan sebab berlakunya ialah kefahaman yang salah dalam agama. Moga ALLAH menghentikan niat keji mrereka. Antaranya ;
- Menhina ALLAH dengan menyamakanNya dengan makhluk
- Menghina Rasulullah dengan menyamakannya dengan orang biasa, kata mereka seperti posmen yang menyampaikan ‘surat’ al Quran lalu mati seperti orang biasa.
- Menghina ulama yang tak sealiran dengan mereka hingga tahap mengkafirkan kebanyakan mereka, seperti memanggil Imam Abu Hanifah dengan Abu Jifah (bapa bangkai) dan banyak lagi!


(4) Inilah hakikat ‘pengajian‘ mereka. Berasa cukup dengan sekadar membaca tanpa memerlukan bimbingan guru , lalu memahamkannya dengan kefahaman mereka yang senteng, akhirnya menubuhkan idea-idea yang bertentangan langsung dengan I’tiqad sbenar Ahli Sunnah.

(5) Jika dilihat ditimur tengah, puak ini hanya memakai egal dan meninggalkan serban dan kopiah yang lebih dekat dengan Sunnah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم .

(6) Ini juga masalah yang kerap ditimbulkan oleh pentaksub ajaran ini, hingga menyebabkan perbalahan; bermula antara adik-beradik hingga ke peringkat orang awam di sesebuah kampung. Perkara furu’/kecil dalam agama ini tidak seharusnya menghalalkan caci maki antara mereka, hasad dengki dan permusuhan yang berlarutan. Moga-moga ALLAH menghentikan niat buruk mereka dan menjaga hal ehwal kita.

(7) Telah ijma’ ahli al haq tentang keharusan bacaan al Quran kepada mayat (bagi orang yang hidup sama ada anak atau orang yang tidak ada pertalian darah dengannya). Kata Imam al Syafie: jika mereka membaca di atas kuburnya beberapa ayat dari ayat-ayat al Quran, maka ia adalah baik. Jikalau mereka membaca keseluruhan al Quran, ia adalah lebih baik. Ini di naqalkan oleh Imam al Nawawi di dalam Riadh al Solihin. Lihat Aqidah Islam, Aqidah Yang Diakui Fakulti Usuluddin Universti al Azhar, terjemahan Syeikh Muhammmad Fuad. Ms 68-69
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Wed Nov 25, 2009 3:40 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

dipetik dari http://bahrusshofa.blogspot.com/2009/11/sholawat-syifa-bercanggah-dengan-aqidah.html

Mulut Lancang

Puak Kaum Muda mintak agar jangan membuat tuduhan Wahabi terhadap mereka, sebab katanya kalau mereka tak qunut, pengikut Hanafi pun tak qunut, jadi adakah pengikut Hanafi itu Wahabi? Maka poninglah kepala orang awam kita, sambil bermain di kepala mereka: Ya tak ya jugak. Sebenarnya, Hanafi betullah tak qunut dalam sembahyang Subuh, tapi tak pula terdengar pengikut Hanafi kat Mesia ni yang mencerca amalan pengikut Syafi`i yang berqunut dalam sholat Subuh. Tapi Wahabi pesen deme ni lain, deme bukan sahaja tak beramal dengan amalan yang biasa diamalkan oleh pengikut mazhab Syafi`i di Malaysia, tetapi lidah mereka lancang dan celupar untuk mencerca amalan yang biasa diamalkan oleh ulama kita sebagai bid`ah, syirik, khurafat dan sebagainya. Di sinilah letak perbezaan mereka dengan pengikut mazhab Sunni yang lain. Oleh itu mengqiyaskan mereka dengan pengikut mazhab Sunni yang lain adalah qiyas ma`al fariq yang tertolak.

Kalau pun nak ikut fatwa mazhab Maliki ke atau Hanbali ke atau Hanafi ke atau ikut kepala otak mujtahid mereka yang ada pada zaman ni, itu hak deme lah, tapi apa hak nak mencerca amalan kami yang ikut ulama Syafi`iyyah. Lepas itu deme buat pula tuduhan yang kita tak ikut Imam Syafi`i RA, mazhab kita ini bukan mazhab Syafi`i yang tulin. Deme yang sebenarnya ikut Imam Syafi`i. Allahu ... ALLAH, sungguh mereka ini tidak tahu konsep dan kaedah bermazhab, jadi cam mana nak komen orang bermazhab. Maka mengambillah mereka akan perkataan Imam Mazhab tanpa melihat kepada penjelasan para ulama yang datang kemudian. Fikirkanlah, apakah para ulama Syafi`iyyah tidak mengetahui akan nashnya Imam Syafi`i, sedangkan para ulama kita mempunyai sanad ilmu yang muttasil kepada Imam Mazhab berbanding mereka yang tidak pun mahir dalam usul, qawaid dan fiqh Syafi`i. Kalau setakat itu idak apa lagi, yang buat kita berbulu adalah apabila lidah tak bertulang deme itu mudah je nak mencerca orang lain. Lidah mereka celupar dan lancang menuduh orang lain dengan berbagai tuduhan yang keji. Bukan sahaja orang awam macam kita, tetapi juga para ulama kita yang banyak berjasa.

Lihatlah bagaimana lancangnya mulut Asri dalam menghukum dan membuat fatwa. Sungguh kelancangan mulutnya ini serupa, walaupun mungkin tak sama darjatnya, dengan mulut tokoh pujaannya iaitu Syaikh Ibnu Taimiyyah al-Harrani. Peminat Ibnu Taimiyyah jangan marah pulak kalau ese kata lagu tu, sebab bukan ese yang kata, kome buleh tengok dalam kitab-kitab mengenai Ibnu Taimiyyah, kelancangan mulut Ibnu Taimiyyah telah masyhur di sisi ulama. Jangan pulak kome tuduh ese anti-Ibnu Taimiyyah plak, bagi ese Ibnu Taimiyyah itu salah seorang ulama umat ini, beliau bukan nabi dan tidak maksum. Pendapatnya boleh diterima dan boleh ditolak. Dan perlu diberi perhatian bahawa beliau bukanlah termasuk dalam kalangan ulama mazhab Syafi`i yang dipegang perkataannya. Jadi kalau ese tak ikut fatwa beliau, kome jangan marah, sebab ese bermazhab Syafi`i. Jadi tidaklah boleh berhujjah dengan Ibnu Taimiyyah bagi menentukan kedudukan sesuatu hukum menurut Mazhab Syafi`i. Mazhab Hanbali mungkin boleh, sebab beliau tergolong dalam ulama Hanbali, tapi itu pun masih dipertikaikan kerana ramai fuqaha Hanbali tidak mengambil pendapat Ibnu Taimiyyah sebagai pendapat yang muktamad dalam Mazhab Hanbali. Oleh itu, mengambil pendapat Ibnu Taimiyyah untuk mewakili mazhab Hanbali juga kurang tepat, kalau pun tidak 100% salah.


Berbalik kepada kelancangan Ibnu Taimiyyah, maka Dr. Alias Othman dan isteri beliau Dr. Anisah Abdul Ghani, walaupun banyak menukilkan perkataan Ibnu Taimiyyah dalam karya mereka, menulis pada halaman 230 - 231 buku "Islam Yang Mudah" sebagai berikut:-
Sikap fanatik menentang mazhab dan imam dengan menggunakan kata-kata kesat dan lidah yang lancang juga perbuatan yang dicela. Ia sama seperti fanatik kepada mazhab dan imam. Lancang lidah adalah fenomena baru yang tidak terdapat pada masa lampau, kecuali sikap lancang lidah Ibn Hazmin dan Ibn Taimiyah yang menjadi kritikan para ulama. Sikap Ibnu Taimiyah pula pada pandangan orang lain memang diketahui semua. Ia bukan suatu yang tersembunyi, dapat dilihat dalam tulisannya.
Ese dulu pun pernah duduk mendengar syarahan Prof. Dr. Alaeddin Kharofa, pensyarah Undang-Undang Syariah, Universiti Islam Antarabangsa, yang turut memperkatakan sikap lancang Ibnu Taimiyah apabila berhujjah. Maka tidak hairan pengkagum Ibnu Taimiyyah, sedikit sebanyak terikut-ikut dengan kelancangan Ibnu Taimiyyah, sehingga sanggup mencerca dan memperlekehkan orang lain bahkan mengeluarkan fatwa-fatwa yang dahsyat, antaranya menghukum Sholawat Syifa` sebagai sesuatu yang bercanggah dengan aqidah Islam. Allahu ... ALLAH, hukuman yang amat berat, sepatutnya dia kena guna kepala otak sikit untuk berfikir, jikalah benar dakwaannya sholawat Syifa` itu bercanggah dengan `aqidah, kenapa ramai ulama yang terbilang dahulu dan sekarang, di serata pelusuk dunia Islam, bukan sahaja Dr. Harun Din hafizahUllah, mengamalkannya bahkan menganjurkan amalannya. Sholawat Syifa` itu bukan sahaja disebut oleh ulama kita, tetapi telah disyarahkan pula oleh ulama-ulama Timur Tengah antaranya oleh Imam Ahmad ash-Showi al-Maliki rahimahUllah, ulama besar ahli tafsir dalam karya beliau. Wahai orang yang punya kepala otak, gunakanlah kepala otak tu untuk berfikir sejenak, tergamakkah untuk menghukum Syaikh Wan Ahmad al-Fathani sebagai orang yang rosak `aqidah, Dr. Harun Din sebagai orang yang rosak `aqidah dan ramai lagi ulama dan awliya` serta sholihin sebagai mereka-mereka yang rosak aqidah sebab mereka mengamalkan Sholawat Syifa`, kalau sanggup, maka ketahuilah kamu telah dijangkit virus Wahabi, kerana antara simptomnya adalah suka menyalahkan orang lain yang tidak sependapat. Segeralah anda ke mana-mana pusat pengajian dan rawatan Islam Ahlus Sunnah Wal Jama`ah termasuklah ke Darul Shifa` untuk berubat..... Maaf Cakap.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Tue Dec 01, 2009 7:17 pm    Post subject: Reply with quote

Salam,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Tauhid tiga serangkai disyariat dalam Islam?

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN


WAlau di mana kita berada, ketauhidan kepada ALLAH yang esa tetap sama.
- gambar hiasan

MINGGU ini kita menyambung kembali persoalan tauhid tiga serangkai yang telah pun diberikan lontaran awal pada dua minggu lepas. Sebelum soalan pertama dilontarkan mengenai tauhid tiga serangkai atau tauhid tiga bahagian yang diformulasikan atau direka oleh Ibnu Taimiyyah ini,

sebaiknya kita melihat dahulu secara ringkas definisi yang diberikan kepada ketiga-tiga tauhid ini.

Tauhid rububiah didefinisikan dengan makna mengesakan ALLAH pada ciptaan, pemerintahan, takdir, pentadbiran dan perbuatan-Nya serta dalam memberikan suatu kesan.

Manakala tauhid uluhiah didefinisikan dengan makna mengesakan ALLAH dalam hal peribadatan tanpa mengambil seorang manusia pun bersama ALLAH sebagai sembahan.

Tauhid Asma' dan Sifat pula didefinisikan dengan makna mengesakan ALLAH pada apa yang dinamakan dan disifatkan dengan diri-Nya, sebagaimana yang terdapat di dalam kitab-Nya atau yang didapati daripada lidah nabi-Nya yang telah menetapkan dengan apa yang telah ditetapkan bagi diri-Nya.

Dalam membincangkan pembahagian ini, maka perkara utama yang perlu dipersoalkan dan bincangkan ialah adakah pembahagian ini telah dinaskan oleh syarak dan terdapat dalil-dalil yang menunjukkan ke atasnya? Adakah pembahagian ini merupakan perkara yang disyariatkan ataupun perkara baru yang dicipta (bidaah)?

Persoalan ini, mengandungi beberapa jawapan:

Jawapan Pertama

Ibnu Taimiyyah yang merupakan pereka pembahagian tauhid ini mendakwa dirinya bermazhab Hanbali.

Namun Imam Ahmad ibnu Hanbal r.a. sendiri, yang dikatakan menjadi tempat sandaran bagi orang-orang yang melakukan pembahagian tauhid bidaah ini, tidak pernah menyatakan bahawa tauhid itu mempunyai beberapa bahagian; tauhid rububiah, tauhid uluhiah dan tauhid asma' dan sifat.

Beliau juga tidak pernah menyatakan bahawa sesiapa yang tidak mengetahui tauhid uluhiah, tidak dikira makrifatnya tentang tauhid rububiah kerana tauhid rububiah ini telah diketahui oleh orang musyrikin.

Sesungguhnya akidah Imam Ahmad ibn Hanbal r.a telah disusun di dalam kitab-kitab karangan pengikutnya. Misalnya, di dalam kitab biografinya yang ditulis oleh Ibnu Jauzi dan lain-lainnya, tidak terdapat langsung pembahagian tauhid rekaan ini. Maka dari manakah Ibnu Taimiyyah mengambil tauhid ini?

Jawapan Kedua

Tidak berkata walau seorang daripada Sahabat-sahabat Nabi r.a: "Sesungguhnya tauhid itu ialah tauhid rububiah dan tauhid uluhiah, dan sekiranya seseorang tidak mengetahui tentang tauhid uluhiah, maka tidak dikira makrifahnya tentang tauhid rububiyyah kerana tauhid rububiah ini telah diketahui oleh orang musyrikin".

Justeru, saya mencabar kepada setiap orang yang mempunyai ilmu yang mendalam, supaya menaqalkan kepada kami pembahagian yang diada-adakan ini daripada sahabat-sahabat Nabi r.a, sekalipun dengan mengemukakan satu riwayat yang lemah.

Jawapan Ketiga

Tidak terdapat dalam sunnah Nabi SAW yang luas dan menjadi penjelas kepada kitab ALLAH, sama ada dalam kitab-kitab hadis sahih, sunan-sunan, musnad-musnad dan mu'jam-mu'jam yang menyebut bahawa Nabi SAW pernah bersabda dan mengajar sahabat-sahabatnya, bahawa tauhid itu terbahagi kepada tauhid uluhiah dan juga rububiah yang telah diketahui oleh orang musyrik.

Sekiranya berkumpul jin dan manusia bersama-sama mereka untuk menetapkan bahawa pembahagian ini adalah datang daripada Nabi SAW dengan isnadnya, sekalipun dengan isnad yang lemah, nescaya mereka tidak akan mampu untuk mendatangkannya walaupun dengan satu jalan.

Jawapan Keempat

Telah tercatat dalam sunnah yang banyak, bahawa dalam dakwah Rasulullah SAW mengajak manusia kepada ALLAH, Baginda SAW menyeru mereka ke arah penyaksian kalimah syahadah: Tiada Tuhan melainkan ALLAH dan bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh ALLAH. Baginda SAW juga mengajak mereka meninggalkan penyembahan berhala.

Di antara hadis yang paling masyhur menyebut tentang perkara ini ialah hadis Muaz ibnu Jabal r.a. Ketika beliau diutuskan oleh Nabi SAW ke Yaman, Baginda SAW bersabda kepadanya: Serulah mereka kepada penyaksian "Bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh ALLAH". Sekiranya mereka mentaatinya, maka hendaklah kamu khabarkan kepada mereka bahawa diwajibkan ke atas mereka solat lima waktu sehari semalam. (riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya)

Diriwayatkan oleh pengarang kitab Sunan dan Ibnu Hibban, bahawa seorang Arab Badawi memberitahu Rasulullah SAW bahawa dia telah melihat anak bulan. Lantas Rasulullah SAW memerintahkan supaya berpuasa dan Baginda SAW tidak menyoalnya melainkan tentang pengakuannya terhadap kalimah syahadah. (diriwayatkan oleh Abu Daud, al Nasaei, al Tirmizi dan lain-lain)

Sekiranya tauhid itu terbahagi kepada tiga bahagian sebagaimana yang mereka perkatakan, maka sudah tentulah Nabi SAW menyeru sekelian manusia kepada tauhid uluhiah yang tidak mereka ketahui dan bukannya tauhid rububiah kerana mereka telah mengetahuinya.

Demikian juga, perlulah Baginda SAW bersabda kepada Muaz r.a, "Serulah mereka kepada tauhid uluhiah," dan Baginda SAW bertanya terlebih dahulu kepada orang Arab Badawi yang melihat anak bulan Ramadan, "Adakah kamu mengetahui tentang tauhid uluhiah dan perbezaan di antara tauhid ini dengan tauhid rububiah, dan adakah kamu mengetahui tauhid asma' dan sifat?"

Jawapan Kelima

Di dalam kitab ALLAH yang ternyata tidak dicemari dengan kebatilan, tidak membezakan di antara tauhid uluhiah dan tauhid rububiah.

Begitu juga tidak dikatakan kepada mereka: Sesiapa yang tidak mengetahui tauhid uluhiah tidak dikira imannya, bahkan dia adalah lebih kafir daripada Firaun dan Haman. Tetapi ALLAH SWT memerintahkan dengan kalimah tauhid secara mutlak sebagaimana firman ALLAH SWT kepada Nabi-Nya dalam surah Muhammad ayat 19: Ketahuilah, bahawasanya tiada Tuhan melainkan ALLAH. Begitu jugalah dengan keseluruhan ayat tauhid yang disebut di dalam al-Quran.

Sekiranya kamu kehendaki, maka bacalah surah al-Ikhlas yang menyamai sepertiga al-Quran. Adakah kamu mendapati di dalamnya ayat yang membezakan di antara uluhiah dan rububiah sebagaimana yang mereka sangkakan?

Jawapan Keenam

Melalui pembahagian yang direka ini, memberi kefahaman kepada kita, seolah-olah ALLAH masih belum lagi menyempurnakan agama-Nya. Kemudian, datang seseorang yang kononnya untuk menyempurnakan agama ALLAH yang masih lagi mempunyai kekurangan dan menjelaskan tentang tauhid dan pembahagiannya kepada manusia pada kurun ke-7 Hijrah.

Pada kurun ini, lahirnya pembahagian tauhid uluhiah, rububiah, asma' dan sifat yang dicetuskan oleh Ibnu Taimiyyah (661- 724 H). Seolah-olah semua umat tidak mengetahui tentang apa yang diperkenalkan oleh pemuka-pemuka pembahagian tauhid rekaan ini.

Selepas kita mengetahui jawapan daripada soalan pertama ini, yakinlah kita dengan sempurna bahawa tauhid ini tidak mempunyai sumber yang sah daripada al-Quran dan hadis.

Ia menunjukkan bahawa pembahagian ini hanyalah rekaan semata-mata. Persoalan kedua akan dikemukakan pada minggu hadapan, insya-ALLAH.

Taklah semua perkara dari Utusan Malaysia itu takleh nak pakai
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Tue Dec 08, 2009 2:14 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

dipetik dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1207&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Tauhid uluhiah dan rububiah

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN.


Syarat sah syahadat kita adalah mengucap dengan lisan, membenarkan dengan hati dan beramal dengan anggota.

Menyorot ruangan Relung Cahaya minggu lepas, kita telah pun mempersoalkan dan membincangkan secara ringkas tentang sumber tauhid tiga serangkai ini.

Setelah kita mengetahui dengan jelas bahawa pembahagian tauhid kepada tiga ini tidak mempunyai sumber yang sahih di sisi syarak, maka pada minggu ini kami ingin mengajak pembaca menghalusi lagi penelitian tentang permasalahan ini agar kebenaran akan terserlah dan kebatilan akan terpadam.

Memandangkan pereka tauhid bidaah ini mengklasifikasikan tauhid kepada tiga, maka kami ingin mengemukakan persoalan, apakah terdapat perbezaan di antara tauhid uluhiah dan rububiah?

Sebelum persoalan ini dijawab, kami ingin berkongsi dengan pembaca tentang jawapan ringkas melalui e-mel yang kami terima daripada seorang pembaca yang pro-tauhid tiga serangkai ini.

Namun, jawapan yang mewakili penghantar tidak menjawab persoalan yang diutarakan pada minggu lepas.

Beliau hanya mengemukakan hujah hasil dari pemikiran Ibnu Taimiyyah seperti yang dapat dilihat di dalam kitab-kitabnya, sedangkan hujah Ibnu Taimiyyah ini telah lama disangkal oleh ulama ahli sunnah.

Perlu kita fahami, tidak semua ilmu yang diformulasikan atau semua hasil istiqra' (telaah) atau pemikiran seseorang itu boleh diterima jika tidak sejajar dengan al-Quran dan sunnah.

Apatah lagi, ilmu yang berkaitan dengan akidah yang mesti dirujuk dengan rapi dan betul kepada sumber yang sahih lagi mutawatir. Jika wujud kepincangan, maka ia tertolak sama sekali.

Kepincangan itu telah pun dibincangkan oleh ulama dan telah pun kami paparkan dan akan kami sebutkan, insya-ALLAH.

Menurut penghantar e-mel itu lagi, mengingkari tauhid tiga ini bererti tidak bertafaqquh terhadap kitab ALLAH, tidak mengetahui kedudukan ALLAH, mengetahui sebahagian dan tidak mengetahui sebahagian yang lainnya.

Dengan spontan benak hati kami bertanya, inikah jawapan yang sepatutnya kami peroleh daripada seseorang yang merasa telah bertafaqquh dengan kitab ALLAH?

Kami juga agak terkejut dengan kenyataan ini. Jika mereka yang mengingkari tauhid tiga ini dianggap tidak bertafaqquh dengan kitab ALLAH, bagaimanakah kedudukan ulama dan para sarjana yang telah saya sebutkan pada siri pertama yang mengingkari pembahagian tauhid ini?

Apakah al-Azhar, sebuah universiti yang diiktiraf oleh dunia Islam, mempunyai ulama dan tokoh-tokoh yang lemah kefahamannya tentang kitab ALLAH? Bagaimana pula dengan Mufti Mesir yang telah menafikan dengan lantang perkara ini di dalam fatwanya?

Apa pun jawapan yang dikemukakan oleh pro tauhid tiga serangkai ini, ia telah kami rujuk di dalam kitab asalnya yang sememangnya tersimpan kemas di perpustakaan kami.

Ramai ulama yang telah menjawabnya, cuma pada keluaran kali ini kami tidak berkesempatan untuk menyertakannya.

Sebaiknya kita tinggalkan dahulu tajuk ini dan kembali kepada persoalan hari ini.

Kenapa soalan ini dikemukakan dan sebelum persoalan ini dijawab, kami ingin nyatakan di sini bahawa melalui tauhid tiga serangkai ini didapati perekanya, Ibnu Taimiyyah dan pengikut-pengikutnya telah menyatakan bahawa:

1. Orang musyrik atau orang yang menyekutukan ALLAH adalah ahli tauhid (orang yang mengesakan ALLAH) dengan tauhid rububiah.

2. Tauhid orang musyrik ini samalah dengan tauhid sebahagian orang Islam yang bertawassul, beristighathah dan bertabarruk dengan para nabi dan orang-orang soleh.

Ini bermaksud orang Islam yang bertawassul (memohon kepada ALLAH melalui perantaraan), beristighathah (menyeru minta tolong) dan bertabarruk (ambil berkat) samalah dengan orang musyrik kerana tidak memiliki tauhid uluhiah kerana dianggap menyembah apa yang ditawassulkan.

Kenyataannya berbunyi: "Tauhid rububiah sahaja tidak menafikan kekufuran seseorang dan tidak mencukupi bagi keimanan/keislaman seseorang". (Risalah Ahli al Suffah H: 34.)

"Sesungguhnya orang-orang musyrik adalah ahli tauhid dengan tauhid rububiah. Mereka tidak termasuk dari kalangan ahli tauhid uluhiah kerana telah mengambil sembahan-sembahan yang lain untuk mendekatkan diri mereka kepada ALLAH SWT".

Mereka juga menyatakan: "Sesungguhnya orang-orang Islam yang bertawassul dan beristighathah dengan para Nabi dan orang-orang soleh serta bertabarruk dengan mereka (para nabi dan orang-orang soleh), adalah kufur. Bahkan, kekufuran mereka lebih dahsyat daripada kekufuran Abu Lahab, Firaun, Haman dan lain-lain". (Fatawa Ibni Taimiyyah 14/380).

Ini adalah antara kenyataan yang tidak ditulis dan tidak ditemui di dalam kebanyakan kitab-kitab berkaitan pembahagian tauhid ini di Malaysia.

Di negara kita, tauhid ini masih berada dalam peringkat pengenalan. Tetapi jika kita merujuk kepada kitab Ibnu Taimiyyah, Muhammad ibn Abdul Wahhab dan pemuka-pemukanya, kenyataan ini banyak ditulis di dalam kitab-kitab mereka. Inilah natijah sebenar yang akan kita dapati dari pembahagian tauhid ini.

Oleh kerana itu, kita dapati di kebanyakan negara timur tengah yang telah lama memakai tauhid ini berlaku pergolakan, perpecahan dan pembunuhan akibat gejala sembarangan mengkafirkan dan menghalalkan darah umat Islam yang dianggap menyanggahi tauhid ini.

Malah, dengan tauhid inilah menyebabkan berlakunya keruntuhan kepada Empayar Uthmaniyyah yang merupakan empayar terbesar Islam suatu ketika dahulu. Insya-ALLAH, perinciannya akan kami susuli pada keluaran akan datang.

Apa yang pasti, kenyataan Ibnu Taimiyyah ini jelas bertentangan dengan dalil-dalil syarak dan telah diketahui secara dharuri di sisi ulama.

Bagi menjelaskan tentang kesalahan dan kebatilan pendapat mereka ini, maka soalan ini dijawab: Sesungguhnya tidak ada perbezaan di antara tauhid uluhiah dan tauhid rububiah.

Kedua-duanya adalah perkara yang sama dan tidak boleh dipisahkan serta tidak menerima sebarang pembahagian. ALLAH tidak menerima daripada hamba-hamba-Nya, melainkan akidah tauhid yang tulus dan suci kepada-Nya, Tuhan sekelian alam, yang dilafazkan dengan lidah, diiktikad dengan hati, diamalkan dengan anggota jasad dan dimanifestasikan dengan kalimah (Laa Ilaaha Illallah).

Dengan perkara inilah, semua Nabi dan Rasul diutuskan.

Adakah orang kafir ahli tauhid?

Terhadap pendapat yang menyatakan bahawa orang kafir dan musyrik sejak zaman berzaman adalah ahli tauhid dengan tauhid rububiah dan para Rasul a.s tidak diutuskan melainkan dengan tauhid uluhiah.

Jawabnya: Hakikatnya, pendapat ini merupakan suatu perkara yang telah menutup pintu kebenaran dan hakikat, menyalahi akal dan syarak dan mendustai penjelasan daripada nas-nas al-Quran dan sunnah.

Perkara ini juga merupakan perkara bidaah yang sesat dan tidak terdapat pada umat salaf yang terawal. Tauhid seperti ini meruntuhkan akidah dan bersifat saling bercanggah.

Dalam satu masa, mereka telah menjadikan sekelompok orang Islam sebagai ahli tauhid dan bukan ahli tauhid. Ini suatu perkara yang pelik.

Sedangkan, realitinya ialah seseorang itu mesti berada di salah satu kedudukan, iaitu sama ada berada dalam kedudukan ahli tauhid atau pun musyrik. Tidak boleh seseorang itu berada di antara dua keadaan (tauhid dan kufur).

Kepercayaan mereka juga tentang ketauhidan orang musyrik dengan tauhid rububiah tidaklah benar. Bahkan dakwaan ini adalah suatu penipuan yang ditolak sama sekali oleh akal dan naqal.

Insya-ALLAH, kami akan mengemukakan dalil-dalil dari akal dan naqal pada minggu hadapan.

Sesungguhnya perkara yang paling pelik ialah menganggap orang kafir sebagai ahli tauhid dan menganggap orang Islam yang telah mengucapkan kalimah tauhid sebagai bukan ahli tauhid.

Renungilah! Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadat 70 tahun. Ibadah Abu Darda' r.a yang paling utama selepas melaksanakan kefarduan ialah bertafakur kerana dengannya dia sampai kepada hakikat suatu perkara dan membezakan di antara yang hak dan batil.

Bahkan, dengannya juga dia dapat menilik kerosakan dan helah nafsu yang halus, tipu daya dunia, dan mengenali helah-helah untuk lebih berwaspada dengannya.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
mikraj
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 30 Oct 2001
Posts: 1973
Location: Keramat, KL

PostPosted: Tue Dec 08, 2009 11:27 am    Post subject: Reply with quote

Alhamdulillah. Dah banyak artikel dalam utusan malaysia yg terang-terang membicarakan bab aqidah dalam menentang fahaman wahabi.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Yahoo Messenger MSN Messenger
MF44
Ahli
Ahli


Joined: 18 Jan 2005
Posts: 250
Location: SP Kedah

PostPosted: Tue Dec 08, 2009 3:17 pm    Post subject: Reply with quote

Syukur dan alhamdulillah kerana campurtangan Yang Di Pertuan Agong kita.

mikraj wrote:
Alhamdulillah. Dah banyak artikel dalam utusan malaysia yg terang-terang membicarakan bab aqidah dalam menentang fahaman wahabi.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Tue Dec 15, 2009 3:37 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

dipetik dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Dalil sanggah beza tauhid uluhiah dan rububiah

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

MENYAMBUNG persoalan minggu lepas tentang tauhid uluhiah dan rububiah yang dibezakan oleh pereka tauhid ini, adakah terdapat perbezaan di antara kedua-duanya? Maka minggu ini kami memaparkan pula dalil aqal dan naqal yang menafikan sama sekali perbezaan ini.

Kami tegaskan sekali lagi, bahawa dengan membezakan di antara kedua-dua tauhid ini, mereka menganggap orang musyrik sebagai ahli tauhid dengan tauhid rububiah.

Dalam erti kata lain, melalui konsep tauhid rekaan Ibnu Taimiyyah ini, orang musyrik atau orang yang tidak mengucapkan kalimah syahadah dianggap sebagai ahli tauhid atau orang yang mengesakan ALLAH.

Ini kerana, kononnya mereka percaya dan mengakui bahawa ALLAH yang mencipta segala sesuatu dan mentadbir segala urusan alam ini, tetapi mereka tidak bertauhid dengan tauhid uluhiah kerana menyekutukan ALLAH dalam sembahannya.

Maknanya juga, dalam satu masa seseorang itu boleh dikira sebagai ahli tauhid dan musyrik. Inilah salah satu kepincangan tauhid ini yang mendapat sanggahan yang hebat daripada ulama Ahli Sunnah.

Sebagai menjelaskan lagi kepincangan dan kebatilan tauhid ini, marilah sama-sama kita merujuk kepada dalil-dalil ulama dari sudut akal dan naqal.

Dari sudut aqal

Sekiranya orang-orang musyrik termasuk di dalam golongan ahli tauhid rububiah (sebagaimana yang mereka percayai), bermakna mereka ini beriktikad dengan iktikad yang jazam (teguh dan tidak berbelah bahagi).

Dengan iktikad ini, sudah pasti mereka tidak akan meragui bahawa ALLAH itu Esa pada ciptaan, kekuasaan, pentadbiran, takdir dan perbuatan-Nya serta dalam mendatangkan suatu kesan sama ada manfaat atau pun mudarat, yang kesemuanya ini adalah komponen bagi tauhid rububiah.

Jika inilah keadaannya, bolehkah diterima akal, dengan iktikad sedemikian mereka boleh pula mengambil tuhan selain ALLAH untuk disembah, sedangkan tuhan yang lain itu tidak berkuasa mendatangkan sebarang manfaat atau mudarat kepada mereka?

Orang-orang musyrik pada setiap zaman dan tempat menyembah pelbagai sembahan selain ALLAH. Mereka mempercayai bahawa sembahan-sembahan mereka itu boleh melakukan sesuatu perbuatan, mendatangkan kesan, manfaat dan mudarat.

Boleh mendekatkan mereka kepada ALLAH, boleh mendatangkan sesuatu kebaikan bagi setiap orang yang datang meminta pertolongan kepada tuhan-tuhan mereka dan boleh mendatangkan mudarat kepada setiap orang yang berpaling daripadanya.

Semua kepercayaan ini menafikan tauhid rububiah.

Dari sudut naqal

Nas-nas syariat telah menetapkan secara jelas, terang dan qatie (pasti) bahawa orang-orang musyrik pada setiap masa dan tempat tidak akan mampu bertauhid dengan tauhid rububiah semata-mata dan menafikan uluhiah, tetapi mereka semua adalah orang-orang musyrik pada uluhiah dan rububiah sekali gus kerana kedua-duanya adalah perkara yang satu.

Sebagai contoh, kami sebutkan di sini dalil-dalilnya:

1. Firman ALLAH SWT dalam menceritakan tentang orang-orang musyrik ketika ditanya tentang rahsia sebenar mereka menyembah berhala selain ALLAH: Tidaklah kami (orang musyrik) menyembah atau memuja mereka (sembahan-sembahan mereka), melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada ALLAH dengan sedamping-dampingnya. (al-Zumar: 3)

Ayat ini jelas menunjukkan, orang-orang kafir beriktikad bahawa patung-patung mereka mempunyai kekuasaan untuk memberikan hidayah kepada mereka dan mendekatkan diri mereka kepada ALLAH. Maksudnya sembahan mereka itu mampu memberi kesan dengan sendirinya.

Maka di manakah letaknya tauhid mereka bagi tauhid rububiah?!.

2. Nabi Hud a.s ketika berdialog dengan orang musyrikin tentang patung-patung sembahan mereka dan ketika diterangkan kepada mereka bahawa sembahan mereka itu tidak berkuasa untuk mendatangkan sesuatu kepada mereka melainkan ALLAH, mereka berkata: Kami hanya boleh berkata bahawa setengah daripada tuhan-tuhan kami telah mengenakanmu sesuatu penyakit gila (disebabkan engkau selalu mencaci penyembahan kami itu). (Hud: 54)

Kepercayaan bahawa sembahan-sembahan mereka boleh mendatangkan kesan yang buruk, jelas menunjukkan bahawa orang musyrik mempercayai pada sembahan-sembahan mereka ada kekuasaan yang boleh melakukan sesuatu perbuatan dan mendatangkan kesan mudarat atau manfaat.

Ini menunjukkan bahawa orang musyrikin tidakpun mengesakan ALLAH pada rububiah tetapi menyekutukan ALLAH dengan tuhan-tuhan yang lain pada tauhid uluhiah. Iktikad mereka ini ternyata berbeza dengan apa yang dipercayai oleh pendokong bidaah pembahagian tauhid.

3. ALLAH SWT berfirman: Tidakkah engkau pelik memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai tuhannya (Rabb) kerana ALLAH memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: Tuhanku (Rabbi) ialah Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Ia (Namrud) menjawab: Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan. (al-Baqarah: 258)

Berdasarkan ayat di atas jelas dapat dilihat, Namrud telah mendakwa dirinya dengan perkara yang berkaitan tentang rububiah seperti mempunyai kerajaan, kekuasaan dan pemerintahan.

Dia juga mempercayai mempunyai keistimewaan rububiah yang boleh menghidupkan dan mematikan. Kemudian selepas itu, dia berdebat dengan Nabi Ibrahim a.s tentang Rabbnya (tuhan yang menjadikan) dan bukan tentang Ilahnya (tuhan yang disembah) sebagaimana penggunaan istilah dalam ayat tersebut.

Adakah selepas penjelasan ini, masih ada yang mendakwa: Sesungguhnya Namrud adalah ahli tauhid dengan tauhid rububiah dan Nabi Ibrahim a.s telah datang kepadanya untuk mengajak kepada tauhid uluhiah sahaja?

4. ALLAH SWT telah berfirman dalam menceritakan tentang Nabi Yusuf a.s yang mengajak sahabat-sahabat sepenjaranya kepada akidah tauhid yang suci:

Wahai sahabat sepenjaraku berdua! Memuja dan menyembah berbilang-bilang tuhan (Arbaab - jama' kepada Rabb) yang bercerai-berai itukah yang lebih baik atau menyembah ALLAH Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa? (Yusuf: 39)

Marilah bersama saya memerhatikan perkataan Nabi Yusof a.s ketika mempersoalkan tentang Tuhan yang lebih baik disembah: "Adakah Tuhan-tuhan (Arbab) yang bercerai-berai. Beliau tidak berkata: "Tuhan-tuhan (Aalihah - jamak kepada Ilah)."

Adalah jelas bahawa penghuni penjara menyembah lebih daripada satu Rabb dan lebih daripada satu Ilah.

Adakah masih boleh diterima oleh akal yang sejahtera, jika dikatakan: Orang-orang musyrikin bertauhid dengan tauhid rububiah dan Nabi Yusuf datang kepada mereka dengan membawa tauhid uluhiah sahaja? Maha Suci ALLAH, ini adalah suatu pembohongan yang besar!.

5. ALLAH SWT berfirman menceritakan tentang Firaun yang berkata ketika menakut-nakutkan kaumnya agar mereka mentaatinya. Firaun berkata: Akulah tuhan kamu (Rabbukum) yang tertinggi. (al-Naazi'aat: 24)

Demikianlah dakwaan rububiah Firaun bagi dirinya dan dia cuba mengagamakan kaumnya dengan rububiah ini. Maka dari sini, tidakkah ada langsung sebesar zarah perasaan salah bagi mereka yang mendakwa bahawa Firaun dan kaumnya bertauhid dengan tauhid rububiah dan telah datang kepada mereka Musa Kalimullah a.s dengan tauhid uluhiah sahaja?

Di ketika yang lain, Firaun juga mendakwa uluhiah bagi dirinya ketika dia berkata: Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui adanya bagi kamu sebarang tuhan (ilah) selain daripadaku. (al-Qasas: 3

Ini menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan di antara rububiah dan uluhiah. Oleh kerana itu, sesiapa yang mendakwa dirinya dengan rububiah, maka dia telah menjadikan dirinya Ilah (sebagai tuhan yang patut disembah).

Sesiapa yang mendakwa dirinya dengan uluhiah pula, maka dia telah menjadikan dirinya sebagai Rabb (tuhan yang menciptakan, mentadbir dan sebagainya) bagi orang lain.

6. Mayat-mayat yang berada di dalam kubur, masing-masing tidak ditanya tentang uluhiah dan tauhidnya, tetapi malaikat akan bertanya kepadanya: Man Rabbuka? (Siapakah rab (tuhan) kamu?"

Sekiranya tauhid itu seperti yang dipercayai oleh Ibnu Taimiyyah, yang mana semua manusia di sisinya beriktikad dengan tauhid rububiah, kenapakah soalan malaikat ini masih diperlukan dan bermanfaat?

Ini menunjukkan bahawa dakwaan Ibnu Taimiyyah adalah tidak benar dan palsu semata-mata.

Kesimpulannya, orang yang syirik pada uluhiahnya dikira sebagai syirik pada rububiahnya juga. Sesiapa yang syirik pada rububiah maka dia juga adalah syirik pada uluhiah.

Minggu hadapan kami akan mengemukakan dalil-dalil mereka dan jawapan ulama tentang kesamaran dakwaan mereka. Benarlah perumpamaan Quraniy bahawa, sesungguhnya rumah yang paling rapuh ialah rumah labah-labah. (al-Ankabut: 41). Wallahu a'lam.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Mon Jan 04, 2010 4:58 am    Post subject: Reply with quote

salam,

dipetik dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm


Benarkah musyrikin boleh bertauhid rububiyyah?

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN


BERTEMU kembali di ruangan Relung Cahaya pada tahun baru 1431 Hijrah. Semoga penghijrahan kita kali ini lebih bermakna dan turut melonjakkan kita dalam perjalanan kita menuju kepada ALLAH SWT dan Rasul-Nya.

Kembali kepada tajuk tauhid yang sedang kita bicarakan. Setelah kita meneliti beberapa dalil dan jawapan yang menunjukkan kepincangan dan kebatilan tauhid tiga serangkai, ada baiknya kita juga memerhatikan sebahagian dalil yang digunapakai oleh pengikut tauhid ini bagi menegakkan pendapat mereka yang kabur.

Kami telah menerima maklum balas daripada mereka yang berpegang dengan tauhid ini dan mereka telah menyatakan dalil-dalil mereka. Namun, di sini kami hanya akan mengutarakan sebahagiannya sahaja dan jawapan bagi hujah mereka tersebut. Manakala sebahagiannya lagi, kami akan susuli pada ruangan dan kesempatan yang lain, insya-ALLAH.

Sebelum memanjangkan kalam, kami ingin menyuarakan biarlah perbicaraan kita ini difokuskan kepada tajuk yang dibincangkan, bukannya mencemuh pihak yang tidak sependapat dengan kita. Andai kita merasa kita lebih bijak dan lebih mengetahui, sepatutnya kitalah juga yang lebih bijak dan mengetahui tentang adab-adab berbicara dan berdebat. Bukanlah tujuan kami mengetengahkan tajuk ini untuk menyentuh sensitiviti sesiapa, mencari ruang permusuhan atau mengkafir dan menyesatkan sesiapa. Tetapi tujuan kami hanya untuk melihat kebenaran itu tertegak dan kebatilan itu terpadam.

Berbalik kepada tajuk yang kita bicarakan, kami ingin menegaskan bahawa antara perkara utama yang menyebabkan kami menolak pembahagian tauhid ini ialah pembahagian tauhid ini telah mengkategorikan orang musyrik termasuk di dalam golongan ahli tauhid dengan tauhid rububiyyah, bukannya sifat rububiyyah atau uluhiyyah bagi ALLAH.

Mereka yang berpegang dengan tauhid ini berpegang dengan firman ALLAH SWT dalam surah al Zumar ayat 38: Dan demi sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu, "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab, "ALLAH."

Mereka juga berpegang dengan firman ALLAH SWT: Tanyakanlah lagi, "Siapakah tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh dan tuhan yang mempunyai Arasy yang besar?" Mereka akan menjawab, "(Semuanya) kepunyaan ALLAH." Katakanlah, "Mengapakah kamu tidak mahu bertaqwa? (al-Mukminun: 86 dan 87)

Ayat-ayat lain yang serupa dengan ayat ini banyak terdapat di dalam al-Quran.

Kami menyatakan bahawa hujah ini terlalu lemah. Ini kerana orang-orang musyrik hanya mengaku dengan lidah mereka kewujudan ALLAH ketika mana mereka berada dalam keadaan terdesak setelah dikemukakan hujah-hujah kepada mereka. Sedangkan hati-hati mereka menolak dengan apa yang mereka ungkapkan dan mengingkarinya. ALLAH SWT telah menjelaskan hakikat mereka melalui firman-Nya: Mereka menjadikan kamu senang hati dengan mulut mereka, sedangkan hati mereka menolaknya. (al-Taubah:

Berikrar

Berikrar dengan lidah semata-mata tanpa ditasdiqkan (dibenarkan) dengan hati, tidak ada nilainya dan tidak dikira pengakuannya itu di sisi syariat ALLAH.

Untuk lebih jelas lagi, perhatikanlah sambungan ayat daripada surah al-Zumar di atas yang bermaksud: Katakanlah (kepada mereka wahai Muhammad): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah selain dari ALLAH itu? Jika ALLAH hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika ALLAH hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku ALLAH (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri. (al-Zumar: 3

Ayat ini jelas menunjukkan pembohongan dan kepura-puraan perkataan mereka. Mereka ini tetap juga menyandarkan kemudharatan dan manfaat kepada selain ALLAH. Mereka sebenarnya jahil tentang ALLAH dan mendahulukan tuhan-tuhan mereka daripada ALLAH, hatta dalam sekecil-kecil perkara.

Sekiranya jawapan ini belum cukup untuk memuaskan hati pengikut tauhid tiga ini, marilah kita perhatikanlah semula perkataan orang musyrik kepada Nabi Hud AS: Kami hanya boleh berkata bahawa setengah dari tuhan-tuhan kami telah mengenakanmu sesuatu penyakit gila (disebabkan engkau selalu mencaci penyembahan kami itu). (Hud: 54)

Bagaimanakah pengikut tauhid tiga boleh mengatakan orang musyrik mempercayai bahawa hanya ALLAH yang berkuasa dalam urusan mentadbir, memberikan manfaat dan mudharat sehingga mereka layak dikatakan mempunyai tauhid rububiyyah? Padahal mereka mempercayai bahawa berhala-berhala mereka mampu mendatangkan mudharat dan manfaat?

Seterusnya, perhatikanlah pula ayat 136 dari surah al-An'aam ini: Dan mereka (orang-orang musyrik) memperuntukkan dari hasil tanaman dan binatang-binatang ternak yang diciptakan oleh ALLAH itu, sebahagian bagi ALLAH (dan sebahagian lagi untuk berhala-berhala mereka), lalu mereka berkata: "Ini untuk ALLAH - menurut anggapan mereka - dan ini untuk berhala-berhala kami." Kemudian apa yang telah ditentukan untuk berhala-berhala mereka, maka ia tidak sampai kepada ALLAH (kerana mereka tidak membelanjakannya pada jalan ALLAH), dan apa yang telah ditentukan untuk ALLAH, sampai pula kepada berhala-berhala mereka (kerana mereka membelanjakannya pada jalan itu). Amatlah jahatnya apa yang mereka hukumkan itu.

Jika orang musyrikin mentauhidkan ALLAH dari sudut rububiyyah kenapakah mereka telah mendahulukan berhala-berhala mereka daripada ALLAH daripada sekecil-kecil dan serendah-rendah perkara.

ALLAH telah berfirman dalam menjelaskan kepercayaaan mereka terhadap berhala-berhala mereka: Dan Kami tidak melihat berserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu ALLAH dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat itu). (al-An'aam : 94)

Perhatikanlah betul-betul ayat-ayat ini, kemudian apakah pendapat kalian terhadap kebenaran tauhid uluhiyyah dan rububiyyah ini yang mengatakan bahawa orang musyrikin dan Muslimin adalah sama dan hanya berbeza pada tauhid uluhiyyah?

Dalil yang lebih menjelaskan lagi perkara ini ialah firman ALLAH: Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari ALLAH, kerana mereka kelak, akan mencerca ALLAH secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. (al-An'aam: 108)

Adakah selepas memerhatikan ayat-ayat ALLAH ini, kita masih melihat bahawa pengakuan orang musyrikin sebagaimana dalam surah al Zumar ayat 38 di atas dan ayat yang seumpama dengannya diungkapkan dengan jujur dan ikhlas? Adakah kita masih mahu mengatakan bahawa mereka bertauhid dengan tauhid rububiyyah?

Sesungguhnya kami dan ulama Ahli Sunnah sememangnya tidak pernah menolak penyusunan dan pembahagian ilmu yang banyak dilakukan dalam ilmu-ilmu Islam kerana kebaikannya kepada umat Islam. Tetapi kami tidak boleh menerima pembahagian tauhid ini yang implikasinya sangat memudharatkan umat Islam iaitu membuka pintu kepada mengkafirkan ahli Kiblat. Terlajak sampan boleh berundur, terlajak kata binasa.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Mon Jan 04, 2010 4:59 am    Post subject: Reply with quote

salam,

dipetik dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm


Benarkah musyrikin boleh bertauhid rububiyyah?

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN


BERTEMU kembali di ruangan Relung Cahaya pada tahun baru 1431 Hijrah. Semoga penghijrahan kita kali ini lebih bermakna dan turut melonjakkan kita dalam perjalanan kita menuju kepada ALLAH SWT dan Rasul-Nya.

Kembali kepada tajuk tauhid yang sedang kita bicarakan. Setelah kita meneliti beberapa dalil dan jawapan yang menunjukkan kepincangan dan kebatilan tauhid tiga serangkai, ada baiknya kita juga memerhatikan sebahagian dalil yang digunapakai oleh pengikut tauhid ini bagi menegakkan pendapat mereka yang kabur.

Kami telah menerima maklum balas daripada mereka yang berpegang dengan tauhid ini dan mereka telah menyatakan dalil-dalil mereka. Namun, di sini kami hanya akan mengutarakan sebahagiannya sahaja dan jawapan bagi hujah mereka tersebut. Manakala sebahagiannya lagi, kami akan susuli pada ruangan dan kesempatan yang lain, insya-ALLAH.

Sebelum memanjangkan kalam, kami ingin menyuarakan biarlah perbicaraan kita ini difokuskan kepada tajuk yang dibincangkan, bukannya mencemuh pihak yang tidak sependapat dengan kita. Andai kita merasa kita lebih bijak dan lebih mengetahui, sepatutnya kitalah juga yang lebih bijak dan mengetahui tentang adab-adab berbicara dan berdebat. Bukanlah tujuan kami mengetengahkan tajuk ini untuk menyentuh sensitiviti sesiapa, mencari ruang permusuhan atau mengkafir dan menyesatkan sesiapa. Tetapi tujuan kami hanya untuk melihat kebenaran itu tertegak dan kebatilan itu terpadam.

Berbalik kepada tajuk yang kita bicarakan, kami ingin menegaskan bahawa antara perkara utama yang menyebabkan kami menolak pembahagian tauhid ini ialah pembahagian tauhid ini telah mengkategorikan orang musyrik termasuk di dalam golongan ahli tauhid dengan tauhid rububiyyah, bukannya sifat rububiyyah atau uluhiyyah bagi ALLAH.

Mereka yang berpegang dengan tauhid ini berpegang dengan firman ALLAH SWT dalam surah al Zumar ayat 38: Dan demi sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu, "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab, "ALLAH."

Mereka juga berpegang dengan firman ALLAH SWT: Tanyakanlah lagi, "Siapakah tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh dan tuhan yang mempunyai Arasy yang besar?" Mereka akan menjawab, "(Semuanya) kepunyaan ALLAH." Katakanlah, "Mengapakah kamu tidak mahu bertaqwa? (al-Mukminun: 86 dan 87)

Ayat-ayat lain yang serupa dengan ayat ini banyak terdapat di dalam al-Quran.

Kami menyatakan bahawa hujah ini terlalu lemah. Ini kerana orang-orang musyrik hanya mengaku dengan lidah mereka kewujudan ALLAH ketika mana mereka berada dalam keadaan terdesak setelah dikemukakan hujah-hujah kepada mereka. Sedangkan hati-hati mereka menolak dengan apa yang mereka ungkapkan dan mengingkarinya. ALLAH SWT telah menjelaskan hakikat mereka melalui firman-Nya: Mereka menjadikan kamu senang hati dengan mulut mereka, sedangkan hati mereka menolaknya-al-Taubah-8

Berikrar

Berikrar dengan lidah semata-mata tanpa ditasdiqkan (dibenarkan) dengan hati, tidak ada nilainya dan tidak dikira pengakuannya itu di sisi syariat ALLAH.

Untuk lebih jelas lagi, perhatikanlah sambungan ayat daripada surah al-Zumar di atas yang bermaksud: Katakanlah (kepada mereka wahai Muhammad): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah selain dari ALLAH itu? Jika ALLAH hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika ALLAH hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku ALLAH (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri-al-Zumar-38

Ayat ini jelas menunjukkan pembohongan dan kepura-puraan perkataan mereka. Mereka ini tetap juga menyandarkan kemudharatan dan manfaat kepada selain ALLAH. Mereka sebenarnya jahil tentang ALLAH dan mendahulukan tuhan-tuhan mereka daripada ALLAH, hatta dalam sekecil-kecil perkara.

Sekiranya jawapan ini belum cukup untuk memuaskan hati pengikut tauhid tiga ini, marilah kita perhatikanlah semula perkataan orang musyrik kepada Nabi Hud AS: Kami hanya boleh berkata bahawa setengah dari tuhan-tuhan kami telah mengenakanmu sesuatu penyakit gila (disebabkan engkau selalu mencaci penyembahan kami itu). (Hud: 54)

Bagaimanakah pengikut tauhid tiga boleh mengatakan orang musyrik mempercayai bahawa hanya ALLAH yang berkuasa dalam urusan mentadbir, memberikan manfaat dan mudharat sehingga mereka layak dikatakan mempunyai tauhid rububiyyah? Padahal mereka mempercayai bahawa berhala-berhala mereka mampu mendatangkan mudharat dan manfaat?

Seterusnya, perhatikanlah pula ayat 136 dari surah al-An'aam ini: Dan mereka (orang-orang musyrik) memperuntukkan dari hasil tanaman dan binatang-binatang ternak yang diciptakan oleh ALLAH itu, sebahagian bagi ALLAH (dan sebahagian lagi untuk berhala-berhala mereka), lalu mereka berkata: "Ini untuk ALLAH - menurut anggapan mereka - dan ini untuk berhala-berhala kami." Kemudian apa yang telah ditentukan untuk berhala-berhala mereka, maka ia tidak sampai kepada ALLAH (kerana mereka tidak membelanjakannya pada jalan ALLAH), dan apa yang telah ditentukan untuk ALLAH, sampai pula kepada berhala-berhala mereka (kerana mereka membelanjakannya pada jalan itu). Amatlah jahatnya apa yang mereka hukumkan itu.

Jika orang musyrikin mentauhidkan ALLAH dari sudut rububiyyah kenapakah mereka telah mendahulukan berhala-berhala mereka daripada ALLAH daripada sekecil-kecil dan serendah-rendah perkara.

ALLAH telah berfirman dalam menjelaskan kepercayaaan mereka terhadap berhala-berhala mereka: Dan Kami tidak melihat berserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu ALLAH dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat itu). (al-An'aam : 94)

Perhatikanlah betul-betul ayat-ayat ini, kemudian apakah pendapat kalian terhadap kebenaran tauhid uluhiyyah dan rububiyyah ini yang mengatakan bahawa orang musyrikin dan Muslimin adalah sama dan hanya berbeza pada tauhid uluhiyyah?

Dalil yang lebih menjelaskan lagi perkara ini ialah firman ALLAH: Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari ALLAH, kerana mereka kelak, akan mencerca ALLAH secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. (al-An'aam: 108)

Adakah selepas memerhatikan ayat-ayat ALLAH ini, kita masih melihat bahawa pengakuan orang musyrikin sebagaimana dalam surah al Zumar ayat 38 di atas dan ayat yang seumpama dengannya diungkapkan dengan jujur dan ikhlas? Adakah kita masih mahu mengatakan bahawa mereka bertauhid dengan tauhid rububiyyah?

Sesungguhnya kami dan ulama Ahli Sunnah sememangnya tidak pernah menolak penyusunan dan pembahagian ilmu yang banyak dilakukan dalam ilmu-ilmu Islam kerana kebaikannya kepada umat Islam. Tetapi kami tidak boleh menerima pembahagian tauhid ini yang implikasinya sangat memudharatkan umat Islam iaitu membuka pintu kepada mengkafirkan ahli Kiblat. Terlajak sampan boleh berundur, terlajak kata binasa.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Tue Jan 05, 2010 6:31 pm    Post subject: Reply with quote

Salam,

dipetik dari http://drasri-jomislah.blogspot.com/search/label/Bahaya%20Wahhabi

Mengapa Fahaman Wahhabi Ditolak ?
Saya tertarik dengan Artikel Pandangan Rasmi Jakim Mengenai Wahhabiyyah. Mereka yang Pro Wahhabi akan menggunakan hujjah dari JAKIM untuk menyatakan Wahhabi boleh diajar dan disebarkan di Malaysia atas alasan TIDAK SESAT. Namun mereka yang Pro Wahhabi ini lupa tentang perkataan ini :


Pada asasnya kerajaan menolak kehadiran fahaman Wahhabiyyah atas dasar ia boleh menimbulkan kekecohan dan perpecahan di kalangan umat Islam. Ia sepertimana yang telah diputuskan di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan iaitu pada kali ke-12 (1985), kali ke-14 (1985), kali ke-16 (1986), kali ke-40 (1996), kali ke-42 (1997) dan kali ke-44 (1998). Ia juga dibincangkan berkali-kali di dalam mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM pada kali ke-14 tahun 2000, kali ke-20 tahun 2002 dan kali ke-23 tahun 2003.

Kesemua keputusan perbincangan adalah menjurus kepada menyekat penularan fahaman Wahhabiyyah atas alasan isu-isu khilafiyyah fiqhiyyah yang dibangkitkan boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia.Memang tidak dinafikan fahaman Wahhabi inilah yang telah menimbulkan pecah belah di Malaysia bahkan di seluruh dunia, menghukum sesat majoriti ulamak dan umat Islam. Benarlah seperti yang disebutkan oleh ulamak :
Sesungguhnya benarlah apa yang pernah diungkapkan oleh ahli hikmah bahawa penawar boleh menjadi racun jika disalahgunakan atau jatuh ke tangan orang yang tidak ahli dalam menggunakannya. Demikianlah halnya apa yang berlaku ada hadith yang menyeru berpegang dengan Sunnah dan menjauhkan Bid'ah.

Pada Hakikatnya bertujuan memelihara kemurnian ajaran Islam dan mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam. Namun terdapat pihak yang mengunakannya untuk membid'ahkan amalan sebahagian besar umat Islam yang sebahagiannya merupakan pendapat Jumhur Ulama dan yang lainnya adalah masalah khilafiyyah di kalangan para Fuqaha'. Keadaan ini telah menimbulkan ketegangan dan fitnah di kalangan masyarakat Islam di mana sahaja penyakit ini merebak.

Al Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim ketika menggambarkan kesan yang ditinggalkan oleh kegiatan golongan ini terhadap keharmonian masyarakat Islam di Mesir dalam bukunya "al-Salafiyyah al-Mu'assarah" menulis :



"Kita sekarang berhadapan dengan satu gelombang taufan melanda secara membuta tuli, dengan pelbagai dakwaan dan dakyah yang memaklumkan sebahagian besar umat Islam terkeluar daripada agama ALLAH... kerana mereka tidak mengikut dan berpegang dengan pendapat yang dipegang oleh golongan berkenaan... hingga memporak perandakan keluarga.. anak menuduh bapanya kufur dan syirik, anak perempuan menderhaka kepada bapa dan menganggapnya ahli bid'ah dan fasik. Ada juga berlaku wanita kahwin dengan lelaki lain tanpa penceraian yang sah dengan suaminya berasaskan anggapan bahawa perkahwinan dengan suami pertamanya tidak sah kerana dia seorang yang kafir..."


Demikian besarnya fitnah yang ditimbulkan oleh penyalah gunaan tafsir nas-nas syarak tanpa berpandukan huraian oleh ulama muktabar. Hal ini memang telah diberikan peringatan oleh RasuluLlah s.a.w dalam sebuat hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi maksudnya:

"Sesiapa yang mentafsir al Quran tanpa ilmu maka bersedialah menduduki tempatnya di dalam neraka."
Ia turut diakui oleh Dr Muhammad Adil Azizah Al Kayali yang pernah menjawat sebagai Ketua Lembaga Pengawasan Da'wah di Dubai. Iaitu golongan yang suka menggunakan nama seperti Firqotun Najiah, Muwahhidun, Salafi ini telah menghukum kafir kepada penduduk di Abu Dhabi dan Dubai hanya kerana mereka bermazhab Maliki dan mengikut aliran Asya'iroh sehingga beliau telah menulis sebuah buku yang menerangkan pengkafiran yang telah dilakukan oleh golongan ini terhadap umat Islam beserta bukti-buktinya.

Contoh pengkafiran yang telah dilakukan oleh golongan Wahhabi Salafi ini ialah :
1. Dalam Mukhtashar Muslim lil Hafiz al Munziri ketika berkomentar hadith no 2060 tentang turunnya al Masih alaihis salam di akhir zaman. Sheikh Albani berkata :

"Ini jelas menunjukkan bahawa Isa 'alaihissalam akan berhukum dengan syari'at kita dan memberi keputusan dengan al Quran dan Sunnah, bukan dengan selain keduanya iaitu Injil atau Fiqh Hanafi atau yang seumpamanya".



Pernyataan Albani ini telah dibidas oleh Dekan Fakulti Usuluddin Universiti al Imam Muhammad bin Su'ud al Islamiyah Riyadh iaitu Dr Ibrahim al Manshuri di Akhbar Harian 'Ukkaz dalam tiga makalah yang ditampilkan bersiri. Beliau berkata :

"Bagaimana anda menyamakan mazhab-mazhab dengan Injil yang sudah tidak asli dalam hal kebatilan? Dan bagaimana pula anda menggolongkan para pengikut mazhab yang empat berada dalam kesesatan seperti Yahudi dan Nasrani dan bahawa semua itu adalah pengikut kebatilan sebagaimana sangkaan anda?

*Sheikh Albani menyamakan Fiqh Hanafi yang dalil dan hujjahnya adalah dari Al Quran dan Sunnah dengan Injil yang terang jelas sudah terpesong.

2. Di dalam Akhbar al Muslimin ad Dauliyah : apabila ditanya tentang 2 imam besar iaitu Imam An Nawawi dan Ibnu Hajar (semoga keduanya dirahmati ALLAH) :

"Sesungguhnya kedua Imam itu memiliki aqidah yang rosak dan melakukan penyimpangan (tahrif) dalam beberapa masalah I'tiqad".



3. Safar al Hawali dalam risalahnya bertajuk Minhaj al Asya'iroh fil Aqidah hal 28 :

"Seandainya dikatakan bahawa al Hafizh Ibnu Hajar adalah orang yang tidak menentu aqidahnya nescaya ia lebih mendekati kebenaran".

Antara bukti golongan wahhabi salafi ini menghukum sesat kepada ulamak Islam dan jemaah Islam yang boleh dibaca secara langsung dari laman web :

1. Menghukum sesat kepada Prof Dr Yusof al Qardhawi, Imam Hassan al Banna, dan Jemaah Ikhwan Muslimin :
http://salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=630

2. Menghukum sesat kepada Imam Hasan al Banna :
http://www.salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=375

3. Menghukum sesat kepada golongan Asya'iroh :
http://www.salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=715

Dan banyak lagi contoh-contoh hukuman sesat, kafir dan syirik tanpa hak yang dilakukan oleh golongan yang melampau ini.

Sumber :
1. Kata Pengantar Mufti Wilayah Persekutuan Dato' Wan Zahidi Bin Wan Teh, Makna Sebenar Bid'ah Satu Penjelasan Rapi, al-Sheikh al-Hafiz al-Fadl Abu Al Fadl AbduLLah al-Siddiq al-Ghumari, Middle East Global ,2003, Selangor
2. Dr Muhammad Adil Azizah Al Kayali, Al Firqah An Najiah Hia Al Ummatul Islamiyyah Kulluha
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Tue Jan 05, 2010 7:46 pm    Post subject: Reply with quote

salam,

dipetik dari http://al-dununiyy.blogspot.com/


WAHHABI SUATU MISTERI? WAHHABI SUATU LANJUTAN MAZHAB HANBALI? WAHHABI TIDAK SESUAI DI MALAYSIA?
(1) WAHHABI ITU MAZHAB HANBALI?

Ada pihak menyangka bahawa puak Wahhabi itu adalah lanjutan daripada mazhab Hanbali. Soalnya, kenapa ada di kalangan ulama besar dalam mazhab Hanbali sendiri turut menyanggah puak Wahhabi dan tokoh-tokoh rujukan mereka? Jawabnya, kerana tokoh-tokoh tersebut menganut fahaman kufur tajsim dan tashbih dan kerana mereka menyalahi beberapa perkara ijmak. Oleh itu, sebelum kemunculan Ibn Taymiyyah (w. 728 H) dan pergerakan Wahhabi lagi mereka secara umumnya telah digelar sebagai mujassimah mushabbihah.

Antara tokoh mujassimah mushabbihah yang bermazhab fiqh Hanbali atau yang mendakwa bermazhab fiqh Hanbali ialah Abu ^Abdillah ibn Hamid, Abu Ya^la, Ibn al-Zaghuni, Ibn Taymiyyah al-Harrani, Ibnul-Qayyim al-Jawziyyah, pentaqlid Ibn Taymiyyah Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab al-Najdi pengasas ajaran Wahhabi dan pengikutnya yang digelar al-Wahhabiyyah atau al-Qarniyyah.


Sebahagian Senarai Ulama Mazhab Hanbali Yang Menyanggah Mujassimah Mushabbihah

1. Al-Imam al-Hafiz al-Mufassir Abul-Farj ^Abdr-Rahman ibn al-Jawzi al-Hanbali (w. 597 H) menyanggah mujassimah mushabbihah seperti Abu ^Abdillah ibn Hamid, Abu Ya^la dan Ibn al-Zaghuni yang menyelinap dalam institusi mazhab Hanbali melalui kitab beliau:
· Daf^ Shubahit-Tashbih bi-Akuffit-Tanzih fir-Radd ^alal-Mujassimah wal-Mushabbihah
· Al-Bazul-Ashhab al-Munqid ^ala Mukhalifil-Madhhab.
2. Al-Qadi Ahmad ibn ^Umar al-Maqdisi al-Hanbali. Penglibatan beliau dalam menyanggah Ibn Taymiyyah dapat dilihat dalam kitab ^Uyunut-Tawarikh oleh al-Mu’arrikh Ibn Shakir al-Kutbi (w. 764 H) dan Najmul-Muhtadi wa Rajamul-Mu^tadi oleh al-Mu’arrikh al-Faqih al-Mutakallim al-Fakhr Ibnul-Mu^allim al-Qurashi (w. 725 H).
3. Qadi Qudah al-Madinah al-Munawwarah Abu ^AbdiLlah Muhammad ibn Musallam ibn Malik al-Salihi al-Hanbali (w. 726 H)
4. Al-Hafiz ^Abdur-Rahman ibn Ahmad yang dikenali dengan nama Ibn Rajab al-Hanbali (w. 795 H) menyanggah pendapat Ibn Taymiyyah menyalahi ijmak berkenaan talak tiga sekaligus melalui kitab beliau:
· Bayan Mushkilil-Ahadith al-Waridah fi annat-Talaqath-Thalath Wahidah
5. Al-Shaykh Sulayman ibn ^Abdil-Wahhab al-Hanbali saudara Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab al-Najdi pengasas al-Wahhabiyyah menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Sawa^iq al-Ilahiyyah fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah
· Faslul-Khitab fir-Radd ^ala Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab
6. Al-Shaykh Abul-^Awn Shamsud-Din Muhammad ibn Ahmad ibn Salim yang dikenali sebagai Ibn Safarini al-Nabulusi al-Hanbali (w. 1188 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Ajwibatun-Najdiyyah ^an al-As’ilatin-Najdiyyah
7. Al-Shaykh ^Abdullah ibn Awdah yang digelar sebagai Sufan al-Qadumi al-Hanbali (w. 1331 H) seorang alim bermazhab Hanbali di Hijaz dan Syam. Beliau menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Rihlatul-Hijaziyyah war-Riyad al-Unsiyyah fil-Hawadith wal-Masa’il
· Al-Radd ^alal-Wahhabiyyah
8. Al-Mufti Mustafa ibn al-Shaykh Ahmad ibn Hasan al-Shati al-Dimashqi al-Hanbali yang pernah menjawat sebagai Qadi di Dawma (w. 1348 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Risalatun fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah
· Al-Nuqulush-Shar^iyyah fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah
9. Al-Mufti Ahmad ibn Hasan al-Shati al-Dimashqi al-Hanbali menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Radd ^alal-Wahhabiyyah
10. Al-Shaykh Muhammad ibn ^Abdir-Rahman al-Hanbali menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Tahakkumul-Muqallidin bi-man Idd^a Tajdidad-Din
11. Al-Shaykh Ibn ^Abdir-Razzaq al-Hanbali menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam masalah ziarah kubur Nabi Muhammad melalui kitab beliau:
· Al-Jawabat fiz-Ziyarah
12. Al-Shaykh ^Abdul-Muhsin al-Ashqiri al-Hanbali Mufti di al-Zubayr, Basrah menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam masalah ziarah dan tawasul dengan para nabi dan solihin melalui kitab beliau:
· Al-Radd ^alal-Wahhabiyyah
13. Al-Shaykh ^Afifud-Din ibn ^Abdillah ibn Dawud al-Hanbali menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· al-Sawa^iq war-Ru^ud



(2) WAHHABI ITU BENAR TETAPI TIDAK SESUAI DI MALAYSIA?

Ada pihak yang mendakwa bahawa ajaran dan fahaman Wahhabi tidak sesuai di Malaysia meskipun ajaran Wahhabi itu benar. Soalnya, adakah benar ajaran Wahhabi itu hanya tidak sesuai di Malaysia? Adakah betul ajaran Wahhabi itu suatu ajaran yang benar? Jawabnya, ajaran Wahhabi itu bukan hanya tidak sesuai di Malaysia sahaja, bahkan tidak sesuai di mana-mana tempat pun di dunia ini!! Ajaran Wahhabi juga bukan suatu ajaran yang benar kerana seluruh tokoh besar ulama empat mazhab menolak aqidah kufur tajsim yang merupakan salah satu ajaran dan fahaman sesat Wahhabi.

Setelah sebahagian ulama mazhab Hanbali disenaraikan di atas, berikut pula adalah sebahagian senarai ulama mazhab Shafi^i (ramai di dunia Arab seperti Mesir, Hijaz, Syam, Somalia, Habsyah dan Yaman juga di Asia Tenggara dan lain-lain), Maliki (ramai di dunia Arab seperti di Hijaz, Iraq, Mesir, Sudan, Libya, Tunisia, Nigeria dan Maghribi dan lain-lain) dan Hanafi (ramai di dunia Arab seperti Hijaz, Syam, Mesir dan Iraq juga ramai di Turki, Afghanistan, Pakistan, India dan China dan lain-lain) yang menolak aqidah tajsim dan tashbih serta beberapa perkara sesat yang lain yang dibawa oleh puak mujassimah mushabbihah sebelum zaman al-Mujassim Ibn Taymiyyah sehingga zaman kewujudan al-Mujassimah al-Wahhabiyyah.

Sebahagian Senarai Ulama Mazhab Shafi^i Yang Menyanggah Mujassimah Mushabbihah

1. Sultanul-^Ulama’ ^Izzud-Din ^Abdul-^Aziz ibn ^Abdis-Salam al-Sulami (w. 660 H) menyanggah puak mujassimah yang berselindung di sebalik slogan aqidah Salaf dan aqidah al-Imam Ahmad ibn Hanbal dalam kitab beliau:
· Al-Milhah fi I^tiqad Ahlil-Haqq
· Al-Radd ^alal-Mubtadi^ah wal-Hashwiyyah
2. Al-Qadi al-Mufassir Badrud-Din Muhammad ibn Ibrahim ibn Jama^ah al-Shafi^i (w. 733 H)
3. Al-Shaykh al-Faqih Nurud-Din ^Ali ibn Ya^qub al-Bakri al-Shafi^i (w. 724 H)
4. Al-Shaykh Kamalud-Din Muhammad ibn Abil-Hasan ^Ali al-Siraj al-Rifa^i al-Qurashi al-Shafi^i menyanggah Ibn Taymiyyah melalui kitab beliau:
· Tuffahul-Arwah wa Fattahul-Arbah
5. Al-Shaykh al-Faqih Shamsud-Din Muhammad ibn ^Adlan al-Shafi^i (w. 749 H). Beliau pernah berkata: “Sesungguhnya Ibn Taymiyyah berkata: “Sesungguhnya ALLAH di atas Arasy dengan sifat atas yang hakiki dan sesungguhnya ALLAH berkata-kata dengan suatu huruf dan suatu suara”.”.
6. Al-Imam al-Hafiz al-Mujtahid Taqiyyud-Din al-Subki al-Shafi^i (w. 756 H) menyanggah al-Mujassim Ibn Taymiyyah al-Harrani dalam pelbagai masalah melalui kitab-kitab beliau:
· Al-I^tibar bi-Baqa’il-Jannah wan-Nar
· Al-Durratul-Madiyyah fir-Radd ^ala Ibn Taymiyyah
· Shifa’us-Saqam fi Ziyarah Khayril-Anam
· Al-Nazarul-Muhaqqaq fil-Halaf bit-Talaqil-Mu^allaq
· Naqdul-Ijtima^ wal-Iftiraq fi masa’ilil-Ayman wat-Talaq
· Al-Tahqiq fi Mas’alatit-Ta^liq
· Raf^ush-Shiqaq ^an Mas’alatit-Talaq
7. Al-Qadi Safiyud-Din al-Hindi al-Shafi^i (w. 715 H)
8. Al-Muhaddith al-Mufassir al-Usuli al-Faqih Muhammad ibn ^Umar ibn Makki yang dikenali sebagai Ibn al-Murahhil al-Shafi^i (w. 716 H)
9. Al-Faqih al-Muhaddith ^Ali ibn Muhammad al-Baji al-Shafi^i (w. 714 H) pernah berdebat dengan Ibn Taymiyyah di empat belas tempat dan beliau mengalahkannya.
10. Al-Mu’arrikh al-Faqih al-Mutakallim al-Fakhr Ibnul-Mu^allim al-Qurashi al-Shafi^i (w. 725 H) menyanggah Ibn Taymiyyah melalui kitabnya:
· Najmul-Muhtadi wa Rajmul-Mu^tadi
11. Al-Qadi al-Shaykh Kamalud-Din ibn al-Zamlakani al-Shafi^i (w. 727 H) berdebat dengan Ibn Taymiyyah dengan dua risalah iaitu pertama dalam masalah talak tiga sekaligus dan kedua dalam masalah ziarah.
12. Al-Shaykh Shihabud-Din Ahmad ibn Yahya al-Kilabi al-Halabi yang dikenali sebagai Ibn Jahbal al-Shafi^i (w. 733 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam tulisan beliau:
· Risalatun fi Nafyil-Jihah
13. Al-Faqih al-Muhaddith Jalalud-Din Muhammad al-Qazwini al-Shafi^i (w. 739 H)
14. Al-Hafiz al-Dhahabi al-Shafi^i (w. 748 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam dua tulisan beliau:
· Bayan Zaghlil-^Ilm wat-Talab
· Al-Nasihat al-Dhahabiyyah
15. Al-Hafiz al-Faqih al-Usuli Abu Sa^id Khalil Salahud-Din al-^Ala’i al-Shafi^i (w. 761 H) mencela Ibn Taymiyyah dalam kitab Dhakh’irul-Qasr fi Tarajum Nubala’il-^Asr oleh Ibn Tulun di halaman 32 - 33. Al-Hafiz al-^Ala’I juga menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Ahadith Ziayarah Qabrin-Nabi
16. Al-Faqih al-Shaykh Tajud-Din al-Subki al-Shafi^i (w. 771 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Tabaqatush-Shafi^iyyatil-Kubra
17. Al-Hafiz Ibn Hajar al-^Asqalani al-Shafi^i (w. 852 H) mendedahkan pandangan ulama terhadap kesesatan Ibn Taymiyyah dan beliau sendiri menyanggah penyelewengan Ibn Taymiyyan melalui kitab-kitab beliau:
· Al-Durarul-Kaminah fi A^yanil-Mi’atith-Thaminah
· Lisanul-Mizan
· Fathul-Bari Sharh Sahih al-Bukhari
· Al-Isharah bi-Turuq Hadithiz-Ziyarah
· Al-Ajwibatul-Mardiyyah fir-Radd ^alal-As’ilatil-Makkiyyah
18. Al-Faqih al-Mu’arrikh Ibn Qadi Shuhbah al-Shafi^i (w. 851 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Tarikh Ibn Qadi Shuhbah
19. Al-Faqih al-Shaykh Taqiyyud-Din Abu Bakr al-Hisni al-Shafi^i (w. 826 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dan mendedahkan kesepakatan ulama empat mazhab sezaman di atas kekufuran Ibn Taymiyyah melalui kitab beliau:
· Daf^ Shubah Man Shabbaha wa Tamarrad wa Nasaba Dhalika ilal-Imam Ahmad
20. Al-Hafiz al-Sakhawi al-Shafi^i (w. 902 H) menyanggah Ibn Taymiyyah melalui kitab beliau:
· Al-I^lan bit-Tawbikh li-man Dhammat-Tarikh
21. Al-Shaykh Ibn Hajar al-Haytami al-Shafi^i (w. 974 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Al-Fatawal-Hadithiyyah
· Al-Jawharul-Munazzam fi Ziyaratil-Qabril-Mu^azzam
22. Al-Shaykh ^Abdur-Ra’uf al-Munawi al-Shafi^i (w. 1031 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Sharhush-Shama’il lit-Tirmidhi
23. Al-Muhaddith Muhammad ibn ^Ali ibn ^Illan al-Siddiqi al-Makki al-Shafi^i (w. 1057 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Al-Mubarridul-Mubki fi Raddis-Sarimil-Munki
24. Al-Shaykh ^Abdullah ibn ^Abdul-Latif al-Shafi^i pernah menjadi guru kepada pengasas Wahhabiyyah Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab. Beliau telah menyanggah Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab melalui kitab beliau:
· Tajrid Sayfil-Jihad li-Muda^il-Ijtihad
25. Al-Shaykh Muhammad ibn Sulayman al-Kurdi al-Shafi^i pernah menjadi guru kepada pengasas Wahhabiyyah Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab. Beliau menyanggah Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab dalam kitab beliau:
· Al-Radd ^ala Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab
26. Al-Mufti al-Sayyid Ahmad ibn Zayni Dahlan al-Shafi^i (w. 1304 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam melalui kitab beliau:
· Al-Durarus-Sunniyyah fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah
· Fitnatul-Wahhabiyyah
27. Al-^Allamah Barakat al-Ahmadi al-Makki al-Shafi^i menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Raddun ^ala Ibn ^Abdil-Wahhab
28. Al-Shaykh Muhammad Salih al-Zamzami al-Shafi^i imam di Maqam Ibrahim di Mekah
· Al-Radd ^alal-Wahhabiyyah
29. Al-^Allamah al-Sayyid Yusuf al-Batah al-Ahdal al-Zabidi al-Makki al-Shafi^i (w. 1246 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Risalatun fi Jawazil-Istighathah wat-Tawassul
30. Al-Shaykh Zaynul-^Abidin ibn Muhammad al-Fatani mendedahkan dan menolak kesesatan puak mujassimah di zaman beliau dalam kitab beliau:
· Irshadul-^Ibad ila Sabilir-Rashad
31. Al-Shaykh Ahmad Khatib ibn ^Abdul-Latif al-Minankabawi imam mazhab Shafi^i di Masjidil-Haram menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
· Al-Khattul-Mardiyyah fi Radd Shubhah Man Qal bi-Bid^atit-Talaffiz bin-Niyyah
32. Al-Shaykh Hasanud-Din ibn Muhammad Ma^sum ibn Abi Bakr al-Dali al-Jawi al-Shafi^i menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
· Al-Qutufatus-Sunniyyah li-Man^ Ba^d ma fil-Fawa’idil-^Aliyyah
33. Al-Musnid al-Habib al-Sayyid Abul-Ashbal Salim ibn Husayn ibn Jindan al-Indunisi al-Shafi^i (w. 1389 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Al-Khulasatul-Kafiyah fil-Asanidil-^Aliyah
34. Al-Faqih al-Habib al-Sayyid ^Alawi ibn Tahir al-Haddad al-Hadrami al-Shafi^i Mufti Negeri Johor mendedahkan kesesatan puak al-Wahhabiyyah yang digelar Kaum Muda dalam kitab beliau:
· Fatwa Mufti Kerajaan Negeri Johor
35. Al-^Allamah al-Habib al-Sayyid ^Alawi ibn Ahmad al-Haddad al-Shafi^i (w. 1222 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Sayful-Batir li-^Unuqil-Munkir ^alal-Akabir
· Misbahul-Anam wa Jila’uz-Zalam fi Radd Shubahil-Bid^iyyil-Najdiyyillati Adalla bi-hal-^Awam
36. Al-Shaykh Salamah al-^Azami al-Quda^i al-Misri al-Shafi^i menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
· Furqanul-Qur’an bayn Sifatil-Khaliq wa Sifatil-Akwan. Dalam kitab ini beliau menyanggah aqidah tajsim Ibn Taymiyyah dan al-Wahhabiyyah.
· Al-Barahinus-Sati^ah fi Radd Ba^dil-Bida^ish-Sha’i^ah
· Maqalat fi Jaridatil-Muslim (al-Misriyyah)
· Risalatun fi Ta’yid Madhhabis-Sufiyyah war-Radd ^alal-Mu^taridin ^alayhim
37. Al-Shaykh Ahmad ibn ^Ali al-Basri al-Qabbani al-Shafi^i menyanggah puak al-Wahhabiyyah dengan kitab beliau:
· Faslul-Khitab fi Radd Dalalat Ibn ^Abdil-Wahhab
38. Al-Shaykh ^Uthman ibn al-^Umari al-^Aqili al-Shafi^I menyanggah puak al-Wahhabiyyah dengan kitab beliau:
· Risalatun fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah
39. Al-Shaykh al-Kiyahi Ihsan ibn Muhammad Dahlan al-Jamfasi al-Kadiri al-Indunisi al-Shafi^i menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Sirajut-Talibin ^ala Minhajil-^Abidin ila Jannah Rabbil-^Alamin
40. Al-Shaykh al-Kiyahi Sirajud-Din ^Abbas al-Indunisi al-Shafi^i (w. 1401 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· I^tiqad Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah
· Arba^inil-Masa’il-Diniyyah: Empat Puluh Masalah Agama
41. Al-Shaykh al-Kiyahi ^Ali Ma^sum al-Jukjawi al-Shafi^i (w. 1410 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Hujjah Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah
42. Al-Shaykh al-Kiyahi Ahmad ^Abdul-Halim al-Qindili al-Indunisi al-Shafi^i menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· ^Aqa’id Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah
43. Al-Shaykh al-Kiyahi Ahmad Makki ^Abdullah Mahfuz al-Indunisi al-Shafi^i menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Hisnus-Sunnah wal-Jama^ah fi Ma^rifah Firaq Ahlil-Bida^
44. Al-Shaykh al-Kiyahi Muhammad Shafi^I Hadhami ibn Muhammad Salih Ra’idi al-Indunisi Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia, Jakarta (1990 – 2000 R) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Tawdihul-Adillah
45. Al-Hafiz al-Muhaddith al-Zahid al-Shaykh ^Abdullah ibn Muhammad al-Harari al-Abdari al-Shaybi al-Rifa^i al-Shafi^i (w. 1429 H) mufti di Harar, Habsyah menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah dalam kitab-kitab beliau seperti:
· Al-Maqalatus-Sunniyyah fi Kashf Dalalat Ahmad ibn Taymiyyah
· Sarihul-Bayan fir-Radd ^ala Man Khalafal-Qur’an
· Al-Tahdhirush-Shar^iyyil-Wajib
. Bughyatut-Talib

Sebahagian Senarai Ulama Mazhab Maliki Yang Menyanggah Mujassimah Mushabbihah

1. Al-Qadi Muhammad ibn Abi Bakr al-Maliki
2. Al-Faqih al-Mutakallim al-Sufi al-Shaykh Tajud-Din Ahmad ibn ^Ata’iLlah al-Iskandari al-Shadhili (w. 709 H)
3. Qadi Qudah al-Malikiyyah ^Ali ibn Makhluf (w. 718 H). Beliau pernah berkata: “Ibn Taymiyyah berkata dengan aqidah tajsim dan di sisi kami barangsiapa yang berpegang dengan iktikad ini telah kafir dan wajib dibunuh”.
4. Al-Faqih al-Rahhalah Ibn Battutah (w. 779 H) mendedahkan kesesatan Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Rihlah Ibn Battutah
5. Al-Hafiz Waliyyud-Din Abu Zur^ah Ahmad ibn ^Abdur-Rahim al-^Iraqi al-Maliki (w. 826 H) menyanggah Ibn Taymiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Ajwibatul-Mardiyyah fir-Radd ^alal-As’ilatil-Makkiyyah
6. Al-Shaykh ^Umar ibn Abil-Yaman al-Lakhmi al-Fakihi al-Maliki (w. 734 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dengan kitab beliau:
· Al-Tuhfatul-Mukhtarah fir-Radd ^ala Munkiriz-Ziyarah
7. Al-Shaykh ^Isa al-Zawawi al-Maliki (w. 743 H) menyanggah Ibn Taymiyyah melalui kitab beliau:
· Risalatun fi Mas’alatit-Talaq
8. Shaykh Ifriqiya Abu ^Abdullah ibn ^Arafah al-Tunisi al-Maliki (w. 803 H)
9. Al-Shaykh Ahmad Zaruq al-Fasi al-Maliki (w. 899 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dengan kitab beliau:
· Sharh Hizbil-Bahr
10. Al-Shaykh Muhammad al-Razqani al-Maliki (w. 1122 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Sharhul-Mawahibil-Laduniyyah
11. Al-Shaykh Idris ibn Ahmad al-Wazani al-Fasi al-Maliki (dilahirkan pada 1272 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Al-Nashrut-Tayyib ^ala Sharhish-Shaykh al-Tayyib
12. Mufti al-Madinah al-Munawwarah al-Shaykh al-Muhaddith Muhammad al-Khadir al-Shanqiti al-Maliki (w. 1353 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Luzumut-Talaqith-Thalath Daf^ahu bi-ma la Yastati^ul-^Alim Daf^ahu
· Qam^ Ahliz-Zaygh wal-Ilhad ^anit-Ta^n fi Taqlid A’immatil-Ijtihad
13. ^Alim Makkah Muhammad al-^Arabi al-Tabban al-Maliki (w. 1390 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
· Bara’atul-Ash^ariyyin min ^Aqa’idil-Mukhalifin
14. Al-Hafiz al-Mujtahid al-Shaykh al-Sayyid Ahmad ibn al-Siddiq al-Ghumari al-Maghribi al-Maliki (w. 1380 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah dalam kitab-kitab beliau seperti:
· Hidayatus-Sughara’
· Al-Qawlul-Jali
· Ihya’ul-Maqbur min Adillah Istihbab Bina’il-Masajid wal-Qubab ^alal-Qubur
15. Al-Muhaddith al-Shaykh al-Sayyid ^Abdullah ibn al-Siddiq al-Ghumari al-Maghribi al-Maliki (w. 1413 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah melalui kitab-kitab beliau seperti:
· Itqanus-Sin^ah fi Tahqiq Ma^nal-Bid^ah
· Al-Subhus-Safir fi Tahqiq Salatil-Musafir
· Al-Rasa’ilul-Ghumariyyah
16. Al-Shaykh al-Mashraqi al-Jaza’iri al-Maliki menyanggah al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Izharul-^Uquq min-man Mana^at-Tawassul bin-Nabi wal-Waliyyis-Saduq
17. Shaykhul-Islam di Tunisia al-Shaykh Isma^il al-Tamimi al-Maliki (w. 1248 H) menyanggah al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Radd ^ala Ibn ^Abdil-Wahhab
18. Al-Shaykh Ahmad al-Sawi al-Maliki menolak puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
· Hashiyatus-Sawi ^ala Tafsiril-Jalalayn
19. Al-Shaykh Ibrahim ibn ^Abdil-Qadir al-Tarabulusi al-Riyahi al-Tunisi al-Maliki (w. 1266 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
· Al-Radd ^alal-Wahhabiyyah
20. Al-Shaykh Muhammad al-Sa^di al-Maliki menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Risalatul-Mardiyyah fir-Radd ^ala Man Munkiriz-Ziyaratil-Muhammadiyyah
21. Al-Shaykh Yusuf ibn Ahmad al-Dijwi al-Azhari al-Maliki (w. 1365 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab-kitab beliau:
· Risalatun fi Tasarrufil-Awliya’
· Al-Maqalat
22. Al-Shaykh ^Ali ibn Muhammad al-Mayli al-Jamali al-Tunisi al-Maghribi al-Maliki menyanggah aqidah tajsim puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Suyuful-Mashraqiyyah li-Qat^ A^naqil-Qa’ilin bil-Jihah wal-Jismiyyah
23. Al-Shaykh ^Abdul-^Aziz al-Qurashi al-^Alji al-Ahsa’i al-Maliki menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui tulisan beliau:
· Qasidatun fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah

Senarai Ulama Mazhab Hanafi Yang Menyanggah Mujassimah Mushabbihah

1. Al-Qadi Muhammad ibn al-Hariri al-Ansari al-Hanafi
2. Qadil-Qudah di Mesir al-Shaykh Ahmad ibn Ibrahim al-Saruji al-Hanafi (w. 710 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dengan kitab beliau:
· I^tiradat ^ala Ibn Taymiyyah fi ^Ilmil-Kalam
3. Al-Shaykh Ahmad ibn ^Uthman al-Turkamani al-Juzjani al-Hanafi (w. 744 H) menyanggah Ibn Taymiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Abhathul-Jaliyyah fir-Radd ^ala Ibn Taymiyyah
4. Al-^Allamah al-Shaykh ^Ala’ud-Din al-Bukhari al-Hanafi (w. 841 H) mengkafirkan Ibn Taymiyyah dan mengkafirkan sesiapa yang menamakannya sebagai Shaykhul-Islam dalam keadaan mengetahui kekufurannya. Ini telah disebut oleh al-Hafiz al-Sakhawi dalam kitab beliau al-Daw’ul-Lami^.
5. Al-Shaykh Muhammad ibn Ahmad Hamidid-Din al-Farghani al-Dimashqi al-Hanafi (w. 867 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dengan kitab beliau:
· Al-Radd ^ala Ibn Taymiyyah fil-I^tiqad
6. Al-Qadi al-Bayadi al-Hanafi (w. 1098 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Isharatul-Maram min ^Ibaratil-Imam
7. Al-Shaykh al-Mulla ^Ali al-Qari al-Hanafi (w. 1014 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dengan kitab beliau:
· Sharhushi-Shifa lil-Qadi ^Iyad
8. Al-Shaykh Ahmad al-Khafaji al-Misri al-Hanafi (w. 1069 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dengan kitab beliau:
· Sharhushi-Shifa lil-Qadi ^Iyad
9. Al-Shaykh ^Abdul-Ghani al-Nabulusi al-Dimashqi al-Hanafi (w. 1143 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam banyak kitab beliau.
10. Al-Shaykh Muhammad Bakhit al-Muti^i al-Hanafi pernah menjadi mufti di Mesir (w. 1354 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dan al-Wahhabiyyah dengan kitab beliau:
· Tathirul-Fu’ad min Danasil-I^tiqad
11. Al-^Allamh al-Shaykh Muhammad Zahid al-Kawthari al-Hanafi (w. 1371 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah melalui kitab-kitab beliau seperti:
· Kitab Maqalatil-Kawthari
· Al-Ta^aqqubul-Hathith li-ma Yanfi-hi Ibn Taymiyyah minal-Hadith
· Al-Buhuthul-Wafiyyah fi Mufradat Ibn Taymiyyah
· Al-Ishfaq ^ala Ahkamit-Talaq
· Tahdhirul-Khalaf min Makhazi Ad^iya’is-Salaf
· Muhiqqul-Taqawwul fi Mas’alatit-Tawassul
12. Al-Shaykh Nu^man ibn Mahmud Khayrid-Din yang dikenali sebagai Ibn al-Alusi al-Baghdadi al-Hanafi (w. 1317 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
· Al-Ajwibatun-Nu^maniyyah ^anil-As’ilah al-Hindiyyah fil-^Aqa’id
13. Al-Faqih al-Shaykh ^Ata al-Kasam al-Dimashqi al-Hanafi menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
· Al-Aqwalul-Mardiyyah fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah
14. Al-Muhaddith al-Shaykh Tahir Sunbul al-Hanafi menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
· Al-Intisar lil-Awliya’il-Abrar
15. Al-Shaykh Muhammad al-Nafilati al-Hanafi mufti di al-Quds al-Sharif (masih hidup pada tahun 1315 H) menyanggah al-Wahhabiyyah dengan kitab beliau:
· Al-Tahriratur-Ra'iqah
16. Al-Shaykh HamduLlah al-Dajiwi al-Hindi al-Hanafi menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Basa’ir li-Munkiri al-Tawassul bi-Ahlil-Maqabir
17. Al-Shaykh ^Abdullah ibn Ibrahim al-Miraghni al-Hanafi yang mendiami Ta’if menyanggah al-Wahhabiyyah dengan kitab beliau:
· Tahridul-Aghniya’ ^alal-Istighathah bil-Anbiya’ wal-Awliya’
18. Al-Shaykh Dawud ibn Sulayman al-Baghdadi al-Naqshabandi al-Hanafi (w. 1299 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Sulhul-Ikhwan fir-Radd ^ala Man Qal ^alal-Muslimin bish-Shirk wal-Kufran
· Al-Mihnatul-Wahbiyyah fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah
19. Al-Shaykh Muhammad Amin yang lebih dikenali sebagai Ibn ^Abidin al-Dimashqi al-Hanafi menolak puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
· Raddul-Muhtar ^alad-Durril-Mukhtar
20. Al-Shaykh ^Abdur-Rahman al-Hindi al-Dilhi al-Hanafi menyanggah al-Wahhabiyyah dengan kitab beliau:
· Rawdul-Majal fir-Radd ^ala Ahlid-Dalal
21. Al-Shaykh Ahmad ibn ^Abdil-Ahad al-Faruqi al-Naqshabandi al-Hanafi menyanggah al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Al-^Aqa’idut-Tis^


(3) WAHHABI SUATU PERKARA KHILAFIYYAH?

Perkara khilafiyyah ialah perkara yang menjadi perselisihan pendapat di antara ulama mujtahidin seperti perselisihan di antara empat imam mazhab yang utama. Khilafiyyah seperti ini suatu yang dibenarkan kerana berlaku dalam lingkungan perkara furu^iyyah (cabangan) dan ­ijtihad ulama mujtahidin. Manakala tiada seorang tokoh pun di kalangan Wahhabiyyah yang bertaraf mujtahid. Oleh itu, jika ada yang mendakwa bahawa Wahhabi ialah puak yang tidak bermazhab Shafi^i seperti tidak membaca qunut solat Subuh dan menghukum amalan tersebut sebagai bidaah, maka takrifan ini tidak tepat. Kenapa? Kerana seluruh tokoh besar selain mazhab Shafi^i iaitu mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali yang tidak mengamalkan qunut itu pun turut menolak puak Wahhabi seperti senarai di atas. Ini menunjukkan bahawa perselisihan Wahhabi bukan setakat dengan mazhab Shafi^i sahaja. Malah, mereka berselisih pendapat dengan empat mazhab yang muktabar. Bahkan, sebenarnya puak Wahhabi menyalahi ijmak ulama Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah dalam perkara aqidah dan syariat. Maknanya, persoalan Wahhabi tidak wajar dianggap perkara khilafiyyah, bahkan, sewajarnya Wahhabi ini dianggap telah mencarik ijmak.

Antara perkara aqidah yang telah diijmakkan dan puak Wahhabi menyalahinya ialah aqidah bahawa ALLAH ada tanpa bertempat. Puak Wahhabi beranggapan bahawa kewujudan ALLAH mesti bertempat kerana bagi mereka sesuatu yang tidak bertempat ada suatu yang tiada. Maha suci ALLAH… Ini suatu kesesatan dan kekufuran yang nyata!!!


(4) WAHHABI SUATU MISTERI?

Tulisan ini tidak mampu menyenaraikan semua tokoh yang menyanggah puak mujassimah kerana sangat ramai ulama Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah terutama daripada kalangan empat mazhab Hanafi, Maliki, Shafi^i dan tokoh-tokoh utama mazhab Hanbali yang menyanggah puak mujassimah mushabbihah sedari kemunculan bidaah aqidah tajsim sehingga kini yang digelar al-Wahhabiyyah.

Aqidah tajsim dan tashbih yang dibawa oleh al-Wahhabiyyah dengan dicanangkan bahawa mereka membawa aqidah al-salaf al-salih telah pun dibuat oleh beberapa tokoh mujassimah sebelum ini. Mereka menyelinap masuk ke dalam empat institusi mazhab fiqh muktabar. Institusi mazhab fiqh yang paling ramai dimasuki puak mujassimah ini ialah institusi mazhab Hanbali sedangkan al-Imam Ahmad ibn Hanbal berlepas diri dari kesesatan mereka.

Selain label aqidah salaf, pada zaman sekarang puak mujassimah ini selalu berselindung di sebalik slogan yang baik yang lain seperti menolak bid^ah, kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah, Darul-Sunnah, ijtihad, tajdid, Mazhab Shafi^i tulin dan lain-lain lagi.

Selayaknya untuk ditegaskan di sini ialah aqidah tajsim dan tashbih suatu aqidah kufur yang sangat berbahaya kepada umat Islam. Oleh kerana seluruh tokoh utama mazhab sepanjang zaman menolak aqidah sesat dan kufur ini, maka anda jangan terpengaruh dengan dakwaan dan sangkaan bahawa Wahhabi suatu ajaran yang benar cuma tidak sesuai di Malaysia serta mendakwa polemik Wahhabi ini hanya melibatkan masalah khilaf mazhab sahaja.

Akhirnya, jauhilah sesiapa yang berkata: “Wahhabi suatu istilah misteri”, atau “Saya tidak tahu apa itu Wahhabi”, atau “Jika pandangan saya sedikit berbeza dengan JAIS atau mazhab Shafi^i itu dianggap Wahhabi, maka ramailah orang Wahhabi!”, atau “Wahhabi suatu label yang direka oleh penjajah untuk memecahbelahkan umat Islam” sedangkan dia beraqidah tajsim (seperti mereka yang berpegang dengan zahir nas-nas mutashabihat bahawa ALLAH ada anggota tangan, kaki dan muka dan bahawa ALLAH duduk di atas Arasy atau bertempat di atas Arasy dan langit). Sebenarnya kata-kata seumpama itu adalah suatu pembohongan yang bertujuan untuk memisterikan kewujudan al-Wahhabiyyah di pandangan orang ramai, sedangkan sedari awal kemunculan al-Wahhabiyyah sehingga kini ramai ulama empat mazhab di seluruh benua dan kepulauan umat Islam telah pun mendedahkan sejarah kesesatan mereka.

WaLlahu a^lam wa ahkam.
Dicatat oleh Abu Nur al-Dununiyy pada Khamis, Disember 17, 2009
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Sat Jan 09, 2010 4:36 am    Post subject: Reply with quote

Salam,


AJARAN AQIDAH WAHHABIYYAH: SATU PENGAMATAN AWAL DALAM KONTEKS FAHAM ILMU AHLISSUNNAH WALJAMAAH[1]

بسم الله الرحمن الرحيم (dipetik dari http://blogtraditionalislam.wordpress.com/)

نحمده ونصلى على رسوله الكريم

AJARAN AQIDAH WAHHABIYYAH: SATU PENGAMATAN AWAL DALAM KONTEKS FAHAM ILMU AHLISSUNNAH WALJAMAAH[1]

OLEH:

MUHAMMAD ’UTHMAN EL-MUHAMMADY[2]

Dalam nota ringkas ini akan dibicarakan beberapa perkara pokok berkenaan dengan ajaran Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab khususnya yang menyentuh konsep tauhid dan syahadah serta implikasi-implikasi daripada ajaran yang demikian dengan menyebut juga beberapa fakta sejarah. Dalam huraian ringkas ini juga akan disebutkan soal mengikut mazhab dan amalan-amalan yang dikirakan bid’ah dan sesat oleh kelompok ini. Fakta-fakta yang dibicarakan diambil daripada rujukan-rujukan yang ‘primary’ dan juga teks-teks yang muktabar. Kemudian implikasi-implikasi pendekatan itu akan diperhatikan, berdasarkan kepada pendekatan itu, contoh-contoh sejarah tentangnya, dan kemungkinan-kemungkinan yang boleh timbul akibat daripada pengembangan pendekatan itu.

Kita boleh bermula dengan menyebut pengasasnya sendiri, Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab.

Dari buku ‘Tarikh al-Madhahib al-Islamiyyah’ oleh Imam Muhammad Abu Zahrah [3] terdapat beberapa maklumat pokok berkenaan dengannya:

* Muncul dalam negeri Arab, di kawasan padang pasir, akibat terlampau memuliakan peribadi-peribadi dan mengambil berkat dengan mereka (pada pandangan Wahhabi).
* Berdamping dengan ALLAH dengan melawat kubur mereka, akibat banyak bid’ah-bid’ah yang bukan daripada perkara agama (‘laisat mina’d-din). Wahhabiyyah muncul untuk memerangi itu semua, dihidupkannya mazhab ibn Taimiyyah.
* Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab meninggal tahun 1787, mempelajari teks-teks ibn Taimiyyah; zamannya ibn Taimiyyah tidak tersebar ajarannya dan ia tidak terkenal.
* Dalam zaman Sultan Salim III (1204-1222) antara fitnah-fitnah yang muncul ialah fitnah Wahhabiyyah yang bermula dengan gerakan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Hejaz, mereka mengambil al-Haramain dari pemerintahan ‘Uthmaniyyah, menghalang orang menunaikan haji dari Syam, dan Mesir, antara lainnya.
* Dalam buku berkenaan dengan ulama-ulama mazhab Hanbali karangan Syaikh Muhammad bin ‘Abdullah al-Hanbali, mufti mazhab Hanbali di Mekah (men.1295 H), berjudul ‘Al-Suhub al-Wabilah ‘ala Dara’ih al-Hanabilah’ [4] disebutkan bahawa ‘Abd al-Wahhab bin Sulaiman al-Najdi adalah “bapa kepada Muhammad penggerak da’wah (sahib al-da’wah) yang tersebar keburukannya di bumi (intashara shararuha fil afaq), tetapi ada kelainan antara mereka berdua itu, bagaimanapun Muhammad tidak menzahirkan dakwahnya melainkan selepas mati bapanya itu; dan diberitahu kepada saya (kata pengarang ‘al-Suhub al-Wabilah’) oleh orang semasa dengan Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab bahawa bapanya marah dengan anaknya itu kerana ia tidak rela menggunakan masanya untuk menekuni ilmu fiqh atau kefahaman sebagaimana mereka yang terdahulu…demikian pula anaknya Sulaiman saudara kepada Muhammad (ibn ‘Abd al-Wahhab) tidak bersetuju dengannya dalam dakwahnya dan menulis kitab dengan sedemikian baiknya menyanggahinya dengan menggunakan ayat-ayat Qur’an dan hadith-hadith … dan (Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab) tidak memandang kepada pendapat ulama [yang dahulu atau yang kemudian] siapa juga orangnya selain daripada Syaikh Taqiyuddin ibn Taimiyyah dan muridnya ibn al-Qayyim; beliau memandang pendapat kedua orang itu sebagai nas yang tidak diterima ta’wil …”[5].
* Disebutkan oleh Muhammad Abu Zahrah bahawa berlaku peperangan antara golongan Wahhabi dan Syarif Makkah, Syarif Ghalib ibn Bu Sa’id yang dilantik oleh Sultan Turki untuk mewakilinya mentadbir dan memerintah kawasan Hijaz. Sebelum itu pihak Wahhabi mula membina kekuasaan dan pengaruhnya di kalangan Orang Arab dalam kawasan mereka. Mereka membunuh Muslimin dalam proses itu, menghalalkan mengambil harta mereka dan menangkap para wanita mereka. Ini bermula dengan ajaran Muhammad ibn ’Abd al-Wahhab yang berasal dari bani Tamim.
* Dalam ‘Tarikh Najdin’ tersebut bahawa golongan Wahhabiyyah menentang kerajaan `Uthmaniyyah kerana dianggapnya kerajaan itu syirik dan kafir kerana mengamalkan tawassul dan berdoa di kubur orang-orang yang mati. Kenyataan tentangnya seperti berikut (selepas menyebut bahawa manusia zaman kita bukan menyembah malaikat dan ‘Isa, tetapi’ menyembah manusia (yad’una unasan):

، فقد اعتبر الشيخ محمد بن عبد الوهاب عامة المسلمين كفارا ومشركين ومرتدين كأهل الجاهلية الأولى ، أو أضل منها ، وقال:” ان أكثر الخلق قد لعب بهم الشيطان و زيَّن لهم الشرك بالله ، وأخرجه في قالب حب الصالحين وتعظيمهم”.”وإن المشركين في زماننا أضل من الكفار الذين في زمان رسول الله .. فلا يخفى عليكم ما ملأ الأرض من الشرك الأكبر : عبادة الأصنام “

* Syaikh Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab sesungguhnya menganggap bahawa umum Muslimin adalah kafir, musyrik, dan murtad seperti ahli Jahiliyyah zaman awal, atau lebih sesat lagi daripada itu. Kata beliau: ‘Sesungguhnya kebanyakan manusia dipermainkan oleh syaitan dan Syaitan menampakkan cantik kepada mereka perbuatan syirik mereka terhadap ALLAH, dan Ia menjadikan keluar daripada mereka kasih kepada orang-orang yang solih dan membesar-besarkan mereka. Sesungguhnya orang-orang [Muslimin yang menjadi] musyrikin zaman kita ini lebih sesat lagi daripada orang kafir zaman Rasulullah s.a.w. Maka tidak terselindung lagi daripada anda bahawa syirik terbesar memenuhi bumi, iaitu menyembah berhala”. [6]

* (Kalau itu dikaitkan dengan hadith yang menyebut manusia akhirnya menyembah berhala pada zaman kemudian, maka itu bukan berlaku atas mereka yang beriman, tetapi atas mereka yang masih ada selepas daripada mati semua orang yang beriman kerana angin halus seperti sutera, selepas itu yang tinggal adalah makhluk yang seburuk-buruknya, mereka itulah yang menyembah berhala, bukannya orang-orang soleh yang melawat kubur auliya’ dan meminta keberkatan daripada mereka atau bertawassul dengan mereka). (ini ada dalam hadith sahih al-Bukhari berkenaan dengan matinya sekalian mereka yang beriman dengan angin yang halus seperti sutera itu).[7]
* Dalam hubungan dengan kerajaan ‘Uthmaniyyah, bila wakil kerajaan ‘Uthmaniyyah hendak meminta perjanjian perdamaian (‘al-hudnah wa al-sulh) maka dijawab dalam surat kepada rombongan itu seperti berikut:

، جاء فيها:” وأما المهادنة والمسابلة على غير الاسلام ، فهذا أمر محال ، بحول الله وقوته ، وأنت تفهم أن هذا أمر طلبتموه منا مرة بعد مرة … وبذلتم الجزية على أنفسكم كل سنة ثلاثين ألف مثقال ذهبا ، فلم نقبل منكم ولم نجبكم بالمهادنة ، فان قبلتم الاسلام فخيرتها لكم وهو مطلبنا ، وان توليتم فنقول كما قال الله تعالى: (فان تولوا فانما هم في شقاق فسيكفيكهم الله وهو السميع العليم

* Ada dalam surat [yang berkenaan itu] ’Adapun berdamai dan memberi laluan kepada yang bukan Islam, itu perkara yang tidak mungkin, dengan daya dan upaya ALLAH, dan anda faham bahawa ini suatu perkara yang anda minta dari kami kali demi kali…Dan anda memberi jizyah atas diri anda semua tiap-tiap tahun tiga puluh ribu mithqal emas, walhal kami tidak menerima daripada kamu, dan kami tidak memberi jawapan kepada kamu dengan perdamaian, maka sesungguhnya kalau anda menerima Islam, itu baik bagi kamu dan itu yang kami tuntut; kalau anda berpaling, maka kami katakan, sebagaimana yang difirmankan ALLAH taa’la: “Maka kalau mereka berpaling maka mereka berada dalam permusuhan [dengan kamu] maka memadailah ALLAH untuk kamu, Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (al-Baqarah:137). [8]
* Berlakulah penentangan terhadap ‘Uthmaniyyah itu, sehingga akhirnya, dengan mereka menolong British dan Perancis, jatuhlah kerajaan itu, walaupun itu bukan satu-satunya faktor kejatuhan, tetapi ia satu daripada faktor-faktor yang membawa kepada kejatuhan itu. Tidak ada mazhab fikh dalam Ahlissunnah yang mengizinkan ulil-amri itu disanggahi demikian.[9]
* Disebutkan dalam kitab Muhammad Abu Zahrah [10] bahawa mereka mengangkat pedang dan berperang itu ‘bagi menegakkan sunnah dan menghapuskan bid’ah’ (li iqamatissunnah wa imatati’l-bid’ah).
* Antaranya memang benar kenyataan Abu Zahrah tentang mereka memperluas-luaskan bid’ah itu sampai kepada adat-adat kebiasaan, seperti pada suatu masa mereka mengharamkan rokok sebagai bid`ah, sampai ada orang awam mereka –kerana terlalu amat sangat penentangan mereka itu terdadapnya – bahawa orang yang menghisap rokok itu seolah-olah musyrikin[11].
* Kata Abu Zahrah, golongan ini berpegang kepada prinsip bahawa pegangan kami adalah benar tidak mungkin tersilap pegangan anda tersilap tidak mungkin benar (anna ‘ulama’ al-Wahhabiyyin yafriduna fi ara’ihim al-sawab alladhi lam yuqbal al-khata’ wa fi ara’ ghairihim al-khata’ alladhi la yuqbalu al-taswib bal annahum a’tabiruna ma ’alaihi ghairuhum min iqamatil-udruhah wa al-tawaf haulaha qariban minal-wathaniyyah wa hum fi hadha yuqaribunanal-Khawarija alladhina kanu yukaffiruna mukhalifihim wa yuqatilunahum kama dhakarna [12].
* “Adapun ulama Wahhabi itu memfardhukan bahawa pendirian mereka adalah benar dan tak mungkin diterima kesilapan, dan pendirian yang lain daripada mereka adalah salah tak mungkin diterima betulnya” (Ini berlawanan dengan dasar Ahlissunnah yang mengajarkan pendirian kita benar tetapi boleh jadi tidak benar, pendirian anda pada kami tidak benar, tapi boleh jadi ada benarnya.
* Berlakulah dalam sejarah apa yang telah berlaku, iaitu bahagian siasah dipegang oleh keluarga Su’ud dan bahagian hukum agama dan pelajaran agama dipegang oleh keluarga Muhammad ibn ’Abd al-Wahhab, ertinya dua perkara besar itu adalah sebagai ‘pesaka’ dalam dua keluarga itu. Wallahu a’lam.
* Pokoknya, kalau aliran itu kekal pada tempatnya, kita tidak risau, tetapi bila ia dipromosikan ke negeri-negeri lain, maka itu masalah. Di mana berkembangnya cara berfikir seperti ini di situlah timbulnya pergaduhan, sampai ke tahap berlaku pembunuhan.

Beberapa Unsur Wahhabiyyah:

Di bawah ini diperturunkan beberapa unsur Wahhabiyyah, yang bermula dengan ajaran Syaikh Muhammad ’Abd al-Wahhab yang berasal dari Najd, berdasarkan kepada teks-teks dari kalangan mereka yang berpegang kepada ajaran itu.

Untuk mendapat pendirian Wahhabiah atau ajaran Muhammad bin ’Abd al-Wahhab, maka tepat sekali kalau diambil data-data tentang pendiriannya daripada sumber-sumbernya yang ’primary’ supaya adil.

Antara buku-buku itu ialah:

1. ‘Kitabut-Tauhid’ ibn ‘Abd al-Wahhab
2. Kitab al-Shubuhat fi al-tauhid oleh Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab
3. ‘Solah al-nabi’ oleh al-Albani
4. al-Khojandi al-Ma’sumi ‘Hal al-Muslim Mulzam bi’t-Tiba’ madhhabin Mu’ayyanin minal-Madhahibil-Arba’ah’;
5. al-Fatawa al-Kubra ibn Taimiyyah
6. Abu Aminah Bilal Philips beberapa bukunya dalam bahasa Inggeris
7. al-Zahawi Arab dan Inggeris
8. ‘Unwan al-Majdi’ oleh ibn Abi Bishr
9. ‘Tarikh Najdin’ oleh ibn Ghannam dll.
10. ‘Kaifa Nafhamu al-Tauhid’ oleh Muhammad bin Ahmad Bashmil, yang mewakili golongan ini, ada dalam internet.

Unsur-unsur ajarannya adalah antaranya seperti berikut:

1. Tafsiran tentang syahadah yang tidak ada dalam ijma Ahl al-Sunnah:

Tafsiran syahadah yang menyalahi ijma’. Ini terdapat dalam teks ‘Kitab al-Tauhid’ (karangan Syaikh Muhammad ‘Abd al-Wahhab sendiri) dalam ‘Fath al-Majid Syarah Kitab al-Tauhid’ karangan Al-Syaikh ‘Abd al-Rahman bin Hassan al-Syaikh [13]:

)ومنها قوله صلى الله عليه وسلم: (من قال: لا إله إلا الله وكفر بما يعبد من دون الله حرم ماله ودمه، وحسابه على الله) وهذا من أعظم ما يبيِّن معنى (لا إله إلا الله) فإنه لم يجعل التلفظ بها عاصماً للدم والمال، بل ولا معرفة معناها مع لفظها، بل ولا الإقرار بذلك، بل ولا كونه لا يدعو إلا الله وحده لا شريك له، بل لا يحرم ماله ودمه حتى يضيف إلى ذلك الكفر بما يعبد من دون الله، فإن شك أو توقف لم يحرم ماله ودمه. فيالها من مسألة ما أعظمها وأجلها، وياله من بيان ما أوضحه، وحجة ما أقطعها للمنازع(

Terjemahan: Antaranya (ayat-ayat berkenaan dengan syahadah) sabda Nabi s.a.w. ‘Sesiapa yang berkata ‘la ilaha illa’llah dan kufur ia terhadap apa yang disembah selain daripada ALLAH maka haramlah hartanya dan darahnya (ia tidak boleh dibunuh lagi, misalnya dalam jihad), dan hisab tentangnya adalah terletak pada ALLAH; ini adalah perkara yang sebesar-besarnya yang menerangkan makna ‘la ilaha illa’llah’; ia tidak menjadikan berlafaz (sahaja dengan la ilaha illa’llah) itu menyelamatkan darah dan (hartanya), bahkan tidak (juga menyelamatnya dengan) mengetahui maknanya berserta dengan lafaznya, bahkan (tidak juga selamat harta dan nyawanya itu dengan) berikrar dengan itu (iaitu berikrar dengan la ilaha illa’llah) bahkan tidak (juga selamat nyawa dan harta itu) dengan ia tidak menyeru melainkan kepada ALLAH Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagiNya, bahkan tidaklah haram hartanya dan darahnya sehingga ia menambahkan kepada itu (yang empat perkara sebelum ini iaitu) kufur terhadap apa yang disembah selain daripada ALLAH; kalau ia syak atau tawaquf maka tidak haram hartanya dan darahnya.

Maka alangkah hebat dan agungnya masaalah ini, alangkah menerangkan dan menjelaskannya (dengan sebaiknya), alangkah memutuskan pertikaian (dengan penjelasan yang sebegitu nyata itu).

Huraian berkenaan dengan syahadah seperti ini tidak pernah ada dalam Ahlissunnah wal-Jamaah.

Dalam Ahlissunnah Islamnya seseorang itu adalah dengan berlafaz dengan ‘la ilaha illa’llah’ dengan itu selamat harta dan nyawanya. Ini antaranya jelas daripada hadith sahih yang bermaksud “Sesungguhnya aku diperintah untuk berjihad dengan manusia sehingga mereka mengatakan ‘tiada tuhan melainkan ALLAH’ bila mereka berkata demikian maka nyawa dan harta mereka selamat, dan hisab tentang mereka adalah terpulang kepada ALLAH’. Sebab itu dalam masa jihad Nabi s.a.w. bila terdengar ada azan disesuatu tempat maka tentera Muslimin tidak lagi pergi ke situ. Dan dalam hadith sahih berkenaan dengan sahabat membunuh orang yang mengucap syahadah, Rasulullah bertanya kepada sahabat itu ‘Anda membelah dadanya? Anda membelah dadanya? …’. Mungkin tafsiran secara beginilah yang menghalalkan setengah Muslimin berperang melawan tentera Khilafah ‘Uthmaniah, benteng terakhir menjaga umat dari segi zahirnya, jatuh ke tangan Barat. Subhana’llah. Kalau kerajaan ‘Uthmaniah yang sedemikian penting ditentang, maka yang lain daripada itu lebih mudah lagi ditentang. La haula wa quwwata illa billahil-‘aliyyil azim.

2. Adam syirik

Adam syirik dalam ketaatan; ini adalah bercanggah dengan ijma’ Ahlissunnah tentang maksumnya para nabi s.a.a. Dalam Kitab al-Tauhid’ yang sama, dengan syarahnya sekali seperti di atas (Kitab al-Tawhid, dalam koleksi al-Jami’ al-Farid, keluaran Dar al-Isfahani li’t-Tiba‘ah, 1393H, Jeddah, m.s. 182) dinyatakan dalam hubungan dengan ayat 190 Surah al-A’raf yang bermaksud “Tatkala ALLAH memberi kepada keduanya seorang anak yang soleh, maka keduanya menjadikan sekutu bagi ALLAH tentang anak yang telah dianugerahkanNya kepada keduanya itu…”.

Ayat dalam kitab itu demikian: [14] disebutkan bahawa bila Adam mendatangi (Hawwa) maka ia mengandung, maka datang Iblis kepada (Adam dan Hawwa), katanya: Aku sahabat kamu berdua yang mengeluarkan kamu daripada syurga supaya kamu taat kepadaku…’ kemudian disebut bila ia tidak ditaati maka dua kali anak yang dikandung itu keluar mati; bila ia mengandung kali yang ketiga, maka Iblis datang maka takut anak itu mati iapun menamakan anaknya ‘Abd al-harith; kemudian dikatakan dalam riwayat itu, ‘shuraka’ fi ta’atihi (syirik dalam taat kepada Iblis) bukan syirik dalam ibadat kepadanya’ (shuraka’ fi ta’atihi wa lam yakun fi ‘ibaditihi).[15]

Dalam ‘Tafsir ibn Kathir’ dinyatakan: riwayat ini ialah dari kalangan Ahlil-Kitab, tidak boleh dijadikan sandaran. (Kalau kita hendak pilih sebagai ahli ilmu yang disuruh oleh Qur’an kita bertanya kepadanya, sebagai ahli hadith dan ahli tafsir, tentulah kita memilih ibn Kathir, yang diakui dalam Ahl al-Sunnah, bukannya pengarang kitab tauhid yang memberi huraian seperti ini.

(وَهَذِهِ الْآثَار يَظْهَر عَلَيْهَا وَاَللَّه أَعْلَم أَنَّهَا مِنْ آثَار أَهْل الْكِتَاب وَقَدْ صَحَّ الْحَدِيث عَنْ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ” إِذَا حَدَّثَكُمْ أَهْل الْكِتَاب فَلَا تُصَدِّقُوهُمْ وَلَا تُكَذِّبُوهُمْ” ثُمَّ أَخْبَارهمْ عَلَى ثَلَاثَة أَقْسَام فَمِنْهَا مَا عَلِمْنَا صِحَّته بِمَا دَلَّ عَلَيْهِ الدَّلِيل مِنْ كِتَاب اللَّه أَوْ سُنَّة رَسُوله وَمِنْهَا مَا عَلِمْنَا كَذِبه بِمَا دَلَّ عَلَى خِلَافه مِنْ الْكِتَاب وَالسُّنَّة أَيْضًا وَمِنْهَا مَا هُوَ مَسْكُوت عَنْهُ فَهُوَ الْمَأْذُون فِي رِوَايَته [16)

Tidak patut ada riwayat seperti ini dalam ‘kitab tauhid’. Subhana’llah. Ini bercanggah dengan pegangan Ahl al-Sunnah tentang nabi-nabi itu ma’sum, apa lagi hendak dikatakan ia ‘syirik dalam taat’ kepada Iblis.

3. Al-Busiri dituduh syirik kerana menyebut ia minta syafaat kepada nabi Hari Kiamat

Pada Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab Al-Busiri syirik kerana minta tolong nabi memberi syafaat kepadanya:

Ini ada dalam ‘al-Burdah’nya dalam bait yang bermaksud:[17] katanya:

قوله صلى الله عليه وسلم:أجعلتنى لله أندادا ؟ فكيف بمن قال ما لى من ألوذ به سواك والبيتين بعده )

Sabda Baginda s.a.w. Adakah anda menjadikan aku saingan bagi ALLAH? (tentulah sahabat tidak menjadikan Nabi saingan bagi ALLAH dengan terkeluar daripada mulutnya ‘Apa yang dikehendaki ALLAH dan apa yang dikehendaki oleh Muhammad’; (kemudian kata pengarang kitab tauhid itu) ’Maka bagaimanakah pula dengan (al-Busiri pengarang ‘al-Burdah’ yang menyatakan ‘bagaimanakah aku, (wahai nabi) siapakah yang aku hendak minta (syafaat) selain daripada engkau’ dan dua bait lepas itu (iaitu pada hari yang bencana terkena atas semua tanpa kecuali)?

Di sini ada tuduhan kepada pengarang ‘al-Burdah’ –ALLAH memberi rahmat kepadanya -, bahawa dengan kata-kata meminta syafaat daripada nabi itu (sebagaimana yang kisahnya ada dalam hadith sahih, hanya nabi Muhammad sahaja yang memberi syafaat uzma itu) , pada Hari hisab nanti, ia mengadakan sekutu terhadap ALLAH. Ini berlawanan dengan akidah Ahl al-Sunnah yang mengajarkan tentang syafaat uzma ini, dan yang mengizinkan kita menyebut nama nabi dalam doa. Bahkan dalam tahyatpun kita menyebut ‘ayyuhannabi’ , wahai nabi, seolah-olah ia ‘ada’ hampir dengan kita.

4. Mengikut mazhab syirik kafir

Ini bercanggah dengan ijma’ dalam Ahlissunnah, yakni orang awam wajib mengikut mujtahid, sebagaimana yang jelas daripada ayat Qur’an yang bermaksud ”Hendaklah kamu bertanya kepada ahli ilmu (ahl al-dhikr) kalau tidak mengetahui”. Dan ahli ilmu yang tertinggi dalam umat ini dalam hubungan dengan Syariat ialah imam mujtahid.

Ada pandangan di kalangan mereka ini tentang mengikut mazhab tertentu kafir-syirik sama dengan Kristian (nasara) mengambil rahib-rahib dan ahli-ahli hukum agama sebagai tuhan-tuhan selain ALLAH. Ini ada dalam kitab ‘Hal al-Muslim Mulzam bittiba’ Madhhab Mu’ayyanin Minal-Madhahib al-Arba’ah?’ karangan al-Khojandi al-Ma’sumi, yang menyatakan[18]:

(قال الشيخ تقى الدين بن تيميه : من أوجب تقليد امام بعينه استتيب والا قتل لان هذا الايجاب اشراك بالله فى التشريع الذى هو من خصائص الربوبية)

Kata Syaikh Taqi al-Din bin Taimiyyah: Sesiapa yang mewajibkan taklid kepada seseorang imam tertentu (katakanlah Imam Syafie, di Malaysia) maka hendaklah disuruh ia bertaubat, kalau tidak ia mesti dibunuh, kerana mewajibkan (mengikut imam tertentu, seperti yang difaham dalam Ahl al-Sunnah nisbah bagi orang bukan mujtahid adalah syirik terhadap ALLAH dalam tashri’ yang ianya adalah satu daripada khususiah Sifat Rububiah bagi Tuhan) (hal.55). Sudah tentu fahaman seperti ini tidak selaras bahkan bercanggah dengan ijma’ Ahl al-Sunnah tentang wajib mengikut imam orang yang bukan mujtahid, asalkan imam yang mujtahid. Kalau orang mujtahid haram ia mengikut orang lain.

Cara memahami agama seperti ini, yang tidak ada dalam Ahlissunnah, mengingatkan kita kepada maklumat bahawa pengarang ‘Kitab Tauhid’ yang disebut di atas (Muhammad ibn ’Abd al-Wahhab) , yang menjadi ikutan bagi al-Khojandi al-Ma’sumi ini menyatakan (muka 464); (ertinya): Keadaan berubah (sedemikian rupa) sampai ke tahap jadilah pada kebanyakan golongan majoriti bahawa beribadat kepada rahib-rahib itu amalan yang paling afdal, dipanggil sebagai darjah wali, dan beribadat kepada orang-orang alim dalam hukum agama (ahbar) sebagai ilmu dan fahaman yang dalam; kemudian perubahlah hal keadaan sampai (ke tahap) disembah yang selain daripada ALLAH orang yang bukan dalam kalangan solihin, dan disembah dalam erti yang kedua itu orang dari kalangan yang jahil. Ayat itu ialah:

تغيّر الأحوال إلى هذه الغاية، حتى صار عند الأكثرعبادة الرهبان هي أفضل الأعمال، وتسمى الولاية، وعبادة الأحبار هي العلم والفقه ثم تغيرت الحال إلى أن عبد من دون الله من ليس من الصالحين، وعبد بالمعنى الثاني من هو من الجاهلين

Fahaman ini menyebabkan pengikutnya al-Khojandi al-Ma’sumi memahami bahawa mewajibkan mengikut mazhab imam tertentu adalah kesyirikan. Tidak hairanlah orang seperti Nasir al-Din al-Albani dalam kitab ‘Solah al-Nabi’ menyerang pengikut mazhab dan mengajak mereka sembahyang mengikut kitabnya, dikatakan itulah ‘sembahyang nabi’ sembahyang dalam mazhab adalah ‘sembahyang mengikut imam mazhab’, itu boleh membawa kepada apa yang disebut oleh al-Khojandi al-Ma’sumi. Subhana’Llah. Cara berfikir dan memahami agama yang menyalahi ijma’ seperti ini janganlah dibiarkan berkembang di Malaysia ini. Kalau ia berada di negeri lain, itu soal lain pula. Kewajipan kita ialah mula-mulanya menjaga negeri kita ini.

Tentang wajib mengikut imam mazhab ini menjadi pegangan Ahl al-Sunnah wa al-jama’ah sebagaimana yang disebutkan oleh al-Munawi rh dalam Syarah al-jami’ al-Saghir[19]: katanya:

ويجب علينا أن نعتقد أن الأئمة الأربعة والسفيانين والأوزاعي وداود الظاهري وإسحاق بن راهويه وسائر الأئمة على هدى ولا التفات لمن تكلم فيهم بما هم بريئون منه والصحيح وفاقاً للجمهور أن المصيب في الفروع واحد ولله تعالى فيما حكم عليه أمارة وأن المجتهد كلف بإصابته وأن مخطئه لا يأثم بل يؤجر فمن أصاب فله أجران ومن أخطأ فأجر، نعم إن قصر المجتهد أثم اتفاقاً وعلى غير المجتهد أن يقلد مذهباً ..فيمتنع تقليد غير الأربعة في القضاء والافتاء لأن المذاهب الأربعة انتشرت وتحررت حتى ظهر تقييد مطلقها وتخصيص عامها بخلاف غيرهم لانقراض اتباعهم وقد نقل الإمام الرازي رحمه الله تعالى إجماع المحققين على منع العوام من تقليد أعيان الصحابة وأكابرهم انتهى.

Wajib atas kita beriktikad bahawa imam empat, Sufyan yang dua itu (Sufyan bin ‘Uyainah dan Sufyan al-Thauri), Auza’I, Daud Zahiri, Ishaq bin Rahawaih, dan lain-lain (imam mujtahid) berada dalam hidayat (yang benar di jalan ALLAH) dan tidak diberikan perhatian kepada orang-orang yang bercakap berkenaan dengan mereka walhal mereka bersih daripada perkara itu; yang sohih dan mengikut jumhur bahawa orang yang benar dalam perkara furu’ satu pihak, dan terserah kepada ALLAH tentang apa yang dihukumkan atasnya sebagai tanda perjalanan [hidup beragama]; dan mujtahid itu dipertanggungjawabkan untuk berusaha mencari kebenaran dan orang yang tersilap [kalau ia mujtahid] tidak berdosa, bahkan diberi pahala; yang betul mendapat dua pahala, kalau mujtahid itu taksir [dalam usahanya, ia tak mencukupi syaratnya] ia berdosa, itu ittifaq [ulama tentangnya]; dan orang yang bukan mujtahid hendaklah mengikut mujtahid yang tertentu (seperti Syafie, atau lainnya yang ada dalam Ahl a-Sunnah wa al-Jama’ah); maka terlarang mengikut yang lain daripada mazhab empat dalam membuat keputusan hukum dan memberi fatwa, kerana mazhab empat itu telah tersebar dan telah tertulis dengan teguhnya sehingga jelas huraian tentang kaitan-kaitan perkara mutlaknya, dan perkara-perkara yang bersifat am daripada yang khususnya, lain halnya dengan [aliran yang] selain daripada [aliran] mereka kerana para pengikutnya sudah tidak ada lagi; Imam Fakhr al-Din al-Razi (mujaddid abad ke 7 Hijrah itu) menyebutkan bahawa telah ijma’ ulama muhakkikin bahawa orang awam tertegah daripada mengikut peribadi-peribadi tertentu dalam kalangan Sahabat dan para pemimpin besar mereka [kerana orang awam tidak tahu tentang perjalanan mereka sebenarnya-uem].

Dalam hubungan dengan ulama tasauf pula, jelas ahli tasauf yang ditentang oleh golongan ini adalah golongan Ahl a-Sunnah wa al-jama’ah yang sangat dihormati sebagaimana yang dijelaskan oleh ‘Abd al-Qahir al-Baghdadi rh dalam ‘al-Farq bain al-Firaq’ sebagaimana yang tersebut dalam makalah penulis ini berkenaan dengan golongan-golongan mukminin dalam Ahl al-Sunnah wa al-jama’ah.

Dasar mengikut ulama fiqh, atau mujtahid dalam fiqh ialah mengikut keilmuan yang muktabar (‘following qualified scholarship’), bukan menyembah ulama fiqh, dan mengikut ajaran saufi atau memuliakan mereka, meminta doa kepada Tuhan dengan menyebut keberkatan bukan menyembah mereka. Itu tidak sama dengan penyembah berhala. Menyembah berhala ialah perbuatan mnenjadikan berhala sebagai objek penyembahan, adapun meminta doa secara bertawassul itu ialah berdoa kepada Tuhan, tetapi dengan menyebut kedudukan seseorang yang mulia di sisiNya; dengan itu doa termakbul. Yang disembah ialah ALLAH, bukan orang mati atau kubur.

5. Tawassul syirik ini bercanggah dengan ijma’ Sunni.

Tawassul dengan makna ‘istighathah’ terdapat dalam hadith riwayat al-Bukhari seperti berikut:

روى البخاري عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال:{ إن الشمس تدنو يوم القيامة حتى يبلغ العرق نصف الأذن, فبينا هم كذلك استغاثوا بآدم ثم بموسى ثم بمحمد}, والتوسل والاستغاثة بمعنى واحد كما قال الحافظ اللغوي تقي الدين السبكي الذي قال فيه السيوطي إنه حافظ مجتهد لغوي فقيه أصولي نحوي متكلم.

Riwayat al-Bukhari dari Rasulullah salla’lahu ‘alaihi wa sallam bahawa baginda bersabda: Sesungguhnya matahari hampir pada hari kiamat sampai peluh ke tahap separuh telinga [manusia], maka mereka meminta pertolongan (istagahthu) dengan nabi Adam, kemudian dengan Musa, kemudian dengan Muhammad). Tawassul dan istighathah (meminta tolong maknanya satu) seperti dinyatakan oleh al-hafiz al-lughawi Taqiyuddin al-Subki, yang berkenaan dengan itu dikatakan oleh al-Suyuti, iaitu ia hafiz mujtahid lughawi faqih usuli nahwi mutakallim)[20] .

Syirik bertawassul kepada orang yang telah mati. Dalam hubungan dengan tawassul, yang dikatakan syirik oleh golongan Wahhabiyyah ini ini terdapat nasnya dalam hadith Nabi s.a.w.

Hadith berkenaan dengan tawassul (walaupun dalam hubungan dengan nama orang yang sudah meninggal dunia ialah seperti berikut:

Diriwayatkan dalam hadith ibn Majah, dengan sanad yang sahih, dari Abu Sa’id al-Khudri rd katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: ‘Sesiapa yang keluar daripada rumahnya untuk melakukan sembahyang, kemudian ia berdoa katanya: ”Wahai Tuhan, hamba bermohon dengan hak mereka yang berdoa meminta kepada Engkau, dan hamba memohon dengan hak mereka yang berjalan di jalan ini menuju kepada Engkau, dengan hamba keluar ini bukan dengan main-main, dengan sombong atau menunjuk-nunjuk kelebihan diri, bukan untuk mendapat nama. Hamba keluar hanya untuk mengelak daripada murka Engkau dan untuk mendapat keredaan Engkau. Oleh itu, hamba memohon, selamatkan hamba daripada Api Neraka dan ampunlah dosa-dosa hamba, kerana tidak ada siapa yang mengampunkan dosa melainkan Engkau. ‘ALLAH akan memandang kepadanya dengan kasihan belas dan tujuh puluh ribu malaikat akan memohon ampun untuknya’. (Diriwayatkan oleh Musnad Ahmad (3.21), ibn Majah (Masajid), al-Mundhiri in al-Targhib (1:179), ibn Khuzayma dalam Sahih, Ibn al-Sani, and Abu Nu`aym.

Ghazali menyebutnya dalam Ihya dan Iraqi menyebut ia hadith hasan. Nawawi menyebut dalam Ibn al-Sani dua jalur riwayat dalam Adhkar dan menyatakan ia lemah. Bagaimanapun Ibn Hajar al-`Asqalani menyatakan pula ia hasan dalam al-Amali al-masriyya (#54) dan takhrij kitab Nawawi, menyatakan bahawa yang kemudian itu meninggalkan riwayat dari jalur Abu Sa`id al-Khudri dan tidak menyebut riwayat Ibn Majah).

Dengan cara ini Nabi s.a.w. membuat tawassul bila ia bersabda ‘hamba memohon dengan hak mereka yang meminta kepada Engkau’ iaitu dengan setiap orang yang beriman. Lebih lagi daripada itu baginda menyuruh para Sahabatnya selalu menggunakan doa ini bila mereka berdoa sebagaimana baginda melakukan tawassul demikian. Generasi salaf as-soleh dalam umat ini dalam kalangan para Tabi’in selepas Sahabat dan Tabit-tabi’in mengamalkan doa ini bila mereka keluar untuk sembahyang dan tidak ada yang menolaknya.

Kemudian ada lagi riwayat berkenaan dengan amalan ini. Riwayatnya ialah seperti berikut: Bila nabi s.a.w. berdoa, dari riwayat Anas bin Malik: ‘Wahai Tuhan, ampunkanlah bondaku, Fatimah binti Asad, dan perluaskanlah tempat yang ditujunya itu (kuburnya), dengan hak Nabi Engkau dan nabi-nabi yang datang sebelumku’ demikian seterusnya sehingga alkhir hadith itu. Tabarani meriwayatkannya dalam al-Kabir. Ibn Hibban dan al-Hakim menyatakan ianya sahih. ‘Fatimah” ini ialah bonda Saidina ’Ali rd, yang memelihara nabi s.a.w. Ibn Abi Shaiba meriwayatkan laporan yang sama; demikian juga riwayat yang ada pada ibn ’Abd al-Barr dari ibn ’Abbas, dan Abu Nu’aim pula dalam Hilyahnya dari Anas bin Malik, sebagaimana Hafiz al-Suyuti menyebutnya dalam Jami’ al-Kabir. (Haithami menyebut dalam ’majma’ az-Zawa’id’nya ’Sanad Tabarani ada mengandungi nama Rawh bin Salah yang ada sedikit sebanyak kelemahan, tetapi ibn Hibban dan al-Hakim menyebutnya sebagai periwayat yang boleh dipercayai. Orang-orang lain dari kalangan para periwayat adalah orang-orang yang sahih hadithnya.

Kemudian sebagaimana yang ada dalam riwayat al-Tirmidhi, al-Nasa’i, al-Baihaqi dan al-Tabarani bahawa seorang yang buta datang bertemu dengan baginda s.a.w. katanya: ‘Dokanlah kepada ALLAH supaya membuang [penderitaan] saya ini.’ Nabi s.a.w. bersabda: ‘kalau engkau mahu saya akan berdoa, dan kalau engkau mahu engkau boleh bersabar, itu lebih baik lagi [daripada memohon supaya engkau celik]. Kemudian baginda berdoa untuk orang itu dan menyuruhnya [juga] ia mengambil wudhu’ dengan baik dan membaca doa ini ’Wahai Tuhan, hamba bermohon, menumpukan diri hamba kepada Engkau melalui nabi Engkau Muhammad, Nabi Pembawa Rahmat. Wahai Muhammad, hamba meminta kepada Tuhan, dengan menyebut tuanhamba, dalam keperluan hamba yang sangat, wahai Tuhan, terimalah syafaatnya untuk hamba ini.’

Kemudian orang itu kembali pulang dan matanya celik boleh melihat. Al-Bukhari meriwayat hadith ini dalam Tarikhnya. Ibn Majah, dan al-Hakim dalam ’al-Mustadrak’nya menyebutnya dengan sanad yang sohih. Suyuti dalam ’al-Jami’ al-Kabir’ dan ’al-Saghir’ menyebutnya. Maka tetaplah riwayat dan maklumat bahawa Nabi s.a.w. menyuruh orang buta itu berdoa dan menyebutnya, dan memohon kepada ALLAH dengan menyebut namanya itu, supaya Ia kabulkan hajatnya. Kalau orang yang mengikut fahaman Wahhabi itu berfikir nabi s.a.w. tidak memberi keizinan untuk bertawassul seperti itu selepas ia meninggal dunia, maka riwayat yang berikutnya membuktikan bahawa itu bukan demikian .

Doa ini telah digunakan oleh para Sahabat dan Tabi’in –ALLAH meredai mereka semuanya- untuk menunaikan hajat mereka. At-Tabarani dan al-Bayhaqi meriwayatkan bahawa ada seorang lelaki yang bertemu dengan ‘Uthman bin ‘Affan rd. Berkenaan dengan sesuatu hajatnya; tetapi khalifah itu tidak menyelesaikan hal itu dengan segera. Lelaki itu menyebut kepada ‘Uthman bin Hunaif yang memberi nasihat kepadanya: ‘Pergilah mengambil wudhu’. Kemudian pergi ke masjid dan berdoa begini: ‘wahai Tuhan, hamba meminta Engkau dan menumpukan diriku kepadamu dengan menyebut NabiMu Muhammad, Nabi Pembawa Rahmat, Wahai Muhammad, hamba menumpukan diri hamba kepada Tuhan dengan menyebut engkau, supaya Ia tunaikan hajat hamba’. Kemudian sebutkan hajat engkau’

Doa itu:

(اللهم إني أسألك وأتَوجّه إليك بنبِيّنا محمد نبيّ الرحمة، يا محمّدُ إني أتَوجهُ بكَ إلى ربّي في حاجتي لتُقضَى لي)

Maka orang itu pun pergi dan ia lakukan benar-benar mengikut apa yang diberitahu kepadanya itu, dan kemudian ia pergi ke pintu kediaman ‘Uthman bin ’Affan. Kemudian penjaga pintu datang kepadanya, memegang tangannya, lalu membawanya ke hadapan ‘Uthman, dan menyuruhnya duduk dengannya. ‘Uthman berkata: ‘Beritahu kepada saya apa keperluan anda’, lalu ia menyebut hajatnya dan hajatnya ditunaikan. Kemudian khalifah berkata kepadanya: ‘Apa-apa hajat anda, sebutkan kepada saya’. Bila lelaki itu keluar dari situ ia bertemu dengan ‘Uthman bin Hunaif, katanya: ‘Mudah-mudahan ALLAH memberi ganjaran kebaikan kepada anda kerana beliau tidak akan melihat kepada hajat saya sehingga tuan berbicara kepadanya untuk saya.’ Tetapi ibn Hunaif berkata: ‘Demi ALLAH, saya tidak bercakap dengan baginda, tetapi saya melihat Rasulullah s.a.w. bila orang buta datang bertemu dengannya dan merayu berkenaan dengan matanya tidak boleh melihat’.[21] Perbuatan demikian ialah tawassul, dan orang itu menyeru baginda s.a.w selepas wafatnya, atas dasar baginda sedang hidup dalam kuburnya dan darjathya ialah darjat syuhada’ yang ALLAH sebutkan bahawa mereka itu hidup dan diberikan rezeki yang mulia di sisi Tuhan.

Dalil boleh bertawassul secara ringkas?

اذكر دليلاً على جواز التوسل؟

من الأدلّةِ على جواز التوسل الحديثُ الذي رواهُ الطبرانيُّ وصحَّحَهُ والذي فيه أن الرسولَ صلى الله عليه وسلم عَلَّم الأعمى أن يتوسل به فذهَبَ فتوسل به في حالة غيبته وعادَ إلى مجلس النبي وقد أَبصر، وكانَ مما علّمَهُ رسولُ الله أن يقول: “اللهم إني أسألك وأتوجه إليك بنبيك محمد نبي الرحمة يا محمد إني أتوجه بك إلى ربي في حاجتي (ويسمي حاجته) لتقضى لي”.[22]

Soalan; Apakah dalil yang menunjukkan boleh bertawassul dengan nabi selepas wafatnya?

Jawab:

ما هو الحديث الذي يدل على جواز التوسل بغير الحي الحاضر؟

Apakah hadith yang menunjukkan harus bertawassul dengan selain daripada orang yang hidup yang sedang hadhir?

التوسل بالأنبياء والأولياء جائز في حال حضرتهم وفي حال غيبتهم، ومناداتهم جائزة في حال غيبتهم وفي حال حضرتهم كما دل على ذلك الأدلة الشرعية.

Tawassul dengan para nabi dan auliya’ adalah harus dalam masa mereka ada hadir [masih hidup] dan dalam masa mereka tidak ada [masa mereka sudah meninggal dunia], dan menyerukan mereka harus dalam masa mereka tidak ada [meninggal dunia] dan dalam masa mereka hadhir [masih hidup] sebagaimana yang ditunjukkan oleh dalil-dalil Syara’.

ومن الأدلة على جواز التوسل الحديث الذي رواه الطبراني وصححه والذي فيه أن الرسول صلى الله عليه وسلم علم الأعمى أن يتوسل به فذهب فتوسل به في حالة غيبته وعاد إلى مجلس النبي وقد أَبصر، وكان مما علمه رسول الله أن يقول: “اللهم إني أسألك وأتوجه إليك بنبيك محمد نبي الرحمة يا محمد إني أتوجه بك إلى ربي في حاجتي (ويسمي حاجته) لتقضى لي”.

فبهذا الحديث بطل زعمهم أنه لا يجوز التوسل إلا بالحي الحاضر، لأن هذا الأعمى لم يكن حاضرا في المجلس حين توسل برسول الله بدليل أن راوي الحديث عثمان بن حنيف قال لما روى حديث الأعمى: “فوالله ما تفرقنا ولا طال بنا المجلس حتى دخل علينا الرجل وقد أَبصر”.

فمن قوله: “حتى دخل علينا”، علمنا أن هذا الرجل لم يكن حاضرا في المجلس حين توسل برسول الله.

Antara dalil-dalil harus bertawassul itu ialah hadith at-Tabarani yang disahihkannya, dan erti yang ada dalamnya, ialah bahawa Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada seorang buta supaya bertawassul dengan Baginda, maka orang itu pergi, kemudian bertawassul dengannya dalam masa baginda tidak ada, dan kemudian ia datang ke majlis Nabi [kembali] pada hal ia sudah boleh melihat [butanya sudah sembuh selepas ia bertawassul dengan Nabi s.a.w.]; apa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. kepadanya ialah doa

)”اللهم إني أسألك وأتوجه إليك بنبيك محمد نبي الرحمة يا محمد إني أتوجه بك إلى ربي في حاجتي (ويسمي حاجته) لتقضى لي” (

Maka dengan hadith ini menjadi terbatallah dakwaan mereka yang mengatakan tidak harus bertawassul melainkan dengan orang yang hidup dan hadir [dalam majlis tawassul itu], kerana orang buta itu tidak ada hadir dalam majlis bila bertawassul dengan Nabi s.a.w. dengan dalil bahawa periwayat hadith ‘Uthman bin Hunaif berkata, bila ia meriwayatkan hadith tentang orang buta itu: ‘Demi ALLAH kami tidak berpisah dan tidak lama dengan kami majlis itu sehingga datang orang buta itu walhal ia boleh melihat [mata butanya sudah sembuh]’. Maka dari kata-katanya ‘sehingga ia datang kepada kami’ kita mengetahuilah bahawa orang ini tidak hadhir dalam majlis bila ia bertawassul dengan Rasulullah s.a.w.

ما الدليل على جواز التوسل برسول الله بعد وفاته؟

Apakah dalil yang menunjukkan harus bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. selepas wafatnya?

الدليل على جواز التوسل برسول الله بعد وفاته فيؤخذ أيضا من حديث عثمان بن حنيف الذي رواه الطبراني وصححه فإن فيه أنه علم رجلا هذا الدعاء الذي فيه توسل برسول الله لأنه كان له حاجة عند سيدنا عثمان بن عفان في خلافته وما كان يتيسر له الاجتماع به حتى قرأ هذا الدعاء، فتيسر أمره بسرعة وقضى له سيدنا عثمان بن عفان حاجته.

Dalil tentang harus bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. selepas wafatnya ialah diambil juga daripada hadith ‘Uthman bin Hunaif yang diriwayatkan oleh al-Tabarani, yang disahihkannya; maka di dalamnya didapati bahawa baginda mengajarkan kepada seorang lelaki doa itu yang ia bertawassul Rasulullah s.a.w., kerana ia ada keperluan dengan saidina ‘Uthman bin ‘Affan dalam masa baginda memegang jawatan khalifah, dan apa yang yang mudah baginya untuk bertemu dengannya, hatta ia membaca doa ini, maka urusannya dengan segera ditunaikan oleh khalifah ‘Uthman bin ‘Affan.

Kalau orang kata: istighathah kepada Rasul selepas wafatnya syirik apa jawabnya?

الرد على قولهم “إن الاستغاثة بالرسول بعد وفاته شرك” ؟

رَوى البيهقي بإسناد صَحِيح عن مالك الدار وكانَ خازن عمر قالَ: أصاب الناس قحط في زمان عمر فجاء رجل إلى قبر النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله استسق لأمتك فَإنَّهُم قَدْ هلكوا فأتي الرجل في المنام فقِيْلَ لَهُ: أقرىء عمر السلام وأخبره أنهم يسقون، وقُلْ لَهُ: عليك الكيس الكيس. فأَتَى الرجل عمر فأَخْبرَهُ، فَبكَى عمر وقَالَ: يا رَبّ مَا ءَالُو إلا مَا عَجَزْتُ. وقَد جاءَ في تَفْسِيرِ هذَا الرجل أنّهُ بلال بن الحارث المزني الصحابي. فما حصل من هذا الصحابي استغاثة وتوسل. وبهذا الأثر يبطل أيضًا قول الوهابية إن الاستغاثة بالرسول بعد وفاته شرك[23]

Menolak dakwaan mereka yang berpendapat meminta pertolongan kepada Rasulullah s.a.w. selepas wafat baginda adalah perbuatan syirik.

Diriwayatkan daripada al-Baihaqi dengan sandaran yang sohih, dari Malik al-Dar, beliau adalah penjaga perbendahraan Khalifah ‘Umar, katanya: Berlaku kelaparan atas orang ramai zaman ‘Umar, maka datang seorang lelaki kepada makam nabi s.a.w., katanya: Wahai Rasulullah! Mohonlah hujan untuk umat tuanhamba, sekarang mereka dalam kebinasaan, maka lelaki itu didatangi [orang] masa tidurnya [dalam mimpi], dikatakan oleh orang itu ‘Berilah salam kepada sayidina ‘Umar, dan beritahu kepadanya bahawa orang ramai akan diberi air, katakan kepadanya ‘Hendaklah tuanhamba bijaksana, hendaklah tuanhamba bijaksana; lelaki itu datang kepada ’Umar dan memberitahu kepadanya [tentang apa yang berlaku berkenaan dengannya datang ke makam Nabi, kemudian mendapat mim


Last edited by QulAmirulHakim on Sat Jan 09, 2010 4:39 am; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Sat Jan 09, 2010 4:38 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

Usah terpesona tajdid segera Wahabi

dipetik dari http://blogtraditionalislam.wordpress.com/

Usah terpesona tajdid segera Wahabi

Mula abad ke-18 Wahabi menentang ulil amri sehingga musnah kerajaan Islam Uthmaniah

Oleh Muhammad Uthman El-Muhammady

KALI ini perbincangan tertumpu kepada perbandingan antara tajdid cara Wahabiah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kerap disuarakan golongan ini sedang laksanakan ‘tajdid’ yakni pembaharuan atau penyegaran semula fahaman yang betul dan amalan dalam agama.

Konsep tajdid terkandung dalam erti hadis riwayat Abu Daud bermaksud: “Sesungguhnya ALLAH akan membangkitkan bagi umat ini pada permulaan setiap 100 tahun tokoh yang memperbaharui agama ini untuknya.” (Aunul-Ma’bud Sharah Abi Daud, al-malahim).

Maksud memperbaharui di sini ialah menjadikan apa yang dilupakan, diamalkan semula, terkeliru dijernihkan mengikut ajaran sebenar atau salah faham difahami semula dengan betul. Dalam hadis riwayat Muslim ada sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Terus menerus ada dalam umat ini golongan yang tertonjol menang dalam kebenaran sampai datang perintah ALLAH, tidak mendatangkan mudarat pihak merendahkan mereka sehingga datang perintah ALLAH (kiamat) walhal mereka dalam keadaan demikian.” (Riwayat Muslim)

Tokoh tajdid sama ada difahamkan peribadi tertentu yang cukup syarat ilmunya mengenai al-Quran dan sunnah serta huraiannya; dan ilmu yang zahir serta mengenai hal kerohanian, dengan peribadinya yang beramanah, atau beberapa peribadi bermula dengan Umar Abd al-Aziz, Syafie, ibn Suraij, al-Asy’ari, al-Baqillani, Sahal, al-Isfara’ini, al-Ghazali, Fakhr al-Din al-Razi, al-Rafi’I, ibn Daqiq al-’Id atau al-Bulqini, (disebut dalam Aunul-Ma’bud Sharah Abi Daud) dan seterusnya dengan menyebut ulama hadis � usaha mereka ialah menghidupkan sunnah dan menghilangkan bidaah, menghidupkan apa yang dilupakan serta menguatkan apa yang lemah.

Tajdid yang berlaku berhubung dengan tokoh yang disebut dalam teks syarah hadis seperti Syarah Bukhari, Abu Daud dan Muslim menunjukkan jasa menyebarkan keadilan dan pelaksanaan ajaran Rasul, menguatkan sunnah dan pemahaman hukum dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah, penyusunan ilmu dalam Ahli Sunnah, akidah, ajaran kerohanian yang sahih, akhlak yang teguh, mengalahkan hujah yang menyerang Ahli Sunnah dan membantu dalam menjayakan hidup tamadun dalam Ahli Sunnah. Kemunculan Salahuddin al-Ayyubi, misalnya adalah hasil daripada tajdid ulama Ahli Sunnah termasuk ajaran rohaniah Imam al-Ghazali, Waliyullah al-Dihlawi abad ke-18, usaha dakwah abad ke-20 oleh al-Banna dan Said Nursi adalah hasil kesan daripada tajdid sahih Ahli Sunnah.

Kemunculan ulama Dunia Melayu dalam pengembangan ilmu dan amalan Ahli Sunnah hasil daripada tajdid sepanjang zaman itu. Dengan itu, akidah menjadi betul, ibadat dan hidup kerohanian menjadi berjaya, akhlak menjadi jernih, hidup masyarakat tersusun, hubungan antara ulil amri dan rakyat menjadi tersusun, hubungan umara dan ulama terurus walaupun ada gangguan dalam sejarah, amalan dan pegangan Ahli Sunnah terus berjalan dan tamadun Islam wujud sampai sekarang walaupun mengalami zaman kelemahan dan menghadapi cabaran dari luar dan dalam. Dengan tajdid yang sahih Ahli Sunnah menyelesaikan masalah cabaran falsafah yang menyeleweng, ajaran dan akidah sesat, kejahilan, kekeliruan, ilmu Islam tersusun, panduan jelas, dan tamadun menjadi teguh.

Berbanding tajdid Ahli Sunnah kita boleh sebutkan tajdid segera Wahabi bermula dari abad ke-18 itu. Antara yang berlaku ialah tuduhan umat Islam melakukan kesyirikan dan bidaah, lalu atas nama mengembalikan sunnah dan memerangi bidaah, berlaku penentangan terhadap ulil amri waktu itu iaitu kerajaan Uthmaniah Turki yang berabad mempertahankan Islam yang sedang dimusuhi Barat.

Apabila ia dilemahkan dari dalam oleh usaha golongan itu atas nama menegakkan tauhid dan sunnah, akhirnya ia lemah dari dalam, apa lagi apabila golongan itu bermuafakat dengan British dan Perancis seperti tercatat dalam ‘Unwan al-Majdi, akhirnya, jatuhlah khalifah itu dengan Kamal Attaturk memberi pukulan maut ke atasnya. Ertinya tajdid membawa kepada maut khalifah Islamiah. Maha suci ALLAH! Tajdid yang mereka lakukan muncul dalam bentuk memberi huraian tauhid yang dipecahkan kepada tiga (dikatakan itu huraian orang salaf, walhal tidak demikian), yang dijadikan alat untuk mengkafir dan mensyirikkan Muslimin yang bertawassul dan beristrighothah di kubur nabi dan lainnya, dan mengatakan penyembah berhala ahli tauhid rububiah yang ikhlas tauhidnya.

Tidak pernah berlaku sebelum ini penyembah berhala dikatakan ahli tauhid yang ikhlas walau dalam apa erti dan segi sekalipun. Juga tidak pernah berlaku yang Muslim dikatakan kafir kerana bertawassul dan beristighothah.

Golongan ini, akibatnya senang menghukum kafir sesama Muslimin; tauhid hasil tajdid segera mereka juga membawa kepada timbulnya kepercayaan mujassimah terhadap ALLAH walau bagaimana kuatnya mereka menolak hal ini dan akibatnya timbul kekacauan dalam masyarakat.

Tajdid mereka juga lahir dalam bentuk menghukum bidaah terhadap amalan Muslimin seperti talkin, qunut Subuh, berdoa beramai-ramai, membaca Yasin malam Jumaat, mengadakan majlis Maulud Nabi, membaca barzanji, mengadakan kenduri arwah, tahlil, berzikir beramai-ramai, mengaji Sifat 20 dan seterusnya ditolak terus, tidak ada bidaah yang baik.

Sebelum ini tidak ada tajdid bermula dengan pembicaraan mengenai talkin, qunut, berzanji dan yang sepertinya kerana itu semua perkara ranting dalam hukum dan amalan. Sikap mereka berhubung hal itu berlawanan dengan pendirian arus perdana Ahli Sunnah.

Itu semua dianggap bidaah yang mesti ditolak sebagai akibat yang timbul daripada sikap mereka memahami bidaah hanya satu jenis yang mesti ditolak. Timbul tajdid melarang orang mengikut mazhab fiqh kononnya seperti menyembah ulama. Ia lahir daripada sikap mereka menyuruh orang membuat keputusan sendiri daripada al-Quran dan sunnah.

Kata mereka senang saja seperti yang terkandung dalam kitab golongan ini Hal al-Muslim Mulzam Bittiba’ Madhhabin Mu’ayyanin min Madhahib al-Arbaah oleh al-Khojandi al-Ma’sumi, yang dipertahankan al-Albani. Berhubung dengan sikap demikian timbul perbuatan menghukum mereka yang sembahyang mengikut imam mazhab bukan melakukan sembahyang nabi. Sembahyang nabi ada dalam huraian golongan mereka seperti yang dalam buku Solatun-Nabi oleh al-Albani.

Kesannya timbul perkelahian dalam masyarakat sampai berlaku perceraian. Di sesetengah negara berlaku pertumpahan darah dan pembunuhan akibat daripada perkembangan sedemikian ini.

Tajdid golongan ini juga berlaku dengan menolak ilmu seperti tasawuf, astronomi dan mantik, perkembangan sains dan teknologi mendapat tentangan, perubahan hanya baru berlaku dalam kalangan mereka yang mengikut aliran ini. Ini berlawanan dengan sikap ulama Ahli Sunnah yang mempunyai sikap terbuka dalam hubungan dengan ilmu sedemikian seperti yang ternyata dalam al-Muqaddimahy ibn Khaldun dan Kashshaf Istiulahat al-Funun oleh al-Tahanawi.

Kesan ‘pembaharuan’ gaya tajdid segera golongan ini timbul perbuatan melanggar peraturan dalam negeri di mana mereka berada. Kalau golongan mereka tidak diberi tauliah untuk mengajar dan berceramah, mereka langgar peraturan itu dengan mengatakan itu bercanggah dengan ajaran Islam yang menyuruh berdakwah, sedangkan mereka terlupa dalam Ahl Sunnah, ulil amri berkewajipan untuk menjaga agama dan amalannya supaya berjalan atas landasan Ahli Sunnah dan mazhab yang diamalkan dalam negeri yang berkenaan.

Contohnya, boleh didapati dalam perbuatan Saidina Ali yang melarang mereka tidak layak daripada mengajar di masjid Basrah, walhal tokoh yang layak seperti Hasan al-Basri dibenarkan mengajar.

Demikian pula al-Mawardi dalam al-Ahkam al-Sultaniyyahnya dalam bab al-hisbah, menyebut keperluan ulil amri mengawal masjid supaya dakwah dan pengajaran berjalan lancar dalam aturan dan mazhab yang ditentukan dan amalan yang baik terlaksana. Ini dapat mengelakkan orang yang memberi penafsiran mengelirukan tidak mengganggu ketenteraman awam.

Ringkasnya perlu kita kembali kepada usaha memahami tajdid dan hasil kerja tajdid yang sebenarnya berlaku dalam ajaran dan sejarah Ahli Sunnah, apa lagi sempena awal Muharram tahun baru Islam 1431 Hijrah ini. Dengan ini kita tidak terpesona dan terpengaruh dengan dakwaan tajdid segera yang dilakukan golongan ini dan cuba ingatkan sejenak di mana timbulnya pemikiran seperti ini adakah kita melihat keamanan di dalamnya? Adakah kerja membina tamadun sebenar di dalamnya? Adakah sama dengan negeri Ahli Sunnah tertentu yang aman? Dengan itu mudah-mudahan kita dapat memiliki kefahaman yang tepat dan bermanfaat mengenai tajdid dan tokoh tajdid yang sebenar dalam umat ini, dan tidak terpesona dengan tajdid segera kelompok ini walaupun disebutkan nama yang hebat untuk mempromosikannya. Wallahu’alam.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Sat Jan 09, 2010 4:41 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

Dipetik dari...

Ahli Sunnah, Wahhabiyyah dalam perbandingan kerangka peradaban

Oleh Muhammad Uthman El-Muhammady

Tafsiran Sunni menyeluruh, terbuka mengikut batasan prinsip rohani serta intelektual

SELEPAS melihat perbandingan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Wahabi mengenai akidah, kerohanian dan ibadatnya, juga aspek hukum dan akhlaknya, minggu ini rencana ini bertumpu kepada pengamatan ringkas kerangka peradaban. Bagi memahami ajaran Ahli Sunnah dan perbandingannya dengan Wahabi dalam aspek ini, kita boleh bermula dengan beberapa kenyataan.

Antaranya, peradaban pada matlamat terakhirnya dalam ajaran agama adalah untuk menjadi alam yang mana kebesaran Tuhan dan kalimah-Nya terserlah; justeru kitab suci al-Quran menyatakan (maksudnya); “Dialah Tuhan yang menjadikan tujuh lapis langit dan bumi demikian juga, turun perintah di kalangan semua itu supaya kamu mengetahui bahawa ALLAH Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan bahawa ALLAH meliputi segala-galanya dengan ilmu-Nya’� (al-Talaq:12).

Begitu juga ayat (bermaksud): “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadat kepada-Ku /menyembah-Ku” (al-Dhariyat: 56); dan bermaksud “Bertasbih kepada ALLAH segala yang ada di langit dan di bumi Raja yang Maha Suci, Maha Tinggi dalam kekuasaan lagi Maha Bijaksana” (al-Jumuah:1) dan yang sepertinya

Maka alam ini dijadikan untuk merealisasikan kebesaran dan kalam-Nya. Dan manusia dijadikan khalifah-Nya di bumi dengan diajarkan nama benda dengan khasiat dan kelebihan seperti dihuraikan oleh Imam Fakhr al-Din al-Razi dalam Tafsir al-Kabir dan al-Baidhawi dalam tafsirnya. Huraiannya dilanjutkan dalam hasyiahnya oleh Syaikh Zadeh. Dan manusia membina peradaban dengan mengimarahkan hidup di bumi.

Ahli Sunnah dan Wahabi ada beberapa titik pertemuan dalam hal ini. Bagaimanapun tafsiran Sunni adalah luas dan mencakupi sedangkan tafsiran Wahabi terbatas, sempit dan tidak kelihatan membuka ruang yang memadai untuk perkembangan tamadun. Ini terbukti dalam sejarahnya yang bermula di Najd itu.

Satu lagi kenyataan � bahawa agama sekurang-kurangnya boleh difahami pada beberapa peringkat; pertama ia wahyu dan nubuwwah (dengan pemahaman mengenai al-Quran dan hadis); kemudian agama seperti yang dihuraikan dalam teks yang menyatakan secara terperinci ilmu yang berpunca daripada wahyu dan nubuwaah itu, dan pemahaman manusia mengenai itu semua.

Tahap berikutnya adalah apabila agama diamalkan umat manusia dalam kumpulan ramai atau masyarakat dan di sinilah timbul tamadun atau peradaban. Tafsiran Sunni menyeluruh dan terbuka dalam batasan prinsip rohani dan intelektual, tafsiran Wahabi sangat terbatas dan terhad.

Berhubung peradaban, kita boleh ajukan pertanyaan � tidakkah peradaban ‘khaira ummatin’ di Madinah itu Ahli Sunnah sifatnya? (‘ma ‘ana ‘alaihi wa ashabi’, ‘mengikut cara hidupku dan sahabatku’ seperti yang ada dalam hadis)? Kita jawab, ya Ahli Sunnah. Tidakkah peradaban di Damsyik itu Ahli Sunnah? Begitu juga di Baghdad, Andalusia, Istanbul, di Melaka, Samudera Pasai dan Aceh itu Sunni?

Peradaban ini dalam kerangka Ahli Sunnah yang menjadi alam yang di dalamnya ada kebesaran Tuhan dan kalam-Nya. Ya, memang ada kelemahannya kerana dunia ini bukan jannatul-firdaus, tetapi inilah alam manusiawi yang di dalamnya terjelma kebesaran Ilahi dan kalam-Nya dengan cara yang sebaik-baiknya sebelum kemunculan alam yang kekal abadi itu.

Dan alam manusiawi yang kita sebut sebagai peradaban itu muncul dalam kerangka kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, bukan Khawarij, Batiniyyah dan lainnya (sudah tentu bukan Wahabi sebab ia hanya muncul pada abad ke-1. Golongan lain boleh berada dan berfungsi di dalam peradaban Sunni itu sebab kerangka ini sangat toleran dan bertasamuh.

Ini terbukti dalam sejarah hampir 15 abad itu; kerangka lain jelas tidak mempunyai sifat-sifat yang ada padanya. Ia adalah kerangka ‘menengah’ yang menjadi corak bagi umat ini. Maka peradaban dalam kerangka inilah yang kita perlu teruskan dan semarakkan lagi kejayaannya.

Tidakkah kalangan sahabat dan Tabiin serta generasi yang diakui berikutnya, Ahli Sunnah semuanya? Tidakkah al-Juwaini pengikut Ahli Sunnah? Begitu juga Al-Baqillani, Al-Ghazali, Fakhr al-Din al-Razi, al-Sanusi dan Salah al-Din al-Ayyubi? Dan da’i terkenal al-syahid Hasan al-Banna adalah pengikut Ahli Sunnah? Dan Said Nursi di Turki itu Ahli Sunnah?

Ringkasnya mereka dan ramai yang lain adalah pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah, termasuk imam mazhab dan pengikut mereka; mereka di dunia Melayu adalah Ahli Sunnah dan pengikut Imam al-Asy’ari. Teks usul al-din di dunia Melayu adalah teks memaparkan aliran Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari.

Apakah kerangka itu? Sekadar menyebut beberapa unsur kerangka yang dicirikan oleh elemen pokok seperti: Tauhid dengan huraiannya yang mencakupi semua perkara, daripada tauhid mengenai Tuhan, kehidupan manusia, diri manusia, masyarakat dan umat. Tauhid semacam ini tidak ada dalam Wahabi.

Bagi tauhid dalam pemahaman ilmu dan tamadun, kenabian dengan kedudukannya sebagai punca ilmu pengetahuan, panduan mengenai ilmu pengetahuan, panduan hidup bertamadun dan masyarakat. Pemahaman luas mengenai sunnah begini tidak ada dalam Wahabi. Bicaranya hal sunnah � bidaah, talqin, kenduri arwah, qunut, maulidurrasul, melawat kubur, tawassul, zikir beramai-ramai, berzanji, menyebut ’sayyidina’ dan yang sepertinya yang diselesaikan lebih 50 tahun lalu di Malaya (nama sebelum Malaysia).

Sukar untuk dimengertikan bagaimana ada pihak menganggap bicara seperti ini bicara pembangunan umat atau bicara mengajak kepada keluasan dan kematangan berfikir. Adakah intelektual sebegini yang hendak dikembangkan? Ini sukar dipertahankan.

Hidup dunia dan akhirat diberikan perspektif yang betul secara integrasi tidak terpisah-pisah antara keduanya, dengan itu tidak ada sekularisme dalam erti falsafah di dalamnya; demikian pula yang lain-lain yang sepertinya.

Kemuliaan ilmu pengetahuan dan kemajuannya serta pengembangannya � yang berfaedah dijayakan dan berbahaya tidak dijayakan. Epistemologi atau huraian falsafah ilmu pengetahuan yang luas sebegini tidak ada dalam Wahabi, ia sebaliknya didominasi oleh haram-halal, sunnah-bidaah, hidayah-dalalah dalam pembahagian simplistik itu.

Huraian falsafah tidak ada tempat di dalamnya. Pernah berlaku pada satu seminar atau mesyuarat, apabila terdengar kata ‘falsafah’ seorang pengikut fahaman itu mengeluarkan pertanyaan � bagaimana ini? Falsafah tidak ada dalam Islam (yang ada hanya al-Quran dan Sunnah); mantik tidak ada tempat di dalamnya; astronomi tidak ada tempat di dalamnya (sebab itu berlaku peristiwa puasa terpaksa diqada sebab berlaku kesilapan melihat anak bulan di sebuah negeri, akibat mereka menolak astronomi dan aplikasinya).

Kedudukan yang wajar antara agama, wahyu dan ilmu pengetahuan ada dalam sejarah Sunni. Ini tidak ada dalam Wahabi yang bermula dengan penolakan beberapa elemen teknologi dan pengetahuannya seperti yang ada dalam sejarah gerakan itu. Kedudukan sepadu antara ilmu akli dan nakli jelas misalnya dalam Kashshaf Istilahat al-Funun oleh al-Tahanawi dan yang sepertinya.

Kedudukan yang harmoni antara seni dan sains serta teknologi jelas dalam sejarah Sunni; antaranya tercatat dalam Introduction to the History of Science oleh G Sarton jilid 3; Ibn Khaldun dalam al-Muqaddimahnya membuat beberapa rumusan mengenai perkembangan intelektual ini; hanya ada berlaku sedikit gangguan dalam sejarah tentang bidang ini. Dalam kerangka Wahabi, asal perkembangan begini tidak ada; ia hanya timbul kemudian dalam sejarahnya. Islamisasi ilmu dalam kerangka epistemologi Asya’irah dalam Ahli Sunnah sudah berlaku dalam alam Ahli Sunnah; dalam Wahabi ia hanya baru mula untuk berlaku.

Hubungan harmoni individu, keluarga dan masyarakat dengan adab dan peraturannya. Wahabi mempunyai ciri yang sangat malang dari segi adab dan akhlak terutama hubungannya dengan ulil amri yang menyayat hati; penolakan tasauf menjadikan jiwanya keras dan kasar, kecuali dalam kalangan mereka yang terkesan dengan pengaruh kerohanian Ahli Sunnah.

Kedudukan sepadu dan terarah dalam hubungan antara ulil amri dan umat umumnya, jelas dalam Ahli Sunnah; dalam kalangan Wahabi ia banyak menunjukkan konflik sebab ajarannya dari asal sememangnya sedemikian.

Bagi kedudukan epistemologi Asyariah dalam Ahli Sunnah (termasuk Maturidiyyah) membabitkan hubungan dengan pemikiran moden dan pasca moden pula, kerangka Ahli Sunnah paling perkasa dan utuh mengemudi manusia menghadapi pemikiran moden dan pasca moden; nampaknya tidak ada yang lain dalam dunia ini yang sepertinya. Wahabi langsung tidak boleh dibandingkan dengannya; ia seperti kanak-kanak baru mumaiyiz berbanding dengan hakim yang penuh bijaksana.

Budaya ‘al-din al-nasihah’ yang berkesan dan menyeluruh dalam Ahli Sunnah, bukan budaya ‘anti-establishment;’ dalam Wahabi nampaknya yang ada adalah budaya ‘anti-establishment’ daripada awal lagi. Kemajuan duniawi sebagai suasana untuk pembentukan hidup membina peribadi manusia berdasarkan ‘budaya uswatun hasanah’ bukan budaya ’selebriti’ (walaupun selebriti dalam perspektifnya yang betul dibenarkan).

Bagi kesedaran mengenai kedudukan hubungan harmoni di kalangan bangsa dan kaum serta agama, panduan Sunni memadai dalam hal ini; panduan intelektual dan rohaniah Wahabi tidak memadai.

Demikianlah secara ringkasnya perbincangan mengenai ajaran Ahli Sunnah dalam perspektif pembangunan ummah Islamiah dan elemen penting dalam pembinaannya berbanding pandangan Wahabi. Dengan itu maka pemikiran Sunni dalam bidang ini perlu diteruskan di Malaysia dan dunia Melayu dengan membuat perincian dalam bahagian yang memerlukannya, dengan pembetulan dan penambahan di mana yang diperlukan serta langkah praktikal. Ini berserta penyusunan langkah jangka pendek dan jangka panjang bagi menjayakannya. Dan intelektualiti cara Wahhabi mesti dijauhi bagi mengelak malapetaka intelektual, rohani dan tamadun berlaku di sini. Na’udhu billahi min dhalik! Moga-moga ALLAH menunjukkan kita kepada jalan yang lurus, amin. Wallahu a’lam.

disiarkan Berita Minggu 5 Disember 2009 – http://www.bharian.com.my/
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Sat Jan 09, 2010 4:42 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

Wahabi tak taat ulama, ulil amri

Oleh Muhammad Uthman El-Muhammady

Perbuatan lompatan mental timbulkan huru-hara keilmuan, sosial serius

KALI ini kita akan melihat perbezaan yang ketara dalam perkara hukum Islam dan akhlak fahaman Wahabi dan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Antaranya ialah bagaimana mereka meringankan peranan ijmak ulama dan menekankan hanya al-Quran dan sunnah saja. Mereka juga tidak berpegang kepada mazhab kerana menafsirkan ia umpama ‘menyembah/beribadat’ kepada ahli hukum atau agama.

Malah mereka juga membuat penafsiran mengenai hukum dengan tidak mematuhi kaedah hukum arus perdana Ahli Sunnah. Tindakan ini membawa kepada implikasi negatif dalam akhlak, selain hukum.

//

Dalam bidang hukum, mereka tidak mengambil berat mengenai ijmak dan kias serta mazhab dalam Ahli Sunnah. Ijmak antaranya berdalil kepada ayat yang bermaksud: ‘Jalan orang yang beriman’ dalam surat al-Nisa. Dalam ayatnya yang bermaksud: “Dan sesiapa yang memerangi Rasul selepas daripada nyata baginya bimbingan yang benar dan ia mengambil jalan selain orang yang beriman, Kami (ALLAH) membiarkan dia menjalani jalan yang diambilnya dan kemudian mencampakkannya ke dalam neraka, alangkah buruknya tempat kembali.” Apabila mereka tidak peduli kepada ijmak, maka pendirian mereka dalam beberapa perkara menyalahi ijmak dan menimbulkan masalah hukum dalam masyarakat Islam.

Apabila mereka tidak patuh kepada ijmak, timbullah akibatnya seperti tidak taat kepada ulil amri di mana mereka berada. Contohnya, walaupun dalam ijmak diwajibkan kepatuhan kepada ulil amri mereka memberontak melawan autoriti Khalifah Uthmaniah, konon katanya, ia menjadi kafir.

Demikian pula pada zaman selepas itu, mereka tidak taat kepada ulil amri yang mana mereka berada kecuali pihak yang mempunyai pegangan seperti mereka. Oleh sebab itu aliran ini jangan dibiarkan berkembang di kalangan orang Melayu kerana bahayanya jelas. Ia akan menimbulkan ketegangan dengan ulil amri di mana mereka berada.

Ketika belum kuat pengaruhnya sudah timbul masalah, inikan nanti apabila jumlah menjadi lagi. Penulis pernah berdepan dengan orang tertentu daripada aliran ini dan apabila disebut kepadanya: “Apabila ulil amri menentukan sesuatu mazhab dalam Ahli Sunnah, maka hendaklah kita patuhi demi maslahat umat,” mereka berkata: “Apa ulil amri ulil amri ni?,” Ini menandakan bangkangan mereka terhadap konsep ini dalam Ahli Sunnah.

Sikap tidak hormat kepada ulil amri ini berlaku dari segi ilmu juga. Mereka tidak taat kepada sistem dan tradisi ilmu Ahli Sunnah. Kata mereka jika diikut ulama, maka itu menyembah ulama (ibadatul-ahbar). Sama seperti menghormati orang soleh atau mengambil berkat mereka, Wahabi melihat ia menyembah orang soleh (‘ibadatul-rahban) dan perbuatan itu syirik. Sebab itu timbul aliran ‘la mazhabiah’ (aliran tidak pakai mazhab), orang berijtihad secara sendiri-sendiri di kalangan mereka.

Ini dijelaskan dalam buku Hal al-Muslim Mulzam Bittiba’Mazhabin Mu’ayyanin min Mazahib al-Arba’ah oleh Muhammad Ma’sumi al-Khujandi, dan pendirian ini dipertahan dan diperjuangkan oleh Nasir al-Din al-Albani. Jadi dalam hukum, mereka tidak tunduk kepada autoriti ulil amri dari segi sosial dan segi ilmu. Ulil amri dari segi sosial seperti Sultan, pemimpin yang menerima tauliah daripada mereka, manakala dari segi ilmu, mereka tidak menghormati ulama, sebaliknya yang mereka hormat ialah ulama sealiran mereka dan yang lain ditolak.

Misalnya, ulama seperti ibn Qudamah al-Maqdisi, pengarang kitab klasik rujukan standard Mazhab Hanbali al-Mughni, berhubung soal melawat kubur Nabi, katanya dalam kitab itu: Sunat menziarahi kubur Nabi berdasarkan riwayat al-Daraqutni dengan isnadnya daripada (Abdullah) ibn Umar, katanya bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan haji kemudian menziarahi kuburku selepas daripada wafatku, maka seperti ia menziarahiku pada waktu hayatku. Dalam riwayat lain yang bermaksud: “Sesiapa yang menziarahi kuburku wajib baginya syafaatku,”. Disebut lagi al-Maqdisi (hadis): kata Imam Ahmad dalam riwayat Abdullah daripada Zaid bin Qasit daripada Abu Hurairah bahawa nabi SAW bersabda bermaksud: “Tidak ada seorang daripada orang Islam yang memberi salam kepadaku di kuburku, melainkan ALLAH mengembalikan rohku sehingga aku menjawab balik salamnya.”

Bagaimanapun, ia disanggah dan ditolak huraian imam ini kerana ia berlawanan dengan sikap ‘al-din al-nasihah’ dalam Ahli Sunnah yang memastikan kita merujuk kepada ulama yang muktabar sebagai dasar taklid dalam erti ‘mengikut kesarjanaan yang muktabar dalam syarak’ (following qualified scholarship in Islamic sacred science). Ini bukannya diterjemah ‘taklid buta’ kerana yang ada ialah keilmuan, kesarjanaan, ’scholarship’, manakala yang mujtahid menjadi rujukan dan yang bukan mujtahid disuruh merujuk.

Ini ketertiban keilmuan dalam Islam. Dalam al-Quran ia, termasuk ke dalam maksud ‘bertanyalah kepada ahli ilmu jika tidak mengetahui’, juga terkandung dalam maksud ‘… taatlah kepada ALLAH dan taatlah kepada Rasul dan kepada ulil amri kamu (ulil amri sosial, ulil amri ilmu atau kedua-duanya). Jika tidak, kita akan terbabit dalam kebiadaban intelektual yang membunuh diri sendiri. Nauzhu billah min zalik.

Sikap golongan ini membawa kepada ciri akhlak yang mengaibkan dan membahayakan masyarakat dan negara. Ia bermula dengan penafian autoriti sosial dan epistemologis atau autoriti dalam hal ilmu. Mereka mengambil autoriti mengikut diri sendiri; merekalah yang menentukan ajaran daripada al-Quran (wahyu) dan nubuwwah (sabda Nabi); mereka membuat lompatan mental beribu-ribu tahun, mengambil keputusan terus daripada al-Quran dan Sunnah tanpa mempedulikan panduan kerangka ilmu dan kaedah ilmu Ahli Sunnah itu � al-Quran dan hadis ditafsir sendiri tanpa mengambil kira panduan atau pandangan pakar wacana arus perdana umat (without the mediation of the mainstream intellectual tradition) selaras dengan ‘jalan orang Mukminin’ yang disebut dalam surah al-Nisa itu). Perbuatan lompatan mental inilah yang menimbulkan huru-hara keilmuan dan sosial yang serius. Ini yang penulis maksudkan kebiadaban rohani dan intelektual itu.

Akibatnya, mereka tidak menghormati autoriti dan institusi dalam masyarakat, tidak menghormati fatwa yang diputuskan padahal ia sah kerana ulil amri yang memberi autoriti itu dan mereka membuat keputusan berdasarkan autoriti keilmuan dalam masyarakat. Sebaliknya, ia tidak dihormati oleh pihak yang mengamalkan ’sikap intelektual koboi’ ini.

Oleh itu, kita kini mendengar bahasa kesat, kasar dan tidak beradab walaupun daripada orang yang educated, ada unsur maki hamun, gelak tertawa dalam majlis ilmu yang serius; perceraian rumah tangga; kata-kata seperti ’sesat’, ‘bidaah’, ‘tidak bernas’ dilempar oleh orang yang sukar kita percaya tanpa bukti.

Penolakan mereka terhadap tasauf memberi kesan menjadikan mereka beradab kasar, melihat sesuatu hanya pada zahir: halal haram, iman kufur dan bidaah sunnah. Kita mesti mengelak diri daripada membantu melahirkan generasi biadab seperti ini. Wallahu alam.

disiar Berita Minggu 29 November 2009
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Sat Jan 09, 2010 4:43 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

Beberapa Contoh Segi Ibadat dan Hidup Kerohanian Wahhabiyyah Yang Berbeza Daripada Ahlissunnah

بسم الله الرحمن الرحيم

نحمده ونصلى على رسوله الكريم

BEBERAPA CONTOH SEGI IBADAT DAN HIDUP KEROHANIAN WAHHABIYYAH YANG BERBEZA DARIPADA AHLISSUNNAH

OLEH:

AL-FAQIR ILA’ LLAH MUHAMMAD UTHMAN EL-MUHAMMADY

Makalah bahagian ketiga ini tertumpu kepada huraian ringkas berkenaan dengan konsep dan amalan ibadat dan juga hidup kerohanian Wahhabiah. Nampaknya boleh kita bermula dengan asas huraiannya berkenaan dengan tauhid atau dasar mengesakan ALLAH Pencipta alam ini.

Berhubung dengan in kita mulakan juga dengan huraian tentang syahadah; ini kerana ia menjadi syarat bagi seseorang itu menjadi orang Islam; bila ia Islam baharulah ibadatnya diterima oleh ALLAH.Sebagaimana yang disebut sebelum ini syahadah pada golongan ini mesti ada lima syarat barulah orang yang berkenaan itu selamat menjadi orang Islam, dan hukum Islam berjalan atasnya, nyawa dan hartanya selamat; syarat-syarat itu ialah: (1)menyebut lafaz syahadah,(2) faham ertinya,(3) berikrar tentang keesaan Tuhan,(4) menyeru kepadaNya, dan (5) ditambah akhirnya kufur terhadap apa yang disembah selain daripada ALLAH.Huraian seperti ini tidak pernah ada dalam mana-mana kitab dalam Ahlissunnah wal-Jamaah.Ia ada pada kitab mereka sahaja. Dalam Ahlissunnah bila orang mengucap syahadah sah Islamnya, dan selamatlah nyawa dan hartanya; kalau ia tidak percaya tetapi disembunyikan daripada orang lain, itu perkara antara dia dan Tuhan.Dalam masyarakat Muslimin masih bergaul dengannya dengan menganggap dia orang Islam.

Mentauhidkan ALLAH dan beriman kepadaNya bererti juga beribadat kepadaNya dan taat kepadaNya.Seseorang yang beribadat kepada Tuhan jangan bersikap syirik terhadapNya.

Huraian tentang konsep tauhid dibahagi tiga secara terpisah perlu juga disebut lagi, kerana mereka menjadikan ini sebagai alat senjata menyamakan orang Islam (kerana tawassul disebut menyembah kubur atau menyembah orang mati) dengan penyembah berhala, lalu timbul hukum syirik, lalu orangnya boleh dibunuh, halal darah dan harta.Hujahnya ialah penyembah berhala itu bertauhid dengan tauhid rububiah dengan mengakui Tuhan menjadikan alam, memberi rezeki, berkuasa dan lainnya.Ia menyembah berhala itu sebagai perantara bagi mendapat perdampingan dengan Tuhan.Ini sama juga kata mereka dengan orang yang mengucap ‘lailahaillallal’ pergi berdoa di kubur nabi atau kubur orang salih untuk mendapat berkat sebagai perantara dengan Tuhan bagi mendapatkan sesuatu hajat; kata pengasas golongan itu ia seperti penyembah berhala; hanya penyembah berhala itu menyembah berhala, yang ini menyembah kubur;’ lalu dipanggil kuburriyun, penyembah kubur.Istilah inipun ada hanya pada golongan ini sahaja, tidak ada pada golongan lain.

Dalam ajaran Ahlissunnah dibenarkan melawat kubur dan berdoa di situ untuk keampunan ahli kubur atau memohon kepada Tuhan dengan berkat orang salih supaya Tuhan tunaikan hajatnya.Ini diharuskan dan hadithnya ada diriwayatkan dalam kitab-kitab yang panjuang.

Sebenarnya mereka membandingkan orang Islam yang berdoa di kubur dengan penyembah berhala –dikatakan orang Islam menyembah kubur, menyembah orang mati-penyembah berhala menyembah berhala- itu tidak benar; orang Islam pergi ke kubur untuk melawat kubur kerana ALLAH dan ini perbuatan yang digalakkan dalam hadith nabi sebagai amalan berdamping dengan Tuhan, dan orang yang melawat itu tidak menyembah kubur, dengan demikian istilah kuburiyyun itu tidak benar, kecuali kalau dimaksudkan untuk kaum yang sesat yang memang benar-benar menyembah kubur (seperti yang ada dalam setengah negeri di mana ada ajaran sesat seperti itu) .

.Orang Islam menyembah ALLAH, bukan menyembah kubur; ia berdoa kepada ALLAH di kubur untuk mendapat berkat.Itu dibenarkan.Itu disebut tawassul, ataupun disebut itu untuk mendapat syafaat; dan syafaat itu ada dalam Ahlissunnah..Adapun penyembah berhala itu ia memang menyembah berhala itu sendiri; hanya bila dihujah, penyembah berhala mengelak daripada terkena hujah lalu ia membuat helah menyebut berhala itu sekadar perantara sahaja, yang diutujukan ialah Tuhan Yang Esa. Itu bukan bererti bahawa mereka beriman dengan tauhid; mereka masih musyrikin; tetapi golongan ini berkata mereka ahli tauhid jenis tauhid rububiah.Konsep ini tidak ada dalam Ahlissunnah.

Dalam hubungan dengan ibadat juga, antaranya kita boleh melihat perkataan istilah ‘menyeru’ pada golongan ini;huraian simplistic tentang ‘menyeru’ difaham secara zahir (literal), pada mereka kita tidak boleh menyeru kepada orang mati, sebab Quran melarangnya dalam ayat yang bererti ‘jangan kamu menyeru selain daripada ALLAH’. (Quran ,Syuara:213; Qasas:88 dan lain-lain sepertinya)Yang dilarang oleh Quran ialah menyeru sebagai menyeru beribadat seperti beribadat kepada ALLAH dalam doa.Kalau menyeru wahai ahli kubur, mudah-mudahan ALLAH ampunkan kami dan kamu, itu tidak mengapa.Demikian juga kalau menyeru seperti Saidina Bilal menyeru Rasulullah bila ia melawat kuburnya tidak mengapa. Dalam sembahyangpun kita menyeru Rasulullah dalam tahiyat yang bererti ‘Sejahteralah atas tuan hamba wahai Rasulullah rahmat ALLAH dan keberkatanNya. Yang tidak boleh ialah menyembah orang dalam kubur itu.

Perkara yang dilarang di sini ialah menyembah kubur atau orangnya. Tetapi tidak ada orang Ahlissunnah yang melakukan demikian kecuali orang yang sesat; bagaimanapun tuduhan itu dibuat juga terus menerus oleh mereka kepada orang Ahlissunnh; ini boleh dilihat dalam sejarah bagaimana mereka sampai berperang dengan orang Turki Othmaniah dan lainnya kerana konon mereka terkeluar daripada Islam.Salam yang mereka tujukan kepada mereka juga –sebagaimana yang ada dalam kitab-kitab sejarah mereka sendiri- adalah salam yang diberikan oleh Musa a.s. kepada Firaun.

Dalam hubungan dengan ibadat , bila kita berbincang tentang sembahyang pula golongan ini tidak mahu kita mengikut ibadat sembahyang sebagaimana yang ada dalam ajaran fiqh yang ada dalam mazhab, katakanlah di Malaysia kita sembahyang mengikut Imam Syafie.Mereka mahu kita ‘sembahyang nabi’ dan maksud ‘sembahyang nabi’ itu ialah sembahyang yang dihurai oleh Syeikh Nasir al-Din Albani dalam bukunya ‘Solatun-Nabi’. Kalau kita sembahyang mengikut mazhab kata mereka itu bukan sembahyang nabi, itu sembahyang imam mazhab; itu bidaah kata mereka.Jadi kakau kita belajar sembahyang mengikut ajaran ibu bapa kita maka lojiknya boleh dikata sembahyang ibu bapa, demikian seterusnya. Bagi Ahlissunnah wajib orang yang bukan mujtahid ikut imam mujtahid kerana diperintah oleh Quran bertanya kepada ahli ilmu kalau kita tidak tahu; ahli ilmu yang tertinggi dalam Syarist ialah imam mujtahid; sebenarnya orang seperti Nasir al-Din Albanipun perlu bertanya kepada imam mujtahid;dengan merujuk kepada teks-teks mereka, dan mengikut panduan mereka, tetapi dia tidak mahu sebab ia terfikir dia mujtahid; wallahu a’lam.

Pada Ahlissunnah semua imam mujtahid berada di jalan yang betul (sirat al-mustaqim). Dalam hubungan dengan ibadat juga mereka membidaahkan azan dua kali hari Jumuat, (kalau begitu sahabat nabi seperti Saidina Othman pun buat bidaah), qunut subuh, berdoa dan mengaminkannya beramai-ramai di masjid, zikir beramai-ramai, tahlil beramai-ramai, membaca yasin malam Jumuaat, demikian seterusnya yang sudah dibincang dan diselesaikan oleh ulama Malaysia (waktu itu ulama se Malaya). Dalam hubungan dengan hidup rohaniah juga mereka menentang tasauf walhal diijmakkan dalam Ahlissunnah itu sebahagian daripada ilmu-ilmu syarak yang sah; Imam Ahmad bin Hanbal terlibat dalam tasauf.Tanpa ilmu dan amalan tasawwuf sekurang-kurangnya sekadar tahap fardu ain, hidup ibadat dan kerohanian orang Islam tidak mantap.Wallahu a’lam.

disiar Berita Minggu 22 November 2009
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Sat Jan 09, 2010 4:47 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

dipetik dari http://al-dununiyy.blogspot.com/

WAHHABI SUATU MISTERI? WAHHABI SUATU LANJUTAN MAZHAB HANBALI? WAHHABI TIDAK SESUAI DI MALAYSIA?

(1) WAHHABI ITU MAZHAB HANBALI?

Ada pihak menyangka bahawa puak Wahhabi itu adalah lanjutan daripada mazhab Hanbali. Soalnya, kenapa ada di kalangan ulama besar dalam mazhab Hanbali sendiri turut menyanggah puak Wahhabi dan tokoh-tokoh rujukan mereka? Jawabnya, kerana tokoh-tokoh tersebut menganut fahaman kufur tajsim dan tashbih dan kerana mereka menyalahi beberapa perkara ijmak. Oleh itu, sebelum kemunculan Ibn Taymiyyah (w. 728 H) dan pergerakan Wahhabi lagi mereka secara umumnya telah digelar sebagai mujassimah mushabbihah.

Antara tokoh mujassimah mushabbihah yang bermazhab fiqh Hanbali atau yang mendakwa bermazhab fiqh Hanbali ialah Abu ^Abdillah ibn Hamid, Abu Ya^la, Ibn al-Zaghuni, Ibn Taymiyyah al-Harrani, Ibnul-Qayyim al-Jawziyyah, pentaqlid Ibn Taymiyyah Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab al-Najdi pengasas ajaran Wahhabi dan pengikutnya yang digelar al-Wahhabiyyah atau al-Qarniyyah.


Sebahagian Senarai Ulama Mazhab Hanbali Yang Menyanggah Mujassimah Mushabbihah

1. Al-Imam al-Hafiz al-Mufassir Abul-Farj ^Abdr-Rahman ibn al-Jawzi al-Hanbali (w. 597 H) menyanggah mujassimah mushabbihah seperti Abu ^Abdillah ibn Hamid, Abu Ya^la dan Ibn al-Zaghuni yang menyelinap dalam institusi mazhab Hanbali melalui kitab beliau:
· Daf^ Shubahit-Tashbih bi-Akuffit-Tanzih fir-Radd ^alal-Mujassimah wal-Mushabbihah
· Al-Bazul-Ashhab al-Munqid ^ala Mukhalifil-Madhhab.
2. Al-Qadi Ahmad ibn ^Umar al-Maqdisi al-Hanbali. Penglibatan beliau dalam menyanggah Ibn Taymiyyah dapat dilihat dalam kitab ^Uyunut-Tawarikh oleh al-Mu’arrikh Ibn Shakir al-Kutbi (w. 764 H) dan Najmul-Muhtadi wa Rajamul-Mu^tadi oleh al-Mu’arrikh al-Faqih al-Mutakallim al-Fakhr Ibnul-Mu^allim al-Qurashi (w. 725 H).
3. Qadi Qudah al-Madinah al-Munawwarah Abu ^AbdiLlah Muhammad ibn Musallam ibn Malik al-Salihi al-Hanbali (w. 726 H)
4. Al-Hafiz ^Abdur-Rahman ibn Ahmad yang dikenali dengan nama Ibn Rajab al-Hanbali (w. 795 H) menyanggah pendapat Ibn Taymiyyah menyalahi ijmak berkenaan talak tiga sekaligus melalui kitab beliau:
· Bayan Mushkilil-Ahadith al-Waridah fi annat-Talaqath-Thalath Wahidah
5. Al-Shaykh Sulayman ibn ^Abdil-Wahhab al-Hanbali saudara Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab al-Najdi pengasas al-Wahhabiyyah menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Sawa^iq al-Ilahiyyah fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah
· Faslul-Khitab fir-Radd ^ala Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab
6. Al-Shaykh Abul-^Awn Shamsud-Din Muhammad ibn Ahmad ibn Salim yang dikenali sebagai Ibn Safarini al-Nabulusi al-Hanbali (w. 1188 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Ajwibatun-Najdiyyah ^an al-As’ilatin-Najdiyyah
7. Al-Shaykh ^Abdullah ibn Awdah yang digelar sebagai Sufan al-Qadumi al-Hanbali (w. 1331 H) seorang alim bermazhab Hanbali di Hijaz dan Syam. Beliau menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Rihlatul-Hijaziyyah war-Riyad al-Unsiyyah fil-Hawadith wal-Masa’il
· Al-Radd ^alal-Wahhabiyyah
8. Al-Mufti Mustafa ibn al-Shaykh Ahmad ibn Hasan al-Shati al-Dimashqi al-Hanbali yang pernah menjawat sebagai Qadi di Dawma (w. 1348 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Risalatun fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah
· Al-Nuqulush-Shar^iyyah fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah
9. Al-Mufti Ahmad ibn Hasan al-Shati al-Dimashqi al-Hanbali menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Radd ^alal-Wahhabiyyah
10. Al-Shaykh Muhammad ibn ^Abdir-Rahman al-Hanbali menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Tahakkumul-Muqallidin bi-man Idd^a Tajdidad-Din
11. Al-Shaykh Ibn ^Abdir-Razzaq al-Hanbali menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam masalah ziarah kubur Nabi Muhammad melalui kitab beliau:
· Al-Jawabat fiz-Ziyarah
12. Al-Shaykh ^Abdul-Muhsin al-Ashqiri al-Hanbali Mufti di al-Zubayr, Basrah menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam masalah ziarah dan tawasul dengan para nabi dan solihin melalui kitab beliau:
· Al-Radd ^alal-Wahhabiyyah
13. Al-Shaykh ^Afifud-Din ibn ^Abdillah ibn Dawud al-Hanbali menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· al-Sawa^iq war-Ru^ud



(2) WAHHABI ITU BENAR TETAPI TIDAK SESUAI DI MALAYSIA?

Ada pihak yang mendakwa bahawa ajaran dan fahaman Wahhabi tidak sesuai di Malaysia meskipun ajaran Wahhabi itu benar. Soalnya, adakah benar ajaran Wahhabi itu hanya tidak sesuai di Malaysia? Adakah betul ajaran Wahhabi itu suatu ajaran yang benar? Jawabnya, ajaran Wahhabi itu bukan hanya tidak sesuai di Malaysia sahaja, bahkan tidak sesuai di mana-mana tempat pun di dunia ini!! Ajaran Wahhabi juga bukan suatu ajaran yang benar kerana seluruh tokoh besar ulama empat mazhab menolak aqidah kufur tajsim yang merupakan salah satu ajaran dan fahaman sesat Wahhabi.

Setelah sebahagian ulama mazhab Hanbali disenaraikan di atas, berikut pula adalah sebahagian senarai ulama mazhab Shafi^i (ramai di dunia Arab seperti Mesir, Hijaz, Syam, Somalia, Habsyah dan Yaman juga di Asia Tenggara dan lain-lain), Maliki (ramai di dunia Arab seperti di Hijaz, Iraq, Mesir, Sudan, Libya, Tunisia, Nigeria dan Maghribi dan lain-lain) dan Hanafi (ramai di dunia Arab seperti Hijaz, Syam, Mesir dan Iraq juga ramai di Turki, Afghanistan, Pakistan, India dan China dan lain-lain) yang menolak aqidah tajsim dan tashbih serta beberapa perkara sesat yang lain yang dibawa oleh puak mujassimah mushabbihah sebelum zaman al-Mujassim Ibn Taymiyyah sehingga zaman kewujudan al-Mujassimah al-Wahhabiyyah.

Sebahagian Senarai Ulama Mazhab Shafi^i Yang Menyanggah Mujassimah Mushabbihah

1. Sultanul-^Ulama’ ^Izzud-Din ^Abdul-^Aziz ibn ^Abdis-Salam al-Sulami (w. 660 H) menyanggah puak mujassimah yang berselindung di sebalik slogan aqidah Salaf dan aqidah al-Imam Ahmad ibn Hanbal dalam kitab beliau:
· Al-Milhah fi I^tiqad Ahlil-Haqq
· Al-Radd ^alal-Mubtadi^ah wal-Hashwiyyah
2. Al-Qadi al-Mufassir Badrud-Din Muhammad ibn Ibrahim ibn Jama^ah al-Shafi^i (w. 733 H)
3. Al-Shaykh al-Faqih Nurud-Din ^Ali ibn Ya^qub al-Bakri al-Shafi^i (w. 724 H)
4. Al-Shaykh Kamalud-Din Muhammad ibn Abil-Hasan ^Ali al-Siraj al-Rifa^i al-Qurashi al-Shafi^i menyanggah Ibn Taymiyyah melalui kitab beliau:
· Tuffahul-Arwah wa Fattahul-Arbah
5. Al-Shaykh al-Faqih Shamsud-Din Muhammad ibn ^Adlan al-Shafi^i (w. 749 H). Beliau pernah berkata: “Sesungguhnya Ibn Taymiyyah berkata: “Sesungguhnya ALLAH di atas Arasy dengan sifat atas yang hakiki dan sesungguhnya ALLAH berkata-kata dengan suatu huruf dan suatu suara”.”.
6. Al-Imam al-Hafiz al-Mujtahid Taqiyyud-Din al-Subki al-Shafi^i (w. 756 H) menyanggah al-Mujassim Ibn Taymiyyah al-Harrani dalam pelbagai masalah melalui kitab-kitab beliau:
· Al-I^tibar bi-Baqa’il-Jannah wan-Nar
· Al-Durratul-Madiyyah fir-Radd ^ala Ibn Taymiyyah
· Shifa’us-Saqam fi Ziyarah Khayril-Anam
· Al-Nazarul-Muhaqqaq fil-Halaf bit-Talaqil-Mu^allaq
· Naqdul-Ijtima^ wal-Iftiraq fi masa’ilil-Ayman wat-Talaq
· Al-Tahqiq fi Mas’alatit-Ta^liq
· Raf^ush-Shiqaq ^an Mas’alatit-Talaq
7. Al-Qadi Safiyud-Din al-Hindi al-Shafi^i (w. 715 H)
8. Al-Muhaddith al-Mufassir al-Usuli al-Faqih Muhammad ibn ^Umar ibn Makki yang dikenali sebagai Ibn al-Murahhil al-Shafi^i (w. 716 H)
9. Al-Faqih al-Muhaddith ^Ali ibn Muhammad al-Baji al-Shafi^i (w. 714 H) pernah berdebat dengan Ibn Taymiyyah di empat belas tempat dan beliau mengalahkannya.
10. Al-Mu’arrikh al-Faqih al-Mutakallim al-Fakhr Ibnul-Mu^allim al-Qurashi al-Shafi^i (w. 725 H) menyanggah Ibn Taymiyyah melalui kitabnya:
· Najmul-Muhtadi wa Rajmul-Mu^tadi
11. Al-Qadi al-Shaykh Kamalud-Din ibn al-Zamlakani al-Shafi^i (w. 727 H) berdebat dengan Ibn Taymiyyah dengan dua risalah iaitu pertama dalam masalah talak tiga sekaligus dan kedua dalam masalah ziarah.
12. Al-Shaykh Shihabud-Din Ahmad ibn Yahya al-Kilabi al-Halabi yang dikenali sebagai Ibn Jahbal al-Shafi^i (w. 733 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam tulisan beliau:
· Risalatun fi Nafyil-Jihah
13. Al-Faqih al-Muhaddith Jalalud-Din Muhammad al-Qazwini al-Shafi^i (w. 739 H)
14. Al-Hafiz al-Dhahabi al-Shafi^i (w. 748 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam dua tulisan beliau:
· Bayan Zaghlil-^Ilm wat-Talab
· Al-Nasihat al-Dhahabiyyah
15. Al-Hafiz al-Faqih al-Usuli Abu Sa^id Khalil Salahud-Din al-^Ala’i al-Shafi^i (w. 761 H) mencela Ibn Taymiyyah dalam kitab Dhakh’irul-Qasr fi Tarajum Nubala’il-^Asr oleh Ibn Tulun di halaman 32 - 33. Al-Hafiz al-^Ala’I juga menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Ahadith Ziayarah Qabrin-Nabi
16. Al-Faqih al-Shaykh Tajud-Din al-Subki al-Shafi^i (w. 771 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Tabaqatush-Shafi^iyyatil-Kubra
17. Al-Hafiz Ibn Hajar al-^Asqalani al-Shafi^i (w. 852 H) mendedahkan pandangan ulama terhadap kesesatan Ibn Taymiyyah dan beliau sendiri menyanggah penyelewengan Ibn Taymiyyan melalui kitab-kitab beliau:
· Al-Durarul-Kaminah fi A^yanil-Mi’atith-Thaminah
· Lisanul-Mizan
· Fathul-Bari Sharh Sahih al-Bukhari
· Al-Isharah bi-Turuq Hadithiz-Ziyarah
· Al-Ajwibatul-Mardiyyah fir-Radd ^alal-As’ilatil-Makkiyyah
18. Al-Faqih al-Mu’arrikh Ibn Qadi Shuhbah al-Shafi^i (w. 851 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Tarikh Ibn Qadi Shuhbah
19. Al-Faqih al-Shaykh Taqiyyud-Din Abu Bakr al-Hisni al-Shafi^i (w. 826 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dan mendedahkan kesepakatan ulama empat mazhab sezaman di atas kekufuran Ibn Taymiyyah melalui kitab beliau:
· Daf^ Shubah Man Shabbaha wa Tamarrad wa Nasaba Dhalika ilal-Imam Ahmad
20. Al-Hafiz al-Sakhawi al-Shafi^i (w. 902 H) menyanggah Ibn Taymiyyah melalui kitab beliau:
· Al-I^lan bit-Tawbikh li-man Dhammat-Tarikh
21. Al-Shaykh Ibn Hajar al-Haytami al-Shafi^i (w. 974 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Al-Fatawal-Hadithiyyah
· Al-Jawharul-Munazzam fi Ziyaratil-Qabril-Mu^azzam
22. Al-Shaykh ^Abdur-Ra’uf al-Munawi al-Shafi^i (w. 1031 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Sharhush-Shama’il lit-Tirmidhi
23. Al-Muhaddith Muhammad ibn ^Ali ibn ^Illan al-Siddiqi al-Makki al-Shafi^i (w. 1057 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Al-Mubarridul-Mubki fi Raddis-Sarimil-Munki
24. Al-Shaykh ^Abdullah ibn ^Abdul-Latif al-Shafi^i pernah menjadi guru kepada pengasas Wahhabiyyah Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab. Beliau telah menyanggah Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab melalui kitab beliau:
· Tajrid Sayfil-Jihad li-Muda^il-Ijtihad
25. Al-Shaykh Muhammad ibn Sulayman al-Kurdi al-Shafi^i pernah menjadi guru kepada pengasas Wahhabiyyah Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab. Beliau menyanggah Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab dalam kitab beliau:
· Al-Radd ^ala Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab
26. Al-Mufti al-Sayyid Ahmad ibn Zayni Dahlan al-Shafi^i (w. 1304 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam melalui kitab beliau:
· Al-Durarus-Sunniyyah fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah
· Fitnatul-Wahhabiyyah
27. Al-^Allamah Barakat al-Ahmadi al-Makki al-Shafi^i menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Raddun ^ala Ibn ^Abdil-Wahhab
28. Al-Shaykh Muhammad Salih al-Zamzami al-Shafi^i imam di Maqam Ibrahim di Mekah
· Al-Radd ^alal-Wahhabiyyah
29. Al-^Allamah al-Sayyid Yusuf al-Batah al-Ahdal al-Zabidi al-Makki al-Shafi^i (w. 1246 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Risalatun fi Jawazil-Istighathah wat-Tawassul
30. Al-Shaykh Zaynul-^Abidin ibn Muhammad al-Fatani mendedahkan dan menolak kesesatan puak mujassimah di zaman beliau dalam kitab beliau:
· Irshadul-^Ibad ila Sabilir-Rashad
31. Al-Shaykh Ahmad Khatib ibn ^Abdul-Latif al-Minankabawi imam mazhab Shafi^i di Masjidil-Haram menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
· Al-Khattul-Mardiyyah fi Radd Shubhah Man Qal bi-Bid^atit-Talaffiz bin-Niyyah
32. Al-Shaykh Hasanud-Din ibn Muhammad Ma^sum ibn Abi Bakr al-Dali al-Jawi al-Shafi^i menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
· Al-Qutufatus-Sunniyyah li-Man^ Ba^d ma fil-Fawa’idil-^Aliyyah
33. Al-Musnid al-Habib al-Sayyid Abul-Ashbal Salim ibn Husayn ibn Jindan al-Indunisi al-Shafi^i (w. 1389 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Al-Khulasatul-Kafiyah fil-Asanidil-^Aliyah
34. Al-Faqih al-Habib al-Sayyid ^Alawi ibn Tahir al-Haddad al-Hadrami al-Shafi^i Mufti Negeri Johor mendedahkan kesesatan puak al-Wahhabiyyah yang digelar Kaum Muda dalam kitab beliau:
· Fatwa Mufti Kerajaan Negeri Johor
35. Al-^Allamah al-Habib al-Sayyid ^Alawi ibn Ahmad al-Haddad al-Shafi^i (w. 1222 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Sayful-Batir li-^Unuqil-Munkir ^alal-Akabir
· Misbahul-Anam wa Jila’uz-Zalam fi Radd Shubahil-Bid^iyyil-Najdiyyillati Adalla bi-hal-^Awam
36. Al-Shaykh Salamah al-^Azami al-Quda^i al-Misri al-Shafi^i menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
· Furqanul-Qur’an bayn Sifatil-Khaliq wa Sifatil-Akwan. Dalam kitab ini beliau menyanggah aqidah tajsim Ibn Taymiyyah dan al-Wahhabiyyah.
· Al-Barahinus-Sati^ah fi Radd Ba^dil-Bida^ish-Sha’i^ah
· Maqalat fi Jaridatil-Muslim (al-Misriyyah)
· Risalatun fi Ta’yid Madhhabis-Sufiyyah war-Radd ^alal-Mu^taridin ^alayhim
37. Al-Shaykh Ahmad ibn ^Ali al-Basri al-Qabbani al-Shafi^i menyanggah puak al-Wahhabiyyah dengan kitab beliau:
· Faslul-Khitab fi Radd Dalalat Ibn ^Abdil-Wahhab
38. Al-Shaykh ^Uthman ibn al-^Umari al-^Aqili al-Shafi^I menyanggah puak al-Wahhabiyyah dengan kitab beliau:
· Risalatun fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah
39. Al-Shaykh al-Kiyahi Ihsan ibn Muhammad Dahlan al-Jamfasi al-Kadiri al-Indunisi al-Shafi^i menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Sirajut-Talibin ^ala Minhajil-^Abidin ila Jannah Rabbil-^Alamin
40. Al-Shaykh al-Kiyahi Sirajud-Din ^Abbas al-Indunisi al-Shafi^i (w. 1401 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· I^tiqad Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah
· Arba^inil-Masa’il-Diniyyah: Empat Puluh Masalah Agama
41. Al-Shaykh al-Kiyahi ^Ali Ma^sum al-Jukjawi al-Shafi^i (w. 1410 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Hujjah Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah
42. Al-Shaykh al-Kiyahi Ahmad ^Abdul-Halim al-Qindili al-Indunisi al-Shafi^i menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· ^Aqa’id Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah
43. Al-Shaykh al-Kiyahi Ahmad Makki ^Abdullah Mahfuz al-Indunisi al-Shafi^i menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Hisnus-Sunnah wal-Jama^ah fi Ma^rifah Firaq Ahlil-Bida^
44. Al-Shaykh al-Kiyahi Muhammad Shafi^I Hadhami ibn Muhammad Salih Ra’idi al-Indunisi Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia, Jakarta (1990 – 2000 R) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Tawdihul-Adillah
45. Al-Hafiz al-Muhaddith al-Zahid al-Shaykh ^Abdullah ibn Muhammad al-Harari al-Abdari al-Shaybi al-Rifa^i al-Shafi^i (w. 1429 H) mufti di Harar, Habsyah menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah dalam kitab-kitab beliau seperti:
· Al-Maqalatus-Sunniyyah fi Kashf Dalalat Ahmad ibn Taymiyyah
· Sarihul-Bayan fir-Radd ^ala Man Khalafal-Qur’an
· Al-Tahdhirush-Shar^iyyil-Wajib
. Bughyatut-Talib

Sebahagian Senarai Ulama Mazhab Maliki Yang Menyanggah Mujassimah Mushabbihah

1. Al-Qadi Muhammad ibn Abi Bakr al-Maliki
2. Al-Faqih al-Mutakallim al-Sufi al-Shaykh Tajud-Din Ahmad ibn ^Ata’iLlah al-Iskandari al-Shadhili (w. 709 H)
3. Qadi Qudah al-Malikiyyah ^Ali ibn Makhluf (w. 718 H). Beliau pernah berkata: “Ibn Taymiyyah berkata dengan aqidah tajsim dan di sisi kami barangsiapa yang berpegang dengan iktikad ini telah kafir dan wajib dibunuh”.
4. Al-Faqih al-Rahhalah Ibn Battutah (w. 779 H) mendedahkan kesesatan Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Rihlah Ibn Battutah
5. Al-Hafiz Waliyyud-Din Abu Zur^ah Ahmad ibn ^Abdur-Rahim al-^Iraqi al-Maliki (w. 826 H) menyanggah Ibn Taymiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Ajwibatul-Mardiyyah fir-Radd ^alal-As’ilatil-Makkiyyah
6. Al-Shaykh ^Umar ibn Abil-Yaman al-Lakhmi al-Fakihi al-Maliki (w. 734 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dengan kitab beliau:
· Al-Tuhfatul-Mukhtarah fir-Radd ^ala Munkiriz-Ziyarah
7. Al-Shaykh ^Isa al-Zawawi al-Maliki (w. 743 H) menyanggah Ibn Taymiyyah melalui kitab beliau:
· Risalatun fi Mas’alatit-Talaq
8. Shaykh Ifriqiya Abu ^Abdullah ibn ^Arafah al-Tunisi al-Maliki (w. 803 H)
9. Al-Shaykh Ahmad Zaruq al-Fasi al-Maliki (w. 899 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dengan kitab beliau:
· Sharh Hizbil-Bahr
10. Al-Shaykh Muhammad al-Razqani al-Maliki (w. 1122 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Sharhul-Mawahibil-Laduniyyah
11. Al-Shaykh Idris ibn Ahmad al-Wazani al-Fasi al-Maliki (dilahirkan pada 1272 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Al-Nashrut-Tayyib ^ala Sharhish-Shaykh al-Tayyib
12. Mufti al-Madinah al-Munawwarah al-Shaykh al-Muhaddith Muhammad al-Khadir al-Shanqiti al-Maliki (w. 1353 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Luzumut-Talaqith-Thalath Daf^ahu bi-ma la Yastati^ul-^Alim Daf^ahu
· Qam^ Ahliz-Zaygh wal-Ilhad ^anit-Ta^n fi Taqlid A’immatil-Ijtihad
13. ^Alim Makkah Muhammad al-^Arabi al-Tabban al-Maliki (w. 1390 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
· Bara’atul-Ash^ariyyin min ^Aqa’idil-Mukhalifin
14. Al-Hafiz al-Mujtahid al-Shaykh al-Sayyid Ahmad ibn al-Siddiq al-Ghumari al-Maghribi al-Maliki (w. 1380 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah dalam kitab-kitab beliau seperti:
· Hidayatus-Sughara’
· Al-Qawlul-Jali
· Ihya’ul-Maqbur min Adillah Istihbab Bina’il-Masajid wal-Qubab ^alal-Qubur
15. Al-Muhaddith al-Shaykh al-Sayyid ^Abdullah ibn al-Siddiq al-Ghumari al-Maghribi al-Maliki (w. 1413 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah melalui kitab-kitab beliau seperti:
· Itqanus-Sin^ah fi Tahqiq Ma^nal-Bid^ah
· Al-Subhus-Safir fi Tahqiq Salatil-Musafir
· Al-Rasa’ilul-Ghumariyyah
16. Al-Shaykh al-Mashraqi al-Jaza’iri al-Maliki menyanggah al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Izharul-^Uquq min-man Mana^at-Tawassul bin-Nabi wal-Waliyyis-Saduq
17. Shaykhul-Islam di Tunisia al-Shaykh Isma^il al-Tamimi al-Maliki (w. 1248 H) menyanggah al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Radd ^ala Ibn ^Abdil-Wahhab
18. Al-Shaykh Ahmad al-Sawi al-Maliki menolak puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
· Hashiyatus-Sawi ^ala Tafsiril-Jalalayn
19. Al-Shaykh Ibrahim ibn ^Abdil-Qadir al-Tarabulusi al-Riyahi al-Tunisi al-Maliki (w. 1266 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
· Al-Radd ^alal-Wahhabiyyah
20. Al-Shaykh Muhammad al-Sa^di al-Maliki menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Risalatul-Mardiyyah fir-Radd ^ala Man Munkiriz-Ziyaratil-Muhammadiyyah
21. Al-Shaykh Yusuf ibn Ahmad al-Dijwi al-Azhari al-Maliki (w. 1365 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab-kitab beliau:
· Risalatun fi Tasarrufil-Awliya’
· Al-Maqalat
22. Al-Shaykh ^Ali ibn Muhammad al-Mayli al-Jamali al-Tunisi al-Maghribi al-Maliki menyanggah aqidah tajsim puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Suyuful-Mashraqiyyah li-Qat^ A^naqil-Qa’ilin bil-Jihah wal-Jismiyyah
23. Al-Shaykh ^Abdul-^Aziz al-Qurashi al-^Alji al-Ahsa’i al-Maliki menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui tulisan beliau:
· Qasidatun fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah

Senarai Ulama Mazhab Hanafi Yang Menyanggah Mujassimah Mushabbihah

1. Al-Qadi Muhammad ibn al-Hariri al-Ansari al-Hanafi
2. Qadil-Qudah di Mesir al-Shaykh Ahmad ibn Ibrahim al-Saruji al-Hanafi (w. 710 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dengan kitab beliau:
· I^tiradat ^ala Ibn Taymiyyah fi ^Ilmil-Kalam
3. Al-Shaykh Ahmad ibn ^Uthman al-Turkamani al-Juzjani al-Hanafi (w. 744 H) menyanggah Ibn Taymiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Abhathul-Jaliyyah fir-Radd ^ala Ibn Taymiyyah
4. Al-^Allamah al-Shaykh ^Ala’ud-Din al-Bukhari al-Hanafi (w. 841 H) mengkafirkan Ibn Taymiyyah dan mengkafirkan sesiapa yang menamakannya sebagai Shaykhul-Islam dalam keadaan mengetahui kekufurannya. Ini telah disebut oleh al-Hafiz al-Sakhawi dalam kitab beliau al-Daw’ul-Lami^.
5. Al-Shaykh Muhammad ibn Ahmad Hamidid-Din al-Farghani al-Dimashqi al-Hanafi (w. 867 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dengan kitab beliau:
· Al-Radd ^ala Ibn Taymiyyah fil-I^tiqad
6. Al-Qadi al-Bayadi al-Hanafi (w. 1098 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam kitab beliau:
· Isharatul-Maram min ^Ibaratil-Imam
7. Al-Shaykh al-Mulla ^Ali al-Qari al-Hanafi (w. 1014 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dengan kitab beliau:
· Sharhushi-Shifa lil-Qadi ^Iyad
8. Al-Shaykh Ahmad al-Khafaji al-Misri al-Hanafi (w. 1069 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dengan kitab beliau:
· Sharhushi-Shifa lil-Qadi ^Iyad
9. Al-Shaykh ^Abdul-Ghani al-Nabulusi al-Dimashqi al-Hanafi (w. 1143 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dalam banyak kitab beliau.
10. Al-Shaykh Muhammad Bakhit al-Muti^i al-Hanafi pernah menjadi mufti di Mesir (w. 1354 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dan al-Wahhabiyyah dengan kitab beliau:
· Tathirul-Fu’ad min Danasil-I^tiqad
11. Al-^Allamh al-Shaykh Muhammad Zahid al-Kawthari al-Hanafi (w. 1371 H) menyanggah Ibn Taymiyyah dan puak al-Wahhabiyyah melalui kitab-kitab beliau seperti:
· Kitab Maqalatil-Kawthari
· Al-Ta^aqqubul-Hathith li-ma Yanfi-hi Ibn Taymiyyah minal-Hadith
· Al-Buhuthul-Wafiyyah fi Mufradat Ibn Taymiyyah
· Al-Ishfaq ^ala Ahkamit-Talaq
· Tahdhirul-Khalaf min Makhazi Ad^iya’is-Salaf
· Muhiqqul-Taqawwul fi Mas’alatit-Tawassul
12. Al-Shaykh Nu^man ibn Mahmud Khayrid-Din yang dikenali sebagai Ibn al-Alusi al-Baghdadi al-Hanafi (w. 1317 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
· Al-Ajwibatun-Nu^maniyyah ^anil-As’ilah al-Hindiyyah fil-^Aqa’id
13. Al-Faqih al-Shaykh ^Ata al-Kasam al-Dimashqi al-Hanafi menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
· Al-Aqwalul-Mardiyyah fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah
14. Al-Muhaddith al-Shaykh Tahir Sunbul al-Hanafi menyanggah puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
· Al-Intisar lil-Awliya’il-Abrar
15. Al-Shaykh Muhammad al-Nafilati al-Hanafi mufti di al-Quds al-Sharif (masih hidup pada tahun 1315 H) menyanggah al-Wahhabiyyah dengan kitab beliau:
· Al-Tahriratur-Ra'iqah
16. Al-Shaykh HamduLlah al-Dajiwi al-Hindi al-Hanafi menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Al-Basa’ir li-Munkiri al-Tawassul bi-Ahlil-Maqabir
17. Al-Shaykh ^Abdullah ibn Ibrahim al-Miraghni al-Hanafi yang mendiami Ta’if menyanggah al-Wahhabiyyah dengan kitab beliau:
· Tahridul-Aghniya’ ^alal-Istighathah bil-Anbiya’ wal-Awliya’
18. Al-Shaykh Dawud ibn Sulayman al-Baghdadi al-Naqshabandi al-Hanafi (w. 1299 H) menyanggah puak al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Sulhul-Ikhwan fir-Radd ^ala Man Qal ^alal-Muslimin bish-Shirk wal-Kufran
· Al-Mihnatul-Wahbiyyah fir-Radd ^alal-Wahhabiyyah
19. Al-Shaykh Muhammad Amin yang lebih dikenali sebagai Ibn ^Abidin al-Dimashqi al-Hanafi menolak puak al-Wahhabiyyah dalam kitab beliau:
· Raddul-Muhtar ^alad-Durril-Mukhtar
20. Al-Shaykh ^Abdur-Rahman al-Hindi al-Dilhi al-Hanafi menyanggah al-Wahhabiyyah dengan kitab beliau:
· Rawdul-Majal fir-Radd ^ala Ahlid-Dalal
21. Al-Shaykh Ahmad ibn ^Abdil-Ahad al-Faruqi al-Naqshabandi al-Hanafi menyanggah al-Wahhabiyyah melalui kitab beliau:
· Al-^Aqa’idut-Tis^


(3) WAHHABI SUATU PERKARA KHILAFIYYAH?

Perkara khilafiyyah ialah perkara yang menjadi perselisihan pendapat di antara ulama mujtahidin seperti perselisihan di antara empat imam mazhab yang utama. Khilafiyyah seperti ini suatu yang dibenarkan kerana berlaku dalam lingkungan perkara furu^iyyah (cabangan) dan ­ijtihad ulama mujtahidin. Manakala tiada seorang tokoh pun di kalangan Wahhabiyyah yang bertaraf mujtahid. Oleh itu, jika ada yang mendakwa bahawa Wahhabi ialah puak yang tidak bermazhab Shafi^i seperti tidak membaca qunut solat Subuh dan menghukum amalan tersebut sebagai bidaah, maka takrifan ini tidak tepat. Kenapa? Kerana seluruh tokoh besar selain mazhab Shafi^i iaitu mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali yang tidak mengamalkan qunut itu pun turut menolak puak Wahhabi seperti senarai di atas. Ini menunjukkan bahawa perselisihan Wahhabi bukan setakat dengan mazhab Shafi^i sahaja. Malah, mereka berselisih pendapat dengan empat mazhab yang muktabar. Bahkan, sebenarnya puak Wahhabi menyalahi ijmak ulama Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah dalam perkara aqidah dan syariat. Maknanya, persoalan Wahhabi tidak wajar dianggap perkara khilafiyyah, bahkan, sewajarnya Wahhabi ini dianggap telah mencarik ijmak.

Antara perkara aqidah yang telah diijmakkan dan puak Wahhabi menyalahinya ialah aqidah bahawa ALLAH ada tanpa bertempat. Puak Wahhabi beranggapan bahawa kewujudan ALLAH mesti bertempat kerana bagi mereka sesuatu yang tidak bertempat ada suatu yang tiada. Maha suci ALLAH… Ini suatu kesesatan dan kekufuran yang nyata!!!


(4) WAHHABI SUATU MISTERI?

Tulisan ini tidak mampu menyenaraikan semua tokoh yang menyanggah puak mujassimah kerana sangat ramai ulama Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah terutama daripada kalangan empat mazhab Hanafi, Maliki, Shafi^i dan tokoh-tokoh utama mazhab Hanbali yang menyanggah puak mujassimah mushabbihah sedari kemunculan bidaah aqidah tajsim sehingga kini yang digelar al-Wahhabiyyah.

Aqidah tajsim dan tashbih yang dibawa oleh al-Wahhabiyyah dengan dicanangkan bahawa mereka membawa aqidah al-salaf al-salih telah pun dibuat oleh beberapa tokoh mujassimah sebelum ini. Mereka menyelinap masuk ke dalam empat institusi mazhab fiqh muktabar. Institusi mazhab fiqh yang paling ramai dimasuki puak mujassimah ini ialah institusi mazhab Hanbali sedangkan al-Imam Ahmad ibn Hanbal berlepas diri dari kesesatan mereka.

Selain label aqidah salaf, pada zaman sekarang puak mujassimah ini selalu berselindung di sebalik slogan yang baik yang lain seperti menolak bid^ah, kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah, Darul-Sunnah, ijtihad, tajdid, Mazhab Shafi^i tulin dan lain-lain lagi.

Selayaknya untuk ditegaskan di sini ialah aqidah tajsim dan tashbih suatu aqidah kufur yang sangat berbahaya kepada umat Islam. Oleh kerana seluruh tokoh utama mazhab sepanjang zaman menolak aqidah sesat dan kufur ini, maka anda jangan terpengaruh dengan dakwaan dan sangkaan bahawa Wahhabi suatu ajaran yang benar cuma tidak sesuai di Malaysia serta mendakwa polemik Wahhabi ini hanya melibatkan masalah khilaf mazhab sahaja.

Akhirnya, jauhilah sesiapa yang berkata: “Wahhabi suatu istilah misteri”, atau “Saya tidak tahu apa itu Wahhabi”, atau “Jika pandangan saya sedikit berbeza dengan JAIS atau mazhab Shafi^i itu dianggap Wahhabi, maka ramailah orang Wahhabi!”, atau “Wahhabi suatu label yang direka oleh penjajah untuk memecahbelahkan umat Islam” sedangkan dia beraqidah tajsim (seperti mereka yang berpegang dengan zahir nas-nas mutashabihat bahawa ALLAH ada anggota tangan, kaki dan muka dan bahawa ALLAH duduk di atas Arasy atau bertempat di atas Arasy dan langit). Sebenarnya kata-kata seumpama itu adalah suatu pembohongan yang bertujuan untuk memisterikan kewujudan al-Wahhabiyyah di pandangan orang ramai, sedangkan sedari awal kemunculan al-Wahhabiyyah sehingga kini ramai ulama empat mazhab di seluruh benua dan kepulauan umat Islam telah pun mendedahkan sejarah kesesatan mereka.

WaLlahu a^lam wa ahkam.
Dicatat oleh Abu Nur al-Dununiyy pada Khamis, Disember 17, 2009
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Sat Jan 23, 2010 4:22 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

http://blogtraditionalislam.wordpress.com/2010/01/15/ulasan-jawapan-institut-al-qayyim-terhadap-tulisan-tauhid-3-serangkai-yayasan-sofa/

Ulasan Jawapan Institut Al-Qayyim Terhadap Tulisan Tauhid 3 Serangkai Yayasan Sofa

leave a comment »

Artikel ini adalah ulasan Dr Asmadi Mohamed Naim kepada jawapan Institut Al-Qayyim terhadap tulisan Tauhid Tiga Serangkai oleh Yayasan Sofa yang disiarkan dalam Utusan Malaysia

**************************

Saya mendapat kiriman jawapan Institut Al Qayyim terhadap artikel Yayasan Sofa. Saya siarkan di sini untuk penelitian pembaca. Saya masukkan komen saya pada artikel tersebut (berwarna) dalam keadaan saya belum membaca kesahan teks rujukan asalnya berbahasa Arab. Saya memberi komen bukan mewakili Yayasan Sofa, sebaliknya dari pengamatan saya semata-mata. Selamat membaca dengan hati yang terbuka.

Jawapan Institut Al Qayyim Terhadap Artikel Yayasan Sofa

Tulisan ini merupakan jawapan kepada artikel yang disiarkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 29/11/09 [sebenarnya 30 Nov 2009 Utusan Malaysia hari Isnin, bukan 29 Nov - AKO] oleh Panel Penyelidik Yayasan Sofa, Negeri Sembilan bertajuk: Tauhid tiga serangkai disyariatkan di dalam Islam?. Setelah membaca dan memahami artikel tersebut, disimpulkan ia berlegar kepada satu persoalan utama iaitulah dakwaan kononnya pembahagian tauhid kepada tiga bahagian: Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid al-Asma’ wa al-Sifat dimulakan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah R.H. dan pembahagian ini tidak dikenali di zaman awal Islam. Benarkan dakwaan ini?

Bagi sesiapa yang mempelajari akidah yang bersumberkan al-Quran, al-Sunnah dan pemahaman generasi al-Salaf al-Soleh, pasti akan memperakui sesungguhnya dakwaan ini amat jauh untuk dinilai sebagai suatu hasil penyelidikan ilmiah. Sebaliknya ia lebih kepada bukti kedangkalan dan kecetekan ilmu yang berpunca dari amalan taklid membuta tuli. Lebih malang kedangkalan ini disertai keegoan yang parah sehingga berani mencabar sesiapa yang dapat membuktikan pembahagian tauhid kepada tiga bahagian telah ada sebelum kurun ke tujuh hijrah lagi.

(Komen Dr Asmadi: Datangkan hujah dulu sebelum membuat tuduhan orang lain dangkal, cetek dan taklid membabi buta. Ini merupakan metode ‘memaki’ yang tidak baik bagi suatu bicara ilmu)


Alangkah baik jika sebelum mencabar sesiapa, Panel Penyelidik Yayasan Sofa bertindak rajin sedikit, dengan membelek kitab-kitab tafsir yang mu’tabar di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah yang ditulis sebelum kelahiran Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah. Cukup sekadar dengan Tafsir al-Imam al-Tobari (meninggal 310H). Pasti dengan merujuk kepada kitab tafsir ini sahaja akan terjawab segala kekaburan dan tidak tahu. Tetapi sayang Panel Penyelidik Yayasan Sofa tidak melakukan perkara ini melainkan bertaklid kepada beberapa penulis sahaja. Untuk itu tulisan ini ditulis, supaya ia dapat mengambil tempat seperti seorang yang celik membimbing seorang buta menyeberangi jalan, agar selamat sampai ke seberang sana.

Maka tulisan ini memberi tumpuan dalam membuktikan pembahagian tauhid kepada tiga bahagian telah ada di zaman awal umat Islam sebelum Ibn Taimiyyah R.H. Bahkan telah dinukilkan di dalam kitab-kitab tafsir beberapa riwayat daripada para sahabat Nabi S.A.W., para Tabi’ien dan para Atba’ al-Tabi’ien umat Islam.

Tujuan Pembahagian Ilmu Islam

Pembahagian mana-mana bidang ilmu Islam adalah suatu yang diterima di sisi para ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, bahkan diterima oleh orang-orang yang berakal sejak zaman berzaman. Ia bertujuan memudahkan proses pembelajaran dan kefahaman terhadap nas-nas (teks) syarak, demikian juga agar gambaran umum terhasil sebelum sesuatu bidang dipelajari. Contoh mudah dalam hal ini, al-Imam al-Syafie telah menyusun ilmu Usul di dalam ilmu Fiqh Islami. Hasilnya pembahagian ini diterima oleh para ulama selepas beliau.

(Komen Dr Asmadi: Alhamdulillah Usul Fiqh diiktiraf semula sebagai satu cara pentafsiran teks al-Quran dan sunnah. Justeru, pentafsiran al-Quran dan sunnah tanpa ilmu Usul Fiqh adalah pentafsiran mengikut akal masing-masing. Seseorang itu bukan mujtahid sekiranya tidak belajar dan menguasai Usul Fiqh).

Kaedah pembelajaran yang tersusun dengan pembahagiannya tidak pernah terdapat di zaman Nabi S.A.W., bahkan pembahagian ilmu kepada ilmu aqidah, fiqh dan akhlak juga tidak terdapat di zaman Nabi S.A.W., sama halnya dengan penyusunan ilmu Mustalah al-Hadith, Ulum al-Tafsir, Usul al-Fiqh dan semua bidang ilmu syariah tidak pernah disusun, dibahagi dan diasingkan mengikut pembahagian-pembahagian seperti yang ada pada hari ini. Tidak pula bermakna ilmu-ilmu ini merupakan rekaan, bid’ah dan tokok-tambah dalam agama. Sebaliknya ia hanyalah kaedah untuk memudahkan proses pembelajaran dan pemahaman. Lalu tidak berlebihan jika dikatakan teramat jahil orang yang mendakwa pembahagian-pembahagian ilmu ini sebagai bid’ah. Kerana itu masyhur satu kaedah di sisi ulama usul yang disebut sebagai la masyahah fi al-Istilah yang bermaksud tiada pertikaian terhadap pengistilahan jika kandungan atau maksudnya benar.

(Komen Dr Asmadi: Pembahagian ilmu-ilmu ini adalah bidaah sebab ia adalah sesuatu yang baru. Setiap yang baru itu bidaah (Kull muhdasatin bid’ah). Satu perkara bidaah dalam mempelajari ilmu Islam. Walaupun begitu ia adalah bidaah yang mahmudah (terpuji), yang sepakat ulama membenarkan untuk memudahkan pengajian Syariah. Saya agak hairan kenapa dinafikan ianya bidaah (sesuatu yang baru)dengan mengklasifikasikannya bukan bidaah? Kenapa pula dikatakan seorang itu amat jahil apabila dikatakan penyusunan ilmu-ilmu ini bidaah? Atas dasar itulah ulama membahagikan bidaah kepada bidaah yang keji dan bidaah yang terpuji. Jahilkah Imam al-Izz bila beliau memasukkan penyusunan ilmu tersebut kepada ilmu fiqh, tauhid, ilmu hadis sebagai bidaah hasanah (bidaah terpuji).

Bahkan pembahagian Imam al-Izz bin Abdul Salam amat sesuai dengan pemahaman bidaah. Penyusunan ilmu sedemikian beliau kelaskan dalam bidaah yang wajib. Pembinaan binaan atas kubur, beliau katakan sebagai bidaah yang haram (tetapi tidak menyesatkan). Senang untuk masyarakat faham. Manakala, bidaah dalam aqidah, baru beliau sesatkan.

Lihat kitab ulama Imam al-Izz bin Abd al-Salam iaitu Qawaid al-Ahkam).


Pembahagian tauhid di kalangan generasi awal umat islam

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah R.H. bukanlah individu pertama yang bertanggungjawab mereka-reka pembahagian tauhid kepada tiga bahagian. Sebaliknya pembahagian ini telah wujud lebih awal lagi. Perkara ini dapat ditelaah dari kitab-kitab karangan ulama yang awal. Ibn Taimiyyah yang hidup pada kurun ke tujuh hanya berperanan menghidupkan semula penekanan kepada tiga usur penting di dalam tauhid. Di bawah ini disenaraikan beberapa bukti yang menunjukkan pembahagian tauhid telah ada sebelum kelahiran Ibn Taimiyyah R.H. lagi:

Pertama: Al-Imam Abu Abdillah, Ubaidullah ibn Muhammad ibn Battah al-‘Ukbariy (meninggal tahun 387H) berkata: “…dan demikian itu, bahawa asas keimanan kepada ALLAH yang wajib ke atas makhluk beriktikad dengannya dalam menetapkan keimanan terhadapNya adalah tiga perkara (bahagian). Pertama: Keyakinan seorang hamba terhadap rabbaniyyah (Rububiyyah) ALLAH, agar keyakinan ini membezakan dia dengan mazhab golongan al-Ta’til yang tidak menetapkan adanya (tuhan) yang maha pencipta. Kedua: keyakinan seorang hamba terhadap wahdaniyyah (keesaan) ALLAH, agar keyakinan ini membezakan dia dengan mazhab golongan musyrik, yang mengakui adanya pencipta (ALLAH), tetapi mereka mensyirikanNya dengan yang lain di dalam ibadah. Ketiga: Keyakinan seorang hamba terhadap ALLAH yang bersifat dengan sifat-sifat yang layak bagiNya seperti al-‘Ilmu (maha mengetahui), al-Qudrah (Maha berkuasa), al-Hikmah (maha bijaksana) dan semua sifat yang Dia (ALLAH) telah sifatkan diriNya di dalam kitabNya … (oleh itu) kita akan dapati ALLAH ta’ala telah mengarahkan hamba-hambanya dengan menyeru mereka untuk beri’tiqad kepada setiap dari tiga pembahagian ini dan beriman dengannya.” (al-Ibanah ‘an Syariah al-Firqah al-Najiah wa Mujabanah al-Firaq al-Mazmumah, Oleh Ibn Battah, hal. 693-694).

(Komen Dr Asmadi: Jawapan ini nampak canggih tetapi tidak jujur. Terpaksa memasukkan perkataan ‘rububiah’ dalam kurungan untuk buktikan Ibn Battah sokong Ibn Taimiyyah. Cuba pembaca buang perkataan dalam kurungan tersebut dan baca: Pertama: Rabbaniah, kedua: Wahdaniyyah, ketiga: Sifat-sifat ALLAH SWT.

Pertama Rabaniyyah ALLAH. Saya kena periksa teks bahasa Arab kitab ini, sebab terjemahan mengelirukan iaitu “agar keyakinan ini membezakan dia dengan mazhab golongan al-Ta’til yang tidak menetapkan adanya (tuhan) yang maha pencipta”. Golongan Ta’til sebenarnya mengatakan adanya tuhan tetapi menafikan Sifat-sifat ALLAH SWT! Ini membuktikan mempelajari Rabbaniyah yang dimaksudkan ialah meyakini ALLAH SWT mempunyai segala sifat-sifat ketuhanan (rangkuman rububiah dan uluhiah sekaligus).


Pada pandangan Ahlussunnah, rububuyah dan uluhiyah adalah tidak terpisah (saling melazimi) dan ia termasuk pandangan Ibn Battah, bahkan perkataan ‘ilah’ merangkumi rububiyah dan uluhiyyah. Sebagai contoh, ayat 24, Surah al-Nazi’at, bermaksud: “(Firaun berkata) Aku tuhanmu (Rabb) yang maha tinggi”. Istilah Rabb yang didakwa oleh firaun meliputi pengakuannya ketuhanannya (rububiah) dan juga uluhiah (layak disembah). Demikian juga perjanjian ruh dengan ALLAH SWT dalam Surah al-A’raf, ayat 172 bermaksud: “Bukankan aku Rabbmu (tuhanmu), Ruh berkata: Benar, kami bersaksi”. Ruh bersaksi ALLAH tuhannya dalam bentuk rububiah dan uluhiyahnya secara serentak. Ruh bukan hanya bersaksi atau bertauhid rububiyyah sahaja!

Kedua Wahdaniyyah ALLAH SWT (Ke-Esaan ALLAH). Setelah meyakini ALLAH SWT mempunyai sifat-sifat kesempurnaan kekuasaan dalam ‘rabbaniyah’ tadi (rububiyyah dan uluhiyyah), maka tidak boleh pula mensyirikkan ALLAH.

dan Ketiga: Keyakinan pada sifat-sifat yang layak untuk ALLAH SWT. Jadi, mempelajari sifat-sifat ALLAH SWT (inilah hujah sifat 20!) termasuk dalam akidah Ahlusunnah Wal jamaah. Masalahnya, bila kami gunakan kata-kata Ibn Battah ini untuk menunjukkan golongan Salaf juga bersetuju mengkaji sifat-sifat ALLAH SWT, golongan ini menolak pula hujah ini!

Jadi, kata-kata Ibn Battah ini bukannya menyokong pembahagian tauhid Ibn Taimiyyah).


Perkataan Ibn Battah ini amat jelas menunjukkan pembahagian tauhid kepada tiga telah wujud dan diketahui oleh para ulama yang hidup sekitar dua ratus tahun sebelum kelahiran Ibn Taimiyyah. Bahkan perkara yang lebih penting untuk diberi tumpuan di sini bahawa perbezaan di antara tauhid rububiyyah dan uluhiyyah telah disebut juga oleh para sahabat Nabi S.A.W. antara mereka:

(Komen Dr. Asmadi: Penjelasan Ibn Battah berbeza dengan Ibn Taymiyyah. Saya belum sempat periksa pandangannya mengenai pengesaan ALLAH SWT dari tempat dan masa. Bila saya dapat buku tu nanti, saya akan perkemaskan komen saya. Nanti saya buktikan pandangannya tentang Tauhid Sifat bila saya mendapat buku ini).

Kedua: Firman ALLAH yang bermaksud: “Dan kebanyakan mereka tidaklah beriman kepada ALLAH, melainkan dalam keadaan mensyirikkanNya.” (Yusuf: 106).

Kata ‘Ikrimah R.A. (sahabat Nabi S.A.W.): “Kamu bertanya kepada mereka (orang-orang musyrik): Siapa yang menciptakan mereka? siapa yang menciptakan langit dan bumi? Pasti mereka akan menjawab: ALLAH. Demikian itulah iman mereka kepada ALLAH (iman kepada rububiyyah ALLAH), sedangkan mereka menyembah selain daripada ALLAH (syirik dalam uluhiyyah ALLAH).”

(Komen Dr Asmadi: Sekali lagi, penjawab terpaksa memasukkan dalam kurungan perkataan ‘rububiah’ dan ‘uluhiah’ bagi membawa kefahaman pembaca kepada kefahamannya. Saya syorkan pembaca membaca terjemahan ini sekali lagi tanpa perkataan dalam kurungan.

Firman ALLAH yang bermaksud: “Dan kebanyakan mereka tidaklah beriman kepada ALLAH, melainkan dalam keadaan mensyirikkanNya.” (Yusuf: 106).

Kata ‘Ikrimah R.A. (sahabat Nabi S.A.W.): “Kamu bertanya kepada mereka (orang-orang musyrik): Siapa yang menciptakan mereka? siapa yang menciptakan langit dan bumi? Pasti mereka akan menjawab: ALLAH. Demikian itulah iman mereka kepada ALLAH, sedangkan mereka menyembah selain daripada ALLAH.”

Nilai sendiri, adakah ada tauhid rububiah dan tauhid uluhiah? Sedangkan ayat Surah Yusof itu jelas mengatakan mereka sebenarnya tidak beriman. Adakah Ikrimah RA kemudian mengatakan: ‘Orang-orang Musyrik hanya beriman dengan tauhid rububiah?

Ketiga: Ibn ‘Abbas R.A. berkata: “diantara keimanan mereka (orang-orang musyrik), apabila ditanya kepada mereka: siapa yang menciptakan langit, bumi dan gunung-ganang? Mereka akan menjawab: ALLAH. Sedangkan mereka mensyirikkan ALLAH (dalam uluhiyyahNya).”

(Komen Dr Asmadi: Baca terjemahan ayat ini tanpa perkataan dalam kurungan:

Ibn ‘Abbas R.A. berkata: “di antara keimanan mereka (orang-orang musyrik), apabila ditanya kepada mereka: siapa yang menciptakan langit, bumi dan gunung-ganang? Mereka akan menjawab: ALLAH. Sedangkan mereka mensyirikkan ALLAH.”

Buat penilaian sendiri. Ada ke Ibn Abbas sebut tauhid uluhiyyah?.


Keempat: Qatadah R.H. berkata: “Iman mereka ini, sesungguhnya kamu tidak berjumpa dengan salah seorang daripada mereka, melainkan dia memberitahu kepada kamu bahawa ALLAH adalah tuhannya (rabb), Dialah yang mencipta dan memberi rezeki kepadanya (rububiyyah), sedangkan dia melakukan syirik di dalam ibadah (uluhiyyah).”

(Komen Dr Asmadi: Baca sekali lagi tanpa ada tambahan dalam kurungan:

Qatadah R.H. berkata: “Iman mereka ini, sesungguhnya kamu tidak berjumpa dengan salah seorang daripada mereka, melainkan dia memberitahu kepada kamu bahawa ALLAH adalah tuhannya (rabb), Dialah yang mencipta dan memberi rezeki kepadanya, sedangkan dia melakukan syirik di dalam ibadah.”

Buat penilaian sendiri. Ada ke Qatadah sebut tauhid uluhiyyah?.


Kelima: Mujahid R.H. (meninggal tahun 103 H) seorang Tabi’ie yang masyhur berkata: “Keimanan mereka dengan perkataan mereka: “ALLAH yang menciptakan kami, memberi rezeki dan mematikan kami.” Ini adalah keimanan (rububiyyah) mereka yang beserta kesyirikan di dalam ibadah (uluhiyyah) kepada selain ALLAH.” (Lihat tafsir al-Imam Ibn Jarir al-Tobari (meninggal 310H), surah Yusuf ayat 106)

(Komen Dr Asmadi: Baca sekali lagi tanpa ada tambahan dalam kurungan:

Mujahid R.H. (meninggal tahun 103 H) seorang Tabi’ie yang masyhur berkata: “Keimanan mereka dengan perkataan mereka: “ALLAH yang menciptakan kami, memberi rezeki dan mematikan kami.” Ini adalah keimanan mereka yang beserta kesyirikan di dalam ibadah kepada selain ALLAH.”

Buat penilaian sendiri. Ada ke Mujahid sebut tauhid uluhiyyah? Jadi bukanlah Imam Ibn Jarir al-Tobari mengatakan demikian, cuma beliau menukilkan pandangan sahabat yang bukan juga mengatakan secara jelas ‘orang-orang musyrik adalah ahli tauhid rububiah, sebaliknya musyrik dalam golongan orang-orang yang tak beriman).


Dirasakan bukti-bukti ini sahaja sudah cukup menunjukkan pembahagian tauhid kepada Rububiyyah, Uluhiyyah dan asma’ wa sifat bukan dimulakan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah R.H. Sebaliknya ia telah diketahui di kalangan umat Islam yang awal bahkan di sisi para sahabat Nabi S.A.W.. Sebagai tambahan di bawah ini disebut beberapa rujukan lain dari para ulama secara ringkas:

1. Kitab al-Tauhid wa Ma’rifah Asma’ ALLAH azza wa jall wa sifatih ‘ala Ittifaq wa al-Tafarrud oleh al-Imam al-Hafidz Abi ‘Abdillah, Muhammad ibn Ishak ibn Yahya ibn Mundih yang meninggal pada tahun 395 Hijrah. (Jilid 1: halaman 61-116, jilid 2: halaman 14-208, jilid 3: halaman 7 hingga penghujung kitab )

2. Lihat juga perkataan al-Imam al-Qadhi Abi Yusuf Ya’qub ibn Ibrahim ibn Habib al-Kufi, murid dan sahabat kepada al-Imam Abu Hanifah (pemuka Mazhab Hanafi). Beliau meninggal pada tahun 182 Hijrah. Perkataannya telah dinukilkan oleh al-Imam al-Hafidz Abi ‘Abdillah, Muhammad ibn Ishak ibn Yahya ibn Mundih (meninggal tahun 395H) di dalam kitabnya al-Tauhid wa Ma’rifah Asma’ ALLAH azza wa jall wa sifatih ‘ala Ittifaq wa al-Tafarrud, jilid 3: halaman 304-306.

3. Kitab al-Fiqh al-Absat, oleh al-Imam Abu Hanifah, al-Nu’man ibn Thabith yang meninggal pada tahun 150 Hijrah, halaman 51. Ketika beliau menyebut: “Dan ALLAH itu diseru dari atas bukan dari bawah (isyarat kepada tauhid al-Asma’ wa al-Sifat), kerana bawah bukan daripada al-Rububiyyah dan al-Uluhiyyah sesuatupun.”

(Komen Dr Asmadi: Kena semak keseluruhan kitab-kitab ini adakah mentafsirkan sebagaimana Tauhid 3 serangkai ibn Taimiyyah. Mengikut maklumat sahabat saya yang biasa membelek kitab Imam Abu Hanifah: Fiqh al-Absat (sahabat ini sedang menyelia tesis PhD pelajarnya yg menggunakan kitab ini), kitab ini menjadi asas kepada aliran Maturidi oleh Imam Abu Mansur al-Maturidi kerana beliau seorang yang bermazhab Hanafi. Kalau betul maklumat ini nanti (saya minta beliau menyemak), sekali lagi pembaca tertipu dengan nama-nama kitab ulama Salaf yang dikatakan seolah-olah menyokong Ibn Taimiyyah).

Agama melarang taklid buta

Al-Quran dan al-Sunnah melarang kita tertaklid membuta tuli kepada sesiapapun melainkan kepada Nabi S.A.W., samada Ibn Taimiyyah atau sesiapa sahaja, pandangan mereka perlu dirujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah, diambil apa yang bertepatan dengan dua rujukan ini dan ditinggalkan yang lainnya. Untuk mengenal pasti pendapat yang lebih bertepatan dengan al-Quran dan al-Sunnah, pemahaman para sahabat dan para ulama generasi awal islam perlu dirujuk. Maka individu-individu yang memakai gelaran agama seperti ustaz, panel penyelidik dan seumpamanya perlulah merajinkan diri mengkaji dan memahami setiap persoalan yang hendak dibicarakan, sebelum berani membuat sesuatu kesimpulan. Sikap malas dan ‘taklid buta’ perlu dijauhi, jika tidak, ada baiknya kita mendiamkan diri sahaja, agar kebodohan dan malas diri sendiri tidak diketahui ramai dan menyusahkan orang lain.

(Komen Dr Asmadi: Betul, tidak boleh taklid buta pada persoalan akidah. Sebab itu saya mengharap, ada hadis-hadis yang jelas berkaitan dengan pembahagian ini dan keyakinan-keyakinan di dalamnya. Contohnya ada dalil jelas yang mengatakan orang-orang musyrik beriman dengan ‘iman rububiah’ tetapi tidak beriman dengan iman ‘uluhiah’. Malangnya, tidak ada pun dalil yang benar-benar menyebut perkara itu secara jelas. Orang-orang awam yang tidak mampu membaca kitab-kitab Arab tersebut akan mudah tertipu dengan hujah-hujah tersebut.

Kalau mengikut metode pandangan ini, persoalan berzikir, berdoa berkumpulan adalah bidaah yang sesat sebab tiada dalil ’sahih’ dan qat’ie mengenainya walaupun al-Quran dan sunnah sarat dengan saranan suruh berdoa dan berzikir. Bagaimana pula boleh diterima penghuraian akidah 3 serangkai itu, tanpa dalil-dalil sahih dari al-sunnah sendiri? Celarukan dan tidak adil cara berfikir sedemikian? Hujah- hujah yang digunakan di atas pun, bukannya menyokong pandangan Ibn Taimiyyah!

Saya semakin yakin yang orang-orang yang bertaklid dengan Sheikh Ibn Taimiyyah tidak mempunyai dalil-dalil dari al-Quran dan hadis. Mereka terpaksa mengulang-ulang hujah Ibn Taimiyyah dan memasukkan perkataan ‘rububiah’ dan ‘uluhiah’ dalam kata-kata ulama silam!

Wallahu a’lam. Semoga kita baca ulasan ini dengan fikiran yang terbuka. Saya tidak mahu menuduh dangkal, cetek dan seumpamanya. Cuma saya masih tertunggu-tunggu hujah ’sahih’ dan nyata dari al-Quran dan al-Sunnah.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
Sidarwis
Ahli Setia
Ahli Setia


Joined: 16 Jan 2006
Posts: 817
Location: kajang

PostPosted: Mon Jan 25, 2010 11:03 am    Post subject: Reply with quote

Alhamdulillah, hari ni utusan banyak siarkan artikel mengenai kesesatan wahabi.
Back to top
View user's profile Send private message
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Tue Jan 26, 2010 4:59 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0125&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_17.htm&arc=hive

Tak ada kerja Shahidan ni agaknya....dulu bila dia buat Seminar Muhammad Abdul Wahab kat Perlis tak apa pulak...inilah masalah org yg dulu ada kuasa, skrg tak ada kuasa, mcm mantan mufti jugak agaknya...oleh itu, semasa berkuasa, jalankanlah amanah dan tanggungjawab dengan seadil2nya, sebaik2nya...


Lokasi dipindah

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Lokasi Wacana Pemikiran yang sepatutnya berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dekat sini hari ini terpaksa diubah ke Masjid Wilayah Persekutuan pada saat-saat akhir ekoran satu laporan polis terhadap penganjurannya.

Timbalan Pengerusi Muafakat, Datuk Ahmad Ismail berkata, pada awalnya mereka menyangka laporan polis itu dibuat ekoran isu berkaitan umat Islam ketika ini iaitu penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam dan cubaan membakar rumah ibadat.

"Rupa-rupanya ia (laporan polis) berkaitan penganjuran wacana ini yang sepatutnya tidak dibantah kerana ia majlis ilmu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah 1 bertemakan 'Gerakan Tajdid dan Pemikiran Najdiyyun' di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah, Jalan Duta di sini hari ini.

Pada 16 Januari lalu, bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim membuat laporan polis di Kangar kerana tidak berpuas hati dengan penganjuran wacana tersebut oleh Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat).

Shahidan dilaporkan membuat aduan sebagai usaha menghalang penganjuran wacana itu yang mengupas mengenai fahaman Wahabi dan disifatkannya boleh menimbulkan polemik serta memecahbelahkan umat Islam di Malaysia.


Dalam pada itu, Ahmad berkata, penganjuran wacana tersebut melibatkan pihak berkuasa agama di Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Sehubungan itu, tegasnya, tidak sepatutnya mana-mana pihak melibatkan polis lebih-lebih lagi ia dianjur secara tertutup dan tidak mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

"Muafakat telah lama merancang wacana ini. Majlis ilmu ini bertujuan memberi kefahaman kepada umat Islam di Selangor dan Wilayah Persekutuan," katanya.

Ahmad berkata, wacana itu juga mendapat kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Antara penceramahnya ialah Felo Amat Utama Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Syaikh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady.

Syaikh Dr. Muhammad Uthman membentangkan kertas kerja bertajuk 'Menilai Secara Ilmiah Mengenai Peranan Abdul Wahab Sebagai Mujaddid-Muslih' dan 'Pemikiran Aliran Najdiyyun Dalam Menghadapi Pemikiran Pasca-Modernisme: Satu Pengamatan'.

Seorang lagi pembentang ialah Prof. Madya Dr. Asmadi Muhammad Naim daripada Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah dengan kertas kerja 'Wacana Relegio-Intelektual Najdiyyun: Pro dan Kontra Terhadap Peranannya Pada Tamaddun Ummah'.

Ahmad berkata, wacana itu dianjurkan ekoran kebelakangan ini timbul semula kegiatan berbentuk agresif yang menyerang doktrin Ahli Sunnah Wal Jamaah daripada segi akidah, fikah, akhlak, epistimologi serta pemikiran dan peradaban.

"Sedangkan doktrin Ahli Sunnah Wal Jamaah telah lama bertapak di Malaysia dan termaktub dalam Perlembagaan," katanya.

Beliau berharap wacana itu dapat membuka minda masyarakat Islam mengenai pokok masalah dan perkara sebenar yang menjadi perbezaan antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan aliran lain.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Tue Feb 02, 2010 4:22 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

...antara masalah Wahabi. Mereka akan mengatakan 'Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dll dan tidak menampakkan 'watak Wahabi mereka'

dipetik dari http://abuumair1.wordpress.com/soal-jawab/akidah-dan-asas-asas-islam/01-004/


ALLAH Berada Di Atas Tujuh Syurga?

Home - Soal Jawab – Akidah dan Asas Islam

Soalan:
Assalamualaikum ustaz

Ustaz saya nak tanya adakah kepercayaan salafi iaitu ALLAH berada di atas 7 syurga. Dari mana dalilnya?

Jawapan:
Waalaikumussalam..

Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah: ALLAH berada di atas ARASY, sebagaimana yang dituturkan secara terang dan sahih di dalam Quran, sunnah dan ijmak.

dan dimaklumi daripada nas-nas yg sahih, bahawa Arasy itu pula berada lebih tinggi daripada segala makhluk-makhluk ALLAH Taala yang lain. lebih tinggi daripada tujuh langit dan lebih tinggi daripada syurga yang paling tinggi iaitu Firdaus.

dalam Sahih Bukhari, tersebut satu hadis:
“Apabila kamu meminta daripada ALLAH, maka mintalah daripadanya syurga Firdaus. sesungguhnya ia adalah syurga yang paling pertengahan (yang paling afdhal) dan yang paling tinggi. Dan di atasnya ialah Arasy al-Rahman.”

secara jelas, ia menunjukkan bahawa Arasy al-rahman berada lebih tinggi daripada syurga yang paling tinggi. Dan ALLAH Taala di atas Arasy-Nya..

Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di al-ahkam
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Tue Feb 02, 2010 4:57 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

Malangnya Wahabi Di Malaysia buat Seminar khas lagi ttg Sheikh Muhammad Abdul Wahab lagi utk 'membenarkan fahaman mereka', tidakkah itu termasuk dlm kategori bid'ah yg mereka sendiri sempitkan.

Wahabi di Arab Saudi buat upacara selama seminggu (mcm2 aktiviti) utk memperingati Sheikh Muhammad Abdul Wahab. Seminggu!!!! Tidak pula dikatakan bid'ah. Inilah bahananya apabila terlalu asyik mencari salah org, salah sendiri pun tak nampak.

Mereka tidak tahu, taknak ambil tahu, tidak nampak, hati mereka buta 'apa yg berlaku dlm Majlis Maulidur Rasul jemaah2 tariqat...'



dipetik dari http://al-muwahhidun.blogspot.com/

Bid'ah Perayaan Maulid Nabi Pada Bulan Rabi'ul Awal
Saturday, January 23, 2010

Oleh: Syeikh Sholeh bin Fauzan Al-Fauzan

Perayaan maulid termasuk bentuk tasyabbuh (menyerupai) orang-orang Nasrani. Acara ini diadakan oleh orang-orang awam dari kalangan kaum Muslimin atau para ulama yang menyesatkan yang dilakukan pada bulan Rabi'ul Awal setiap tahunnya. Pada bulan itulah Nabi sallallahu 'alaihi wasallam dilahirkan.

Sebahagian mereka merayakannya di masjid, rumah atau di tempat-tempat tertentu yang dapat dihadiri oleh banyak orang. Perbuatan mereka ini menyerupai perayaan kristian, dimana mereka (orang kristian) merayakan hari kelahiran Isa Al-Masih.

Umumnya, perbuatan ini selain menyerupakan bid'ah dan tindakan tasyabbuh (menyerupai) orang kristian, juga di dalamnya terdapat amalan syirik dan mungkar. Contohnya, melantunkan syair-syair yang di dalamnya terdapat sikap ghuluw (berlebih-lebihan) dalam kedudukan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam hingga pada peringkat berdoa dan meminta tolong kepada selain ALLAH Ta'ala.

Di antara syair tersebut adalah perkataan Al-Busairi dalam Al-Burdah:

Wahai semulia-mulia makhluk
Siapa yang dapat aku jadikan tempat mengadu selain engkau
di kala tertimpa musibah yang merata


Jika engkau tidak memegang tanganku di Hari Kiamat nanti
Sebagai keutamaan bagiku
Maka celakalah aku


Sesungguhnya di antara kemurahanmu
Adalah engkau berikan dunia dan seisinya
Dan di antara ilmumu
Adalah engkau mengetahui Lauhul Mahfuz

Ibnu Rajab dan lainnya berkata: "Al-Busairi tidak memberikan sedikit hak untuk ALLAH, kerana dia menyatakan dunia dan akhirat adalah kemurahan Rasulullah."

Nabi telah melarang kita berlebihan dalam memuji baginda. Baginda sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

لا تطروني كما أطرت النصارى ابن مريم إنما أنا عبد فقولوا: عبد الله ورسوله

"Janganlah kamu berlebihan dalam memujiku seperti pujian orang Nasrani terhadap Isa bin Maryam. Aku hanyalah seorang hamba, maka katakanlah Abdullah (hamba ALLAH) dan RasulNya." (HR. Ahmad dalam Musnadnya (1/24), no: 154, 164. Al-Bukhari, no: 3445)

Al-Ithra' bermaksud "berlebihan dalam memuji", sebahagian mereka meyakini bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam menghadiri perayaan mereka.

Salah satu bentuk kemungkaran yang terjadi pada perayaan itu adalah melantunkan syair secara bersama-sama dengan dilagukan yang diiringi tabuhan gendang, dan berbagai amal zikir bid'ah kaum sufi lainnya. Kemungkinan pula terjadi dalam perayaan tersebut ikhtilat (percampuran antara lelaki dan perempuan) yang dapat menimbulkan fitnah dan mengakibatkan terjadinya perbuatan keji.

Andainya jika perayaan itu terhindar dari perkara-perkara seperti di atas, iaitu hanya sekadar berkumpul-kumpul, memakan makanan dan menunjukkan kegembiraan seperti anggapan mereka, maka hal ini tetap dihukumi sebagai perbuatan bid'ah dan (sesuatu yang) diada-adakan. Setiap yang diada-adakan adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat.

Selain itu, memakan makanan seperti ini akan berkembang menjadi perayaan yang lebih besar sehingga di dalamnya terdapat berbagai kemungkaran yang biasa terjadi dalam perayaan-perayaan lainnya.

Kami mengatakan sebagai perbuatan bid'ah kerana perayaan seperti ini tidak mempunyai dasar dari Al-Quran dan As-Sunnah, serta tidak pernah dilakukan oleh salafus soleh pada hidup mereka tiga generasi yang terpilih. Perayaan ini muncul pada akhir abad ke-4 Hijriah yang dipelopori kaum Fatimiah yang bermazhab Syi'ah.*

* (Sila rujuk nota kaki asal buku syeikh Fauzan ini. Syeikh membawakan pernyataan yang panjang dari Syeikh Masyhur bin Hasan terhadap tahqiqnya ke atas kitab Al-I'tisham 2/352-356 berkenaan perkembangan penganut fahaman Syiah)

Imam Abu Hafs Tajuddin Al-Fakihani berkata: "Amma Ba'du, berulangkali muncul pertanyaan dari sekelompok orang -yang semoga diberkati ALLAH- tentang hukum perkumpulan (perayaan) yang diadakan oleh sebahagian orang pada bulan Rabi'ul Awal. Mereka menyebutnya dengan Maulid. Apakah hal ini ada dasarnya dari agama? Mereka sangat menginginkan jawapan ini dengan jelas dan terang.

Saya menjawab, Wabillahit Taufiq wal Hidayah (kita mengharapkan dari ALLAH petunjuk dan hidayah), saya tidak mengetahui dasar perayaan maulid ini, baik dari Al-Quran mahupun Sunnah. Perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari para ulama umat ini yang dapat dijadikan sebagai qudwah (ikutan) dalam agama dan berpegang teguh dengan riwayat-riwayat ulama terdahulu. Bahkan perbuatan ini adalah bid'ah yang diadakan oleh orang-orang yang tidak memiliki pekerjaan dan hawa nafsu yang digunakan untuk melonggokkan kekayaan dan para pencari makan." (Risalah Al-Maurid fi Amal Al-Maulid)

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata: "Bid'ah yang diadakan oleh sebahagian orang, baik kerana perbuatan itu menyerupai perbuatan orang Nasrani dalam mengadakan peringatan kelahiran Isa 'alaihis salam, atau kerana mengaku cinta kepada Nabi dengan menjadikan hari kelahiran Nabi sallallahu 'alaihi wasallam sebagai perayaan Maulid walaupun orang-orang masih memperselisihkan hari kelahiran baginda, maka semua ini tidak pernah dilakukan oleh salaf. Jika perbuatan ini baik atau benar nescaya para salaf radiallahu 'anhum lebih berhak untuk melakukannya daripada kita. Sebab, mereka lebih cinta kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam dan lebih mengagungkannya daripada kita. Mereka lebih semangat dalam mengamalkan kebaikan.

Sebenarnya, hakikat mencintai dan memuliakan Nabi itu adalah mengikuti dan mentaatinya, mengikuti perintah dan menghidupkan sunnahnya, baik secara lahir ataupun yang batin, menyebarkan agamanya dan berjihad dalam memperjuangkannya, baik itu dengan hati, tangan dan lidah. Semua ini adalah cara para pendahulu kita yang pertama dari kalangan kaum Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka." (Iqtidha' Ash-Shirath Al-Mustaqim; 2/615, yang ditahqiq oleh Dr. Nashir Al-Aql)

Dalam mengingkari bid'ahnya maulid ini, berbagai kitab dan tulisan telah disusun, baik dahulu ataupun sekarang. Selain perayaan maulid itu bid'ah dan menyerupai orang kafir, perbuatan ini juga akan mendorong munculnya perayaan maulid (hari kelahiran) yang lain. Contohnya, peringatan kelahiran para wali, syeikh dan pembesar sehingga membuka pintu berbagai keburukan. Jelaskanlah apa keburukannya

[Disalin dan disunting dari buku: Murnikan Ibadah Jauhi Bid'ah. Penulis: Syeikh Sholeh bin Fauzan Al-Fauzan, Penerjemah: Nur Alim, Lc. Penerbit: Pustaka At-Tazkia. Judul Asli: Al-Bid'atu Ta'rifuha Anwa'uha Ahkamuha]
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Wed Feb 10, 2010 7:11 pm    Post subject: Reply with quote

Salam,

Hamba petik dari http://abu-syafiq.blogspot.com/.... ada beberapa perkara yg benar mengenai ulasan Abu Syafiq ini...dan inilah antara hasil didikan anti-mazhab oleh puak Wahabi di bumi Malaysia ini...memandangkan MAZA sendiri kurang beradab dlm penulisannya, maka anda boleh lihat dan nilai sendiri bagaimana anak didik MAZA ini menulis....baca dan nilailah sendiri...JAKIM patut tangkap dan hantar budak ni ke pusat pemulihan aqidah

Aduka Taruna WAHABI


ADUKA TARUNA ADALAH CONTOH 'TERBAIK' HASIL DIDIKAN WAHABI ANTI MAZHAB

Saya ingin berkongsi dengan semua isu atau kes penghinaan ke atas Al-Marhum Sultan Johor Sultan Iskandar Sultan Ismail yang mangkat baru-baru ini. Ya sudah pasti seperti yang dimaklumkan dalam media Istana Johor dan selainnya mengadakan tahlil dan bacaan Yasin paling kurang 7 hari selepas kemangkatan Sultan Johor tersebut. Nah! Terdengar dari para ostaz otai Wahhabi yang mencemuh amalan ini dan menghukum amalan tersebut sebagai SESAT SYIRIK dan KAFIR kerana bagi otai Wahhabi perkara itu adalah bid'ah sesat masuk neraka. Saya rasa kenyataan biadab Wahabi lebih perlu diambil tindakan melebihi tindakan ke atas Aduka Karuna (Khairul Nizam)kerana Wahabi malaysia bukan sahaja menghina mana-mana Raja dan sultan bahkan seluruh institusi beraja adalah sesat disisi Wahabi kerana melakukan amalan Tahlil, Yasinan dan selainnya dari perkara baru yang masih diharuskan lagi sebenarnya oleh Islam.


(TERAMAT ZUHUD KAH? gambar hiasan tiada kaitan langsung dengan artikel dan blog ini)

ADUKA TARUNA PUJI BEKAS MUFTI WAHHABI TAPI MAKI & HINA ULAMA-ULAMA ISLAM

Apabila kubelek-belek (kaji) aku dapati Aduka Taruna amat terpengaruh dengan ala didikan Wahhabi yang suka maki ulama Islam waktu yang sama memuji beberapa tokoh Wahabi yang memang ngam dengan nalurinya. Didapati Aduka Taruna gemar memuji bekas mufti wahhabi tersebut tetapi ulama dan ustaz-ustaz lain dia memaki dengan ungkapan BODOH, BANGGANG dan selainnya dari makian yang setaraf dengan cara makian otai-otai Wahhabi Malaysia. Paling pelik Aduka Taruna amat menyokong bekas MB sebuah tempat waktu yang sama pulak menghina MB (parti lawannya) tempat lain dengan ungkapan makian yang amat menyedihkan.

Aduka Taruna memuji otai Wahabi tapi hina pulak ulama-ulama dan ustaz-ustaz . Aduka Taruna menyokong pemimpin yang berlatar belakangkan Wahabi (walaupun bekas MB tu sendiri pun tak phm sgt wahabi tu kemender) tapi hina pula pemimpin parti berbeza.

Maka siapakah dibelakang Aduka Taruna ini? Maksud saya hasil cara didikan fahaman manakah yang membuahkan hasil 'secantik' aduka taruna ini jika bukan didikan ala kewahabiyatan dan ini buktinya:

ADUKA TARUNA & WAHABI HINA BERMAZHAB
Dalam artikel Aduka Taruna sendiri yang berjudul WAHABI PERLIS dan SEMBANG MAZHAB amat jelas Aduka Taruna (AT) ini berfahaman Wahabi anti mazhab. Siapa lagi yang bukan anti Mazhab kecuali Wahhabi?! Dalam artikel tersebut jelas hasil didikan Wahhabi terserlah pabila AT menghina Mazhab Syafi'e bahkan hukum dalam islam (isu batal wuduk) juga turut dihina oleh AT. Siapakah yang mempelopori didikan penghinaan begitu jika bukan Wahhabi!? Wahhabi menghina orang yang ikut mazhab bahkan menghukum syirik dan kafir kepada umat Islam yang bermazhab. AT adalah hasil 'terbaik' kilang Wahhabi Sendirian Berhad.


ADUKA TARUNA DAN WAHABI HINA SAHABAT NABI
Terlalu banyak bukti penghinaan Wahabi terhadapa sahabat Nabi. Rujukan utama Wahabi yang dilabelkan kononnya Syeikhul Is... mereka kerap melontarkan kata-kata penghinaan kepada sahabat nabi seperti Saidina Ali. Begitu juga bekas mufti Wahabi yang menghukum sahabat nabi Bilal Al-Muzani sebagai beramal dengan syirik dan sebagainya. Mereka tidak menghormati para sahabat Nabi yang membayar segala kehidupan mereka demi Islam tersebar sehingga ke hari ini. Nah! AT ini turut mengikut jejak langkah ajaran Wahhabi yang suka menghina sahabat Nabi dengan mengeluarkan kenyataan kesat sebijik setaraf dengan Wahhabi.

U all boleh bace kedua2 artikel Aduka Taruna tersebut di bawah yang telah dipadamkan dalam blognya baru2 ini dan kelak akan dipaparkan artikelnya yang memuji dan meyokong bekas MB yang beraliran Wahabi.

______________________________

Wahabi Perlis

Oleh : AdukaTaruna

Gua bukanlah dari bidang agama. Maka, lebih elokla lu tapis sendiri. Cuma blog gua, suka hati gualah nak cakap fahaman gua. Ada masa gua balun, ada masa gua kena balun.

Pada gua, mazhab2 ni semua bangang nak mampos. Aku mazhab Shafie, ekau mazhab Hambali, dio mazhab Hadari. Kalau mak gua Shafie, gua kena Shafie. Kalau geografi gua Shafie, gua kena Shafie gak (Elin sorang jer Shafie Apdal). Kan ke ketetapan yang baling bongok dalam dunia.

Lu orang lebih elok la ikut ilmuan Islam lain. Tapi gua enggan. Shafie tu ingat dia sorang paling best ke apa? Takda maknanya de. Dia sendiri suruh campakkan pendapat dia ke dinding kalau jumpa dengan yang lebih elok. So, mampos la sama pemuja Shafie. Ada ke sentuh kulit isteri batal wuduk? Niamakahai punya pendapat. Dan gua dipaksa ikut sebab keturunan dan geografi? Tak dapek den do tu bhai..

Samo gak isu perang Muawwiyah-Aishah dgn Ali. Pada gua Aishah dan Muawwiyah manusia stupid dalam tajuk itu. Lu nak hukum gua kapir pun gua no hal punya. Memang 2-2 salah, tapi paling berat kat mangkuk 2 ekor tuh. Apa ingat Aishah isteri Nabi dia maksum. Janji syurga tidak bermaksud dia maksum dalam setiap isu dan dalam setiap tajuk. Lu tunjuk gua ahli syurga yang tepat dalam setiap tajuk ketika di dunia.

Azazil yang lebih mulia dari Aishah pun silap, inikan pulak just seorang pompuan. Kerana perjuangkan individu (khalifah yang kena bunuh), berjuta-juta mampos. Sohai punya 2 ekor. Bodoh piang. Ali lembab siasat pembunuhan memang salah Ali. Tapi apa kes sampai nak berperang? Bodoh.



__________________

Sembang Mazhab.


Oleh : AdukaTaruna

Wujudnya aliran mahzab ini ialah keupayaan mentafsirkan bahan mentah berbeza-beza oleh manusia. Keupayaan dan hasil tafsir ada banyak pembolehubah. Pertama genetik, seterusnya budaya, emosi ketika tafsiran itu dibuat, persekitaran kehendak dan politik ketika tafsiran dibuat dan sebagainya.

Maka, guru yang berkarisma akan menjadi tokoh. Tokoh akan mempunyai pengikut. Kedua elemen ini akan membentuk mazhab. Keupayaan satu-satu mazhab mengembangkan fahaman mereka adalah pembolehubah kepada besr atau kecilnya mereka. Gua ulang balik, mazhab adalah Islam 3rd party. Mazhab adalah hasil tafsir kepada bahan mentah; yakni Al-Quran, hadis dan sunnah.

Cuma masalahnya, kenapa harus bangang menjadikan tafsiran 3rd party sebagai bahan mentah? Bahan mentah kita ialah Al-Quran, hadis dan sunnah. Dan diimbangi oleh pendapat mazhab sebagai rujukan. Kita sendiri yang perlu tafsir bahan mentah. Kemudian ambil mana-mana tafsiran yang paling kukuh, paling sesuai dengan keupayaan diri dari 3rd party.

Takda maknanya, mak gua Shafie, gua kena Shafie sampai mampos. Sambung ke anak cucu. Ada bahan mentah yang suruh lu terikat dengan keturunan dan terikat dengan tafsiran 3rd party? Pada gua, ada banyak tafsiran Shafie yang mengarot, sebagaimana banyak lagi tafsiran mengarot dari mazhab lain. Kerana apa? Kerana kuasa mentafsir bahan mentah, ALLAH tak beri kepada hanya 4 ekor mazhab ni secara mutlak. Refresh beb... refresh sket.

Contoh. Bahan mentah ialah perkataan SUNNAH. Pada gua, sunnah ialah KETETAPAN. Sunnah ALLAH adalah ketetapan ALLAH. Sunnah Nabi adalah keketapan Nabi (juga dari wahyu ALLAH). Sunnah ALLAH adalah berpusingnya bumi, siang malam. Ketetapan. Ketetapan ALLAH, setiap yang terjadi ada sebab. Ketetapan Nabi ialah cara-cara, prosedur, law yang ditunjukkan nabi.

Tapi masuk bab ulama, terutama Melayu nih, sunnah Nabi ialah full set total kehidupan nabi. Punya stupid. Pakai serban sunnah Nabi. Itu bukan ketetapan yang Nabi wartakan. Abu Jahal mabok todi pun pakai serban. Kayu sugi bukan ketetapan. Ketetapannya ialah menggosok gigi.

Sentuh kulit isteri batal wuduk. Sentuh taik tak plak batal wuduk. Apa kejadah sungguh la pendapat Shafie. Pendapatnya tu apa kejadah, bukan imannya. Bahan mentah cakap apa? Nak ikut bahan mentah dulu atau 3rd party dulu? Dia suruh gua campakkan ke dinding, ni gua campakkan la nih. Gentle punya campak kasi Melayu berfikir sket. Anjing kalau sentuh kena samak. Kesian gua tgk anjing tuh.

Lu nak ikut Shafie buleh beb. Lu ikut la total sampai ke mati. Takda masalah. Tapi kebebasan hujah lu kena telan lah. Gua ingat kalau Shafie masih ada skang, dia pun banyak tafsiran sendiri yang nak dimansuhkan tu.

Muawiyah + Aishah plak.

Lagi 2 ekor mangkuk. 2 ekor mangkuk bukan pada ahli syurganya atau pertalian darah Nabi, tapi kepada tajuk. Isteri Nabi Nuh jatuh hukum bangang, tetap jatuh hukum bangang. Anak Nabi Nuh jatuh hukum bangsat, tetap jatuh hukum bangsat. Anak Nabi Adam jatuh hukum sohai, tetap tiada kompromi. Sohai sebab bunuh saudara sendiri.

Anak Nabi Muhammad SAW kalau mencuri, potong tangan dia. Seandainya dia bertaubat selepas itu, atau redha ALLAH lebih tinggi dari perbuatannya mencuri, dia tetap ALLAH masukkan dalam syurga.

Aishah penyebab kematian ratus ribu nyawa dan darah muslim, dia tetap jatuh hukum bangang nak mampos. Dalam tajuk itu.

"Jumhur ulama menetapkan keduanya tidak salah. Tapi Ali menghampiri kebenaran."

What the psst? Berapa ramai mampos sebab kerja bodoh dikatakan tiada yang salah? Hanya kerana status elite Aishah? Hanya kerana dia kerabat diraja atau hanya kerana dia keturunan Syed? Islam itu ALLAH punya atau ulama punya? Niamakahai.

Kalau sentuh taik, wuduk sah. Tapi solat tidak sah. Kan ke ada pengasingan tajuk tu. Wuduk sah, tidak batal. Tapi masuk bab solat, tidak sah. Kalau ada pengasingan tajuk, apa kes hanya kerana hanya status elite Aishah dia melanggar segala pengasingan tajuk? Bangang tetap bangang la bhai... salah tetap salah la bhai.... kalau mencuri, potong jer tangan dia. Peduli apa dia isteri nabi atau tidak, anak nabi atau tidak.

Isteri Nabi Nuh jatuh hukum bangang, tetap jatuh hukum bangang. Anak Nabi Nuh jatuh hukum bangsat, tetap jatuh hukum bangsat. Anak Nabi Adam jatuh hukum sohai, tetap tiada kompromi. Sohai sebab bunuh saudara sendiri.

Boleh plak ulama tukar2 bila kena tang batang hidung Aishah. Lepas tu lu suruh gua follow mazhab secara mutlak. Islam 3rd party. Skang lu nampak tak kenapa gua buat N3 Aishah dalam N3 mazhab?

Dalam tajuk; Muamiyah + Aishah bangang tukil. Penyebab kepada perpecahan, punca kematian ratus ribu muslim di jalan sia-sia, punca jutaan anak-anak muslim hilang bapa, punca puluh ribu institusi muslim diambang kekafiran, punca puluh ribu muslimah menjada dan menderita.

Dan mazhab boleh bersatu mengubahsuai Islam demi kepentingan elite tertentu. Noktah.

AdukaTaruna




SAH! ADUKA TARUNA ADALAH HASIL DIDIKAN WAHABI................Abu Syafiq Team
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Mon Feb 15, 2010 3:54 am    Post subject: Reply with quote

Salam,

dari http://al-ghari.blogspot.com/

Nasihat Kepada Golongan Yang Fanatik Menyerang Mazhab
Di dalam Kitab As Sahwah al Islamiyah, Baina al Ikhtilafil Masyru' wat Taffaruqil Madzmum karangan Dr Yusuf al Qardhawi ada menyebutkan resolusi yang dikeluarkan oleh Rabitoh 'Alam Islami pada persidangannya yang ke 10 tahun 1408 Hijrah. Antara teksnya resolusi tersebut :

"Segala puji bagi ALLAH yang Maha Esa. Selawat dan salam ke atas Nabi yang tiada nabi selepasnya, penghulu dan nabi kita, Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam. Ucapan salam juga ke atas keluarga dan sahabatnya.

"Majlis Majma' Fiqh Islami dalam persidangannya yang ke 10 di Makkah al Mukarramah bermula hari Sabtu, 24 Safar 1408H bersamaan 17 Oktober 1987 Masehi hingga hari Rabu, 28 Safar 1408 Hijrah bersamaan 21 Oktober 1987 Masehi telah meneliti topik perselisihan fikah antara mazhab yang diikuti. Juga berkenaan keta'suban yang dibenci. Ia melibatkan keta'suban sesetengah pengikut mazhab terhadap mazhab mereka sehingga terkeluar daripada batasan kesederhanaan lalu menyerang mazhab lain dan ulamanya. (tambahan penulis : perkara ini tidak berlaku di Malaysia kerana kita meraikan mazhab lain contohnya di Masjid India terdapatnya Mazhab Hanafi, pembayaran wang zakat fitrah menggunakan wang yang diputuskan oleh Mufti bergantung kepada KEPERLUAN bukan BERMUDAH-MUDAH dan sebagainya)

Majlis juga telah membentangkan pelbagai isu yang berlegar dalam minda remaja moden dan gambaran mereka terhadap perselisihan mazhab yang mereka tidak tahu punca dan kandungannya. Golongan-golongan yang menyesatkan telah menyuntik jarum mereka dengan mengatakan bahawa selagi syariat Islam itu satu, dan sumber asalnya daripada al Quran dan as Sunnah yang sabit juga satu, kenapa pula berlaku perselisihan mazhab ? juga kenapa mazhab tersebut tidak disatukan supaya orang Islam hanya berpegang kepada satu mazhab dan hanya menerima satu kefahaman dalam hukum-hukum syariat ? Majlis juga membentangkan persoalan ta'sub mazhab dan masalah-masalah yang timbul khususnya masalah yang berlaku di antara pengikut aliran -aliran moden hari ini pada zaman kita ini. Pengikutnya mengajak kepada satu aliran ijtihad yang baru. Mereka menyerang mazhab-mazhab sedia ada yang telah diterima umat sejak dahulu lagi. Mereka juga menuduh semua imam mazhab atau sebahagiannya sebagai sesat sehingga menimbulkan fitnah di kalangan orang ramai. "



Majma' Fiqh telah memutuskan memorandum kepada golongan yang mengajak supaya tidak bermazhab antaranya berbunyi :

"Golongan ini ingin membawa manusia kepada satu aliran ijtihad baharu dengan menyerang mazhab yang sedia ada serta imam-imamnya. Keterangan kami sebelum ini mengenai mazhab fiqh dan keistimewaan kewujudan mazhab dan imam-imamnya, mewajibkan mereka berhenti daripada meneruskan cara terkutuk yang mereka gunakan bagi menyesatkan manusia, memecah belahkan barisan dan menghancurkan kesatuan. Sedangkan kita berada pada zaman yang teramat perlu kepada kesatuan demi menghadapi merbahaya musuh-musuh Islam. Ia amat diperlukan bagi menggantikan seruan memecah belah yang tidak diperlukan ini."

(Majalah al Majma' Al Fiqhi al Islami. Tahun 2, Bil 3 m.s 173)

Tambahan penulis : Sekiranya golongan fanatik yang menyerang mazhab ini terdapat di Malaysia yang pada dasarnya taksub kepada Ibnu Taimiyyah, Muhammad bin Abdul Wahhab sewajarnya juga memikirkan mengenai fatwa yang dikeluarkan oleh Arab Saudi demi menjaga kesatuan dan keharmonian iaitu :


جامع الدرر السنية 14- (375-376) : '' يقول العلماء: حسن بن حسين، وسعد بن عتيق، وسليمان بن سحمان، وصالح بن عبد العزيز، وعبد الرحمن بن عبد اللطيف، وعمر بن عبد اللطيف، وعبد الله بن حسن، ومحمد بن إبراهيم بن عبد اللطيف، وكل آل الشيخ في خطابهم:

لا ينبغي لأحد من الناس العدول عن طريقة آل الشيخ، رحمة الله عليهم، ومخالفة ما استمروا عليه في أصول الدين، فإنه الصراط المستقيم، الذي من حاد عنه فقد سلك طريق أصحاب الجحيم. وكذلك في مسائل الأحكام والفتوى لا ينبغي العدول عما استقاموا عليه واستمرت عليه الفتوى منهم، فمن خالف في شيء من ذلك واتخذ سبيلا يخالف ما كان معلوماً عندهم ومفتىً به عندهم ومستقرة به الفتوى بينهم فهو أهل للإنكار عليه والرد لقوله

Maksudnya:

Seseorang tidak boleh berlainan daripada metod Al Sheikh (ahli ilmu keturunan Muhammad Abdul Wahab atau ulama’ wahabi) dan bercanggah dengan apa yang mereka (Al Sheikh atau ulama’ Wahabi) kekal berpegang padanya dalam usul agama. Ini kerana, ianya (pegangan Al Sheikh dan metod mereka) adalah jalan yang lurus yang mana sesiapa sahaja yang yang cenderung (berbeza) daripadanya (metod Al Sheikh) bererti telah melalui jalan ahli neraka. Begitu juga dalam masalah hukum-hakam dan fatwa, maka tidak boleh berlainan dengan apa yang ditetapkan dan dipegang oleh mereka dalam fatwa tertentu. Maka sesiapa yang bercanggah dalam fatwa daripadanya (fatwa-fatwa Al Sheikh) dan mengambil sikap untuk bercanggah dengan apa yang diketahui di sisi mereka (Al Sheikh/Wahabi) atau apa yang difatwakan di sisi mereka dan apa yang telah diputuskan mengenai sesuatu fatwa di sisi mereka (ulama’ Al Sheikh) bererti dia layak untuk diingkari dan ditolak perkataannya.



ونحن نعلم : أن المسائل العلمية ، والأحكام التي يُحكم بها الناس ، والفتاوى التي يُفتَون بها لا تخلو من الخلاف ، وهذا أمر يعرفه من له أدنى معرفة ، لكن الاختلاف بين الناس خصوصًا في جهة نجد لابد أن يكون سبب شر وفساد وفتنة . وسد باب الشر والفتن والفساد أمر مطلوب في الشريعة ؛ بل هو أعظم مقاصدها ، كما لا يخفى ) . ( الدرر السنية : 14 / 375 – 376 ) .

Kita mengetahui: bahawasanya dalam masalah ilmiah dan hukum-hakam yang dihukum (ijtihad) oleh manusia (ulama’) dan fatwa yang para ulama’ berfatwa mengenainya tidak sunyi dari khilaf. Ia adalah suatu perkara yang diketahui umum oleh sesiapa sahaja yang memiliki walau sedikit ilmu pengetahuan. Akan tetapi, ikhtilaf dalam kalangan manusia khususnya dari sudut di mana kita dapati boleh membawa kepada keburukan, kerosakan dan fitnah, maka menutup pintu keburukan, fitnah dan kerosakan adalah suatu perkara yang dituntut dalam Syariah. Bahkan ianya adalah tuntutan syariat yang terbesar sebagaimana yang tidak dapat disembunyikan lagi

[Ad-Durar As-Saniyyah 14/375-276]

Jawapan Raja Abdul Malik bin Abdul Rahman Al-Faisal kepada watikah para Masyaikh Al Sheikh tersebut antaranya menyebut:


فالآن يكون الأمر على ما ذكر المشايخ أعلاه، فمن أفتى أو تكلم بكلام مخالف لما عليه الشيخ محمد بن عبدالوهاب، وأولاده: عبدالله، وعبدالرحمن، وعبداللطيف، وعبدالله بن عبداللطيف، فهو متعرض للخطر ؛ لأننا نعرف أنه ما يخالفهم إلا إنسان مراوز للشر والفتنة بين المسلمين

Maksudnya:

“Maka sekarang, sebagaimana disebutkan oleh para Sheikh diatas: “Sesiapa yang berfatwa atau berbicara dengan perkataan yang bercanggah dengan Sheikh Muhammad bin Abdil Wahab dan anak-anaknya (keturunannya): Abdullah, Abdul Rahman, Abdul Lathif dan Abdullah bin Abdil Lathif, bererti sedang terdedah kepada bahaya kerana kita mengetahui bahawasanya tiada manusia yang bercanggah dengan mereka (ulama’ Wahabi dari keturunan Muhammad Abdul Wahab) bererti sedang membawa/melaksanakan keburukan dan fitnah dalam kalangan Muslimin.”


Tahun 1339 Hijrah

Sumber: Ad-Durar As-Saniyyah fi Al-Ajwibah An-Najdiyyah (14/377-380)

Semoga keharmonian dan kesejahteraan umat Islam di Malaysia terus berkekalan dan dijauhi dari virus-virus yang membawa permusuhan dan pecah belah umat Islam.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
kodinbp
Ahli
Ahli


Joined: 16 Nov 2001
Posts: 139

PostPosted: Mon Apr 05, 2010 10:10 am    Post subject: Reply with quote

ingin bertanya... apakah wahid abd salam bali... dari mesir itu dari golongan wahabi juga???... ramai perawat rukyak syariah kat negara kita ini mengambil sanad rukyah dari beliau...
Back to top
View user's profile Send private message
amar19
Ahli
Ahli


Joined: 04 Oct 2005
Posts: 93

PostPosted: Wed Apr 07, 2010 3:26 pm    Post subject: Reply with quote

salam, tuan/puan...
menurut maklumat awal yang saya tau wahid abd salam bali itu adalah berfahaman wahabi... sila rujuk www.waheedbaly.com

demikian maka ingin saya bertanya berkenaan hal mengamalkan sesuatu ilmu islami dari guru berfahaman wahabi... dari sudut hukum maupun keberkatan amalan...

contohnya sebagaimana tulisan tuan diatas... dewasa ini di kalangan 'perawat islam' terkini diwar-warkan akan kaedah rawatan 'rukyah syariah' dalam merawat pesakit gangguan jin dan sihir... dan didapati guru-guru yang aktif mengadakan seminar-seminar rawatan rukyah syariah ini adalah berdasarkan dan bersanadkan kpd guru yang berfahaman wahabi yang kerap 'menyerang' kalangan ahli tareqat dan mazhab aswj lainnnya...

sekian terima kasih...
Back to top
View user's profile Send private message
QulAmirulHakim
Ahli Veteran
Ahli Veteran


Joined: 27 Apr 2007
Posts: 2096
Location: Dalam perjalanan

PostPosted: Mon Apr 19, 2010 10:22 pm    Post subject: Reply with quote

Salam,

http://al-ashairah.blogspot.com/

Al-Imam Al-Sowi Menyatakan Bahawa Wahhabiah Adalah Khawarij, Golongan Yang Dilalaikan Syaitan Dari Zikrullah Dan Kelompok Syaitan Yang Rugi

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi ALLAH, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

1. Pendekatan menolak golongan Wahhabi dengan bukti daripada kitab-kitab karangan ulama’ didapati amat berkesan untuk membuktikan bahawa fahaman ini ditolak oleh majoriti ulama’. Maka, pendekatan seperti ini akan dikekalkan di blog ini bagi memudahkan pembaca mendapat bukti secara langsung. Penulis amat berharap agar penyelidik-penyelidik di Jabatan-jabatan agama Islam dapat mengumpulkan bukti-bukti ini dan dengan mudah dapat menjelaskan kedudukan Wahhabi dari perspektif ulama’ apabila diperlukan nanti.

2. al-Imam al-Sowi al-Maliki adalah salah seorang ulama’ ASWJ dan al-Azhar yang hidup di zaman fitnah Wahhabi ini mula muncul. Beliau dilahirkan pada tahun 1175 H (+- 1761) dan wafat pada 7 Muharram 1241 H (+- 22 Ogos 1825). Beliau merupakan seorang ulama’ yang diberikan dengan gelaran Al-‘Arif billah, al-Imam al-Faqih, Shaikh al-Shuyukh, Umdah Ahl al-Tahqiqi wa al-Rusukh, Qudwah al-Salikin, Murabbi al-Muridin, al-‘Allamah, al-Fahhamah, al-Hibr, al-Fahhamah, al-Mudaqqiq – menunjukkan keilmuan dan “kesarjanaan” beliau diiktiraf oleh para ulama’.

3. Beliau mempunyai guru-guru yang mayshur, anak-anak murid dari kalangan ulama’ besar dan karangan-karangan beliau yang menjadi rujukan. Kitab al-Tafsir beliau yang menghuraikan Tafsir al-Jalalayn (tafsir ringkas yang ditulis oleh Imam Jalaluddin al-Mahalli dan Imam Jalaluddin al-Suyuti) yang lebih dikenali dengan “Hashiyah al-Sowi” adalah begitu masyhur dalam disiplin ilmu Tafsir.

4. Di dalam kitab tersebut, ketika menghuraikan Tafsir al-Jalalayn (Imam Jalaluddin al-Mahalli dan Imam Jalaluddin al-Suyuti) berkenaan ayat 6 dan 7 daripada Surah Fatir:

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ (6) الَّذِينَ كَفَرُوا لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ (7)

“Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka (6)

Orang-orang yang kafir, bagi mereka azab yang berat; dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, bagi mereka keampunan dan pahala yang besar (7)”

Beliau menghuraikan Tafsir al-Jalalayn yang menyatakan bahawa ayat ini diturunkan kepada Abu Jahal dan orang-orang seumpamanya daripada musyrikin Mekah seperti al-‘As Ibn Wa’il, Al-Aswad Ibn al-Mutallib, ‘Uqbah Ibn Abi Mu’it, dan lain-lain dengan dikuatkan dengan dalil-dalil yang lain. Kemudian beliau menghuraikan dengan lebih lanjut lagi bahawa (Terjemahan bagi bahagian berwarna merah dari gambar di atas):

“Dan dikatakan bahawa: ayat ini diturunkan kepada golongan al-Khawarij yang mengubah tafsiran al-Quran dan al-Sunnah dan menghalalkan dengan (tafsiran) tersebut darah dan harta umat Islam, sepertimana yang disaksikan pada waktu ini di kalangan golongan yang serupa dengan mereka (Khawarij); dan mereka adalah satu golongan di bumi Hijaz yang dipanggil “WAHHABIYYAH”; mereka menganggap diri mereka berada di atas sesuatu (kebenaran); maka ketahuilah bahawa mereka adalah golongan pendusta/penipu; Syaitan telah menguasai mereka dan melupakan mereka daripada mengingati ALLAH; mereka adalah kelompok Syaitan; dan ketahuilah bahawa kelompok Syaitan adalah mereka yang rugi; kita berdoa kepada ALLAH Yang Maha Mulia agar memutuskan keturunan mereka (orang-orang yang mengikut mereka) sehingga akhir.” [Selesai terjemahan]

5. Berdasarkan penjelasan Imam al-Sowi, maka tidak hairanlah golongan Wahhabiah ini sememangnya jauh bahkan membenci majlis-majlis zikir (seperti majlis tahlil, dll) dan ahli-ahli zikir (ahli sufi dan tarikat muktabar), dek kerana dipermainkan oleh Syaitan.

6. Ada umat Islam melihat zikir sebagai ubat, apabila terlanjur berbuat dosa, mereka kembali bertaubat dan memperbanyakkan zikrullah. Alhamdulillah.

7. Ada umat Islam yang melihat zikir sebagai makanan dan mengambilnya sebagai wirid harian, tak selesa dan tidak bermaya kalau tidak berzikir atau terlepas wirid hariannya. Alhamdulillah walhamdulillah.

8. Namun sangat sedikit daripada kalangan kita umat Islam yang dapat merasakan zikir seumpama nafas, tiada erti hidup tanpanya, waktu-waktu yang dilalui tanpa zikrullah dirasakan sia-sia seumpama mayat hidup, tidak bermakna, waktu itu akan disesali di akhirat nanti, walaupun seseorang itu masuk ke syurga. Bahkan zikir itu dirasakan lebih lazat daripada air sejuk di kala cuaca yang amat panas. Allahu akbar. Allahummaj’alna minhum.

9. NAMUN BEGITU, golongan Wahhabi sering melihat amalan zikrullah sebagai RACUN!!! BETAPA ROSAKNYA FAHAMAN DAN PEMIKIRAN MEREKA. Wal-‘iyazubillah.

10. Pernah satu ketika seorang pelajar datang berjumpa penulis dan bertanya tentang hukum berzikir dengan bilangan tertentu seperti 1000 atau 3000. Ini adalah kerana ia menjadi amalan abangnya. Penulis dengan segera menjawab soalan tersebut dengan beberapa soalan:

· “Apakah hukum lalai daripada mengingati ALLAH (zikrullah)? Sebelum membincangkan hukum zikrullah, kita kene bincang hukum ghaflah atau lalai daripada mengingati ALLAH terlebih dahulu”

· “Apakah hukum lalai dari zikrullah atau tidak berzikir sebanyak 1000 nafas atau 3000 nafas? Sekurang-kurangnya abang kamu tidak lalai dalam 1000 atau 3000 nafasnya, kamu, kita bagaimana? Nikmat ALLAH meliputi kita dalam setiap nafas kita”

· “Dalam sehari kamu kamu banyak mengingati ALLAH atau banyak lalai daripada mengingati ALLAH? Dia menjawab: Banyak lalai. Penulis membalas: Jika begitu, marilah kita sama-sama bincang berkenaan hukum perkara yang lebih banyak kita lakukan dalam sehari, iaitu lalai.”

Selepas itu, penulis berbincang berkenaan hukum lalai dengan pelajar tersebut tanpa perlu membincangkan hukum zikrullah lagi. Ini adalah kerana perintah untuk berzikir lebih banyak terdapat di dalam al-Quran berbanding perintah solat. Maka, jelaslah kepentingannya. Adapun, hukum lalai hanya akan diperolehi apabila kita belajar dengan ulama’ yang menitikberatkan zikrullah, iaitu ulama’ sufi dan tarikat muktabar.

11. Penulis ingin berpesan kepada umat Islam di luar sana, khasnya para pembaca,

· Jauhilah golongan yang mengajar anda untuk membenci amalan zikrullah dan ahlinya (ahli sufi dan tarikat muktabar) walaupun dia mempunyai gelaran Professor atau Dr. atau Ustaz sekalipun;

· Janganlah cepat-cepat atau gopoh memusuhi amalan-amalan tarikat sufi muktabar kerana takut-takut anda memusuhi para awliya’-Nya.

12. Akhir kata, sekiranya seorang ulama’ besar Islam seperti Imam al-Sowi telah menerangkan keburukan Wahhabiyyah dengan begitu berat sekali: Apakah pendirian yang patut kita buat? Apakah tindakan yang patut kita ambil? Apakah kita hanya perlu bersikap sambil lewa dalam isu ini? Sama-samalah kita fikir-fikirkan. Jangan biarkan hidup anda terus dihantui misteri Wahhabi
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Bicarasufi.com-Portal Pilihan Kita. Forum Index -> Pengumuman, Berita dan Pertanyaan All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum



Powered by
phpBB © 2001, 2005 phpBB Group