Bicarasufi.com-Portal Pilihan Kita. Forum Index Bicarasufi.com-Portal Pilihan Kita.
BSc Muzakarah Sufi Terkini::Mulai Online 14 Okt 2001
 
 FAQFAQ   SearchSearch   MemberlistMemberlist   UsergroupsUsergroups   RegisterRegister 
 ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 

kitab Karangan Imam Al-Ghazali
Goto page 1, 2  Next
 
Post new topic   Reply to topic    Bicarasufi.com-Portal Pilihan Kita. Forum Index -> Forum pertukaran maklumat tentang Kitab-kitab Kesufian.
View previous topic :: View next topic  
Author Message
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Tue Jul 22, 2008 8:58 am    Post subject: kitab Karangan Imam Al-Ghazali Reply with quote

Salam

Harap ahli Bsc suci berkongsi makulmat berkenaan dengan kitab-2 karangan Imam Al-Ghazali atau
kitab-2 berkenaan dengannya.
Mudah-mudahan ianya memberi manafaat..
Sila berikan nama tajuk kitab dan sedikit penerangan tentang kitab tersebut.. Terima Kasih..

Insya ALLAH ana mulakan dengan kitab ini:

Tajuk: Bahaya Lisan
Kitab asalnya bertajuk (A'fat Al-Lisan)
Keluaran : Qisthi
Oleh: Imam Al-Ghazali

Sinopsis
Banyak yang meyakini lisan adalah salah satu sumber masalah. Ketika orang banyak bicara,
maka kemungkinan untuk mengatakan yang tidak benar akan lebih besar daripada orang yang diam.

Imam Al Ghazali, dalam kitab ini menghuraikan kaitan lisan kita dengan amal seharian.
Artinya, segala ucapan harus didasarkan pada penghayatan. Orang tidak asal saja memaki,
menghujat, mencela dan menggibah. Sebelum itu, ia harus menimbang dulu apa yang harus ia katakan,
perlu atau tidak, seberapa detail yang harus ia katakan atau malah diam.

Imam Al Ghazali banyak mengutip hadis maupun atsar yang menjelaskan bahaya lisan serta langkah-2 utk. menghindarinya..

Kitab yang setebal 191 mukasurat ini dibahagikan kepada 21 bab kesemuanya..
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
MH
Pengendali
Pengendali


Joined: 14 Oct 2001
Posts: 7742
Location: Kota Bharu,Kelantan MY

PostPosted: Tue Jul 22, 2008 9:18 am    Post subject: Reply with quote

Kitab IHYA ULUMUDDIN.


Kitab ini sudah diterjemahkan..ada 8 jilid semua.Isi nya sangat elok bagi Novis sufi,bahkan unutuk pertengahan dan tinggi juga.

Cuma ,ada kitab kitab ringkasan IHYA..Mauzatul Mukminin...Jika kita nak kpd detil..kitab ringkasan ini ,tak sampai maksud Imam Ghazali.Banyak di potong2,isi penting,spt rahsia dan adab2 batin ,bacaan alquran.
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Tue Jul 22, 2008 10:58 am    Post subject: Reply with quote

Salam

Terima kasih Tuan MH kerana sudi berkongsi maklumat..

Tajuk: Jalan Hidup Kaum Sufi
Kitab asalnya bertajuk (Majmu’ah Rasa’il Al Imam Al Ghazaliy)
Keluaran : Pustaka Media
Oleh: Imam Al-Ghazali

Sinopsis
Manusia itu aneh. Meskipun bergelimang dosa, ia masih ingin dicintai dan dibuai kasih sayang.
Walaupun sepak terajangnya berkali-kali menabrak rambu-2 Tuhan, ia tidak ingin
diusir dari pelataran kasih sayang-Nya dan dilepas dari dakapan cinta-Nya.
Itulah kudrat manusia yang sentiasa ingin dilindungi dan disapa.

Namun akhirnya ia sadar dan bertobat. Ia rindu dan haus dengan kasih sayang-Nya.
Untuk memuaskan dahaga jiwanya, manusia mengembara merentas liku-2 jalan,
menebus kesalahan-2nya, dan kemudian berusaha merengkuh sumba kasih sayang.
Itulah impian para pendosa yang bertobat menjadi jalan kaum sufi.

Jalan itu lebih harum daripada minyak kasturi, lebih mempercepat sampai ke tujuan ketimbang kilatan cahaya,
dan lebih mengasikkan ketimbang becengkerama dengan gadis-2 jelita.

Lantas bisikan siapakah yang dapat menuntunnya ?.
Bisikan jalan Sufi. Suara nurani kaum sufi yang membisikan suara Tuhan.

Buku ini membahaskan bagaiman kaum sufi menempuh jalan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH.
Tentu sangat bermanafaat bagi kita guna menyempurnakan agama dan menyucikan jiwa dari kotoran duniawi.

Dalam kitab ini yang setebal 144 mukasurat di huraikan 4 bab kesemuanya:
1. Jalan Orang-2 Makrifat
2. Ilmu Ladunni
3. Kelompok-2 Islam
4. Nasihat Untuk Pencari Kebenaran

Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
MH
Pengendali
Pengendali


Joined: 14 Oct 2001
Posts: 7742
Location: Kota Bharu,Kelantan MY

PostPosted: Tue Jul 22, 2008 11:14 am    Post subject: Reply with quote

Alhamdullilah,kitab Majmuaah..ini sangat baik,untuk para salik.
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Wed Jul 23, 2008 8:10 am    Post subject: Reply with quote

Salam

Alhamdulillah.. Terima Kasih Tuan MH, pada anapun kitab tu sangat bagus sekali..

Tajuk: Penyelamat Dari Kesesatan
Kitab asalnya bertajuk (Munqidh Min Ad-Dalal)
Oleh: Imam Al-Ghazali

Sinopsis
Sebuah autobiografi yang menerangkan pengalaman-2 Imam Al-Ghazali yang terpenting dalam
bidang akliah dan rohaniah. Ia mencakupi persoalan falsafah, gerakan Batiniah, Ilmu Kalam,
Tasawuf dan yang teristimewa tentang detik-2 ia mengubah cara hidupnya meninggalkan
keagungan dunia akademik di Universiti Nizamiah, Baghdad dan kemewahan yang dimilikinya
untuk menjadi seorang zahid dan pencari kebenaran. Kitab yang telah menarik perhatian
ramai di timur maupun di barat, khususnya para sarjana falsafah dan agama, sejak 900 tahun yang lalu,
kerana kemampuannya memberikan petunjuk kepada manusia untuk mencari kebenaran.

Kitab ini khusus sebagai panduan kepada murid-2 ilmu suluk, yang berhubung rapat dengan
kebatinan para murid dalam ilmu shufi. Dimulakan membicarakan mazahab-2 syakkiyah
sebagai pendinding bagi mereka supaya tiada terpesong daripada jalannya yang benar,
di teruskan pula dengan mendedahkan kategori murid dalam penglibatan masing-2 dalam golongan-2
mutakallimin (ahli ilmu kalam), bathiniyah (ahli kebatinan), filosuf dan shufi atau mistik.

Kitab yang setebal hampir 90 mukasurat ini dibahagikan kepada 9 bab kesemuanya..
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Wed Jul 23, 2008 10:06 am    Post subject: Reply with quote

Salam

Tajuk: Sumber Segala Cahaya
Kitab asalnya bertajuk (Misykat Al-Anwar)
Oleh: Imam Al-Ghazali

Sinopsis
Hidup ini terdiri dari susunan cahaya-2. Alam dipenuhi oleh cahaya-2 lahiriah yang dicerap oleh mata,
dan cahaya batiniah yang dicerap oleh akal. Cahaya-2 itu melimpah dari satu kepada lainnya,
seperti melimpahnya cahaya dari pelita. Bila kita umpamakan pelita itu sebagai cahaya kudus kenabian
(an-nur an-nabawiy al-qudsiy), maka ia memperoleh limpahan cahayanya dari ruh-ruh alam atas (alam malakut).

Dan semuanya memuncak dan menunjuk ke arah sumber cahaya, iaitu ALLAH.
Dialah “Cahaya di atas cahaya”(nur ‘ala nur). Begitulah cahaya-2 itu memancar
dari satu titik menyebar ke seluruh isi alam.

Dengan cahaya pula Tuhan memperkenalkan DiriNya. ALLAH menjelaskan tentang
Dirinya sebagai cahaya. Sebagaimana termaktub dalam surah An-Nur ayat 35 bahawa,
“ALLAH adalah cahaya langit dan bumi”.

Kitab ini merupakan tafsir sufistik Imam Al-Ghazali atas surah An-Nur tersebut yang dianggap sebagai sentral tasawuf.
Ia juga merupakan karya yang sangat canggih di antara karya-2 tasawuf lainnya.
Sedemikian canggihnya karya ini, sehingga oleh para ahli ditempatkan dalam maqam (peringkat)
tertinggi karya-2 tasawuf bersama beberapa karya lain Imam Al-Ghazali dan magnum opun sufi-2 besar lainnya.
Meskipun ringkas, kitab ini merupakan sumbangan yang sangat menentukan
bagi upaya memahami tasawuf Imam Al-Ghazali.

Kitab yang setebal hampir 140 mukasurat ini dibahagikan kepada 3 bab kesemuanya..
1. Hakikat Cahaya
2. Permisalan dalam Al-Quran
3. Hijab Antara ALLAH Dan MakhlukNya.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Wed Jul 23, 2008 10:14 am    Post subject: Reply with quote

Salam

Tajuk: Menyingkap Rahasia Kebahagian
Kitab asalnya bertajuk (Kimiaus-Sa’adah)
Oleh: Imam Al-Ghazali

Sinopsis
“Jika kamu menemui kesulitan dalam memahami spiritualitas agama, bacalah karyaku,
Kimiyyah Al-Sa’adah, yang akan membimbingmu ke jalan yang besar dan memberimu, sekurang-2nya,
kesempatan yang dikurniakan ALLAH kepadamu”.
Pesan Imam Al-Ghazali dalam suratnya kepada Nizamuddin, Perdana Menteri Seljuk.

Kitab ini ditulis untuk menjelaskan kimia ruhani yang terkandung di hati para nabi – kimia kebahagiaan,
yang mampu menghasilkan perubahan layaknya kimia yang mengubah logam biasa menjadi emas.
Langkah pertama untuk mencapai kimia ruhani tersebut adalah mengenal diri sendiri dan mengenal ALLAH,
dan seterusnya mengenal kedua-2 alam dunia dan akhirat. Kemudian dibicarakan
pula perkara-2 yang berkaitan rapat dengan kedua-2 alam itu, sehingga mengakhirinya
dengan bab cinta kepada ALLAH s.w.t. Sungguh sebuah tema yang teramat tinggi untuk didaki,
namun disampaikan dngan gaya tutur yang sederhana dan mudah dipahami.

Kitab yang setebal hampir 221 mukasurat ini dibahagikan kepada 8 bab kesemuanya..
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
MH
Pengendali
Pengendali


Joined: 14 Oct 2001
Posts: 7742
Location: Kota Bharu,Kelantan MY

PostPosted: Wed Jul 23, 2008 10:33 am    Post subject: Reply with quote

Terus kan lagi tuan UNICAM..sampai dah habis.Saja jah ,nak check,takut ,ada kitab Imam Ghazali,yang ana ,miss.Setakat...ada.lagi...

MH dengar tafsir Alquran Imam Ghazali..ada..tapi ..tak sempat habis..sampai 30 juzuk..Betul ke?siapa2 ada...AT?..harap beritahu...
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Wed Jul 23, 2008 10:58 am    Post subject: Reply with quote

MH wrote:
Terus kan lagi tuan UNICAM..sampai dah habis.Saja jah ,nak check,takut ,ada kitab Imam Ghazali,yang ana ,miss.Setakat...ada.lagi...

MH dengar tafsir Alquran Imam Ghazali..ada..tapi ..tak sempat habis..sampai 30 juzuk..Betul ke?siapa2 ada...AT?..harap beritahu...

Salam

Insya ALLAH Tuan MH.. Ana ada sikit lagi kitab-2nya nanti ana postkan..

Berkenaan dengan kitab tafsir tu ana tak pernah dengar..

Mana yea perginya Tuan AT.. lama tak dengar kabar..
Rindu sangat.. he..he..heee
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
MH
Pengendali
Pengendali


Joined: 14 Oct 2001
Posts: 7742
Location: Kota Bharu,Kelantan MY

PostPosted: Wed Jul 23, 2008 11:06 am    Post subject: Reply with quote

Tu la tuan AT ni banyak maklumat tentang kitab2...munkin tuan AT sibuk bertalaqqi akan kitab2 di pondok2 di seluruh negara.Alhamdullilah,rajin ,tuan AT ni,..ana tabik.

Last edited by MH on Wed Jul 23, 2008 11:14 am; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
MH
Pengendali
Pengendali


Joined: 14 Oct 2001
Posts: 7742
Location: Kota Bharu,Kelantan MY

PostPosted: Wed Jul 23, 2008 11:09 am    Post subject: Reply with quote

Tentang tafsir Imam Ghazali,ustaz Husin latif ,dari tarekat Ghazaliah,di Bachok,kata ada,dan ustaz suruh cari.
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Wed Jul 23, 2008 11:16 am    Post subject: Reply with quote

MH wrote:
Tu la tuan AT ni banyak maklumat tentang kitab2...munkin tuan AT sibuk bertalaqqi akan kitab2 di pondok2 di seluruh negara.Alhamdullilah,rajin ,tuan AT ni,..ana tabik.

Salam

Oooo.. Insya ALLAH kalau tak de apa-2 hal, minggu depan ana gi jupo Tuan AT..
Tabik Tuan AT..

MH wrote:
Tentang tafsir Imam Ghazali,ustaz Husin latif ,dari tarekat Ghazaliah,di Bachok,kata ada,dan ustaz suruh cari.

Nanti ana cuba tanya Tuan AT nanti..
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
MH
Pengendali
Pengendali


Joined: 14 Oct 2001
Posts: 7742
Location: Kota Bharu,Kelantan MY

PostPosted: Wed Jul 23, 2008 1:42 pm    Post subject: Reply with quote

wokey...
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Thu Jul 24, 2008 7:42 am    Post subject: Reply with quote

MH wrote:
Tentang tafsir Imam Ghazali,ustaz Husin latif ,dari tarekat Ghazaliah,di Bachok,kata ada,dan ustaz suruh cari.

Salam

Tuan MH, ana rasa kitab tafsir tu tajuknya:
Kitab Yaquttut Ta'wil fi Tafsirit Tanzil (Ada 40 jilid kesemuanya)..

Tak tahulah nak cari kat mana.. dan mungkin semuanya dalam Arab..
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Thu Jul 24, 2008 9:17 am    Post subject: Reply with quote

Salam

Insya ALLAH, ana teruskan sikit lagi, juga ana harapkan pada sapa-2 di Bsc ni,
harap bolehlah berkongsi maklumat berkenaan dengan kitab-2 karangan atau
yang berkenaan dengan Imam Al-Ghazali..
Tuan MH tolong skali yea..

Tajuk: Menuju Labuhan Akhirat
Oleh: Imam Al-Ghazali

Keterangan:
Kitab ni menterjemahkan 5 buah karangan Imam Al-Ghazali iaitu:
1. Analisis terhadap Permaslahatan Akhirat
Kitab asalnya bertajuk: Al-Ajwibat Al-Ghazaliyah Wa Al-Mas’alat Al-Ukhrawiyah
2. Mutiara Penyingkap Ilmu-2 Akhirat
Kitab asalnya bertajuk: Al-Durrat Al-Fakhirah Fi Kasyfi Ulumi Al-Akhirah
3. Ilmu Ladunni
Kitab asalnya bertajuk: Risalah Al-Laduniyah
4. Mengungkap Ketertipuan Makhluk
Kitab asalnya bertajuk: Al-Kasfu Wa Al-Tabyin Fi Ghurur Al-Kholq Ajma’in
5. Perbekalan Akhirat Dalam Hadis Qudsi
Kitab asalnya bertajuk: Al- Mawaidh Fi Al-Ahadits Al-Qudsiyah

Sinopsis
Sering manusia terjebak dalam pemahaman bahawa ritualitas merupakan inti keberagamaan seseorang.
Syariat, dalam hal ini keseluruhannya amaliah lahir, seolah menjadi penentu kesalihan
seseorang ‘abid. Padahal tidak. Disamping syariat ada hakikat, disamping ritual ada spirituan.

Imam Al Ghazali memandang bahawa hakikat – melalui jalan penyaksian batin – seolah-2
menjadi penguat bagi apa yang tertera dalam lahir agama. Sebab syariat menyeru pada
akselarasi amalan-2 ibadah, sementara hakikat memberi kesaksian terhadap makna-2
ketuhanan dan tindakan-2 bebas di jagad raya, serta menjadikan kita memahami
rahasia qadha’ ALLAH yang tersembunyi dari indera dan nalar rasional.

Kitab yang setebal 255 mukasurat ini dibahagikan kepada 5 bab kesemuanya..
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Thu Jul 24, 2008 10:10 am    Post subject: Reply with quote

Salam

Tajuk: Nasihat Dan Bimbingan Hadith Qudsi
Kitab asal bertajuk: Al-Mawa’izh Fi Al-Ahadith Al-Quftsiyah
Oleh: Imam Al-Ghazali

Sinopsis
Hadis-2 ini telah dikumpulkan oleh Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali dgn.
Tujuan menjadi dasar atau sumber yang kukuh sebagai nasihat serta pengajaran
bari para mukmin yg. Sentiasa haus akan kesempurnaan pengabdiannya kepada ilahi,
sekaligus menjadi peringatan bagi para muttaqin

Ia memilih di antara sekian banyak hadis qudsi untuk disampaikan kepada kaum Muslimin,
supaya ada suluh yg. Boleh menunjuki mereka ke jalan yg. Lurus, mengajak mereka zuhud,
tawadduk, sabar, takut kepada ALLAH serta berserah diri secara sepenuhnya kepada ALLAH.

Kitab yang setebal 114 mukasurat ini mengandungi 38 hadis qudsi kesemuanya..
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Thu Jul 24, 2008 4:44 pm    Post subject: Reply with quote

Salam

Tajuk: Intisari Filsafat
Kitab asalnya bertajuk: Al-Jawahir
Oleh: Imam Al-Ghazali

Kandungan:
1. Hikayat ihsan.
2. Kesombongan Dan Lagak
3. Keanehan-2 Sekitar Cinta
4. Cinta ALLAH Dan Tanda-2nya
5. Pandangan Ringkas Tentang Tauhid
6. Adat Bergaul Dan Keikhlasan

Kitab yang setebal 76 mukasurat ini dibahagikan kepada 6 bab kesemuanya..
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Fri Jul 25, 2008 10:06 am    Post subject: Reply with quote

Salam

Tajuk: Minhajul Abidin
Oleh: Imam Al-Ghazali

Kandungan
Kitab ni dibahagikan kepada 5 bab iaitu:
1. Pendahuluan
2. Aqabah Ilmu
3. Aqabah Taubat
4. Aqabah Penghalang
5. Nota-2 kaki penting

Sinopsis
Berkata Syeikh yang alim, solih lagi zahid, Abdul Malik Abdullah, semoga ALLAH mengampunkannya:
“ Telah merencana kepadaku kitab yang ringkas ini oleh guruku yang agung,
imam yang zahid, yang bertuah, yang mendapat taufik, yang digelar hujjatul Islam,
yang merupakan perhiasan agama dan kemuliaan umat, iaitu Abu Hamid Muhammad bin
Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali at-Tousi, semoga ALLAH mensucikan rohnya dan
meninggikan darjatnya di dalam syurga. Kitab yang ringkas ini merupakan
kitab akhir yang telah beliau mengarangnya dan juga tidak mengambil rencana daripada
beliau melainkan oleh para sahabatnya yang khusus.”


Kitab yang setebal 365 mukasurat ini dibahagikan kepada 5 bab kesemuanya..
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Fri Jul 25, 2008 2:27 pm    Post subject: Reply with quote

Salam

Tajuk: Tauhidullah Risalah Suci Hujjatul Islam
Oleh: Imam Al-Ghazali

Keterangan:
Kitab ni menterjemahkan 4 buah karangan Imam Al-Ghazali iaitu:
1. Kaedah-2 Tauhid
Kitab asalnya bertajuk: Qawaa’idul ‘Aqaaid fi-Tauhid
2. Pilar-2 Akidah
Kitab asalnya bertajuk: Ar-Risaalatul Qudsiyah fi Qawaa’idil ‘Aqaaid
3. Ilmu Kalam Ulama Salaf bagi Kaum Awam
Kitab asalnya bertajuk: Iljaamul Awam fi ilmil Kalam
4. Penyelesaian Sejumlah Polemik Teologis
Kitab asalnya bertajuk: Fashlut Tafriqah

Sinopsis
Teologi Imam Al-Ghazali dinilai telah menghadirkan kedalam filosofis yang mampu
mengokohkan rukun-2 akidah Ahlus-Sunnah wal-Jamaah, kerana argumentasinya yang detail.

Dalam kitab ini, menceritakan pemahaman tentang Tauhid,
agar umat islam tidak terjebak oleh spekulasi intelektual yang skeptis:
tanpa pijakan ilmu yaqin, ainul yaqin dan haqqul yaqin.

Kitab yang setebal 230 mukasurat ini dibahagikan kepada 4 bab kesemuanya..
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Fri Jul 25, 2008 2:49 pm    Post subject: Reply with quote

Salam

Nak minta tolong pada sapa-2 yang boleh dapatkan kitab nie..

Terjemahan kitab Ayyuhal Walad (Hai Anakku)
Oleh: Imam Al-Ghazali
Terjemahan: Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam

Pada murid-2nya atau sapa-2 yg boleh dapatkannya harap boleh bantu ana..
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Fri Jul 25, 2008 3:59 pm    Post subject: Reply with quote

MH wrote:
Terus kan lagi tuan UNICAM..sampai dah habis.Saja jah ,nak check,takut ,ada kitab Imam Ghazali,yang ana ,miss.Setakat...ada.lagi...

Salam

Tuan MH.. Tak dok nasi tambah ko ??…

Tambah-tambahlah sikit !!…
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
MH
Pengendali
Pengendali


Joined: 14 Oct 2001
Posts: 7742
Location: Kota Bharu,Kelantan MY

PostPosted: Mon Jul 28, 2008 9:04 am    Post subject: Reply with quote

ada, perabih..nasi anta dulu....ana dok sekodeng....
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
MH
Pengendali
Pengendali


Joined: 14 Oct 2001
Posts: 7742
Location: Kota Bharu,Kelantan MY

PostPosted: Mon Jul 28, 2008 9:05 am    Post subject: Reply with quote

kitab ayuhal walad tu..ada kat Pustaka aman press..cuba tuan gi tanya..bila balik KB.
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
MH
Pengendali
Pengendali


Joined: 14 Oct 2001
Posts: 7742
Location: Kota Bharu,Kelantan MY

PostPosted: Tue Jul 29, 2008 8:37 am    Post subject: Reply with quote

skodeng...ngintai la...Ada la dok skodeng...
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Tue Jul 29, 2008 8:53 am    Post subject: Reply with quote

Salam

Jangan mare yea.. Tuan MH..

Insya ALLAH ana teruskan lagi..
Tajuk: Penenang Jiwa
Tajuk asal kitab Mukashafah Qulub
Oleh: Imam Al-Ghazali

Sinopsis
Manusia hanya akan beroleh ketenangan apabila fitrah atau rohani terisi, subur dan sihat.
Yang dimaksudkan dgn kerohanian yg subur dan sihat ialah persediaan dan keteguhan hatinya
utk mengalahkan musuh-2 batin, iaitu syaitan dan hawa nafsu. Musuh batin ini sangat
payah utk ditumpaskan jika kita tidak mempunyai persediaan asas yang lengkap.

Oleh itu, hendaklah memperbanyakkan ibadah serta amalan-2 sunat yg boleh membantu
utk meningkatkan diri disisi ALLAH. Jadikanlah rasa kehambaan yg mendalam kpd ALLAH
sebagai asas terhadap ibadah yang dilakukan. ALLAH akan menilai semua usaha-2 tersebut
jika dilakukan dgn ikhlas semata-2 kerana-Nya.

Kitab yang setebal 438 mukasurat ini dibahagikan kepada 111 bab kesemuanya..

Juga disertakan sebuah VCD percuma Penenang jiwa yg disampaikan oleh..

Penyampai 1:
Prof. Madya Mohd Kamal Abd Majid
(Ijazah Sarjana Muda Syariah Uni Al Azhar Mesir)

Penyampai 2:
Prof. Madya Dr. Che Zarrina Sa’ari
(Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Usuluddin UM

Penyampai 3:
Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam
(Belajar di Yayasan Pasantren Islam, Jawa Timur & Nadwatul Lucknow India)

Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
MH
Pengendali
Pengendali


Joined: 14 Oct 2001
Posts: 7742
Location: Kota Bharu,Kelantan MY

PostPosted: Tue Jul 29, 2008 8:57 am    Post subject: Reply with quote

tak maree....tak nampak gigi besar tu...
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Tue Jul 29, 2008 9:06 am    Post subject: Reply with quote

MH wrote:
tak maree....tak nampak gigi besar tu...

Salam

Ohh ya.. semalam ana ada tanya Tuan AT tentang kitab syarah Al-Quran oleh
Imam Al Ghazali r.a

Mungkin nie tajuknya:
Kitab Yaquttut Ta'wil fi Tafsirit Tanzil (Ada 40 jilid kesemuanya)..

kata Tuan AT mungkin kitab nie masih lagi dalam bentuk manuskrip, tulah sebab susah nak dapat..
dan tafsir yang sodap boleh dapatkan tafsir oleh ibnu Ajibah..
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Tue Jul 29, 2008 9:24 am    Post subject: Reply with quote

Salam

Tajuk: Permulaan jalan Hidayah
Tajuk asal kitab Bidayatul Hidayah
Oleh: Imam Al-Ghazali r.a

Sinopsis
Kitab ini adalah di antara kitab karanang Imam Hujjatul Islam Al Ghazali R.A
yang banyak diberi berkat oleh ALLAH. Ia merupakan ringkasan atau pati kepada kitab Ihya Ulumiddin.
Dan kitab ini telah banyak memberi faedah dan bimbingan bagi setiap org yang mentelaahnya
dgn niat yg ikhlas utk mengamalkan isi dan kandungannya. Faedah dan manafaatnya sudah
jelas dan tidak dapat diragukan lagi

Kitab yang setebal 190 mukasurat ini dibahagikan kepada 3 bab kesemuanya..
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Tue Jul 29, 2008 11:23 am    Post subject: Reply with quote

Salam

Tajuk: Tip-Tip Efektif Pimpinan Rohani Al-Ghazali Buat Remaja
Oleh: Deden Himawan

Sinopsis
“Falsafah Islam telah mati di tangan al-Ghazali.”
Kadang-2 beliau dihina dan kadang-2 dipuji setinggi langit. Siapakah Al-Ghazali?
Tokoh besar umat islam? Pembela agama? Sufi yg menentang falsafah? Ataupun pengarang kitab ihya’? Buku ini ada jawapanya..

Apakah yg menjadi ukuran perbandingan kemajuan sesuatu umat ataupun zaman?
Apakah sebenarnya nilai kemajuan sesuatu zaman?
Apakah faktor yang menjadikan musuh umat islam besar dan kuat?
Kenapa perlunya berjihad melawan hawa nafsu?

Kitab yang setebal 157 mukasurat ini dibahagikan kepada 6 bab kesemuanya..
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Tue Jul 29, 2008 11:23 am    Post subject: Reply with quote

Salam

Tajuk: Rahsia Dan Hikmah Kejadian Alam Dan Penciptaan Insan
Tajuk asal kitab Al-Hikmah Fi Makhluqatillah Azza Wa Jalla
Oleh: Imam Al Ghazali r.a

Sinopsis
Menjelang subuh, Bilal menemui Nabi saw. Beliau sedang sujud.
Air matanya bercucuran membasahi cambangnya. Bilal pun bertanya,
“Apa yang membuatmu menangis, wahai Rasulullah?
Bukankah ALLAH telah mengampuni dosa-dosamu?” Beliau menjawab, “ Bagaimana aku tidak menangis.
Malam ini ALLAH menurunkan ayat, ‘Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,
juga silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-2 bagi orang-2 berakal,
(iaitu) mereka yang mengingat ALLAH sambil berdiri atau duduk dalam keadaan berbaring,
dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi (Seraya berkata),
“Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-2. Mahasuci Engkau.
Peliharalah kami dari siksa neraka’” (Al-Imran: 190-191). Kemudian Nabi saw berkata,
“Celakalah orang yang membaca ayat ini, tetapi tidak merenungkannya.”

Kitab yang setebal 140 mukasurat ini dibahagikan kepada 16 bab kesemuanya..
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Tue Jul 29, 2008 1:52 pm    Post subject: Reply with quote

MH wrote:
Kitab IHYA ULUMUDDIN.


Kitab ini sudah diterjemahkan..ada 8 jilid semua.Isi nya sangat elok bagi Novis sufi,bahkan unutuk pertengahan dan tinggi juga.

Cuma ,ada kitab kitab ringkasan IHYA..Mauzatul Mukminin...Jika kita nak kpd detil..kitab ringkasan ini ,tak sampai maksud Imam Ghazali.Banyak di potong2,isi penting,spt rahsia dan adab2 batin ,bacaan alquran.

Salam

Ana tambah sikit tentang kitab Ihya’ Ulumiddin nie..
Selain drp yg 8 jilid ada juga yg diedarkan dalam 4 jilid, keluaran Pustaka Nasional..

Tajuk: Ihya’ Ulumiddin
Oleh: Imam Al-Ghazali

Sinopsis
Ini adalah karya terbesar oleh Imam Al-Ghazali r.a yang sangat penting untuk kaum Muslimin.
Ia terbahagi kepada empat bahagian: Ibadat, Muamalat, Munakahat dan Jinayat.
Setiap topik dibicara dan dihuraikan secara logis dan akademik, dengan contoh dan
misalan diikuti dengan interpretasi ilmiah dan falsafah

Kitabnya ini terbahagi kepada 4 jilid
Jilid 1 setebal 1208 mukasurat
Jilid 2 setebal 1172 mukasurat
Jilid 3 setebal 1321 mukasurat
Jilid 4 setebal 1112 mukasurat

Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Sat Aug 16, 2008 10:32 am    Post subject: Reply with quote

MH wrote:
kitab ayuhal walad tu..ada kat Pustaka aman press..cuba tuan gi tanya..bila balik KB.

Salam

Terima kasih Tuan MH..

Kitab Ayyuhal Walad nie ana dah jumpa satu kat sini:
http://www.sjr.com.my/product_info.php?products_id=201
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Sat Aug 16, 2008 10:32 am    Post subject: Reply with quote

Salam

Ada tak sapa-2 yang ada vcd / dvd cerita nie:
Tajuk: Al-Ghazali : The Alchemist Of Happiness
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Mon Aug 18, 2008 8:12 am    Post subject: Reply with quote

unicam wrote:
Salam

Ada tak sapa-2 yang ada vcd / dvd cerita nie:
Tajuk: Al-Ghazali : The Alchemist Of Happiness

Salam

Boleh lihat sedutan filemnya disini:
http://potretulama.multiply.com/video/item/8/Al-Ghazali_-_The_Alchemist_Of_Happiness
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Fri Aug 29, 2008 10:24 am    Post subject: Reply with quote

Salam

Insya ALLAH, ana teruskan sikit lagi, juga ana harapkan pada sapa-2 di Bsc ni,
harap bolehlah berkongsi maklumat berkenaan dengan kitab-2 karangannya atau
yang berkenaan dengan Imam Al-Ghazali ra.

Tajuk: Ayyuhal Walad “Wahai Anakku Yang Tercinta”
Kitab asal bertajuk: Ayyuhal Walad atau Al Risalah Al Waladiah
Oleh: Imam Al-Ghazali

Sinopsis
Apabila kita cuba meneliti kandungan surat Imam Al Ghazali ra. ini, kita dapati bahawa beliau sangat ikhlas sekali
di dalam memberi nasihat dan dicelah-2 ungkapan beliau tersingkaplah kebolehan Imam Al Ghazali ra
dalam menggambarkan tipuan dunia yg fana ini dan kekalnya akhirat dan betapa perlunya kita kpd iman,
amal soleh dan kejernihan jiwa.

Kasih sayang Imam Al Ghazali ra terhadap murid-2nya menerusi nasihat ini kerana ia disampaikan dalam bahasa yang lembut,
mencuit perasaan, menyentuh hati nurani sehingga kadang-2 dapat mengalirkan air mata dan memberikan
kesan yg sangat mendalam sekali di hati para pembaca yg boleh membawa kpd suatu perubahan dalam hidup.

Kitab ini mempunyai 84 mukasurat dan mengandungi 25 nasihat kesemuanya.:
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Fri Aug 29, 2008 10:45 am    Post subject: Reply with quote

Salam

Tajuk: Imam Al-Ghazali: Pendidikan Berkesan
Oleh: Abdul Salam Yusof

Kandungan:
1. Biografi Imam Al-Ghazali.
2. Sumber, Tujuan dan Klasifikasi Ilmu.
3. Keberkesanan kaedah Pembelajaran dan Penyebaran Ilmu.

Sinopsis
Pendidikan yang sebenar bukan sahaja memberi kita pelajaran tetapi ia mewujudkan rasa cinta untuk belajar.
Belajar bukan sekadar untuk orang muda, sebaliknya telah menjadi keparluan seumur hidup.

Kitab ini setebal 160 mukasurat kesemuanya..
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Fri Aug 29, 2008 10:46 am    Post subject: Reply with quote

Salam

Tajuk: Al-Ghazzaliyy: Kajian Epistemologi Islam
Oleh: Mustafa Abu-Sway

Kandungan:
1. Kehidupan Imam Al-Ghazali.
2. Teori Ilmu Pengetahuan Imam Al-Ghazali.
3. Pencarian Ilmu oleh Imam AliGhazali: Tempoh Pertama.
4. Pencarian Ilmu oleh Imam AliGhazali: Tempoh Pemencilan Diri.
5. Pencarian Ilmu oleh Imam AliGhazali: Tempoh Kedua.
6. Pencarian Ilmu oleh Imam AliGhazali: Tempoh Pemencilan Diri kedua.

Sinopsis
Buku ini memperkenalkan teori ilmu Imam Al-Ghazali dengan jelas berasakan kajian terhadap tahap-2 kehidupannya
bermula sebagai pelajar hingga beliah menjadi mahaguru di Universiti Nizamiyyah, beruzlah, menulis,
memahami tasawuf dan mengkaji hadith.

Buku ini memperkenalkan pemikiran Imam Al-Ghazali bahawa wujud satu fakulti di dalam malaqah keilmuan
yang mampu dicapai oleh manusia melampaui akal. Akhirnya membincangkan dakwaan yang mengatakan
beliau meninggalkan sufisme kepada metode ahli hadith.

Kitab ini setebal 203 mukasurat kesemuanya..
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Fri Aug 29, 2008 10:48 am    Post subject: Reply with quote

Salam

Tajuk: Adab Dalam Agama
Kitab asal bertajuk: Adab Fiddin
Oleh: Imam Al-Ghazali

Sinopsis
Puncak kesempurnaan akhlaq sebaik-baik amalan dalam agama adalah yang bersumber dari ajaran Al-Khaliq,
akhlaq pada nabi dan rasul. Dalam mencapai ketinggian sebagai hambanya tentu
adablah yang pertama harus diketahui dan diamalkan..

Untuk maksud ini Imam Al-Ghazali ra. menulis kitab ini yang termaktub dengan lengkap berbagai adab kehidupan
mulai dari adab membaca dan mengajar Al-Quran sampai pada adab tatakrama umum.

Kitab ini mengandungi 70 mukasurat, terbahagi kepada 11 bab:
1. Adab Muslim
2. Adab Ajar mengajar
3. Adab dalam shalat
4. Adab shaum – Haji
5. Adab sehari-2
6. Adab sedekah
7. Adab jual beli
8. Adab pinang meminang
9. Adab suami isteri
10. Adab dgn hubungan kerabat dan masyarakat
11. Adab jihad

Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Sat Aug 30, 2008 9:08 am    Post subject: Reply with quote

Salam

Nak minta tolong pada sapa-2 yang ada kitab nie..

Kitab Tahaful Al Falasifah Kekacauan Para Filsuf
Oleh: Imam Al Ghazali ra
Keluaran: DBP



Pada yang ada Kitab ini harap boleh bantu Ana..
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Sun Aug 31, 2008 4:06 pm    Post subject: Reply with quote

Salam

Tajuk: Mihrab Kaum ‘Arifin
Oleh: Imam Al-Ghazali ra
Keluaran: Pustaka Progressif

Di terjemahkan dari dua buah kitab
1. Raudhah Al-Thalibin Wa ‘Umdah Al-Salikin
2. Minhaj Al-‘Arifin

Sinopsis
Makrifatullah, adalah capaian yang sentiasa diimpikan hamba. Keberhasilan dalam menapaki darjet tersebut
menjadi simbol akan ketajaman tauhidnya. Sebagai makhluk terpilih, untuk berjumpa dan menjalinkan komunikasi
paling dekat dengan Sang Khaliq terbuka sangat lebar. Bahkan Dia telah menunjukkan jalannya melalui
Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Amaliah syariat sebagai refleksi dari penafsiran tekstual kedua dasar agama di atas, bagi kaum sufi belum dianggap cukup.
Mereka mencuba lebih maju dengan menafsirkannya melalui pendalaman makna hakikat.
Mengklasifikasi dan menapaki maqam-2 ubudiah sebagai pos-2 penjelajahan spiritual.
Melakukan olah batin seperti: zuhud, mahabbah, zikir dan lainnya.

Ia memaparkan maqam-2 yang harus ditempuh seorang murid maupun salik, termasuk hambatan-2 yang harus diatasi.

Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Tue Sep 02, 2008 3:10 pm    Post subject: Reply with quote

Salam

Insya ALLAH, ana teruskan sikit lagi, juga ana harapkan pada sapa-2 di Bsc ni,
harap bolehlah berkongsi maklumat berkenaan dengan kitab-2 karangannya atau
yang berkenaan dengan Imam Al-Ghazali ra.

Tajuk: Keajaiban Hati Dan Keunikannya
Kitab asal bertajuk: Ajaibul Qalbi
Oleh: Imam Al-Ghazali

Sinopsis
Hati, ibarat cermin yang dapat memantulkan berbagai benda yang mengarah padanya,
Sehingga tampak bayangan bermacam-macam bentuk itu silih berganti, tanpa henti,
ibarat sebuah telaga yang dapat dialiri air dari berbagai macam air sungai yang tak terjamin
kebersihan dan kejernihannya, dapat pula telaga itu berisi air dari kedalaman telaga itu sendiri
melalui sumber mata air yang memancar dari dalam. Hati melalui pintunya yang
mengarah kepada indera luar dapat menampung dan menyerap ilmu empiris,
melalui proses pembelajaran, sedangkan melalui pintunya yang mengarah ke alam malakut,
ia dapat menyerap ilmu melalui jalan ilham.

Kesiapan manusia untuk mengenal (makrifat) kepada ALLAH adalah melalui hatinya,
bukan melalui anggota tubuh jasmaninya. Hatilah yang dapat mengenal ALLAH dan mendekatkan diri kepada-Nya.
Hatilah yang mengadakan interaksi dengan ALLAH swt, dan selalu berjalan menuju kehadhirat-Nya.
Terhadap hatilah kemungkinan apa yang ada di sisi ALLAH dan yang dimiliki-Nya,tersingkap.
Sedangkan seluruh anggota tubuh manusia tidak lebih dari sekadar pembatu hati menuju kepada-Nya.

Hatilah yang diterima oleh ALLAH swt. Apabila ia terbebas dan bersih dari yang selain ALLAH.
Dan dia akan terhadang dari ALLAH manakala ia sibuk dan tenggelam dengan yang selain ALLAH.
Hatilah yang bakal dituntut, yang diajak bicara dan yang dicela, jika ingkar kepada-Nya.
Hatilah yang merasa bahagia dan beruntung kepada kedekatan hubungan dengan ALLAH dan kebersihannya.
Sebaliknya, hati pulalah yang akan dipermalukan, dicaci maki dan disiksa,
jika ia kotor dan berlumuran noda dan dosa.

Melalui kitab ini Imam Al Ghazali ra. mengupas secara mendalam tentang keajaiban-2 hati,
utamanya dalam hubungan dengan alam malakut, sifat-2 serta akhlak dan perilaku hati..

Kitab ini mengandungi 192 mukasurat, terbahagi kepada 15 bab:

Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Thu Oct 16, 2008 12:14 pm    Post subject: Reply with quote

Salam..


Tajuk Cerita Al-Ghazali: The Alchemist Of Happiness

Tema utama filem ini ialah ‘Al-Ghazali adalah ubat kepada dunia yang sedang tenat pada hari ini’.

Dibintangi oleh para pelakon Ghorban Nadjafi berlakon sebagai Imam al-Ghazali. Turut dibintangi oleh Mitra Hajjar, sebagai isteri Imam al-Ghazali. Namun demikian, tidak wujud sama sekali sebarang dialog di antara Imam al-Ghazali dan isterinya di dalam filem ini.


Robert Powell, sebagai ‘suara’ kepada Imam al-Ghazali. Teks pada ‘suara’ ini diambil daripada autobiografi yang ditulis oleh Imam al-Ghazali sendiri iaitu, Kitab al-Munqidh min al-Dalal (Penyelamat dari Kesesatan), yang menceritakan perjalanan hidupnya, yang akhirnya membawa beliau memfokuskan diri kepada ilmu tasawwuf.






Menemubual tiga tokoh penting Islam di Barat, iaitu Hamza Yusuf, T.J. Winter (iaitu Abdul Hakim Murad), dan juga Seyyed Hossein Nasr,


Kawasan ini terletak di Tus, iaitu tempat kelahiran Imam al-Ghazali, dan juga tempat kembalinya beliau sesudah bermusafir bertahun-tahun. Di sini terdapat memorial Imam al-Ghazali. Malangnya, kubur sebenar Imam al-Ghazali tidak dapat dipastikan di mana lokasinya pada hari ini

Sumber:
http://hembusan.blogspot.com/2007/01/alchemist-of-happiness-ep-1.html
Bleh tengok citer nie kat sini:
http://potretulama.multiply.com/video/item/8/Al-Ghazali_-_The_Alchemist_Of_Happiness

Bleh dapatkan citernya menggunakan torrent http://www.muslimtorrents.com/
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
aryna-(Allahyarhamah)
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 21 Oct 2008
Posts: 496
Location: soghomban

PostPosted: Thu Nov 13, 2008 4:07 pm    Post subject: Reply with quote

salam...

bismillahirrahmaannirrahiim....

antara kitab yg saya ada yang saya paling suka (selain ihya),

tajuk: KEAJAIBAN HATI
pengarang: Imam Ghazali
alihbahasa: Nurhickmah
penerbit: Pustaka Nasional Pte Ltd , S'pore
cetakan: 1977 (cetakan saya ada tahun 1991)
jumlah mukasurat: 228

kandungan:
dibahagi kepada dua bahagian:-
a) Keajaiban hati
bicara tentang: pengertian Al-Qalbu, Ar-Rahu, An-Nafsu & Al-Aqlu, balatentera, pasukan hati, contoh2 hati, khasiat, sifat2 hati, perbedaan antara hati bersifat aqli, keagamaan, keduniaan & keakhiratan, perbedaan antara ilham & belajar, method org sufi, kesaksian syara' atas jalan ahli tasawuf untuk mendapatkan makrifat, kekuasaan syaitan,was-was, bahaya2 hati, zikir, hati yg bolak-balik, dsb
b) Mendidik Diri dan Budipekerti
bicara tentang: budipekerti baik & jahat, hakikat budipekerti, melatih budipekerti, cara2 mencapai budipekerti yang baik, cara mendidik akhlak, tanda2 penyakit hati , mengenali aib diri sendiri, syahwat dsb..

ikhlas,
aryna
_________________
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Wed Dec 31, 2008 9:07 am    Post subject: Reply with quote

aryna wrote:
salam...

bismillahirrahmaannirrahiim....

antara kitab yg saya ada yang saya paling suka (selain ihya),

tajuk: KEAJAIBAN HATI
pengarang: Imam Ghazali
alihbahasa: Nurhickmah
penerbit: Pustaka Nasional Pte Ltd , S'pore
cetakan: 1977 (cetakan saya ada tahun 1991)
jumlah mukasurat: 228

kandungan:
dibahagi kepada dua bahagian:-
a) Keajaiban hati
bicara tentang: pengertian Al-Qalbu, Ar-Rahu, An-Nafsu & Al-Aqlu, balatentera, pasukan hati, contoh2 hati, khasiat, sifat2 hati, perbedaan antara hati bersifat aqli, keagamaan, keduniaan & keakhiratan, perbedaan antara ilham & belajar, method org sufi, kesaksian syara' atas jalan ahli tasawuf untuk mendapatkan makrifat, kekuasaan syaitan,was-was, bahaya2 hati, zikir, hati yg bolak-balik, dsb
b) Mendidik Diri dan Budipekerti
bicara tentang: budipekerti baik & jahat, hakikat budipekerti, melatih budipekerti, cara2 mencapai budipekerti yang baik, cara mendidik akhlak, tanda2 penyakit hati , mengenali aib diri sendiri, syahwat dsb..

ikhlas,
aryna

Salam..

Kat mana bleh ana beli kitab nie.?
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
MH
Pengendali
Pengendali


Joined: 14 Oct 2001
Posts: 7742
Location: Kota Bharu,Kelantan MY

PostPosted: Tue Jan 20, 2009 12:58 pm    Post subject: Reply with quote

Salam.

Tuan INICAM,nak tanya sikit.Buku MH yang di Ampangan itu.UNICAM,tlg..simpan ,tak apa.Tlg. ambil dari haji itu.
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Wed Jan 21, 2009 3:38 pm    Post subject: Reply with quote

MH wrote:
Salam.

Tuan INICAM,nak tanya sikit.Buku MH yang di Ampangan itu.UNICAM,tlg..simpan ,tak apa.Tlg. ambil dari haji itu.

Salam..

Insya ALLAH Tuan MH, nanti ana g jumpa Tuan Haji..
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
MH
Pengendali
Pengendali


Joined: 14 Oct 2001
Posts: 7742
Location: Kota Bharu,Kelantan MY

PostPosted: Thu Jan 22, 2009 9:17 am    Post subject: Reply with quote

Jazakallah,tuan.kelik ,tak raya cino ni?
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Thu Jan 29, 2009 9:01 am    Post subject: Reply with quote

MH wrote:
Jazakallah,tuan.kelik ,tak raya cino ni?

Salam..

Tak kelik.. ada kerja sket.. Insya ALLAH hari sabtu nie, ana g jupe Tuan Haji kat Ampangan..
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
unicam
Ahli Kanan
Ahli Kanan


Joined: 29 Dec 2005
Posts: 398
Location: Tak Jauh Dari PcB

PostPosted: Mon Feb 02, 2009 1:25 pm    Post subject: Reply with quote

MH wrote:
Terima kasih kpd tuan UNICAM,atas pertolongan itu.

Salam

Ana dah masukkan pitihnya kedlm acc Tuan MH.. Hj Osman ucapkan byk3 tima kasih pada Tuan MH dan dia tanya bila nak keluar buku siri 2..


Terima kasih UNICAM....MH
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
MH
Pengendali
Pengendali


Joined: 14 Oct 2001
Posts: 7742
Location: Kota Bharu,Kelantan MY

PostPosted: Tue Mar 03, 2009 9:37 am    Post subject: Reply with quote

TUan Unicam,,minta tolong sikit?
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Bicarasufi.com-Portal Pilihan Kita. Forum Index -> Forum pertukaran maklumat tentang Kitab-kitab Kesufian. All times are GMT + 8 Hours
Goto page 1, 2  Next
Page 1 of 2

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum



Powered by
phpBB © 2001, 2005 phpBB Group